Вы находитесь на странице: 1из 1

MENYEDIAKAN LARUTAN LARUTAN BIASA DALAM MAKMAL BIOLOGI

1 : LARUTAN BENEDIT
CARA MENYEDIAKANYA:
Larutkan 174g natrium sitrat, 100g natrium karbonat dan 17.3 g kuprum sulfat dalam air suling menjadikannya 1
liter.
KEGUNAANNYA: Menguji kehadiran gula penurun- jika ada apabila campuran itu dipanaskan, ia akan
menghasilkan mendakan merah beta.
2. LARUTAN BIKARBONAT
CARA MEMBUATNYA:
Campurkan 0.2g timol biru, dan 0.1g kresol merah dalam 20 cm3 etanol. Kemudian tambah 0.84 g natrium
hidrogen karbanat dan 900 cm 3 air suling, kemudian alirkan udara melaluinya selama beberapa jam. Bila
hendak digunakan cairkan 10 x dengan air suling.
3. LARUTAN PENUNJUK UMUM.
CARA MEMBUATNYA
Larutkan 0.26g bromotimol biru, 0.025g timol biru, 0.0625 g metil merah dan 0.5 fenoftalin dalam 500 cm3 etanol.
Tambah air suling supaya menjadi 1 liter.
4. LARUTAN MILLON ( Lebalkan Racun)
CARA MEMBUATNYA
Penyediaan Larutan millon mestilah dijalankan dalam akmari wasap sahaja. Mula-mula ambil sebuah bikar
bersaiz 500 cm3 dan isi dengan 100 cm3 merkuri.(AWAS). Dengan teliti campurkan 90 cm3 asid nitrik pekat.
Suatu tindak balas berhenti. Cairkan larutan tersebut dengan air suling mengikut keperluan masing-masing.
5. LARUTAN RINGER:
Untuk mengawetkan tisu-tisu haiwan
Ujikaji-ujikaji tertentu,khasnya ujikaji fisiologi, memerlukan tisu-tisu haiwan direndamkan dalam larutan Ringer
supaya tisu itu tidak cepat mati. Sebenarnya larutan Ringer ialah larutan yang isotonik dengan bendalir sel dalam
tisu itu. Kandungan larutan Ringer bagi haiwan-haiwan yang berlainan adalah berbeza-beza. Untuk
menyediakan larutan Ringer, anda hanya perlu larutkan bahan-bahan kimia yang berikut dalam air suling
menjadi tepat 1 dm3.
a) Untuk Tisu Mamalia:
natrium klorida 8.0g
kalsium klorida 6H20 0.2g
natrium bidrogen karbonat 1.0g
kalium klorida 0.2g
magnesium klorida 6H20 0.1g
natrium dihidrogen fosfat 0.05g
b) Untuk Tisu Amfibia
natrium klorida 0.5g
natrium klorida 6H20 0.12g
kalium klorida 0.14g
natrium hidrogen karbonat 0.20g
c) Untuk Embrio Ayam
Natrium klorida 7.0g
Kalsium Klorida 6H2O 0.24g
Kalium Klorida 0.42g
d) Untuk Serangga
Natrium Klorida 7.6g
Kalsium Klorida 6H2O 0.22g
Kalium Klorida 0.75g
Magnesium Klorida 6H2O 0.19g
Natrium dihidrogen Karbonat 0.37g
Natrium dihidrogen Fosfat 0.48g
e) Untuk Cacing
Natrium Klorida 0.0g
Kalsium Klorida 6H2O 0.2g
Kalium Klorida 0.12g
Natrium Hidrogen Karbonat 0.1g

Вам также может понравиться