Вы находитесь на странице: 1из 26

1.

0 PENDAHULUAN

Hafazan adalah salah satu pendidikan islam yang sudah dipelajari sejak zaman Rasulullah lagi.
Ramai di kalangan ilmuan dan ulama terkenal mengamalkan hafazan dalam pembelajaran dan
pengajaran mereka. Maksud Pengertian hafazan diambil dari asal perkataan hafaz yang
bererti sudah masuk betul dalam ingatan, Al- Quran merupakan kitab suci yang mengandungi
kalam Allah. Setiap individu islam sewajarnya mempelajari pembacaan al-quran sejak kecil
lagi. Mengenali setiap huruf dan baris serta juga mempelajari hukum tajwid dengan betul.. Ibu
bapa mempunyai peranan yang besar dalam mendidik anak-anak mereka tentang pembacaan
ayat-ayat al-quran. Seawal umur 5 tahun lagi mereka sudah diajar membaca surah al-fatehah.
Kebanyakan anak-anak sudah pandai menghafaz surah al-fateha sejak lagi. Begitu juga
dengan surah-surah lazim yang lain. Penghafazan ayat-ayat al-Quran lebih mudah jika anak-
anak didedahkan sejak dari peringkat awal lagi.
Kelab Tahfiz yang akan ditubuhkan ini adalah bertujuan untuk mengajak anak-anak
supaya meninggikan serta menjulang al-quran sebagai satu model yang amat besar dalam
kehidupan mereka. Memberi kesedaran betapa pentingnya menghayati setiap kalimah yang
mengandungi makna tersendiri. Penubuhan kelab tahfiz di sekolah adalah salah satu cara
menarik murid supaya tidak melakukan perkara-perkara yang tidak berfaedah. Setiap masa
yang terluang akan diisi dengan menghafaz ayat-ayat al-quran. Di samping itu juga mengajar
mereka menjadi orang yang lebih beriman dan bertakwa kepada Allah kesan dari pembacaan
ayat-ayat suci al-Quran. Jiwa mereka akan terisi dengan sifat yang baik dan suci murni.
Mengajar mereka sentiasa berdisiplin dengan menepati waktu dan juga mempunyai semangat
untuk membantu rakan-rakan lain yang lemah dalam menghafaz. Penubuhan kelab tahfiz ini
adalah bertepatan dengan saranan yang terdapat dalam falsafah pendidikan negara yang
bermatlamat di antaranya menyemai kesedaran murid terhadap agama dan kepercayaan
kepada tuhan, menyeimbangkan perkembangan JERI serta mewujudkan sekolah berwatak.

Kelab tahfiz yang ditubuhkan di peringkat sekolah adalah salah satu cara untuk melahirkan
seorang insan yang mulia dan diharapkan dapat melahirkan lebih ramai lagi Huffaz yang
berkualiti di masa hadapan. Peranan yang lebih penting adalah bagi menunaikan fardhu
kifayah iaitu mengeluarkan golongan huffaz Al-Quran dan melahirkan generasi Al-Quran yang
bertaqwa, berilmu dan perihatin. (Muhammad bin Abdillah al-Zarkashi di dalam bukunya al-
Burhan fi Ulum al-Quran)

DPNG 2112 0851050P 1


2.0 OBJEKTIF

Beberapa objektif penting untuk penubuhan kelab ini di antaranya ialah :

I. Melahirkan generasi Al-Quran dan para ulamak yang menepati ciri-ciri taqwa dan
beramal dengannya.
II. Menghidupkan kembali ilmu-ilmu Al-Quran serta menambah bilangan penghafaz
Al-Quran yang dapat berbakti kepada agama, masyarakat dan negara.

III. Melahirkan pemimpin yang boleh dijadikan qudwah dan uswah bagi membentuk
masyarkat demi menjamin kejayaan di dunia dan di akhirat.

IV. Menjadikan ayat-ayat al-quran sebagai panduan hidup. Melaksanakan kewajipan


fardhu kifayah yang dituntut oleh Islam dalam memelihara kesahihan, kesucian
dan keaslian Islam dan Al-quran dari sebarang penyelewengan bacaan dan
penulisan.

V. Melahirkan golongan yang serba boleh dalam mengendalikan ilmu, iman, amal
dan dakwah melalui hafalan Al-Quran dan hikmahnya.
VI. Menjadikan mereka sentiasa bersifat merendah diri dan tawadhuk.
VII. Mengeratkan hubungan di antara guru, ibu bapa, murid dan rakan-rakan.

Analisa keperluan juga perlulah mengambil beberapa aspek-aspek penting seperti


agama, ekonomi, sosial dan politik . Aspek-aspek tersebut perlu dilakukan terlebih dahulu bagi
merealisasikan kelab ini berjalan dengan lancar.

DPNG 2112 0851050P 2


3.0 ASPEK AGAMA

Penghafalan dan pertatilan al-Quran telah dianggap termasuk dalam urusan keagamaan yang
dituntut. Pembacaan yang berulang-ulang akan membantu mengukuhkan keimanan.
Kepentingan menghafaz al-quran di kalangan murid-murid amat digalakkan bagi menjunjung
apa yang dibawa oleh al-Quran daripada tegahan melakukan kemungkaran dan perintah
supaya membiasakan perlakuan yang baik serta berpegang teguh dengan prinsip-prinsip dan
contoh tauladan yang mulia. Mereka akan didedahkan dengan kalimah-kalimah Allah yang akan
membangkitkan rasa ketenangan kepada diri masing-masing. Pembacaan dan penghafalan
bukan saja di sekolah tetapi juga akan mengulanginya di rumah bersama keluarga.

Penghafazan ayat-ayat suci al-Quran diajar sejak seawal umur kanak-kanak lima tahun.
Ada riwayat mengatakan bahawa Imam Syafie tamat menghafaz al-Quran ketika umurnya tujuh
tahun dan ada riwayat lain mengatakan bahawa tamatnya ketika umurnya sepuluh tahun.
(Jundi,al-Imam al-Syafie, Kaherah,1965). Para ulama besar seperti Imam Malik, Imam Abu
Hanifah dan Imam Ahmad Ibn Hanbal semuanya adalah menghafaz al-Quran. ( Sayuti, al-
Itqan,Fiulum al-Quran, Kaherah,1951). Mempelajari al-Quran mengikut pengalaman Rasulullah
S.A.W, para sahabat, para tabiin merangkumi di dalamnya lima perkara iaitu membaca,
menulis, menghafaz, memahami dan menghayati. Elemen inilah yang akan diajarkan kepada
murid-murid supaya ayat-ayat yang dihafaz bukan saja setakat di mulut tetapi juga memberi
kesan di dalam jiwa mereka hingga ke peringkat yang lebih tinggi apabila mereka semakin
meningkat dewasa. Bagi peringkat sekolah rendah penghafazan lebih kepada surah-surah
lazim yang agak mudah untuk diingati. Bagi yang dapat menguasai dengan cepat akan
didedahkan dengan surah yang lebih panjang.

Penubuhan kelab tahfiz di peringkat sekolah adalah usaha awal yang berusaha
melahirkan generasi ulul albab yang mampu mentafsirkan al-Quran bercirikan; Quranik,
Ensiklopedik dan Ijtihadik. Golongan ini mampu menghafaz, membaca , memahami makna dan
menghayati isi kandungan al-Quran. Mereka juga mempunyai pelbagai kemahiran bidang ilmu,
mampu menguasai pelbagai bahasa serta berkeupayaan memberikan pandangan dalam
menyelesaikan masalah umat disamping berfikiran kreatif dan inovatif.

Agama islam adalah agama yang sempurna dan penuh dengan kesederhanaan. Segala
yang dilakukan mempunyai petunjuk dan pedoman. Begitu juga dengan menghafaz ayat-ayat
suci al-Quran mempunyai pedoman sebelum seseorang itu ingin menguasai penghafalan.
DPNG 2112 0851050P 3
Murid-murid akan diberikan tip-tip yang berguna sebelum mereka mula untuk menghafaz
sesuatu ayat. Di antara adab-adab dan teknik yang perlu dititikberatkan ialah:

Sebelum Menghafal

1. Mempunyai azam dan minat untuk menghafal


2. Memilih waktu yang sesuai untuk menghafal.
3. Memilih tempat yang sesuai untuk menghafal.
4. Berada dalam keadaan tenang.
5. Kosongkan fikiran sebelum menghafal.
6. Pilih sebuah jenis mashaf dan jangan ubah dengan jenis mashaf lain.
7. Beristighfar, membaca selawat dan doa sebelum mula menghafal.
8. Membaca ayat 164 surah Al-Baqarah sebelum mula menghafal.

Teknik Menghafal

A. Teknik "Chunking"

1. Memisah-misahkan sepotong ayat yang panjang kepada beberapa bahagian yang sesuai
mengikut arahan guru.
2. Memisah-misahkan selembar mukasurat kepada beberapa bahagian (2 atau 3 bahagian)
yang sesuai.
3. Memisah-misahkan surah kepada beberapa bahagian, contohnya mengikut pertukaran
cerita.
4. Memisah-misahkan juz kepada beberapa bahagian mengikut surah, hizib, rubu', cerita dan
sebagainya.
5. Memisah-misahkan Al-Qur'an kepada kelompok surah, setiap 10 juz dan sebagainya.

Secara umumnya usaha murni yang dilakukan akan mendapat ganjaran yang besar dari
Allah kerana memartabatkan kalimah suci al-Quran kepada anak-anak kita. Penghafalan
al-Quran dan memuliakannya dari sudut agama adalah manhaj yang paling tinggi dari semua
segi pendidikan islam.(Abdullah Al-Amin Al-Namiy).
Para ulama telah bersepakat mengatakan hukum menghafaz al-Quran adalah fardu kifayah
bagi menjaga kepentingan, keaslian dan kesucian al-Quran. Muhammad bin Abdillah al-
DPNG 2112 0851050P 4
Zarkashi di dalam bukunya al-Burhan fi cUlum al-Quran menyatakan Mempelajari al-Quran
hukumnya adalah fardu kifayah, demikian juga memeliharanya (iaitu menghafaznya) maka ia
juga wajib (kifayah) bagi setiap umat. Kelebihan Menghafaz Al-Quran akan menjadikan
seseorang itu hafiz dan seharusnya menjadi cita-cita setiap orang Islam kerana mereka akan
memperolehi pelbagai keutamaan dan kelebihan di dunia dan di akhirat. Kelebihan menghafaz
al-Quran sama dengan nikmat kenabian, bezanya penghafaz tidak menerima wahyu. Sabda
Rasulullah S.A.W yang berbunyi, maksudnya :
Barangsiapa yang membaca (menghafaz) al-Quran, dia menyimpan ilmu kenabian dalam
dadanya walaupun tiada lagi wahyu diturunkan untuknya. Adalah tidak wajar bagi seorang hafiz
al-Quran memarahi orang yang pemarah dan juga tidak patut bertindak jahil terhadap orang
yang jahil, sedangkan al-Quran berada dalam dadanya.

Para hafiz dan hafizah juga akan dimasukkan oleh Allah ke dalam syurga serta diberi
kelebihan untuk memberi syafaat kepada sepuluh orang di kalangan keluarga terdekatnya yang
telah ditetapkan oleh Allah S.W.T. masuk neraka. Itulah kelebihan kepada mereka yang
mengamalkan serta menghayati dan menjadikan al-Quran sebagai teman sejati. Inilah yang
sedang dirancangkan oleh pihak sekolah bagi mendapatkan tahap hingga ke peringkat yang
teratas sebagai ulama bagi memimpin semua ummah. Memberi keyakinan yang mutlak bahawa
al-Quran yang menjadi pegangan hidup adalah mukjizat terbesar yang diwahyukan oleh Allah
kepada rasulnya.

Firman Allah:

Sesungguhnya kami telah memudahkan al-Quran untuk diingati dan difahami,adakah


sesiapa yang mahu mengambil peringatan (daripadanya?)

(Surah Al-Qamar:17)

Agama Islam tidak akan memperoleh tempat yang mantap kecuali dengan dalam
kalangan manusia yang berilmu serta beramal dengannya. Agama islam memandang tinggi
pada mereka yang mempunyai pegangan hidup yang berlandaskan pada al-Quran. Menjadikan
al-Quran sebagai teman yang sentiasa meniti dibibirnya setiap masa dan ketika. Amalan hidup
yang sebegini akan menjamin seseorang itu terpelihara di dunia dan juga di akhirat.

DPNG 2112 0851050P 5


4.0 ASPEK EKONOMI / KEWANGAN

Setiap organisasi yang akan ditubuhkan memerlukan bajet yang mencukupi untuk menjalankan
satu-satu aktiviti. Bagi kelab tahfiz keperluan yang diperlukan adalah kitab al-Quran, tempat,
guru yang bertauliah serta juga perbelanjaan untuk sebarang aktiviti harian murid-murid.
Pelajar-pelajar tahfiz terpaksa menghadapi suasana pembelajaran yang tidak kondusif apabila
kelab yang ditubuhkan tidak disusun dengan teratur oleh pihak jawatankuasa pengurusan
kokurikulum sekolah. Keadaan ini diharap mendapat perhatian pihak pengurusan sekolah.
Untuk menangani masalah ini, pengurusan sekolah akan memasukkan ke dalam pelan
cadangan keperluan tempat yang sesuai dan selesa buat program tahfiz. Tempat yang
dicadangkan adalah surau sekolah yang selama ini boleh menempatkan lebih dari 200 orang
murid. Memandangkan jumlah murid yang akan menyertai kelab ini terdiri dari murid tahap dua
masalah tidak cukup tempat tidak akan timbul. Bahkan, kelab ini juga hanya mengambil murid
yang benar-benar berminat dan mempunyai asas bacaan al-Quran yang mantap. Ibu bapa
penjaga murid yang terlibat diharapkan dapat memberikan komitmen dan sokongan padu
kepada kelab tahfiz yang akan ditubuhkan nanti.

Sumber kewangan bagi menubuhkan kelab ini juga akan disusun dengan baik sebelum
melaksanakan aktiviti tersebut. Antara sumber kewangan yang boleh diperolehi adalah dari
sumbangan ahli, peruntukan kokurikulum, kutipan derma dari pihak luar dan juga akaun wang
SUWA. Kelab tahfiz merupakan satu kelab yang jarang sekali ditubuhkan di sekolah-sekolah
rendah. Orang ramai akan lebih teruja untuk sama-sama menyumbang wang mereka bagi satu
program yang amat mulia ini.

Tujuan kelab tahfiz ini ditubuhkan bukan saja untuk melahirkan insan yang mempunyai
kemahiran dalam penghafazan al-Quran tetapi juga mengajar mereka supaya menjadikan ayat
al-Quran yang mereka amalkan adalah sebagai sumber kewangan mereka apabila dewasa
kelak. Apabila ilmu sebagai seorang Huffaz sudah ada dalam diri mereka, sudah tentu ilmu
yang ada akan diperkembangkan untuk dikongsi bersama oleh orang lain. Ilmu yang sedia ada
dizahirkan untuk manfaat bersama. Ramai dikalangan mereka yang arif dengan bidang ini, akan
menjadi guru tahfiz kepada murid-murid yang memerlukan guru agama yang mahir menghafal.
Bahkan ada juga di antara mereka membuka institut tahfiz khas untuk murid-murid yang

DPNG 2112 0851050P 6


berminat. Sebagai contoh penubuhan institut Darul Furqan yang telah ditubuhkan pada 15
November 1992 yang beroperasi di Kampung Padang Balang, Sentul. Ianya telah diasaskan
oleh Al-Fadhil Ustaz Salleh Sani Hj. Harun Al-Hafiz. Ia merupakan salah sebuah Institut
Pengajian Tahfiz Al-Quran swasta yang menekankan penghafazan 30 Juzuk Al-Quran sepenuh
masa. Darul Furqan adalah sebuah Institut Pengajian Tahfiz Al-Quran yang ditubuhkan secara
persendirian sebagai memenuhi kehendak masyarakat Islam di Malaysia yang mula cenderung
untuk menghayati Islam secara sempurna dan mendalam.

Di samping menjana ekonomi untuk diri dan keluarga, mereka juga dapat
menyemarakkan pembacaan al-Quran dengan mengajar serta mendidik orang lain. Besarlah
harapan pihak sekolah jika berjaya menubuhkan kelab ini, akan ramai lagi para penghafaz al-
Quran yang bergelar Al-Hafiz pada masa hadapan. Penghafalan yang dipelajari tidak akan
terhenti separuh jalan kerana banyak lagi peluang untuk mereka maju ke hadapan dengan
melanjutkan pembelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Lebih dari itu mereka boleh
meneruskan dengan membuat penjualan kaset dan cakera padat yang terhasil dari penghafalan
yang telah mereka pelajari. Ia adalah salah satu daripada sumber pendapatan yang terhasil dari
satu usaha yang murni dan mulia.

DPNG 2112 0851050P 7


5.0 ASPEK SOSIAL

Apabila kelab tahfiz berjaya ditubuhkan di peringkat sekolah maka hubungan di antara satu
sama lain akan menjadi kukuh. Penglibatan murid dalam program ini akan mengajar mereka
lebih kuat bersabar dan menghormati orang lain. Persaingan yang sihat juga akan terbit dari
hati mereka kerana apa yang mereka lakukan adalah mengamalkan kalimah suci Allah.
Kehidupan mereka akan lebih bermakna dengan pengisian rohani serta dapat menjana fikiran
mereka lebih menjadi seorang yang intelek. Minda mereka akan sentiasa terisi dengan perkara-
perkara yang menjurus kepada kebaikan. Setiap ahli akan mempunyai semangat setiakawan
dalam membantu rakan yang lain. Pembacaan al-Quran yang menggunakan hafalan adalah
lebih memberi peningkatan minda kepada penghafaznya. Pengetahuan murid yang menghafaz
al-Quran lebih mandalam dalam mengingati pelajaran. Ini telah dibuktikan oleh seorang pelajar
dari Sekolah Agama Mahaad Muhammadi Perempuan, Siti Fatimah Mukhtar yang
mengamalkan menghafaz al-Quran setiap hari atas nasihat ibu bapanya. Beliau telah
memperolehi 17 A1 dan 1 2A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang
diumumkan pelajar terbaik negeri Kelantan serta mencipta rekod kecemerlangan. Kejayaan
beginilah yang akan diserapkan serta memberi motivasi kepada murid yang akan mengikuti
kelab yang akan ditubuhkan ini.

Kelab tahfiz juga mempunyai peranan yang penting kepada pihak sekolah kerana boleh
melahirkan murid yang akan mewakili sekolah dalam sebarang pertandingan. Sebagai contoh
pertandingan amal islami peringkat sekolah, peringkat zon, peringkat daerah dan juga hingga
sampai ke peringkat negeri. Pihak sekolah akan lebih bersedia apabila sudah mempunyai
calon-calon yang sesuai untuk diwakilkan. Setiap tahun sekolah akan mempunyai pelapis bagi
tujuan tersebut. Murid pula akan lebih bersedia menghadapi sebarang pertandingan yang lebih
besar selepas itu. Hubungan sosial di antara setiap murid juga akan lebih meluas apabila dapat
bertukar pandangan, pengetahuan mengenai ilmu penghafalan yang lebih baik. Di sekolah juga
ada subjek hafazan yang mengandungi surah-surah yang memerlukan murid-murid menghafaz
bagi sukatan pelajaran. Tugas guru juga akan menjadi mudah apabila sebahagian murid boleh
menghafaz surah-surah tersebut mengikut sukatan yang telah ditetapkan. Situasi sebegini akan
menimbulkan rasa ketenangan dan kemegahan kepada guru dengan murid berkenaan.

DPNG 2112 0851050P 8


Bagi ibu bapa, mereka pasti teruja dengan program yang akan dilaksanakan oleh pihak
sekolah. Murid berkenaan akan meneruskan penghafalan mereka di rumah, kerana tempoh
masa di sekolah adalah terhad. Secara umumnya kelab ini ditubuhkan bukan sahaja di antara
guru dengan murid tetapi juga mendekatkan ibu bapa dengan anak mereka agar hubungan
akrab kekeluargaan akan lebih rapat dan mesra. Ibu bapa mempunyai peranan penting dalam
membantu anak-anak mencapai tahap yang mereka perlukan. Sudah tentu bagi murid yang
dapat menguasai penghafalan al-Quran akan mempunyai sikap dan tingkahlaku yang mulia dan
baik. Apabila mereka melangkah ke peringkat yang lebih tinggi pasti mereka akan mempunyai
keinginan yang tinggi untuk meneruskan penghafalan mereka. Naluri setiap ibu bapa akan
merasa tenang dan yakin untuk melepaskan anak-anak mereka. Ini kerana mereka sudah
dibekalkan dengan azimat dari ayat-ayat suci al-Quran yang telah sebati dengan jiwa mereka.
Ke mana saja arah yang mereka tuju pasti menemui jalan yang mudah. Orang akan
memandang tinggi dan hormat kepada mereka yang bergelar al-Hafiz. Mereka amat dimuliakan
serta disegani kerana ilmu al-Quran yang mereka miliki. Hubungan mereka dengan masyarakat
juga akan terpelihara dengan baik kerana mereka yang bergelar huffaz adalah insan yang
disayangi Allah dan rasulnya. Sebagai ibu bapa pastilah mempunyai keinginan mempunyai
anak yang sebegini.

Dalam arus pembangunan yang semakin mencabar ini, terlalu banyak gejala sosial yang
negatif di kalangan remaja sekolah. Mereka lebih gemar melakukan aktiviti yang melekakan dan
menyeronokkan sahaja. Apabila mereka tidak didedahkan dengan amalan yang positif seperti
solat, puasa, mengaji dan menghafaz al-quran sejak kecil maka inilah yang berlaku. Apabila ibu
bapa gagal memainkan peranan tersebut, maka pihak sekolah akan mengambil alih dengan
menubuhkan kelab tahfiz bagi memberi kesedaran kepada murid betapa pentingnya
mengamalkan ayat-ayat suci al-Quran dalam kehidupan mereka. Kelab tahfiz bukan sekadar
murid tersebut menghafaz sahaja tetapi juga mendalami dengan penuh penghayatan setiap
ayat yang dihafaz. Penglibatan mereka dalam aktiviti yang sihat ini akan mengajar mereka
sentiasa bersifat positif dalam pergaulan, percakapan, tingkah laku dan juga mengendalikan diri
dalam kehidupan sosial mereka. Menjadikan al-Quran sebagai asas utama pembelajaran
sehingga lahir modal insan soleh untuk memenuhi tuntutan dan keutamaan di Malaysia.
(Persatuan Institut Tahfiz Al-Quran Selangor).

DPNG 2112 0851050P 9


6.0 ASPEK POLITIK

Islam mewajibkan pemeluknya supaya menjadi umat yang terpelajar, jumlah orang yang
berpendidikan harus meningkat dan jumlah orang yang tidak berpendidikan mestilah
berkurangan. Namun perlu diketahui dasar-dasar ajaran Islam diambil daripada Al-Quran yang
penuh dengan hikmah dan dari sunnah Rasulullah SAW, semua itu mengandungi pengertian-
pengertian intelektual,metode-metode yang tinggi dan tatacara kehidupan yang baik.
Seperti yang kita sedia maklum, sekarang pengajian tahfiz mempunyai dua peringkat. Iaitu
diperingkat sekolah menengah dan institusi pengajian tinggi. Bagi peringkat menengah, kini
kerajaan sudah menyediakan sekolah tahfiz di bawah pihak kementerian. Diperingkat
menengah tidak dinafikan masih banyak institusi pengajian al-quran (swasta) ditubuhkan.
Namun ibubapa yang berminat menghantar anak mereka perlu menilai dengan bijak institusi
manakah yang harus ditujui. Kita harus memandang tinggi dan merasa bertuah kerana pihak
kerajaan memberi sokongan penuh kepada pembelajaran tahfiz ini. Sekiranya ibu bapa tidak
berminat menghantar anak di peringkat menengah, ibubapa masih lagi mempunyai pilihan
untuk ke peringkat pengajian tinggi. Kini pengajian Tahfiz Al-Quran bertaraf diploma sudah
diperkenalkan di Malaysia. Pengajian yang bertaraf diploma hanya disediakan di Darul Quran,
Maahad Tahfiz Negeri (ada juga membuat kerjasama dengan IPTS seperti KUIN, MARSAH
Johor dan lain-lain lagi) dan Kolej Universiti Islam Selangor. Fenomena inilah yang menguatkan
pihak sekolah untuk menubuhkan kelab tahfiz bagi memberi didikan awal kepada murid-murid
untuk pengetahuan asas sebelum pergi jauh lagi.

Ahli politik boleh memainkan peranan dalam penubuhan tahfiz ini dengan memberi
sokongan dan bantuan bagi menambaikkan program yang telah sedia ada. Sebagai pihak
pemerintah suara mereka amat diharapkan bagi memperkenalkan kelab yang ditubuhkan di
sekolah ini nanti mendapat perhatian sepenuhnya dari pihak luar. Sebarang aktiviti yang
dilaksanakan diharapkan dapat menarik perhatian dan mendapat maklum balas yang positif.
Tahfiz adalah satu kegiatan kokurikulum yang jarang sekali ditubuhkan di peringkat sekolah
rendah. Ia adalah satu perkara yang bukan mudah kerana memerlukan murid yang benar-benar
berminat dan juga mempunyai kemahiran asas dalam pembacaan al-Quran. Untuk menarik
minat murid, mereka perlu diberikan suntikan semangat terlebih dahulu. Oleh itu peranan pihak

DPNG 2112 0851050P 10


luar yang berpengaruh amat diperlukan bagi membawa murid berkenaan melawat ke tempat-
tempat seperti institut tahfiz dan maahad tahfiz yang ada. Sokongan dan bantuan pihak
berkenaan amat diharapkan bagi memberi peluang kepada pihak sekolah dapat membawa
murid-murid meninjau serta melihat bagaimana cara pelajar-pelajar tahfiz mempelajari bidang
ini. Perancangan yang dikemukakan oleh menteri besar Perak, Datuk Dr. Zambry bin Abd. Kadir
mengenai hasrat beliau menubuhkan pusat tahfiz al-Quran di setiap daerah di negeri ini bagi
memastikan syiar Islam terus dipertahankan dan diperkembangkan adalah salah satu
pendekatan yang baik dan amat dibanggakan.Menurut beliau, usaha berkenaan akan
dilaksanakan secepat mungkin bagi membolehkan rakyat mendapat peluang yang lebih luas
untuk mengikuti pengajian dan menghafaz al-Quran. Hasrat ini adalah kerana kerajaan negeri
mahu mewujudkan pusat itu di semua daerah di seluruh negeri ini bagi memastikan syiar Islam
terus terbela. (Utusan Malaysia, 10 Mac 2009). Ini membuktikan bahawa pengajian berbentuk
tahfiz mendapat perhatian yang sewajarnya dari pihak pemerintah. Pemimpin beginilah yang
diharapkan dapat membela dan menzahirkan hasrat pihak sekolah mewujudkan kelab tahfiz di
peringkat sekolah rendah.

Negara kita memerlukan ramai lagi pemimpin-pemimpin yang mempunyai kemahiran


dalam bidang tahfiz ini. Sebagai contoh Negara kita amat berbangga dengan Datuk Dr. Harun
Din Al-hafiz seorang tokoh politik yang bergelar Al-Hafiz. Tokoh sebeginilah yang seharusnya
menjadi idola kepada anak muda agar impian dan aspirasi Negara akan tercapai. Mereka
adalah pelapis yang diharapkan dapat menjadi tunggak bagi menggantikan para ulama yang
semakin hari semakin berkurangan. Bak kata pepatah Yang patah tumbuh berganti. Para
hafiz dan hafizah adalah insan-insan yang diharapkan dapat memberi sinar yang berterusan
dalam memimpin umat akhir zaman dengan ilmu al-quran yang telah bersemadi dalam diri
mereka.

DPNG 2112 0851050P 11


7.0 PERANCANGAN DAN PENGENDALIAN AKTIVITI

Perancangan yang teratur perlu ada sebelum melaksanakan sebarang aktiviti.


Perancangan aktiviti hendaklah dirancang dengan teliti terlebih dahulu. Di antara faktor yang
penting untuk perancangan sesuatu aktiviti atau program haruslah memberi perhatian kepada
aspek-aspek berikut

a) Merancang
b) Merangka
c) Menyusun
d) Menyelaras
Pengendalian aktiviti pula ialah bermaksud mentadbir, mengurus dan mengawal serta
melaksanakan sesuatu aktiviti yang telah dirancang.
Penyediaan kertas kerja bagi sesuatu aktiviti adalah perlu. Kertas kerja merupakan
cadangan dan perancangan untuk melaksanakan sesuatau aktiviti. Perkara yang perlu dalam
sesuatu kertas kerja ialah:
a) Pendahuluan
b) Objektif dan matlamat
c) Tema
d) Tarikh, tempat dan tempoh pelaksanaan
e) Perasmi
f) Bilangan penyertaan dan kategori
g) Sumbangan penyertaan
h) Syarat penyertaan
i) Jawatankuasa induk
j) Jawatankuasa kecil pelaksana
k) Perbelanjaan
l) Pendapatan
m) Penutup
n) Jadual aktiviti

Seterusnya, bidang tugas jawatankuasa akan dibentuk dengan pengagihan kerja


bagi setiap jawatan yang disandang.

BI JAWATANKUASA BIDANG TUGAS

DPNG 2112 0851050P 12


L
1 Pengerusi Menyelaras dan mengurus semua perkara
yang berkaitan dengan aktiviti ,peserta dan
jawatankuasa yang terlibat
Mengendalikan taklimat kepada peserta
2 Setiausaha Mengurus semua urusan surat menyurat
yang berkaitan dengan aktiviti dan
membantu pengerusi dalam urusan
berkaitan
3 Bendahari Mengurus kutipan bayaran peserta
Mengurus semua pembayaran dan perkara
yang berkaitan dengan kewangan semasa
aktiviti
4 Urus setia Memastikan perjalanan kursus agar
berlangsung dengan baik dan tepat pada
masanya
Bertanggungjawab kepada jawatankuasa
kerja
Menyebarkan maklumat kepada peserta
Menguruskan kebajikan peserta
5 Disiplin dan keselamatan Memastikan keselamatan dan disiplin
peserta dalam keadaan baik sepanjang
kursus.
Mengawal dan menyelia disiplin dan
keselamatan
6 Aktiviti kerohanian Merancang dan melaksanakan aktiviti
kerihanian termasuk solat, kuliah subuh dan
kuliah maghrib

7 Publisiti Menyiapkan kain rentang, poster dan bena


serta meletakkan di tempat yang sesuai
Menghubungi pihak media massa
8 pendaftaran Mengurus pendaftaran peserta
Menyediakan tempat berkumpul bagi
semasa aktiviti dilaksanakan
9 Makanan dan minuman Menempah dan mengurus makan minum
peserta dan guru serta memastikan segala
DPNG 2112 0851050P 13
keperluan mencukupi
10 Penginapan Menguruskan tempat tinggal peserta dan
guru
Memastikan keselamatan terjamin
sepanjang aktiviti
11 Hadiah, sijil , cenderahati Menyedia, mengurus dan menyusun hadiah,
sijil dan cenderahati untuk para pesert dan
jemputan

Segala perancangan dan pengendalian aktiviti yang disusun dengan baik akan
menghasilkan satu aktiviti yang berjaya dan cemerlang. Kerjasama dan semangat saling bantu
membantu di kalangan para jawatankuasa dan peserta amat penting bagi menjamin sesuatu
aktiviti berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah yang timbul semasa aktiviti ataupun
sesudah aktiviti. Aktiviti kokurikulum yang dilaksanakan nanti akan mengandungi elemen-
elemen pengetahuan, pengalaman dan kemahiran baharu serta nilai-nilai murni yang
membantu murid membangunkan intelek, jasmani, emosi dan rohani yang seimbang

7.0 PENUTUP

Pengajian tahfiz pada masa sekarang bukan hanya untuk diajar di sekolah-sekolah pondok dan
madrasah yang terpencil sahaja. Bahkan ia sudah jauh meluas dan mempunyai kepentingan
yang besar dalam kehidupan masyarakat sekarang. Ini kerana bidang hafalan adalah satu
aktiviti yang menjurus kepada pendekatan diri seseorang kepada kalimah-kalimah Allah yang
suci. Bahkan bukan semua orang boleh mencapai tahap sebagai seorang huffaz yang
cemerlang. Seperti yang telah diulas sebelum ini bahawa bidang ini akan melahirkan insan
yang berilmu, beriman dan bertaqwa sekaligus menjadi pemimpin yang berjiwa rabbani. Ia juga

DPNG 2112 0851050P 14


membawa kebaikan yang hakiki dari segi agama, ekonomi, sosial dan politik setelah dikaji dan
membuat penelitian yang rapi.

Oleh yang demikian, semua pihak perlu memberi komitmen yang positif dalam
membentuk serta menzahirkan program yang akan ditubuhkan ini mendapat kejayaan.
Perhatian dan kerjasama yang diberikan pasti akan membuahkan hasil yang baik. Aktiviti yang
dijalankan bukan setakat menghafaz bahkan menghayatinya dalam jiwa dan minda supaya
segala yang dipelajari akan kekal sampai bila-bila. Kelab tahfiz ini akan melengkapkan diri
setiap pelajar dengan jasmani yang cergas, emosi yang stabil, rohani yang suci dan juga intelek
atau minda yang cerdas.

8.0 RUJUKAN

1. Abdullah Al-Amin Al-Namiy, Kaedah dan Teknik Pengajaran Menurut Ibn Khaldun dan Al-
Qabisi, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1994.

2. http://tahfizdarulfurqan,wordpress.com.

3. http://www.tahfizmalaysia.com.

4. http://Kembarapolitik,blogspot.com.

DPNG 2112 0851050P 15


5. Kementerian Pendidikan Malaysia, Buku Panduan Pengurusan Kokurikulum.

6. Sayid Sabiq, Akidah Islam Pola Hidup Manusia Beriman, Pustaka Jiwa SDN.BHD,2003.

7. Suzalie Mohamad, Memahami Isu-isu Pendidikan Islam di Malaysia,Institut Kefahaman


Islam Malaysia (IKIM),2003.

Lampiran

KERTAS KERJA CADANGAN


KEM BESTARI TAHFIZ
SEKOLAH RENDAH AGAMA KG. API-API

1.0 PENDAHULUAN

Kelab Tahfiz yang akan ditubuhkan ini adalah bertujuan untuk mengajak anak-anak
supaya meninggikan serta menjulang al-quran sebagai satu model yang amat besar dalam

DPNG 2112 0851050P 16


kehidupan mereka. Memberi kesedaran betapa pentingnya menghayati setiap kalimah yang
mengandungi makna tersendiri. Penubuhan kelab tahfiz di sekolah adalah salah satu cara
menarik murid supaya tidak melakukan perkara-perkara yang tidak berfaedah. Setiap masa
yang terluang akan diisi dengan menghafaz ayat-ayat al-quran. Di samping itu juga mengajar
mereka menjadi orang yang lebih beriman dan bertakwa kepada Allah kesan dari pembacaan
ayat-ayat suci al-Quran.

2.0 OBJEKTIF

I. Melahirkan generasi Al-Quran dan para ulamak yang menepati ciri-ciri taqwa dan
beramal dengannya.
II. Menghidupkan kembali ilmu-ilmu Al-Quran serta menambah bilangan penghafaz
Al-Quran yang dapat berbakti kepada agama, masyarakat dan negara.

III. Melahirkan pemimpin yang boleh dijadikan qudwah dan uswah bagi membentuk
masyarkat demi menjamin kejayaan di dunia dan di akhirat.

IV. Menjadikan ayat-ayat al-quran sebagai panduan hidup Melaksanakan kewajipan


fardhu kifayah yang dituntut oleh Islam dalam memelihara kesahihan, kesucian
dan keaslian Islam dan Al-quran dari sebarang penyelewengan bacaan dan
penulisan.

V. Melahirkan golongan yang serba boleh dalam mengendalikan ilmu, iman, amal
dan dakwah melalui hafalan Al-Quran dan hikmahnya.
VI. Menjadikan mereka sentiasa bersifat merendah diri dan tawadhuk.
VII. Mengeratkan hubungan di antara guru, ibu bapa, murid dan rakan-rakan.

3.0 TEMA

Mencari sinar dengan menghafaz al-Quran

4.0 TEMPAT

Sekolah Rendah Agama Kampung Api-Api

5.0 Kumpulan Sasaran


DPNG 2112 0851050P 17
Murid Tahap 1 dan 2 yang berpotensi ( 30 Orang )

6.0 TARIKH DAN MASA

Tarikh : 17hb Februari 2010

Hari : Rabu

Masa : 2.00 6.30 petang

7.0 Konsep Pelaksanaan:

Aktiviti kem ini dijalankan berdasarkan konsep Penghafalan melalui aktiviti secara
berkumpulan. Bagi merealisasikan konsep ini berkesan, aktiviti yang khusus telah disusun
dengan menggabungkan unsur-unsur berikut:

6.1 Semangat kerjasama antara rakan dalam kumpulan


6.2 Menerapkan nilai-nilai murni dalam diri setiap pelajar
6.3 Pemupukan jiwa yang suci serta pengawalan minda
6.4 Pengukuhan bacaan yang lancar dan fasih
6.5 Pengukuhan keimanan dan ketakwaan
6.6 Pengukuhan disiplin kendiri
6.7 Pembersihan dan penyucian jiwa agar mudah menghafal
6.8 Memberi serta membekalkan teknik-teknik penghafalan yang beekesan

8.0 ORGANISASI

STRUKTUR ORGANISASI
JAWATANKUASA
SRA Kg. Api-Api

Penasihat : Pn. Rosmadzlina bt. Sohod

Pengerusi : Pn. Mariam bt. Kordi

Naib Pengerusi : Pn . Jamiyah bt. Salikun

Setiausaha : Pn. Khafizah bt. Miskan

DPNG 2112 0851050P 18


Bendahari : Pn. Badariyah bt. Zainal

CARTA ORGANISASI KELAB ATAU PERSATUAN

AJK MURID

Pengerusi : Mohd. Hakim b. Hazri

Naib Pengerusi : Luqman Hakim b. Zulkhairi

Setiausaha : Nur Aina bt. Shafie

Bendahari : Siti Sara bt. Mohamad

AJK : Mohd. Izzat b. sazali

Mohd. Rizal b. Rosli

Hairul Azri b. Ahmad

Siti Amina bt. Ahmad

Siti Riani bt. Ghazali

9.0 TENTATIF PROGRAM

2.00 : Pendaftaran peserta

2.30 : Slot 1 - Tayangan Slide ( Asas penghafalan )


Oleh - Ustaz Ahmad Fauzi bin Mat Ellah

3.00 : Slot 2 - Teknik penghafalan dilakukan secara berkumpulan


( Dikendalikan 5 orang fasilitator)

5.00 : Rehat (Solat Asar berjemaah )

5.15 : Slot 3 - Kemahiran menghafaz (KUIZ)


- Ustaz Ahmad Fauzi bin Mat Ellah
DPNG 2112 0851050P 19
6.30 : Minum petang
Bersurai

ampiran 4
10.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

Bil Perkara Jumlah

01 Minum petang (murid 30 x 1.50 ) RM 69.00


( Guru & Jemputan - 12 x 2.00 )

02 Bahan cetakan 30 x 1.00 RM 30.00

03 Cenderahati jemputan RM 100.00

04 Hadiah kuiz hafazan RM 100.00

JUMLAH RM 299.00

Sumber kewangan : Sumbangan PIBG SRA Kg. Api-Api dan Kokurikulum sekolah

11.0 PENUTUP

Kelab tahfiz ini patut ditubuhkan memandangkan ia adalah satu bentuk aktiviti yang
memenuhi aspek kerohanian dan juga membentuk murid menjadi insan yang rabbani. Kelab
tahfiz ini akan melengkapkan diri setiap murid dengan jasmani yang cergas, emosi yang
stabil, rohani yang suci dan juga intelek atau minda yang cerdas. Ini dibuktikan dengan
wujudnya banyak institut tahfiz di setiap negeri di Malaysia. Diharapkan usaha yang
dilakukan oleh pihak sekolah akan mendapat kerjasama dari semua pihak.
Usaha yang dilakukan ini adalah untuk memartabatkan dan meninggikan al-Quran
sebagai sahabat sejati walau di mana sahaja mereka berada. Apabila ayat-ayat suci sudah
sebati dengan jiwa dan sanubari maka hidup akan sentiasa diberkati oleh Allah. Inilah yang
akan diterapkan kepada murid-murid apabila mereka menganggotai kelab tahfiz. Jiwa
mereka akan menjadi suci dan bersih dari anasir yang tidak baik. Pengendalian aktiviti yang
dirancang akan cuba menarik minat murid-murid untuk menyertai kelab ini. Semoga
perancangan yang diaturkan oleh pihak sekolah akan berjaya direalisasikan.
DPNG 2112 0851050P 20
DPNG 2112 0851050P 21
PELAJAR-PELAJAR TAHFIZ

DPNG 2112 0851050P 22


MODUS OPERANDI

DPNG 2112 0851050P 23


Lampiran 3TENTATIF

09 MAC 2009 ( ISNIN )

LATIH TUBI BACAAN DAN


SESI 1 : TAHUN SATU
PERMAINAN
- Dikendali 2 orang fasilitator
7.40 Pg : Pendaftaran (Kafeteria).
- Latih tubi bacaan
- Permainan / Pertandingan antara kumpulan
8.00 Pg Hadiah1untuk
- : SLOT pemenangSlide Asas Solat
: Tayangan dan Wudhuk
- Tayangan Slide
- Lokasi : Kafeteria SKKD PENILAIAN
9.00 Pg : SLOT 2 : Latih Tubi Bacaan dalam Wudhuk dan Solat
PENGISIAN
WUDHUK
10.00
DATAPg :REHAT - Fasilitator membimbing murid
lemah secara PRAKTIKAL
- Murid membawa kad - Penilaian kemahiran murid
10.30
penilaian danPg
serahkan :kepada
SLOTunit
3 : Kuiz Bestari Solat Oleh : Ust Ahmad
- Nasir Awang
Guru mengisi Borang
data untuk direkodkan pencapaian Pencapaian*
mereka - Lokasi : Tempat Wudhuk
- 12.00
SelesaiTgh : Bersurai
bimbingan dan
penilaian murid ke Stesyen 1

SESI 2 : TAHUN TIGA


PENILAIAN
3.30 Ptg : Pendaftaran (Kafeteria).

4.00 Ptg FasilitatorSlide


: SLOT- 1 : Tayangan membimbing murid lemah
Kesalahan yang selalu dilakukan dalam
secara individu
Solat - Penilaian kemahiran murid-isi
borang pencapaian
- Lokasi : Di dalam Surau dan Bilik j-
QAF dan Wudhuk.

4.30 Ptg : SLOT 2 : Latih Tubi Bacaan dalam Solat (Tahiyyat Akhir dan Doa
Qunut)

5.00 Ptg :REHAT

6.00 Ptg : SLOT 3 : Kuiz Bestari Solat Oleh : Ust Ahmad Nasir Awang

6.30 Ptg : Bersurai

DPNG 2112 0851050P 24


Lampiran 4

IMPLIKASI KEWANGAN

SUMBER

Peruntukan Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pelajaran Malaysia.

PERBELANJAAN

a) Minuman Pagi/Petang [ 350 orang X RM 2.00 ] = RM


700.00
b) Bahan Cetakan [ 350 orang X RM 1.00 ] = RM
350.00
c) Hadiah Kuiz Bestari Solat = RM 100.00
d) Dokumentasi = RM 50.00

JUMLAH = RM 1200.00

DPNG 2112 0851050P 25


DPNG 2112 0851050P 26

Вам также может понравиться