Вы находитесь на странице: 1из 2

Karangan: Langkah Mengatasi Penyalahgunaan Aplikasi Media Sosial

Pendahuluan:

Kebelakangkan ini, aplikasi rangkaian sosial amat popular dalam kalangan


masyarakat. Penggunaan aplikasi rangkaian sosial telah menjadi satu budaya dan
santapan harian dalam kalangan pengguna internet. Antara aplikasi rangkaian
sosial yang terkenal di seluruh dunia ialah Twitter, Whatsapp, WeChat dan
sebagainya. Namun, aplikasi media sosial ini sering disalahgunakan untuk
menyebarkan fitnah, hasutan, ugutan atau kandungan berbaur provokasi yang
boleh menggugat keharmonian dan keselamatan negara. Mereka didorong untuk
melakukan perbuatan itu kerana menganggap alam siber selamat daripada dikesan
oleh pihak berkuasa dan identiti mereka tidak boleh dicam atau dipalsukan.

Isi cadangan:

1. Sebagai langkah berjaga-jaga,beberapa langkah mengatasi haruslah


diambil antaranya ialah pemantauan dan kawalan daripada keluarga. Ibu
bapa perlu memberi bimbingan dan panduan yang bersesuaian kepada
anak-anak supaya lebih berdisiplin dan berhati-hati ketika menggunakan
aplikasi rangkaian sosial. Pemantauan dan bimbingan daripada ibu bapa
mampu mendidik anak-anak menggunakan aplikasi media sosial dengan
bijak. Oleh itu, ibu bapa harus memainkan peranan mereka dalam
membendung penyalahgunaan media sosial yang kian mempengaruhi
minda anak-anak mereka.
2. Selain itu, peranan guru atau pihak sekolah dalam mewujudkan kesedaran
juga penting dalam mengatasi masalah ini. Antara langkah yang boleh
dilakukan adalah melalui subjek Pendidikan Islam atau Pendidikan Moral.
Semua murid perlu diberitahu bahawa setiap perbuatan menyebarkan
fitnah adalah berdosa.
3. Di samping itu, masyarakat juga memainkan peranan penting. Masyarakat
perlu menegur dan menasihati sikap remaja jika mereka melakukan
kesalahan. Semua ahli masyarakat berhak menegur secara langsung atau
tidak langsung jika remaja melakukan perkara yang tidak sepatutnya.
4. Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) juga perlu
menyiasat dan mengambil tindakan penguatkuasaan dengan kerjasama
pihak berkuasa. Pihak polis boleh menahan individu yang menyebarkan
berita palsu. Pengguna media sosial perlu bersedia berhadapan dengan
tindakan undang-undang sekiranya memuat naik sesuatu komen atau
bahan yang menyalahi undang-undang.

Kesimpulan

Dalam konteks ini yang bersalah ialah pengguna media sosial itu sendiri bukannya
media sosial. Media sosial hanyalah satu platform atau medium untuk
menyampaikan mesej atau pesanan kepada pihak yang ingin disasarkan. Media
sosial sebenarnya mendatangkan banyak manfaat kepada masyarakat jika
digunakan dengan betul.

Вам также может понравиться