Вы находитесь на странице: 1из 9

KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN SK KAMPUNG CHERAS BAHARU KALI

KE-30 2016
Teks Ucapan Juruacara: Puan Halmimazila Binti Abd Razak & Puan Noor Haza Azura
Binti Hashim
PERKARA/UPACARA/TEKS
1 PENGUMUMAN KETIBAAN TETAMU KEHORMAT

Mengumumkan ketibaan Yang Dihormati,

2 VIP duduk, buku program diberikan baru EMCEE mulakan kata-kata aluan.

3 UCAPAN ALU-ALUAN
Burung udan burung tempua,
Hinggap berehat di pohon kayu
Sukan amalan sihat untuk semua
Rakyat sihat Negara maju

Burung Tempua hinggap merata


Sayang Merbah di pohon cemara
Assalamualaikum mulanya bicara
Awal Bismillah pembuka bicara.

Yang Dihormati,

Yang Berusaha,
Encik Azizan Bin Abd Hamid
YDP PIBG
SK Kampung Cheras Bahru

Yang Berusaha,

1
Encik Nordin Bin Koher
Guru Besar SK Kg Cheras Baru

Yang Berusaha barisan guru penolong kanan SK Kampung Cheras Baharu


Encik Mohd Yusof Bin Daud , Penolong Kanan Pentadbiran
Puan Fairuz Binti Ahmad, Penolong Kanan HEM
Encik Nasir Bin Yusof, Penolong Kanan Ko-kurikulum

guru-guru, ahli-ahli jawatankuasa PIBG, tuan-tuan, puan-puan seterusnya murid-murid SK


Kampung Cheras Baharu yang dikasihi sekalian.

ASSALAMUALAIKUM, SALAM 1 MALAYSIA DAN SELAMAT DATANG KE


KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN DAN SUKANEKA SEKOLAH KEBANGSAAN
KAMPUNG CHERAS BAHARU KALI KE -30

4 Syukur kehadrat Allah SWT kerana dengan izin dan limpah kurniaNya dapat kita bersama-sama
pada pagi yang indah ini untuk menjayakan Kejohanan Olahraga Tahunan dan Sukaneka SK
Kampung Cheras Baharu kali ke -30.
Kami di pihak majlis ingin merakamkan jutaan terima kasih terutamanya,
kepada-----------------------------------------------------------, tetamu-tetamu jemputan serta hadirin
dan hadirat kerana sudi menghadirkan untuk memeriahkan kejohanan kita pada pagi ini.

5 UPACARA PERARAKAN BADAN BERUNIFORM DAN RUMAH SUKAN


. Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian,

Kejohanan pada pagi ini akan dimulakan dengan perbarisan masuk kontingen-kontingen Rumah
Sukan dan Unit Beruniform SK Kampung Cheras Baharu.

Dengan ini, majlis dengan segala hormatnya menjemput Yang Berusaha Encik Nordin Bin
Koher, Guru Besar SK Kampung Cheras Baharu untuk mengiiringi YDihormati
___________________________________________ ke pentas utama untuk menerima tabik
hormat daripada kontingen-kontingen kejohanan. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

** VIP naik ke pentas utama

2
** Lagu Marching dimulakan dan murid menghentak kaki

Mendahului perbarisan ialah Unit Beruniform Tunas Kadet Remaja Sekolah yang diketuai
oleh ___________________________________________dan __________________________
selaku pemegang bendera.

**************************

Diikuti dengan Pasukan Pengakap yang diketuai oleh ______________________________


dan ____________________________________ selaku pemegang bendera.

Penyu bukan sebarang penyu, penyu tidak menangis lagi, Hijau bukan sebarang hijau, Hijau
Juara tahun ini.
Berpakaian serba hijau bertemakan adiwira Teenage Mutant Ninja Turtle, kontingen perbarisan
yang seterusnya ialah RUMAH _______________________. Kontingen ini diketuai oleh
________________________________ dan ________________________________ selaku
pemegang bendera. Pada tahun ini Rumah Hijau menampilkan Adiwira Ninja Turtle sebagai
mascot mereka dan mereka akan berjuang dengan ____________________________.
************

Melintas di hadapan pentas utama kini ____________________ ialah kontingen


RUMAH________________ yang diketuai oleh _______________________ dan
__________________________ selaku pemegang bendera. Menjadikan
____________________________maskot pasukan, rumah ________________telah memilih
motto ______________________ untuk membakar semangat kesukanan ahli-ahli pasukannya
sepanjang kejohanan ini.
*************************

Menyusul seterusnya ialah RUMAH __________________________.


___________________________________diketuai oleh ______________________ dan
_______________________________ sebagai pemegang bendera. Maskot mereka pada tahun

3
ini ialah _____________________________________ dengan motto ____________________.

**************************

Tampil gagah dengan warna kuning DiRaja kontingen rumah sukan yang seterusnya ialah
RUMAH _______________________________. Diketuai oleh _________________________
dan _____________________________________ selaku pemegang bendera. Maskot rumah
kuning pada tahun ini ialah __________________________________ dan mereka membawa
motto perjuangan mereka Kuning Boleh, Kuning Mara, Kuning Pasti Juara.

Dalam pakaian serba putih, kontingen seterusnya ialah PERSATUAN BULAN SABIT
MERAH MALAYSIA yang diketuai ______________________ dan ____________________
pemegang bendera. Persatuan ini berpegang pada prinsip Sentiasa Bersedia Memberi
Bantuan Segera.
********************

Kontingen yang seterusnya ialah PANDU PUTERI TUNAS yang diketuai ________________
dan _____________________________ sebagai pemegang bendera. Puteri Tunas sentiasa
bergerak dengan moto Tolong Orang Selalu
***********************
Tampil merah jambu ayu namun perkasa kontingen perbarisan yang terakhir ialah
PERGERAKAN PUTERI ISLAM MALAYSIA yang diketuai oleh __________________
dan ___________________________________ sebagai pemegang bendera. Motto Pergerakan
Puteri Islam ialah Berilmu, Beriman dan Beramal.

6 Kontingen menghentak kaki sehingga arahan berhenti.

BACAAN DOA

Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian,


Bagi memohon inayah dari Allah SWT, marilah sama-sama kita menadah tangan dan

4
mengaminkan lafaz doa yang akan dibacakan oleh Ustaz Mohd Hafiz Bin Mohd Zainul.
Dengan ini, majlis dengan segala hormatnya menjemput Ustaz Mohd Hafiz Bin Mohd Zainul
untuk membacakan doa. Dipersilakan.
*** Bacaan Doa
Amin ya rabbal al-amin
Terima kasih Ustaz Mohd Hafiz di atas bacaan doa itu tadi. Semoga kejohanan kita pada pagi
ini berjalan lancar seperti yang dirancang.

NYANYIAN LAGU NEGARAKU


Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian
Acara pada pagi ini diteruskan dengan nyanyian lagu NegaraKu. Dengan ini hadirin diminta
unuk berdiri dan sama-sama menyanyikan lagu NegaraKu dengan penuh semangat.
**** Lagu NegaraKu****
Terima kasih di atas nyayian lagu NegaraKu sebentar tadi.

PERARAKAN MASUK DAN UPACARA MENAIKKAN BENDERA KEJOHANAN

Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian,

Kejohanan pada pagi ini diteruskan dengan upacara perarakan masuk bendera kejohanan yang
diketuai Mohd Izzat Bin Rahim selaku ketua kotingen kejohanan diiringi oleh ______________
pembawa bendera kejohanan.

(BACA SEMASA BENDERA MELINTASI KHEMAH SEHINGGA BELOK KE TIANG


BENDERA)

Layar Putih yang mendasari Bendera Kejohanan bermaksud ketulusan dan keikhlasan guru-
guru dan murid-murid dalam menjalankan segala tugas yang telah dipertanggungjawabkan.

Manakala Gelung Bertindih bermaksud kesepaduan dan kerjasama di antara keempat-empat


buah rumah sukan iaitu Rumah Biru, Hijau, Merah dan Kuning.

Obor yang berada di tengah gelung pula melambangkan semangat kesukanan warga SK
Kampung Cheras Baharu dalam memartabatkan sukan sekolah.

5
IKRAR SUKAN

Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian


Majlis pada pagi ini diteruskan dengan bacaan ikrar kejohanan. Dengan ini dijemput
_________________ untuk membacakan ikrar kejohanan.
***bacaan ikrar kejohanan***

Demikianlah tadi berakhirnya bacaan ikrar oleh para peserta kejohanan.

MENJEMPUT VIP MEMERIKSA BARISAN KEJOHANAN DAN DUDUK

Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian

Majlis pada pagi ini diteruskan dengan pemeriksaan barisan kontingen-kontingen kejohanan.
Dengan ini majlis dengan segala hormatnya menjemput Encik Nordin Bin Koher, Guru Besar
SK Kampung Cheras Baharu untuk mengiringi YDihormati ______________________ untuk
pemeriksaan kotingen kejohanan.

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepasa YDihormati ________________________,


kerana sudi memeriksa perbarisan kotingen-kotingen kejohanan. Majlis dengan ini menjemput
YDihormati tuan untuk kembali ke khemah utama. Dipersilakan
***VIP duduk semula***

UCAPAN GURU BESAR


Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian

Kejohanan pada pagi ini akan diteruskan dengan ucapan Guru Besar SK Kampung Cheras
Baharu. Oleh itu, majlis dengan sukacitanya menjemput Yang Berusaha, Encik Nordin Bin
Koher untuk menyampaikan ucapan. Dengan segala hormatnya dipersilakan.
*** Ucapan ***

6
Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada Encik Nordin Bin Koher di atas ucapan itu tadi.

UCAPAN PERASMIAN

Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian

Kejohanan pada pagi ini diteruskan dengan ucapan perasmian oleh YDihormati
_______________________________________________ . Tanpa melengahkan masa lagi,
majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Encik Anuar Bin Mohd Ramli untuk
menyampaikan ucapan dan sekaligus merasmikan Kejohanan Sukan Tahunan SK Wira kali ke-
15. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

***Ucapan***

Majlis merakamkan ribuan terima kasih di atas ucapan dan kesudian YBerhormat Tuan,
untuk merasmikan Kejohanan Sukan Tahunan SK Wira kali ke 15 sebentar tadi.

1 PENYAMPAIAN CENDERAHATI
4
. Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian

Sebagai tanda terima kasih pihak sekolah kepada YDihormati Encik Anuar Bin Mohd Ramli di
atas kesudian beliau untuk merasmikan dan memeriahkan kejohanan pada pagi ini, majlis sekali
lagi ingin menjemput YBerusaha Puan Hajjah Nooraziza Binti Sabarudin, Guru Besar SK Wira
untuk menyampaikan cenderahati kepada YDihormati Encik Anuar Bin Mohd Ramli tanda
terima kasih kepada tuan. Dengan segala hormatnya dipersilakan.
***Penyampaian Cenderahati***

Terima kasih diucapkan kepada Puan Hajjah Nooraziza di atas kesudian menyampaikan
cenderahati sebentar tadi.

7
1 PERBARISAN KELUAR PADANG
5 (Ayu)
. Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian

Majlis Perasmian Kejohanan Olahraga Tahunan SK Wira Kali Ke-15 pada pagi ini akan diakhiri
dengan perbarisan keluar padang oleh kotingen-kontingen perbarisan rumah sukan dan badan
beruniform. Kontingen-kotingen perbarisan diminta bersedia untuk menerima arahan keluar
padang.

***Murid beredar keluar dengan lagu marching***

1 SENAMROBIK
6 (Haza)
. Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian

Kejohanan pada pagi ini akan diteruskan dengan persembahan SENAMRAMA yang ini disertai
oleh 80 orang murid Tahun 3 SK Wira. Pasukan senamrama ini telah mendapat bimbingan
daripada Puan Norlia Binti Shamsudin dan Puan Nurul Huda Binti Legiman. Tanpa
melengahkan masa lagi sama-samalah kita saksikan persembahan Senamrama oleh murid-murid
Tahun 3 SK Wira.
***Senamrobik***

Demikianlah tadi berakhirnya persembahan senamrama yang cukup menarik dan bertenaga oleh
murid-murid SK Wira.

(Ayu)
Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian

Dengan berakhirnya persembahan senamrama itu tadi maka berakhirlah upacara perasmian

8
Kejohanan Sukan Tahunan SK Wira kali ke 15. Sebelum itu, izinkan kami di pihak majlis untuk
sekali lagi merakamkan ucapan terima kasih kepada YDihormati Encik Anuar Bin Mohd Ramli
kerana sudi hadir dan merasmikan Kejohanan Sukan Tahunan SK Wira Kali Ke-15.

Sehubungan itu, majlis dengan segala hormatnya ingin menjemput YDihormati Encik Anuar
Bin Mohd Ramli diiringi oleh Puan Hajjah Nooraziza Binti Sabarudin dan tetamu-tetamu
kehormat untuk menjamu selera. Dipersilakan.

(Haza)
Kepada semua hadirin yang dihormati, kejohanan pada pagi ini akan diteruskan dengan acara-
acara olahraga yang dipertandingkan. Hadirin dan semua ahli rumah sukan diminta untuk
memberikan sokongan dan semangat kepada peserta-peserta yang bertanding. Sekian. Terima
kasih.

SKWIRA
SUKAN 2012
nha

Вам также может понравиться