Вы находитесь на странице: 1из 38

JABATAN PENERBANGAN AWAM MALAYSIA

DOKUMEN
SEBUT HARGA PERKHIDMATAN MEMBERSIH, MENCUCI
BANGUNAN, MEMOTONG RUMPUT DAN LANDSKAP DI
BANGUNAN PUSAT KAWALAN TRAFIK UDARA
JABATAN PENERBANGAN AWAM SABAH

NO. SEBUT HARGA : DCA/TAD /Q/2/2017 (X0311070302170002)

221001
[Perkhidmatan - Pembersihan Bangunan &
Pejabat]
KOD BIDANG : DAN
221002
[Perkhidmatan - Membersih Kawasan]

TARIKH IKLAN : 16 JANUARI 2017 (ISNIN)

TARIKH TAKLIMAT
: 18 JANUARI 2017 (RABU)
/LAWATAN TAPAK

31 JANUARI 2017 (SELASA)


TARIKH TUTUP :
JAM 12.00 TENGAH HARI

PERINGATAN PENTING:

1. PENYEBUT HARGA DIKEHENDAKI MEMBACA DAN


MEMAHAMI KESELURUHAN BUTIRAN YANG TERKANDUNG
DI DALAM DOKUMEN SEBUT HARGA INI SEBELUM
MENYEMPURNAKANNYA.
2. PENYEBUT HARGA YANG MEMBUAT KESILAPAN DAN TIDAK
MEMATUHI MANA - MANA PERUNTUKAN DI DALAM
DOKUMEN SEBUT HARGA INI TIDAK AKAN
DIPERTIMBANGKAN.

DIKELUARKAN OLEH:

UNIT KONTRAK DAN PEROLEHAN


DCA WILAYAH II
JABATAN PENERBANGAN AWAM MALAYSIA
NO. SEBUT HARGA : DCA/TAD/Q/2/2017

KANDUNGAN

Bil Perkara

1 KENYATAAN SEBUT HARGA

2 BAHAGIAN 1: ARAHAN KEPADA PENYEBUT HARGA

3 BAHAGIAN 2: SYARAT-SYARAT KHAS SEBUT HARGA

4 BAHAGIAN 3: SPESIFIKASI & SKOP SEBUT HARGA

5 LAMPIRAN-LAMPIRAN

Tawaran Kewangan

a) Lampiran Q: Borang Sebut Harga

b) Lampiran A: Keterangan Mengenai Penyebut Harga

c) Lampiran B: Kedudukan Kewangan Penyebut Harga

d) Lampiran C: Jadual Tawaran Harga

e) Lampiran D: Jadual Bayaran Bulanan

f) Lampiran E: Surat Akuan Pembida

g) Lampiran F: Senarai Semak Tawaran Kewangan

Tawaran Teknikal

h) Lampiran G: Jadual Pematuhan Spesifikasi & Skop Perkhidmatan


i) Lampiran H: Senarai Peralatan Yang Perlu Dibekalkan Oleh
Kontraktor
j) Lampiran I: Maklumat Pengalaman Kerja Dalam Bidang Berkaitan
Bagi Tempoh 2 Tahun (2015-2016)
k) Lampiran J: Maklumat Kerja Semasa

l) Lampiran K: Prestasi Kerja Semasa

m) Lampiran L: Senarai Semak Tawaran Teknikal


JABATAN PENERBANGAN AWAM MALAYSIA

KENYATAAN SEBUT HARGA

SEBUT HARGA PERKHIDMATAN MEMBERSIH, MENCUCI BANGUNAN,


MEMOTONG RUMPUT DAN LANDSKAP DI BANGUNAN PUSAT KAWALAN
TRAFIK UDARA, JABATAN PENERBANGAN AWAM SABAH

NO. SEBUT HARGA : DCA/TAD/Q/2/2017

1. Tawaran adalah dipelawa kepada pembekal-pembekal tempatan


(keutamaan kepada pembekal Bumiputera) yang berpengalaman dan
berdaftar dengan Kementerian Kewangan di bawah kod bidang seperti
berikut:

221001 - Perkhidmatan - Pembersihan Bangunan & Pejabat


Dan
221002 - Perkhidmatan - Membersih Kawasan

2. Penyebut Harga hendaklah mempunyai kad pintar/token ePerolehan


sebagai kemudahan mengakses sistem ePerolehan bagi tujuan
memasukkan butiran Cadangan Teknikal dan Cadangan Kewangan.
Pendaftaran dan enable ePerolehan adalah tanggungjawab Penyebut Harga
sendiri.

3. Sebut harga ini akan dibuka pada 16 JANUARI 2017 sehingga tarikh
tutup pada 31 JANUARI 2017 jam 12.00 tengahari.

4. Tawaran Kewangan dan Tawaran Teknikal hendaklah dikunci masuk (key-


in) ke dalam sistem ePerolehan sebelum atau pada tarikh tutup sebut harga
pada 31 JANUARI 2017 jam 12.00 tengahari. Manakala, dokumen
sokongan yang lain hendaklah dimasukkan ke peti sebut harga yang
dialamatkan kepada:-

JABATAN PENERBANGAN AWAM WILAYAH II SABAH


BEG BERKUNCI 2065, JALAN BUNGA RAYA
88618 KOTA KINABALU
SABAH

sebelum atau pada 31 JANUARI 2017 jam 12.00 tengahari. Tawaran


sebut harga yang dikemukakan lewat dari tarikh dan masa tersebut melalui
sistem ePerolehan serta lewat menghantar dokumen seperti mana arahan
sebut harga tidak akan dipertimbangkan.
5. Jabatan tidak akan terikat untuk menerima mana-mana tawaran terendah
atau mana-mana tawaran atau memberikan apa-apa sebab di atas
penolakan sesuatu tawaran sebut harga.

6. Kerajaan adalah berhak menyetuju terima tawaran sebut harga sama ada
kesemuanya ataupun sebahagian daripadanya.

7. Dokumen sebut harga ini boleh diakses menerusi ePerolehan di


http://www.eperolehan.gov.my. Sebarang pertanyaan mengenai urusan
sebut harga boleh dikemukakan kepada pegawai seperti berikut:-

a) Hal-Hal Berkaitan Dokumentasi/Perolehan

i) Puan Erna Joe Andrew


Tel. : 088-224911
Email : erna@dca.gov.my

b) Hal-Hal Berkaitan Spesifikasi/Skop Perkhidmatan

i) Puan Hadiati Binti Bakri


Tel. : 088-224911
Email : hadiati@dca.gov.my

c) Bantuan Sistem/Teknikal

i) Bantuan e-Perolehan
Tel. : 088-272720 / 262903
E-mel : epc-sabah@commercedc.com.my
BAHAGIAN 1 : ARAHAN KEPADA PENYEBUT HARGA

1. PERIHAL SEBUT HARGA

1.1 Jabatan Penerbangan Awam Malaysia, (selepas ini disebut sebagai


Kerajaan) mempelawa penyebut harga - penyebut harga yang
berkelayakan bagi menyertai sebut harga berikut:

PERKHIDMATAN MEMBERSIH, MENCUCI BANGUNAN,


MEMOTONG RUMPUT DAN LANDSKAP DI BANGUNAN PUSAT
KAWALAN TRAFIK UDARA, JABATAN PENERBANGAN AWAM
SABAH

1.2 Pelawaan sebut harga ini adalah berdasarkan kepada syarat, arahan dan
penentuan yang ditetapkan di dalam Dokumen Sebut Harga.
Penyebut harga yang tidak mengikut segala syarat, arahan dan penentuan
yang telah ditetapkan tidak akan dipertimbangkan dan akan ditolak
tawarannya.

1.3 Penyebut harga hendaklah memastikan maklumat-maklumat sebut harga


yang dikemukakan adalah mencukupi dan jelas bagi membolehkan
penilaian dapat dijalankan dengan sempurna.

2. PENYERTAAN SEBUT HARGA

2.1 Kelayakan Menyertai Sebut Harga.

a) Semua penyebut harga yang hendak menyertai sebut harga ini


hendaklah berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia di
bawah kod bidang 221001 dan 221002 serta pendaftaran masih
lagi berkuat kuasa sekurang-kurangnya sehingga enam (6) bulan
dari tarikh tutup tawaran sebut harga ini.

b) Penyebut harga diwajibkan mempunyai kad pintar/token


ePerolehan sebagai kemudahan untuk mengakses sistem
ePerolehan bagi tujuan membuat tawaran teknikal dan tawaran
kewangan secara atas talian (on-line).

2.2 Lawatan Tapak dan Taklimat Sebutharga (WAJIB) :

Tarikh : 18 Januari 2017 (Rabu)


Masa : 9.00 Pagi
Tempat : Bilik Mesyuarat Nuri
Jabatan Penerbangan Awam Kota Kinabalu, Sabah
2.3 Semua penyebut harga adalah terikat dan hendaklah mematuhi
sepenuhnya arahan-arahan dan syarat-syarat sebut harga. Penyebut
harga hendaklah membaca arahan-arahan dan syarat-syarat serta
menyemak kandungan Dokumen Sebut Harga dengan teliti sebelum
membuat tawaran dan mengisi borang melalui sistem ePerolehan.
Kegagalan mematuhi mana-mana arahan dan syarat yang telah
ditetapkan boleh menyebabkan tawaran sebut harga tersebut tidak
dipertimbangkan dan DITOLAK.

2.4 Pematuhan Syarat dan Spesifikasi sebut harga.

a) Penyebut harga mestilah mematuhi semua syarat dan spesifikasi


sebut harga. Tawaran sebut harga yang gagal mematuhi mana-
mana daripada syarat dan spesifikasi sebut harga tidak akan
dipertimbangkan dan DITOLAK.

b) Penyebut harga mestilah mengemukakan semua dokumen yang


dikehendaki dan memastikan bahawa dokumen yang dihantar
adalah lengkap dan diisi dengan betul.

c) Penyebut harga mestilah mengemukakan semua dokumen / borang


yang dikehendaki oleh Kerajaan. Susunan dan format dokumen /
borang mestilah mengikut apa yang telah ditetapkan dalam
dokumen sebut harga.

d) Penyebut harga mestilah memotong dan menandatangan ringkas


sebarang pembetulan / pindaan yang dibuat setentang dengan
pembetulan / pindaan tersebut. Penggunaan pemadam cecair
dalam apa jua cara adalah tidak dibenarkan.

2.5 Kos bagi penyertaan dan penyediaan dokumen sebut harga adalah
ditanggung sendiri oleh penyebut harga. Kerajaan ini tidak akan
bertanggungjawab atas apa-apa jua kos yang terlibat.

2.6 Kerajaan tidak pernah melantik mana-mana individu atau syarikat yang
bertindak sebagai orang ketiga di dalam urusan sebut harga dan / atau
perjanjian ini. Sekiranya penyebut harga mempunyai sebarang
permasalahan berkaitan sebut harga dan / atau perjanjian ini hendaklah
dirujuk terus kepada pihak Kerajaan.

2.7 Kerajaan boleh membatalkan sebut harga ini tanpa memberikan sebarang
alasan kepada semua penyebut harga dan kos-kos yang terlibat semasa
penyediaan sebut harga ini tidak akan ditanggung oleh Kerajaan.
3. BORANG SEBUT HARGA DAN TAWARAN HARGA

3.1 Penyebut harga hendaklah menyatakan tawaran harga di dalam


Borang Lampiran Q dan Lampiran C - Jadual Tawaran Harga.

3.2 Harga yang ditawarkan hendaklah harga tetap dan tidak boleh dipinda
selepas tawaran ditutup dan berkuatkuasa selama tempoh sahlaku
penawaran dan kontrak. Walau apa pun Kerajaan berhak membuat
perubahan pada bila-bila masa.

3.3 Harga tawaran yang dihantar mestilah berupa Lump Sum yang bersih
untuk harga sebulan dan setahun TANPA kenaan Cukai Barang dan
Perkhidmatan (GST).

3.4 Kontraktor dikehendaki mengemukakan semua butir-butir kos seperti


yang dikehendaki dalam dokumen sebut harga ini. Sekiranya terdapat
butiran yang tertinggal dalam tawaran sebut harga ini atau kenaan GST
dimasukkan, ia mungkin boleh menyebabkan tawaran sebut harga tidak
dipertimbangkan atau jika ia berjaya mendapat sebut harga ini,
kontraknya boleh ditamatkan.

3.5 Harga yang ditawarkan hendaklah harga bersih termasuk semua diskaun
dan kos tambahan yang berkaitan.

3.6 Penyebutharga perlu mengisytiharkan status pendaftaran GST kepada


Jabatan.

3.7 Sekiranya penyebutharga yang berjaya adalah berdaftar GST dengan


Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Jabatan akan mengeluarkan
Surat Setuju Terima (SST) kepada penyebutharga yang berjaya dengan
tawaran harga termasuk kenaan GST.

3.8 Tawaran harga hendaklah mengambil kira fi perkhidmatan bagi perolehan


secara elektronik seperti berikut:-

a) Setiap transaksi bagi kontrak yang melibatkan hanya sekali bayaran


(one-time payment) melalui sistem ePerolehan akan dikenakan fi
perkhidmatan pada kadar sebanyak kosong perpuluhan lapan
peratus (0.8%) dengan had maksimum RM9,600 bagi transaksi
yang bernilai RM1.2 juta atau lebih; atau

b) Setiap transaksi bagi kontrak yang melibatkan beberapa kali


pembayaran (multiple payment) melalui sistem ePerolehan akan
dikenakan fi perkhidmatan sebanyak kosong perpuluhan empat
peratus (0.4%) dengan had maksimum RM4,800 bagi pesanan
bernilai RM1.2 juta atau lebih.

Fi yang dikenakan ini adalah seperti yang termaktub dalam Terma dan
Syarat bagi Pendaftaran Pembekal di bawah sistem ePerolehan.

3.9 Kerajaan tidak akan melayan sebarang rayuan pertambahan harga


tawaran atas apa-apa jua sebab sekalipun.

3.10 Penyebut harga hendaklah membuat tawaran di dalam Ringgit Malaysia


(RM) sahaja dengan mengambilkira semua kos yang bersangkutan
dengan tawaran ini seperti pengangkutan, perkhidmatan, peralatan dan
lain-lain yang berkaitan semasa mengemukakan tawaran harga. Penilaian
antara penyebut harga adalah berasaskan kepada jumlah tawaran
keseluruhan.

3.11 Penyebut harga dikehendaki melengkapkan Borang Sebut Harga pada


tempat-tempat yang bertanda kuning dan menyerahkan kepada Kerajaan
dalam bentuk atas talian (online) dan luar talian (manual). Penyebut
harga yang gagal berbuat demikian akan ditolak tawarannya.

3.12 Sebarang tuntutan kenaikan harga dalam tempoh Kontrak tidak akan
dilayan.

4. TEMPOH SAH LAKU HARGA

Harga yang ditawarkan oleh penyebut harga hendaklah kekal tempoh sah
lakunya selama sembilan puluh (90) hari bermula dari tarikh sebut harga ditutup.

5. PECAHAN HARGA SEBUT HARGA

5.1 Jadual Harga Tawaran Terperinci terdapat di Lampiran C - Jadual Tawaran


Harga.

5.2 Penyebut harga dikehendaki mengamati Lampiran C - Jadual Tawaran


Harga ini sebelum membuat tawaran.

5.3 Penyebut harga dikehendaki melengkapkan Lampiran C dan menyerahkan


kepada Kerajaan secara luar talian (manual). Penyebut harga yang
gagal berbuat demikian akan ditolak tawarannya.
6. PERATURAN PENYERAHAN DOKUMEN SEBUT HARGA

6.1 Dokumen Sebut Harga yang telah dilengkapkan hendaklah dihantar


kepada kerajaan secara penyerahan atas talian (online) dan juga secara
luar talian (manual) bagi dokumen-dokumen berikut:

6.1.1 Cadangan Tawaran Kewangan

i) Dokumen atas talian (online):

a) Tiada

b) Penyebutharga perlu mengunci masuk (key in) Tawaran


Harga ke dalam sistem ePerolehan

c) Tawaran Harga atas talian mesti sama nilainya dengan nilai


yang ditawarkan dalam dokumen manual. Penyebutharga
yang gagal mematuhi akan ditolak tawarannya.

ii) Dokumen luar talian (manual).

a) Lampiran Q - Borang Sebut Harga

b) Lampiran A - Keterangan Mengenai Penyebut Harga

c) Lampiran B - Kedudukan Kewangan Penyebut


Harga

d) Lampiran C - Jadual Tawaran Harga

e) Lampiran D - Jadual Bayaran Bulanan

f) Lampiran E - Surat Akuan Pembida


*Surat Perwakilan Kuasa (jika
berkaitan)

g) Lampiran F - Senarai Semak Tawaran Kewangan

h) Salinan Sijil Akuan Pendaftaran Syarikat dari


Kementerian Kewangan Malaysia dalam kod bidang
berkaitan yang masih sah tempoh lakunya

i) Salinan Sijil Akuan Pendaftaran Kontraktor Bumiputera


dari Kewangan Malaysia yang masih sah tempoh
lakunya (Jika ada)
j) Profil Syarikat yang lengkap

k) Salinan Penyata Akaun Bank bagi tiga (3) bulan yang


terakhir sebelum tarikh tutup Sebut Harga dan disahkan
benar oleh pihak bank.

** Semua dokumen yang dinyatakan dalam perenggan


6.1.1 (ii) di atas perlu dimasukkan ke dalam satu (1)
sampul surat yang berlakri dan sampul surat berkenaan
hendaklah dicatatkan dengan butiran berikut:-

SULIT

No. Sebut Harga : X0311070302170002(Sistem ePerolehan)


No. Tawaran : Y031107030217xxxx(Sistem ePerolehan)

DOKUMEN TAWARAN KEWANGAN

6.1.2 Cadangan Tawaran Teknikal

i) Dokumen atas talian (online) :

a) Tiada

b) Penyebutharga perlu mengunci masuk (key in) Tawaran


Teknikal ke dalam sistem ePerolehan

c) Tawaran Teknikal atas talian mesti sama nilainya dengan


nilai yang ditawarkan dalam dokumen manual.
Penyebutharga yang gagal mematuhi akan ditolak
tawarannya.

ii) Dokumen luar talian (manual).

a) Lampiran G - Jadual Pematuhan Spesifikasi & Skop


Perkhidmatan

b) Lampiran H - Senarai Peralatan Yang Perlu


Dibekalkan Oleh Kontraktor

c) Lampiran I - Maklumat Pengalaman Kerja Dalam


Bidang Berkaitan Bagi Tempoh 2
Tahun (2015-2016)
* Sila sertakan Salinan Perakuan
/ Pengesahan Siap Kerja / Surat
Tawaran / Surat Setuju Terima bagi
setiap pengalaman kerja yang
disenaraikan

d) Lampiran J - Maklumat Kerja Semasa


* Sila sertakan Salinan Perakuan
/ Pengesahan Siap Kerja / Surat
Tawaran / Surat Setuju Terima bagi
setiap kerja yang disenaraikan

e) Lampiran K - Prestasi Kerja Semasa (bagi setiap


maklumat kerja semasa yang
disenaraikan)

f) Lampiran L - Senarai Semak Tawaran Teknikal

** Semua dokumen yang dinyatakan dalam perenggan


6.1.2 (ii) di atas perlu dimasukkan ke dalam satu (1)
sampul surat yang berlakri dan sampul surat berkenaan
hendaklah dicatatkan dengan butiran berikut:-

SULIT

No. Sebut Harga : X0311070302170002(Sistem ePerolehan)


No. Tawaran : Y031107030217xxxx(Sistem ePerolehan)

DOKUMEN TAWARAN TEKNIKAL

6.1.3 Penyebut harga WAJIB mengunci masuk (key-in) harga


tawaran keseluruhan secara atas talian.

6.1.4 Spesifikasi Teknikal

a) Penyebut harga hendaklah merujuk kepada keseluruhan


dokumen berkaitan spesifikasi untuk mendapatkan butir-butir
teknikal di dalam proses penyediaan Tawaran Teknikal.

b) Penyebut harga bertanggungjawab sepenuhnya bagi


memastikan semua perkhidmatan yang terlibat memenuhi dan
mematuhi spesifikasi minima yang dinyatakan dalam dokumen
sebut harga ini.
6.2 Penghantaran Manual Dokumen Sebutharga

Penyebut Harga perlu memasukkan kedua-dua sampul Tawaran Teknikal


dan Tawaran Harga di atas bersekali ke dalam satu (1) sampul surat
berlakri dan dicatat di bahagian atas sebelah kiri sampul surat dengan
butiran berikut:-

SULIT

No. Sebut Harga : DCA/TAD/Q/2/2017 (Jabatan)


No. Sebut Harga : X0311070302170002 (Sistem ePerolehan)
No. Cadangan : Y031107030217XXXX (Sistem ePerolehan)

(DOKUMEN TAWARAN KEWANGAN & TEKNIKAL)

SEBUT HARGA PERKHIDMATAN MEMBERSIH, MENCUCI


BANGUNAN, MEMOTONG RUMPUT DAN LANDSKAP DI
BANGUNAN PUSAT KAWALAN TRAFIK UDARA
JABATAN PENERBANGAN AWAM SABAH

dan dialamatkan kepada:

PENGARAH WILAYAH II
JABATAN PENERBANGAN AWAM
BEG BERKUNCI 2065. JALAN BUNGA RAYA
88618 KOTA KINABALU
SABAH

6.3 Dokumen Sebut Harga yang dihantar dengan tangan hendaklah


dimasukkan terus ke dalam Peti Sebut Harga yang telah disediakan di:

BANGUNAN PENTADBIRAN DAN MENARA KAWALAN


JABATAN PENERBANGAN AWAM
BEG BERKUNCI 2065, JALAN BUNGA RAYA
88618 KOTA KINABALU
SABAH

6.4 Dokumen Sebut Harga yang dihantar melalui pos hendaklah dialamatkan
seperti di atas. Walau bagaimanapun penyebut harga diperingatkan
bahawa Kerajaan tidak akan menerima Dokumen Sebut Harga yang
dihantar melalui pos yang sampai lewat pada tarikh dan masa yang
dinyatakan di Para 7.1. Kerajaan tidak akan melayan sebarang bukti pos
yang akan dimajukan oleh penyebut harga.

6.5 Dokumen-dokumen yang dinyatakan di Para 6.1 adalah dokumen-


dokumen yang WAJIB diserahkan kepada Kerajaan. Penyebut harga yang
gagal berbuat demikian, akan ditolak tawarannya.

6.6 Dokumen Sebut Harga yang diserahkan selepas masa yang ditetapkan,
berbangkit dari sebarang sebab, tidak akan dipertimbangkan.

6.7 Penyebut harga hendaklah mengisi dengan lengkap maklumat yang


diperlukan bagi setiap borang yang disediakan. Sekiranya ruang tambahan
diperlukan, penyebut harga boleh menggunakan lampiran tambahan yang
mengandungi ruangan-ruangan yang sama dan serupa dari segi
ukurannya.

6.8 Sebarang pindaan yang dibuat ke atas mana-mana ruangan mestilah


dipotong dan ditandatangani ringkas setentang dengan apa-apa
perubahan yang dibuat. Penggunaan sebarang pemadam cecair adalah
tidak dibenarkan. Kegagalan pematuhan syarat ini boleh mengakibatkan
tawaran penyebut harga ditolak.

6.9 Setiap penyebut harga hanya dibenarkan untuk membuat satu (1)
Tawaran Teknikal dan satu (1) Tawaran Kewangan sahaja. Penyebut
harga sama sekali tidak dibenarkan membuat tawaran pilihan (alternatif)
bagi mana-mana butiran.

6.10 Penyebut harga tidak digalakkan membuat serahan atas talian pada saat-
saat akhir kerana boleh menyebabkan tawaran sebut harga tidak
tersenarai di dalam sistem. Kerajaan tidak akan bertanggungjawab jika
tawaran sebut harga oleh penyebut harga tidak tersenarai di dalam sistem
ePerolehan.

6.11 Kerajaan juga tidak akan bertanggungjawab terhadap kelewatan atau


kehilangan dokumen semasa penghantaran dokumen sokongan dan apa
jua kesilapan penyebut harga semasa membuat tawaran sebut harga.

6.12 Segala kos yang terlibat dalam membuat tawaran sebut harga adalah
tanggungan penyebut harga. Kerajaan tidak akan bertanggungjawab ke
atas apa jua kos penyebut harga berhubung perkara ini.
6.13 Sekiranya wujud percanggahan maklumat antara maklumat dalam
ePerolehan dan salinan Hardcopy, maka maklumat dalam ePerolehan
akan diguna pakai.

6.14 Tawaran Teknikal dan Tawaran Kewangan yang dikemukakan oleh


penyebut harga melalui sistem ePerolehan dan penghantaran dokumen
sokongan secara manual adalah dianggap sebagai penyebut harga
menerima dan mematuhi segala arahan dan syarat sebut harga ini.

7. TARIKH TUTUP SEBUT HARGA

7.1 Tarikh tutup sebut harga ini ialah pada 31 JANUARI 2017 (SELASA),
JAM 12.00 TENGAHARI.

7.2 Dokumen sebut harga yang dihantar lewat pada masa yang ditetapkan
tidak akan diterima.

8. KEPUTUSAN SEBUT HARGA ADALAH MUKTAMAD

Kerajaan tidak terikat untuk menerima mana-mana tawaran dari penyebut


harga-penyebut harga yang mengambil bahagian. Keputusan mengenai sebut
harga ini adalah muktamad dan sebarang surat-menyurat mengenai keputusan
sebut harga tidak akan dilayan.

9. PERINGATAN MENGENAI RASUAH


9.1 Sebarang perbuatan atau percubaan rasuah untuk menawar atau
memberi, meminta atau menerima apa-apa suapan secara rasuah kepada
dan daripada mana-mana orang berkaitan perolehan ini merupakan suatu
kesalahan jenayah di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah
Malaysia 2009 (Akta 694).

9.2 Sekiranya mana-mana pihak ada menawar atau memberi apa-apa suapan
kepada mana-mana anggota pentadbiran awam, maka pihak yang ditawar
atau diberi suapan dikehendaki membuat aduan dengan segera ke
pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia atau balai polis yang
berhampiran. Kegagalan berbuat demikian adalah merupakan suatu
kesalahan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009
(Akta 694).
9.3 Tanpa prejudis kepada tindakan-tindakan lain, tindakan tatatertib
terhadap anggota perkhidmatan awam dan menyenaraihitamkan
kontraktor atau pembekal boleh diambil sekiranya pihak-pihak terlibat
dengan kesalahan rasuah di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah
Malaysia 2009 (Akta 694).

9.4 Mana-mana kontraktor atau pembekal yang membuat tuntutan bayaran


berkaitan perolehan ini walaupun tiada kerja dibuat atau tiada barangan
dibekal mengikut spesifikasi yang ditetapkan atau tiada perkhidmatan
diberi dan mana-mana anggota perkhidmatan awam yang mengesahkan
tuntutan berkenaan adalah melakukan kesalahan di bawah Akta
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694).
BAHAGIAN 2 : SYARAT-SYARAT KHAS SEBUT HARGA

1. PEMBAYARAN

1.1 Bayaran bagi perkhidmatan ini akan dibuat dalam Ringgit Malaysia
(RM).

1.2 Penyebut harga yang berjaya dikehendaki mengemukakan bil / inbois


tuntutan dan Perakuan Sempurna Perkhidmatan kepada Ketua Jabatan /
Agensi / Bahagian / Cawangan / Unit berkenaan bagi tujuan pembayaran.
Semua inbois yang dikemukakan bagi mana-mana tuntutan bayaran akan
dijelaskan dalam masa EMPAT BELAS (14) HARI dari tarikh penerimaan
lengkap inbois beserta dokumen sokongan pembayaran dan tertakluk
kepada semakan dan persetujuan Kerajaan akan kesahihan kandungan
inbois tersebut.

1.3 Kerajaan berhak meminda jadual pembayaran sebelum kontrak


ditandatangani.

2. SETUJU TERIMA SEBUT HARGA

2.1 Kerajaan akan memaklumkan keputusan sebut harga kepada penyebut


harga yang berjaya melalui Surat Setuju Terima (SST).

2.2 Penyebut harga tidak dibenarkan untuk merujuk kepada Kerajaan untuk
mendapatkan keputusan sebut harga dengan apa jua cara sekalipun.
Sebelum keputusan sebut harga dibuat, maklumat adalah dianggap sulit.
Tindakan undang-undang boleh diambil ke atas mana-mana pihak yang
tidak diberi kuasa untuk memperoleh, menyimpan serta mengedar
maklumat sulit tersebut.

2.3 Keputusan Kerajaan adalah muktamad. Kerajaan tidak akan melayan


sebarang surat menyurat yang berupa rayuan dari Penyebut
hargamengenai sebab-sebab tawaran mereka tidak berjaya.

2.4 Skop kerja yang diperlukan bagi tujuan sebut harga ini adalah
sepertimana yang dinyatakan di dalam dokumen sebut harga.

2.5 Penyebut harga yang berjaya dikehendaki menandatangai Surat Akuan


Pembida Berjaya bahawa ia tidak akan memberi rasuah sebagai ganjaran
kerana mendapat kontrak. Wakil syarikat yang menandatangani Surat
Akuan Pembida Berjaya hendaklah juga melampirkan Surat Perwakilan
Kuasa menandatangani bagi pihak syarikat. Surat Akuan Pembida Berjaya
ini wajib disertakan bersama Surat Setuju Terima.
3. BON PELAKSANAAN

3.1 Penyebut harga yang berjaya dikehendaki mengemukakan Bon


Pelaksanaan di dalam bentuk Jaminan Bank dari mana-mana bank yang
menjalankan perniagaan di Malaysia dan diluluskan oleh Kementerian
Kewangan. Nilai Bon Pelaksanaan tersebut adalah seperti berikut:

i. 2.5% - daripada jumlah harga kontrak bagi kontrak


bekalan/perkhidmatan yang bernilai melebihi RM200,000.00
hingga RM500,000.00.

ii. 5.0% - daripada jumlah harga kontrak bagi kontrak


bekalan/perkhidmatan yang bernilai melebihi RM500,000.00.

3.2 Tempoh sah laku Bon Pelaksanaan hendaklah dari tarikh ianya dikeluarkan
sehingga dua belas (12) bulan selepas tarikh tamat kontrak atau selepas
obligasi terakhir, mengikut mana yang terkemudian.

3.3 Bagi kontrak bermasa (periodic contract) yang berkuat kuasa dalam
tempoh dua (2) tahun atau lebih, peratus dan pengiraan nilai
Bon Pelaksanaan hendaklah dikira mengikut anggaran harga kontrak
setahun sahaja. Walau bagaimanapun, Bon Pelaksanaan yang
dikemukakan oleh penyebut harga yang berjaya hendaklah meliputi
keseluruhan tempoh kontrak bermasa.

3.4 Bon Pelaksanaan akan dikembalikan setelah Perjanjian dilaksanakan


dengan sempurna dan memuaskan. Sekiranya Perjanjian itu, tidak dapat
dilaksanakan dengan sempurna maka bon Pelaksanaan tersebut akan
dirampas.

3.5 Bon Pelaksanaan hendaklah dikemukakan dalam tempoh empat belas (14)
hari dari tarikh Surat Setuju Terima (SST) Tawaran dikeluarkan.

3.6 Kelewatan penyerahan Bon Pelaksanaan boleh menyebabkan Surat Setuju


Terima dibatalkan dan seterusnya perjanjian ditamatkan. Kerajaan adalah
berhak untuk berbuat demikian bagi mengelakkan kelewatan demi
memastikan pelaksanaan sebut harga ini berjalan seperti yang dirancang.
4. SKOP SEBUT HARGA DAN TEMPOH PELAKSANAAN

4.1 Penyebut harga yang berjaya diwajibkan melaksanakan semua


perkhidmatan seperti spesifikasi dan skop perkhidmatan yang
dinyatakan di Bahagian 3 Dokumen Sebut Harga dengan memastikan
bahawa semua perkhidmatan adalah memenuhi spesifikasi dan skop sebut
harga.

4.2 Penyebut harga adalah bertanggungjawab memastikan peralatan dan


perkhidmatan dapat berfungsi dan beroperasi ditahap yang optimum dan
memuaskan sebelum ianya diserahkan dan diterima dengan rasmi oleh
Kerajaan.

4.3 Perakuan penerima peralatan dan perkhidmatan hanya akan dibuat


setelah diperiksa oleh pegawai Kerajaan yang diberi kuasa.

4.4 Pegawai tersebut berhak membuat penolakan terhadap bekalan peralatan


yang rosak atau perkhidmatan yang tidak memuaskan, rendah kualiti atau
yang tidak mengikut Spesifikasi Sebut Harga yang ditetapkan. Penyebut
harga yang tidak mengikut Spesifikasi Sebut Harga yang ditetapkan
hendaklah menggantikan peralatan dan perkhidmatan yang ditolak
tersebut dengan peralatan yang setara atau lebih baik. Kos perbelanjaan
yang berkaitan hendaklah ditanggung oleh Penyebut Harga.

4.5 Sebarang keraguan terhadap spesifikasi hendaklah dirujukkan kepada


pegawai yang berkenaan dan keputusannya adalah muktamad.

4.6 Sebarang tuntutan kenaikan harga bagi mana-mana peralatan yang timbul
akibat daripada perbezaan di antara pentafsiran Kerajaan dengan
penyebut harga mengenai spesifikasi tidak akan dilayan.

4.7 Penyebut harga adalah dikehendaki mengemukakan dengan jelas


spesifikasi yang ditawarkan.

4.8 Penyebut harga yang berjaya dikehendaki melaksanakan semua


perkhidmatan yang dinyatakan dalam tempoh dua (2) tahun bermula
pada tarikh 01 Oktober 2016 sehingga 30 September 2018.

5. KERJA TIDAK SEMPURNA / DENDA

5.1 Jika Perkhidmatan yang dilaksanakan tidak mengikut spesifikasi atau jika
berlaku pelanggaran mana-mana terma-terma dan syarat-syarat
Perjanjian ini, Kerajaan boleh mengambil tindakan mana-mana satu atau
apa-apa gabungan perkara-perkara yang berikut:
5.1.1 Menolak Perkhidmatan atau apa-apa bahagian darinya;

5.1.2 Menolak Perkhidmatan atau apa-apa bahagian darinya dan


meminta Kontraktor menggantikan Perkhidmatan atau apa-apa
bahagian darinya dalam apa-apa tempoh yang ditentukan oleh
Kerajaan. Jika Perkhidmatan atau apa-apa bahagian darinya tidak
digantikan dalam masa yang ditentukan, Kerajaan boleh
mendapatkan Perkhidmatan atau apa-apa bahagian darinya
daripada lain-lain punca dan Kontraktor dikehendaki membayar
amaun yang dikenakan kepada Kerajaan;

5.1.3 Menamatkan Perjanjian ini dan melantik pihak lain untuk


melaksanakan Perkhidmatan;

5.1.4 Mengambil atau merampas keseluruhan atau sebahagian jumlah


wang dalam Bon Pelaksanaan; atau

5.1.5 Mengenakan denda dengan jumlah dua puluh peratus (10%)


daripada jumlah kadar bulanan nilai perjanjian. Bagi maksud ini,
asas pengiraan denda adalah seperti berikut:

Denda = 10% x Jumlah kadar bulanan nilai perjanjian

5.1.6 Kerajaan berhak memotong apa-apa wang yang kena dibayar


kepada Kontraktor oleh Kerajaan, sama ada sebagai denda atau
pampasan daripada mana-mana Perjanjian yang ditandatangani
dengan Kerajaan daripada apa-apa yang kena dibayar oleh
Kerajaan kepada Kontraktor di bawah Perjanjian ini. Jika wang
yang kena dibayar kepada Kontraktor itu tidak mencukupi bagi
menampung tuntutan Kerajaan, Kerajaan boleh menuntut baki
tuntutan itu daripada Kontraktor dan Kontraktor hendaklah
membuat pembayaran tersebut dalam tempoh yang ditentukan
dalam notis tuntutan. Kerajaan juga berhak menuntut jumlah baki
tersebut daripada Kontraktor melalui mana-mana Perjanjian yang
ditandatangani dengan agensi Kerajaan, sekiranya Kontraktor gagal
membuat bayaran setelah dituntut.

5.1.7 Potongan sebanyak 100% keatas kadar harian atau RM50.00 satu
hari, yang mana lebih tinggi bagi setiap seorang pekerja yang
tidak hadir bertugas atau bagi setiap seorang pekerja yang tidak
mencukupi;
5.2 Kontraktor adalah dikehendaki membaiki atau mengganti apa-apa
kerosakan yang berlaku kepada harta benda akibat daripada kelalaian
pihak pekerja Kontraktor semasa mengendalikan perkhidmatan
berkenaan.

6. TANGGUNGJAWAB SYARIKAT

6.1 Syarikat adalah bertanggungjawab menguruskan perkhidmatan ini dengan


sempurna sepertimana yang terkandung dalam Penentuan Kerja yang
terlampir dan tertakluk kepada syarat-syarat seperti yang dinyatakan.

6.2 Syarikat dikehendaki menjalankan kerja mengikut arahan yang ditetapkan


dari masa ke semasa oleh Pengarah Jabatan Penerbangan Awam, Wilayah
II Sabah tertakluk kepada peruntukan di dalam kontrak.

6.3 Syarikat dan pekerja-pekerjanya bertanggungjawab kepada Pengarah


Jabatan Penerbangan Awam, Wilayah II Sabah atau sesiapa yang
menjalankan tugas bagi pihaknya.

6.4 Memastikan sentiasa cukup pekerja seperti yang ditetapkan dalam


kontrak.

6.5 Adalah menjadi tanggungjawab kontraktor untuk memaklumkan


kepada pihak Jabatan Penerbangan Awam, Wilayah II Sabah apabila
berlaku kekurangan pekerja.

6.6 Kontraktor perlu memberi potongan yang berpatutan apabila berlaku


kekurangan pekerja.

6.7 Menjalankan tugas-tugas lain yang berkaitan penjagaan dan kebersihan


persekitaran.

6.8 Syarikat bertanggungjawab memastikan kawasan taman dan laluan serta


kawasan sekeliling adalah bersih, kemas dan memuaskan.

6.9 Membuang rumput-rumpai di mana diperlukan supaya sentiasa kemas dan


kelihatan bersih.

6.10 Syarikat juga bertanggungjawab sepenuhnya untuk mengganti segala


kerosakan barang-barang dan harta Kerajaan yang disebabkan kelalaian
dan kecuaiannya sendiri atau pekerjanya semasa menjalankan
perkhidmatan.
6.11 Syarikat bertanggungjawab menggantikan pekerjanya yang didapati tidak
berdisiplin atau mengingkari arahan Kerajaan, sekiranya diminta berbuat
demikian oleh Kerajaan. Pertukaran pekerja baru hendaklah diberitahu
kepada Kerajaan terlebih dahulu.

6.12 Syarikat hendaklah memastikan semua pekerja diberikan taklimat


mengenai tugas-tugasnya secara terperinci.

7. TANGGUNGJAWAB KERAJAAN

7.1 Membuat bayaran atas kadar bayaran yang telah dipersetujui pada masa
dan mengikut cara yang dinyatakan dalam Perjanjian.

7.2 Memberi kerjasama setakat mana yang boleh kepada pekerja-pekerja


syarikat dalam masa mereka menjalankan tugas.

7.3 Pada masa tamatnya Perjanjian ini mengikut had-had dan syarat-syarat
Perjanjian, membenarkan Syarikat mengambil mana-mana hak miliknya
dari kawasan pejabat.

8. PENAMATAN

8.1 Kontrak ini boleh ditamatkan oleh mana-mana pihak dengan memberikan
notis tiga puluh (30) hari terlebih dahulu kepada pihak yang satu lagi.

8.2 Kerajaan boleh menamatkan Perjanjian ini dengan memberikan notis tiga
puluh (30) hari terlebih dahulu sekiranya:

8.2.1 Syarikat melakukan pelanggaran mana-mana had atau syarat


seperti yang terkandung dalam Perjanjian.

8.2.2 Pekerja Syarikat melakukan salah laku, berkelakuan buruk atau


cuai menjalankan tugas yang boleh menjejaskan nama baik
Kerajaan.

8.2.3 Syarikat menjadi bankrap atau memberhentikan perniagaan


mereka.

8.3 Jika sekiranya Jabatan tidak berpuas hati atau perkhidmatan yang
diberikan oleh syarikat tidak memuaskan, Jabatan berhak untuk
menamatkan perjanjian ini pada bila-bila masa tanpa memberi
sebarang sebab dan dengan memberi notis tidak kurang daripada dua
puluh empat (24) jam kepada Kontraktor.
8.4 Sekiranya Perjanjian ini ditamatkan menurut Fasal 8.2, Kerajaan boleh
mendapatkan daripada Syarikat apa-apa jumlah bagi kerugian atau
kerosakan akibat daripada penamatan.

8.5 Kerajaan boleh juga menamatkan Perjanjian ini jika Syarikat meluluskan
resolusi untuk penggulungan, selain daripada bagi maksud penyatuan
atau pembentukan semula atau mahkamah berbidang kuasa kompeten
yang ditubuhkan secara sah di sisi undang-undang di Malaysia membuat
perintah supaya Syarikat digulung atau jika penerima atau pengurus bagi
pihak pemiutang dilantik atau hal keadaan yang timbul yang memberi hak
kepada mahkamah untuk membuat Perintah penggulungan tanpa
menghadkan keluasan mana-mana Fasal lain dalam Perjanjian ini.

9. FORCE MAJEURE

9.1 Kontraktor dan Kerajaan adalah tidak bertanggungjawab bagi sebarang


ketinggalan atau kegagalan dalam melaksanakan Perjanjian ini, jika
ketinggalan atau kegagalan itu timbul daripada keadaan-keadaan Force
Majeure. Dalam keadaan ini, yang menyebabkan mana-mana Pihak tidak
dapat menyempurnakan Perjanjian ini, Perjanjian ini boleh ditamatkan
dengan persetujuan Pihak-Pihak, tanpa apa-apa pampasan. Kejadian
Force Majeure hendaklah bermaksud:

9.2 peperangan (sama ada ia diisytiharkan atau tidak), pertempuran,


penaklukan atau tindakan oleh musuh-musuh asing;

9.3 pemberontakan, revolusi, rampasan kuasa, perang saudara atau tindakan


pengganas;

9.4 bencana alam termasuk, tetapi tidak terhad kepada gempa bumi, banjir,
kebakaran spontan bawah tanah, ombak besar atau apa- apa bencana
alam yang, secara munasabahnya, seseorang yang berpengalaman tidak
dijangka dapat mengambil langkah berjaga- jaga;

9.5 letupan nuklear, pencemaran radioaktif atau bahan kimia atau radiasi;

9.6 tekanan gelombang yang disebabkan oleh kapal terbang atau apa-apa
peranti aerial yang bergerak dalam kelajuan sonik atau supersonik;

9.7 rusuhan, kekecohan atau kekacauan awam; atau

9.8 sebab-sebab atau bahaya-bahaya yang lain yang di luar kawalan mana-
mana Pihak.
9.9 Jika berlaku sesuatu kejadian Force Majeure yang menyebabkan mana-
mana Pihak tidak dapat melaksanakan apa-apa obligasinya di bawah
Perjanjian ini (atau mana-mana bahagian daripadanya) yang terjejas
akibat daripada kejadian Force Majeure tersebut, Pihak tersebut
hendaklah dengan serta-merta memaklumkan akan kejadian Force
Majeure itu kepada Pihak yang satu lagi dan diikuti dengan butir-
butir terperinci mengenai kejadian Force Majeure dan kesannya kepada
pelaksanaan Perjanjian ini.

9.10 Mana-mana Pihak tidak boleh menggunakan mana-mana peruntukan


dalam klausa ini jika Pihak-Pihak telah memutuskan secara munasabahnya
bahawa satu kejadian Force Majeure tidak berlaku.

9.11 Kontraktor hendaklah membuktikan bahawa kejadian Force Majeure betul-


betul berlaku sebelum Kontraktor dapat melepaskan tanggungjawabnya
mengikut klausa 17.1.

9.12 Jika Perjanjian ini ditamatkan di bawah klausa 17.1 di atas, semua hak
dan obligasi Pihak-Pihak di bawah Perjanjian ini hendaklah terhenti dan
mana- mana Pihak tidak boleh membuat apa-apa tuntutan terhadap Pihak
yang satu lagi dan masing-masing tidak bertanggungan terhadap satu
sama lain melainkan berkaitan dengan apa-apa hak dan liabiliti yang
terakru sebelum berlakunya kejadian Force Majeure tersebut.

9.13 Bagi mengelakkan apa-apa keraguan, Pihak-Pihak kepada Perjanjian ini


hendaklah terus melaksanakan obligasi masing-masing di bawah
Perjanjian ini yang tidak terjejas, tertangguh atau terganggu oleh kejadian
Force Majeure dan obligasi berkenaan hendaklah terus berkuat kuasa
sepenuhnya sementara menunggu pelaksanaan peruntukan klausa ini.

10. AM

10.1 Istilah kontrak yang digunakan dan dalam mana-mana bahagian dalam
dokumen tawaran adalah bermakna semua dokumen yang dimaksudkan
yang mengandungi syarat-syarat penentuan kerja dan semua dokumen-
dokumen ini menjadi suatu kontrak dan ianya saling menyokong antara
satu dengan yang lain.

10.2 Istilah Pihak Jabatan yang digunakan dan dalam mana-mana bahagian
dokumen tawaran adalah Pegawai Penyelia atau Pegawai-pegawai yang
dilantik oleh pihak berkuasa Jabatan Penerbangan Awam, Malaysia.

10.3 Kerajaan tidak akan bertanggungjawab dalam apa-apa cara sekali pun
terhadap apa-apa kecederaan yang dialami oleh pekerja-pekerja Syarikat
semasa menjalankan tugas di dalam atau di luar kawasan yang telah
ditetapkan.

10.4 Syarikat hendaklah bertanggungjawab dan memberi pampasan


sepenuhnya kepada Kerajaan terhadap apa-apa kerosakan kemusnahan
atau kehilangan sesuatu akibat dari kelalaian yang berlaku atas kecuaian
pekerja semasa menjalankan tugas.

10.5 Bahawa sekiranya berbangkit apa-apa pertikaian atau perselisihan antara


kedua-dua pihak yang disebut di sini mengenai perjanjian, maka
pertikaian atau perselisihan itu hendaklah diserahkan kepada
penimbangtara tunggal yang akan dilantik oleh kedua-dua pihak dan
keputusan dan timbangtaranya tertakluk kepada Ordinan Timbangtara
1950.

11. IKATAN PERJANJIAN

11.1 Perjanjian ini hendaklah mengikat ejen-ejen, wasi-wasi, pentadbir-


pentadbir, pengganti-pengganti dan penerima pindah hak milik
Kontraktor.

12. KONTRAK

12.1 Kerajaan akan mengikat suatu kontrak dengan penyebut harga yang
berjaya dalam sebut harga ini untuk tempoh selama dua (2) tahun.
Kontrak ini akan bermula pada 01 Mac 2017 hingga
28 Februari 2019

12.2 Penyebut harga yang berjaya adalah diwajibkan mengikat satu


Kontrak dengan Kerajaan dan perlu membayar ganti rugi sekiranya tidak
mematuhi Kontrak.

12.4 Segala perbelanjaan bagi proses mematikan setem adalah ditanggung


sepenuhnya oleh penyebut harga yang berjaya.

12.5 Kerajaan berhak menamatkan kontrak sedia ada walaupun tempoh


kontrak belum tamat atas sebab-sebab berikut:

12.5.1 Kerajaan tidak berpuas hati dengan perkhidmatan yang tidak


berkualiti yang diberikan oleh penyebut harga yang berjaya; atau

12.5.2 Kerajaan tidak lagi memerlukan perkhidmatan tersebut.


13. PERUBAHAN SYARAT-SYARAT KONTRAK

13.1 Kerajaan sentiasa berhak mengubah dari semasa ke semasa syarat-syarat


yang terkandung dalam Kontrak ini dan mulai dari tarikh yang dinyatakan
oleh Kerajaan, perkhidmatan yang dikehendaki itu hendaklah mengikut
perubahan-perubahan tersebut.

13.2 Sekiranya sesuatu perubahan itu menyebabkan perubahan kos bagi


perkhidmatan, maka penyelarasan harga akan dibuat dengan persetujuan
kedua-dua pihak secara bertulis.

14. PELANJUTAN TEMPOH KONTRAK

Dalam Tempoh Kontrak masih berkuatkuasa, penyebut harga yang berjaya boleh
memohon pelanjutan tempoh kontrak secara bertulis dengan menyertakan
justifikasi yang kukuh serta dokumen sokongan (jika ada) kepada Kerajaan.
Walau apa pun keadaan, Kerajaan berhak menolak permohonan pelanjutan
tempoh kontrak tersebut dan tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kos
yang terlibat (jika ada).

15. MENARIK BALIK TAWARAN

Penyebut harga tidak boleh menarik balik tawaran sebelum sebut harga
dipertimbangkan atau menolak tawaran setelah tawaran dibuat. Jika penyebut
harga menarik diri atau menolak tawaran, nama penyebut harga akan di
kemukakan kepada Kementerian Kewangan Malaysia untuk tindakan.

16. KERAHSIAAN

Semua maklumat yang berkaitan dengan tawaran ini adalah sulit dan tidak boleh
digunakan untuk sebarang tujuan lain selain daripada untuk sebut harga ini
sahaja.

17. HAKMILIK

17.1 Kesemua deliverable dan dokumen yang disediakan akan menjadi


HAK MILIK KERAJAAN.

17.2 Semua data yang tersimpan dalam sistem yang terbabit daripada
dokumen ini adalah menjadi hak milik Kerajaan sepenuhnya.
18. IKLAN

Tiada sebarang maklumat mengenai sebut harga ini boleh disiarkan di dalam
sebarang akhbar, majalah atau alat pengiklanan yang terkini melainkan jika iklan
tersebut telah dihantar dan diluluskan oleh Kerajaan terlebih dahulu.

19. PEMAKAIAN UNDANG-UNDANG

19.1 Perjanjian ini hendaklah ditafsirkan mengikut undang-undang Malaysia.

19.2 Kontraktor hendaklah arif dengan peraturan Kerajaan Malaysia yang


berkuatkuasa.

19.3 Kontraktor hendaklah mematuhi segala peraturan dan undang-


undang yang terpakai di Malaysia.

20. NOTIS

20.1 Apa-apa notis, kelulusan, persetujuan, permohonan atau apa-apa


komunikasi yang diperlukan atau dibenarkan di bawah Perjanjian ini
hendaklah dibuat secara bertulis dalam Bahasa Melayu atau Bahasa
Inggeris dan hendaklah disifatkan telah diserahkan secara sempurna jika
diserahkan kepada alamat atau melalui nombor faksimili pihak-pihak
seperti yang berikut:

20.1.1 Bagi pihak Kerajaan

PENGARAH WILAYAH II
JABATAN PENERBANGAN AWAM
BEG BERKUNCI 2065. JALAN BUNGA RAYA
88618 KOTA KINABALU
SABAH

No. Faksimili : 088-263894

20.1.2 Bagi pihak Syarikat

Nama syarikat:
Alamat:

Tel: Faks:
BAHAGIAN 3 : SPESIFIKASI DAN SKOP SEBUT HARGA

A. SKOP PERKHIDMATAN MEMBERSIH DAN MENCUCI BANGUNAN

1. KAWASAN PERKHIDMATAN

Bangunan Pusat Kawalan Trafik Udara hendaklah dibersihkan setiap hari seperti
berikut:-

Semua pejabat, koridor, tangga, lantai (karpet/tile/simen), dinding (cermin/simen/tile),


bilik kaunter, peralatan semua perabot, telefon, keyphone dan intercom, pintu
(kayu/cermin), jendela/tingkap, siling, suis-suis elektrik/lampu, semua tandas (mangkuk
tandas, sinki dan lain-lain), dan lain-lain peralatan yang terdapat dalam Bangunan
Pusat Kawalan Trafik Udara (ATCC).

2. WAKTU PERKHIDMATAN

2.1 Waktu Perkhidmatan bagi pekerja-pekerja untuk melaksanakan kerja-kerja


adalah seperti yang dinyatakan dibawah :-

ISNIN HINGGA JUMAAT

Dari jam 07.30 pagi hingga 04.30 petang

SABTU DAN CUTI KELEPASAN AM (PUBLIC HOLIDAY)

07.30 pagi hingga 12.00 tengahari

AHAD - OFF DAY


3. PENYELIAAN OLEH SYARIKAT

3.1. Syarikat hendaklah menyediakan Penyelia (Supervisor) yang berpengalaman


secara sepenuh masa (Full Time) untuk Bangunan Pusat Kawalan Trafik
Udara (ATCC) sepanjang Tempoh Perjanjian.

3.2. Penyelia hendaklah menjalankan tugas bagi pihak Syarikat.

3.3 Penyelia hendaklah melaksanakan apa juga arahan yang diarahkan yang
berkaitan dengan Perkhidmatan oleh Pengarah Wilayah II atau mana-mana
pegawai yang menjalankan tugas bagi pihaknya.

4. PEKERJA-PEKERJA SYARIKAT

4.1. Syarikat mestilah menyediakan empat (4) orang pekerja yang menjalankan
perkhidmatan sepanjang waktu perkhidmatan.

4.2 Semua pekerja Syarikat yang terlibat dalam Perjanjian ini mestilah
warganegara Malaysia dan mempunyai dokumen pengenalan yang sah.

4.3 Semua pekerja Syarikat hendaklah menjalankan Perkhidmatan dan tidak


terikat menjalankan atau terlibat dalam mana-mana perkhidmatan atau kerja
dimana-mana tempat selain daripada Perkhidmatan di bawah Perjanjian ini.

4.4 Jika sekiranya terdapat ketidakhadiran pekerja pada satu-satu masa, samada
atas sebab-sebab perubatan atau bercuti, kontraktor hendaklah menyediakan
senarai nama pekerja pengganti untuk pada hari-hari yang tidak hadir
tersebut dan hendaklah diserahkan kepada Pengarah Wilayah II atau
wakilnya.

5. PAKAIAN SERAGAM

5.1. Syarikat hendaklah menyediakan pakaian seragam untuk semua pekerja


termasuk Penyelia.

5.2. Syarikat hendaklah memastikan setiap pekerja pembersihan adalah


berpakaian pakaian kemas dan bersih sepanjang masa berada dalam
Kawasan Perkhidmatan..
6. PERALATAN DAN BAHAN-BAHAN

6.1. Syarikat hendaklah membekal dan menyediakan peralatan berkaitan dengan


pembersihan seperti mesin pencuci lantai dan seumpamanya, untuk
menjalankan kerja-kerja harian termasuk mesin pencuci atau pembilas
lantai, syampu karpet, vakum dan lain-lain.

6.2. Syarikat kehendaklah menyediakan bahan-bahan, alat-alat serta mesin-


mesin seperti yang dinyatakan di perenggan 6.1 yang diperlukan untuk
menjalankan Perkhidmatan tanpa mengenakan apa-apa caj tambahan
terhadap Kerajaan.

7. BAHAN-BAHAN KEGUNAAN TANDAS DAN SABUN

7.1. Syarikat hendaklah memastikan Peralatan bagi tujuan pembersihan tandas


seperti yang dinyatakan di dalam Lampiran C adalah mencukupi tanpa
mengenakan apa-apa caj tambahan kepada Kerajaan.

7.2. Syarikat hendaklah memastikan tempat sabun pencuci tangan diisi setiap
kali habis.

8. BEKALAN ELEKTRIK DAN AIR

8.1. Semua bekalan elektrik dan air disediakan oleh DCA secara percuma.
Walaubagaimanapun Syarikat hendaklah mengawal dan memastikan semua
pekerja tidak menyalahgunakan dan membazirkan bekalan elektrik dan air
serta memastikan suis-suis dimatikan selepas penggunaanya.

8.2 Syarikat adalah bertangungjawab sekiranya terdapat pekerja-pekerja yang


menggunakan bekalan elektrik, penyambungan tidak sempurna yang
mengakibatkan kerosakan pada penyaluran elektrik di bangunan yang
dinyatakan.

9. KESELAMATAN

9.1. Syarikat hendaklah menyediakan kepada Pengarah Wilayah II butir-butir


mengenai pekerja untuk tujuan keselamatan seperti yang berikut:-

a) Nama

b) Alamat pekerja

c) No. Kad Pengenalan


d) Umur dan jantina

e) Jumlah gaji

9.2. Pengarah Wilayah II atau wakilnya adalah berhak mengarahkan Syarikat


menggantikan mana-mana pekerja yang pada pendapat Pengarah Wilayah
II tidak boleh menjalankan Perkhidmatan atas sebab keselamatan atau
kesihatan.

9.3 Syarikat hendaklah bertanggungjawab terhadap keselamatan pekerja dan


menyediakan perlindungan.

10. SAMPAH SARAP

Syarikat hendaklah menggunakan beg plastik sampah untuk mengumpul sampah


sarap dan dibuang didalam tong smpah yang sesuai sebelum diangkut ke
kawasan pembuangan sampah yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan.

11. LANGKAH-LANGAH KESELAMATAN

11.1. Syarikat hendaklah sepanjang masa memastikan pekerja-pekerja


mematuhi segala peraturan yang berkaitan dengan keselamatan.

11.2. Syarikat hendaklah mengambil langkah-langkah keselamatan semasa


Perkhidmatan dijalankan.

11.3. Papan-papan tanda hendaklah diletakkan di kawasan yang berkaitan


semasa kerja-kerja pembersihan. Papan tanda amaran hendaklah
dipasang bagi menarik pegawai/kakitangan contohnya BERBAHAYA,
LANTAI LICIN dan sebagainya.

12. PERKARA-PERKARA LAIN

12.1. Syarikat hendaklah mematuhi apa-apa juga arahan yang berkaitan


dengan kontrak ini yang dikeluarkan oleh Pengarah Wilayah II DCA atau
wakilnya dari semasa ke semasa.

12.2 Syarikat hendaklah mengikut Waktu Perkhidmatan yang telah ditetapkan


dan merakamkan masa kehadiran bertugas pada Kad Perakam Waktu
atau merekodkan kehadiran di Buku Kedatangan jika tiada kemudahan
jam perakam.

12.3 Syarikat hendaklah memastikan pekerja-pekerjanya mematuhi syarat-


syarat perjanjian antara Syarikat dengan Kerajaan.
JADUAL SPESIFIKASI PERKHIDMATAN

KERJA YANG
BIL PERKARA LOKASI KEKERAPAN
DILAKSANAKAN

1. Lantai Tile Semua lantai Menyapu dan mengilap Setiap hari


bertile

2. Lantai Simen Semua tempat Mop dan dibasuh jika Setiap hari
perlu

3. Tingkap kaca Semua tempat Menghilang kotoran Setiap hari


dengan menggunakan
air dan ubat yang betul

4. Koridor Semua Koridor Menjaga kebersihan Setiap hari


lantai dan koridor

5. Karpet Semua Karpet Menghilangkan kotoran Setiap hari


dan membersihkan
dengan penggunaan
vakum.

Pemulihan karpet

2 kali sebulan

6. Tandas Setiap tingkat Memberus, menggilap 3 kali sehari


lantai dengan
menggunakan air dan
ubat pembunuh kuman.

Memberus dan
mengelap mangkuk
tandas & peralatan 2 kali sehari
dengan menggunakan
pencuci yang sesuai.
Memastikan sabun, tisu
& pewangi tandas
sentiasa ada (dibekalkan
oleh Syarikat) 1 kali sebulan

Membersih dan
membuang sampah

Setiap hari

7. Ashtray & Semua tempat Membersih dan Setiap hari


Tong Sampah membuang sampah

8. Perabot Semua tempat Menghilang kotoran 1 kali


degil. seminggu

Dilap dengan kain Setiap hari


lembap menggunakan
pewangi yang sesuai.

Memastikan pewangi
isian semula diisi dan Sekiranya
berfungsi perlu

9. Tangga / Hand Rail Membersih dan Setiap hari


Hand Rail menghilang kotoran
degil. Dilap dengan kain
lembap

10. Dinding dan Semua tempat Memastikan tiada Setiap hari


siling sawang dan najis
binatang

11. Telefon Semua tempat Dilap dan diletakkan Setiap hari


pewangi

12. Pondok Semua tempat Membersih, menyapu 1kali


Pengawal dan membuang daun- seminggu
daun kering dan sampah
B. SPESIFIKASI DAN SKOP KERJA PEMOTONGAN RUMPUT, MEMBERSIH
DAN PENJAGAAN LANDSKAP

1. SPESIFIKASI KERJA

1.1 SPESIFIKASI KERJA AM

1.1.1 Syarikat hendaklah menjalankan kerja-kerja penjagaan pokok-


pokok bunga atau hiasan.

1.1.2 Syarikat hendaklah menjalankan kerja-kerja pemotongan rumput


serta penyelenggaraan berdasarkan skop kerja-kerja serta
spesifikasi yang telah ditetapkan oleh Kerajaan.

1.1.3 Syarikat dikehendaki menyediakan pekerja-pekerja, peralatan-


peralatan dan bahan kimia yang secukupnya untuk menjalankan
kerja-kerja pemotongan rumput dan penjagaan landskap di
Kawasan Perkhidmatan.

1.1.4 Syarikat perlu menyediakan senarai lengkap pekerja-pekerja


seperti di bawah dan diserahkan sebelum memulakan
kontrak bagi mendapat kelulusan memasuki kawasan;

i) Nama

ii) No. Kad Pengenalan

iii) Alamat Penuh

iv) Jawatan

v) Umur dan Jantina

vi) Jumlah gaji

1.2 SPESIFIKASI BAGI KERJA-KERJA LANDSKAP

1.2.1 Pembersihan Pada Pokok-Pokok Landskap

Segala daun-daun kering dan sampah sarap yang terdapat di


bawah pokok- pokok dan di atas rumput hendaklah dibersihkan
dan dikutip setiap hari atau pada bila diperlukan dan memuaskan
wakil Jabatan.
1.2.2 Kerja-kerja penjagaan pokok yang akan terlibat terdiri daripada
jenis pokok renek, teduhan dan juga palma yang perlu dilakukan
di dalam kawasan berpagar Bangunan Pusat Kawalan Trafik
Udara, Kota Kinabalu

1.2.3 Segala daun-daun kering dan sampah sarap yang terdapat di


bawah pokok-pokok dan di atas rumput hendaklah dibersihkan dan
dikutip selepas kerja pemotongan supaya kelihatan memuaskan

1.2.4 Penjagaaan pokok-pokok perhiasan dan hiasan kawasan hendaklah


dilakukan sekurang-kurangnya dua (2) kali dalam masa sebulan
atau mengikut keperluan daripada masa ke semasa di atas arahan
daripada Jabatan terutamanya Pengarah Wilayah II, Timbalan
Pengarah Wilayah II (ATCC) atau wakilnya.

1.2.5 Longkang dan saliran yang terdapat di persekitaran kawasan


penjagaan perlulah dibersihkan daripada sisa-sisa pemotongan,
cantasan atau penggemburan dan dibuang di kawasan
pembuangan sampah yang dibenarkan

1.3 SPESIFIKASI BAGI KERJA-KERJA PEMOTONGAN RUMPUT DAN


PEMBERSIHAN

1.3.1 Kerja-kerja pemotongan rumput perlu dilakukan di kawasan bahu


jalan masuk ke bangunan, persekitaran bangunan dan Kawasan
berumput di dalam kawasan bangunan Bangunan Pusat kawalan
Trafik Udara, Kota Kinabalu. Syarikat hendaklah membersihkan
segala rumput yang telah dipotong termasuk ranting-ranting kayu
serta membuangnya dari tapak ke tempat pembuangan sampah
yang diluluskan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu;

1.3.2 Kerja-kerja pemotongan rumput juga merangkumi kawasan di


sepanjang luar pagar utama berhadapan dengan lebuhraya. Jarak
pemotongan adalah satu (1) meter dari pagar;

1.3.3 Kerja-kerja pemotongan rumput juga meliputi kawasan di sepanjang


luar pagar yang bersempadan dengan pagar lapangan terbang;

1.3.4 Pemotongan rumput hendaklah dilakukan dua (2) kali dalam masa
sebulan dan apabila di dapati panjang samada musim kemarau,
hujan atau mengikut keperluan daripada masa ke semasa;
1.3.5 Longkang dan saliran yang terdapat di persekitaran kawasan
pemotongan rumput perlulah dibersihkan daripada sisa-sisa
pemotongan;

1.3.6 Semua pokok-pokok yang menjalar yang terdapat di pagar Kawasan


Perkhidmatan hendaklah dibersihkan.

2. SPESIFIKASI TEKNIKAL

2.1 Pembersihan Pada Pokok-Pokok Landskap

Segala daun-daun kering dan sampah sarap yang terdapat di bawah pokok-
pokok dan di atas rumput hendaklah dibersihkan dan dikutip setiap hari atau
pada bila diperlukan dan memuaskan wakil Jabatan.

2.2 Kerja-Kerja Mencantas

Kerja-kerja mencantas hendaklah dijalankan jika pokok telah tumbuh subur


dan merimbun. Cantasan hendaklah membentuk pokok mengikut bentuk yang
dikehendaki atau diarah penyelia sekaligus membuang dahan yang mati,
diserang penyakit dan lain-lain. Bagi pokok renek pula, dahan yang kering
tumbuh tidak kemas dan menghalang laluan perlu dicantas. Pokok renek yang
digunakan membentuk hedges perlu dicantas sebulan sekali dan hendaklah
memuaskan Wakil Jabatan. Bagi pokok-pokok utama, pelepah/ dahan kering
hendaklah dibuang ke tempat yang dibenarkan Dewan Bandaraya Kota
Kinabalu.

2.3 Syarikat hendaklah memastikan landskap yang sedia ada tidak dirosakkan
oleh pekerja-pekerja. Sebarang kecacatan yang dilakukan dengan sengaja
oleh pekerja-pekerja hendaklah dibaiki sendiri seperti sedia ada dengan kos
yang ditanggung oleh Syarikat tanpa mengenakan apa-apa caj tambahan
kepada Kerajaan.

2.4 Kerja-kerja yang wajib dilakukan bagi tujuan penjagaan pokok hiasan adalah
seperti di Jadual Spesifikasi Bagi Kerja-Kerja Landskap.
JADUAL SPESIFIKASI BAGI KERJA-KERJA LANDSKAP

BIL PERKARA KAWASAN KEKERAPAN

1. Andaman Pokok

Menjalankan kerja-kerja cantasan pada Semua Kerja


keseluruhan pokok. Bagi pokok renek, Pokok cantasan
cantasan hendaklah dijalankan mengikut Teduhan, pokok adalah
bentuk yang diarahkan oleh Pegawai Penyelia. 1 pusingan
Pokok
Bagi pokok-pokok teduhan, cantasan sebulan atau
hendaklah dijalankan pada dahan-dahan yang Renek mengikut
tidak dikehendaki. Segala tunas air dan dahan- keperluan
dahan yang melampai ke bawah hendaklah dan
dibuang. Menakala bagi pokok-pokok palma
Pokok
pula, tunas-tunas air dan pelepah kering/kuning
hendaklah di buang. Palma

2. Merumput Dan Mengembur Pangkal Pokok

Menjalankan kerja-kerja merumput dan Semua 1 pusingan


menggembur pangkal pokok. Semua pokok sebulan atau
Pokok
renek dan palma hendaklah digemburkan pada mengikut
bahagian pangkal pokok. Renek keperluan

dan

Pokok

Palma

3. Pembersihan Kawasan

Menjalankan kerja-kerja pembersihan kawasan Seluruh Setiap


di seluruh kawasan penyelenggaraan. Kerja- kawasan
hari
kerja pembersihan kawasan meliputi segala
jenis sampah sarap termasuk plastik, kertas, terbabit
besi, kayu, tin minuman, bangkai binatang,
ranting pokok, daun pokok, pasir, batu, tanah
dan sebagainya. Segala pasir, tanah dan
rumput yang berada di celah jalan hendaklah
dibersihkan. Sampah hendaklah dibuang ke
tapak pelupusan sampah dengan segera.

Вам также может понравиться