Вы находитесь на странице: 1из 2

2.

1 KEPENTINGAN PENDIDIKAN SENI VISUAL KURIKULUM STANDARD


SEKOLAH RENDAH (KSSR)

2.1.1 Memberi Peluang Kepada Murid Untuk Memupuk Minat

Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) menitikberatkan dalam


memupuk minat murid dalam bidang seni. Dalam sukatan KSSR, setiap
murid diberi peluang untuk mempelajari pendidikan seni visual. Setiap
murid sekolah rendah akan mempunyai 2 waktu iaitu 1 jam setiap
minggu untuk belajar matapelajaran seni visual. Dalam proses
pengajaran dan pembelajaran, murid diberi peluang untuk membuat
karya dengan bebas. Guru memberi peluang kepada mereka untuk
berkarya mengikut kreativiti sendiri. Biasanya, guru akan memberi satu
tema dan murid bebas untuk mengembangkan kreativiti dan idea
mereka. Pendidikan Seni Visual tidak seperti matapelajaran teras yang
lain, PSV tidak dikongkongkan dalam sukatan. Selain daripada diberi
peluang untuk berkarya dan bebas mengeluarakan perasaan, mereka
juga berpeluang untuk melibatkan diri dalam menghasilkan kraf tangan
sendiri. Selain daripada kaedah guru memberi tema lalu murid berkarya,
guru juga boleh mengajar murid untuk membuat kraf tangan yang
mudah tetapi cantik. Guru boleh meminta murid membawa bahan dan
membuat kraf bersama di dalam kelas. Murid diberi kebebasan untuk
menambahkan idea sendiri ke atas kraf yang dihasilkan. Seterusnya,
guru boleh menggantung dan mempamerkan hasilan kraf murid dalam
kelas. Dalam proses menghasilkan karya dan kraf sendiri, murid dapat
berasa memuaskan hati dan mula menaruh minat dalam matapelajaran
Pendidikan Seni Visual. KSSR mementingkan perkembangan murid
secara menyeluruh, oleh itu, murid tidak terkongkong dalam P&P yang
tegas dan bosan. KSSR memberi peluang kepada murid untuk
memupuk minat mereka dengan pegajaran dan pembelajaran PSV
dimana mengembangkan kreativiti dan minda mereka. Dalam bidang
PSV, semua karya yang dihasilkan tidak dinilaikan betul atau salah,
dalam istilah seni, semua karya mempunyai kecantikkan dan
keistimewaan yang berbeza. Oleh itu, murid dapat bebas menghasilkan
karya mengikut idea sendiri dan secara langsung dapat memupuk minat
mereka dalam PSV. Murid tidak akan berasa tertekan dan berasa
seronok dan bebas semasa belajar subjek PSV kerana seni merupakan
mempunyai kesan untuk mengurangkan tekanan murid semasa belajar
subjek teras. Maka, mereka akan menaruh minat mereka dalam PSV.
Dengan perkembangan dari segi kreativiti, mereka juga berkembang
dari segi akademik, maka seorang insan yang seimbang dan
menyeluruh dihasilkan selaras dengan matlamat dan objektif KSSR
dalam Pendidikan Seni Visual.

2.1.2 Memperkembangkan Sifat Keperibadian

Pendidikan Seni Visual dapat memperkembangkan sifat keperibadian


murid melalui persepsi visual, imaginasi dan daya pemikiran.
Keperibadian boleh didefinisikan sebagai perilaku dan watak seseorang.
Setiap murid mempunyai perwatakan yang berlainan. Boleh dikatakan
separuh daripada perwatakan seseorang insan dibina semasa waktu
persekolahan terutamanya murid sekolah rendah. Mereka mudah
dibentuk perwatakkannya di sekolah dengan persekitaran sekolah. Oleh
itu, pendidikan seni visual telah memainkan peranan yang penting
dalam membentuk insan yang baik dan bermulia. Semasa menghasilkan
sesebuah karya, murid dikehendaki memerhatikan persekitaran dan
menganalisiskannya sebelum berkarya. Sebagai contohnya, murid ingin
melukis sebatang pokok, sebelum mula melukis, murid hendak
memerhatikan pokok tersebut dengan teliti. Dalam proses memerhatikan
ini, murid dapat memupuk keperibadian yang sabar dan teliti.
Pendidikan seni visual juga dapat memupuk kreativiti dalam
keperibadian murid. Sebagai contohnya, murid diarahkan untuk
menghasilkan sebuah karya yang bertema alam ajaib, murid dapat
mengembangkan daya kreativiti dalam menghasilkan karya ini dengan
melukis apa yang diimaginasi dalam minda mengikut idea sendiri. Selain
itu, pendidikan seni visual juga dapat membantu mengembangkan daya
pemikiran murid semasa mereka menghasilkan karya. mereka dapat
mengeluarkan idea mereka dalam karya mereka. Secara tidak langsung,
daya pemikiran mereka dapat dikembangkan dengan baik. Dengan ini,
perwatakkan murid yang berfikiran kritis dapat dibentuk. Oleh itu, boleh
dikatakan Pendidikan Seni Visual dapat membentuk keperibadian murid
yang baik dan seimbang dari setiap segi.

Вам также может понравиться