Вы находитесь на странице: 1из 3

KONFLIK ETNIK ROHINGYA

Kronolgi Sejarah Isu Konflik Pelarian Rohingya Di Myanmar. Kami terseksa di


negara sendiri. Itu luahan antara pelarian Rohingya yang kini berada di Pulau
Langkawi selepas melarikan diri dari Myanmar dan menempuh laluan sukar sebelum
mendarat di Malaysia. Usaha Malaysia dan Indonesia untuk menyediakan bantuan
kemanusiaan kepada ribuan pelarian etnik Rohingyayang masih berada di perairan
antarabangsa dianggap sebagai satu tindakan yang amat munasabah.

Pihak yang memberikan bantuan kepada pelarian Rohingya adalah Turki. Perdana
Menteri Turki, Ahmet Davutolu mengumumkan bahawa kerajaannya akan
menghantar kapal tentera laut Turki ke perairan Thailand dan Malaysia dalam usaha
menyampaikan bantuan kemanusian kepada para pelarian Muslim Rohingya.

Dalam beberapa minggu terakhir, isu mengenai konflik Rohingya di Myanmar


kembali mendapat berita di dada akhbar lantaran ribuan pelarian Rohingya telah
melarikan diri melalui jalan laut ke negara-negara jiran termasuk Malaysia dan
Indonesia. Berita-berita tentang konflik etnik di Rakhine, salah satu kawasan di
Myanmar yang berdekatan dengan Bangladesh ini pun kembali diperkatakan dan
menjadi topik hangat di laman media social. Lebih parahnya, banyak pihak yang
mengaitkan permasalahan ini sebagai konflik agama tanpa mengetahui latar
belakang masalah yang sebenarnya yang telah berlaku ratusan tahun yang lampau.

Berdasarkan catatan sejarah, komuniti Muslim telah mendiami wilayah Arakan


(nama kuno Rakhine) sejak masa pemerintahan seorang raja Buddha bernama
Narameikhla atau Min Saw Mun (1430-1434) di kerajaan Mrauk U. Setelah
diasingkan selama 24 tahun di kesultanan Bengal, Narameikhla mendapatkan takhta
di Arakan dengan bantuan daripada Sultan Bengal saat itu. Kemudian ia membawa
serta orang-orang Bengali untuk tinggal di Arakan dan membantu pengurusan
pentadbiran beliau; demikianlah komuniti Muslim pertama terbentuk di wilayah itu.

Saat itu kerajaan Mrauk U berstatus sebagai kerajaan bawahan dari kesultanan
Bengal sehingga Raja Narameikhla menggunakan gelaran dalam bahasa Arab
termasuk dalam nama-nama pegawai istananya dan memakai syiling Bengal yang
bertuliskan aksara Arab Parsi pada satu sisinya dan aksara Burma pada sisi lain
sebagai mata wangnya. Mereka menggaji orang-orang Muslim di istana dan
walaupun beragama Buddha, berbagai kebiasaan Muslim dari Bengal tetap dipakai.
Pada abad ke-17 penduduk Muslim meningkat kerana mereka bekerja dalam
pelbagai bidang kehidupan, tidak hanya dalam pemerintahan saja.

Namun kerukunan dan keharmonian ini tidak berlangsung lama. Pada tahun 1785
kerajaan Burma dari selatan menyerang dan menguasai Arakan. Mereka
melaksanakan politik diskriminasi dengan mengusir dan mengeksekusi orang-orang
Muslim Arakan. Pada tahun 1799 sebanyak 35,000 orang Arakan berpindah ke
wilayah Chittagong di Bengal yang saat itu dikuasai Inggeris untuk mencari
perlindungan. Orang-orang Arakan tersebut menyebut diri mereka sebagai Rooinga
(penduduk asli Arakan), yang kemudian dieja menjadi Rohingya saat ini.

Pada tahun 1826 wilayah Arakan diduduki oleh kerajaan kolonial Inggeris selepas
perang Inggeris-Burma I (1824-1826). Kerajaan Inggeris melaksanakan dasar
memindahkan para petani dari wilayah yang berdekatan ke Arakan yang saat itu
sudah ditinggalkan, termasuk orang-orang Rohingya yang sebelumnya menjadi
pelarian dan orang-orang Bengali asli dari Chittagong. Saat itu wilayah Arakan
dimasukkan dalam daerah pentadbiran Bengal sehingga tidak ada batas
antarabangsa antara keduanya dan penghijrahan penduduk di kedua-dua wilayah itu
berlaku dengan mudah.

Pada awal abad ke-19 gelombang imigresen dari Bengal ke Arakan semakin
meningkat kerana didorong oleh keperluan upah pekerja yang lebih murah yang
datang dari India ke Burma. Pada tahun 1939 konflik di Arakan memuncak sehingga
kerajaan Inggeris membentuk suruhanjaya khas yang menyiasat masalah imigresen
di Arakan, namun sebelum suruhanjaya tersebut dapat merealisasikan hasil
kerjanya, Inggeris harus angkat kaki dari Arakan pada akhir Perang Dunia II.

Pada masa Perang Dunia II Jepun menyerang Burma dan mengusir Inggeris dari
Arakan yang kemudian dikenali sebagai Rakhine. Pada masa kekosongan
kekuasaan saat itu, kekerasan antara kedua kumpulan suku Rakhine yang
beragama Buddha dan suku Rohingya yang beragama Islam semakin meningkat.
Ditambah lagi, orang-orang Rohingya bersenjata Inggeris guna membantu
Bersekutu untuk mempertahankan wilayah Arakan dari pendudukan Jepun. Hal ini
akhirnya diketahui oleh kerajaan Jepun yang kemudian melakukan penyiksaan,
pembunuhan dan pemerkosaan terhadap orang-orang Rohingya.

Pada tahun 1940-an orang-orang Rohingya berusaha menjalin kerjasama dengan


Pakistan di bawah Mohammad Ali Jinnah untuk membebaskan wilayahnya dari
Burma, tetapi ditolak oleh pemimpin Pakistan tersebut kerana tidak mahu
mencampuri urusan dalaman negeri Burma. Pada tahun 1947 orang-orang
Rohingya membentuk Parti Mujahid yang merupakan kumpulan jihad untuk
menubuhkan negara Islam yang merdeka di Arakan utara. Mereka menggunakan
istilah Rohingya sebagai identiti etnik mereka dan menyatakan diri sebagai
penduduk asal Arakan. Kemudian Burma merdeka pada tahun 1948 dan orang-
orang Rohingya semakin gencar melancarkan gerakan separatisnya.

Salah satu operasi ketenteraan yang dilancarkan pada tahun 1978 yang dipanggil
"Operasi Raja Naga" menyebabkan lebih daripada 200,000 orang Rohingya
melarikan diri ke Bangladesh akibat keganasan, pembunuhan dan rogol besar-
besaran. Pada bulan Julai 1978, kerajaan Myanmar bersetuju untuk menerima para
pendatang Rohingya untuk kembali ke Rakhine.

Sejak tahun 1990 hingga saat ini, kerajaan junta tentera Myanmar masih
menerapkan politik diskriminasi terhadap suku-suku minoriti di Myanmar, termasuk
Rohingya, Kokang dan Panthay. Para pelarian Rohingya melaporkan mereka
mengalami kekerasan dan diskriminasi oleh kerajaan seperti bekerja tanpa digaji.

Pada tahun 2012 rusuhan perkauman pecah antara suku Rakhine dan Rohingya
yang dicetuskan oleh rogol dan pembunuhan seorang gadis Rakhine oleh para
pemuda Rohingya yang disusul pembunuhan sepuluh orang pemuda Muslim dalam
sebuah bas oleh orang-orang Rakhine. Kerajaan melaksanakan jam malam dan
keadaan darurat yang membolehkan pihak tentera bertindak di Rakhine. Walaupun
para aktivitis NGO Rohingya menuduh bahawa pihak polis dan kekuatan tentera
turut berperanan serta dalam kekerasan dan menangkap orang-orang Rohingya,
tetapi siasatan oleh pertubuhan International Crisis Group melaporkan bahawa
kedua-dua pihak mendapat perlindungan dan keselamatan dari pihak tentera.

Pada tahun 2014 kerajaan Myanmar melarang penggunaan istilah Rohingya dan
mendaftarkan orang-orang Rohingya sebagai orang Bengali dalam bancian
penduduk pada masa itu. Pada bulan Mac 2015 yang lalu kerajaan Myanmar
mencabut kad pengenalan penduduk bagi orang-orang Rohingya yang
menyebabkan mereka kehilangan kewarganegaraannya dan tidak mendapatkan
hak-hak politiknya. Ini menyebabkan orang-orang Rohingya melarikan diri ke
Thailand, Malaysia dan Indonesia.

Demikianlah sekilas tentang sejarah konflik etnik yang berangkat dari permasalahan
sosial politik yang telah berakar selama berabad-abad di wilayah Rakhine.
Bagaimana pun, konflik ini hanyalah menyebabkan kesengsaraan pihak-pihak yang
bertelagah. Oleh sebab itu, setelah mengetahui akar permasalahan konflik ini,
semoga para pemimpin dunia dan pihak-pihak yang bersangkutan dapat
memberikan penyelesaian yang terbaik demi keamanan dunia.

Вам также может понравиться