Вы находитесь на странице: 1из 4

Bidang dan Batasan Kajian

Bidang Kajian

Kajian hanya dijalankan dengan mengambil data keputusan keputusan Penilaian

Menengah Rendah (PMR) tahun 2007 dengan data guru-guru Sains (tahun mengajar,

kelulusan dan jantina) yang mengajar tingkatan 3 pada tahun 2007 di sekolah-sekolah

menengah di Daerah Hulu Langat terpilih.

Apa yang ingin dikaji ialah kaitan antara keputusan matapelajaran Sains PMR murid di

sekolah-sekolah menengah di Daerah Hulu Langat terpilih dengan pengalaman guru

mengajar.

Batasan Kajian

Kajian ini merupakan satu kajian kes di sekolah-sekolah menengah di Daerah Hulu

Langat terpilih.Ini bermakna dapatan kajian adalah terbatas kepada sekolah-sekolah di

negeri tersebut. Ia tidak melambangkan masalah pembelajaran kepada semua sekolah di

Malaysia. Antara batasan kajian ini ialah:

1) Dapatan kajian ini hanya terbatas kepada sekolah-sekolah Menengah di dalam

Daerah Hulu Langat terpilih dan mempunyai ciri-ciri yang sama sahaja.

2) Kajian ini hanya dilakukan ke atas guru subjek Sains PMR tahun 2007 sahaja.

3) Kajian ini hanya melibatkan keputusan subjek Sains PMR tahun 2007 sahaja.
Berdasarkan batasan kajian di atas, hasil dan perbincangan dapatan kajian hanya

digunakan di sekolah-sekolah menengah di Daerah Hulu Langat terpilih. Bagaimanapun

pihak lain masih boleh menggunakan dapatan tersebut sebagai panduan dan rujukan bagi

mengurangkan masalah salah konsep Fizik di kalangan pelajar.


Definisi

Definisi yang dinyatakan di sini terdiri daripada definisi konstitutif dan definisi

operasional.

Keputusan

i. Definisi konstitutif:

Menurut perisian Concise Oxford Dictionary (10th Edition) versi 1.1

(2001), keputusan adalah maklumat item/ kuantiti/ formula didapati

daripada eksperimen atau pengiraan.

Berdasarkan perisian Kamus University versi 1.1 (2004) pula, keputusan

bermaksud hasil sesuatu produk

ii. Definisi operasional:

Keputusan yang diambil kira adalah mata pelajaran Sains PMR tahun

2007.

Pengalaman

i. Definisi konstitutif:

Berdasarkan perisian Kamus University versi 1.1 (2004) pengalaman

membawa erti penyertaan yang aktif dalam acara atau aktiviti membawa

kepada pengumpulan pengetahuan atau kemahiran

ii. Definisi operasional:

Pengalaman yang diambil kira ialah pengalaman guru-guru sekolah

menengah di Daerah Hulu Langat terpilih mengajar.


Murid

i. Definisi konstitutif:

Menurut perisian Concise Oxford Dictionary (10th Edition) versi 1.1

(2001), murid membawa erti seseorang yang diajar oleh orang lain,

terutamanya kanak-kanak.

ii. Definisi operasional:

Dalam konteks kajian ini murid adalah murid tingkatan 3 tahun 2007

sekolah di dalam negeri Selangor Darul Ehsan.

Guru

i. Definisi konstitutif:

Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat (2007), murid membawa erti

orang atau anak yang sedang belajar atau berguru.

ii. Definisi operasional:

Dalam kajian ini guru ialah guru yang mengajar mata pelajaran Sains

tingkatan 3 tahun 2007 di sekolah menengah di dalam negeri Selangor

Darul Ehsan.

Вам также может понравиться