You are on page 1of 13

KERTAS KERJA

PROGRAM GURU PENYAYANG,


di SK BANDAR MAS,
KOTA TINGGI,

JOHOR.

ANJURAN :
UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING
SK BANDAR MAS,KOTA TINGGI,
JOHOR

Pendahuluan :

1
Membentuk kemenjadian murid bukanlah suatu tugas yang mudah. Ia

memerlukan kesabaran dan pengorbanan. Pergorbanan ini tidak lain dan tidak

bukan datangnya dari peranan guru itu sendiri. Dewasa ini tugas guru bukan

hanya setakat mengajar dalam kelas semata-mata. Peranan mereka meliputi

semua aspek pendidikan. Pendek kata bermulanya hari pertama bertugas

sebagai guru, sehinggalah bersara bermakna tugas guru telah selesai. Sangat

besar peranan guru.

Hari ini tugas dan peranan sebagai guru bukan seperti 10 tahun dahulu,

tugas mereka semakin besar terutama yang lebih mencabar untuk membentuk

sahsiah dan peribadi seorang murid. Dengan ledakkan kemajuan teknologi yang

semakin pesat, kualiti murid dari segi sahsiah dan peribadi mereka amat

membimbangkan. Untuk ini pendekatan lebih mesra yang dibawa dan di

pertangungjawabkan kepada guru untuk lebih dekat dan berdamping dengan

murid kerana diyakini guru tetap relevan dan berperanan membentuk sahsiah dan

peribadi mereka. Untuk ini juga program guru penyayang ini dilaksanakan dengan

membawa pendekatan penyayang dikalangan guru sebagai panduan dan contoh

tauladan kepada murid bak kata pepatah Kepimpinan Melalui Tauladan. Jadi

program yang di ketengahkan oleh kementerian ini bukanlah sesuatu yang boleh

diperlekehkan kerana andai dilihat dari tujuan dan objektifnya amatlah besar

manfaatnya. Sekali lagi dinyatakan tugas dan peranan Guru masih relevan dalam

usaha membentuk kemenjadian murid.

Matlamat :

2
Pelaksanaan guru penyayang aadalah bertujuan agar guru mengamalkan dan

membudayakan sikap kasih sayang di sekolah.

Konsep:
Penyayang membawa maksud perbuatan atau perlakuan

menyayangi,mengasihi, dan bersifat belas kasihan serta menghormati

orang lain. Ini bermakna guru penyayang adalah seorang memiliki sifat

kepedulian (concern) terhadap setiap perkara yang berkaitan dengan

muridnya( every child matters) dengan cara saling menghormati,sentiasa

ceria,prihatin dan sabar.

Guru penyayang menjiwai bahawa murid mereka merupakan aset penting

yang perlu diberi perhatian, dijaga, dibimbing,dihargai kewujudannya dan

disayangi setiap masa.

OBJEKTIF

Menjiwai amalan penyanyang adalah budaya guru


Menginsafi bahawa kehadiran murid merupakan rahmat

kepada sekolah
Menyedari bahawa setiap murid adalah aset kepada

sekolah.
Menghargai sumbangan murid, ibubapa, komuniti dan

komuniti kepada sekolah.

Anggaran Perbelanjaan
1.0 PENDAPATAN DAN PERBELANJAAN PROGRAM GURU PENYAYANG
SEPANJANG TAHUN

3
Pendapatan
Bil. Perkara Jumlah
1. PCG Bimbingan dan Kaunseling RM 200.00

Perbelanjaan Program Sepanjang Tahun


Bil. Perkara Jumlah
1. Banner dan kain rentang RM 50.00
2. Button tag Guru Penyayang RM 150.00

JUMLAH KESELURUHAN RM 200.00

2.0 TENTATIF PROGRAM

Masa Aktiviti

4
0710 pagi Perhimpunan mingguan
0720 pagi
0725 pagi Pelancaran Program Guru Penyayang

0730 pagi
Ucapan perasmian oleh Guru Besar
0740 pagi
SK Bandar Mas
0800 pagi
Upacara memotong ribbon simbolik
pelancaran program Guru Penyayang.

Pemberian button badge guru


penyayang dan Persembahan murid

Majlis bersurai.

3.0 JAWATANKUASA

Pengerusi : Hj Ali b Md Sani(Guru Besar)


Naib Pengerusi I : En.Musa b Jamal (GPK Hal Ehwal Murid)
Naib Pengerusi II : Pn Hjh Satinah bt Hj Mahmood (GPK 1)
Penyelaras : Pn Norazizah bt A.Rahman(Guru Bimbingan dan
Kaunseling)
AJK : Pn. Rohani bt Che Kar (Guru Kelab Bimbingan
Kaunseling)
: Pn.Siti Rosmah bt Mohamed
: Pn. Norsidah bt Ali
: En Mohd Arshad b Maidin
: Pn. Siti Alawiah bt Mustapha
: Semua guru

5
MODUL PERLAKSANAAN GURU PENYAYANG SK BANDAR MAS

MODUL KHAS : 1
PERLAKSANAAN: INDIVIDU

TAJUK:
MENGALU-ALUKAN KEHADIRAN MURID - Senyum, Sapa, Salam

MASA : 710 pagi 740 pagi (sesi persekolahan)


Sepanjang tahun selepas pelancaran Perasmian Guru Penyayang peringkat
sekolah.

PERSONALIA : Guru bertugas dan GBKSM

BAHAN/ALATAN:
1. Kain rentang dan banner

PROSEDUR : Mengalu-alukan kehadiran murid:

1. Semasa murid memulakan sesi persekolahan baru.


1.1. Awal tahun, perhimpunan pertama sekolah.

2. Semasa murid datang kesekolah


2.1. Dipintu pagar sekolah mengalukan kan kehadiran dengan
senyuman manis.

6
2.2. Mengutarakan katakata selamat datang./jemput
masuk/selamat pagi/atau memberi salam.

3. Semasa murid pulang dari sekolah.


3.1. Dipintu pagar sekolah atau mana-mana lokasi bila berdepan
dengan murid, mengutarakan kata-kata selamat pulang, jumpa
lagi.

FALSAFAH:
Menzahirkan rasa kasih sayang guru kepada murid dengan nilai-nilai murni yang
ada dalam diri guru.
MODUL PERLAKSANAAN GURU PENYAYANG SK BANDAR MAS

MODUL AM: 2
PERLAKSANAAN :SEKOLAH

TAJUK 2 : SAMBUTAN HARI KANAK-KANAK

PERSONALIA : Panitia Sivik dan Kewarganegaraan

MASA :
Oktober 2015

BAHAN/ALATAN:
1. Bersesuaian dengan program yang dirancang.

PROSEDUR :
1. Sambutan hari kanak-kanak
2. Disambut pada mana-mana hari sabtu dalam bulan oktober
setipa tahun.
3. Meraikan Sambutan hari kanak-kanak peringkat sekolah.
4. perancangan aktiviti yang bersesuaian untuk menghargai
kanak-kanak.

FALSAFAH:

7
1.Menyayangi murid selaku kanak-kanak yang perlu dihargai
sepenuhnya sebagai pewaris Negara.

MODUL PERLAKSANAAN GURU PENYAYANG SK JALAN EMPAT


MODUL KHAS : 3

PERLAKSANAAN :INDIVIDU

TAJUK:
MENGHARGAI MURID

PERSONALIA : semua guru

MASA:
Selepas pelancaran di peringkat sekolah sepanjang tahun

PROSEDUR:
1. Memberi bimbingan secara berhemah kepada murid melalui
kepimpinan melalui tauladan.
2. Membetulkan tali leher murid
3. Mengenakan butang baju murid
.

FALSAFAH:

8
Menzahirkan rasa kasih sayang guru kepada murid dengan nilai-nilai murni yang
ada dalam diri guru.

MODUL KHAS : 4

PERLAKSANAAN : INDIVIDU
TAJUK:
PROGRAM MENTOR-MENTEE

MASA:
SELEPAS PEPERIKSAAN BULAN MAC

TUJUAN:
1. Membangunkan sahsiah diri murid.
2. Membina jati diri murid.
3. Mentor sebagai orang yang boleh membantu menyelesaikan masalah
murid.

AKTIVITI:
1. Sesi ramah mesra
2. Sesi makan bersama
3. Meraikan harilahir
4. Bimbingan halatuju hidup
5. Lawatan/ziarah keluarga
6. Sesi perkongsian masalah.

PROSEDUR:

9
1. Bimbingan secara individu kepada murid
2. Seorang atau dua mentor setiap kelas mengikut kesesuaian sekolah.
3. Perjumpaan sekurang-kurangnya dua kali sebulan dan diselaraskan
dalam jadual waktu harian.

PENGISIAN:
1. Membuat sapaan
2. Menyemak an prihatin latar belakang mentee
3. Membimbing mentee mengatasi masalah
4. Membimbing mentee membina hala tuju dan kerjaya
5. Membimbing mentee membentuk jati dri dan sahsiah diri

FALSAFAH:
Menzahirkan rasa kasih sayang dan ambil cakna guru terhadap murid.

MODUL AM: 5

PERLAKSANAAN : SEKOLAH

TAJUK:
PERGHARGAAN HARI JADI
MASA:
SELEPAS PERLANCARAN PERINGKAT SEKOLAH

PROSEDUR:
1. Sambutan harijadi sebulan sekali
2. Meraikan Sambutan harijadi secara besar-besaran
melalui nyanyian.
3. Dinyanyikan secara beramai ramai di tapak
perhimpunan.
4. Murid dimana hari jadi pada bulan tersebut diraikan
bersama- sama.

FALSAFAH:
1.Menzahirkan rasa sayang guru dan ambil berat guru terhadap murid

10
BAHAN/ALATAN:
1. Kain rentang Selamat Harijadi/lagu selamat harijadi versi islamik atau
biasa/kek

PENUTUP
Program Guru Penyayang merupakan idea murni Kementerian untuk melahirkan

warga pendidik yang menghargai kehadiran murid. Pelbagai program telah

direncanakan untuk merialisasikan hasrat murni tersebut. Pokok pangkalnya,

perlaksanaan program ini akan berjaya sekiranya mendapat kerjasama

sepenuhnya dari guru di setiap sekolah. Paling utama untuk melahirkan guru

penyayang perlukan keihklasan dari dalam diri guru. Jiwa guru yang bersih murni

dan ikhlas dalam mendidik murid akan akan benar-benar menjiwai , erti ,guru

penyayang sebenarnya.

Disediakan Oleh :

____________________
(PN. NORAZIZAH BT A.RAHMAN)
GURU BIMBINGAN DAN KAUNSELING
SK BANDAR MAS,
KOTA TINGGI,JOHOR

Disahkan Oleh:

11
_________________
(HJ ALI B MD SANI)
GURU BESAR,
SK BANDAR MAS,
KOTA TINGGI,JOHOR

12