Вы находитесь на странице: 1из 69

Topik Analisis

2 Penyata
Kewangan
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Menjelaskan kepentingan penyata kewangan kepada kumpulan
pengguna yang berbeza;
2. Menyediakan penyata perolehan tertahan dan penyata aliran tunai;
3. Mengira nisbah kecairan, pengurusan aset, leveraj kewangan,
keberuntungan dan nilai pasaran;
4. Menilai prestasi syarikat berdasarkan nisbah kewangan dan
analisis DuPont; dan
5. Menjelaskan kekurangan analisis nisbah kewangan.

PENGENALAN
Penyata kewangan merupakan rumusan data ke atas aset, liabiliti dan ekuiti
serta pendapatan dan perbelanjaan perniagaan untuk tempoh tertentu. Penyata
kewangan digunakan oleh pengurus kewangan untuk menilai status syarikat
dan merancang masa depan syarikat.

Dalam topik ini, anda akan mempelajari tentang empat penyata kewangan
utama iaitu penyata pendapatan, kunci kira-kira, penyata perolehan tertahan
dan penyata aliran tunai. Pada peringkat permulaan, anda akan didedahkan
kepada format asas penyata kewangan. Selepas itu, anda akan mempelajari
bagaimana menyediakan setiap penyata kewangan tersebut. Pemahaman
tentang penyata kewangan adalah penting kerana penyata kewangan akan
membantu dalam menilai prestasi syarikat.

Copyright Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 ANALISIS PENYATA KEWANGAN 25

Analisis kewangan merupakan penilaian pencapaian kewangan syarikat bagi


tahun-tahun kebelakangan dan prospek pada masa hadapan. Kebiasaannya,
penilaian akan melibatkan analisis penyata kewangan syarikat. Maklumat
daripada penyata kewangan digunakan untuk mengenal pasti kelebihan dan
kekurangan syarikat berbanding dengan pesaing dan memberi petunjuk kepada
bahagian yang perlu diselidik dan diperbaiki.

Pengurus kewangan menggunakan analisis kewangan untuk perancangan masa


depan syarikat. Contohnya, pemegang saham dan pelabur yang berpotensi
berminat dalam pulangan pelaburan dan risiko syarikat. Pemiutang berminat
dalam tahap kecairan jangka pendek dan keupayaan syarikat untuk
menyelesaikan kadar faedah dan hutang. Mereka juga akan memberi penekanan
kepada keuntungan syarikat agar memastikan prestasi syarikat dalam keadaan
baik dan akan berjaya. Oleh itu, pengurus kewangan hendaklah mengetahui
keseluruhan aspek analisis kewangan yang diberi perhatian oleh beberapa pihak
yang mempunyai kepentingan sendiri dalam menilai syarikat.

Selain pengurus kewangan, pengurusan juga menggunakan analisis kewangan


untuk memantau pencapaian syarikat dari semasa ke semasa. Sebarang
perubahan di luar jangkaan akan dikaji untuk mengenal pasti masalah yang
perlu ditangani bersama.

2.1 LAPORAN TAHUNAN DAN PENGGUNA


PENYATA KEWANGAN

SEMAK KENDIRI 2.1

Siapakah pengguna penyata kewangan? Apakah jenis maklumat yang


diperlukan oleh mereka?

Syarikat dikehendaki melaporkan status kewangan perniagaan mereka pada


akhir setiap tempoh perakaunan dalam laporan tahunan.

Laporan tahunan biasanya mengandungi pesanan daripada pengerusi, penyata


kewangan dan nota yang menerangkan amalan dan polisi yang diguna pakai
dalam laporan akaun syarikat (lihat Rajah 2.1).

Copyright Open University Malaysia (OUM)


26 TOPIK 2 ANALISIS PENYATA KEWANGAN

Rajah 2.1: Maklumat dalam laporan tahunan

Ada dua jenis maklumat dalam laporan tahunan. Bahagian pertama adalah
pesanan daripada pengerusi. Ia melaporkan prestasi syarikat sepanjang tahun
dan perbincangan mengenai perkembangan terbaru yang akan memberi kesan
kepada operasi masa depan syarikat. Bahagian kedua pula melaporkan tentang
asas penyata kewangan seperti penyata pendapatan, kunci kira-kira, penyata
perolehan tertahan dan penyata aliran tunai.

Penyata kewangan menggambarkan operasi dan kedudukan kewangan syarikat.


Data terperinci disediakan untuk dua atau tiga tahun yang lepas bersama
dengan ringkasan statistik utama bagi lima atau sepuluh tahun yang lepas.
Biasanya, penyata kewangan diikuti dengan nota yang menjelaskan perkara-
perkara yang terdapat dalam penyata secara terperinci. Nota ini menyatakan
polisi atau amalan perakaunan yang digunakan dalam menyediakan penyata
kewangan. Contohnya, nota lanjutan ke atas inventori mungkin menjelaskan
kaedah laporan inventori yang diguna pakai oleh syarikat.

Beberapa kumpulan pengguna berminat dengan maklumat yang terkandung


dalam penyata kewangan. Mereka mengkaji dan mentafsir maklumat
berdasarkan kepentingan masing-masing secara terperinci. Objektif analisis
adalah membuat penilaian ke atas aspek tertentu terhadap prestasi syarikat.
Maklumat yang diperlukan oleh pengguna bergantung kepada jenis keputusan
yang dikehendaki. Kita boleh membahagikan pengguna penyata kewangan
kepada dua kumpulan (lihat Rajah 2.2).

Copyright Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 ANALISIS PENYATA KEWANGAN 27

Rajah 2.2: Dua kumpulan pengguna penyata kewangan

Sekarang, mari kita lihat setiap kumpulan satu persatu.

(a) Pengguna dalaman termasuk pengurus dan pegawai lain yang


mengendalikan perniagaan. Mereka bertanggungjawab dalam merancang
strategi dan operasi syarikat. Oleh itu, mereka menggunakan penyata
kewangan untuk mendapatkan maklumat mengenai prestasi syarikat
secara keseluruhannya; dan

(b) Pengguna luaran syarikat tidak terlibat secara langsung dalam operasi
syarikat. Mereka terdiri daripada pengguna yang mempunyai kepentingan
secara langsung dalam syarikat (seperti pemegang saham, pelabur dan
pemiutang) dan pengguna yang mempunyai kepentingan tidak langsung
dalam syarikat (seperti pelanggan, ejen cukai dan organisasi buruh).

Pemegang saham dan pelabur yang berpotensi menggunakan penyata kewangan


untuk membantu mereka mentafsir apa yang akan berlaku kepada syarikat pada
masa hadapan. Pemiutang jangka pendek akan melihat kecairan syarikat,
manakala pemiutang jangka panjang pula melihat keupayaan syarikat untuk
menyelesaikan kepentingan dan pembayaran hutang prinsipal jangka panjang.

Akta Syarikat 1965 menetapkan bahawa sekurang-kurangnya empat daripada


penyata kewangan berikut hendaklah dimasukkan dalam laporan tahunan iaitu:

(a) Penyata pendapatan;

(b) Kunci kira-kira;

(c) Penyata perolehan tertahan; dan

(d) Penyata aliran tunai.

Mari kita lihat penyata kewangan dan hubungan antara setiap penyata tersebut
berdasarkan penyata kewangan Syarikat FAZ sebagai contoh.

Copyright Open University Malaysia (OUM)


28 TOPIK 2 ANALISIS PENYATA KEWANGAN

2.2 PENYATA PENDAPATAN

SEMAK KENDIRI 2.2

Apakah kegunaan penyata pendapatan terhadap operasi kewangan


syarikat?

Penyata pendapatan mengukur prestasi operasi syarikat dalam tempoh


tertentu, biasanya dalam tempoh berakhir satu tahun pada tarikh tertentu
kebiasaannya 31 Disember.

Penyata bulanan juga disediakan untuk kegunaan pihak pengurusan yang


memerlukan maklumat yang kerap bagi membolehkan keputusan lebih bijak
dibuat. Penyata suku tahunan juga disediakan untuk pemegang saham syarikat
awam.

Maklumat yang disediakan dalam penyata pendapatan adalah untuk menilai


prestasi firma. Bagi mengukur prestasi firma, beberapa aspek penting dalam
penyata pendapatan hendaklah diberi keutamaan:

(a) Angka jualan boleh dibandingkan dengan jualan syarikat bagi tahun
sebelumnya dan jualan jangkaan untuk masa depan. Maklumat ini boleh
digunakan untuk perancangan masa depan firma;

(b) Keuntungan kasar/rugi kasar boleh dibandingkan dengan angka jualan


untuk menunjukkan keuntungan daripada produk/perkhidmatan yang
dijual; dan

(c) Perbelanjaan firma boleh dibandingkan dengan perbelanjaan firma tersebut


bagi tahun sebelumnya untuk melihat polisi mana yang boleh diguna pakai
untuk mengurangkan kos.

Jadual 2.1 merupakan penyata pendapatan Syarikat FAZ untuk tahun berakhir
31 Disember 2012. Penyata ini bermula dengan hasil jualan yang nilai jualan
dalam ringgit sepanjang tempoh perakaunan. Kos jualan barang ditolak
daripada hasil jualan untuk mendapatkan keuntungan kasar sebanyak
RM70,000. Jumlah ini merupakan hasil jualan yang diperoleh daripada jualan
untuk menampung kos operasi kewangan dan cukai.

Copyright Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 ANALISIS PENYATA KEWANGAN 29

Jadual 2.1: Penyata Pendapatan

Syarikat FAZ
Penyata Pendapatan
bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2012
RM
Jualan 170,000
Tolak: Kos jualan barang 100,000
Keuntungan kasar 70,000
Tolak: Perbelanjaan operasi
Perbelanjaan jualan 8,000
Perbelanjaan pentadbiran dan am 15,000
Perbelanjaan susut nilai 10,000
Jumlah perbelanjaan operasi 33,000
Keuntungan sebelum faedah dan cukai 37,000
Faedah 7,000
Keuntungan sebelum cukai 30,000
Cukai (40%) 12,000
Keuntungan selepas cukai 18,000
Tolak: Dividen saham keutamaan 1,000
Keuntungan bersih (atau keuntungan disediakan untuk
pemegang saham biasa) 17,000
Perolehan sesaham = Keuntungan bersih/Jumlah saham biasa 0.17

Semua perbelanjaan operasi seperti perbelanjaan jualan, perbelanjaan am dan


pentadbiran serta perbelanjaan susut nilai akan disenaraikan dan dijumlahkan
semua untuk mendapatkan jumlah perbelanjaan operasi. Jumlah ini akan ditolak
daripada keuntungan kasar untuk mendapatkan keuntungan daripada operasi
berjumlah RM37,000. Keuntungan daripada operasi adalah keuntungan yang
diperoleh daripada aktiviti pembuatan dan penjualan produk; ia tidak
mengambil kira kos kewangan dan cukai. Keuntungan daripada operasi juga
dikenali sebagai keuntungan sebelum faedah dan cukai.

Kemudian, kos kewangan iaitu perbelanjaan faedah sebanyak RM7,000 akan


ditolak daripada keuntungan operasi untuk mendapatkan keuntungan yang
sebelum cukai berjumlah sebanyak RM30,000. Selepas ditolak cukai, kita akan
mendapat keuntungan selepas cukai (atau keuntungan sebelum saham
keutamaan) sebanyak RM18,000.

Copyright Open University Malaysia (OUM)


30 TOPIK 2 ANALISIS PENYATA KEWANGAN

Sebarang dividen saham keutamaan hendaklah ditolak daripada keuntungan


selepas cukai untuk mendapatkan keuntungan bersih. Jumlah ini juga dikenali
sebagai keuntungan yang disediakan kepada pemegang saham biasa dan jumlah
yang diperoleh oleh syarikat itu bagi pihak pemegang saham biasa sepanjang
tempoh tertentu. Biasanya, laporan ke atas perolehan sesaham disediakan pada
bahagian terakhir penyata pendapatan. Perolehan sesaham menunjukkan jumlah
yang diperoleh oleh syarikat sepanjang tempoh tertentu untuk setiap saham
biasa. Pada tahun 2012, Syarikat FAZ memperoleh RM17,000 untuk pemegang
saham biasa atau RM0.17 setiap terbitan saham (jumlah saham biasa ialah
100,000). Perolehan sesaham sering dirujuk sebagai garis bawahuntuk
menunjukkan perolehan sesaham adalah perkara yang paling penting dalam
penyata pendapatan berbanding perkara lain (lihat Rajah 2.3).

Rajah 2.3: Objektif syarikat untuk meningkatkan pendapatan dan memaksimumkan


keuntungan

SEMAK KENDIRI 2.3


Jika anda salah seorang daripada pemegang saham keutamaan
dalam Syarikat FAZ, bagaimanakah maklumat yang terkandung dalam
penyata kewangan syarikat itu berguna untuk anda?

Copyright Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 ANALISIS PENYATA KEWANGAN 31

2.3 KUNCI KIRA-KIRA

SEMAK KENDIRI 2.4

Jelaskan perbezaan antara aset, liabiliti dan ekuiti secara terperinci.

Kunci kira-kira merupakan penyata yang meringkaskan kedudukan syarikat


pada satu masa tertentu. Kunci kira-kira menunjukkan aset, liabiliti dan ekuiti. Ia
mengimbangi aset syarikat (apa yang dimiliki) dengan pembiayaan, sama ada
hutang (disediakan oleh pemiutang) atau ekuiti (disediakan oleh pemilik). Kunci
kira-kira Syarikat FAZ seperti pada 31 Disember 2011 dan 31 Disember 2012 yang
ditunjukkan dalam Jadual 2.2.

Table 2.2: Kunci Kira-kira

Syarikat FAZ
Kunci Kira-kira
pada 31 Disember 2011 dan 2012

31-12-2012 31-12-2011

RM RM
Aset
Aset Semasa
Tunai 40,000 30,000
Sekuriti boleh pasar 60,000 20,000
Akaun belum terima 40,000 50,000
Inventori 60,000 90,000
Jumlah aset semasa 200,000 190,000
Aset jangka panjang
Tanah dan bangunan 120,000 105,000
Mesin dan peralatan 85,000 80,000
Lekapan dan kelengkapan 30,000 22,000
Kenderaan 10,000 8,000
Lain-lain (termasuk pajakan) 5,000 5,000
Jumlah aset tetap 250,000 220,000
Tolak: Susut nilai terkumpul 130,000 120,000
Aset tetap, bersih 120,000 100,000
JUMLAH ASET 320,000 290,000

Copyright Open University Malaysia (OUM)


32 TOPIK 2 ANALISIS PENYATA KEWANGAN

Liabiliti dan Ekuiti


Liabiliti semasa
Akaun yang perlu dibayar 70,000 50,000
Nota belum bayar 60,000 70,000
Akruan cukai 10,000 20,000
Jumlah liabiliti semasa 140,000 140,000
Hutang jangka panjang 60,000 40,000
Jumlah liabiliti 200,000 180,000
Ekuiti
Saham keutamaan 10,000 10,000
Saham biasa, RM10 nilai tara
saham 4,500 12,000 12,000
Modal berbayar atas par 38,000 38,000
Perolehan tertahan 60,000 50,000
Jumlah ekuiti 120,000 110,000
JUMLAH LIABILITI DAN EKUITI 320,000 290,000

2.3.1 Aset
Aset adalah sumber ekonomi berharga yang dimiliki oleh perniagaan. Ia boleh
digunakan dalam beberapa aktiviti seperti pembuatan, kegunaan dan pertukaran.
Aset mempunyai perkhidmatan yang berpotensi atau akan membawa
faedah ekonomi pada masa akan datang. Aset mempunyai keupayaan untuk
menyediakan perkhidmatan atau menjana manfaat kepada entiti perniagaan yang
dimiliki. Dalam perniagaan, perkhidmatan atau faedah ekonomi akan menjana
aliran masuk tunai (menerima wang tunai) kepada perniagaan.

Aset boleh dikategorikan kepada aset semasa dan aset jangka panjang. Aset
disenaraikan dalam kunci kira-kira mengikut tahap kecairan daripada yang paling
cair kepada yang kurang cair. Oleh itu, aset semasa disusun dahulu, diikuti oleh
aset tetap.

(a) Aset Semasa


Aset semasa adalah aset yang boleh ditukar kepada nilai dalam tempoh
yang singkat iaitu dalam tempoh setahun atau kurang. Aset semasa untuk
Syarikat FAZ terdiri daripada:

(i) Tunai;

(ii) Sekuriti boleh pasar;

(iii) Akaun belum terima; dan

(iv) Inventori.
Copyright Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 2 ANALISIS PENYATA KEWANGAN 33

Tunai adalah aset semasa yang paling cair. Sekuriti boleh pasar seperti bil
kerajaan atau sijil deposit adalah pelaburan jangka pendek yang amat cair.
Sekuriti boleh pasar kadang-kadang boleh dilihat dalam bentuk wang tunai
kerana kecairan yang tinggi. Akaun belum terima adalah hutang yang
terhutang oleh pelanggan yang membeli barang secara kredit daripada
syarikat. Inventori terdiri daripada bahan mentah, masih dalam proses dan
barangan siap yang dipegang oleh syarikat.

Aset semasa lain yang tidak berada dalam kunci kira-kira Syarikat FAZ
adalah perbelanjaan prabayar (prabayaran). Perbelanjaan prabayar
merupakan perbelanjaan yang dibayar terlebih dahulu secara tunai tetapi
faedah daripada perbelanjaan belum diterima. Contoh perbelanjaan
prabayar adalah prabayar sewa, prabayar insurans dan bekalan pejabat.

(b) Aset Jangka Panjang


Aset jangka panjang adalah aset yang dipegang oleh syarikat itu untuk
tempoh yang agak lama iaitu melebihi setahun. Aset jangka panjang
dikategorikan sebagai aset tetap, lain-lain aset jangka panjang dan aset tidak
ketara. Aset jangka panjang Syarikat FAZ hanya terdiri daripada aset tetap.

Aset tetap adalah tanah dan bangunan, mesin dan peralatan, lekapan dan
kelengkapan serta kenderaan. Biasanya, syarikat akan melaporkan jumlah
aset tetap di mana kos asal aset tetap dimiliki oleh syarikat tersebut.
Berdasarkan jumlah tersebut, syarikat akan menolak susut nilai terkumpul
aset tetap untuk mendapatkan aset tetap bersih. Semua aset tetap
hendaklah disusut nilaikan kecuali tanah. Ini kerana nilai tanah akan
sentiasa meningkat, manakala nilai aset tetap yang lain seperti mesin dan
peralatan, dan juga kenderaan akan menurun apabila jangka hayat aset
meningkat.

Aset jangka panjang lain terdiri daripada pelaburan jangka panjang (seperti
bon dan saham), perbelanjaan prabayaran dan akaun belum terima yang
melibatkan tempoh melebihi setahun.

Selain aset semasa dan aset tetap, perniagaan mungkin menunjukkan aset
tidak ketara dalam kunci kira-kira. Aset tidak ketara adalah aset jangka
panjang yang tidak boleh dilihat secara fizikal dan biasanya memberi
kelebihan daya saing kepada firma. Contoh aset tidak ketara adalah paten,
lesen francais, lesen, tanda dagangan, hak cipta dan muhibah. Walaupun
aset-aset ini tidak boleh dilihat secara fizikal, ia direkodkan menggunakan
kaedah yang sama seperti aset-aset tetap yang lain. Ini bermakna asetkan
direkodkan dengan kos asal dan kos ini akan dilunaskan sepanjang
hayatnya. Antara aset tidak ketara adalah paten Polaroid, francais
McDonalds dan tanda dagangan Kentucky Fried Chicken Kolonel Sander.
Copyright Open University Malaysia (OUM)
34 TOPIK 2 ANALISIS PENYATA KEWANGAN

AKTIVITI 2.1

Jika anda menggunakan kenderaan persendirian untuk mengendalikan


perniagaan syarikat, adakah kenderaan tersebut dianggap sebagai aset
syarikat? Bincangkan dengan tutor anda.

2.3.2 Liabiliti
Kebanyakan perniagaan berada dalam keadaan di mana mereka perlu membuat
pinjaman untuk membiayai aset perniagaan atau membeli aset seperti bahan
mentah secara kredit. Dengan kata lain, liabiliti adalah hutang dan segala
tanggungan syarikat. Liabiliti terdiri daripada liabiliti semasa dan liabiliti jangka
panjang.

Jika keadaan berlaku di mana syarikat tidak mampu membayar liabiliti


perniagaan, pemiutang boleh memaksa syarikat untuk dibubarkan. Dalam
keadaan ini, tuntutan pemiutang hendaklah diselesaikan sebelum syarikat itu
boleh menyelesaikan tuntutan pemegang saham.

(a) Liabiliti Semasa


Liabiliti semasa adalah hutang jangka pendek atau hutang yang akan
matang dalam tempoh satu tahun atau kurang. Liabiliti semasa Syarikat
FAZ adalah:

(i) Akaun belum bayar;

(ii) Nota belum bayar; dan

(iii) Akruan cukai.

Akaun belum bayar ialah tanggungjawab syarikat terhadap pembekal


apabila syarikat membeli bahan mentah dan barangan siap secara kredit.
Nota belum bayar merupakan obligasi bertulis oleh Syarikat FAZ. Obligasi
adalah dengan bank bagi membuat pinjaman membeli kenderaan untuk
kegunaan syarikat. Syarikat juga mempunyai akruan cukai iaitu cukai yang
perlu dibayar kepada kerajaan tetapi masih tertunggak.

Liabiliti semasa lain yang tidak ada dalam kunci kira-kira Syarikat FAZ
adalah pendapatan tertangguh. Pendapatan tertangguh adalah wang tunai
yang diterima daripada pelanggan tetapi perkhidmatan atau produk yang
dibayar tidak disediakan. Contoh pendapatan tertunda adalah sewa
tertunda dan deposit daripada pelanggan.

Copyright Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 ANALISIS PENYATA KEWANGAN 35

(b) Liabiliti Jangka Panjang


Liabiliti jangka panjang adalah tanggungjawab atau tanggungan yang
matang dalam tempoh melebihi satu tahun. Tuntutan ini mungkin dalam
bentuk bon, nota belum bayar jangka panjang dan pajakan.

Bon adalah sejenis sekuriti pendapatan tetap yang dikeluarkan oleh


syarikat. Nota belum bayar adalah sejenis urus niaga kredit yang
melibatkan perjanjian bertulis antara syarikat dan pemiutang. Pinjaman
gadai janji jangka panjang yang digunakan (seperti tanah dan bangunan)
sebagai gadai janji bagi pinjaman tersebut. Nota belum bayar boleh
dicagarkan dengan aset lain sebagai cagaran pinjaman. Pajakan adalah
perjanjian kontrak antara pemajak dan penerima pajak. Pemajak
memberikan hak kepada penerima pajak untuk menggunakan aset bagi
tempoh tertentu dan akan mengenakan caj bagi penggunaan aset.

2.3.3 Ekuiti Pemilik atau Ekuiti Pemegang Saham


Tuntutan pemilik atau pemegang saham ke atas aset dikenali sebagai ekuiti
pemilik atau ekuiti pemegang saham. Dalam kunci kira-kira Syarikat FAZ, ekuiti
pemilik terdiri daripada:

Saham keutamaan;

Saham biasa;

Modal berbayar atas par; dan

Perolehan tertahan.

(a) Saham keutamaan adalah sekuriti yang memberikan pulangan tetap


dividen kepada pemegang tersebut. Pemegang saham keutamaan tidak
mempunyai pemilikan dalam syarikat;

(b) Saham biasa adalah sekuriti yang mencerminkan pemilikan syarikat.


Pemegang saham biasa adalah pemilik asal syarikat. Mereka akan menerima
pulangan dalam bentuk dividen yang akan dibayar secara tunai atau
saham (terbitan bonus);

Copyright Open University Malaysia (OUM)


36 TOPIK 2 ANALISIS PENYATA KEWANGAN

(c) Terdapat keadaan di mana nilai par (nilai dinyatakan) tidak sama dengan
harga pasaran saham biasa pada masa terbitan. Perolehan tunai daripada
terbitan saham mungkin sama, lebih atau kurang daripada nilai par.
Apabila keadaan ini berlaku, syarikat akan mencatat terbitan saham pada
nilai par dalam akaun Saham Biasa dan perbezaan antara nilai par dan
harga jualan saham (pendapatan lebihan) akan direkodkan dalam akaun
berasingan yang dikenali sebagai Modal Berbayar atas Par; dan

(d) Perolehan tertahan merupakan jumlah pendapatan terkumpul sejak


penubuhannya yang tidak diagihkan kepada pemegang saham sebagai
dividen tetapi saham yang telah dilaburkan dalam syarikat. Ia penting
sebagai peringatan bahawa perolehan tertahan bukanlah wang tunai tetapi
pendapatan yang telah digunakan untuk membiayai aset syarikat.

2.3.4 Ringkasan Asas Perakaunan


Andaikan bahawa perniagaan yang baru bermula dibiayai sendiri oleh pemilik
perniagaan. Ini bermakna, semua aset syarikat adalah milik atau dituntut oleh
pemilik syarikat.

Hubungan ini boleh ditunjukkan oleh persamaan seperti berikut:

Aset = Ekuiti Pemilik

Walau bagaimanapun, perniagaan biasanya dibiayai oleh pemilik perniagaan


dan pemiutang. Oleh itu, tuntutan ke atas aset adalah sama kepada tuntutan oleh
pemiutang (liabiliti) ditambah dengan tuntutan oleh pemilik syarikat (ekuiti
pemilik) terhadap aset. Hubungan ini boleh ditunjukkan oleh persamaan seperti
berikut:

Aset = Liabiliti + Ekuiti Pemilik

Persamaan di atas dikenali sebagai ringkasan asas perakaunan di mana jumlah


aset hendaklah sama dengan jumlah liabiliti serta ekuiti pemilik. Ekuiti pemilik
adalah sama dengan jumlah aset tolak jumlah liabiliti. Ini kerana aset perniagaan
dibiayai oleh sama ada pemiutang atau pemilik. Bagi menentukan bahagian
pemilik (ekuiti pemilik), kita perlu tolak bahagian pemiutang (liabiliti) daripada
aset. Baki akan menjadi tuntutan pemilik terhadap aset perniagaan. Apabila
tuntutan pemiutang diberikan keutamaan ke atas tuntutan pemilik semasa
pembubaran, tuntutan pemilik juga dikenali sebagai ekuiti baki.

Copyright Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 ANALISIS PENYATA KEWANGAN 37

AKTIVITI 2.2

Dengan menggunakan ringkasan asas perakaunan, kaitkan hubungan


antara tunai, akaun yang perlu dibayar, akaun belum terima, perolehan
tertahan, sekuriti boleh pasar dan saham biasa.

LATIHAN 2.1
Jawab setiap soalan berikut.

1. Kunci kira-kira adalah penyata ke atas kedudukan kewangan


syarikat bagi tempoh tertentu.

(a) Betul (b) Salah

2. Penyata pendapatan adalah penyata yang digunakan untuk


mengukur hasil daripada keputusan operasi syarikat pada satu
masa tertentu.

(a) Betul (b) Salah

3. Aset tetap adalah perkara yang tidak boleh ditukarkan kepada


wang tunai dalam tempoh satu tahun.
(a) Betul (b) Salah

4. Pelaburan dalam sekuriti kewangan adalah dianggap sebagai aset


tetap.

(a) Betul (b) Salah

5. Yang manakah SALAH?

A. Aset = Liabiliti + Ekuiti Pemilik

B. Aset Liabiliti = Ekuiti Pemilik

C. Aset + Liabiliti = Ekuiti Pemilik

D. Aset Ekuiti Pemilik = Liabiliti

Copyright Open University Malaysia (OUM)


38 TOPIK 2 ANALISIS PENYATA KEWANGAN

6. Tandakan pada setiap akaun yang disenaraikan di bawah seperti


berikut:
(a) Dalam ruang (1), jelaskan kenyataan sesuai sama ada akaun
tersebut adalah Penyata Pendapatan (IS) atau Kunci Kira-kira
(BS); dan
(b) Dalam ruang (2), jelaskan sama ada akaun tersebut aset semasa
(CA), aset tetap (FA), liabiliti semasa (CL), liabiliti jangka
panjang (LTL), ekuiti pemegang saham (SE), pendapatan (I)
atau perbelanjaan (EX).

Akaun (1) Penyata (2) Jenis Akaun


Akaun yang perlu dibayar ____________ ___________________
Akaun belum terima ____________ ___________________
Akruan ____________ ___________________
Bangunan ____________ ___________________
Perbelanjaan am ____________ ___________________
Perbelanjaan faedah ____________ ___________________
Perbelanjaan jualan ____________ ___________________
Perbelanjaan operasi ____________ ___________________
Perbelanjaan pentadbiran ____________ ___________________
Cukai ____________ ___________________
Dividen saham keutamaan ____________ ___________________
Hasil jualan ____________ ___________________
Pinjaman jangka panjang ____________ ___________________
Inventori ____________ ___________________
Kos jualan barangan ____________ ___________________
Modal berbayar atas par ____________ ___________________
Nota belum bayar ____________ ___________________
Perolehan tertahan ____________ ___________________
Peralatan ____________ ___________________
Saham biasa ____________ ___________________
Saham keutamaan ____________ ___________________
Sekuriti boleh pasar ____________ ___________________
Susut nilai ____________ ___________________
Susut nilai terkumpul ____________ ___________________
Tanah ____________ ___________________
Wang tunai ____________ ___________________

Copyright Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 ANALISIS PENYATA KEWANGAN 39

7. Gunakan item sesuai yang tersenarai di bawah untuk menyediakan


penyata pendapatan untuk Syarikat PC bagi tempoh berakhir
31 Disember 2011.

Perkara Nilai pada 31 Disember 2011


(RM 000)
Akaun belum terima 3,500
Susut nilai terkumpul 2,050
Kos jualan barangan 2,850
Perbelanjaan susut nilai 550
Perbelanjaan am dan pentadbiran 600
Perbelanjaan faedah 250
Dividen saham keutamaan 100
Hasil jualan 5,250
Perbelanjaan jualan 350
Ekuiti pemegang saham 2,650
Kadar cukai = 30%

8. Gunakan perkara-perkara yang relevan di bawah untuk menyediakan


kunci kira-kira untuk Syarikat ODC pada 31 Disember 2011.

Perkara Nilai pada 31 Disember 2011


(RM 000)
Akaun perlu dibayar 2,200
Akaun belum terima 4,500
Akruan 550
Bangunan 2,250
Perbelanjaan am 3,200
Perbelanjaan susut nilai 450
Hasil jualan 3,600
Pinjaman jangka panjang 4,200
Inventori 3,750
Peralatan 2,350
Kos jualan barangan 25,000
Mesin 4,200
Modal berbayar atas par 3,600
Nota belum bayar 4,750
Perolehan tertahan 2,100
Saham biasa (atas par) 900
Saham keutamaan 1,000
Sekuriti boleh pasar 750
Susut nilai terkumpul 2,650
Tanah 2,000
Wang Tunai 2,150

Copyright Open University Malaysia (OUM)


40 TOPIK 2 ANALISIS PENYATA KEWANGAN

2.4 PENYATA PEROLEHAN TERTAHAN


Penyata perolehan tertahan menunjukkan bagaimana perolehan tertahan dalam
kunci kira-kira diselaraskan antara kedua-dua tarikh kunci kira-kira. Penyata
perolehan tertahan akan menjana keuntungan bersih sepanjang tempoh dan
mana-mana dividen yang dibayar dengan perubahan dalam perolehan tertahan
pada awal dan akhir tahun. Jadual 2.3 menunjukkan penyata perolehan tertahan
untuk Syarikat FAZ bagi tahun berakhir 31 Disember 2012.

Kenyataan menunjukkan bahawa syarikat tersebut bermula dengan perolehan


tertahan sebanyak RM50,000 pada 31 Disember 2011 atau 1 Januari 2012 dan
keuntungan selepas cukai sebanyak RM18,000 (data diperoleh daripada penyata
pendapatan). Berdasarkan jumlah ini, syarikat telah membayar dividen sebanyak
RM1,000 untuk saham keutamaan dan dividen sebanyak RM7,000 untuk saham
biasa. Oleh itu, perolehan tertahan telah meningkat sebanyak RM10,000 daripada
RM50,000 pada 1 Januari 2012 kepada RM60,000 pada 31 Disember 2012.

Jadual 2.3: Penyata Perolehan Tertahan

Syarikat FAZ
Penyata Perolehan Tertahan
bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2012

Perolehan tertahan, 1 Januari 2012 RM50,000


+ Keuntungan bersih (sepanjang tahun 2012) 18,000
Bayaran dividen (sepanjang tahun 2012)
Saham keutamaan RM1,000
Saham biasa 7,000 8,000
Perolehan tertahan, 31 Disember 2012 RM60,000

Copyright Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 ANALISIS PENYATA KEWANGAN 41

2.5 PENYATA ALIRAN TUNAI


Penyata aliran tunai menunjukkan bagaimana aktiviti syarikat seperti operasi,
pelaburan dan aktiviti kewangan boleh mempengaruhi kedudukan tunai dan
sekuriti boleh pasar. Penyata aliran tunai adalah penyata ringkasan aliran tunai
sepanjang tempoh tertentu, biasanya bagi tahun semasa berakhir. Data daripada
kunci kira-kira dan penyata pendapatan digunakan untuk menyediakan penyata
aliran tunai.

Penyata aliran tunai boleh membantu pengurus kewangan untuk:

Menilai keupayaan syarikat untuk menjana aliran tunai yang positif pada
masa akan datang; dan

Menilai keupayaan syarikat untuk menyelesaikan hutang, membayar dividen


dan memberi pinjaman.

(a) Aktiviti Operasi


Aktiviti operasi merujuk kepada aktiviti secara langsung yang berkaitan
dengan produk, jualan dan perkhidmatan syarikat seperti jualan dan
pembelian barangan/perkhidmatan, pendapatan sewa, pendapatan yuran,
upah dan gaji pekerja, perbelanjaan utiliti dan perbelanjaan sewa.

(b) Aktiviti Pelaburan


Aktiviti pelaburan merujuk kepada aktiviti yang berkaitan dengan
pembelian dan jualan aset jangka panjang seperti jual dan beli aset tetap,
jualan pelaburan, pembelian saham dan bon (pelaburan) dan pinjaman
entiti lain.

(c) Aktiviti Kewangan


Aktiviti kewangan merujuk kepada aktiviti yang berkaitan dengan liabiliti
semasa dan liabiliti jangka panjang serta pemilikan ekuiti seperti
pembayaran balik pinjaman, pinjaman jangka pendek dan jangka panjang
serta pembelian balik saham.

AKTIVITI 2.3

Apakah yang akan menjejaskan kedudukan tunai dan sekuriti


bolehpasar syarikat? Bincangkan dengan tutor anda.

Copyright Open University Malaysia (OUM)


42 TOPIK 2 ANALISIS PENYATA KEWANGAN

2.5.1 Penyediaan Penyata Aliran Tunai


Data diperoleh daripada kunci kira-kira beserta dengan keuntungan bersih,
susut nilai dan dividen yang diperoleh daripada penyata pendapatan boleh
digunakan untuk menyediakan penyata aliran tunai. Anda boleh melakukan ini
dengan menggunakan tiga langkah berikut:

Langkah 1: Mengklasifikasikan data ke dalam salah satu daripada tiga


komponen:

(a) Aliran tunai daripada aktiviti operasi;

(b) Aliran tunai daripada aktiviti pelaburan; dan

(c) Aliran tunai daripada aktiviti kewangan.

Langkah 2: Senaraikan data mengikut susunan dalam Jadual 2.4. Semua


sumber dan keuntungan bersih termasuk susut nilai aliran tunai
yang positif merupakan aliran tunai masuk, manakala semua
kegunaan, sebarang kerugian dan dividen yang perlu dibayar
adalah aliran tunai negatif yang merupakan aliran tunai keluar.
Jumlah diperoleh bagi perkara-perkara dalam setiap komponen
tersebut.

Langkah 3: Tambah jumlah daripada setiap komponen untuk mendapatkan


peningkatan (atau penurunan) tunai bersih dan sekuriti boleh
pasar. Bagi menyemak sama ada anda telah menyediakan penyata
dengan betul, pastikan nilai adalah sama dengan perubahan
dalam tunai dan sekuriti boleh pasar bagi tahun berkenaan
dengan melihat pembukaan dan penutupan baki tunai dan
sekuriti boleh pasar dalam kunci kira-kira.

Copyright Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 ANALISIS PENYATA KEWANGAN 43

Jadual 2.4: Komponen dan Sumber Data yang Mesti Dimasukkan dalam
Penyata Aliran Tunai

RM
Aliran Tunai daripada Aktiviti Operasi
Keuntungan bersih (Kerugian bersih) IS
Susut nilai dan lain-lain caj bukan tunai IS
Perubahan dalam semua aset semasa BS
(kecuali tunai dan sekuriti boleh pasar)
Perubahan dalam semua liabiliti semasa BS
(kecuali nota belum bayar)
Aliran tunai daripada aktiviti operasi xx

Aliran Tunai daripada Aktiviti Pelaburan


Perubahan dalam jumlah aset tetap BS
Perubahan dalam faedah syarikat BS
Aliran tunai daripada aktiviti pelaburan xx

Aliran Tunai daripada Aktiviti Kewangan


Perubahan dalam nota belum bayar BS
Perubahan dalam pinjaman jangka panjang BS
Perubahan dalam pemegang saham ekuiti BS
(selain daripada perolehan tertahan)
Aliran tunai daripada aktiviti kewangan xx

Meningkat (atau menurun) dalam tunai dan sekuriti boleh


pasar
XX

Sumber data
BS = Kunci Kira-kira
IS = Penyata Pendapatan

Contoh Penyata Aliran Tunai: Syarikat FAZ


Penyata aliran tunai Syarikat FAZ bagi tahun berakhir 31 Disember 2012
ditunjukkan dalam Jadual 2.5. Berdasarkan penyata aliran tunai ini, syarikat
telah menikmati peningkatan sebanyak RM50,000 dalam bentuk tunai dan
sekuriti boleh pasar bagi tahun 2012 (rujuk Jadual 2.5). Tunai syarikat meningkat
sebanyak RM10,000, manakala sekuriti boleh pasar meningkat sebanyak
RM40,000 antara kedua-dua tarikh.

Copyright Open University Malaysia (OUM)


44 TOPIK 2 ANALISIS PENYATA KEWANGAN

Jadual 2.5: Penyata Aliran Tunai Syarikat FAZ

Syarikat FAZ
Penyata Aliran Tunai
pada 31 Disember 2012

RM RM
Aliran Tunai daripada Aktiviti Operasi
Keuntungan bersih 18,000
Susut nilai 10,000
Menurun dalam akaun belum terima 10,000
Menurun dalam inventori 30,000
Meningkat dalam akaun perlu dibayar 20,000
Menurun dalam akruan cukai (10,000)
Aliran tunai daripada perkhidmatan operasi 78,000

Aliran tunai daripada Aktiviti Pelaburan


Meningkat dalam jumlah aset tetap (30,000)
Aliran tunai daripada aktiviti pelaburan (30,000)

Aliran Tunai daripada Aktiviti Kewangan


Menurun dalam nota belum bayar jangka pendek (10,000)
Meningkat dalam pinjaman jangka panjang 20,000
Perubahan dalam ekuiti pemegang saham
Bayaran dividen (8,000)
Aliran tunai daripada aktiviti kewangan 2,000

Peningkatan bersih dalam tunai dan sekuriti boleh pasar 50,000

Copyright Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 ANALISIS PENYATA KEWANGAN 45

Mari kita bincangkan Langkah 1 dengan lebih terperinci.

(a) Aliran Tunai daripada Aktiviti Operasi


Aktiviti operasi dalam penyata aliran tunai menunjukkan keuntungan
selepas cukai bagi Syarikat FAZ sebanyak RM18,000 untuk tahun 2012.
Perbelanjaan susut nilai sebanyak RM10,000 ditolak daripada penyata
pendapatan setelah ditambah dalam penyata aliran tunai kerana ia bukan
aliran tunai keluar.

Akaun belum terima telah berkurangan sebanyak RM10,000 di mana


syarikat telah mengumpul akaun kredit daripada pelanggan. Inventori juga
telah menurun daripada RM90,000 dalam tahun 2011 kepada RM60,000
dalam tahun 2012, mewakili sumber tunai sebanyak RM30,000 kepada
syarikat. Dalam bahagian liabiliti, notis bahawa akaun yang perlu dibayar
telah meningkat sebanyak RM20,000. Ini bermakna, syarikat telah
meningkatkan hutang daripada pembekal dan ini membawa aliran masuk
tunai. Akruan cukai telah berkurangan sebanyak RM10,000 yang
menunjukkan bahawa syarikat telah menggunakan sebanyak RM10,000
untuk membayar cukai.

(b) Aliran Tunai daripada Aktiviti Pelaburan


Aset tetap Syarikat FAZ telah meningkat sebanyak RM30,000 antara
31 Disember 2011 dan 31 Disember 2012. Peningkatan ini menggambarkan
bahawa aliran keluar tunai digunakan untuk membeli aset tambahan.

(c) Aktiviti Tunai daripada Aktiviti Pembiayaan


Nota belum bayar bagi Syarikat FAZ telah menurun sebanyak RM10,000
yang menunjukkan aliran tunai keluar apabila syarikat membayar
pinjaman jangka pendek. Liabiliti jangka panjang meningkat sebanyak
RM20,000 yang menunjukkan aliran masuk tunai. Syarikat mendapat
pinjaman untuk memperoleh wang tunai tambahan.

2.5.2 Perbezaan Sumber Tunai dan Penggunaannya


Sebelum kita menyediakan aliran tunai, kita perlu mengklasifikasikan
aliran tunai daripada operasi, pelaburan dan aktiviti kewangan dalam sumber
tunai atau kegunaan. Jadual 2.6 menyenaraikan sumber tunai asas dan
penggunaannya.

Copyright Open University Malaysia (OUM)


46 TOPIK 2 ANALISIS PENYATA KEWANGAN

Beberapa isu boleh membantu anda untuk mengklasifikasikan antara sumber


tunai dan penggunaannya seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 2.6.

Jadual 2.6:Sumber Tunai dan Penggunaan

Sumber Tunai Penggunaan Wang Tunai


Pengurangan dalam aset Peningkatan dalam aset
Peningkatan dalam liabiliti Pengurangan dalam liabiliti
Keuntungan bersih Kerugian bersih
Susut nilai Bayaran dividen
Penjualan saham Pembelian balik saham

(a) Pengurangan dalam akaun aset ialah sumber aliran masuk tunai manakala
peningkatan dalam akaun aset ialah penggunaan wang tunai atau aliran
tunai keluar.

Syarikat membeli aset dengan wang tunai. Oleh itu, sebarang peningkatan
dalam item aset antara kedua-dua tarikh kunci kira-kira akan menunjukkan
aliran tunai keluar telah berlaku. Sebarang pengurangan dalam item aset
akan menunjukkan aliran tunai masuk kerana syarikat telah menjual aset
untuk mendapatkan wang tunai;

(b) Peningkatan dalam akaun liabiliti dan ekuiti pemilik adalah sumber aliran
masuk tunai dan pengurangan dalam akaun liabiliti adalah penggunaan
wang tunai.

Syarikat mungkin menggunakan wang tunai untuk menyelesaikan liabiliti


dan tuntutan ke atas aset. Oleh itu, sebarang pengurangan dalam item
liabiliti, saham keutamaan dan saham biasa antara kedua-dua tarikh kunci
kira-kira menunjukkan aliran keluar tunai. Bagi mendapatkan wang tunai
tambahan, syarikat tersebut boleh membuat pinjaman. Oleh itu, sebarang
peningkatan dalam item liabiliti, saham keutamaan atau saham biasa
menunjukkan aliran tunai masuk;

(c) Susut nilai ialah sumber aliran tunai kerana ia bukan perbelanjaan tunai
(caj bukan tunai). Perbelanjaan bukan tunai adalah semua perbelanjaan
yang ditolak daripada jualan dalam penyata pendapatan tetapi sebenarnya
tidak boleh melibatkan sebarang aliran keluar tunai sepanjang tempoh
tersebut. Susut nilai dan pelunasan adalah contoh bagi perbelanjaan bukan
tunai; dan

Copyright Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 ANALISIS PENYATA KEWANGAN 47

(d) Perubahan langsung dalam perolehan tertahan tidak termasuk dalam


penyata aliran tunai kerana butiran ini menjejaskan perolehan tertahan dan
ditunjukkan sebagai keuntungan selepas cukai (atau kerugian selepas
cukai) dan dividen tunai.

Jadual 2.7 menunjukkan perubahan dalam butiran kunci kira-kira Syarikat FAZ
antara 31 Disember 2011 dan 31 Disember 2012.

Jadual 2.7: Perubahan dalam Butiran Kunci Kira-kira

Syarikat FAZ
Perubahan dalam Butiran Kunci Kira-kira antara 31 Disember 2011
dan 31 Disember 2012

Klasifikasi
31-12-11 31-12-12 Perubahan Sumber Penggunaan
Aset
RM RM RM RM RM
Tunai 30,000 40,000 +10,000 10,000
Sekuriti boleh pasar 20,000 60,000 +40,000 40,000
Akaun belum 50,000 40,000 10,000 10,000
terima
Inventori 90,000 60,000 30,000 30,000
Jumlah aset tetap 220,000 250,000 +30,000 30,000
Tolak: (120,000) (130,000) 10,000 10,000
Susut nilai
terkumpul

Liabiliti
Akaun yang perlu 50,000 70,000 +20,000 20,000
dibayar
Nota belum bayar 70,000 60,000 10,000 10,000
Akruan cukai 20,000 10,000 10,000 10,000
Pinjaman jangka 40,000 60,000 +20,000 20,000
panjang

Ekuiti
Saham keutamaan 10,000 10,000 0
Saham asal atas par 12,000 12,000 0
Modal berbayar 38,000 38,000 0
Perolehan tertahan 50,000 60,000 +10,000 10,000
JUMLAH 100,000 100,000

Copyright Open University Malaysia (OUM)


48 TOPIK 2 ANALISIS PENYATA KEWANGAN

Merujuk pada Jadual 2.7, kita mendapati bahawa:

(a) Akaun belum terima menurun sebanyak RM10,000 dan ini dianggap
sebagai sumber tunai apabila hutang yang dikumpulkan, syarikat
memperoleh tunai;

(b) Inventori menurun sebanyak RM30,000 dan ini dianggap sebagai sumber
tunai kerana syarikat memperoleh tunai daripada jualan produk;

(c) Jumlah aset tetap meningkat sebanyak RM30,000 dan ini dianggap sebagai
penggunaan wang tunai kerana syarikat menggunakan wang tunai untuk
membeli aset tetap;

(d) Peningkatan dalam akaun perlu dibayar dan pinjaman jangka panjang
sebanyak RM20,000 dianggap sumber tunai dimana syarikat meningkatkan
hutang dengan pembekal; dan

(e) Nota belum bayar dan akruan cukai menurun sebanyak RM10,000 dan ini
dianggap sebagai penggunaan wang tunai digunakan untuk menyelesaikan
hutang kepada pemiutang dan cukai kepada kerajaan.

Jenis klasifikasi ini (berdasarkan Jadual 2.6) dibuat pada setiap butiran dalam
kunci kira-kira. Keputusan klasifikasi ini akan dijumlahkan untuk mendapatkan
jumlah sumber tunai dan jumlah penggunaan wang tunai. Jika klasifikasi ini
dilakukan dengan betul, jumlah sumber tunai akan sama dengan penggunaan
wang tunai.

AKTIVITI 2.4

Pelbagai jenis bantuan sokongan dan pinjaman telah disediakan oleh


kerajaan melalui organisasi seperti Perbadanan Usahawan Nasional
Berhad (PUNB) untuk menggalakkan penyertaan Bumiputera dalam
bidang keusahawanan. Ramai yang meraih peluang ini untuk
melibatkan diri dalam perniagaan sendiri yang meliputi pelbagai
sektor ekonomi tetapi tidak semua yang berjaya. Apakah pendapat
anda tentang perkara ini?

Copyright Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 ANALISIS PENYATA KEWANGAN 49

LATIHAN 2.2

1. Dalam penyata aliran tunai, anda akan lihat kedua-dua


perbelanjaan faedah dan dividen yang dibayar dalam bahagian
aktiviti kewangan.
(a) Betul (b) Salah

2. Belanja susut nilai adalah salah satu perkara yang akan ditolak
daripada keuntungan bersih untuk menentukan aliran tunai
daripada aktiviti operasi.
(a) Betul (b) Salah

3. Keuntungan daripada jualan aset tetap akan ditolak daripada


keuntungan bersih untuk memastikan aliran tunai daripada
aktiviti operasi.
(a) Betul (b) Salah

4. Bayaran kepada pembekal bagi pembelian bahan akan


dimasukkan dalam penyata aliran tunai pada bahagian tunai
daripada aktiviti kewangan.
(a) Betul (b) Salah

5. Maklumat yang dimasukkan dalam penyata aliran tunai adalah


daripada _______________.
A. Penyata pendapatan
B. Kunci kira-kira
C. Kunci kira-kira dan penyata pendapatan

6. Perbelanjaan faedah dianggap sebagai _________________ dalam


penyata pendapatan dan ___________ dalam penyata aliran tunai.
A. Perbelanjaan operasi; butiran daripada aktiviti operasi
B. Perbelanjaan kewangan; butiran daripada aktiviti kewangan
C. Perbelanjaan operasi; butiran daripada aktiviti kewangan
D. Perbelanjaan kewangan; butiran daripada aktiviti operasi

Copyright Open University Malaysia (OUM)


50 TOPIK 2 ANALISIS PENYATA KEWANGAN

7. Hugo Enterprise bermula tahun 2010 dengan perolehan tertahan


sebanyak RM92,800. Sepanjang tahun 2010, syarikat telah
mendapat keuntungan sebanyak RM37,700 selepas cukai.
Berdasarkan jumlah ini, pemegang saham keutamaan telah
membayar dividen sebanyak RM4,700. Pada akhir tahun 2010,
perolehan tertahan syarikat berjumlah RM104,800. 14,000 unit
saham biasa telah diterbitkan sepanjang tahun 2010.

(a) Sediakan penyata perolehan tertahan bagi tahun berakhir


31 Disember 2010 (pastikan anda kira dan masukkan jumlah
dividen saham biasa yang dibayar dalam tahun 2010);

(b) Kira pendapatan sesaham bagi tahun 2010; dan

(c) Berapakah dividen sesaham yang telah dibayar oleh syarikat


kepada pemegang saham biasa bagi tahun 2010?

8. Keuntungan selepas cukai tahun 2011 untuk Syarikat Ceria ialah


sebanyak RM186,000. Baki tertutup bagi perolehan tertahan tahun
2011 dan 2010 sewajarnya adalah masing-masing sebanyak
RM812,000 dan RM736,000. Berapakah dividen yang syarikat
telah bayar pada tahun 2010?

9. Klasifikasikan setiap perkara di bawah sebagai sumber dana (R),


penggunaan (U) atau tidak berkenaan (N).

Perkara Perubahan (RM) Aliran Tunai


Tunai +1,000 ________________
Akaun perlu dibayar 10,000 ________________
Nota belum bayar +5,000 ________________
Pinjaman jangka panjang 20,000 ________________
Inventori +2,000 ________________
Aset tetap +4,000 ________________
Akaun belum terima 7,000 ________________
Keuntungan bersih +6,000 ________________
Susut nilai +1,000 ________________
Pembelian balik saham +6,000 ________________
Dividen tunai +8,000 ________________
Penjualan saham +10,000 ________________

Copyright Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 ANALISIS PENYATA KEWANGAN 51

10. Gunakan data daripada kunci kira-kira dan beberapa item


daripada penyata pendapatan Suresh Corporation untuk
menyediakan penyata aliran tunai bagi tahun berakhir
31 Disember 2011.

Suresh Corporation
Kunci Kira-kira
pada 31 Disember 2011

Aset RM RM
Tunai 15,000 10,000
Sekuriti boleh pasar 18,000 12,000
Akaun perlu dibayar 20,000 18,000
Inventori 29,000 28,000
Jumlah aset semasa 82,000 68,000
Jumlah aset tetap 295,000 281,000
Tolak: susut nilai terkumpul 147,000 131,000
Aset tetap bersih 148,000 150,000
Jumlah Aset 230,000 218,000
Liabiliti
Liabiliti semasa
Akaun perlu dibayar 16,000 15,000
Notes belum bayar 28,000 22,000
Gaji akruan 2,000 3,000
Jumlah liabiliti semasa 46,000 40,000
Pinjaman jangka panjang 50,000 50,000
Ekuiti Pemilik
Saham biasa 100,000 100,000
Perolehan tertahan 34,000 28,000
Jumlah ekuiti pemegang saham 134,000 128,000
Jumlah liabiliti dan
ekuiti pemegang saham 230,000 218,000

Data daripada Penyata Pendapatan (2011)


Perbelanjaan susut nilai RM16,000
Keuntungan bersih RM14,000

Copyright Open University Malaysia (OUM)


52 TOPIK 2 ANALISIS PENYATA KEWANGAN

2.6 ANALISIS NISBAH KEWANGAN

SEMAK KENDIRI 2.5


Apakah kaitan dalam pengiraan nisbah kewangan untuk operasi jangka
pendek dan jangka panjang? Perlukah nilai tersebut mengikut prestasi
purata industri? Jelaskan.

Analisis nisbah kewangan melibatkan pengiraan beberapa nisbah yang


membolehkan pengurus menilai prestasi dan kedudukan kewangan dalam
syarikat dengan membandingkan nisbah kewangan dengan nisbah kewangan
syarikat lain. Nisbah ini dibahagikan kepada lima kumpulan atau kategori iaitu:

(a) Nisbah Kecairan


Nisbah kecairan merujuk pada keupayaan syarikat untuk memenuhi
tuntutan kematangan jangka pendek atau obligasi.

(b) Nisbah Pengurusan Aset


Nisbah pengurusan aset merujuk pada kecekapan syarikat untuk
menggunakan aset dan berapa cepat akaun tertentu boleh ditukarkan
kepada jualan atau tunai.

(c) Nisbah Leveraj


Nisbah leveraj merujuk pada tahap penggunaan hutang atau keupayaan
syarikat untuk memenuhi tuntutan kewangan seperti tuntutan faedah.

(d) Nisbah Keberuntungan


Nisbah keberuntungan merujuk kepada keberkesanan syarikat dalam
menjana pulangan daripada pelaburan dan jualan. Contohnya, margin
keuntungan kasar, margin keuntungan bersih, margin keuntungan operasi,
pulangan daripada aset dan pulangan daripada ekuiti.

(e) Nisbah Nilai Pasaran


Nisbah nilai pasaran merujuk kepada kebolehan syarikat untuk
mewujudkan nilai pasaran melebihi kos pelaburan. Kecairan, pengurusan
aset dan nisbah leveraj mengukur risiko syarikat tersebut, manakala nisbah
keberuntungan mengukur pulangan syarikat.

Copyright Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 ANALISIS PENYATA KEWANGAN 53

Dalam tempoh jangka pendek, kecairan, pengurusan aset dan nisbah


keberuntungan adalah penting dalam pengurusan syarikat kerana nisbah ini
menyediakan maklumat kritikal bagi operasi jangka pendek syarikat. Jika
perniagaan tidak dapat bertahan dalam tempoh jangka pendek, maka adalah sia-
sia untuk membincangkan prospek jangka panjang.

Sebelum menyediakan analisis nisbah, pengurus kewangan harus mengambil


kira isu seperti berikut:

(a) Satu nisbah tidak dapat memberikan maklumat lengkap tentang


kedudukan kewangan. Ini bermakna, beberapa kategori nisbah hendaklah
dilihat secara serentak sebelum sebarang keputusan dibuat;

(b) Perbandingan antara nisbah kewangan bagi satu syarikat dengan syarikat
lain dalam industri hendaklah dibuat pada masa yang sama. Purata
pencapaian syarikat dalam industri bukanlah angka yang perlu
dibanggakan. Terdapat banyak syarikat yang telah diuruskan dengan
cekap tetapi prestasi nisbah kewangan mereka adalah lebih tinggi atau
lebih rendah berbanding dengan prestasi purata industri. Perbezaan yang
ketara antara nisbah kewangan syarikat dan purata industri adalah
petunjuk kepada penganalisis untuk menyemak nisbah lebih lanjut;

(c) Gunakan penyata kewangan yang telah diaudit. Ini akan menunjukkan
kedudukan sebenar syarikat tersebut; dan

(d) Gunakan kaedah yang sama untuk menilai item dalam penyata kewangan
yang akan dibandingkan. Sebagai contoh, untuk merekod inventori,
syarikat mungkin akan menggunakan kaedah perakaunan yang berbeza
seperti kaedah masuk dulu keluar dulu, masuk dulu keluar kemudian dan
purata bergerak. Hanya pilih salah satu kaedah untuk tujuan perbandingan.
Kaedah perbandingan akan memberikan nilai nisbah yang berbeza. Oleh
itu, penilaian sebenar tidak dapat dilakukan.

Penyata kewangan syarikat adalah input utama bagi pengurus yang berhasrat
untuk menyediakan analisis nisbah syarikat. Setiap contoh bagi nisbah yang
akan dibincangkan dalam bahagian seterusnya akan merujuk kepada maklumat
kewangan yang diambil daripada penyata pendapatan dan kunci kira-kira
Syarikat ABC (rujuk Jadual 2.8 dan Jadual 2.9).

Copyright Open University Malaysia (OUM)


54 TOPIK 2 ANALISIS PENYATA KEWANGAN

Jadual 2.8:Penyata Pendapatan Syarikat ABC

Syarikat ABC
Penyata Pendapatan
bagi tahun berakhir 31 Disember 2011 dan 2010

2011 2010
RM RM
Jualan 307,400 256,700
Tolak: Kos jualan barang 208,800 171,000
Keuntungan kasar 98,600 85,700
Tolak: Perbelanjaan operasi
Perbelanjaan jualan 10,000 10,800
Perbelanjaan pentadbiran dan am 19,400 18,700
Perbelanjaan pajakan 3,500 3,500
Perbelanjaan susut nilai 23,900 22,300
Jumlah perbelanjaan operasi 56,800 55,300
Keuntungan sebelum faedah dan cukai (keuntungan
operasi) 41,800 30,400
Tolak: Perbelanjaan faedah 9,300 9,100
Keuntungan sebelum cukai 32,500 21,300
Tolak: Cukai (29%) 9,425 6,177
Keuntungan selepas cukai 23,075 15,123
Tolak: Dividen saham keutamaan 1,000 1,000
Keuntungan pemegang saham biasa 22,075 14,123

Perolehan sesaham 0.29 0.18

Copyright Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 ANALISIS PENYATA KEWANGAN 55

Jadual 2.9: Kunci Kira-kira

Syarikat ABC
Kunci Kira-kira
pada 31 Disember 2011 dan 31 Disember 2010

2011 2010

RM RM
Aset
Aset Semasa
Tunai 36,300 28,800
Sekuriti boleh pasar 6,800 5,100
Akaun belum terima 50,300 36,500
Inventori 28,900 30,000
Jumlah aset semasa 122,300 100,400
Aset Tetap Bersih 237,400 226,600
Jumlah Aset 359,700 327,000

Liabiliti dan Ekuiti


Liabiliti semasa
Akaun perlu dibayar 38,200 27,000
Nota belum bayar 7,900 9,900
Akruan 15,900 11,400
Jumlah liabiliti semasa 48,300 62,000
Pinjaman jangka panjang 102,300 96,700
Jumlah liabiliti 164,300 145,000

Ekuiti
Saham keutamaan 20,000 20,000
Saham biasa, RM2.50 par nilai, 19,100 19,000
100,000 terbitan saham 2011: 76,262;
2010: 76,244

Modal berbayar atas par 42,800 41,800


Perolehan tertahan 113,500 101,200

Jumlah ekuiti 195,400 182,000


Jumlah liabiliti dan ekuiti pemegang saham 359,700 327,000

Copyright Open University Malaysia (OUM)


56 TOPIK 2 ANALISIS PENYATA KEWANGAN

2.6.1 Penyata Pendapatan


Penyata pendapatan untuk Syarikat ABC bagi tahun berakhir 31 Disember 2010
dan 31 Disember 2011 ditunjukkan dalam Jadual 2.8. Penyata pendapatan
menunjukkan prestasi syarikat bagi tempoh tertentu.

2.6.2 Kunci Kira-kira


Kunci kira-kira menunjukkan nilai keseluruhan pelbagai aset dan tuntutan
ke atas aset bagi tempoh masa tertentu. Bagi Syarikat ABC, kunci kira-kira
menunjukkan aset, liabiliti dan ekuiti pada 31 Disember 2011 dan 31 Disember
2010 seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 2.9.

2.7 NISBAH KECAIRAN


Kecairan merujuk kepada keupayaan aset yang hendak ditukar dengan mudah
dalam bentuk tunai tanpa menjejaskan nilai aset. Nisbah kecairan merujuk
kepada keupayaan syarikat untuk menunaikan tuntutan atau obligasi jangka
pendek secara tunai dan aset yang boleh ditukar dalam bentuk tunai untuk
tempoh yang singkat. Kecairan adalah penting dalam mengendalikan aktiviti
perniagaan. Kedudukan kecairan yang teruk adalah petunjuk awal bahawa
syarikat menghadapi masalah asas. Nisbah kecairan ditunjukkan dalam Rajah 2.4.

Rajah 2.4: Nisbah kecairan

2.7.1 Modal Kerja Bersih


Modal kerja bersih adalah perbezaan antara jumlah aset semasa dengan jumlah
liabiliti semasa. Ia mengukur dana (tunai dan butiran yang mudah ditukarkan
kepada tunai) yang boleh dimiliki oleh syarikat dalam menguruskan aktiviti
operasi harian syarikat. Semakin tinggi nilai modal kerja adalah lebih baik
kerana ini menunjukkan syarikat mampu menyelesaikan hutang jangka pendek
yang mempunyai lebihan dana untuk aktiviti operasi harian syarikat.

Copyright Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 ANALISIS PENYATA KEWANGAN 57

Modal kerja bersih Syarikat ABC bagi tahun 2011 dikira seperti berikut:

Modal kerja bersih Aset semasa Liabiliti semasa


RM122,300 RM62,000
(2.1)
RM60,300
Purata industri RM42,700

Berdasarkan pengiraan di atas, modal kerja bersih Syarikat ABC adalah lebih
tinggi berbanding dengan purata industri. Ini menunjukkan bahawa Syarikat
ABC mampu menyelesaikan hutang jangka pendek dan mempunyai dana
lebihan yang lebih tinggi daripada syarikat lain dalam industri untuk
menguruskan operasi harian.

2.7.2 Nisbah Semasa


Nisbah semasa mengukur kebolehan syarikat untuk memenuhi pinjaman jangka
pendek dengan menggunakan aset semasa. Semakin tinggi nilai nisbah tersebut,
semakin baik kedudukan kecairan syarikat. Ini menunjukkan bahawa syarikat
tersebut mampu untuk menyelesaikan hutang jangka pendek dengan
menggunakan aset semasa.

Nisbah semasa boleh diperoleh dengan membahagikan aset semasa dengan


liabiliti semasa. Nisbah semasa Syarikat ABC (tahun 2011) adalah seperti berikut:

Aset semasa
Nisbah Semasa
Liabiliti Semasa
RM122,300
(2.2)
RM62,000
1.97
Purata Industri 2.05

Nisbah semasa Syarikat ABC adalah 1.97 iaitu lebih rendah berbanding dengan
purata industri sebanyak 2.05. Ini menunjukkan bahawa setiap ringgit liabiliti
semasa, syarikat hanya mempunyai RM1.97 aset semasa untuk pembayaran
berbanding dengan syarikat lain dalam industri yang mempunyai RM2.05 untuk
menyelesaikan liabiliti semasa mereka. Walau bagaimanapun, nisbah semasa
syarikat tidak terlalu rendah untuk diberi perhatian.

Copyright Open University Malaysia (OUM)


58 TOPIK 2 ANALISIS PENYATA KEWANGAN

Nisbah semasa sebanyak 2.0 kali boleh diterima. Namun, penerimaan ini
bergantung kepada jenis industri. Sebagai contoh, nisbah semasa sebanyak 1.0
memuaskan bagi industri seperti utiliti yang mempunyai perniagaan yang agak
stabil tetapi ia tidak memuaskan bagi industri seperti sektor perkilangan
disebabkan oleh turun naik perniagaan mereka.

Nisbah semasa boleh dikaitkan dengan modal kerja bersih jika:

(a) Nisbah semasa adalah sama dengan 1.0, modal kerja bersih adalah sifar;

(b) Nisbah semasa adalah kurang daripada1.0, modal kerja bersih adalah
negatif; dan

(c) Nisbah semasa adalah melebihi daripada 1.0, modal kerja bersih adalah
positif.

2.7.3 Nisbah Cepat


Nisbah cepat mengukur keupayaan syarikat untuk membayar pinjaman jangka
pendek dengan pantas. Nisbah cepat adalah ujian kecairan yang lebih ketat
berbanding dengan modal kerja bersih dan nisbah semasa. Ini kerana nisbah
cepat hanya mengambil kira tunai dan aset yang boleh ditukar dengan mudah
dalam bentuk tunai. Inventori tidak termasuk dalam aset cair yang lain kerana
tempoh yang lama bagi inventori yang hendak ditukarkan kepada tunai.
Perbelanjaan prabayar juga tidak termasuk kerana ia tidak boleh ditukar kepada
tunai. Oleh itu, ia tidak boleh digunakan untuk menyelesaikan liabiliti semasa.

Nisbah cepat diperoleh apabila aset cair semasa (tunai, sekuriti boleh pasar dan
akaun perlu dibayar) dibahagikan dengan liabiliti semasa. Jika nisbah aset cepat
lebih tinggi berbanding dengan liabiliti semasa, lebih baik tahap kecairan
syarikat untuk menyelesaikan pinjaman jangka pendek dibuat dengan cepat.

Pengiraan nisbah cepat untuk Syarikat ABC (tahun 2011) adalah seperti berikut:

Aset semasa (Inventori + Prabayaran)


Nisbah cepat
Liabiliti semasa
RM122,300 RM28,900
(2.3)
RM62,000
1.51 kali
Purata industri 1.43 kali

Copyright Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 ANALISIS PENYATA KEWANGAN 59

Nisbah cepat Syarikat ABC ialah 1.51 kali di mana nilai nisbah ini lebih tinggi
berbanding dengan purata industri sebanyak 1.43 kali. Ini bermakna, tahap
kecairan syarikat adalah lebih baik berbanding dengan syarikat lain dalam
industri. Bagi setiap ringgit liabiliti semasa, syarikat mempunyai RM1.51 dalam
bentuk tunai dan aset yang mudah ditukarkan kepada tunai untuk membayar
hutang jangka pendek dengan segera. Ini adalah lebih baik berbanding dengan
syarikat lain dalam industri yang hanya mempunyai sebanyak RM1.43 untuk
membayar hutang jangka pendek dengan segera.

LATIHAN 2.3

1. Data berikut diambil daripada penyata kewangan Syarikat Fazrul:

2009 2008
Jualan RM640,000 RM560,000
Kos jualan barang 380,000 360,000
Tunai 30,000 26,000
Sekuriti boleh pasar 40,000 52,000
Akaun belum terima 70,000 62,000
Inventori 150,000 140,000
Item pendahuluan 10,000 10,000
Aset tetap bersih 300,000 260,000
Liabiliti semasa 120,000 140,000

Berdasarkan data di atas, kira nisbah kecairan berikut untuk tahun 2008
dan 2009:

(a) Modal kerja bersih;

(b) Nisbah semasa; dan

(c) Nisbah cepat.

Copyright Open University Malaysia (OUM)


60 TOPIK 2 ANALISIS PENYATA KEWANGAN

2.8 NISBAH PENGURUSAN ASET


Nisbah pengurusan aset mengukur kecekapan pengurusan dalam menggunakan
aset dan akaun tertentu untuk menjana jualan atau tunai.

Nisbah yang boleh digunakan untuk mengukur kecekapan dalam pengurusan


aset ditunjukkan dalam Rajah 2.5.

Rajah 2.5: Nisbah pengurusan aset

2.8.1 Pusing Ganti Akaun Belum Terima


Pusing ganti akaun belum terima mengukur kebolehan syarikat untuk mengutip
hutang daripada pelanggan. Ia menyediakan jumlah akaun belum terima yang
dikutip sepanjang tahun. Semakin tinggi nisbah, ia menunjukkan kemampuan
syarikat yang semakin baik kerana:

(a) Syarikat boleh mengutip hutang daripada pelanggan dengan cepat;

(b) Syarikat mempunyai hutang lapuk yang rendah; dan

(c) Syarikat boleh menggunakan dana untuk pelaburan masa depan.

Pusing ganti akaun belum terima adalah hasil jualan kredit bersih (jika tiada,
gunakan jumlah jualan) dibahagikan dengan akaun belum terima (atau purata
akaun belum terima).

Copyright Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 ANALISIS PENYATA KEWANGAN 61

Kredit jualan
Pusing ganti akaun belum terima
Akaun belum terima
RM307,400
(2.4)
RM50,300
6.11 kali
Purata industri 8.24 kali

Pusing ganti akaun belum terima untuk syarikat tidak memuaskan berbanding
dengan purata industri. Ini mungkin menunjukkan ketidak cekapan bahagian
kredit dalam kutipan kredit.

2.8.2 Purata Tempoh Kutipan


Purata tempoh kutipan menunjukkan purata bilangan hari yang diambil oleh
syarikat untuk mengutip akaun belum terima. Andaikan ada 360 hari diambil
dalam setahun. Perbandingan antara tempoh purata dengan terma kredit
syarikat boleh mengukur kecekapan syarikat dalam mengutip hutang daripada
pelanggan.

Purata tempoh kutipan Syarikat ABC adalah seperti berikut:

360

Pusing ganti akaun belum terima
360
(2.5)
6.11
58.92 hari
Purata industri 44.3 hari

Purata tempoh kutipan Syarikat ABC selama 58.92 hari tidak memuaskan
berbanding dengan prestasi purata industri sebanyak 44.3 hari. Secara purata,
Syarikat ABC mengambil 58.92 hari untuk mengutip akaun belum terima
manakala syarikat lain dalam industri hanya mengambil purata sebanyak
44.3 hari untuk mengutip hutang daripada pelanggan.

Jika tempoh kredit bagi Syarikat ABC ialah 30 hari, purata tempoh kutipan
sebanyak 58.2 hari tidak memuaskan. Ini bermakna, secara purata, pelanggan
tidak menjelaskan bayaran mereka dalam tempoh tertentu. Ini juga dapat
menunjukkan bahawa pengurusan kredit atau bahagian kredit adalah tidak
cekap atau kedua-duanya. Jika tempoh kutipan berlanjutan untuk beberapa
tahun tanpa perubahan kepada dasar kredit, syarikat harus mengambil tindakan

Copyright Open University Malaysia (OUM)


62 TOPIK 2 ANALISIS PENYATA KEWANGAN

untuk mempercepatkan pengumpulan kutipan akaun belum terima. Walau


bagaimanapun, jika tempoh kredit syarikat adalah 60 hari dan tempoh kutipan
adalah 58.92 hari, ini menunjukkan bahawa purata tempoh kutipan adalah
kritikal.

Purata tempoh kutipan juga boleh dikira menggunakan formula 2.6.

Akaun belum terima


Tempoh purata kutipan
Jualan tahunan/360
RM50,300
(2.6)
RM307,400/360
58.92 hari

2.8.3 Pusing Ganti Inventori


Pusing ganti inventori mengukur kecekapan pengurusan inventori. Ia
menunjukkan berapa kali inventori boleh dijual dalam satu tahun. Semakin
tinggi pusing ganti inventori, ia adalah lebih baik kerana ia menunjukkan
bahawa syarikat mampu menjual inventori dengan pantas dan mengurangkan
peluang inventori usang.

Pusing ganti inventori diperoleh dengan membahagikan kos jualan dengan


inventori. Pengiraan pusing ganti inventori untuk Syarikat ABC adalah seperti
berikut:

Kos jualan barangan


Pusing ganti inventori
Inventori
RM208,800
(2.7)
RM28,900
7.22 kali
Purata industri 6.6 kali

Pusing ganti inventori untuk Syarikat ABC adalah sebanyak 7.22 kali lebih baik
jika ia dibandingkan dengan purata industri sebanyak 6.6 kali. Ini bermakna,
syarikat boleh menjual inventori sebanyak 7.22 kali dalam setahun berbanding
dengan syarikat lain dalam industri yang hanya boleh menjual inventori mereka
sebanyak 6.6 kali dalam satu tahun. Ini mungkin kerana syarikat tidak
menyimpan inventori lebihan. Inventori lebihan adalah tidak produktif dan
merupakan pelaburan yang tidak memberikan sebarang pulangan.

Copyright Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 ANALISIS PENYATA KEWANGAN 63

Jika syarikat memegang inventori yang tinggi, dana yang boleh dilaburkan di
tempat lain akan dipegang oleh inventori. Tambahan pula, pengangkutan dan
kos pegangan inventori akan menjadi tinggi dan syarikat menanggung risiko
bagi barang yang akan rosak atau usang. Walau bagaimanapun, syarikat
mungkin akan kehilangan jualan jika tidak mampu memenuhi permintaan
pelanggan disebabkan oleh penyimpanan inventori yang rendah. Oleh itu,
pengurus hendaklah cekap dalam menguruskan inventori.

Beberapa isu yang perlu diambil kira dalam pengiraan pusing ganti inventori:

(a) Notis bahawa kos jualan barangan dan tidak dijual (seperti yang mungkin
dilakukan oleh beberapa syarikat) digunakan sebagai angka yang
direkodkan dalam inventori sebagai kos;

(b) Penggunaan jualan sebagai angka pembahagi adalah tidak sesuai kerana ia
akan meningkatkan nilai pada pusing ganti inventori;

(c) Ingat bahawa untuk perbandingan, syarikat hendaklah memastikan kaedah


merekod inventori hendaklah sama antara syarikat dan industri; dan

(d) Pusing ganti inventori boleh diubah beberapa hari apabila dibahagikan
kepada 360 hari (purata bilangan hari satu tahun). Nilai ini dikenali sebagai
purata tempoh jualan inventori yang dibincangkan dalam bahagian
seterusnya.

2.8.4 Purata Tempoh Jualan Inventori


Purata tempoh jualan inventori menunjukkan bilangan hari yang diambil untuk
membuat satu pusingan jualan inventori. Purata tempoh jualan inventori yang
tinggi adalah kurang memuaskan sepertimana yang dinyatakan bahawa syarikat
mengambil masa yang lama untuk menjual inventori.

Bagi Syarikat ABC, purata tempoh jualan inventori sebanyak 50 hari seperti yang
dikira di bawah:

360

Pusing ganti inventori
360
(2.8)
7.22
49.86 hari
Purata industri 55.30 hari

Copyright Open University Malaysia (OUM)


64 TOPIK 2 ANALISIS PENYATA KEWANGAN

Purata tempoh jualan inventori bagi Syarikat ABC sebanyak 49.86 hari adalah
baik berbanding dengan prestasi industri sebanyak 55.3 hari. Ini menunjukkan
bahawa syarikat mengambil masa yang singkat untuk menjual inventori
berbanding dengan syarikat-syarikat dalam industri.

Nisbah juga boleh dikira menggunakan formula seperti di bawah:

Inventori

Kos jualan barangan/360
RM28,900
(2.9)
RM208,800/360
49.83 hari
Purata industri 55.30 hari

2.8.5 Pusing Ganti Aset Tetap


Pusing ganti aset tetap menunjukkan bahawa kecekapan syarikat dalam
menggunakan aset tetap untuk menjana jualan. Nisbah yang semakin tinggi
adalah lebih baik kerana ia menunjukkan kecekapan pengurusan aset.

Nisbah ini diperoleh apabila jualan dibahagikan dengan aset tetap bersih.
Pengiraan pusing ganti aset tetap bagi Syarikat ABC adalah seperti berikut:

Jualan
Pusing ganti aset tetap
Keuntungan aset tetap
RM307,400
(2.10)
RM237,400
1.29 kali
Purata industri 1.35 kali

Nisbah pusing ganti aset tetap untuk Syarikat ABC adalah lebih rendah
berbanding dengan syarikat lain dalam industri. Ini menunjukkan pengurusan
aset syarikat dalam menjana jualan adalah kurang cekap berbanding dengan
syarikat lain. Situasi ini terjadi kerana syarikat mempunyai banyak aset tetap
atau jualan tidak memuaskan.

Copyright Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 ANALISIS PENYATA KEWANGAN 65

2.8.6 Pusing Ganti Jumlah Aset


Jumlah pusing ganti aset menunjukkan kecekapan syarikat dalam menggunakan
semua aset untuk menjana jualan. Biasanya, semakin tinggi nisbah, semakin
cekap penggunaan aset. Nisbah ini mungkin nisbah yang lebih kerap dirujuk
oleh pihak pengurusan kerana ia boleh menunjukkan kecekapan operasi syarikat
secara keseluruhannya.

Jumlah pusing ganti aset Syarikat ABC adalah seperti berikut:

Jualan

Jumlah aset
RM307,400
(2.11)
RM359,700
0.85 kali
Purata industri 0.75 kali

Prestasi ini lebih memuaskan berbanding dengan purata industri. Walau


bagaimanapun, penganalisis hendaklah berhati-hati dalam menggunakan pusing
ganti aset tetap dan jumlah nisbah pusing ganti aset kerana pengiraan nisbah
menggunakan kos sejarah aset.

Beberapa syarikat mungkin mempunyai aset lama atau aset baru. Oleh itu, ia
mungkin tidak sesuai dibandingkan dengan nisbah aset tetap. Syarikat yang
memiliki aset tetap baru biasanya akan menunjukkan pusing ganti aset yang
lebih rendah. Oleh itu, perbezaan prestasi pusing ganti aset mungkin disebabkan
oleh kos aset dan bukan kecekapan pengurusan operasi.

AKTIVITI 2.5

Taraf ekonomi dan teknologi akan mempengaruhi operasi perniagaan.


Bagi memastikan syarikat kekal berdaya saing dan berkembang,
apakah tindakan efektif yang boleh diambil?

Copyright Open University Malaysia (OUM)


66 TOPIK 2 ANALISIS PENYATA KEWANGAN

LATIHAN 2.4

Data berikut diambil daripada penyata kewangan Syarikat Fazrul.


Berdasarkan data di bawah, kira nisbah pengurusan aset bagi tahun
2008 dan 2009. Andaikan terdapat 365 hari dalam setahun.

2009 2008
Jualan RM640,000 RM560,000
Kos jualan barang 380,000 360,000
Tunai 30,000 26,000
Sekuriti boleh pasar 40,000 52,000
Akaun belum terima 70,000 62,000
Inventori 150,000 140,000
Item prabayaran 10,000 10,000
Aset tetap bersih 300,000 260,000
Liabiliti semasa 120,000 140,000

(a) Pusing ganti akaun belum terima;

(b) Purata tempoh kutipan;

(c) Purata inventori;

(d) Purata tempoh jualan inventori;

(e) Pusing ganti aset tetap; dan

(f) Jumlah pusing ganti aset.

Copyright Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 ANALISIS PENYATA KEWANGAN 67

2.9 NISBAH LEVERAJ


Nisbah leveraj mengukur tahap pembiayaan hutang syarikat dan keupayaan
syarikat untuk memenuhi kehendak kewangan seperti tuntutan faedah. Nisbah
leveraj ditunjukkan dalam Rajah 2.6.

Rajah 2.6: Nisbah Leveraj

Leveraj berlaku apabila syarikat dibiayai oleh hutang. Hutang termasuk semua
liabiliti semasa dan liabiliti jangka panjang. Hutang juga adalah salah satu
sumber utama pembiayaan. Ia memberikan kebaikan sebagai faedah bagi item
cukai yang boleh ditolak. Kos urus niaga hutang juga lebih rendah iaitu hutang
itu mudah diperoleh berbanding dengan terbitan saham. Biasanya, lebih banyak
hutang dalam hubungan atas jumlah aset, semakin tinggi leveraj kewangan
syarikat.

Nisbah leveraj boleh dibahagikan kepada dua kumpulan:

(a) Nisbah untuk menilai tahap hutang yang digunakan oleh syarikat seperti
nisbah hutang, nisbah hutang atas ekuiti dan penggandaan ekuiti; dan

(b) Nisbah untuk melihat kebolehan syarikat dalam memenuhi tuntutan atau
obligasi kepada pemiutang seperti nisbah liputan faedah.

Biasanya, penganalisis akan menumpukan perhatian mereka ke atas pinjaman


jangka panjang syarikat yang terikat dengan bayaran faedah untuk tempoh yang
lama dan pada akhir tempoh tersebut, syarikat perlu membayar balik jumlah
pinjaman prinsipal. Oleh kerana tuntutan pemiutang perlulah diselesaikan
dahulu sebelum perolehan boleh diagihkan kepada pemegang saham, pemegang
saham berpotensi akan melihat tahap hutang dan kebolehan syarikat untuk
membayar balik hutang syarikat.

Pemiutang juga akan memberi perhatian pada nisbah leveraj kerana merupakan
tahap hutang yang tinggi, semakin tinggi kebarangkalian syarikat tidak mampu
Copyright Open University Malaysia (OUM)
68 TOPIK 2 ANALISIS PENYATA KEWANGAN

menyelesaikan kesemua hutang kepada pemiutang. Oleh itu, pihak pengurusan


syarikat harus mengutamakan nisbah leveraj kerana ia menarik perhatian
beberapa pihak yang prihatin akan tahap hutang syarikat.

2.9.1 Nisbah Hutang


Nisbah hutang mengukur peratusan jumlah aset yang dibiayai oleh hutang.
Pemiutang memilih nisbah hutang yang lebih rendah kerana lagi rendah
nisbah hutang, semakin tinggi perlindungan syarikat, maka kerugian dapat
dikurangkan apabila dibubarkan. Tidak seperti keutamaan pemiutang bagi
nisbah hutang yang lebih rendah, pihak pengurusan boleh memilih leveraj yang
lebih tinggi untuk meningkatkan pendapatan. Ini kerana mereka tidak suka
mengeluarkan ekuiti baru memandangkan mereka tahu tahap kawalan dalam
syarikat akan berkurangan. Semakin tinggi nisbah hutang, semakin tinggi juga
peratusan aset yang dibiayai oleh hutang.

Nisbah hutang Syarikat ABC adalah:

Jumlah liabiliti
Purata hutang 100
Jumlah aset
RM164,300
100
RM359,700
45.7%
Purata industri 40.0%

Nisbah hutang syarikat sebanyak 45.7% dan ini adalah lebih tinggi daripada
purata industri sebanyak 40%. Pemiutang yang berpotensi mungkin keberatan
untuk memberikan pinjaman tambahan kepada syarikat kerana bimbang syarikat
tidak mampu menyelesaikan faedah dan bayaran utama memandangkan nisbah
hutang yang agak tinggi.

2.9.2 Nisbah Hutang atas Ekuiti


Nisbah hutang atas ekuiti mengukur jumlah hutang jangka panjang setiap
ringgit atas ekuiti. Semakin rendah nisbah, semakin baik kerana ia menunjukkan
jumlah ekuiti yang dimiliki oleh syarikat melebihi hutang jangka panjang.

Copyright Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 ANALISIS PENYATA KEWANGAN 69

Nisbah hutang atas ekuiti Syarikat ABC ialah:

Liabiliti jangka
Nisbah hutang ekuiti
Ekuiti pemegang saham
RM102,300
100 (2.13)
RM195,400
52.4%
Purata industri 50%

Nisbah hutang atas ekuiti syarikat adalah lebih tinggi berbanding dengan purata
industri. Ini menunjukkan bahawa peratusan hutang jangka panjang relatif
terhadap jumlah ekuiti syarikat adalah lebih tinggi berbanding dengan purata
industri. Semakin tinggi nisbah menunjukkan bahawa syarikat bergantung pada
dana jangka panjang yang diberikan kepada pemiutang berbanding dana yang
diberikan oleh pemilik.

2.9.3 Penggandaan Ekuiti


Penggandaan ekuiti menunjukkan bahawa pemilikan aset bagi setiap ringgit
ekuiti. Nisbah hutang dan penggandaan ekuiti memerlukan maklumat yang
sama tetapi pendekatan yang berbeza. Nisbah hutang sebanyak 40% bermaksud
syarikat dibiayai sebanyak 40% hutang. Berdasarkan identiti kunci kira-kira:

Aset = Liabiliti + Ekuiti

Berdasarkan maklumat ini, kita tahu bahawa syarikat dibiayai sebanyak


60% ekuiti. Penggandaan ekuiti sebanyak 100/60 = 1.67 kali. Oleh itu, apabila
nisbah hutang Syarikat ABC adalah 45.7%, maka penggandaan ekuiti adalah
sebanyak 100/54.3 = 1.84 kali.

Secara amnya,

1
Penggandaan ekuiti
1-nisbah hutang
Jumlah aset

Jumlah ekuiti (2.14)
RM359,700

RM195,400
Purata industri 1.67 kali

Copyright Open University Malaysia (OUM)


70 TOPIK 2 ANALISIS PENYATA KEWANGAN

Penggandaan ekuiti syarikat lebih tinggi berbanding dengan purata industri. Ini
menunjukkan bahawa pembiayaan aset syarikat melalui ekuiti adalah lebih
tinggi berbanding dengan syarikat lain dalam industri.

2.9.4 Nisbah Liputan Faedah


Pemiutang dan pihak lain seharusnya tahu akan keupayaan syarikat untuk
membuat bayaran faedah secara berkala menggunakan pendapatan operasi
semasa. Nisbah liputan faedah digunakan untuk menentukan bilangan jumlah
yang boleh dibayar balik oleh syarikat bagi semua perbelanjaan faedah dengan
pendapatan semasa. Nisbah ini boleh diperoleh dengan membahagikan
keuntungan operasi dan perbelanjaan faedah.

Nisbah liputan faedah Syarikat ABC adalah:

Keuntungan sebelum faedah dan cukai



Pembelanjaan faedah
RM41,800
(2.15)
RM9,300
4.49 kali
Purata industri 4.3 kali

Nisbah liputan faedah sebanyak 4.49 kali lebih memuaskan berbanding dengan
purata prestasi industri sebanyak 4.3 kali. Ini menunjukkan margin perbelanjaan
faedah dengan pendapatan semasa.

Nisbah liputan faedah juga boleh dikira menggunakan formula seperti berikut:

Keuntungan bersih Perbelanjaan faedah Perbelanjaan cukai


Nisbah liputan faedah
Perbelanjaan faedah
RM22,100 RM9,300 RM9,400

RM9,300
4.39 kali
(2.16)

Copyright Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 ANALISIS PENYATA KEWANGAN 71

LATIHAN 2.5

Ringkasan kunci kira-kira dan penyata pendapatan Adiy Corporation


seperti ditunjukkan di bawah:

Adiy Corporation

Kunci kira-kira Penyata Pendapatan


Aset: Jualan (semua kredit) RM6,000,000
Tunai RM150,000 Kos jualan barang 3,000,000
Akaun belum terima 450,000 Perbelanjaan operasi 750,000
Inventori 600,000 Perbelanjaan faedah 750,000
Aset tetap bersih 1,800,000 Cukai 420,000
Keuntungan bersih 1,080,000

Liabiliti dan Ekuiti:


Akaun belum bayar 150,000
Nota belum bayar 150,000
Liabiliti jangka panjang 1,200,000
Ekuiti 1,500,000

Kira nisbah kewangan bagi Adiy Corporation berdasarkan maklumat


yang diberikan di atas. Andaikan terdapat 365 hari dalam setahun.

(a) Nisbah hutang;

(b) Nisbah liputan faedah;

(c) Pulangan aset;

(d) Purata tempoh kutipan; dan

(e) Jumlah pusing ganti aset.

Copyright Open University Malaysia (OUM)


72 TOPIK 2 ANALISIS PENYATA KEWANGAN

2.10 NISBAH KEBERUNTUNGAN


Nisbah keberuntungan mengukur keberkesanan syarikat dalam menjana
pulangan daripada pelaburan dan jualan. Ia digunakan sebagai tanda menentukan
kecekapan perniagaan dan keberkesanan dalam mencapai objektif keuntungan.
Nisbah keberuntungan ditunjukkan dalam Rajah 2.7.

Rajah 2.7: Nisbah keberuntungan

2.10.1 Margin Keuntungan Kasar


Margin keuntungan kasar mengukur keuntungan setiap ringgit jualan yang
boleh digunakan untuk membayar jualan dan perbelanjaan pentadbiran. Semakin
tinggi margin keuntungan kasar, semakin baik kedudukan syarikat kerana ia
menunjukkan perbelanjaan yang lebih rendah atau kos yang terlibat dalam
melaksanakan aktiviti jualan.

Margin keuntungan kasar boleh diperoleh dengan membahagikan keuntungan


kasar dan jualan. Ini menunjukkan bahawa peratusan baki untuk setiap ringgit
jualan selepas syarikat membayar semua kos barang.

Keuntungan kasar
Margin keuntungan kasar 100
Jualan
RM98,600
100 (2.17)
RM307,400
32.1%
Purata industri 30%

Copyright Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 ANALISIS PENYATA KEWANGAN 73

Margin keuntungan kasar sebanyak 32.1% lebih tinggi berbanding dengan


purata industri sebanyak 30%. Ini menunjukkan bahawa pengurusan pembelian
dan kos syarikat adalah lebih baik berbanding dengan purata industri. Syarikat
menjana 32.1sen keuntungan kasar selepas ditolak semua kos jualan bagi setiap
ringgit jualan.

2.10.2 Margin Keuntungan Bersih


Margin keuntungan bersih mengukur kebolehan syarikat menjana keuntungan
bersih daripada setiap ringgit jualan selepas ditolak semua perbelanjaan
termasuk kos jualan barang, perbelanjaan jualan, perbelanjaan pentadbiran dan
am, perbelanjaan susut nilai, perbelanjaan faedah dan cukai. Lebih tinggi margin
keuntungan bersih, lebih baik kedudukan syarikat kerana ia menunjukkan
pengurusan pembelian yang cekap dengan kos pembelian yang rendah.

Margin keuntungan bersih dikira dengan membahagikan keuntungan selepas


cukai dengan jualan. Oleh itu, margin keuntungan bersih Syarikat ABC adalah
seperti berikut:

Keuntungan selepas cukai


Margin keuntungan bersih 100
Jualan
RM23,100
100 (2.18)
RM307,400
7.5%
Purata industri 6.4%

Margin keuntungan bersih syarikat sebanyak 7.5% lebih tinggi berbanding


dengan prestasi industri sebanyak 6.4%. Ini menunjukkan bahawa pengurusan
pembelian dan kos pembelian yang berkaitan adalah lebih baik berbanding
dengan purata industri. Syarikat telah berjaya menjana 7.5 sen keuntungan
bersih untuk setiap ringgit jualan berbanding dengan purata industri yang hanya
berjaya menjana 6.4 sen untuk setiap ringgit jualan.

Copyright Open University Malaysia (OUM)


74 TOPIK 2 ANALISIS PENYATA KEWANGAN

2.10.3 Margin Keuntungan Operasi


Margin keuntungan operasi mengukur kecekapan syarikat dalam mengurangkan
kos dan meningkatkan pulangan sebelum faedah dan cukai. Margin keuntungan
operasi yang tinggi adalah lebih baik kerana ia menunjukkan bahawa syarikat
mampu beroperasi dengan cekap. Margin keuntungan operasi Syarikat ABC
adalah:

Keuntungan Operasi
Margin Keuntungan Operasi 100
Jualan
RM41,800
100 (2.19)
RM307,400
13.6%
Purata industri 10%

Margin keuntungan operasi Syarikat ABC lebih baik berbanding dengan purata
industri. Ini menunjukkan bahawa syarikat lebih cekap dalam operasi dan
kawalan bagi perbelanjaan operasi dalam menjana pendapatan yang lebih tinggi
sebelum faedah dan cukai.

2.10.4 Pulangan Aset


Pulangan aset atau pulangan atas pelaburan mengukur keberkesanan syarikat
dalam menggunakan aset untuk menjana pelaburan. Semakin tinggi nisbah,
semakin baik kedudukan syarikat kerana ia menunjukkan bahawa kecekapan
pengurusan dalam menggunakan aset untuk menjana keuntungan.

Keuntungan selepas cukai


Pulangan aset 100
Jumlah aset
RM23,100
100 (2.20)
RM359,700
6.42%
Purata industri 4.8%

Pulangan aset syarikat adalah lebih baik berbanding dengan purata industri
yang hanya menyumbang sebanyak 4.8%. Ini menunjukkan syarikat lebih baik
dalam menguruskan aset untuk menjana keuntungan berbanding dengan
syarikat lain dalam industri.

Copyright Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 ANALISIS PENYATA KEWANGAN 75

2.10.5 Pulangan Ekuiti


Pulangan ekuiti mengukur kecekapan syarikat dalam menjana keuntungan bagi
pemegang saham biasa. Semakin tinggi nisbah adalah lebih baik kerana syarikat
mampu menjana keuntungan yang tinggi untuk pemiliknya.

Keuntungan selepas cukai


Pulangan ekuiti 100
Ekuiti pemegang saham
RM23,100
100 (2.21)
RM195,400
11.8%
Purata industri 8%

Pulangan ekuiti syarikat adalah 11.8% dan ini lebih memuaskan berbanding
dengan 8% bagi purata industri. Ini menunjukkan bahawa pengurusan syarikat
lebih cekap berbanding dengan purata industri. Pengiraan pulangan ekuiti akan
dibincangkan lebih lanjut apabila kita membincangkan analisis DuPont.

2.10.6 Perolehan Sesaham


Perolehan sesaham mengira keuntungan bersih yang dihasilkan daripada setiap
saham biasa. Maklumat ini sering diberikan keutamaan oleh pihak pengurusan
dan pelabur kerana ia dianggap sebagai petunjuk penting bagi kejayaan syarikat.
Oleh itu, semakin besar nilai nisbah, maka lebih baik kedudukan pemegang
saham.

Perolehan sesaham diperoleh daripada pembahagian keuntungan bersih dengan


bilangan terbitan saham.

Keuntungan tersedia bagi pemegang saham biasa


Pendapatan sesaham
Bilangan saham biasa yang diterbitkan
RM22,100

76,262
RM0.29
Purata industri RM0.26
(2.22)

Copyright Open University Malaysia (OUM)


76 TOPIK 2 ANALISIS PENYATA KEWANGAN

Syarikat memperoleh sebanyak RM0.29 untuk setiap unit terbitan saham


berbanding dengan purata industri hanya sebanyak RM0.26. Nilai perbezaan ini
adalah kecil dan menjadi amalan biasa, nilai ini mewakili jumlah sebenar yang
akan diagihkan oleh pemegang saham.

2.11 NISBAH NILAI PASARAN

SEMAK KENDIRI 2.6

Berikan perbezaan antara nisbah perolehan harga dan nisbah hasil


dividen.

Nisbah nilai pasaran mengukur kebolehan syarikat untuk menjana nilai pasaran
melebihi kos pelaburan. Aspek ini sangat penting kerana nisbah nilai pasaran
secara langsung berkaitan dengan objektif syarikat iaitu memaksimumkan
kekayaan pemegang saham dan nilai syarikat. Oleh itu, ia boleh dinyatakan
bahawa nilai bagi nisbah nilai pasaran mempengaruhi tindak balas pasaran dan
keyakinan pelabur terhadap keupayaan pengurusan syarikat dalam menjana
keuntungan yang cekap dan berkesan.

Nisbah nilai pasaran ditunjukkan dalam Rajah 2.8.

Rajah 2.8: Nisbah nilai pasaran

2.11.1 Nisbah Harga Perolehan


Nisbah harga perolehan menunjukkan jumlah ringgit yang pelabur sanggup
bayar bagi setiap ringgit keuntungan yang dilaporkan oleh syarikat. Tahap
nisbah harga perolehan menunjukkan tahap keyakinan pelabur terhadap prestasi
masa depan syarikat. Semakin tinggi nisbah harga perolehan, semakin tinggi
keyakinan pelabur terhadap masa depan syarikat.

Copyright Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 ANALISIS PENYATA KEWANGAN 77

Nisbah harga perolehan boleh didapati apabila harga pasaran sesaham


dibahagikan dengan perolehan sesaham. Bagi mengira harga perolehan Syarikat
ABC, kami andaikan bahawa harga pasaran saham syarikat adalah sebanyak
RM3.23.

Harga pasaran sesaham


Nisbah harga perolehan
Pendapatan sesaham
RM3.23
(2.23)
RM0.29
11.1
Purata industri 1.25

Nisbah menunjukkan tahap keyakinan pelabur terhadap syarikat adalah jauh


lebih tinggi berbanding dengan purata industri kerana pelabur bersedia
membayar 11.1 kali lebih untuk setiap saham syarikat berbanding dengan
1.25 untuk setiap saham dalam purata industri.

Anda boleh lihat nisbah harga perolehan pada bahagian harga saham dalam
akhbar. Walau bagaimanapun, akhbar menyediakan nisbah harga semasa dan
bukannya keuntungan terkini. Pelabur memberi keutamaan lebih kepada harga
relatif untuk perolehan masa depan.

2.11.2 Nisbah Hasil Dividen


Sesetengah pelabur akan membeli saham biasa untuk menerima dividen,
manakala yang lain lebih berminat dalam perkembangan nilai pasaran saham
mereka. Nisbah hasil dividen mengukur kadar pulangan dalam bentuk dividen
yang diterima daripada pelaburan saham. Andaikan Syarikat ABC
mengamalkan polisi dividen yang stabil dan membayar dividen sebanyak
RM0.15 sesaham. Ini bermakna, pelabur akan menerima pulangan daripada
dividen sebanyak 4.6%.

Kebanyakan syarikat cuba mengekalkan untuk membayar dividen yang stabil


dan jika boleh, mereka akan cuba untuk meningkatkan dividen supaya pelabur
akan menerima lebih banyak pulangan daripada pegangan saham mereka.
Sesetengah syarikat membayar dividen sedikit manakala ada yang tidak
membayar sebarang dividen langsung kepada pemegang saham. Ini kerana
mereka telah berusaha dengan gigih untuk mengembangkan perniagaan dengan
mengekalkan dan melabur semula keuntungan yang diperoleh.

Copyright Open University Malaysia (OUM)


78 TOPIK 2 ANALISIS PENYATA KEWANGAN

Dividen sesaham
Hasil dividen
Harga pasaran sesaham
RM0.15
100 (2.24)
RM3.23
4.6%

LATIHAN 2.6

1. _________ adalah keupayaan syarikat memenuhi obligasi liabiliti


semasa dengan menggunakan aset semasa.

2. Nisbah semasa adalah sama seperti _________ dibahagikan


dengan ___________.

3. _________ termasuk dalam pengiraan nisbah semasa tetapi tidak


termasuk pengkiraan nisbah cepat.

4. Pusing ganti inventori diperoleh dengan membahagikan


_________ dengan _________.

5. Nisbah jumlah liabiliti kepada ____________ digunakan untuk


memastikan tahap hutang dalam struktur modal.

6. Pulangan ekuiti didapati apabila _________ dibahagikan dengan


_________.

7. Nisbah harga perolehan adalah sama dengan _________ sesaham


dibahagikan dengan _________ sesaham.

Copyright Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 ANALISIS PENYATA KEWANGAN 79

EXERCISE 2.6
8. X-Cell dan N-Hance adalah dua syarikat yang beroperasi dalam
industri yang sama. Maklumat kewangan untuk kedua-dua syarikat
pada 31 Disember 2010 adalah seperti berikut:

X-Cell N-Hance
Jumlah aset RM3,000,000 RM1,600,000
Jumlah liabiliti 1,800,000 960,000
Jumlah ekuiti 1,200,000 640,000
Jualan bersih 3,700,000 1,880,000
Perbelanjaan faedah 90,000 38,000
Perbelanjaan cukai 240,000 100,000
Keuntungan bersih 380,000 180,000
Perolehan sesaham 5.60 2.10
Harga pasaran sesaham bagi saham biasa 35.00 26.50
Dividen sesaham bagi saham biasa 2.40 0.50

Kira nisbah bagi setiap syarikat berikut:

X-Cell N-Hance
(a) Pulangan aset _______________ _______________

(b) Pulangan ekuiti _______________ _______________

(c) Margin keuntungan bersih _______________ _______________

(d) Jumlah pusing ganti aset _______________ _______________

(e) Nisbah hutang _______________ _______________

(f) Penggandaan ekuiti _______________ _______________

(g) Nisbah liputan faedah _______________ _______________

(h) Nisbah harga perolehan _______________ _______________

(i) Nisbah hasil dividen _______________ _______________

Copyright Open University Malaysia (OUM)


80 TOPIK 2 ANALISIS PENYATA KEWANGAN

2.12 PENGENDALIAN NISBAH ANALISIS


LENGKAP
Seperti yang dinyatakan di atas, satu nisbah tidak mencukupi untuk menilai
semua aspek kedudukan kewangan syarikat. Oleh itu, pengurus hendaklah
menjalankan analisis nisbah lengkap untuk meliputi semua aspek kecairan,
pengurusan aset, leveraj, keberuntungan dan nisbah nilai pasaran.

Dua pendekatan yang boleh dijalankan adalah:

(a) Analisis DuPont lihat pada bahagian utama yang menyumbang kepada
prestasi kewangan syarikat; dan

(b) Ringkasan analisis nisbah kewangan lihat pada semua aspek kewangan
syarikat untuk mengenal pasti bahagian yang memerlukan siasatan
lanjutan atau penambahbaikan.

2.12.1 Analisis DuPont


Analisis DuPont digunakan oleh pengurus kewangan untuk menilai kedudukan
kewangan syarikat. Analisis DuPont menggabungkan penyata pendapatan dan
kunci kira-kira untuk menjadi dua ukuran keberuntungan.

(a) Pulangan aset; dan

(b) Pulangan ekuiti.

Langkah pertama dalam analisis DuPont adalah untuk menunjukkan formula


DuPont:

Pulangan aset Margin keuntungan bersih Jumlah pusing ganti aset


Keuntungan selepas cukai Jualan

Jualan Jumlah aset
7.5% 0.85 kali
6.4%

Copyright Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 ANALISIS PENYATA KEWANGAN 81

Dalam formula DuPont, margin keuntungan bersih mengukur keberuntungan


jualan, manakala jumlah pusing ganti aset menunjukkan kecekapan pengurusan
dalam menggunakan aset untuk menjana jualan.

Nilai pulangan aset dikira menggunakan formula DuPont iaitu sama dengan
nilai pulangan aset dikira secara berasingan seperti Topik 2.10.4. Walau
bagaimanapun, formula DuPont membenarkan syarikat menilai pulangan aset
secara berasingan dalam dua komponen yang berbeza iaitu keuntungan atas
jualan dan kecekapan pengurusan aset.

Langkah kedua dalam analisis DuPont adalah dengan mengaitkan pulangan aset
dengan pulangan ekuiti. Hubungan ini ditunjukkan di bawah:

Pulangan ekuiti Pulangan aset Penggandaan ekuiti


Keuntungan selepas cukai Jumlah aset

Jumlah aset Jumlah ekuiti
6.4% 1.84 kali
11.8%

Apabila nilai pulangan aset dan penggandaan ekuiti digantikan dengan formula di
atas, keputusan adalah 11.8%, sama seperti yang dikira secara langsung dalam
subtopik 2.10.5. Walau bagaimanapun, analisis DuPont mempunyai kelebihan
untuk membenarkan pengurus menilai pulangan ekuiti dengan melihat tiga
komponen berasingan iaitu:

(a) Keuntungan atas jualan;

(b) Kecekapan pengurusan aset; dan

(c) Kesan menggunakan hutang dalam pembiayaan aset.

Copyright Open University Malaysia (OUM)


82 TOPIK 2 ANALISIS PENYATA KEWANGAN

Sekiranya analisis DuPont dilanjutkan, pulangan kepada pemilik boleh dinilai


dengan melihat setiap dimensi penting seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 2.9.

Rajah 2.9:Analisis DuPont yang dilanjutkan

Berdasarkan Rajah 2.9, kita dapati bahawa pulangan ekuiti bagi Syarikat ABC
(11.8%) lebih tinggi berbanding dengan purata industri (8%). Semakin tinggi
pulangan ekuiti dipengaruhi oleh pulangan aset syarikat yang lebih tinggi
berbanding dengan industri dan kurang dipengaruhi oleh corak pembiayaan
seperti yang ditunjukkan dalam penggandaan ekuiti (pulangan aset syarikat
sebanyak 6.41%, manakala pulangan aset industri hanya sebanyak 4.8%.
Perbezaan dalam penggandaan ekuiti antara syarikat dengan industri adalah
agak kecil, 1.84 kali bagi syarikat dan 1.67 kali bagi industri).

Copyright Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 ANALISIS PENYATA KEWANGAN 83

Perbezaan dalam pulangan antara syarikat dan industri dipengaruhi oleh


perbezaan dalam margin keuntungan bersih berbanding dengan jumlah pusing
ganti aset. Perbezaan dalam margin keuntungan antara syarikat dan industri
adalah penting (7.5% untuk syarikat dan 6.4% untuk industri) berbanding
dengan perbezaan jumlah pusingan aset (0.85 kali untuk syarikat dan 0.75 kali
untuk industri).

Margin keuntungan bersih syarikat dipengaruhi oleh margin keuntungan


operasi yang lebih tinggi berbanding dengan margin keuntungan kasar. Oleh itu,
pulangan ekuiti syarikat lebih tinggi disebabkan kecekapan pengurusan dalam
menguruskan operasi.

2.12.2 Ringkasan Semua Nisbah Kewangan


Prestasi Syarikat ABC diukur berdasarkan lima kumpulan nisbah iaitu:

(a) Kecairan;

(b) Pengurusan aset;

(c) Leveraj;

(d) Keberuntungan; dan

(e) Nilai pasaran.

Nisbah kewangan syarikat boleh dibandingkan dengan nisbah syarikat lain yang
ketara atau dengan purata industri pada masa yang tertentu. Perbandingan ini
memberi penjelasan tentang kedudukan kewangan relatif dan prestasi syarikat
berbanding dengan pesaing. Analisis ini menggunakan purata industri sebagai
penanda aras atau piawaian perbandingan.

Apabila purata industri tidak boleh diperoleh, perbandingan biasanya dibuat


dengan syarikat lain dalam industri yang sama. Penanda aras ini dianggap
sebagai nilai yang sesuai bagi syarikat dalam industri yang sama. Andaian di sini
ialah bagi syarikat dalam industri yang sama, mempunyai nisbah kewangan
hampir sama. Jika nisbah syarikat menunjukkan perbezaan yang ketara dengan
nisbah piawaian, maka siasatan lanjutan perlu dilakukan untuk mencari punca
perbezaan tersebut.

Copyright Open University Malaysia (OUM)


84 TOPIK 2 ANALISIS PENYATA KEWANGAN

Bagi penilaian, nisbah kewangan syarikat dibandingkan dengan nisbah industri


satu persatu dan kemudian diklasifikasikan sebagai memuaskan atau tidak
memuaskan, bergantung kepada hala tuju dan sejauh mana ia tersasar dari
anggaran.

Jadual 2.10 merumuskan perbezaan antara nisbah kewangan Syarikat ABC


dengan purata industri bagi tahun 2011.

Jadual 2.10:RingkasanAnalisis Nisbah bagi Syarikat ABC Berbanding dengan Purata


Industri bagi Tahun 2011

Syarikat ABC Purata Industri Nota*


Nisbah Kecairan
Nisbah semasa 1.97 kali 2.05 kali US
Nisbah cepat 1.51 kali 1.43 kali US

Nisbah Pengurusan Aset


Pusing ganti akaun belum terima 6.11 kali 8.24 kali US
Purata tempoh kutipan 58.92 hari 44.3 hari US
Pusing ganti inventori 7.22 kali 6.6 kali S
Purata tempoh jualan inventori 49.86 hari 55.30 hari US
Pusing ganti aset tetap 1.29 kali 1.35 kali US
Jumlah pusing ganti aset 0.85 kali 0.75 kali S

Nisbah Leveraj
Nisbah hutang 45.7% 40.0% US
Nisbah hutang atas ekuiti 52.4% 50% S
Nisbah liputan faedah 4.49 kali 4.3 kali S

Nisbah Keberuntungan
Margin keuntungan kasar 32.1% 30% S
Margin keuntungan bersih 7.5% 6.4% S
Pulangan aset 6.42% 4.8% S
Pulangan ekuiti 11.80% 8.0% S
Perolehan sesaham RM0.29 RM0.26 S

Nisbah Nilai Pasaran


Nisbah harga perolehan 11.1 1.25 US
Nisbah hasil dividen RM0.046 RM0.50 US

*S = Memuaskan US = Tidak memuaskan

Copyright Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 ANALISIS PENYATA KEWANGAN 85

Berdasarkan Jadual 2.10, kita boleh merumuskan bahawa:

(a) Kecairan
Pencapaian syarikat dalam nisbah semasa dan nisbah cepat adalah sangat
berbeza dibandingkan dengan industri. Secara keseluruhannya, kecairan
syarikat agak memuaskan.

(b) Pengurusan Aset


Pengurusan inventori syarikat agak memuaskan. Syarikat mungkin
menghadapi masalah dengan akaun belum terima kerana tempoh kutipan
bagi syarikat lebih tinggi berbanding dengan industri. Oleh itu, perhatian
harus diberikan kepada pengurusan akaun belum terima.

(c) Leveraj
Tahap hutang syarikat adalah lebih tinggi berbanding dengan purata
industri. Walau bagaimanapun, keupayaan syarikat untuk membayar
faedah adalah lebih baik berbanding dengan industri.

(d) Keberuntungan
Keberuntungan, relatif kepada pelabur (seperti dilihat dalam pulangan aset
dan nisbah pulangan ekuiti) syarikat adalah lebih baik berbanding dengan
industri. Ini adalah sama dengan margin keuntungan kasar dan margin
keuntungan bersih.

(e) Nilai Pasaran


Saham syarikat dijual kepada harga perolehan yang lebih tinggi
berbanding dengan industri. Ini adalah sama bagi nisbah hasil dividen di
mana adalah lebih kecil berbanding dengan industri.

2.13 KEKURANGAN NISBAH KEWANGAN


Nisbah kewangan adalah alat yang penting dalam analisis kewangan tetapi
apabila pengguna mengaplikasikan dalam nisbah kewangan, mereka haruslah
mengambil kira kekurangan yang berkaitan dengan nisbah kewangan. Antara
kekurangannya adalah:

(a) Ketepatan nisbah kewangan bergantung kepada ketepatan data yang


diperolehi dalam penyata kewangan;

Copyright Open University Malaysia (OUM)


86 TOPIK 2 ANALISIS PENYATA KEWANGAN

(b) Dengan menggunakan nisbah kewangan untuk tujuan perbandingan


industri, pengguna haruslah mengambil kira bahawa nisbah industri hanya
anggaran kasar. Ini kerana kesukaran untuk mendapatkan keseluruhan
firma yang sama dalam industri yang sama;

(c) Nisbah kewangan adalah ukuran yang relatif dan tidak menunjukkan saiz
sebenar firma; dan

(d) Nisbah kewangan digunakan untuk mengukur kedudukan firma tetapi


tidak boleh memaparkan isu yang menyebabkan situasi tersebut.

AKTIVITI 2.6

Layari laman web di bawah untuk mendapatkan maklumat tambahan


berkenaan perkara yang dibincangkan dalam topik ini.

http://www.ppkm.net/
Deskripsi: Persatuan Pasaran Kewangan Malaysia ditubuhkan dengan
objektif untuk menyediakan organisasi bagi individu yang terlibat
secara aktif dalam pertukaran mata wang asing dan pasaran kewangan
di Malaysia.

http://www.finpipe.com/equity/finratan.htm
Deskripsi: Pengenalan kepada analisis nisbah kewangan.

http://www.investopedia.com/university/ratios/
Deskripsi: Langkah dan penjelasan mengenai pengiraan analisis nisbah
kewangan.

http://www.credit-to-cash-advisor.com/Document.asp?lid=120
Deskripsi: Penjelasan secara terperinci ke atas analisis DuPont. Ia juga
termasuk kalkulator web mudah.

Copyright Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 ANALISIS PENYATA KEWANGAN 87

LATIHAN 2.7

1. Apabila nisbah perbandingan menunjukkan perubahan yang


ketara dalam kedudukan kewangan syarikat, pengurus haruslah
membuat siasatan lebih lanjut.

(a) Betul (b) Salah

2. Dalam analisis DuPont, pulangan ekuiti adalah hasil daripada


gandaan tiga nisbah lain: margin keuntungan bersih, jumlah
pusing ganti aset dan pulangan aset.

(a) Betul (b) Salah

3. Keuntungan bersih dibahagikan dengan jumlah aset ialah nisbah


___________.

A. Pulangan ekuiti

B. Nisbah semasa

C. Margin keuntungan kasar

D. Pulangan aset

4. Nisbah hasil dividen ialah:

A. Jumlah wang yang diagihkan kepada pemegang saham.

B. Dividen berbayar kepada pemegang saham dibahagikan


dengan perolehan tertahan.

C. Dividen sesaham dibahagikan dengan harga sesaham.

D. Perolehan tertahan dibahagikan dengan jualan.

Copyright Open University Malaysia (OUM)


88 TOPIK 2 ANALISIS PENYATA KEWANGAN

5. Gunakan maklumat yang diberikan untuk mengira keuntungan


bersih.
Pulangan aset = 2%
Jumlah pusing ganti aset = 0.5 kali
Kos jualan barang = RM105,000
Margin keuntungan kasar = 30%

6. Kira pulangan ekuiti berdasarkan pada maklumat di bawah:


Jualan = RM100,000
Keuntungan bersih = RM3,000
Jumlah aset = RM150,000
Jumlah liabiliti = RM75,000

7. Senarai di bawah adalah beberapa urus niaga yang dibuat oleh


Fima Corporation beserta dengan nisbah kewangan.

Bagi setiap urus niaga, nyatakan sama ada terdapat peningkatan,


pengurangan atau tiada perubahan kepada nisbah yang
disenaraikan di sebelah transaksi berkaitan.

Urus Niaga Nisbah Kewangan


(a) Jualan kredit atas inventori Nisbah semasa
(b) Terbitan saham biasa bagi kutipan Pulangan ekuiti
tunai
(c) Terbitan bon jangka panjang bagi Nisbah hutang
tunai
(d) Isytihar dan bayar dividen tunai Hasil dividen
bagi saham biasa
(e) Kutipan akaun belum terima Pusing ganti akaun belum
terima
(f) Membuat pinjaman wang tunai Pulangan aset
bagi terbitan jangka panjang nota
belum bayar

Copyright Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 ANALISIS PENYATA KEWANGAN 89

8. Pengurus kewangan Lily Corporation menyediakan maklumat


kewangan berikut untuk anda supaya anda dapat menyediakan
analisis kewangan syarikat.

Lily Corporation
Kunci Kira-kira pada 31 Disember 2010

RM RM
Tunai 1,000 Akaun perlu dibayar 9,000
Akaun belum terima 8,900 Akruan akaun 6,675
Inventori 4,350
Jumlah liabiliti semasa 15,675 Jumlah aset semasa 14,250

Jumlah aset tetap 35,000 Pinjaman jangka panjang 4,125


Susutnilai terkumpul 13,250
Aset tetap bersih 21,750
Jumlah liabiliti 19,800
Saham biasa 1,000
Perolehan tertahan 15,200
Jumlah ekuiti 16,200
Jumlah aset 36,000 Jumlah liabiliti dan ekuiti 36,000

RM
Jualan 100,000
Kos jualan barang 87,000
Keuntungan kasar 13,000
Perbelanjaan operasi 11,000
Keuntungan operasi 2,000
Perbelanjaan faedah 500
Keuntungan sebelum cukai 1,500
Cukai 420
Keuntungan bersih 1,080

Copyright Open University Malaysia (OUM)


90 TOPIK 2 ANALISIS PENYATA KEWANGAN

Berdasarkan maklumat kewangan di atas, kira nisbah kewangan


berikut:

(a) Nisbah semasa __________________

(b) Nisbah cepat __________________

(c) Tempoh purata kutipan __________________

(d) Pusing ganti inventori __________________

(e) Pusing ganti aset tetap __________________

(f) Jumlah pusing ganti aset __________________

(g) Nisbah hutang __________________

(h) Nisbah liputan faedah __________________

(i) Margin keuntungan kasar __________________

(j) Margin keuntungan operasi __________________

(k) Margin keuntungan bersih __________________

(l) Pulangan aset __________________

(m) Pulangan ekuiti __________________

9. Lengkapkan kunci kira-kira Syarikat Amri berdasarkan maklumat


berikut. Andaikan terdapat 360 hari dalam setahun.

Margin keuntungan kasar = 38.7%


Pusing ganti inventori = 6 kali
Tempoh purata kutipan = 31 hari
Jualan = RM720,000
Nisbah semasa = 2.35 kali
Jumlah pusing ganti aset = 2.81 kali
Nisbah hutang = 49.4%

Copyright Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 ANALISIS PENYATA KEWANGAN 91

Syarikat Amri
Kunci Kira-kira
RM RM
Aset Liabiliti dan Ekuiti Pemilik
Aset semasa Liabiliti semasa
Tunai 8,005 Akaun perlu dibayar 28,800
Sekuriti boleh pasar Nota belum bayar
Akaun belum terima Akruan 18,800
Inventori Jumlah liabiliti semasa
Jumlah aset semasa 159,56
5
Liabiliti jangka panjang
Jumlah aset tetap Jumlah liabiliti
Susut nilai terkumpul 50,000
Aset tetap bersih Pemegang saham ekuiti
Saham keutamaan 2,451
Saham biasa 30,000
Modal berbayar 6,400
Perolehan tertahan 90,800
Total assets Jumlah ekuiti
Jumlah liabiliti dan ekuiti

Analisis nisbah kewangan sesuai digunakan apabila syarikat hendak


mentafsirkan penyata kewangan syarikat.

Nisbah kecairan seperti modal kerja bersih, nisbah semasa dan nisbah cepat
membolehkan pengukuran keupayaan syarikat untuk memenuhi tuntutan
jangka pendek yang telah matang.

Nisbah pengurusan aset mengukur keberkesanan syarikat dalam


menggunakan aset. Contoh nisbah termasuk pusing ganti akaun belum
terima, tempoh purata kutipan, pusing ganti inventori, tempoh purata jualan
inventori, pusing ganti aset tetap dan jumlah pusing ganti aset.

Nisbah leveraj mengukur tahap syarikat dibiayai hutang atau keupayaan


syarikat untuk memenuhi tuntutan kewangan seperti tuntutan faedah.

Copyright Open University Malaysia (OUM)


92 TOPIK 2 ANALISIS PENYATA KEWANGAN

Nisbah keberuntungan mengukur keberkesanan syarikat dalam menjana


pulangan daripada pelaburan dan jualan. Contohnya, margin keuntungan
kasar, margin keuntungan bersih, pulangan aset dan pulangan ekuiti.

Nisbah nilai pasaran seperti nisbah harga perolehan dan nisbah hasil
dividen, mengukur keupayaan syarikat untuk mewujudkan nilai dalam
pasaran melebihi kos pelaburan. Aspek ini adalah sangat penting kerana
nisbah ini secara langsung berkaitan dengan objektif syarikat untuk
memaksimumkan kekayaan pemegang saham dan nilai syarikat.

Analisis DuPont digunakan oleh pengurus kewangan untuk menilai


kedudukan kewangan syarikat dengan mengukur kedua-dua nisbah penting
iaitu nisbah pulangan aset dan nisbah pulangan ekuiti, manakala pendekatan
ringkasan untuk analisis nisbah kewangan adalah untuk menunjukkan
semua aspek kedudukan kewangan syarikat untuk mengenal pasti sektor
yang memerlukan siasatan lanjutan.

Analisis DuPont Nisbah nilai pasaran


Analisis nisbah kewangan Nisbah pengurusan aset
Kunci kira-kira Penyata aliran tunai
Laporan tahunan Penyata kewangan
Nisbah keberuntungan Penyata pendapatan
Nisbah kecairan Penyata perolehan tertahan
Nisbah leveraj

Copyright Open University Malaysia (OUM)

Вам также может понравиться