Вы находитесь на странице: 1из 5

BAB 1: Kepentingan Pentaksiran Dalam Pendidikan Khas

Perkara or subtopic yang perlu kita pelajari dan tahu dalam bab ni ialah:

A. Maksud Pentaksiran

Gronlund (1993) mendefinisikan Pentaksiran sebagai proses menentukan,


mendapatkan dan memberikan maklumat yang berguna untuk membuat
pertimbangan mengenai tindakan yang selanjutnya.

David Lambert dan David Lines (2000), pula tells us the meaning of
Assessment@pentaksiran is proses pengumpulan, menterjemah, merekod dan
menggunakan maklumat mengenai respon murid kepada tugas pendidikan.

Gearheart (1990), mengatakan pentaksiran ialah proses pengumpulan dan


penterjemahan secara saintifik tentang sesuatu maklumat yang luas berdasarkan
keputusan intervensi dan apabila bersesuian keputusan ditempatkan dan cadangan
penempatan.

Slavia dan Yseldyke (1978), pulok royak pentaksiran ni sebagai proses


pengumpulan data dengan tujuan untuk kenal pasti dan mengesan masalah murid
serta membuat keputusan...

Kesimpulan yang dapat saya buat berdasarkan definisi org2 hebat di atas
ialah, pentaksiran ni ialah usaha guru dalam mengumpul data atau maklumat
berkenaan kelemahan muridnya bagi merancang aktiviti PDP dengan lebih berkesan
untuk tingkatkan lagi pemahaman mereka berkenaan topik yang diajar.. Nadzim
Bakri (2013)....sayo pun nak jadi tokoh jugok la...hik2

B. Tujuan Pentaksiran dalam Pendidikan Khas

Apelahkan tujuan pentaksiran ni digunakan di sekolah terutamanya dalam


pendidikan khas?? Berdasarkan definsi di atas, korg dah boleh buat andaian tentang
tujuan or pentingnya pentaksiran ni dibuat di sekolah.

Antara tujuan pentaksiran ialah:

1. Beri maklum balas kepada murid untuk perbaiki pencapaian. Contohnya,


murid yang tak pandai mengeja or membaca,guru akan laksanakan intervensi
untuk perbaiki masalah tersebut.

2. Mendapatkan maklumat yang berkualiti bagi membuat interpretasi yang sah


dan boleh dipercayai mengenai pembelajaran murid.
3. Dapat kenalpasti jika murid fahami kurikulum yang diajar atau sebaliknya.
Guru perlu mengajar semula dengan kaedah yang berlainan atau
menggunakan BBM yang lebih baik jika kurikulum yang diajar tidak difahami
atau tidak mencapai objektif.

4. Memberi maklumat kepada ibubapa/penjaga tentang prestasi pembelajaran


anak/jagaan mereka.

5. Penentuan kumpulan untuk proses PdP.

6. Pemilihan BBM yang sesuai.

C. Bidang Pentaksiran

Guru seharusnya melaksanakan pentaksiran secara individu......lebih molek


katanya....Bila difikirkan balik, betul jagak kan??? Pentaksiran ni perlulah dilakukan
secara perseorang supaya intervensi dapat dibuat dengan lebih baik dan sempurna.
Pentaksiran perlu mengambil kira beberapa aspek iaitu:

1. Kemahiran Kognitif

2. Kecerdasan

3. Memori

Selain daripada aspek tersebut....Guru juga boleh melihat aspek lain


yang termasuk dalam Bidang Pentaksiran. Antaranya ialah:
1. Kemahiran Motor - termasuklah motor kasar dan motor halus.

2. Kemahiran Persepsi - kemahiran ini termasuklah persepsi visual (melibatkan


penglihatan) dan persepsi auditori (melibatkan pendengaran).

3. Pencapaian Akademik

4. Bacaan - tulisan, matematik dan lain2.

5. Kemahiran Bahasa - bahasa expresif (luahan murid melalui tulisan dan


pertuturan) dan bahasa reseptif (pendengaran dan penglihatan).

6. Tingkahlaku - Sosial, emosi, kesihatan, pemeriksaan penglihatan dan


pemeriksaan pendengaran..
D. Instrumen Pentaksiran dan Penilaian

i) Pentaksiran Alternatif

berasaskan pendapat bahawa murid ni boleh membuat akses pembelajaran


kendiri dan belajar dari proses penilaian tersebut.

memberi peluang kepada murid untuk semak perkembangan diri sendiri


termasuklah perkembangan linguistik (semantik, morfologi, pragmatik dan
fonologi) dan proses pembelajaran.

ii) Pentaksiran Pencapaian

berdasarkan kepada pemerhatian dan penilaian guru ketika murid sedang


melakukan sesuatu aktiviti, tingkahlaku serta berinterkasi dengan orang
lain....dengan membuat pemerhatian yang teliti, guru akan dpt karekter yang
real drp student diorg...bukan karekter rekaan semata-mata.

nama lain ialah pentaksiran autentik (nilai kebolehan murid untuk lakukan
sesuatu tugas dalam keadaan dan situasi sebenar).

iii) Pentaksiran Real lifetask/Situation

beri peluang untuk tafsir kreativiti, kemahiran merancang, kebolehan untuk


mengintegrasikan pengetahuan dan kemahiran untuk belajar dengan orang
lain.

iv) Ujian Saringan

dijalankan untuk kenalpasti kanak-kanak yang berisiko menghadapi masalah.

satu alat pengurusan yang menyeluruh membantu mengesan murid yang


lemah (utk asingkan&tentukan kumpulan murid dan dilaksanakan melalui
ujian formal@x formal sama ada secara individu@kumpulan)

dalam pemulihan, ujian saringan adalah satu instrumen pengukuran yang


menyeluruh terhadap kekuatan dan kelemahan dalam kemahira2 asas.

dapat kenalpasti kelemahan dan memerlukan bantuan pemulihan.


v) Ujian Diagnostik

Ialah instrumen pengukuran yang membolehkan guru mengesan kawasan lemah


secara saintifik yang dihadapi murid.....aaahaaa.....dengan kate lain, cikgu boleh tau
ape masalah murid dengan lebih detail, adakalah masalah dalam mengenal abjad,
mengenal suku kata KV or what ever (Bahasa Melayu).

Ujian ini adalah bertujuan untuk:

kenalpasti secara khusus kesulitan2 yang dihadapi murid.

kenalpasti punca kegagalan murid untuk kuasai kemahiran.

kenalpasti kumpulan tertentu mengikut kebolehan dan kawasan2 kesulitan


yang dihadapi murid.

bantu guru untuk merancang satu program pengajaran yang khusus (secara
individu@kumpulan) dengan lebih tepat dan sistematik.

bantu guru rancang objektif pengajaran.

membolehkan guru rancang dan bina bahan bantu mengajar yang sesuai
mengikut tahap.

vi) Portfolio

popular digunakan dalam kalangan guru.

dijalankan secara berterusan.

sampel2 kerja yang disimpan dalam portfolio boleh tunjukkan kemajuan yang
dicapai oleh murid.

bahan2 bukti pencapaian.

vii) Pemerhatian

selalu je guru guna di sekolah.....guru ni suka tengok tingkah laku or masalah


kita.

lebih diutamakan pada masalah tingkah laku.

perlu direkod sesuai untuk kemahiran tingkah laku dan sosial murid.
E. CARA PENGUMPULAN MAKLUMAT

i) Rekod Lama

ialah rekod yang membolehkan guru memperoleh maklumat atau peristiwa


atau keadaan pada masa sebelumnya.

contohnya buku rekod, dalam buku rekod tu, guru dapat tengok tahap
pencapaian murid pada darjah berapa ke darjah berapa. Dengan adanya
rekod lama ini, guru dapat membandingkan tahap pencapaian murid
tersebut..sama ade meningkat atau semakin menurun...

ii) Sample Kerja

juga dikenali sebagai hasilan kerja.

berdasarkan kerja murid yang telah siap.

example: kraftangan, lukisan and paling jelas ialah kerja sekolah korang
(homework).

Вам также может понравиться