Вы находитесь на странице: 1из 9

EKSPERIMEN : Mengkaji Sel Haiwan ( Sel Pipi ) dan Sel Tumbuhan ( Sel

Epidermis Tumbuhan )

OBJEKTIF : Untuk menyediakan slaid sel haiwan dan sel tumbuhan menggunakan

teknik pewarnaan yang betul.

TEORI

Setiap unit yang kecil dan mudah yang berfungsi dalam sistem yang besar dan
setiap unit tersebut dinamakan sel. Sel sangat penting kepada sistem kehidupan
Biologi. Semua organisme diperbuat daripada sel-sel. Dalam hierarki organisasi
biologi, sel adalah koleksi yang paling ringkas yang boleh hidup. Kebanyakan
organisme kompleks terutama haiwan dan tumbuhan adalah multisel.

Sel sangat sukar dilihat dengan mata kasar kerana sel biasanya adalah
sangat kecil dan boleh menjadi terlalu kompleks. Oleh itu, sel boleh dilihat
menggunakan mikroskop cahaya ataupun lebih tepat pemerhatiannya adalah
dengan menggunakan mikroskop electron. Sel ialah unit binaan asas bagi semua
organisme. Sel terdiri daripada komponen yang hidup, iaitu protoplasma ( sitoplasma
dan nukleus ) yang diselaputi membran plasma. Kandungan sel yang terdapat di
dalam nukleus disebut sebagai nukleo plasma mankala yang terdapat di luar
nukleus disebut sebagai sitoplasma. Membran plasma adalah lapisan nipis yang
mengelilingi protoplasma.

Sel terbahagi kepada dua iaitu sel tumbuhan dan sel haiwan. Sel tumbuhan
diselaputi lapisan selulosa yang kuat, iaitu dinding sel di bahagian luar membran
plasma. Di dalam sitoplasma sel, terdapat beberapa jenis organel. Organel ialah
struktur halus sel yang melakukan suatu fungsi yang khusus. Contoh organel ialah
nukleus, mitokondrian, kloroplas, vakuol, ribosom, jasad Golgi dan jalinan
endoplasma.
Sel haiwan dan sel tumbuhan adalah eukariotik sel. Mereka mempunyai sifat
struktur yang sama tetapi terdapat juga beberapa perbezaan di antara sel haiwan
dan sel tumbuhan.

BAHAN DAN RADAS :

Mikkroskop

Slaid mikroskop

Slip kaca

Penitis

Forcep

Pisau

Pencungkil gigi

Metilena biru

Larutan iodin

Bawang

Hipotesis sel haiwan :

Struktur sel haiwan yang kelihatan di bawah mikroskop cahaya ialah


membran plasma, sitoplasma dan nukleus.
Prosedur :

(a) Memerhati sel pipi

1. Berkumur dengan air bersih.


2. Dengan menggunakan pencungkil gigi, perlahan-lahan gores bahagian dalam
pipi anda dan dapatkan satu lapisan nipis specimen sel pipi.
3. Letakkan lapisan nipis itu di dalam titisan larutan metilena biru di atas slaid
kaca.
4. Tutup spesimen dengan penutup slaid kaca.
5. Perhatikan struktur sel dalam slaid menggunakan mikroskop cahaya dengan
kuasa rendah dan kemudian dengan kuasa tinggi.

Rajah 1 : Cara mengambil specimen dari sel pipi

6. Lukis sel pipi dan labelkan bahagian yang berikut : nukleus, jalinan kromatin,
membran sel dan sitoplasma.
Keputusan :

Rajah 2 : Struktur sel pipi

Pembesaran 400 kali

Membran sel

Sitoplasma nukleus

Jalinan kromatin

Rajah 3 : Sel pipi

Perbincangan :

Eksperimen sel pipi manusia dijalankan dengan mengikis bahagian sebelah


pipi secara perlahan-lahan menggunakan sebatang pencungkil gigi yang tumpul.
Berdasarkan eksperimen yang dilakukan, pemerhatian yang dilakukan ke atas sel
menunjukkan keputusan yang berbeza pada pembesaran yang berlainan. Pada
pembesaran 40, sel pipi tidak begitu jelas berbanding pada pembesaran 100 yang
lebih jelas kelihatan. Sel pipi tidak mempunyai bentuk yang tetap. Metilena biru yang
diletakkan pada sel pipi manusia mewarnakan sitoplas dan nukleus pipi menjadi
biru.
Hipotesis sel tumbuhan ( bawang ) :

Struktur sel tumbuhan yang kelihatan di bawah mikroskop cahaya ialah


dinding sel, membran plasma, nukleus, sitoplasma dan vakuol.

Prosedur :

(b) Memerhati sel epidermis bawang

1. Gunakan forcep untuk menanggalkan lapisan atas epidermis dalam daun


sisik bawang.
2. Letakkan epidermis daun di dalam titisan larutan iodine di atas slaid kaca.
3. Tutup specimen dengan penutup slaid kaca.
4. Perhatikan struktur sel dalam slaid menerusi mikroskop cahaya dengan kuasa
rendah dan kemudian dengan kuasa tinggi.
5. Lukis sel epidermis bawang dan labelkan bahagian yang berikut : nukleus,
jalinan kromatin, membran sel, sitoplasma dan vakuol.

Keputusan :

Rajah 4 : Struktur sel bawang

Pembesaran 400 kali


Membran sel

jalinan kromotin

Nukleus

Sitoplasma

vakuol

Rajah 5 : Sel epidermis bawang

Perbincangan :

Berdasarkan eksperimen mengkaji sel tumbuhan , sel epidermis bawang


telah digunakan. Pada pembesaran 40 juga tidak begitu jelas berbanding pada
pembesaran 100 yang jelas kelihatan. Sel tumbuhan mempunyai bentuk yang tetap.
Larutan iodin mewarnakan bahagian nukleus menjadi perang. Sel bawang tidak
mempunyai kloroplas dan dengan itu larutan iodin tidak menjadi biru kehitaman
kerana tidak terdapat kanji pada sel bawang. Masalah yang sering timbul ketika
melakukan eksperimen ini ialah gelembung udara. Gelembung udara yang berada
pada bawah kaca penutup akan mengganggu sel-sel yang ingin dilihat. Oleh itu,
cara terbaik untuk mengelak daripada gelembung udara tersebut berada bawah
kaca penutup adalah dengan mengetuk kaca penutup menggunakan pensel yang
tajam agar gelembung udara dapat dikeluarkan. Larutan iodin adalah larutan umum
yang digunakan bagi sel tumbuhan dan metilena biru adalah larutan umum yang
digunakan oleh sel manusia dan haiwan.

Kesimpulan :

Sel haiwan tidak mempunyai bentuk yang tetap dan terdiri daripada membran
plasma, sitoplasma dan nukleus. Sel tumbuhan mempunyai dinding sel, membran
plasma, nukleus dan sitoplasma.
Soalan :

1. Namakan jenis sel yang dijumpai di bahagian dalam pipi


anda. Sel epithelial
2. Mengapakah epidermis dalam daun bawang tidak mengandungi
kloroplas? Kerana bawang tidak menjalankan proses fotosintesis.
3. Nyatakan persamaan dan perbezaan antara sel haiwan dan sel tumbuhan.
Persamaan - mempunyai
- nukleus Sitoplasma
- Membrane plasma

- Jasad Golgi
Mitokondria
-
Jalinan endoplasma
-
Perbezaan

Sel tumbuhan Sel haiwan

Sel lebih besar Sel lebih kecil

Mempunyai bentuk yang tetap Tidak mempunyai bentuk yang tetap

Mempunyai dinding sel Tidak mempunyai dinding sel

Mempunyai klorofil Tidak mempunyai klorofil

Mempunyai vakuola atau rongga sel Tidak mempunyai vakuola, walaupun


yang besar kekadang sel beberapa haiwan
uniselular memiliki vakuola ( tapi tidak
sebesar yang dimiliki tumbuhan )

Menyimpan tenaga dalam bentuk biji Menyimpan makanan dalam bentuk biji
(granul ) kanji (granul) glikogen

Tidak mempunyai sentrosom Mempunyai sentrosom


4. Mengapakah nukleus dikenali sebagai pusat kawalan bagi sel?
Kerana di dalam nukleus terdapat kromatin yang membentuk kromosom
apabila sel tidak membahagi. Kromatin yang mengandungi DNA akan
mengawal aktiviti dalam sel kerana di dalam DNA terdapat genetik kod.

5. Apa itu tisu ?apakah perkataan yang merujuk kepada gabungan tisu untuk
melaksanakan suatu tugas yang tertentu?
Tisu ialah ialah sekumpulan sel yang telah mengalami pengkhususan yang
sama dan dengan itu mempunyai struktur yang serupa serta tersusun
bersama-sama untuk melaksanakan satu fungsi khusus.
Sekumpulan tisu yang melakukan sesuatu kerja bersama bermaksud
sekumpulan tisu yang boleh menjalankan fungsi yang khusus dengan lebih
cekap berbanding dengan satu sel sahaja.
RUJUKAN

http://www..sith.itb/ac.id/.../struktur%20dan%20fungsi%20sel%20tumbuhan.pdf

http://id.wikipedia.org/wiki/sel_pdf

http://www.wikipedia,thefreeencyclopedia

http://www.biology-zzs.blogspot.com/2010/.../sel-haiwan-dan-sel-tumbuhan.html

Вам также может понравиться