Вы находитесь на странице: 1из 25

Kepentingan Sejarah Kesultanan Melayu Melaka Kepada Masyarakat

Melayu Dalam Aspek Sosial

1. Perkembangan dan Kemunculan Islam

Secara umumnya kedatangan Islam di rantau ini seawal abad ke-7 yang telah
dibawa masuk oleh para ulama luar yang rata-ratanya merupakan para
pedagang adalah suatu peristiwa sejarah yang besar bagi penduduk kepulauan
Melayu secara keseluruhannya. Hamka yang telah membuat kajian
menggunakan sumber Cina dan tulisan T.W. Arnold menyebut peranan dakwah
yang dimainkan oleh para pedagang Arab di rantau Alam Melayu dan dunia
sebelah timur adalah sekitar abad ketujuh Masihi. Walaupun demikian
pengislaman keseluruh kawasan rantau ini tidak seragam. Jika dilihat melalui
kedatangan para pedagangan Islam pada peringkat awal dianggarkan sekitar
abad ke-7 lagi. Kelompok kecil pendakwah ini telah berada di rantau Melayu iaitu
di bahagian barat Sumatera (674), dan 878 dan di Jawa pada 1082, di Champa
1039, Semenanjung Tanah Melayu pada 878 dan 1302 dan semakin bertambah
ramai sekitar abad ke-15. Menurut sesetengah sarjana, Islam telah tersebar di
rantau ini sejak abad ke-13 atau ke-14 berdasarkan kerajaan Samudera Pasai
yang merupakan kerajaan Melayu-Islam pertama.

Jika didasarkan kepada penemuan batu nisan Syeikh Abdul Kadir Ibn
Husayn Shah Alirah bertarikh 290H/902M di Tanjung Inggeris Alor Setar Kedah,
batu nisan bertulisan Arab yang ditemui di Teluk Cik Munah Pekan Pahang
bertarikh 419H/1028M menunjukkan bahawa Islam telah bertapak di rantau ini
sejak abad ke-10.1 Terdapat banyak teori tentang kedatangan Islam di Nusantara
yang telah dibincangkan oleh sarjana-sarjana sejak 1960-an. Sesetengahnya
berpandangan bahawa Islam telah dibawa dari Selatan India berdasarkan
wujudnya batu-batu nisan yang serupa dengan yang terdapat di Gujerat dan
Benggal di samping kehadiran pedagang-pedagang yang kebanyakannya berasal

1 Keterangan lanjut sila lihat Hamka .1997. Sejarah Umat Islam, Singapura: Pustaka Nasional, hlm.
670-671. T.W. Arnold. 1979. The Preaching of Islam: A History of the Propagation of the Muslim
Faith, Lahore: Sh. Muhammad Ashraf, hlm. 367-368. Mohammad Redzuan Othman. 2005. Islam dan
Masyarakat Melayu: Peranan dan Pengaruh Timur Tengah, Kuala Lumpur: Penerbit Universiti
Malaya, hlm 8-12.
dari Gujerat, Coromandel dan Malabar. Antara mereka yang beranggapan
sedemikian ialah sarjana-sarjana seperti Pijnappel, Snouck Hurgrenje, Moquette,
Morrison, Winstedt, Schrieke dan sebagainya. Hamka yang merupakan antara
tokoh awal mempopularkan teori ini menyebut bahawa orang Arab terutama
saudagar yang berniaga di kawasan sebelah Timur telah menyebarkan Islam ke
rantau ini. Selain itu, Syed Naquib al-Attas juga turut menyanggah pandangan
sarjana barat dan berpandangan bahawa Islam telah dibawa dari Arab-Parsi
berdasarkan pengarang asal karya kesusasteraan yang mengandungi nama
orang Arab-Parsi. Selain itu nama dan gelaran para pembawa awal Islam di dalam
karya kesusasteraan Melayu turut mengandungi nama orang Arab-Parsi. 2

Kemasukan agama Islam ini telah memainkan peranan agak penting dari
segi mengislamisaskan masyarakat tempatan sehingga berlakulah suatu
perubahan besar dalam kehidupan masyarakat Melayu. Para ulama yang datang
ini telah mengislamkan masyarakat Melayu yang rata-ratanya beragama Hindu
secara peringkat demi peringkat dan cuba menukar corak pemikiran mereka
sama ada golongan diraja, bangsawan dan rakyat biasa kepada cara hidup islam
yang sebenar.3 Mereka menyajikan Islam dalam bentuk yang ilmiah iaitu dengan
menekankan pembuktikan ke atas setiap ajaran agama. Misalnya tentang
kewujudan Tuhan yang Maha Esa dibuktikan melalui kewujudan alam ini. Jika
tiada penciptanya sudah tentu alam ini juga tidak wujud dengan sendirinya.
Secara tidak langsung Pembuktian secara rasional dan ilmiah ini telah menukar
aliran sejarah yang sebelumnya banyak dipengaruhi oleh ajaran Animisme dan
Hindu-Buddha yang berasaskan kedewaan dan pemujaan bersifat kesenian
kepada satu aliran yang lebih berasaskan ilmu dan akal.

Dalam usaha mengislamisasi masyarakat Alam Melayu, para ulama telah


melakukan beberapa cara dan kaedah untuk menarik lebih ramai orang Melayu
menganuti agama Islam. Antara tugas awal yang dilaksanakan ialah mengajar

2 Azyumardi Azra. 2002. Jaringan Global, dan Lokal Islam Nusantara, Bandung: Penerbit Mizan. hlm
26-27.

3 Syed Muhammad Naquib al-Attas. 1969.Preliminary Statement on a General Theory of the


Islamization of the Malay-Indonesian Archipelago, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm.
5-6. Lihat juga Syed Muhammad Naquib al-Attas. 1966. Raniri and the Wujudiyyah of the 17
Century Acheh, MBRAS III, Singapore, hlm. 1-2 .
ilmu agama di istana-istana, mempelajari bahasa dan budaya Melayu serta
sesetengahnya pula mengahwini penduduk tempatan. 4 Perkahwinan campur
merupakan antara kaedah yang dirasakan sesuai kerana melalui perkahwinan
campur akan terbentuk komuniti Muslim yang memainkan peranan penting
dalam mendidik dan menyebarkan Islam. Melalui penampilan mereka yang
berkarisma dan kekuatan akliyah telah menyebabkan para pemerintah serta
rakyat setempat dapat menerima mereka dengan mudah dan yakin. Sesetengah
daripada mereka pula telah berkahwin dengan keluarga diraja untuk
memperolehi kedudukan yang istimewa dalam kerajaan seperti menjadi
penasihat raja atau sultan dalam urusan keagamaan serta undang-undang.
Keadaan ini lebih memudahkan lagi mereka menyebarkan Islam di samping
mengajar agama kepada para penuntutnya. Secara tidak langsung penyebaran
Islam dalam kalangan atasan iaitu golongan pemerintah telah akhirnya dituruti
juga oleh rakyat bawahan.5

Selain itu, Pendidikan agama juga memainkan peranan penting kerana


tanpa pendidikan, masyarakat tidak akan dapat memahami dan mempratikan
Islam dengan sebenar-benarnya dalam kehidupan mereka. Terdapat usaha dalam
kalangan para ulama untuk memberikan pendidikan dalam kalangan masyarakat
melalui pengajian agama di istana atau masjid-masjid. Bukti pengajian agama
diistana dapat dilihat melalui Sejarah Melayu yang menyebut bahawa Maulana
Abu Bakar telah membawa sebuah kitab teologi (usuluddin) bercampur tasawwuf
yang ditulis oleh gurunya iaitu seorang sufi bernama Abu Ishaq bertajuk Durr al-
Mansum6 kepada Sultan Mansur Shah7 (1459-1477) di istana Melaka. Kemudian
baginda telah mentitahkan supaya buku tersebut dibawa ke istana Pasai untuk
mendapatkan penjelasan dan tafsiran lanjut sebelum dibawa ke Melaka semula
untuk dipelajari baginda sendiri.8 Ini kerana Pasai terkenal sebagai sebuah
kerajaan awal menerima Islam9 dan masyhur dari segi pengajian agama dan
kesusateraan Melayu-Islam.10

4 S.Q. Fatimi. 1963., Islam Comes to Malaysia, Singapore: Malaysia Sociological Research Institute,
hlm. 83.

5 Azyumardi Azra. 2002. Jaringan Global, dan Lokal Islam Nusantara, Bandung: Penerbit Mizan. hlm.
31.
Kitab ini kemudiannya telah ditafsir oleh seorang ulama Pasai bernama Tuan
Pematakan atau Tuan Patakan setelah dipertanggungjawabkan oleh Sultan
Pasai.11 Kitab Durr al-Manzum12 yang memang terkenal sejak zaman Sultan
Mansur Shah ini kemudiannya terus dipelajari oleh golongan istana seperti
Sultan Alauddin Riayat Shah 13 dengan bergurukan Maulana Abu Bakar dan
puteranya Raja Ahmad atau Muhammad (Sultan Mahmud Shah) 14 yang
bergurukan Maulana Sadar Jahan. Rentetan daripada pengaruh pengajian agama

6 Durr al-Manzum bermaksud Mutiara Terkarang atau Seuntai Mutiara adalah sebuah kitab
tasawwuf yang terkenal di Melaka di zaman pemerintahan Sultan Mansur Shah. Terdapat kesilapan
dari segi penyalinan judul karya tersebut sehingga membawa perubahan makna yang berbeza dan
tidak sesuai dengan isi kandungannya. Misalnya sesetengah sarjana menyebutnya Durr al-Mazlum
(Sejarah Melayu versi Abdullah Munsyi terbitan E.J. Brill, Leiden) yang membawa maksud Mutiara
Orang Yang kena Zalim, Duril Mazlum (versi A. Samad Ahmad) dan Daral-Mazlum (versi
Shellabear) bererti Negara atau tempat Orang Yang Kena Zalim. Karya ini terbahagi kepada tiga
bahagian iaitu bahagian pertama membahaskan tentang zat Allah, bahagian kedua membahaskan
tentang sifat-sifat Allah dan bahagian ketiga membahaskan tentang afal-Nya. Shafie Abu Bakar,
Kitab al-Durr al- Manzum dan Kitab al-Luma Sebagai Pancaran Budaya Ilmu di Melaka:
Permasalahan dan Pengaruh Lanjutannya, kertas kerja Persidangan Antarabangsa Pengajian
Melayu, Universiti Malaya, hlm 21-23 Ogos 1989. h. 7-8. Wan Muhammad bin Wan Ali, Suntingan
dan Anotasi Sebuah Kitab Tasawwuf Melayu Kurun Ketiga Belas Hijrah/Kedelapan Belas Masihi: ad-
Durrun-Nafis, Tesis Sarjana Persuratan, Institut Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan, Kuala
Lumpur: Universiti Kebangsaan Malaysia. 1973. hlm. 52.

7 Armando Cortesao. 1994.The Suma Oriental of Tome Pires. London: The Hakluyt Society, hlm.
246-247

8 Ismail Hamid. 1983. The Malay Islamic Hikayat, Monograf 1, UKM: Institut Bahasa, hlm. 19. Lihat
juga R.Winstedt. 1969. A History of Classical Malay Literature, Oxford: Oxford University Press, Edisi
kedua. Hlm. 135.

9Abdul Rauh Yaacob. 1994. Lembaran Sejarah dan Tamadun Islam, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka. hlm. 73.

10 Abdul Malik bin Abdullah. 1976. Persuratan, Institut Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan.
Kuala Lumpur: Universiti Kebangsaan Malaysia. hlm. 16-17.

11 A. Samad Ahmad. 1996. Sulalatus Salatin-Sejarah Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka. hlm. 157-161.

12 Virginia Matheson Hooker. 1991. Tuhfat al-Nafis: Sejarah Melayu-Islam. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka. hlm. 593.

13 Tidak banyak maklumat mengenai Sultan Alauddin Riayat Shah. Menurut catatan Sulalatus
Salatin, namanya sebelum diangkat menjadi sultan ialah Raja Ahmad atau timang-timangannya
Raja Hussin. Ibunya adalah saudara kepada Bendahara Paduka Raja yang diperisterikan oleh Sultan
Mansur Shah. Sultan Alauddin kemudiannya berkahwin dengan Tun Naja (puteri kepada Seri Nara
Diraja Tun Ali) memperolehi Raja Hitam, Raja Muhammad (Sultan Mahmud Shah) dan Raja Fatimah.
Melalui perkahwinan dengan isterinya yang lain memperolehi Raja Menawar dan Raja Zainal. Tome
Pires pula menyebut bahawa Sultan Mansur mempunyai dua orang putera dan dua orang puteri.
Puteranya ialah Alaoadin dan seorang lagi telah mangkat semasa sedang berburu. Setelah
ini maka kerajaan-kerajaan lain seperti Melaka, Acheh, Riau dan sebagainya yang
bangkit selepas Pasai juga turut melakukan hal sedemikian.

Pada ketika ini pengajian agama bukan sahaja dalam bidang teologi
semata-mata malah terdapat juga bidang tasawwuf dan hukum fiqh (syariah)
sehingga mempengaruhi pemikiran sesetengah raja dan sejarawan Melayu.

2. Perkembangan dan Kewujudan Pusat Pendidikan

Perkembangan agama Islam yang menggalakkan umatnya mendalami ilmu


pengetahuan tidak hanya tertumpu kepada ilmu berbentuk agama semata-mata
tetapi turut diberi penekanan dari segi ilmu sejarah yang juga mempunyai
pengajaran dan nilai moral yang tinggi. Dalam konteks ini kelihatan selain
pengajian agama, pengajian sejarah juga turut berkembang selari dengan
kemasukan Islam di rantau ini. Tradisi pengajian hikayat berbentuk sejarah
dipercayai telah berlaku lebih awal di Melaka kerana Melaka merupakan pusat
perkembangan Islam terkenal pada pertengahan abad ke-15.

kemangkatan Sultan Mansur Shah, Sultan Alauddin telah diangkat menggantikan pemerintahannya.
Pada 1488 Sultan Alauddin telah mangkat di Pagoh kerana dipercayai diracun oleh Raja Pahang dan
Inderagiri. Kemungkinan Raja Inderagiri ini ialah Raja Merlang yang mengahwini saudara
perempuan Sultan Alauddin iaitu Raja Bakal dan tinggal di Melaka. Sulalatus Salatin-Sejarah
Melayu, hlm. 173. Muhammad Yusoff Hashim. 1989. Kesultanan Melayu Melaka: Kajian Beberapa
Aspek tentang Melaka pada Abad ke-15 dan Abad ke-16 dalam Sejarah Malaysia, Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka. hlm. 114. Lihat juga W. Linehan. 1973. A History of Pahang, MBRAS,.
hlm. 15 dan The Suma Oriental of Tome Pires, hlm. 250.

14 Baginda merupakan putera Sultan Alauddin dengan isterinya, Tun Senaja (anak Seri Nara
Diraja). Setelah ayahandanya mangkat, baginda telah ditabal menjadi Sultan Melaka dengan
dipangku oleh Bendahara dan Laksamana serta beberapa pembesar lain. Seri Bija Diraja dikatakan
memberi bayangan terhadap penolakan baginda sebagai sultan dan keadaan ini menyebabkan
Sulan Mahmud sentiasa berdendam dengan Seri Bija Diraja. Menurut Tome Pires, sesetengah
pembesar ingin Raja Sulaiman (anak Sultan Alauddin dengan isterinya dari Pahang) menjadi Sultan
tetapi Bendahara lebih memihak kepada cucunya, Raja Mahmud. Manakala Sulalatus Salatin
menyebut Raja Tua ingin cucunya Raja Menawar (Kampar) menjadi Sultan Melaka. Muhammad
Yusoff Hashim, Kesultanan Melayu Melaka. hlm. 39-40. Sulalatus Salatin-Sejarah Melayu. hlm. 187-
188. Lihat juga The Suma Oriental. hlm. 252.
Sebagai pusat perkembangan Islam sudah tentu para ulama yang datang
bukan sekadar menyebarkan Islam malah turut menyampaikan beberapa buah
kisah sejarah yang terdapat di dalam al-Quran mahupun karya pensejarahan
Islam. Kisah-kisah sejarah yang dipaparkan dalam al-Quran kemudiannya telah
ditafsir dan dihurai oleh para ulama di samping menterjemah sesetengah karya
pensejarahan berbahasa Arab-Parsi ke dalam bahasa Melayu untuk memudahkan
pemahaman masyarakat agar mereka dapat menjadikannya sebagai pengajaran
dan renungan. Oleh itu boleh dikatakan pendidikan Islam ketika itu bersifat
timbal-menimbal atau saling tampung-menampung iaitu tidak terikat hanya
kepada pendidikan agama semata-mata malah turut memuatkan pengajaran
berbentuk sejarah.

Kemudian tradisi pengajaran sejarah ini telah dipraktikkan pula di Acheh


setelah Acheh menjadi kuasa terkuat 15 di rantau ini. Misalnya pada zaman
pemerintahan Sultan Iskandar Muda16, selain pengajaran agama terutamanya
tasawwuf baginda turut menggalakkan tradisi membaca hikayat yang
sebahagiannya berbentuk sejarah sehingga menjadi aktiviti utama bagi
masyarakat Melayu Acheh. Mereka telah mengorbankan masa di waktu malam
hari semata-mata ingin mendengar hikayat yang dibaca atau diceritakan oleh
para pedagang yang juga merupakan ulama.

Memandangkan matlamat para ulama dan pedagang untuk menyebarkan


Islam maka mereka juga sanggup berkorban membahagikan masa mereka untuk
membaca hikayat-hikayat yang sedia ada ketika itu sambil menunggu musim
angin monsun berubah sebelum mereka meneruskan pelayaran ke destinasi yang
lain. Dengan kekuasaan Acheh yang meluas keluar dari Sumatera iaitu di Johor
(1615), Pahang (1618), Kedah (1619) dan Perak (1620), sedikit sebanyak telah
meninggalkan pengaruh yang kuat terutamanya dalam tradisi pengajian agama
dan sejarah ini.

15 Misalnya kelahiran kitab Hukum Kanun Melaka dan Undang-undang Laut Melaka yang telah
ditulis di zaman pemerintahan Sultan Muzaffar Shah menunjukkan bahawa pengaruh daripada
pengajian hukum fiqh ini telah tersebar sehingga ditulis sebagai panduan dalam pemerintahan
Melaka. Sulalatus Salatin-Sejarah Melayu, hlm 86-87. Lihat juga Abu Hassan Sham. 1995. Hukum
Kanun Melaka, Melaka: Perbadanan Muzium Melaka, hlm. 49 dan 118.

16 A.Samad Ahmad. 1958. Sejarah Kesusasteraan Melayu, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka. hlm. 29-30.
Tradisi pengajian ini tidak terhenti setakat abad ke-17 malah diteruskan pada
abad ke-18 dan ke-19. Misalnya di istana Perak pada abad ke-18, tradisi
membaca hikayat Jawa dan syair ikat-ikatan 17 dalam kalangan anak raja telah
dilakukan semasa persiapan perkahwinan Raja Iskandar dan juga ketika meraikan
pertabalannya sebagai Sultan Perak ke-15. Begitu juga di Riau pada abad ke-19,
tradisi membaca karya sejarah ini jelas dapat dilihat melalui Kisah Pelayaran ke
Riau yang menyebut bahawa orang Riau kebanyakan dari mereka duduk
membaca syejarah dan siarah raja-raja Melayu dan bercakap-cakap akan hal dan
peraturan dahulu kala di samping Tuhfat al-Nafis yang turut menyebut bahawa
masyarakatnya suka mendengar (-dengar tuan-tuan syed berceritakan) hikayat
raja-raja yang (dahulu-dahulu yang) di sebelah atas angin. 18

Melalui pengajian agama dan sejarah di beberapa buah kerajaan Melayu


ini maka telah terbentuk satu golongan intelektual yang sedar akan kepentingan
ilmu pengetahuan dan mereka turut berkebolehan dalam pelbagai bidang
keilmuan. Buktinya dapat dilihat melalui dakwaan De Eredia, sewaktu beliau
berada di Melaka pada abad ke-16:

The majority of the Malayos are cheerful, roguish, and very wanton;
ingenious and intelligent, but negligent and careless about studies and
arts; they spend their time amusing themselves, and so, as a rule, few
literati, mathematicians, or astrologers are to be found amongst them. 19

Begitu juga dengan kenyataan Francois Valentyn dalam gambarannya tentang


masyarakat Melaka pada awal abad ke-18 seperti berikut:

The Malays are the most cunning, the most ingenius and the politest
people of the whole EastTheir language, Bahasa Malayuthe Malays are
accustomed to study it, trying their almost to enlarge their knowledge of it
and to learn Arabic; even some among them the Persian language too, and

17 Ahmad Fauzi Mohd Basri (penyelenggara) ( 1992), Misa Melayu, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka, hlm. 26.

18 Tuhfat al-Nafis: Sejarah Melayu-Islam, h. 496-497.

19 de Eredia Godingo.1997. Description of Malaca, Meridional India and Cathay, J.V. Mills
(terjemahan), MBRAS, Reprint 14, hlm. 31.
those who are more studious still strive to obtain knowledge of the
Sanskrit20

Melalui kedua-dua petikan di atas menunjukkan bahawa kebanyakan orang


Melayu adalah bijaksana, mahir, cerdik dan boleh membaca serta menulis.
Walaupun dikatakan ketika ini mereka lalai dari segi pelajaran dan kemahiran
kerana lebih banyak menghabiskan masa dengan berseronok namun masih
terdapat di kalangan mereka yang telah menjadi pemerintah, ahli matematik,
ahli kaji bintang, sejarawan dan sebagainya. Mereka bukan sahaja menguasai
bahasa Melayu tetapi turut mempelajari bahasa Arab dan sesetengahnya
mempelajari bahasa Parsi serta Sanskrit. Disebabkan sesetengahnya telah
mempunyai kesedaran tentang kepentingan ilmu pengetahuan, mempunyai
kebijaksanaan dan pelbagai kebolehan maka tidak mustahil mereka telah dapat
melahirkan pelbagai jenis karya di dalam bahasa Melayu-jawi. Hal ini telah diakui
oleh George Werndly melalui keterangannya yang telah diterbitkan oleh Belanda
pada 1736 bahawa terdapat 69 buah karya Melayu yang berada di dalam
pengetahuannya dan kemungkinan bilangannya lebih daripada itu kerana ia
tersimpan di istana-istana raja. Antaranya ialah Hikayat Iskandar, Bustan al-
Salatin, Sejarah Melayu, Hikayat Acheh, Hikayat Hang Tuah dan sebagainya.
Dengan banyaknya bilangan karya tersebut maka beliau mendakwa bahawa
bahasa Melayu dan ilmu pengetahuan telah berkembang subur dalam kalangan
masyarakat Melayu di rantau ini.21

Selain itu, bahasa Melayu juga dilihat turut memainkan peranan penting
dalam penulisan karya Melayu termasuk karya sejarah. Peringkat awal bahasa
Melayu telah dipilih sebagai bahasa pengantar Islam oleh para pedagang Arab
sebagai bahasa pengantara dan alat penyebar agama Islam. Kemudian ia telah
mula diislamisasikan dimana para ulama telah membawa bersama tulisan Arab
yang dijadikan tulisan Melayu dengan tambahan beberapa huruf istimewa.
Usaha-usaha turut dijalankan dalam kalangan mereka untuk menyusun huruf jawi
berasaskan huruf Arab dan dilengkapkan pula dengan beberapa huruf tambahan
20 Muller (terjemahan) ( Jun 1884). Valentyns Description of Malacca, JSBRAS, No. 13, hlm. 52-
53.

21 Andaya, Barbara Watson.1979. Perak, The Abode of Grace: A Study of an Eighteenth-Century


Malay State, Kuala Lumpur: Oxford University Press, hlm.158-159.
Hasil kebijaksanaan dan kreativiti ulama-ulama Melayu, mereka berjaya
menyesuai, menggabung dan menyusun kedua-dua huruf Arab dan Parsi ini
sehingga terbentuk huruf-huruf Arab-Melayu atau dikenali juga dengan huruf
Melayu-jawi.22

Hasil gabungan antara beberapa sumber Arab, Parsi dan Melayu, secara
tidak langsung telah dapat memperkayakan lagi perbendaharaan kata Melayu
dan menaikkan imej tamadun bangsa Melayu. Dengan keadaannya yang mudah
dipelajari, akhirnya bahasa Melayu-Islam telah mendapat tempat, menjadi
bahasa perantara (lingua franca) dan digunakan dengan begitu meluas di Alam
Melayu terutama dalam bidang perdagangan. Hal ini dapat diperhatikan melalui
kenyataan Valentyn seperti berikut:

Their language, Bahasa Malayu, i.e., the Malay language was not only
spoken on that coast, but was used through the whole of India and in all
Eastern countries, as a language understood everywhere and by every
oneAnd if you dont understand this language, you are considered a very
badly educated man in the East23

Hal ini, zaman pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka, pendidikan tidak formal
telah wujud dalam kalangan masyarakat Melayu. Pendidikan tidak formal
kebiasaannya tidak mempunyai sistem dan institusi yang khusus. Kanak-kanak
diajar melalui pendengaran, pemerhatian dan penglibatan mereka dengan alam
sekeliling. Tenaga pengajar juga tidak mempunyai tauliah dan kebiasaannya
terdiri daripada ibu bapa sendiri. Selain itu, pengajaran juga diselitkan melalui
cerita-cerita dongeng, pantun, dan peribahasa yang mengandungi banyak unsur-
unsur nilai murni. Sistem Pendidikan sekolah Al-Quran bermula sejak kedatangan
Islam ke Melaka dan negeri-negeri Melayu. Sistem itu dipelopori oleh pendakwah-
pendakwah Islam dari luar. Boleh dikatakan seluruh Semenanjung Tanah Melayu
telah mewarisi sistem pendidikan tersebut, misalnya Kedah, Perak, Kelantan dan
Terengganu. Bahasa Melayu dan tulisan Jawi telah digunakan secara meluas
22 Istilah jawi merujuk kepada nama gelaran orang Arab terhadap seluruh bangsa di daerah
Kepulauan Alam Melayu. Syed Muhammad Naquib al-Attas, Islam Dalam Sejarah dan Kebudayaan
Melayu, hlm. 43. Mahayudin Hj. Yahaya, Naskhah Jawi: Sejarah dan Teks, hlm. 20.

23 Muller (terjemahan) ( Jun 1884). Valentyns Description of Malacca, JSBRAS, No. 13, hlm. 52-
53.
dalam sistem pendidikan formal itu. Pendidikan Formal telah wujuddi rumah-
rumah tok guru, Madrasah, Madrasah, Masjid, dan Sekolah Pondok. Ilmu yang
diajar adalah yang berkaitan dengan ilmu keagamaan. 24

3. Kewujudan Sistem Feudal

Sebelum raja dan rakyat Melaka memeluk Agama Islam, masyarakat Melaka
mengamalkan cara hidup dan budaya yang dipengaruhi oleh Agama Hindu yang
dibawa dari Srivijaya. Selepas kedatangan Islam, masyarakat tradisi di melaka
turut mengamalkan Sosiobudaya Islam dalam kehidupan harian. Masyarakat
Melaka pada umumnya terbahagi kepada empat peringakat (Muhammad Yussuf
Hashim). Peringkat pertama yang terdiri daripada Pemerintah dan kerabat
diraja. Peringkat kedua terdiri daripada para pentadbir yang merangkumi para
pembesar yang digolongkan sebagai golongan bangsawan. Peringkat ketiga
ialah kelas pedagang dan rakyat. Peringkat Keempat pula golongan hamba.

Secara umumnya, susun lapis masyarakat Melayu itu dapat digolongkan ke


dalam dua golongan, iaitu golongan yang memerintah yang terdiri daripada
raja, kerabat, dan keluarga raja sahaja, serta para pembesara negeri, dan
golongan yang diperintah yang terdiri daripada kaum pedagang, rakyat biasa
atau orang merdeka dan hamba. Pada asasnya setiap peringkat itu ditentukan
berdasarkan darah keturunan masing-masing. Perubahan atau pertukaran
golongan boleh berlaku tetapi terhad, iaitu tidak kerap. Keadaan itu tidak
bermakna setiap golongan hidup dengan memencilkan diri daripada golongan
yang lain. Keadaan hidup mereka sehari-hari memerlukan mereka bertemu dan
bergaul di antara satu sama yang lain. Kegiatan eknonomi, sosial dan politik
memerlukan mereka untuk saling bantu membantu. Agama Islam merupakan
faktor yang kuat yang menjalinkan hubungan diantara berbagai golongan
tersebut.25

24 Mazlan bin Abdullah. 2012. Sejarah Kesultanan Melayu Melaka. Kota Kinabalu: Universiti Malaysia Sabah.
hlm. 113.

25 Ibid,. hlm. 86.


4. Konsep Daulat dan Derhaka

Dalam institusi politik Melaka, sultan mempunyai kedudukan yang paling


istimewa dan berkuasa mutlak. Sebelum kedatangan Islam, dalam konsep yang
paling istimewa Agama Hindu, raja dianggap sebagai bayangan Tuhan di muka
bumi kuasa dan kedudukan raja adalah mengatasi undang-undang. Hal ini,
disebabkan mereka adalah pembuat undang-undang dan boleh dikatakan pada
masa sebelum wujudnya undang-undang bertulis, segala titah raja dianggap
sebagai undang-undang.

Dengan wujudnya pemerintah iaitu raja atau sultan dan golongan yang
diperintah telah meletakkan sultan mempunyai kuasa luar biasa yang tidak
dimiliki oleh rakyat biasa. Maka dengan itu timbullah konsep daulat dan derhaka
yang mana rakyat harus patuh dan taat setia serta tidak boleh mengingkari
arahan atau titah sultan kerana sebarang pengingakaran akan mengakibatkan
rakyat akan terkena tulah. Paramesawara telah mewujudkan institusi yang
menjadi simbol dan pegangan diraja, antaranya konsep daulat dan derhaka, alat-
alat kebesaran diraja, adat istiadat diraja, dan larangan. Sebelum ini konsep
daulat dan derhaka, terdapat satu peristiwa yang melibatkan perjanjian anatara
golongan pemerintah dan golongan diperintah.

Perjanjian telah dibuat antara Sang Sapurba Taram Seri Buana (pihak
pemerintah) dengan Demang Lebar Daun (pihak yang diperintah) yang dikenalo
Waadat (perjanjian kesetiaan). Punca berlakunya perjanjian itu adalah
disebabkan oleh pemerintah Seri Teri Buana yang ingin berkahwin dengan anak
perempuan Demang Lebar Daun yang bernama Wan Sendari. Oleh sebab itu,
Demang Lebar Daun terpaksa membuat perjanjian dengan Seri Teri Buana
sebelum dia bersetuju bermenantukan Seri Teri Buana memandangkan kedua-
dua pihak berlainan darjat dan keturunan. Sebelum permintaan tersebut dibuat,
Seri Teri Buana telah berkahwin dengan 39 orang wanita kebanyakan tetapi
kesemua wanita tersebut mendapat penyakit kedal selepas ditiduri baginda. Oleh
itu Seri Teri Buana telah bertindak menghalau wanita-wanita itu, oleh yang
demikian, Demang Lebar Daun terpaksa membuat perjanjian dengan Seri Teri
Buana bagi mengelakkan anaknya diperlakukan seperti isteri-isteri baginda yang
sebelumnya di samping dapat menjaga maruah anak perempuannya.

Maka Sembah Demang Lebar Daun, Jikalau anak patik Tuanku peristeri,
nescaya kedal ia; tetapi jika tuanku mahu berwaadah dengan kita, maka
patik persembahkan anak patik ke bawah Duli Yang Dipertuan.

(Sulatus Salatin. A. Samad. Ahmad. Sejarah Melayu,


hlm. 25)

Raja yang memerintah kerajaan Melaka disebut sebagai sumber dan pusat kuasa
secara sekular. Keduduakan raja istimewa dalam sistem berkerajaan sendiri dan
sumber kuasa dimiliki oleh seseorang raja yang mengerakkan jentera serta
tenaga pemerintahan dan pentadbiran adalah dilancarkan oleh sistem daulat itu
sendiri. Konsep daulat yang berasal dari perkataan Arab (daulah) menjadi
lambang kedaulatan seseorang raja yang memerintah. Daulat turut dikaitkan
dengan soal kesempurnaan, kebolehan, keistimewaan dan kuasa politik tertinggi
seseorang raja. Raja dianggap sebagai tunggak yang menyatupadukan rakyat,
mengamankan dan memakmurkan negeri. Seseoran raja dianggap berdaulat
setelah ditabalkan di dalam istiada secara rasmi rakyat mengiktirafkan
kedaulatan seseorang raja yang memerintah itu dengan seruan Daulat. Daulat
juga dihubungkan dengan karisma dan tuah yang dimiliki oleh raja.

Wujudnya kepercayaan yang kukuh terhadap kedaulatan seseorang raja


yang memerintah. Antaranya ialah kepercayaan yang berakar umbi dalam
masyarkat Melayu bahawa rakyat tidak boleh menderhaka kepada raja. Setiap
rakyat termasuk anak cucu mereka juga diajar untuk tidak menderhaka kepada
raja. Menderhaka bukan sahaja memalukan seluruh keluarga si penderhaka
tetapi juga memberi kesan buruk kepada keluarganyam yang akan dipulaukan
serta diseksa walaupun mereka tidak menderkaha. Perbuatan menderhaka
termasuklah dalam bentuk penafian titah atau perintah raja. Mencetuskan huru-
hara dalam negeri, membunuh tanpa kebenaran raja dan memalsukan cop
mohor diraja.26

26 Ibid., hlm. 17-30.


5. Warisan Sosiobudaya

Warisan Kesultanan Melayu Melaka dalam aspek sosiobudaya dapat dilihar dari
segi pengamalan istiadat di negeri-negeri Melayu yang lain seperti Perak dan
Johor. Antaranya pengunaan bahasa istana atau bahasa dalam yang mana
bahasa tersebut hanya boleh digunakan oleh golongan diraja dan kerabatnya
sahaja dan rakyat tidak dibenarkan sama sekali menggunakannya. Rakyat juga
dilarang daripada mengunakan warana tertentu seperti warna kuning. Alat
kebesaran diraja seperti nobat masih digunakan di negeri-negeri Melayu seperti
Johor, Perak dan Selangor. Rakyat juga dilarang mendirikan rumah
berpemanjungan, berperahu dengan tingkap berpenghadapan, memakai
penduk serta memakai segala jenis perhiasan seperti emas dan khasa(h) di
balai penghadapan. Tujuan adat dan peralatan tersebut digunakan adalah untuk
menghormati raja atau sultan memerintah.

Hal ini, zaman pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka, pendidikan tidak


formal telah wujud dalam kalangan masyarakat Melayu. Pendidikan tidak formal
kebiasaannya tidak mempunyai sistem dan institusi yang khusus. Kanak-kanak
diajar melalui pendengaran, pemerhatian dan penglibatan mereka dengan alam
sekeliling. Tenaga pengajar juga tidak mempunyai tauliah dan kebiasaannya
terdiri daripada ibu bapa sendiri. Selain itu, pengajaran juga diselitkan melalui
cerita-cerita dongeng, pantun, dan peribahasa yang mengandungi banyak
unsur-unsur nilai murni. Sistem Pendidikan sekolah Al-Quran bermula sejak
kedatangan Islam ke Melaka dan negeri-negeri Melayu. Sistem itu dipelopori
oleh pendakwah-pendakwah Islam dari luar. Boleh dikatakan seluruh
Semenanjung Tanah Melayu telah mewarisi sistem pendidikan tersebut,
misalnya Kedah, Perak, Kelantan dan Terengganu. Bahasa Melayu dan tulisan
Jawi telah digunakan secara meluas dalam sistem pendidikan formal itu.
Pendidikan Formal telah wujuddi rumah-rumah tok guru, Madrasah, Madrasah,
Masjid, dan Sekolah Pondok. Ilmu yang diajar adalah yang berkaitan dengan
ilmu keagamaan.

Selain itu, warisan adat juga terdapat di negeri-negeri Melayu, misalnya


Adat Temenggung yang diamalkan di seluruh Semenanjung Tanah Melayu,
kecuali Negeri Sembilan sahaja mengamalkan Adat Perpatih. Adat Temenggung
ini dikatakan lebih banyak menerima pengaruh daru agama Islam. Penggubalan
undang-undang yang digunakan du negeri-negeri Melayu adalah berdasarkan
Adat Temenggung yang djuga dipengaruhi oleh Islam, seperti yang terdapat
dalam sistem perundangan di Melaka. Adat resam merupakan warisan turun
temurun yang diamalkan sejak zaman kerajaan Melayu Melaka dan diamalkan di
negeri-negeri Melayu, misalnya adat bercukur jambul, adat berkhatan, adat-
adat perkahwinan dan sebagainya. Warisan lain dapat dilihat dalam bidang
kesenian, misalnya seni bina, seni ukir, seni tampak dan sebagainya. 27

6. Penggunaan Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Perantaran atau Lingua


Franca

Terdapat sarjana yang mengkaji asal usul bahasa Melayu melalui kewujudan
penempatan orang Melayu. Umpamanya, Abdul Rashid Melebek dan Amat Juhari
Moain (2011) menyatakan ada pendapat yang mengaitkan perkataan Melayu
dengan Malayu, iaitu sebuah kerajaan yang berpusat di muara Jambi. Kerajaan ini
muncul pada abad ke-7 (644M) dan pernah dilawati oleh I. Tsing pada 671M.
Nama Malayu bagi kerajaan Malayu ini berasal daripada nama sebatang sungai
yang terletak di situ, iaitu Sungai Malayu atau Melayu.

Istilah Melayu mempunyai pengertian yang sama dengan lari dalam bahasa
Jawa. Mengikut cerita, air sungai tersebut terlalu deras arusnya, selaju orang
berlari. Itulah sebabnya sungai tersebut dinamakan sebagai Melayu. Menurut
Slametmuljana dalam Armin Azhari Saleh (2011), istilah Melayu ditulis sebagai
Mo-loyeu yang berasal daripada bahasa Sanskrit. Istilah ini dijumpai buat
pertama kalinya dalam tulisan China pada tahun 644M atau 645M.
27 Mazlan bin Abdullah. Sejarah Kesultanan Melayu Melaka. hlm. 112-113.
Tulisan itu menyebut perihal orang Mo-lo-yeu yang menghantar utusan ke
China untuk menghadiahkan hasil bumi kepada maharaja negara tersebut.
Dipercayai bahawa orang Mo-lo-yeu tersebut datang daripada sebuah kerajaan
yang terletak di Jambi. Abdul Rashid Melebek dan Amat Juhari Moain (2011) juga
turut mengatakan bahawa ada pendapat yang menyatakan istilah Melayu berasal
daripada perkataan pamalayu, iaitu peristiwa ketika berlaku penyerangan oleh
Raja Kertanegara dari Singhasari Jawa Timur di Hulu Jambi bersempadan dengan
Sumatera Barat. Kemudian di situ didirikan sebuah prasasti, iaitu prasasti
Amoghapasa. Tujuan prasasti itu dibina adalah sebagai tanda peringatan kepada
satu ekspedisi angkatan perang dari Jawa Timur ke daerah Malayu pada tahun
1286. Dalam konteks ini, pamalayu bermaksud Ekspedisi Malayu, iaitu
penyerangan dan seterusnya penguasaan ke atas negeri Malayu.

Berdasarkan kepada pengertian di atas, jelas menunjukkan bahawa kerajaan


dan negeri Melayu telah wujud sekian lama. Oleh yang demikian, sudah pasti
bahasa yang digunakan sebagai alat komunikasi adalah bahasa Melayu.
Tambahan pula kerajaan-kerajaan tersebut terletak di sekitar Kepulauan
Indonesia. Hal ini sejajar dengan kajian Asmah Omar (2008) yang mendapati
bahawa kawasan bahasa Melayu adalah menganjur dari kawasan pergunungan di
Taiwan menyusur ke selatan hingga ke New Zealand, dan dari Madagascar di luar
pantai timur Afrika hingga ke Pulau Easter di Lautan Pasifik. 28

Dengan keanggotaannya dalam rumpun Austronesia, bahasa Melayu


bukan sahaja mempunyai perkaitan kekeluargaan dengan bahasa-bahasa yang
berdekatan dengannya, tetapi mempunyaiperkaitan juga dengan bahasa-bahasa
di Lautan Pasifik seperti bahasa Hawaii, Samoa, Fiji dan Maori, bahasa Malagasi di
Madagascar dan bahasa-bahasa di kawasan pergunungan di Taiwan. Bahasa
Melayu merupakan satu daripada sejumlah besar bahasa yang tergolong dalam
rumpun Austronesia. Bahasa-bahasa yang menganggotai rumpun ini tersebar
dalam kawasan yang meliputi hampir separuh muka bumi yang sebahagian
besarnya adalah lautan.

28 Ku Hasnita Ku Samsu, etc. 2013. Keupayaan Bahasa Melayu di Persada Antarabangsa. International
Journal of the Malay World and Civilisation, 1(1), 55-65. hlm. 56.
Peranan bahasa Melayu sebagai wahana perhubungan telah bermula sejak
zaman praIslam, iaitu sekitar tahun 682 Masihi. Hal ini dapat dibuktikan melalui
penemuan prasasti-prasasti yang mencatatkan teks Melayu tertua di Kedudukan
Bukit(683M), di Talang Tuwo (684M), di Kota Kapor (686M) dan di Karang Brahi
(686M) (Syed Zulfida 2006). Keadaan ini menunjukkan bahawa bahasa Melayu
pernah menjadi bahasa utama bagi kerajaan Srivijaya yang luas jajahan
takluknya. Malah, menurut pandangan Noresah Baharom yang dipetik dalam
Yusfarina dan Abdul Rasid (2011), bahawa bahasa Melayu juga pernah dijadikan
sebagai bahasa untuk mengajarkan agama Hindu pada zaman praIslam tersebut
walaupun dalam lingkungan yang terhad. Pernyataan ini menggambarkan
bahawa bahasa Melayu telah memainkan peranan penting dalam kehidupan
masyarakat semenjak zaman Pra-Islam lagi.

Seterusnya, bahasa Melayu telah mencipta kegemilangan yang luar biasa


sekitar abad ke-13 iaitu pada zaman Kesultanan Kerajaan Melayu Melaka apabila
bahasa Melayu berfungsi sebagai lingua franca, iaitu bahasa perhubungan antara
penduduk tempatan dengan para pedagang asing bagi urusan perdagangan. Ini
bermakna, setiap pedagang dari seluruh pelosok dunia yang berhajat untuk
singgah di pelabuhan Melaka atau menjalankan kegiatan perdagangan mestilah
pandai bertutur dalam bahasa Melayu.

Di samping itu, bahasa Melayu juga berkemampuan menjadi bahasa


antarabangsa apabila bahasa tersebut digunakan dalam hubungan diplomatik
antara Melaka dengan negara-negara asing seperti negara China. Dalam konteks
ini, keperluan mengetahui dan memahami bahasa-bahasa asing telah mendapat
perhatian diraja pada zaman Dinasti Ming apabila jawatankuasa jurubahasa (Da
Tong Shi) telah ditubuhkan untuk memenuhi kepentingan dan keperluan dalam
hubungan luar negara. Mengikut Liang Liji yang dipetik dalam Awang Sariyan
(2011), terdapatnya Tong Shi atau jurubahasa yang berkhidmat dalam 18
jawatankuasa kecil (Xiao Tong Shi) berjumlah 60 orang, dan dua orang
daripadanya khusus untuk bahasa Melayu, iaitu seorang untuk Melaka dan
seorang lagi untuk Sumatera. Untuk melatih para jurubahasa, pada tahun 1405,
Maharaja Ming Cheng Zhu menubuhkan akademi bahasa yang dikenal sebagai Si
Yi Guan (Balai Bahasa Negeri-negeri Asing) di ibu negara Ying Tian Fu (kini
Nanjing). Terdapat lapan buah jabatan di akademi bahasa asing itu. Bahasa
Melayu dimasukkan di bawah Hui Hui Guan (Jabatan Islam yang meliputi Parsi,
Arab, Melaka, Jawa dan lain-lain).

Akademi bahasa asing itu bertahan melebihi 400 tahun, dan dilanjutkan
dalam Dinasti Qing yang menggantikan Dinasti Ming walaupun namanya diubah
pada 1748 menjadi Hui Tong Si Yi Guan. Peranan akademi itu hanya terhenti
sesudah Perang Candu pada tahun 1840, sesudah Dinasti Qing menghadapi
ketidakstabilan politik (Liang Liji dalam Awang Sariyan 2011). Dengan demikian
jelaslah bahawa bahasa Melayu mempunyai kekuatan yang mampu
diketengahkan sebagai bahasa perhubungan di peringkat antarabangsa.

Selain itu, kebangkitan Melaka sebagai pusat penyebaran Islam juga telah
menjadi serampang dua mata kepada perkembangan bahasa Melayu apabila
bahasa tersebut berperanan sebagai bahasa dakwah antara pendakwah dengan
golongan yang didakwahkan. Golongan pendakwah itu sendiri sebenarnya adalah
dalam kalangan pedagang daripada negara Timur Tengah, manakala
golonganyang didakwahkan adalah terdiri daripada penduduk empatan dan para
pedagang asing yang singgah di pelabuhan Melaka. Apabila bahasa Melayu
dijadikan sebagai medium penyebaran Islam, ini bermakna para pendakwah yang
merangkap sebagai pedagang itu mestilah mempelajari bahasa Melayu sebelum
menjalankan misi dakwah mereka. Pembelajaran bahasa Melayu oleh pendakwah
yang merangkap sebagai pedagang ini adalah sangat penting sebagai usaha
untuk menarik minat orang ramai terutamanya penduduk tempatan untuk
menganuti dan mendalami agama Islam. Hal ini adalah kerana sesuatu ilmu yang
hendak disampaikan itu mestilah melalui bahasa yang mudah difahami oleh
golongan yang mendengarnya.

Selain itu, peranan bahasa Melayu dalam menyebarkan ajaran Islam juga
telah membuka lembaran baharu kepada pengembangan kosa kata bahasa
tersebut. Menurut pendapat Noresah Baharom yang dipetik dalam Yusfarina dan
Abdul Rasid (2011) bahawa kenyataan ini dapat dibuktikan melalui kewujudan
perkataan-perkataan baharu yang mengungkapkan konsep tauhid, syariah,
undang-undang dan tasawuf, umpamanya perkataan wajib, sunat, hukum, harus,
kitab, qadhi, subuh dan sebagainya lagi. Keadaan yang berlaku ini menunjukkan
proses yang positif dan dinamik ke arah pengayaan perbendaharaan kata bahasa
Melayu itu sendiri. Huraian di atas jelas menunjukkan bahawa pemerkasaan
bahasa Melayu telah terbukti dilaksanakan pada zaman Kesultanan Kerajaan
Melayu Melaka. Buktinya dapat dianalisis melalui beberapa elemen pemerkasaan
bahasa Melayu (Teo Kok Seong 2011) yang telah berjaya dipenuhi, iaitu:

1) Penutur Bahasa Melayu: Dalam konteks ini, penutur bahasa Melayu di


Melaka telah mencatatkan perkembangan dari semasa ke semasa sejajar
dengan perkembangan pesat aktiviti perdagangan dan penyebaran Islam
di sana. Justeru, semakin ramai penutur sesuatu bahasa itu, maka semakin
kuat dan berwibawalah bahasa berkenaan. 29

2) Kekuatan Ekonomi Bangsa atau Masyarakat Penutur: Jika dilihat dari


aspek ini, sememangnya para penutur bahasa Melayu pada zaman
kegemilangan Melaka adalah terdiri daripada pedagang dan penduduk
tempatan. Malah sebahagian besar daripada penduduk tempatan terutama
golongan bangsawan Melayu adalah terdiri daripada pedagang. Hal ini
menunjukkan bahawa kedudukan bahasa Melayu sangat kukuh pada masa
ini, memandangkan bahasa tersebut telah digunakan secara meluas bagi
aktiviti ekonomi di peringkat tempatan dan antarabangsa.

Seterusnya, jika ditelusur kedudukan bahasa Melayu selepas keruntuhan


Kerajaan Kesultanan Melayu Melaka iaitu pada zaman penjajahan Portugis (1511-
1640) dan Belanda (1640-1820), didapati bahawa bahasa tersebut tetap
digunakan dalam hubungan antara pemerintah (penjajah) dengan rakyat,
barangkali dengan perantaraan jurubahasa. Jika tidak, komunikasi tidak mungkin
berlaku antara pemerintah (penjajah) dengan rakyat. Dalam konteksi ini, bahasa
Portugis dan Belanda juga turut digunakan, namun secara terhad yang
melibatkan urusan pemerintahan sesama bangsa pemerintah (penjajah) itu
sendiri (Asmah Omar 2008: 31). Malah, ketika ini juga bahasa Melayu juga
digunakan sebagai alat surat menyurat dalam kalangan raja Melayu di sekitar
Selat Melaka dengan penguasa Eropah. Ahli bahasa terkenal, W.G. Shellabear,
misalnya telah mengkaji dan menerbitkan enam pucuk surat penting, termasuk

29 Ibid,. hlm. 57.


surat tulisan raja Acheh dalam bahasa Melayu pada permulaan abad ke-17. Surat
itu diutus kepada pejabat BelandaInggeris yang datang ke Acheh kerana hendak
mendapatkan keizinan raja untuk berdagang di daerah tersebut (lllias Zaidi
2011:9). Ini bermakna pada zaman penjajahan tersebut bahasa Melayu masih
digunakan sebagai bahasa perhubungan rakyat jelata, bahasa rasmi dan bahasa
pentadbiran. Hal demikian memaparkan kewibawaan dan kemampuan bahasa
Melayu sekalipun dalam cengkaman penjajah.

Namun, situasi ini berbeza pada zaman penjajahan Inggeris di Tanah


Melayu pada awal abad ke-20 apabila bahasa Inggeris digunakan sebagai bahasa
utama. Sebelum Perang Dunia Kedua meletus, Negeri-negeri Melayu Tidak
Bersekutu (Kedah, Perlis, Kelantan, Terengganu dan Johor) yang berada di bawah
pemerintahan Inggeris menggunakan bahasa Melayu dalam urusan
pemerintahan masing-masing. Bahasa Inggeris pula digunakan secara terhad
iaitu apabila mengeluarkan notis-notis penting kepada orang ramai sahaja.
Dalam konteks ini, kesemua empat bahasa utama digunakan, iaitu bahasa
Melayu, Inggeris, Cina dan Tamil dengan menggunakan sistem tulisan
masingmasing. Bahasa Melayu dengan tulisan Jawi, bahasa Inggeris dengan
tulisan Rumi, bahasa Cina dengan tulisan Cina dan bahasa Tamil dengan tulisan
Tamil. Manakala di Negeri-negeri Melayu Bersekutu (Perak, Selangor, Pahang, dan
Negeri Sembilan) serta di Negeri-negeri Selat (Pulau Pinang, Melaka dan
Singapura) pemerintahan dijalankan dengan menggunakan bahasa Inggeris
sepenuhnya. Namun begitu, bahasa Melayu telah digunakan di kawasan-kawasan
yang bukan ibu negeri. Senario yang sama turut berlaku di Sabah, Sarawak dan
Brunei (Asmah Omar 2008: 32). Selain itu, pegawai-pegawai Inggeris yang
bertugas di jabatan-jabatan kerajaan pada ketika itu wajib lulus dalam bahasa
Melayu untuk disahkan dalam jawatan. Hal ini menunjukkan bahawa pada
peringkat awal penjajahan, Inggeris tidak terburu-buru dalam menguatkuasakan
penggunaan bahasa Inggeris dalam semua aspek kehidupan. Dalam hal ini,
Inggeris telah menggunakan pendekatan psikologi dalam proses penguatkuasaan
bahasa tersebut bagi mengelakkan penentangan besar-besaran orang Melayu.
Itulah sebabnya penguatkuasaan bahasa tersebut dijalankan secara beransur-
ansur dan terancang.
Kemaraan tentera Jepun ke Tanah Melayu pada tahun 1941 menandakan
bermulanya Perang Dunia Kedua. Ketika ini Jepun telah mengambil alih
pemerintahan Tanah Melayu daripada Inggeris. Nasib bahasa Melayu pada masa
ini juga agak menyedihkan apabila dasar Jepun memaksa rakyat Tanah Melayu
menerima nilai-nilai bahasa dan kebudayaan Jepun sekali gus mengancam adat
istiadat dan kebudayaan orang Melayu. Institusi pendidikan Jepun diperkenalkan
dengan menggunakan Bahasa Jepun sebagai bahasa pengantar. Namun, situasi
ini tidak mengambil masa yang lama, hanya 3 tahun 6 bulan sahaja apabila
tentera Jepun berundur daripada Tanah Melayu.

Setelah tamat Perang Dunia Kedua, Inggeris kembali semula ke Tanah


Melayu. Kali ini penguatkuasaan bahasa Inggeris dilakukan secara agresif.
Buktinya, orang tempatan diarah menggunakan bahasa Inggeris dan menyanjung
budaya Inggeris. Dari segi pentadbiran, pegawai-pegawai Inggeris yang tiada
pengetahuan dalam bahasa Melayu telah dilantik. Menurut Nik Safiah Karim
yang dipetik dalam Yusfarina dan Abdul Rasid (2011), bahawa dasar turut digubal
agar bahasa Inggeris dijadikan bahasa pengantar dalam sistem persekolahan.
Malah, kelulusan bahasa Inggeris juga diperlukan sebagai syarat kenaikan
pangkat atau untuk menjadi pegawai. Kedudukan bahasa Melayu pada masa itu
semakin merosot dan hanya menjadi bahasa pengantar untuk peringkat
persekolahan yang paling rendah. Selain itu, bahasa Melayu menjadi bahasa
perhubungan untuk golongan bawahan sahaja. Kewibawaan

bahasa Melayu pada waktu ini telah hilang dan tenggelam dalam tangan
penjajah. Bahasa Melayu hilang maruah dan hala tuju. Namun keadaan mula
berubah apabila berlaku perjuangan mengangkat bahasa Melayu serentak
dengan perjuangan membebaskan tanah air daripada penjajah oleh para
nasionalis yang terdiri daripada guru-guru Melayu, para wartawan, para
sasterawan dan ahli-ahli politik. Perjuangan tersebut telah membuka lembaran
baharu kepada nasib bahasa Melayu apabila bahasa tersebut isytiharkan sebagai
Bahasa Kebangsaan dalam Perlembagaan Merdeka Tanah Melayu 1957 dan
seterusnya termaktub dalam Perkara 152 (1) Perlembagaan Persekutuan. 30

30 Ibid,. hlm. 58-59.


7. Kewujudan Pelbagai Bangsa

Kewujudan pelbagai kaum sejak Kesultanan Melayu Melaka lagi dimana faktor
perdagangan, diplomatik, perkahwinan, dan sebagainya. Dapat dilihat Jalinan
hubungan di zaman Kesultanan Melayu Melaka dengan China sejak abad ke-13
lagi. Sejarah panjang memperlihatkan hubungan dua hala yang cukup mantap
dan memberikan kesan langsung kepada kedua-dua buah negara. Bermula
dengan hubungan diplomatik iaitu sebagai kuasa perlindung kepada Kesultanan
Melayu Melaka dan seterusnya pertalian kekeluargaan diraja. Hubungan ini
memperlihatkan pusingan proses migran masyarakat Cina ke Tanah Melayu.
Kemudiann pusingan kedua proses migran berlaku secara lebih besar ke abad ke-
19 dan ke-20. Mereka ini berintegrasi dan berasimilasi dengan peribumi. Hal ini,
terus bercambah dengan subur dan melahirakan masyarakat Baba dan Nyonya
dimana perkahwianan orang Melayu dan Cina yang mengamalkan budaya
Melayu dalam kehidupan seharian.31

Dalam masa yang sama wujud juga masyarakat Tionghoa yang kekal dengan
budaya asal mereka di Tanah Melayu. Era lepas Perang Dunia Kedua, mereka ini
tergolong sebagai sebahagian daripada masyarakat dan warganegara Malaysia.
Mereka terlibat secara langsung dalam mencorakkan suasana politik, ekonomi,
dan sosial di Malaysia. Hubungan Malaysia-China terus berkembang dan
menjalinkan hubungan kerjasama yang cukup erat bermula dengan hubungan
keagamaan, politik, sosial dan juga ekonomi. Sejarah panjang ini tidak boleh
dipadamkan, malah terus subur sehingga hari ini.

Bermula dengan hubungan diplomatik iaitu sebagai kuasa lindungan kepada


Kesultanan Melayu Melaka dan seterusnya pertalian kekeluargaan Raja.

31 Dr. Haji Ishak Bin Saat.. 2009. Sejarah Panjang Hubungan Malaysia-China.
Pulau Pinang: USM. hlm. 1.
Hubungan ini memperlihatkan pusingan pertama proses migran masyarakat Cina
ke Tanah Melayu. Kebangkitan kerajaan Kesultanan Melayu Melaka yang
diasaskan oleh Parameswara / Megat Iskandar Shah [1402-1424M] telah
meletakkan asas kerjasama diplomatik dengan pelbagai negara luar. Di bawah
kerajaan dinasti Ming hubungan diplomatik pertama antara Melaka dengan China
terjalin. Tahun 1404 Melaka menerima perutusan Maharaja China iaitu
Laksamana Yin Ching kemudian diikuti oleh Laksamana Cheng Ho pada tahun
1405 dan 1409.

Lantaran Melaka waktu itu menerima ancaman dari kerajaan Siam maka
hubungan diplomatik diperluaskan dengan hubungan ketenteraan. Kerajaan
China bersetuju menaungi Melaka yang diiktiraf sebagai sebuah kerajaan yang
berdaulat.32

Hubungan dua hala ini mengeratkan lagi kerajaan dua buah negara ini.
Pada tahun 1411, diiringi oleh Laksamana Cheng Ho, Parameswara berserta
dengan pengikutnya seramai 540 orang telah pergi menghadap Maharaja Yung
Lo. Pada waktu itu, China diperintah oleh Dinasti Ming. Lawatan rasmi ini
menyaksikan rombongan Melaka dianugerahkan dengan payung kuning, cap
mohor dan sepersalinan pakaian tanda pengiktirafan kerajaan China terhadap
Kesultanan Melayu Melaka. Utusan-utusan Melaka terus dihantar ke China pada
tahuntahun 1412 dan 1413. hubungan ini memberikan impak positif terhadap
Melaka kerana tidak diganggu lagi oleh kerajaan Siam dan Majapahit. Keadaan ini
memberikan kesempatan kepada Kesultanan Melayu Melaka berkembang pesat
sehingga menjadi sebuah pusat perdagangan yang maju sehingga bertaraf
dunia. Melaka menjadi tumpuan para pedagang Islam dan bukan Islam sehingga
menjadikan Melaka maju bukan sahaja dari segi ekonomi tetapi kemajuan turut
dikecapi dari segi politik dan sosial. Kehadiran para pendakwah Islam dan
pengislaman Parameswara pada tahun 1414 telah menyebabkan Melaka
berkembang pesat sebagai Pusat Penyebaran Islam di rantau Nusantara.
Kepesatan ini membolehkan Kesultanan Melayu Melaka berkembang sehingga
menjadi sebuah empayar yang terkuat di Asia Tenggara.

32 Ibid,. hlm. 2.
Namun hubungan dua hala dengan kerajaan China tidak diabaikan. Oi
waktu pemerintahan Sultan Mansor Shah [1459-1477M] yang masih muda dan
bujang telah kembali menjalinkan kerjasama diplomatik dengan kerajaan China.
Satu perutusan dengan pelbagai hadiah telah dihantar ke China. Maharaja China
telah menganugerahkan Puteri Hang Li Po kepada Sultan Mansor Shah. Satu
keputusan dan pengiktirafan terhadap Sultan Mansor Shah sebagai pemerintahan
Kesultanan Melayu Melaka. Baginda telah menghantar Tun Perpatih Puteh untuk
mengiringi anugerah tersebut. Puteri Hang Li Po tiba di Melaka pada tahun 1458
dengan diiringi oleh sejumlah 500 orang pengikut dari negeri China. Puteri Hang
Li Po kemudiannya diperisterikan oleh Sultan Mansor Shah pada tahun 1459.
Perutusan dan anugerah ini membuktikan Melaka dan China memasuki satu lagi
fasa dalam sejarah panjang hubungan Melaka China. Ini menjalinkan hubungan
keluarga OiRaja antara kedua-dua buah kerajaan.

Peristiwa perkahwinan bersejarah ini telah disemadikan dalam sejarah


Kesultanan Melayua Melaka dengan pembinaan Perigi Hang Li Po tanda
hubungan diplomatik dan hubungan kekeluargaan antara dua benua ini. Perigi
Hang Li Poh atau juga dikenali sebagai Perigi Raja ini dibina pada tahun 1459 di
bawah arahan Sultan Mansor Shah kepada isteri baginda, seorang puteri dari
negara China, Puteri Hang Li Poh. Perigi ini tidak pernah kering dan merupakan
satu-satunya punca air semasa musim kemarau. Pihak Belanda membina tembok
disekelilingnya pada tahun 1677 untuk memeliharanya sebagai perigi permintaan
(wishing well).Ada yang berkata bahawa mereka yang melontar duit syiling ke
dalamnya akan kembali ke Melaka pada masa depan. Perigi ini terletak di Jalan
Puteri Hang Li Poh.33

Keseluruhannya, kewujudan pelbagai bangsa dari Zaman Kesultanan Melayu


Melaka lagi. Hal ini, melalui faktor perdagangan, perkahwinan, dan diplomatik
adalah salah satu wujudnya kewujudan bangsa. Misalnya perkahwinan orang

33 Ibid,. hlm. 3-4.


Cina dengan Melayu (Baba dan Nyonya), Arab dengan Melayu (Syeikh dan
Syarifah), dan sebagainya.

8. Warisan Tapak Bersejarah

Gambar rajah Istana Kesultanan Melaka 1.2

Kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka telah banyak memberi impak yang


besar sejarah Malaysia. Oleh itu, peninggalan-peninggalan seperti Istana
Kesultanan Melaka yang dapat dilihat ke hari ini. Gambar rajah 1.2 merupakan
Istana Kesultanan Melaka sebuah replika istana Sultan Mansur Shah yang
memerintah Melaka sekitar 1456 hingga 1477. Muzium ini dibuka secara
rasminya pada Julai 1986. Kini muzium ini mempunyai lebih kurang 1,350 item
dalam bentuk artifak, cetakan, gambar dan lukisan mewakili sejarah dan budaya
Kesultanan Melayu Melaka dan masyarakatnya yang menetap di Melaka pada
tempoh tersebut. Bangunan tiga tingkat ini dibahagikan kepada lapan bilik dan
tiga galeri termasuk bilik pancaragam Diraja, senjata, seni perhiasan, hadiah,
dewan reaksi, balairung seri dan dewan Islam. Galeri-galeri pula menonjolkan
pertempuran Hang Tuah dan Hang Jebat, pakaian tradisional dan kamar diraja.
Diantara barang pameran di Istana Kesultanan Melayu Melaka termasuk
cetakan dan gambar Kesultanan Melayu Melaka, model Istana Sultan Mansur
Shah, senjata pakaiaan perkahwinan tradisional Melayu, barangan kemas dan
barangan loyang.34

Oleh itu, terdapat peninggalan tapak-tapak sejarah seperti Kota A Famosa, Bukit
Cina, dan sebagainya. Tapak-tapak peninggalan amat penting dalam pendapatan
negara melalui aktiviti pelancongan serta dijadikan pusat kajian pensejarahan
mengenai sejarah Melaka.

34 http://www.melaka.gov.my/my/pelancongan/muzium-galeri/muzium

Вам также может понравиться