Вы находитесь на странице: 1из 6

UMICT PPD KULAI Panduan Ringkas

Pemasangan dan Penggunaan


Dongle YES 4G 1Bestarinet
Pejabat Pelajaran Daerah Kulai
Johor

Suhaimi bin Shaarani @ Tan


UMICT, Pejabat Pelajaran Daerah Kulai, Johor
PANDUAN RINGKAS
PEMASANGAN DAN PENGGUNAAN
DONGLE YES 4G 1BESTARINET
PEJABAT PELAJARAN DAERAH KULAI

1. Dapatkan ID dan Katalaluan Dongle daripada Penyelaras 1Bestarinet sekolah masing-


masing.

2. Muat turun Driver khas untuk Sistem Operasi komputer masing-masing:

a. Windows XP SP3, Vista dan 7: Klik di sini atau


http://updates.yes.my/downloads/windows/connect/Connect_Installer.exe
b. Windows 8 sahaja: Klik di sini atau
http://updates.yes.my/downloads/windows/connect/YesConnectWin8.exe
c. Mac OS X 10.6 atau 10.8: Klik di sini atau
http://updates.yes.my/downloads/mac/connect/Connect_Installer.zip
d. Mac OS X 10.5.8: Klik di sini atau
http://updates.yes.my/downloads/mac/connect/Connect_Installer_Mac_v1.5.1.1.zip
e. Panduan Pengguna: Klik di sini
f. Cleanup Tools untuk Windows: Klik di sini.

3. Langkah-langkah pemasangan:
a. Jika anda pernah menggunakan Dongle YES 4G sebelum ini, digalakkan anda
menjalankan aplikasi Cleanup Tools (2-f); jika tidak, abaikan langkah ini.
b. Jalankan Connect Installer mengikut jenis Sistem Operasi (OS) masing-masing (rujuk
2-a hingga 2-d). Contoh ini menggunakan OS Windows 8.

1|UMICT, PPD KULAI


c. Baca dan fahamkan arahan di paparan berikut dan klik Next.

d. Baca dan teliti License Agreement dan pilih I accept the terms of the license
agreement dan klik Install.

e. Tunggu hingga Installation selesai.

2|UMICT, PPD KULAI


f. Paparan di bawah menunjukkan anda telah berjaya memasang Connect Installer dan
Driver bagi Dongle YES 4G. Klik Start Connect

g. Jika Dongle belum dimasukkan ke dalam mana-mana port USB, paparan berikut akan
muncul:

h. Masukkan Dongle ke mana-mana USB Port komputer anda. Nota: Elakkan daripada
menggunakan USB Hub. Masukkan YES ID dan Katalaluan (Rujuk Perkara 1). Untuk
kemudahan anda, pastikan ketiga-tiga Checkbox di tandakan

Pesanan Searching for Network akan terpapar secara berterusan jika anda
berada di luar kawasan liputan YES 4G.

3|UMICT, PPD KULAI


i. Jika anda berada dalam liputan YES 4G, maka paparan di bawah akan muncul:

Perhatikan Butang Connect berwarna hijau dan kekuatan liputan. Klik butang
Connect.
j. Jika berjaya, paparan berikut pula akan muncul. Anda kini boleh melayari internet.

k. Klik butang Disconnect untuk memutuskan sambungan ke internet.

4. Nota Tambahan Dongle


a. Teliti lampu LED pada Dongle. Jika tiada lampu merah menyala, berkemungkinan
besar Dongle itu bermasalah. Cuba kaedah ini:
i. Cabut dan pasang semula Dongle dari USB Port; atau
ii. Tukar USB Port lain; atau
iii. Restart komputer dan pasang semula dongle; atau
iv. Cuba dongle di komputer lain
b. Jika masih tidak berjaya, hantar Dongle ke UMICT PPD Kulai dengan surat iringan
yang mengandungi perkara berikut:
i. No. Siri (S/N) boleh dirujuk di kotak bekalan
ii. No. MAC boleh dirujuk di kotak atau pada dongle
iii. Tarikh dikesan sebagai rosak.
c. Pihak UMICT akan menghantar dongle yang rosak kepada pihak yang berkenaan
untuk gantian.
d. Perlu diingatkan bahawa gantian dongle adalah TIDAK SERTA MERTA. Semuanya
bergantung kepada kesediaan syarikat yang membekalkannya.

4|UMICT, PPD KULAI


5. Kuota
a. Setiap dongle yang dibekalkan hanya memiliki 1.5GB kuota untuk sebulan bagi
kegunaan internet.
b. Sekiranya kuota tersebut habis, maka pengguna tidak boleh melayari internet TETAPI
masih boleh melayari FROG VLE yang dibekalkan secara percuma kepada pengguna
1Bestarinet. Rujuk Penyelaras 1Bestarinet sekolah untuk URL masing-masing.
c. Pengguna yang kehabisan kuota boleh membeli kredit daripada mana-mana agen
YES 4G. Perlu diingatkan bahawa kredit yang ditambah akan dikongsi oleh SEMUA
pengguna dongle dengan ID yang sama.
d. Pihak Kementerian Pelajaran Malaysia memperuntukkan kuota ini kerana keutamaan
adalah kepada FROG VLE.
e. Kuota 1.5GB sebulan adalah cukup untuk kegunaan rasmi aplikasi KPM yang rata-
ratanya melibatkan kemasukan data.
f. Penggunaan untuk kepentingan peribadi seperti melayari Youtube, Facebook dan
sebagainya akan menyebabkan kuota habis dalam kadar segera.

6. Lain-lain
a. Pihak sekolah perlu merekod setiap agihan Dongle iaitu kepada sesiapa dongle itu
diserahkan.
b. Rekod perlu disimpan dengan baik dan mampu ditunjukkan apabila diminta oleh
pemantau samada dari pihak KPM/JPNJ/PPD/BTP dan lain-lain.
c. Dongle adalah milik YTL Comms. Kehilangan perlu diganti oleh pihak yang
menyebabkan kehilangan tersebut.
d. Kerosakan Dongle perlu mengikuti prosedur yang ditetapkan.
e. Pihak sekolah perlu memastikan semua pegawai yang menggunakan Dongle perlu
juga aktif dalam FROG VLE
f. Pihak KPM memantau penggunaan Dongle dan mampu mengenal pasti untuk apa
satu-satu Dongle itu digunakan.
g. Pihak sekolah juga perlu memastikan Dasar Keselamatan ICT dipatuhi oleh semua
warga sekolah dalam pelaksanaan mana-mana urusan melibatkan ICT di sekolah
termasuklah penggunaan Dongle ini.

-Tamat-

5|UMICT, PPD KULAI

Вам также может понравиться