You are on page 1of 5

Kerajaan Abbasiyah

1) Sejarah Tamadun Islam


1. Bermula sejak terbinanya negara Islam pertama di Madinah pada
zaman Rasulullah s.a.w;
2. Selepas baginda wafat penyebaran Islam diteruskan oleh Klulafa Ar-
Rasyidin, Bani Umayyah dan Abbasiyah;
3. Zaman Kerajaan Abbasiyah adalah zaman KEMUNCAK bagi
kegemilangan tamadun Islam kerana mencapai kejayaan dalam pelbagai
bidang.

2) Latar Belakang Kerajaan Abbasiyah


1. Nama kerajaan diambil sempena nama bapa saudara Rasulullah s.a.w;
Al-Abbas;
2. Memerintah selama 500 tahun lebih; 132H/150M - 650H/1258M;
3. Ditubuhkan secara rasminya oleh Abu Al-Abbas As-Saffah.

3) Struktur Kerajaan Abbasiyah


1. Mengamalkan sistem pemerintahan secara WARISAN seperti yang
diamalkan Kerajaan Bani Umaiyah;
2. Dipimpin oleh 37 orang khalifah;
3. Corak Pendabiran - Diadaptasi daripada sistem Kerajaan Parsi.

3.a) Sistem Pemerintahan


1. Al-Khalifah - Ketua negara yang bertindak Pemimpin tertinggi dalam
Wilayah Islam.
2. Al-Wazir - Perdana menteri yang bertindak sebagi ketua pentadbir.
3. Ad-Dawawin - Jabatan-jabatan kerajaan(Polis, Audit, Pertahanan,
Kebajikan, Perhubungan). Berada di bawah pengawasan Al-
Kutta(Sekretari /Setiausaha)
4) Khalifah Abbasiyah

4.a) Khalifah Abu Al-Abbas As-Saffah


1. Khalifah yang pertama;
2. Memerintah selama 4 tahun 9 bulan(132H/750M - 136H/754M);

> Sumbangan:
1. Mengasaskan K. Abbasiyah;
2. Menghapuskan pemberontakan.

4.b) Khalifah Abu Jaafar Al-Mansur


1. Saudara kandung As-Saffah;
2. Menjadi khalifah selama 22 tahun(136H/754M - 158H/775M)

> Sumbangan:
1. Menjadi Baghdad sebagai ibu kota dan membangungkannya;
2. Memperbaiki sistem cukai;
3. Membuat saliran air di kawasan pertanian;
4. Menyediakan pasar di tempat yang strategik.

4.c) Khalifah Harum Ar-Rasyid

1. Khalifah yang warak dan terkenal


2. Memerintah selama 23 tahun lebih(170H/786M - 192H/809M)

> Sumbangan:
1. Memerintah Al-Qadhi Abu Yusuf untuk menulis kitab tentang
percukaian sehingga terhasilnya kita Al-Kharaj;
2. Mewujudkan jawatan baru iaitu Qadhi Al-Qudhah;
3. Menubuhkan Baitul Hikmah iaitu pusat ilmu pengetahuan;
4. Menjadikan Kota Baghdad sebagai pusat perdangan, ilmu
pengetahuan dam kebudayaan;
5. Membina lebih banyak prasana(kemudahan awan) seperti hospital,
institut pengajian dan farmasi.

4.d) Khalifah Al-Makmum


1. Nama sebenar, Abdullah Abu Al-Abbas Al-Makmum;
2. Putera kepada Harun Ar-Rasyid;
3. Menjadi khalifah selama 20 tahun(198H/813M - 218H/833M)

> Sumbangan:
1. Memberi biasiswa kepada pelajar yang berjaya;
2. Menggiatkan usaha penterjemahan pelbagai bidang ilmu
pengetahuan.

5) Faktor Penyebaran Islam Pada Zaman


Abbasiyah

Faktor Dalaman
1. Penduduk setempat yang tertarik dengan Islam;
2. Galakan khalifah yang menyediakan peruntukan khas dari Baitulmal
untuk para ulama dan pendakwah;
3. Dasar kerajaan yang menyamakan status orang dengan orang bukan
arab.
4. Kedudukan Baghdad sebagai pusat ilmu dan perdangan
antarabangsa.

Faktor Luaran
1. Pembukaan wilayah baru;
2. Penggunaan bahasa Arab secara holistik;
3. Hubungan diplomatik dengan negara luar;
4. Usaha para pendakwah menyebarkan Islam melalui aktiviti
perdangan.

6) Kesan Positif Penyebaran Islam

AKIDAH
1. Mengubah pegangan akidah masyarakat pada zaman tersebut;
2. Para sarjana berjuang memurnikan akidah daripada pengaruh yang
menyelewengkan;
3. Mereka tertarik dengan ajaran Islam yang menghapuskan
perhambaan sesama manusia;
4. Masjid dibina di merata-rata tempat dan dijadikan tempat berdakwah,
menuntut ilmu dan beribadat.

Ilmu Pengetahuan
1. Islam mewajibkan umatnya menuntut ilmu fardhu ain dan fardhu
kifayah adalah sebagai jihad;
2. Kerajaan Abbasiyah menyediakan pelbagai prasarana pendidikan
seperti masjid dan sekolah agama;
3. Ilmu yang terdapat pada masa itu ialah ilmu al-Quran, hadis, nahu,
geografi, matematik, falak, perubatan, fizik dan falsafah;
4. Umat Islam amat disegani oleh umat yang lain pada ketika itu.

Kebudayaan
1. Umat Islam di zaman ini mengamalkan budaya dan nilai Islam yang
sejagat;
2. Sebahagian daripada kebudayaan yang tidak bertentangan dengan
Islam masih lagu dikekalkan;
3. Kebudayaan juga memperngaruhi seni bina Islam pada masa itu.

Sistem Kemasyarakatan
1. Islam mengamalkan konsep keadilan sesama manusia tanpa mengira
bangsa serta warna kulit;
2. Kerajaan Abbasiyah memberi peluang perkejaan kepada orang bukan
Arab untuk memegang jawatan dalam pentadbiran negara;
3. Orang bukan Islam bebas mengamalkan kepercayaan masing-masing.

7) Semangat Jihad Umat Islam Pada Zaman


Kerajaan Abbasiyah
1. Mereka melihat konsep jihad dalam aspek yang lebih luas, bukan
sekadar mengangkat senjata di medan perang;
2. Mereka berusaha memajukan diri sendiri serta negara dengan
menerokai pelbagai ilmu;
3. Kejayaan ini meletakkan dunia Islam sebagai kuasa besar dunia pada
zaman itu, di mana Islam menguasai hampir 2/3 dunia.