Вы находитесь на странице: 1из 3

KUALA LUMPUR: Menakutkan apabila penagih dadah mampu mencipta dadah versi terbaru

paling bahaya dengan mencampurkan dua pil psikotropik iaitu Suboxone dan Dormicum
yang dikatakan mampu memberi kesan khayal 10 ganda lebih hebat daripada heroin atau
Ecstasy.

Bagaimanapun, campuran koktel dua pil berkenaan dipercayai boleh membunuh penagih
dalam beberapa jam jika terlebih dos atau tersalah penggunaannya.

Penyalahgunaan pil khayal itu terbongkar semalam apabila sepasukan lima pegawai
Bahagian Perkhidmatan Farmasi Kementerian Kesihatan menyerbu sebuah klinik di bandar
Melaka kerana disyaki menjual pil berkenaan.

Pil Suboxone yang digunakan untuk merawat ketagihan dadah di kalangan penagih
sebaliknya dijual doktor klinik swasta itu untuk mendapatkan keuntungan.

Malah, doktor terbabit sengaja menjual pil Suboxone, Subutex dan Dormicum bagi
mengaut keuntungan mudah walaupun menyedari perbuatan itu menyalahi etika
kedoktoran.
Difahamkan, mengikut kaedah baru itu, penagih menelan terlebih dulu pil Suboxone
sebelum menyuntik cecair Dormicum ke badan.

Tindakan itu menyebabkan mereka khayal umpama naik ke langit serta keseronokan
melampau sehingga ada antara mereka mati dalam keadaan tidak sedarkan diri.
Sebelum itu, penagih membuat pelbagai eksperimen, termasuk mengikis sebelum
menumbuk lumat pil Dormicum bagi melarutkannya dalam air supaya mudah disuntik ke
badan.

Bagaimanapun, ada penagih tersilap percaturan apabila menyuntik pil Suboxone ke saluran
darah sedangkan pil itu hanya boleh ditelan.

Golongan terbabit yang menyangka bakal mendapat keseronokan berganda sebaliknya


menemui ajal dalam tempoh beberapa jam selepas kandungan pil Suboxone berkenaan
menyebabkan darah beku selain merosakkan saraf otak. Dipercayai sebilangan penagih
dadah di negara ini mati akibat percubaan berbahaya itu.

Tindakan penagih merumuskan dadah jenis baru dengan mencampurkan serbuk Suboxone
dengan serbuk Dormicum yang digunakan khusus untuk memberi ketenangan kepada
pesakit mental atau masalah sukar tidur (insomnia) dibimbangi berikutan menular ke
seluruh negara.

Jurucakap Jabatan Farmasi berkata, pegawainya memeriksa doktor berusia 40-an di klinik
terbabit pada jam 3 petang itu, selepas membuat intipan seminggu.

Menurutnya, klinik swasta terbabit dipercayai menjadi tumpuan penagih yang mahu
mendapatkan bekalan pil itu dengan hanya membayar di kaunter.

Biasanya pengusaha klinik terbabit menjual pil psikotropik itu secara pakej dua dalam
satu. Risikan mendapati cecair Metadon bersama pil Dormicum dijual pada harga RM20,
manakala separuh pil Suboxone dan Dormicum dijual antara RM20 hingga RM25.

Bagaimanapun, ketika pemeriksaan, doktor di klinik terbabit tidak mengaku menjual pil itu
menyebabkan siasatan rapi dilakukan terhadap buku rekod pesakit dan penjualan ubat-
ubatan, katanya.

Selepas pemeriksaan rapi, pegawai farmasi menemui puluhan paket pil Suboxone yang
disembunyikan dalam tin susu di bawah meja dan siasatan selanjutnya mendapati pil
Suboxone dan Dormicum dianggarkan bernilai lebih RM20,000 disimpan di klinik terbabit.

Dalam operasi berasingan, pegawai Jabatan Farmasi turut menyerbu sebuah klinik di
Rompin, Pahang yang dikesan menjual pil psikotropik secara haram.

Dalam serbuan jam 11 pagi Jumaat lalu, doktor klinik swasta terbabit cuba menghalang
pegawai farmasi yang didakwa cuba mengganggu perniagaannya.

Bagaimanapun, pemeriksaan di klinik terbabit menemui buku rekod pesakit yang diolah
semula dengan beberapa maklumat dipalsukan.

Selain itu, pegawai farmasi merampas 900 pil Dormicum dan pelbagai pil khayal lain
daripada doktor berusia 50-an itu, katanya.

Golongan penagih mendedahkan, penjualan pil Subutex dan Dormicum dilakukan secara
berleluasa oleh klinik swasta.
Difahamkan, pil Subutex yang diperkenalkan di pasaran tempatan dengan nama saintifik
Buprenorphine pada 2001 sebelum digantikan dengan pil Suboxone untuk mengurangkan
ketagihan.

Sumber : Harian Metro Edisi 25-04-2007

Вам также может понравиться