Академический Документы
Профессиональный Документы
Культура Документы
DASAR
1.0 Pengenalan 1
6.0 Cadangan 8
7.0 Penutup 10
Bibliografi 11
Lampiran 12
i
1.0 Pengenalan
Malaysia adalah salah sebuah negara yang memberi perhatian utama dalam pembangunan
pendidikan dengan memberi kepekaan kepada pengurusan pendidikan yang berkesan serta
kualiti dan profesionalisme guru. Guru merupakan pendidik dan pembimbing kepada
pelajar supaya mereka boleh mengembangkan potensi diri dan menjaga perilaku yang
menjadikan guru sebagai role model. Salah laku yang guru lakukan boleh
mengakibatkan kewibawaan profesion perguruan akan tergugat. Etika Profesion Perguruan
amat penting untuk dijadikan panduan kepada semua guru di Malaysia. Sebagai seorang
guru, beliau perlulah mengetahui mengenai semua perkara dan juga perlu menjalankan
tanggungjawab yang diamanahkan kepadanya dengan sebaiknya. Demi menjamin martabat
profesion perguruan dipandang mulia oleh setiap lapisan masyarakat, semua guru perlulah
mengetahui kod etika profesion perguruan dan mematuhinya terutamanya kepada bakal-
bakal guru.
Semua guru dan bakal-bakal guru perlu memahami konsep profesion. Menurut
dalam kamus dewan dan pustaka (2005), profesion ini adalah sebagai satu bidang
pekerjaan yang memerlukan pendidikan dan kecekapan serta kemahiran yang tinggi dan
latihan khusus. Menurut Sufean (1995) dalam Mohamed Najib Abdul Ghafar dan M. Noor
Ariffin (2008), profesionalisme membawa maksud satu nilai yang berkait rapat dengan
fungsi pekerjaan seseorang. Profesion perguruan pula membawa maksud satu profesion
bermatlamatkan insan dan ihsan manusia yang sempurna agar manusia faham tentang
peranan dan tanggungjawab mereka terhadap diri sendiri, masyarakat dan yang mereka
didik serta terhadap Keesaan Yang Maha Pencipta (Sufean, 1993).
Isu mengenai guru tidak mematuhi kod etika profesion perguruan pada masa kini terlalu
banyak untuk dibahaskan. Masalah mengenai guru melanggar kod etika profesion
perguruan termasuklah kes guru menyalahgunakan masa, menghukum pelajar tanpa usul
periksa, tidak hadir ke sekolah tanpa sebab, merotan pelajar sesuka hati dan banyak lagi.
1
dijadikan rujukan oleh bakal-bakal guru yang baru menceburi bidang perguruan dan
mereka yang sudah lama bertapak dalam bidang perguruan ini. Menurut Baharin Abu &
Suzana Mamat @ Muhammad, mereka menyatakan kepentingan kod etika sememangnya
tidak dapat dinafikan lagi. Dengan adanya kod etika perguruan ini seharusnya para guru
dapat menjaga tingkah laku sebagaimana yang patut diamalkan oleh seorang guru,
memahami dengan lebih jelas etika guru iaitu tanggungjawab mereka terhadap pelajar,
masyarakat dan Negara, rakan sejawat dan profesion perguruan, dan ibu bapa pelajar,
meningkatkan lagi imej profesion perguruan serta mengekal dan memelihara kepercayaan
yang diberi dalam menjalankan tugas, serta memupuk tanggungjawab bersama dan
mengeratkan perhubungan guru sesama guru.
Sebagai contoh isu yang boleh dikaitkan dengan guru tidak mematuhi kod etika
profesion perguruan ini adalah penyalahgunaan masa di sekolah masing-masing. Antara
contoh penyalahgunaan masa di sekolah yang sering dilakukan oleh guru-guru adalah guru
tidak menepati masa keluar dan memasuki kelas, tidak menyampaikan pengajaran dan
pembelajaran (P&P), tidak menyampaikan P&P mengikut sukatan pelajaran yang telah
ditetapkan, melakukan kerja tambahan dan tidak berkaitan seperti melakukan jualan di
pejabat guru, bergosip, melepak di kantin sekolah dan sebagainya sehingga mengabaikan
sesi P&P bersama pelajar serta menjejaskan sesi pengajaran dan pembelajaran. Melalui
pengamatan saya, adalah wajar masalah ini diberikan perhatian. Masalah penyalahgunaan
masa mungkin tidak terlalu serius tetapi jika dibiarkan berlanjutan, masalah ini dapat
menjejaskan kredibiliti para guru Malaysia dan seterusnya akan merugikan pelajar. Ramai
guru masih tidak menyedari hakikat ini. Jadi, saya berharap agar saya dapat menangani isu
ini dalam diri saya agar dapat menjadi bakal pendidik yang boleh menyumbang satu
kebaikan kepada pelajar-pelajar saya.
Selain itu, pihak pentadbir perlu mengambil perhatian mengenai kedatangan
guru di sekolah. Pematuhan waktu dan masa menghadirkan diri ke sekolah adalah sangat
penting untuk menunjukkan sahsiah yang baik kepada para pelajar. Kini, zaman
berteknologi tinggi menukarkan buku kedatangan guru kepada punch card atau
menggunakan pengesan corak ibu jari sebagai bukti kehadiran guru ke sekolah. Guru yang
tidak dapat menghadirkan diri ke sekolah hendaklah memaklumkan kepada guru besar.
Manakala, guru yang terpaksa meninggalkan kawasan sekolah atas urusan rasmi sekolah
hendaklah mengisi borang keluar sekolah atas urusan yang rasmi. Kes seperti ini perlulah
mendapat keizinan dari Guru Besar terlebih dahulu.
2
Kod Etika Profesion Perguruan adalah panduan kepada semua guru supaya
tidak melakukan perkara yang menjatuhkan martabat profesion perguruan. Namun begitu,
masih terdapat segelintir guru yang tidak mematuhi kod etika profesion preguruan ini. Hal
ini demikian kerana, terdapat kes yang melibatkan guru iaitu kes cabul atau gangguan
seksual terhadap pelajar di sekolah. Guru tersebut telah melanggar kod etika profesion
perguruan yang mencemarkan sifat profesionalnya dan kepercayaan orang ramai
terhadapnya hilang serta menjatuhkan martabat profesion perguruan kerana melakukan
gangguan seksual terhadap pelajar. Oleh itu, semua guru haruslah mematuhi kod etika
perguruan yang telah ditetapkan supaya masalah seperti ini tidak berlaku dalam kalangan
guru dan martabat guru dapat diangkat di mata masyarakat.
Kebanyakan masalah yang dihadapi mesti mempunyai punca atau faktor-faktor berlakunya
sesuatu masalah. Bagi isu yang dikemukakan ini adalah berkaitan guru tidak mematuhi kod
etika profesion perguruan. Terdapat beberapa faktor berlakunya guru tidak mematuhi kod
etika profesion perguruan seperti kejadian gangguan seksual khususnya di sekolah yang
melibatkan guru dan murid. Perbuatan itu dilakukan oleh orang yang dihormati dan
diharapkan untuk mendidiknya menjadi insan berjaya. Guru ini tanpa merasa serba salah
atas perbuatannya melakukan kesilapan yang sangat memalukan dan menjatuhkan
martabat profesion perguruan.
Faktor pertama ialah kurang memahami etika profesional perguruan seperti yang
telah termaktub dan wajib diikuti oleh setiap lapisan guru di Malaysia. Sebagai seorang
guru, kita tidak seharusnya melanggar etika profesion perguruan yang wajib diikuti oleh
semua guru. Hal seperti menghukum pelajar, melakukan gangguan seksual terhadap
pelajar, penyalahgunaan masa, tidak hadir ke sekolah tanpa sebab dan sebagainya tidak
seharusnya dilakukan oleh seorang yang bergelar pendidik. Seorang guru yang tergamak
melakukan perbuatan gangguan seksual ini jelas sudah melanggar kod etika profesion
perguruan. Jelas ia merupakan satu kesalahan dan juga menyalahi norma kehidupan
seorang pendidik. Profesion perguruan telah dianggap mulia di sisi masyarakat kerana guru
telah dilatih dengan kaedah mengajar, nilai dan ilmu pembelajaran. Kini, murid-murid
yang di bawah umur juga menjadi mangsa pemuas hawa nafsu seorang guru yang tidak
berwibawa.
3
Selain itu, faktor yang menyebabkan seorang guru melakukan perkara yang
melanggar kod etika profesion perguruan ini adalah seseorang guru itu tidak mempunyai
minat yang mendalam dalam bidang profesion perguruan. Hal ini demikian kerana,
segelintir guru ini memasuki bidang perguruan mendapat pengaruh dari kawan-kawan dan
memandang kepada ganjaran yang bakal mereka dapat. Selain itu, Ismail (1992) dalam
Mohamed Najib Abdul Ghafar dan M. Noor Ariffin (2008), beliau menyatakan bahawa
minat terhadap sesuatu perkara atau aktiviti mendorong seseorang untuk meneroka dengan
lebih jauh. Seharusnya, seorang guru haruslah mempunyai minat yang mendalam dalam
profesionnya untuk menyampaikan ilmu pengetahuan dan membentuk keperibadian
pelajar-pelajarnya. Menurut Norlia (1999) dalam Mohamed Najib Abdul Ghafar dan M.
Noor Ariffin (2008), perguruan ialah satu kerjaya yang bermatlamat untuk pembentukan
insan dan ihsan yang sempurna agar manusia itu mengerti tentang peranan dan
tanggungjawab mereka terhadap diri, masyarakat, alam yang mereka diami serta terhadap
Keagungan Yang Maha Pencipta.
4
4.0 Implikasi Isu
Faktor- faktor yang dikemukakan telah membuktikan terdapat kesan-kesan yang negatif
akibat daripada perilaku guru yang tidak mematuhi kod etika profesion perguruan. Hal ini
tidak boleh dipandang remeh kerana ia melibatkan bidang perguruan yang dipandang
mulia oleh setiap lapisan masyarakat. Menurut Mok Soon Sang (1988) dalam Baharin Abu
dan Suzana Mamat @ Muhammad, beliau menyatakan bahawa seseorang guru yang baik
seharusnya mempunyai sifat dan kualiti peribadi seperti baik hati, pandai berjenaka, sabar,
bertanggungjawab, yakin pada diri dan mempunyai sifat kepimpinan. Terdapat beberapa
kesan negatif terhadap pelajar, masyarakat dan negara, rakan sejawat dan profesion serta
kesan terhadap ibu bapa.
Kesan kepada pelajar adalah guru yang tidak mematuhi kod etika profesion
perguruan ini akan mempengaruhi pelajarnya melalui tingkahlaku. Hal ini demikian
kerana, menurut Robiah (1998) dalam Yahya Buntat dan Zainuddin Masrom (2003), untuk
menjadi guru yang profesional, seseorang guru itu harus menekankan tiga aspek penting
dalam dirinya iaitu kepakaran, pengetahuan dan pembentukan sahsiah. Guru bukan sahaja
berkemahiran mengajar dan mengembangkan ilmu pengetahuan kepada pelajar, malah
sikap, tingkah laku dan disiplin diri harus ada dan dibentuk ke arah professional supaya
pelajar boleh jadikan guru sebagai tauladan mereka.
Kesan terhadap masyarakat dan negara. Seperti yang kita ketahui, profesion
perguruan adalah satu profesion yang dipandang tinggi martabatnya di setiap lapisan
masyarakat. Pendedahan-pendedahan salah laku guru-guru boleh mengakibatkan kewibawaan
profesion keguruan tergugat pada mata umum. Menurut Noran Fauziah dan Ahmad Mahdzan
(1993) dalam Baharin Abu & Suzana Mamat @ Muhammad, hanya warga profesion
perguruan sahaja yang berkemampuan memberi perkhidmatan pendidikan terbaik kepada
masyarakat yang mana memberi kesan yang besar terhadap perkembangan personaliti,
mental dan fizikal setiap insan.
Menurut Baharin Abu & Suzana Mamat @ Muhammad mengenai kes-kes
keruntuhan moral yang membabitkan guru dinyatakan oleh Setiausaha Parlimen
Kementerian Pendidikan, Datuk Mahadzir Mohd. Khir. Beliau menyatakan bahawa
daripada tahun 1995 hingga tahun 2008, sebanyak 41 kes keruntuhan moral membabitkan
guru dilaporkan (Utusan Malaysia, 18 September 2008). Antara kes keruntuhan moral
disebutkan beliau adalah perbuatan sumbang mahram dan bersekedudukan. Media juga
turut melaporkan kes-kes lain seperti guru memukul murid, guru besar menyembunyikan
5
kes-kes disiplin, guru menyebarkan ajaran anti kerajaan dan sebagainya yang telah menarik
perhatian umum serta menguji kredibiliti profesion perguruan.
Seterusnya, kesan terhadap rakan sejawat dan profesion. Hal mengenai pendedahan
salah laku guru boleh menyebabkan kewibawaan profesion perguruan tergugat di mata
masyarakat. Hal ini demikian kerana, ia bertentangan dengan peranan dan tatasusila
perguruan di Malaysia. Menurut Baharin Abu & Suzana Mamat @ Muhammad, mereka
menyatakan bahawa dalam kod etika profesion perguruan semua guru haruslah
menjalankan tanggungjawab kepada pelajar, ibu bapa pelajar, rakan sejawat dan
masyarakat serta Negara. Apabila seorang guru itu telah melakukan kesalahan yang
melanggar kod etika profesion perguruan, maka kepercayaan rakan sejawat yang lain akan
berkurangan dan tidak lagi mempercayainya mahupun ingin membantu dalam tugas-tugas
yang diberikan.
Akhir sekali, kesan terhadap ibu bapa pelajar. Sekolah adalah rumah kedua bagi
anak-anak mereka. Di sekolah, mereka mengharapkan ilmu pengetahuan yang diajarkan
kepada mereka dapat digunakan di dalam masa yang panjang. Tetapi malang sekali, andai
seorang guru telah melakukan kesilapan sehingga menyebabkan ibu bapa pelajar tidak
yakin guru tersebut mampu mengajar anak-anak mereka, hal ini boleh menjatuhkan
martabat perguruan di mata ibu bapa pelajar. Seorang guru yang gagal memikul
tanggungjawab yang diamanahkan kepada beliau. Menurut Baharin Abu & Suzana Mamat
@ Muhammad, mereka menyatakan mereka yang mengetahui bahawa mengambil
kesempatan diatas kedudukan sosial dan ekonomi pelajar dan mengeluarkan kata-kata yang
boleh mencemarkan nama baik pelajar terhadap ibu bapa mereka adalah menyalahi etika
profesion perguruan merupakan elemen yang perlu diambil perhatian oleh guru pelatih
sebelum melangkah kaki menjadi seorang guru kelak. Pengetahuan guru terhadap
tanggungjawab kepada ibu bapa murid juga adalah penting dalam mengekalkan hubungan
yang baik diantara kedua-dua pihak serta menjamin hubungan yang baik diantara guru
dengan pelajar.
6
5.0 Cara mengatasi Isu
Setiap permasalahan pasti ada cara untuk kita mengatasi masalah tersebut. Masalah
berkaitan guru tidak mematuhi kod etika profesion perguruan ini haruslah di atasi untuk
kepentingan bersama dan membersihkan nama profesion perguruan. Janganlah hanya
kerana nila setitik, habis susu sebelanga rosak. Sama juga dengan sesetangah guru yang
melakukan kesilapan sehingga menyalahi kod etika profesion perguruan ini. Profesion
perguruan dipandang serong oleh masyarakat kerana masih terdapat segelintir guru yang
tidak mematuhi kod etika profesion perguruan ini. Terdapat beberapa cara untuk kita
mengatasi masalah ini dari terus menular. Pihak-pihak yang terlibat ialah pihak pentadbir
sekolah, rakan sejawat guru-guru dan guru itu sendiri.
7
Seterusnya, guru perlu bijak dalam memilih kawan yang mampu menjadi teladan agar diri
akan lebih terarah untuk mencontohi sifat-sifat yang ideal sebagai seorang guru. Akhir
sekali, guru juga boleh menyediakan log aktiviti supaya tugas dapat dilaksanakan dengan
lebih terancang dan tiada pembaziran masa.
6.0 Cadangan
Pelbagai langkah telah dikenalpasti dalam usaha pelbagai pihak untuk membendung
masalah salah laku seksual guru ini. Jika tidak dibendung segera, masalah ini tidak
mustahil boleh menjadi lebih serius dan lebih memburukkan nama jawatan guru pada masa
akan datang. Namun, kerjasama pelbagai pihak diseru agar masalah salah laku seksual
guru ini dapat diselesaikan.
Individu yang menjalankan khidmat kaunseling ini haruslah pakar dalam bidang
bimbingan, mestilah bersikap profesional dan tidak mengambil kesempatan terhadap guru
dan murid yang mengalami masalah. Bak kata pepatah mencegah lebih baik daripada
mengubati. Bantuan dan nasihat perlu diberikan kepada mereka yang amat memerlukan.
Pihak perkhidmatan bimbingan dan kaunseling perlulah memerhatikan masalah yang
dihadapi oleh murid-murid dan juga guru-guru. Guru melibatkan diri secara produktif
dalam proses perubahan guru mempunyai tujuan moral yang dikaitkan dengan tugas dan
tanggungjawab mereka.
8
Selain itu, langkah yang berikutnya adalah melalui peranan pendidikan. Dalam
kehidupan manusia, pendidikan adalah pengaruh yang amat besar. Pihak sekolah atau
pihak atasan seperti Kementerian Pendidikan harus mengadakan dan memperbanyakan
aktiviti ceramah, forum dan kursus yang boleh melibatkan guru-guru untuk meningkatkan
nilai-nilai murni serta bertingkah laku positif (baik). Kursus-kursus yang diadakan mestilah
memperlihatkan dan menerangkan lebih mendalam mengenai kod etika profesion
perguruan untuk memantapkan lagi pengetahuan mereka yang sedia ada mengenai kod
etika profesion perguruan. Selain itu, program yang hendak dilakukan itu perlulah
melibatkan kerjasama semua pihak bukan pihak kerajaan sahaja. Semua pihak boleh
mengambil peranan masing-masing untuk membendung masalah ini. Melalui kempen
kesedaran juga dapat membantu golongan pendidik ini dan memberikan kesedaran kepada
guru-guru akan tanggungjawab utama mereka.
Di samping itu, langkah lain yang boleh diambil tindakan adalah penguatkuasaan
undang-undang. Pihak yang terlibat perlulah kuatkuasakan undang-undang yang sedia ada
bagi menangani kes seperti gangguan seksual guru terhadap pelajar ini. Guru yang
melakukan kes seperti ini seharusnya dikenakan tindakan tatatertib supaya mereka
menyesali perbuatan mereka. Antara hukuman yang boleh dikenakan adalah penjara, denda
dan sebatan. Guru yang tidak mematuhi kod etika profesion perguruan hukumannya adalah
jawatannya dilucutkan serta merta. Hal ini boleh memberi pengajaran kepada dirinya dan
juga orang lain agar mereka menyedari bahawa kes salah laku seksual ini adalah kes yang
berat apatah lagi seorang yang bergelar pendidik yang melakukannya.
9
7.0 Penutup
Kesimpulannya, Etika Profesion Perguruan adalah sangat penting untuk menjadi panduan
kepada semua guru dalam menjalankan tugas masing-masing. Demi menjamin martabat
profesion perguruan terus dipandang mulia oleh setiap lapisan masyarakat, semua guru
haruslah mengetahui dan mematuhi kod etika profesion perguruan terutamanya kepada
bakal-bakal guru. Dengan wujudnya panduan ini, semua guru perlulah menjaga tingkah
laku sebagaimana yang harus diamalkan oleh seorang guru untuk menunjukkan teladan
yang baik kepada para pelajar di sekolah. Semua guru perlulah memahami dengan lebih
jelas etika profesion perguruan iaitu bertanggungjawab kepada para pelajar, masyarakat
dan negara, rakan sejawat dan profesion perguruan, dan ibu bapa pelajar. Seterusnya,
meningkatkan lagi imej profesion perguruan serta mengekal dan memelihara kepercayaan
yang diberi dalam menjalankan tugas, serta memupuk tanggungjawab bersama dan
mengeratkan perhubungan guru sesama guru.
Seandainya masih terdapat guru yang tidak mematuhi tatasusila perguruan,
seharusnya dielakkan bagi menjawat jawatan professional seperti ini. Sekolah merupakan
sebuah organisasi yang berfungsi sebagai melahirkan pemimpin pada masa akan datang.
Guru harus menanam sikap dan sahsiah yang baik untuk menunjukkan teladan yang baik
kepada murid-murid. Produktiviti guru semasa sesi pengajaran dan pembelajaran mestilah
memberikan pemahaman kepada para pelajar. Untuk membendung masalah guru yang
tidak mematuhi kod etika profesion perguruan ini, semua pihak perlulah memainkan
peranan masing-masing.
10
Bibliografi
Chee Kim Mang (2008). Kualiti Guru Permulaan Keluaran Sebuah Institut Perguruan:
Satu Tinjauan Dari Perspektif Pentadbir Sekolah. Jurnal Pendidik dan Pendidikan.
Jil. 23, Hlm.4967,
Baharin Abu & Suzana Mamat @ Muhammad. Pengetahuan Etika Profesion Perguruan
Dalam Kalangan Guru Pelatih 4SPH Fakulti Pendidikan UTM. Fakulti
Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia
Lokman Mohd Tahir & Harnidon Abdul Rahman (2002). Peranan Etika Dalam
Kepimpinan Pendidikan. Jurnal Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia,
Jil 8 (10), Hal.93-103.
Lokman Bin Mohd Tahir dan Hamidon A. Rahman. Tahap Kepercayaan Guru
Besar/Pentadbir Sekolah Rendah Terhadap Guru: Satu Penilaian. Fakulti
Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Institut Aminuddin Baki,
Sri Layang.
Yahya Buntat dan Zainuddin Masrom (2003). Amalan Etika Profesion Perguruan Di
Kalangan Guru-Guru Sekolah Kebangsaan Kampung Melayu, Kulai Johor. Satu
Tinjauan. Universiti Teknologi Malaysia. Jurnal Teknologi, Jil. 38(6) hlm. 6574.
Mohamed Najib Abdul Ghafar dan M. Noor Ariffin (2008). Kesan Latihan Perguruan Ke
Atas Faktor Pemilihan Perguruan. Universiti Teknologi Malaysia. Jurnal
Teknologi, Jil. 48(6) Hlm.1531.
Efrosini Kalyva (2013). Stress in Greek Primary Schoolteachers Working Under
Conditions of Financial Crisis. Europe's Journal of Psychology. Vol. 9(1), Hlm.
104112.
11
Lampiran
Pengenalan
Latar Belakang Isu
1)penyalahgunaan
masa
Penutup
2) gangguan
seksual di sekolah
Faktor-faktor
Guru Tidak 1)Kurang memahami
Mematuhi etika profesional
Cadangan Kod Etika perguruan
Profesion
1)Khidmat Kaunseling Perguruan 2)Tidak mempunyai
2)Peranan pendidikan minat yang mendalam
3) Penguatkuasaan 3)Kurang pemantauan
undang-undang oleh pihak pentadbir
sekolah
4) Tekanan kerja di
sekolah
Implikasi
1)Kesan kepada pelajar
Cara Mengatasi Isu
2)Kesan kepada masyarakat
1) Pihak pentadbir sekolah dan negara
2)Rakan sejawat guru-guru 3)Kesan Kepada rakan
3)Guru itu sendiri. sejawat dan profesion
4)Kesan kepada ibu bapa.
12