Вы находитесь на странице: 1из 25

Guru Dera Pelajar

1.0 PENGENALAN

Dalam usaha menangani cabaran globalisasi dalam sektor pendidikan, Malaysia


perlu menyediakan segala sumber manusia dan kelengkapan sosialnya agar dapat
membentuk satu daya ketahanan budaya yang membolehkannya berinteraksi dan
bertindak secara autonomi dalam persekitaran baru ini. Pengurusan sumber
manusia dalam pendidikan dahulu dan kini telah membangkitkan pelbagai isu yang
menyentuh pelbagai aspek perkhidmatan dalam pendidikan. Namun dalam
memastikan produktiviti dipertingkatkan, isu-isu berbangkit ini perlu diberikan
perhatian oleh pihak yang bertanggungjawab.

Profesion perguruan merupakan badan yang dipertanggungjawabkan oleh kerajaan


untuk menghasilkan rakyat masa depan yang serba canggih sebagai jentera
penggerak negara. Tanggungjawab profesion perguruan menjadi semakin berat
kerana rakyat masa hadapan yang hendak dihasilkan itu bukan sahaja perlu
diterapkan dengan pelbagai ilmu pengetahuan semata-mata tetapi perlu juga
diseimbangkan dengan nilai sosial yang baik dari segi moral dan etika yang murni.
Oleh itu, disiplin dalam bentuk formal perlu dirangka di sekolah-sekolah.

Walau bagaimanapun, dalam usaha menyahut cabaran masa kini untuk


merealisasikan aspirasi negara, timbul pula bantahan ibu bapa terhadap hukuman
guru-guru ke atas pelajar. Maka, timbullah persoalan sejauh mana peranan guru
dalam mendisiplinkan pelajar. Hal ini secara tidak langsung menggugat akauntabiliti
guru apabila isu-isu etika guru disentuh khususnya isu kesantunan guru impak
dakwaan guru mendera pelajar.

2.0 ISU

Berdasarkan artikel Dera pelajar dipenjara yang dipetik dari laman web rasmi
Harian Metro, guru di SMK Bandar Baru Uda, Johor Bahru didakwa mendera
sekumpulan pelajar yang mempunyai masalah disiplin di sekolah tersebut.
Kumpulan pelajar terbabit dipaksa mengikuti program Sinar Harapan di sebuah kem
motivasi di Kluang. Walau bagaimanapun, kumpulan pelajar tingkatan satu, dua dan
empat sekolah berkenaan mendakwa dilayan umpama banduan sepanjang tiga hari
program berlangsung di Penjara Kluang.
Hal ini jelas menunjukkan bahawa masalah berpunca daripada kenakalan atau
kedegilan kanak-kanak itu sendiri. Bukan semua murid itu baik dan patuh pada
peraturan sekolah. Itulah naluri kanak-kanak yang perlu kita fahami.Sememangnya
kita tidak boleh memaafkan guru yang sudah dewasa dan berfikiran matang terlibat
dalam insiden sebegini, namun dalam sesetengah kes mereka mungkin hilang
pertimbangan.

Menurut Pesuruhjaya Suhakam, Datuk Dr Chiam Heng Keng yang dipetik daripada
majalah Pendidik berpendapat segelintir guru yang berhadapan dengan masalah
disiplin mahupun masalah pencapaian akademik murid yang lemah, membuat
penilaian bahawa murid perlu dihukum sebagai peringatan, pengajaran dan
kesedaran. Mungkin guru tersebut termasuk dalam golongan yang yakin bahawa
hukuman fizikal seperti merotan dan mendera akan memberi manfaat.

Membantu kanak-kanak mencapai disiplin diri adalah bahagian penting dalam


pembangunan personaliti mereka. Hukuman mungkin sebahagian daripada latihan
disiplin. Namun begitu, hukuman tidak sinonim dengan disiplin. Semua hukuman
yang kejam dan tidak adil memberi kesan kecederaan kepada harga diri manusia
dan sekolah bertanggungjawab untuk melindungi kanak-kanak daripada kekejaman
dan hukuman yang memalukan.

Walau bagaimanapun, terdapat banyak aspek yang gagal dilaksanakan oleh pihak
sekolah dalam menyediakan perlindungan kepada pelajar. Malah, ada lebih banyak
kecederaan yang melibatkan fizikal dan psikologi yang berlaku antara pelajar
dengan pelajar atau guru atau pentadbir sekolah, dalam keadaan semua pihak
berkenaan sedar atau tidak. Menurut Dr Chiam lagi, penderaan fizikal membawa
kesan terhadap kecederaan psikologikal mangsa seperti takut, rosak kesihatan
mental dan sebagainya.

Menyentuh isu-isu etika guru, insiden guru mendera pelajar ini tergolong dalam isu
kesantunan guru. Menurut Syed Ismail & Ahmad Subki (2010), kesantunan tingkah
laku adalah tatacara bertindak atau gerak-geri guru ketika menghadapi sesuatu atau
dalam situasi tertentu. Oleh yang demikian, usaha membentuk kesantunan dalam
kalangan murid bermula dengan kesantunan yang dipamerkan oleh guru itu terlebih
dahulu.
Walau bagaimanapun, sesekali kesantunan guru tercabar apabila guru hilang
pertimbangan kerana diprovok oleh pelajar sendiri. Jika dahulu para pendidik
mempunyai status yang tinggi dalam hierarki hidup masyarakat tetapi sekarang tidak
lagi. Hal ini kerana pelajar hari ini dimewahkan oleh ibu bapa mereka sendiri.
Kedudukan ekonomi mereka yang lebih baik menyebabkan hormat mereka terhadap
guru berkurangan. Guru sering dipandang rendah dan akibatnya mereka tidak takut
untuk melawan guru.

Sikap ibu bapa yang menyebelahi anak-anak juga menjadi punca pelajar melawan
guru. Keikhlasan guru yang cuba mendisiplinkan pelajar sering disalah tafsirkan
sebagai jahat. Bagi sesetengah pihak ibu bapa yang sibuk dengan pekerjaan, pasti
mereka kurang bersama anak-anak dalam kehidupan seharian dan tidak
mengetahui perbuatan tidak baik yang dilakukan oleh anak mereka. Namun, apabila
guru cuba memperbetulkan tingkah laku anak murid mereka, ibu bapa akan cepat
melenting. Mereka beranggapan bahawa guru itu mendera anak mereka sahaja.

Ibu bapa seharusnya sedar, naluri seseorang kanak-kanak dan remaja


sememangnya nakal dan setiasa mempunyai perasaan yang suka memberontak.
Proses mendisiplin pula amat rumit dan berhadapan dengan pemberontakan jiwa
anak-anak. Proses mendisiplinkan di tahap remaja lebih menyukarkan dan sebab itu
ibu bapa mengelak untuk mendisiplinkan anak mereka sama ada melalui perang
psikologi mahupun rotan. Mereka takut untuk berhadapan dengan sikap
pemberontakan anak-anak mereka ini. Ibu bapa bimbang anak-anak mereka akan
lari dari rumah atau melakukan perbuatan yang negatif seperti menagih dadah dan
sebagainya.

Institusi sekolah yang bersedia memainkan peranan itu, menggariskan beberapa


garis panduan dan disiplin yang semata-mata mahu mendidik dan mengawal tingkah
laku pelajar yang pada peringkat usia sebegini mudah dipengaruhi oleh rakan
sebaya dan persekitaran. Alangkah baiknya jika pihak ibu bapa pula menghormati
dan berterima kasih kepada para guru dan pihak sekolah kerana secara tidak
langsung mengambil alih tugas mereka bagi mendisiplinkan dan memberi ilmu
pengetahuan kepada anak-anak mereka. Semua tugas dan tanggungjawab yang
diamanahkan kepada guru untuk mendisiplinkan pelajar dengan niat untuk
membentuk dan mendidik mereka supaya menjadi ahli masyarakat yang berguna
suatu hari nanti.
Menurut Kamarrudin Jusoh bekas pengetua sekolah menengah yang
berpengalaman selama sebelas tahun sebagai guru disiplin. Sekalipun ia menjadi
musuh kepada murid-murid, tetapi sebilangan besar bekas pelajarnya "kepala
samseng" (suka bergaduh, mencuri, pecah sekolah, peras ugut, merokok, ponteng
sekolah dan sebagainya) telah dapat di bentuk untuk menjadi insan yang kamil
walaupun mereka ini tidak mendapat keputusan yang baik dalam peperiksaan formal
mereka. Dalam hal ini, jelas kepada kita bahawa sewaktu usia murid-murid belasan
tahun, mereka tidak dapat berfikir secara rasional. Melalaui disiplin di sekolah,
mereka dapat diubah dan dibentuk. Setidak-tidaknya mereka akan berterima kasih di
atas disiplin yang pernah dikenakan sewaktu usia remaja mereka.

Jika diamati, pelajar hari ini yang terdiri dari remaja sering dibabitkan dengan
pelbagai jenayah dan salah laku. Pergaduhan dan gengsterisme, merokok, menagih
dadah, seks bebas, memusnahkan harta benda awam (vandalisme), merompak dan
ada yang mengupah orang untuk memukul guru. Perlakuan sebegini tidak disedari
oleh ibu bapa kerana kejadian tidak berlaku di hadapan mata mereka. Mereka akan
cepat marah sekiranya anak mereka menunjukkan lebam dan mengadu dipukul
guru. Lazimnya, mereka terlupa untuk bertanya mengapa anak mereka dipukul.

Akhbar Berita Harian, 31 Oktober 1996 melaporkan kejadian mengenai tindakan


sekumpulan penduduk menyerang seorang guru dan pengetua Sekolah Menengah
Agama Al-Irsyad di Kampung Kurnia, Kuantan. Insiden tersebut telah dapat
menunjukkan tahap keseriusan hubungan yang renggang di antara guru dan
masyarakat setempat. Hubungan erat serta penghormatan guru dahulu kala telah
lupus akibat ditelan zaman.

Institusi sekolah dan guru pada hari ini dianggap sebagai budaya dan bukan lagi
institusi yang memberi ilmu kepada murid-murid. Sebab itulah para ibu bapa
menganggap guru dibayar gaji untuk membantu anak mereka lulus peperiksaan.
Tugas guru sebagai penyalur pengetahuan tidak lagi dipandang tinggi malah tugas
pendidik masa kini dianggap sebagai kerja yang perlu dilakukan oleh guru. Memang
tidak dapat dinafikan bahawa ada berlaku keterlanjuran tindakan disiplin oleh
segelintir guru terhadap pelajar kerana mereka juga manusia biasa, namun sikap
agresif ibu bapa mungkin boleh melemahkan semangat guru untuk menjalankan
tugas secara dedikasi pada masa hadapan.
Di samping itu, berita guru memukul pelajar dan sebaliknya sering berlaku dan
menjadi topik media juga bualan hangat masyarakat. Kejadian guru-guru memukul
pelajar sering dipilih untuk dijadikan tajuk utama bagi media massa. Pihak ibu bapa
hari ini lebih gemar berpaling kepada media sebagai perunding cara dan jalan
penyelesaian segera. Sikap sebegini boleh dianggap tidak rasional dan tidak adil
bagi para guru. Media masa pula sering berpihak kepada murid yang terlibat tanpa
pertimbangan yang wajar.

Dalam beberapa kes guru memukul pelajar, ibu bapa sering menjadikan pihak media
sebagai tempat mengadu hal. Sebaik-baiknya ibu bapa perlulah mendapat
keterangan dari pihak sekolah terlebih dahulu sebelum mengambil apa jua tindakan.
Seandainya ibu bapa cuma mendengar aduan anak mereka, sudah pastilah mereka
akan menyalahkan guru yang memukul anak mereka. Dalam pandangan mereka,
pasti guru tidak adil dan jahat. Malah ada yang menuduh guru sengaja mencari
peluang untuk memukul kerana membenci muridnya. Keadaan ini pasti sering
membawa kepada laporan negatif kerana mengikut perasaan marah dan dendam
ibu bapa itu sendiri.

Pihak media masa pula sering memperbesar-besarkan isu ini dengan tujuan dapat
melariskan jualan mereka. Hal ini kerana ada sesetengah media masa cuma
mengutamakan keuntungan sahaja tanpa memikirkan kenyataan yang betul. Ada
waktunya murid yang dipukul hanya mengalami segaris luka tetapi perkataan
sensasi yang sering digunakan ialah cedera. Walau bagaimanapun, agak sukar
untuk kita mendengar berita dari media massa yang melaporkan tentang murid yang
melakukan kesalahan disiplin perlu dipukul. Hal ini kerana berita ini tidak menarik
minat para media massa begitu juga dengan masyarakat umumnya.

Pakar pendidikan, Prof. Dr. Robiah Sidin berpendapat guru sekarang berdepan
dengan bilangan pelajar yang terlalu ramai ditambah dengan pelbagai ragam. Ini
berbeza dengan murid yang diajar oleh rakan sejawat mereka sedekad dua yang
lalu. Tambahan beliau lagi, punca guru bertindak keterlaluan mungkin kerana
menghadapi tekanan jiwa akibat beban kerja yang terlalu banyak, tanggungjawab
semakin berat dan tuntutan masyarakat yang menggunung terhadap guru.

Kaunselor Universiti Islam Antarabangsa, Asniza Mamat menjelaskan salah satu


andaian punca guru bertindak ganas terhadap murid ialah guru itu sendiri tidak
berminat kepada profesion perguruan. Kini, kebanyakan guru yang dikeluarkan dari
maktab atau universiti bukan bercita-cita untuk menjadi guru pada mulanya. Apabila
bilangan guru amat berkurangan, kita terima sahaja golongan yang sebenarnya tidak
begitu sesuai menjadi guru. Hal ini menyebabkan seseorang guru mudah melenting
apabila berhadapan dengan kerenah murid.

Walau bagaimanapun, sesetengah guru menghukum dengan tujuan untuk mendidik


kerana kenakalan murid berkenaan. Jangan salahkan guru sahaja kerana ibu bapa
juga terlibat kerana kurang menekankan pendidikan moral kepada anak masing-
masing. Ada juga murid yang berperangai baik di rumah tetapi nakal di
sekolah. Guru juga adalah manusia biasa yang mempunyai emosi, kadangkala
perasaan marahnya sampai ke tahap lupa bahawa dia adalah guru dan berhadapan
dengan anak orang lain.

3.0 IMPLIKASI

Pada masa lalu, ibu bapa menyerahkan tanggungjawab mendidik kepada guru. Jika
guru menghukum murid, murid tidak berani mengadu kepada ibu bapa kerana ibu
bapa akan memihak kepada guru. Sebaliknya pada masa kini ibu bapa berpelajaran
tinggi dan mengubah cara keibubapaan daripada penggunaan kekerasan kepada
psikologi. Cara kekerasan pada mereka adalah kuno dan kolot yang tidak sesuai lagi
pada zaman ini. Tetapi hakikatnya, bukanlah mudah untuk meninggalkan cara
kekerasan dalam mendidik pelajar.

Sesungguhnya kebanyakan guru menghendaki murid-muridnya mematuhi segala


arahan sekolah, tetapi pada masa yang sama ada segelintir guru yang enggan
mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh kementerian. Ada segelintir guru yang
menjatuhkan hukuman mengikut budi bicara sendiri. Akibat daripada tindakan fizikal
itu, kecederaan hingga luka dan lebam sudah tentu merisaukan ibu bapa. Mungkin
guru berkenaan tidak berniat berbuat demikian hingga perlu mendapatkan rawatan
perubatan, tetapi jika emosi turut memainkan peranan dalam menjalankan hukuman,
biasanya kesan negatif yang berlebihan sebegitu terjadi.

Menurut Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan


Semenanjung Malaysia (KPPK), N. Sivasubramaniam menjelaskan bahawa
fenomena guru dera murid berkesinambungan dengan beban tugas dan
tanggungjawab berat yang terpaksa dipikul oleh para guru dalam merealisasikan
cita-cita kerajaan untuk mewujudkan Malaysia sebagai sebuah negara industri yang
maju.

Menurut Presiden Persatuan Penguam Muslim, Zaitoon Datuk Othman, terdapat


beberapa peruntukan undang-undang Kanun Keseksaan telah menyedia dan
menetapkan prosedur dan tindakan terhadap mereka yang mencederakan. Walau
bagaimanapun, beliau menegaskan bahawa terdapat peruntukan di bawah Seksyen
350 iaitu kekerasan jenayah yang menetapkan bahawa barang siapa dengan
sengaja menggunakan kekerasan kepada seorang lain dengan tidak kerelaan, maka
ia telah melakukan atau dikatakan telah menggunakan kekerasan jenayah.

Sebagai contoh, dalam Kanun Keseksaan, misalan, jika seorang guru besar telah
menjalankan budi bicaranya dengan munasabah sebagai guru sebat seorang
pelajar, maka guru tersebut tidak menggunakan kekerasan jenayah kepada
pelajarnya kerana guru itu bermaksud hendak menyebabkan ketakutan dan
kegusaran, ia tidak menggunakan kekerasan dengan menyalahi udang-undang.
Namun, jika murid berkenaan mengalami kecederaan yang teruk akibat dipukul oleh
guru berkenaan, maka ibu bapa dinasihatkan membawa anaknya berjumpa dengan
doktor di hospital kerajaan untuk tujuan rawatan dan laporan kesihatan. Hal ini harus
disusuli dengan laporan polis.

Dalam konteks tindakan undang-undang, ibu bapa boleh mengambil tindakan


prosedur undang-undang jenayah (criminal offence) ataupun sivil di bawah Undang-
undang Tort. Di bawah prosedur Undang-undang Tort, tindakan yang dibawa oleh ibu
bapa sebagai plaintif boleh menuntut pampasan bagi pihak anaknya daripada guru
yang memukul di mahkamah sivil.

4.0 CADANGAN

Pendedahan kes guru mendera murid ada kebaikan untuk masyarakat menilai
semula peranan masing-masing dalam mencari penyelesaiannya. Gejala ini perlu
dibendung segera dan semua pihak terlibat. Tokoh pendidikan, Tan Sri Prof. Dr.
Awang Had Salleh mencadangkan agar Jabatan Pendidikan Negeri mengenalpasti
guru-guru yang menghadapi masalah psikologi dan mengatasinya dengan segera.
Beliau juga mencadangkan supaya bengkel-bengkel diadakan bukan sahaja untuk
menaikkan imej dan kualiti guru, tetapi membantu mereka menghadapi situasi kerja
yang semakin rumit serta mengendalikan perasaan tertekan.

Di samping itu, cara mengatasi guru ganas bukan sekadar menukar ke tempat lain
semata-mata. Tindakan tegas perlu diambil terhadap guru-guru yang tidak berminat
mengajar dengan memberhentikan guru tersebut. Isu guru adalah masalah negara
yang perlu diberi perhatian dengan menaikkan taraf profesion dan peruntukan gaji
yang munasabah. Inilah masalah kualiti guru kesan daripada pengambilan yang
bertujuan hanya untuk menyelesaikan masalah kekurangan guru. Malahan, tapisan
calon perlu dilaksanakan dari peringkat awal melalui ujian psikologi. Ujian ini
berguna untuk menguji kesesuaian seseorang sebagai guru.

Guru perlu sedar bahawa pelajar adalah manusia biasa yang memerlukan
bimbingan dan tunjuk ajar. Oleh itu, murid selayaknya mendapat layanan yang
beradab. Dengan cara inilah boleh mendorong murid memberi penghormatan yang
setimpal dengan layanan yang diberikan oleh guru kepada mereka. Sikap guru yang
bengis dan garang hanya menakutkan murid untuk ke sekolah. Justeru itu, guru
sewajarnya sentiasa menghayati dan mengamalkan Tatasusila Profesion
Penguruan. Guru perlu mengelakkan diri daripada nafsu marah dan jauhkan
daripada membuat kesimpulan terburu-buru tanpa penyelidikan terlebih dahulu
seperti yang digariskan dalam buku Panduan Tatacara Disiplin Sekolah Untuk Guru
Besar dan Guru.

Seterusnya, walaupun guru mempunyai objektif dan niat murni untuk mendidik
pelajar, pelaksanaan tindakan mesti rasional dan berfokus sahsiah dan selaras
konsep JERIS iaitu keseimbangan dari segi jasmani, emosi, rohani, intelektual dan
sosial yang ingin diterapkan kepada pelajar. Pendidikan hak asasi manusia yang
membangkitkan kesedaran umum mengenai cara melayan setiap manusia dan
pendidikan moral dan sivik perlu diintegrasikan dalam semua subjek. Peringatan
yang berterusan akan menjadi lebih berkesan dalam menimbulkan rasa hormat
kepada orang lain. Sebagai contoh, menyedarkan pelajar bahawa mereka menjadi
harapan ibu bapa untuk mengubah nasib sendiri dan keluarga. Mereka belajar
pelbagai ilmu dan kemahiran serta nilai di sekolah agar menjadi ahli masyarakat
mulia dan berguna kepada agama, bangsa dan negara.

5.0 RUMUSAN
Memang tidak dinafikan salah laku dan disiplin pelajar merunsingkan semua pihak.
Apatah lagi kini pelajar terdedah kepada persekitaran dan media yang memerlukan
guru cakna dan waras dalam tindakan. Guru harus banyak bersabar dan tabah
menghadapi kerenah pelajar dewasa ini. Biar apapun bebanan tugas dan disiplin
pelajar yang dihadapi, guru mesti berpegang pada nilai murni. Usaha mendidik dan
membangunkan nilai manusia tidak semudah membina bangunan.

Ibu bapa harus sedar bahawa tugas guru bukan sekadar memberi ilmu pengetahuan
dan mendidik. Lebih dari itu, mereka bertanggungjawab mendisiplinkan para pelajar,
satu proses pembudayaan yang jarang diterima pelajar sewaktu di rumah.
Selayaknya guru disanjung atas kesudian mereka memikul amanah tersebut
bukannya dituduh sebagai pendera. Sekali gus guru disanjung kerana maruah dan
disiplin keilmuan.

Justeru itu, semua pihak termasuk ibu bapa dan media perlulah bersikap lebih adil
dan rasional apabila berdepan dengan kes guru memukul anak mereka. Tidak ada
seorang guru pun yang mahu memukul muridnya sesuka hati. Guru adalah pendidik
dan berpendidikan. Dalam prinsip dan garis panduan pertama ditegaskan status
guru hendaklah sejajar dengan keperluan pendidikan seperti yang dinilai dalam
konteks objektif dan tujuan pendidikan semasa. Dalam hal ini perlu diterima hakikat
bahawa status profesion perguruan dan pengiktirafan masyarakat terhadap
profesion itu adalah unsur terpenting menentukan keupayaan untuk merealisasikan
tujuan dan objektif pendidikan.

Disediakan oleh,
NURASYIKIN AIMI

BIBLIOGRAFI

Azman Anuar. (1995, September). Murid Takut Guru Ganas. Massa, p. 50.

Dr. Hussein Ahmad. (1998, April 20). Guru Perlu Pengiktirafan


Komuniti. Berita Harian.

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Derapelajardipenjara/Article/index_html

Kamarrudin Jusoh. (1997, April 5). Keluhan Bekas Guru Disiplin. Massa.

N. Sivasubramaniam. (1995, Oktober 19). Rintihan Guru Siapa


Peduli? Massa, p. 56.

Norhayati Hashim. (1998, Julai). Disiplin Bukan Boleh Dipaksa, Mastika, p.18.

Sukhvinder Kaur. (1995, September 30). Guru Boleh Didakwa. Massa, p. 53.

Syuhada Choo Abdullah. (1996, September 2). Ibu Bapa , Guru Perlu Saling
Memahami. Berita Harian.

REFLEKSI

Pada 1 Ogos 2012, kami telah menerima soalan tugasan Kerja Kursus Projek bagi
mata pelajaran Asas Kepimpinan dan Perkembangan Profesional Guru. Tugasan ini
dilaksanakan secara individu dan berkumpulan.

Dalam usaha untuk menyiapkan tugasan ini, saya telah mendapatkan bahan-bahan
rujukan yang berkaitan di pusat sumber. Di samping itu, saya turut mendapatkan
maklumat-maklumat terkini melalui internet. Tambahan pula, Pn. Latifah telah
banyak memberi tunjuk ajar kepada saya dalam mengulas artikel yang dipilih
berkenaan guru dera pelajar. Esei yang menyentuh isu kesantunan guru ini telah
dimuat naik ke dalam blog yang dibina secara berkumpulan.

Pada mulanya, saya menghadapi kesukaran dalam menganalisis artikel yang dipilih.
Namun, semuanya dapat diatasi dengan bantuan pensyarah pembimbing dan
perbincangan dengan ahli kumpulan. Saya telah menyediakan rangka sebelum
menganalisis artikel tersebut bagi memudahkan saya mengulas esei secara holistik
dan bersistematik.

Melalui kerja kursus ini, banyak pengetahuan serta input baru yang saya peroleh
seperti membincangkan sesuatu isu secara kreatif dan kritis. Di samping itu, saya
dapat memahami isu-isu etika guru dengan lebih mendalam. Malah, saya juga dapat
mengaplikasikan penggunaan teknologi ICT dalam tugasan ini iaitu pembinaan
sebuah blog laman ilmu. Selain itu, peranan saya sebagai seorang bakal guru dalam
menangani pelbagai isu secara terbuka dan bersikap profesional supaya dapat
menampilkan citra guru yang unggul.

Akhir kata, saya berharap agar kerja kursus ini menepati kehendak soalan serta
memuaskan hati semua pihak khususnya Pn. Latifah selaku pensyarah pembimbing
kami.
LAMPIRAN

Dera pelajar dipenjara


Oleh Salman Hamat
salman@hmetro.com.my

JOHOR BAHRU: Sekumpulan 33 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar


Baru Uda di sini, menempuh pengalaman mengerikan apabila ditendang, ditumbuk,
malah ada yang mendakwa digari dan dikurung dalam sel tahanan oleh warden
bertugas ketika mereka mengikuti kem motivasi ala penjara anjuran sekolah di
Penjara Kluang pada 29 hingga 31 Julai lalu.
Sepanjang tiga hari program berlangsung, kumpulan pelajar tingkatan satu, dua dan
empat sekolah berkenaan mendakwa dilayan umpama banduan apabila makanan
mereka dicatu, diarah berbogel, melakukan ketuk ketampi dan tekan tubi berulang
kali serta hukuman lain setiap kali melakukan kesalahan.

Pengalaman ngeri itu dikatakan bermula apabila kumpulan pelajar yang mempunyai
masalah disiplin terbabit diminta menghadiri program Sinar Harapan di sebuah kem
motivasi di Kluang.

Bagaimanapun, kumpulan pelajar terbabit yang berkumpul dan bertolak dari sekolah
mereka mula berasa ada yang tidak kena selepas diarahkan menaiki bas Jabatan
Penjara.

Seorang peserta, Mohd Rafsanjani Mohd Rafi, 16, berkata dia terpaksa mengikut
program berkenaan selepas 10 hari tidak hadir ke sekolah antara Februari hingga
Julai lalu.

Katanya, dia dan rakan kebingungan apabila bas berkenaan menuju ke Penjara
Kluang sedangkan kem motivasi tertera pada surat pelepasan ditandatangani ibu
bapa menunjukkan ia terletak di lokasi lain.

Sejurus tiba, kami diarah menyerahkan telefon bimbit, barangan berharga,


membotakkan kepala dan mengambil pakaian banduan sebelum diarahkan
mengikuti program motivasi.

Saya berasa takut dengan cara program itu dilaksanakan, apa tidaknya kami
dipaksa masuk ke dalam sel, jika ada yang tidak kena pasti ada yang ditampar atau
menerima hukuman lain, katanya ketika ditemui di Dewan Serbaguna Skudai
Kanan, semalam.
Sementara itu, Firdaus Muhammad, 16, berkata pengalaman digari dan dikurung di
dalam sel lebih sejam menyebabkan dia serik untuk mengikuti program sama pada
masa depan kerana beranggapan hukuman ala penjara yang dikenakan keterlaluan.

Saya antara kumpulan yang digari kerana melakukan kesalahan disiplin dianggap
serius oleh pengurusan sekolah dan ia kononnya dilakukan bagi memberikan
pengajaran kepada kami.

Kami juga terpaksa mengikuti program ini kerana diugut akan dibuang atau
digantung sekolah oleh guru. Memang kami terbabit dengan masalah disiplin tetapi
cara kami dilayan adalah keterlaluan, katanya.

Bagi Zuhidah Zainal, 41, ibu kepada Firdaus, pengurusan sekolah sepatutnya
berterus terang dengan lokasi sebenar program diadakan bagi memastikan masalah
seperti itu tidak timbul.

Saya pelik apabila melihat bas digunakan untuk membawa anak milik Jabatan
Penjara, apabila ditanyakan kepada seorang guru, dia memaklumkan pelajar hanya
ke penjara untuk melihat cara hidup banduan.

Tindakan guru terbabit tidak sepatutnya berlaku kerana dia menipu ibu bapa,
mereka menukar lokasi program tanpa pengetahuan kami sedangkan pada surat
persetujuan pelepasan tertera lokasi lain, katanya.

Menurut Zuhidah, kerana tidak sedap hati, dia menghubungi telefon bimbit Firdaus
untuk bertanyakan khabar, tetapi gagal.

Saya akui anak ada masalah disiplin dan berterima kasih kepada sekolah kerana
mahu membantu.

Bagaimanapun, menghantar anak mengikuti program di penjara, malah dilayan


seolah-olah banduan perkara keterlaluan, katanya.

Dicatat oleh Guru Unggul di 6:48 PG Tiada ulasan:


E-melkan IniBlogThis!Kongsi ke TwitterKongsi ke FacebookKongsi ke Pinterest
Label: Isu Kesantunan
isu guru ponteng

1.0 Pengenalan

Dalam era globlisasi masa kini, seseorang itu dikatakan seseorang yang berdisiplin
dalam apa-apa jua bidang mestilah mempunyai ciri-ciri seperti
berdisiplin,bertanggungjawab, amanah, ikhlas dan nilai-nilai murni. Nilai-nilai murni
ini akan membentuk etika seseorang individu tersebut .Apa yang dimaksudkan
dengan etika?.

Istilah Etika atau ethic adalah berasal daripada perkata greek ethos yang
bermaksud perwatakan atau keperibadian. Mengikut pengertian Kamus Dewan
(1995) terbitan Dewan Bahasa Dan Pustaka etika bermaksud satu sistem dasar
akhlak, adat atau tingkah lakuatau kesusilaan. Menurut pengertian dari sudut Islam
pula , etika adalah akhlak.Ianya merujuk kepada tingkah laku yang baik yang dituntut
syarak.

Menurut sarjana barat J.L. Mackie beliau mendefinisikan etika sebagaidisiplin yang
dapat menerangkan nilai baik dan buruk sesuatu perbuatan sertamenyediakan garis-
garis perbezaan antara kebaikan dan keburukan seseorang.Menurut A.R. Licey dan
W.L. Reese pula mereka mendefinasikan etika sebagai kegiatan aktiviti praktikal
yang melibatkan tingkah laku, adat dan carahidup serta aspek niat dan
kecenderungan seseorang atau masyarakat dalammelakukan sesuatu aktiviti.
Menurut pandangan ahli falsafah pula, etika merujukkepada pengajian moral yang
bertumpu kepada nilai dan kelakuan manusia.
Etika di sini dapat disimpulkan sebagai prinsip-prinsip tingkah laku
yangbertanggungjawab yang menentukan tindakan individu yang boleh di terima
darisegi moral. Setiap individu haruslah mempunyai etika yang dapat diterima
olehpihak masyarakat. Ketidak seimbangan etika individu sekarang ini banyak
membawa kepada gejala-gejala yang tidak bermoral seperti rasuah dan sebagainya.

Definasi Etika Profesional pula merujuk kepada etika dalam sesuatuprofesion dan
bidang yang profesional. Profesional boleh ditakrifkan dengankeupayaan dan
kecekapan dalam melaksanakan sesuatu tanggungjawabberdasarkan kepada ilmu
dan latihan serta kepakaran. Etika profesional puladitafsirkan sebagai satu panduan
dan tatacara yang menentukan kualiti moral,profesional dan nilai.

Kesimpulannya etika profesional ialah garis panduan yang bertujuan meningkatkan


tahap kualiti, produktiviti dan disiplin dalamperkhidmatan dengan memberi
penekanan terhadap semua aspek yangberkaitan dengan peraturan dan peradaban,
peranan nilai, serta tingkah lakuprofesion dalam masyarakat.Prinsip etika ini
haruslah dipelajari dan diamalkan oleh setiap individudalam masyarat dalam apa jua
perkara yang dilakukan. Tahap disiplin yang tinggi dan pemikiran yang positif berjaya
menjadikan seseorang individu itu menjadi seorang yang beretika tinggi.

2.0 Kepentingan Etika Dalam Profesion Perguruan

Etika kerja adalah nilai-nilai penting yang perlu dilaksanakan dalamsesebuah


organisasi. Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) juga tidakterkecuali mempunyai
Etika kerja sendiri. Takrif yang diberikan oleh KPMtentang Etika Kerja Perguruaan
ialah Etika Kerja ialah panduan tingkah laku yang menjadi pegangan setiap warga
KPM berlandaskan nilai-nilai ahklak yang mulia.Kepentingan etika kerja perguruan
dapat memartabat profesion perguruan itu sendiri. Kod etika perguruan dianggap
penting kerana :

1. Kod etika menyediakan garis panduan bagaimana bertingkah laku


dalamprofesion perguruan. Ianya sebagai penduan dan juga sesuai untukdirujuk dan
diamalkan oleh guru.
2. Kod Etika Perguruan menyatakan dengan jelas tentang tanggungjawabguru
terhadap pemegang amanah dalam bidang pendidikan. Ianya jugamembantu guru
lebih faham dan jelas tentang tanggungjawab mereka.

3. Kandungan yang dinyatakan dalam Kod Etika Perguruan di negara


inimenunjukkan perbezaan tertentu berbanding kod etika di negara lain.Perbezaan
ini memberi guru-guru menilai dan melihat keunikan etikayang diamalkan sama ada
di negara ini ataupun di negara lain.

4. Kod Etika dalam bentuk dokumen, usaha untuk menyemak semula kod ini dapat
dilakukan. Kecemerlangan sesuatu profesion boleh dilihat menerusisejauh mana kod
etikanya boleh dipertahankan dan dikuatkuasakan.

5. Menerusi kod etika, guru dapat meningkatkan lagi imej profesionperguruan


secara hitam putih dan rasmi. Ianya dapat membuka matamasyarakat untuk
menghayati tanggungjawab guru yang luas dan berat serta menyokong guru dalam
mencapai matlamat pendidikan dan negara.

6. Etika kerja merupakan nilai-nilai yang penting dalam sesebuah organisasi.


Pengamalan etika dapat mengekal, dan memelihara kepercayaan yang diberi dalam
menjalankan tugas, serta memupuk tanggungjawab bersama dan mengeratkan
perhubungan antara ahli dalam organisasi. (INTAN,1991).

Etika yang ditunjukkan oleh guru melalui kod etika perguruan dan prinsip-prinsip
etika ini, sedikit sebanyak menjadi guru-guru sebagai role modelkepada pelajar.
Senario ini mempengaruhi etika pelajar dan membantupembentukan modal insan
pada masa akan datang.
Kesimpulannya melalui pemerhatian pelajar terhadap guru menjadikan pelajar
berkenaan lebih berdisiplin dan beretika. Tingkah laku guru yang berdisiplin dan
terikat dengan garis panduan Etika Perguruan membantu
memperkembangan potensi pelajar ke arah satu pembentukan individu yang berjaya
dan menjadikan pelajar cenderung kepada tingkahlaku positif

3.0 Isu-Isu Etika Perguruan.

Pada era yang serba moden ini guru-guru di Malaysia tidak dapat mengelak dari
terlibat dalam masalah etika perguruan. Antara isu-isu etika guru ialah:
a) Kesantunan guru
b) Kepedulian guru
c) Penampilan guru
d) Berniaga di sekolah
e) Kerjaya sambilan
f) Pengurus masa
g) Pengurus kewangan
Antara isu yang terjadi di kalangan guru ialah guru ponteng. Masalah ini selalunya
terjadi di sekolah-sekolah kawasan pedalaman dan isu ini selalunya jarang berlaku
di sekolah-sekolah Bandar.
Isu guru ponteng termasuklah di bawah isu etika Penampilan Guru. Contohnya
artikel mengenai guru ponteng yang diambil dari laman
webwww.jheains.sabah.gov.my.

Amaran Kepada Guru Ponteng Sekolah ( Etika Penampilan Guru)

Kategori: Berita JHEAINS (Pusat)


Jumaat, 21 Mei 2010

Oleh: Ahmad Haji Yassin

TAWAU - Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS)
Datuk Haji Amri A Suratman memberi amaran bahawa Jabatan Hal Ehwal Agama
Islam Negeri Sabah akan mengambil tindakan tegas termasuk tindakan tatatertib
seperti termaktub dalam Perintah Am Negeri Sabah PANS kepada mana-mana guru-
guru JHEAINS yang didapati ponteng mengajar atau menyerahkan tugas mengajar
kepada orang lain.
Amanat beliau disampaikan oleh Hajah Siti Afsah Kudi, Ketua Penolong Pengarah
(KPP) Bahagian Khidmat dan Pengurusan ketika memberikan Taklimat Perjawatan
kepada Guru-Guru JHEAINS di Tawau.
Katanya, dari laporan yang beliau terima terdapat guru-guru yang ponteng mengajar
selain terdapat kejadian menyerahkan tugas mengajar kepada orang lain. Ini satu
tindakan yang tidak sihat dan boleh menjejaskan imej guru-guru JHEAINS. Katanya
Jabatan tidak akan teragak-agak mengambil tindakan tegas terhadap guru tersebut.
Kita mahu semua guru-guru JHEAINS komited dengan tanggungjawab yang
diamanahkan kepada mereka.
Mengulas mengenai perjawatan guru, menurut beliau guru-guru yang dulunya gred
DG 6 yang telah lulus Diploma akan dinaikkan pangkat kepada DG A 29. Bagi guru-
guru Dg 17 mereka perlu berusaha mendapat kelulusan Diploma supaya gred
mereka dinaikkan ke gred DG A 29.

4.0 FAKTOR GURU PONTENG

Menurut Cascio (2005), ketidakhadiran bermaksud apa-apa sahaja kegagalan


seseorang pekerja daripada melaporkan diri ataupun tidak berada di tempat kerja
mengikut masa yang telah ditetapkan atas apa alasan sekalipun. Ini menunjukkan
apabila seseorang pekerja itu tidak datang ke pejabat pada waktu bekerja maka
mereka dianggap sebagai tidak hadir. Sekiranya seseorang pekerja tidak hadir tanpa
sebarang sebab yang munasabah, ianya boleh dianggap sebagai ponteng kerja.
Perkara yang sama boleh diperkatakan kepada pelajar sekolah yang tidak ke kelas
ataupun sekolah pada waktu persekolahan tanpa sebarang alasan, mereka juga
akan dianggap sebagai ponteng sekolah.

Menurut Cascio (2005), ketidakhadiran bermaksud apa-apa sahaja kegagalan


seseorang pekerja daripada melaporkan diri ataupun tidak berada di tempat kerja
mengikut masa yang telah ditetapkan atas apa alasan sekalipun. Ini menunjukkan
apabila seseorang pekerja itu tidak datang ke pejabat pada waktu bekerja maka
mereka dianggap sebagai tidak hadir. Sekiranya seseorang pekerja tidak hadir tanpa
sebarang sebab yang munasabah, ianya boleh dianggap sebagai ponteng kerja.
Perkara yang sama boleh diperkatakan kepada pelajar sekolah yang tidak ke kelas
ataupun sekolah pada waktu persekolahan tanpa sebarang alasan, mereka juga
akan dianggap sebagai ponteng sekolah.

Dalam konteks guru pula, diakui terdapat segelintir dari guru yang terlibat dalam
gejala ponteng ini disebabkan sebab-sebab tertentu. Menurut Randolfi (1996), salah
satu daripada kesan tekanan yang terlalu tinggi dalam kalangan pekerja boleh
mengakibatkanpelbagai kesan seperti psikologi, fizikal, tingkahlaku dan organisasi di
mana salah-satu daripada kesan organisasi ialah ianya membawa kepada
ketidakhadiran pekerja. Disebabkan kerjaya guru yang mencabar sudah pastinya
mereka akan berhadapan dengan pelbagai jenis tekanan sepanjang berada di
sekolah. Akibat daripada tekanan yang dihadapi, tidak mustahil bagi seseorang guru
bertindak untuk ponteng kerja seiring dengan kenyataan Randolfi.

Kemungkinan guru bertindak demikian supaya mereka berada jauh dari sekolah dan
segala tekanannya untuk mendapatkan ketenangan jiwa. Perkara ini turut disokong
oleh Ho (1997), yang mengatakan tekanan di dalam organisasi semakin merisaukan
pengamal pengurusan kerana memberi kesan terhadap keberkesanan perjalanan
sesebuah organisasi. Beliau ini juga mengatakan, punca utama untuk pekerja
bertindak tidak menghadirkan diri ke tempat kerja adalah disebabkan masalah
psikologi akibat tekanan kerja. Ketidakhadiran pekerja boleh membawa masalah
yang serius kepada organisasi lebih-lebih lagi apabila ianya berlaku secara kerap.
Segala aktiviti organisasi akan tergendala kerana mereka yang
dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan tugas tersebut tidak mampu untuk
menyelesaikannya mengikut perancangan yang telah dibuat. Kegagalan pekerja
menyiapkan tugasan mereka mengikut jadual akan turut menggangu kelancaran
tugasan pekerja lain dalam organisasi.

Bagi jangka masa panjang, organisasi akan menjadi semakin lemah kerana tidak
mempunyai kekuatan untuk membangun serta bersaing angkara sumber
manusianya yang kerap ponteng kerja. Perkara yang sama boleh berlaku ke atas
sekolah jikalau guru-gurunya sering mengamalkan perlakuan negatif ini. Ketiadaan
guru ketika khidmat mereka ditagih akan menjadikan pelajar hilang punca kerana
kebergantungan mereka terhadap guru untuk mendapatkan ilmu. Prestasi pelajar
dalam peperiksaan juga akan menurun apabila guru gagal untuk menghabiskan
silibus pengajaran seperti yang terkandung dalam rancangan pengajaran mereka.

Aktiviti-aktiviti kokurikulum juga tidak akan berjalan dengan lancar tanpa kehadiran
guru untuk memberi khidmat nasihat dan panduan berguna kepada persatuan dan
kelab. Pentadbiran sekolah juga turut bergerak perlahan kerana tidak mendapat
kerjasama penuh daripada guru yang bertindak menghilangkan diri dalam
memastikan segala laporan, kertas kerja dan data pelajar dihantar tepat pada
waktunya untuk memudahkan pihak sekolah membuat perancangan tahunan.
Menurut Fletcher (1988), tekanan di tempat kerja bukanlah suatu fenomena yang
terpencil, sebaliknya ianya merupakan sesuatu yang biasa berlaku. Kenyataan ini
membuktikan bahawa guru juga menerima tekanan di sekolah di mana ianya
bukanlah satu perkara yang luar biasa. Sesiapa sahaja yang sedang berada dalam
keadaan tertekan sanggup melakukan apa sahaja untuk memastikan mereka dapat
keluar dari keadaan tersebut. Bagi guru yang sedang tertekan, tidak mustahil
mereka akan terfikir untuk ponteng kerja.
Secara umumnya faktor-faktor yang mendorong kepada kelakuan tersebut boleh
dibahagikan kepada tiga iaitu:
a) Sikap guru itu.
Sikap guru ini termasuklah rasa bosan yang terbit dalam diri guru setelah mereka
bertahun-tahun di sekolah yang sama dan menjalani rutin harian yang sama. Guru
tersebut akan mula berasa bosan dengan perkara yang hampir sama dilaluinya
setiap hari. Sikap guru yang tidak bertanggungjwab dan tidak memegang amanah
serta mengabaikan kod etika perguruan juga cenderung melakukan kesalah ini
secara tidak sengaja. Malah mereka tidak menyedari bahawa mereka telah
melakukan kesalahan yang amat berat dan melanggar etika keguruan dan secara
tidak langsung merendahkan martabat keguruan dalam diri mereka itu sendiri.
Selain ini minat yang hilang untuk mengajar juga merupakan salah satu faktor
menyebabkan guru hilang motivasi untuk memberi komitmen yang sepenuhnya
kepada sekolah.

b) Persekitaran
Apabila dikaitkan dengan persekitaran, guru yang ditugaskan di persekitaran
sekolah yang harmonis akan memberikan komitmen sepenuhnya berbanding
sebaliknya. Rakan-rakan kerja yang komited akan mempengaruhi sedikit sebanyak
persembahan guru tersebut dalam pekerjaannya. Sekiranya guru itu ditugaskan di
sekolah yang persekirannya agak pasif maka guru tersebut akan menjadi pasif dan
akhirnya hilang motivasi kerja dan tidak memberi komitmen yang sepenuhnya.

c) Bebanan kerja
Bebanan kerja guru yang semakin hari semakin meningkat merupakan salah satu
faktor yang menyumbang kepada masalah guru ponteng. Tekanan kerja yang
dibebani kadang kala menyebabkan mereka tidak bersedia untuk mengajar demi
untuk menyiapkan tugasan yang diberikan. Guru mengambil langkah mudah dengan
meminta murid untuk melakukan kerja masing-masing sementara guru tersebut
menyiapkan tugasan yang diberikan kepadanya oleh pihak pentadbir. Masalah
bebanan kerja ini perlu diteliti semula kerana bebanan kerja yang melampau akan
menganggu proses P&P guru dan memberi tekanan emosi kepada guru
sehinggakan minatnya untuk mengajar terganggu.

4.1 Isu Etika Penampilan Guru

Masalah guru ponteng sekolah terletak di bawah isu penampilan guru. Isu etika
Penampilan Guru dipengaruhi oleh tiga Faktor iaitu pendidikan, persekitaran dan
pengalaman. Berdasarkan isu artikel yang di petik dari laman web rasmi
(JHEIANS), jelas menunjukkan bahawa isu guru ponteng adalah termasuk dalam
ketogori isu penampilan guru.
Faktor pendidikan merupakan faktor lebih memfokuskan pendidikan awal yang
diterima oleh seseorang guru. jika pendidikan pendidikan yang berterusan diberikan
oleh keluarga, maka pembentukan sikap juga terbina kesan daripada pendidikan
tersebut. Kebiasaannya guru yang terdidik dalam keluarga yang mementingkan
penampilan sahsiah diri turut akan menonjolkan penampilan diri dalam amalan
kehidupan dan perkhidmatan yang mereka ceburi.
Penampilan diri yang disebabkan oleh faktor persekitaran amat luas skopnya
termasuklah keluarga, kebuadayaan, pengaruh sekolah, media massa, pengalaman
dan masyarakat. Walaubagaimanapun, persekitaran yang baik dan harmonis boleh
mempengaruhi sikap yang positif dan sebaliknya. Ini bermaksud bahawa guru boleh
menunjukkan penampilan diri mereka yang lebih baik, jika mereka bijak membawa
diri dalam suasana dalam persekitaran yang ada. Guru seharusnya mempunyai jati
diri agar mereka tidak terpengaruh dengan penampilan negative yang ditunjukkan
oleh persekitaran mereka.
Faktor pengalaman juga memberikan kesan kepada penampilan seseorang guru.
pengalaman hidup dan kerja seseorang guru juga, dapat mempengaruhi sikapnya
samaada kearah yang lebih postif atau negatif. Seseorang guru yang mempunyai
pengalaman yang luas dalam bidang perguruan tentunya lebih memahami dan
mudah beradaptasi dengan mana-mana sekolah di mana dia ditugaskan berbanding
dengan guru yang masih lagi mentah di dalam bidang ini. Oleh yang demikian kita
boleh lihat bahawa guru yang sudah berpengalaman lebih menonjolkan penampilan
diri mereka berbanding guru permulaan yang baru ditempatkan di sekolah.
Aspek peribadi guru yang bersifat tidak sesuai, dan tidak mencerminkan seorang
guru yang sejati dengan tingkahlaku yang merendahkan martabat diri, contohnya
lambat masuk kelas mengajar, masuk sekejap kemudian tinggalkan murid membuat
kerja sendiri, dan suka membuang masa mencerminkan penampilan peribadi guru
itu yang perlu di ubah. Ini juga termasuklah isu guru ponteng yang menunjukkan
peribadi negatif kepada murid yang memandang guru sebagai role model.
Aspek yang perlu ada pada seseorang guru perlu mempunyai sikap positif dan
memiliki keterampilan pengetahuan dan kemahiran yang tidak dipertikaikan,
berfikiran terbuka, pandai mengurus masa dan keperibadian yang tinggi iaitu
menepati masa, masuk ke kelas dengan cepat , mengajar dengan penuh dedikasi,
suka berkerjasama dengan rakan sejaran dan mempunyai sifat dan ciri-ciri
profesionalisma dan profesionaliti yang tinggi perlu ada pada setiap individu yang
bergelar pendidik.
Setiap pergerakan guru juga akan mengambarkan penampilan diri guru yang
berkenaan. Cara duduk guru turut dalam pemerhatian murid di sekolah. Murid
sentiasa memerhati kelakuan guru terutamanya ketika proses pengajaran dan
pembelajaran.
Guru yang mempunyai penampilan diri yang baik akan sentiasa disenangi murid.
Seseorang guru yang mempunyai sifat-sifat penampilan yang mulia dalam diri
mereka akan sentiasa mempunyai sifat yang peramah, mesra, penyanyang,
bertimbang rasa, kemas dan suka buat lawak, untuk menarik perhatian murid
kepada proses pembelajaran yang sedang berlaku. Guru yang mempunyai
penampilan diri akan sentiasa berusaha menepati masa, menghadiri kelas, ikhlas
dan sabar semasa menyampaikan pengajaran, tertib dan bertanggungjawab dalam
menjalankan tugas dan yakin kepada diri.

5.0 Lagkah Mengatasi Masalah Perlanggaran Etika Guru.

Dalam memastikan guru menjaga keterampilan unggul dan tidak melanggari kod
etika keguruan, pihak Kementerian Pelajaran Malaysia haruslah memberi kursus
dan latihan yang selengkapnya dalam melahirkan guru yang berwibawa pada masa
akan datang.
Seterusnya kerjasama daripada pihak pentadbir yang terdiri daripada Guru Besar
mahupun Pengetua Sekolah yang tidak pilih kasih tetapi turut menilai prestasi guru-
guru bawahannya secara adil dan saksama. Pihak atasan juga tidak seharusnya
memberi tekanan kepada guru.
Selain daripada itu, guru-guru yang bakal dikeluarkan seharusnya menguasai
elemen-elemen yang terdapat dalam kod etika keguruan di Malaysia sebelum
mereka di tempatkan untuk mengajar kelak.
Pihak kementerian pelajaran juga hendaklah mengambil tindakan tegas kepada
guru-guru yang melanggar etika perguruan agar tidak lagi berlaku guru-guru yang
melanggar etika keguruan. Penegasan dalam undang-undang juga akan memberi
kesedaran kepada guru-guru lain agar tidak melakukan kesalahan yang sama dan
berulang.

6.0 Kesimpulan

Kesan-kesan yang dihadapi oleh guru antaranya ponteng kerja masih lagi boleh
dikawal oleh pihak sekolah. Namun, sesuatu yang positif perlu dilakukan segera oleh
pihak atasan sekolah dan juga guru bagi mengelakkan punca-punca tekanan ini
membawa kesan yang lebih teruk sekiranya dibiarkan berterusan. Boleh dikatakan
tekanan dapat dikawal dengan baik oleh guru sekiranya mereka mementingkan
kepada cara-cara untuk menguruskan tekanan tersebut. Pengurusan tekanan amat
kritikal atau diperlukan oleh guru bagi memastikan mereka sentiasa bersedia untuk
menghadapi segala cabaran dalam dunia perguruan yang mendatang.

Perubahan demi perubahan yang pantas berlaku akan menjadikan kerjaya seorang
guru lebih sukar ataupun complicated. Sekiranya guru tidak mampu mengawal diri
dan tekanan mereka dengan baik, sudah pastinya kerjaya mereka bukan sahaja
akan berakhir lebih awal malahan dikenakan tindakan-tindakan disiplin yang keras
pula atas segala kesalahan yang dilakukan.

Perubahan demi perubahan yang berlaku dalam persekitaran dunia pendidikan pada
hari ini ternyata menyebabkan guru juga perlu berubah, namun tidak ramai yang
mampu untuk membuat perubahan secara drastik menyebabkan tekanan mula
menguasai mereka dan akhirnya membawa kesan yang besar kepada sistem
pendidikan yang dilaksanakan di sekolah amnya dan di Malaysia khasnya.

Akhir sekali, sokongan yang berterusan daripada pihak pengetua sehinggalah


kepada kakitangan pentadbiran amat penting bagi menjamin persekitaran tempat
kerja yang harmoni dan aman untuk semua pihak. Konflik yang sedang berlaku akan
berterusan tanpa noktah sekiranya masih tiada ruang untuk bekerjasama dibuka
seluas-luasnya untuk kedua-dua belah pihak iaitu pentadbiran dan akademik.

BIBLIGRAFI

Syed Ismail Bin Syed Mustapa, Ahmad Subki Bin Miskon,(2012) Asas Kepimpinan &
Perkembangan Profesional,Selangor, Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd
Abdul Rahman Abdul Aziz (2000), Kemahiran Sosial Asas. Kuala Lumpur : Utusan
Publications & Distributors.
http://s6.zetaboards.com/DRAGONIZER/topic/760392/1/
cuepacs.blogspot.com/2009/.../guru-bermasalah-elok-ke-pejabat.htm
http://pendidikangurubaru.blogspot.com/2012/02/kod-etika-perguruan-
malaysia.html#!/2012/02/kod-etika-perguruan-malaysia.html
www.jheains.sabah.gov.my

REFLEKSI

Tugasan pada kali ini meminta saya guru pelatih membincangkan dan mengulas
mengenai isu-isu yang berkaitan dengan etika perguruan. Sebagai guru pelatih yang
bakal menamatkan pengajian saya, saya dapati tugasan ini membantu saya untuk
mengenalpasti isu-isu berkaitan dengan etika perguruan yang perlu dipatuhi dan
dititikberatkan agar membantu saya menjadi guru yang berkualiti dan professional.
Berdasarkan huraian saya dalam tugasan ini berkenaan dengan etika guru, saya
dapati bahawa setiap guru haruslah mempunyai sahsiah yang baik dan dapat
dihormati serta boleh dicontohi oleh murid-murid. Pembentukan sahsiah termasuklah
tingkah laku dan sikap yang elok, bersabar, bermurah hati, sentiasa bersifat tenang
dan mampu menguruskan masa dengan lebih berkesan.
Kebanyakan kualiti kecerdasan dan sahsiah guru adalah hasil daripada latihan yang
diikuti oleh guru semasa menjalani kursus di institute perguruan. Latihan itu
termasuklah kefahaman kepada sifat kejasmanian dan sifat psikologi kanak-kanak
serta teori penyampaian pelajaran yang berkesan.
Walau bagaimanapun, sama ada seseorang guru itu menerima teguran atau tidak,
dia mesti mempunyai pengetahuan yang mendalam tentang matapelajaran yang
hendak diajarnya. Guru juga mesti mengetahui kaedah atau cara penyampaian
dalam pengajarannya agar murid dapat memahami apa yang disampaikan olehnya.
Selain tugas dalam bilik darjah guru juga mempunyai peranan-peranan lain yang
diharapkan dalam oleh masyarakat.
Sebagai guru yang terlatih kelak saya haruslah berjaya menunjukkan penampilan
diri sebagai pendidik dengan mempunyai ilmu tradisional dan moden. Saya juga
perlulah mempunyai kefahaman terhadap dasar dan aspirasi pendidikan Negara.
Guru yang bersahsiah tinggi akan menunjukkan etika cemerlang dalam
perkhidmatan kelak. Sebagai guru kelak, saya haruslah berupaya menjadi agen
pembangunan dan pembaharuan dalam masyarakat dengan menampilkan etika
social yang disenangi oleh semua pihak.
Saya juga sedar bahawa guru merupakan orang sentiasa beroleh pertahtian di mana
mereka berada. Segala tindak tandukn seorang guru akan diperhatikan oleh
masyrakat sekeliling. Adalah menjadi satu kewajipan bagi guru dan bakal guru
seperti saya mengamalkan penampilan diri dan menunjukkan kesantunan yang
tinggi untuk memertabatkan profesion perguruan. Guru selalunya dijadikan idola
dalam masyarakat, maka saya perlu berupaya menampilkan diri dan
mengaplikasikan nilai-nilai kesantunan supaya dapat menyesuaikan diri dalam apa
jua keadaan yang dihadapi nanti.
Oleh itu saya bersyukur kerana tugasan ini amat memberi pengalaman dan
pengetahuan baru kepada saya dalam mempersiapkan diri untuk menjadi guru yang
terlatih kelak. Saya juga mula faham dengan kewajipan guru yang sebenar iaitu
bukan sekadar di sekolah tetapi turut memainkan peranan dalam masyarakat. Oleh
yang demikian saya berpendapat bahawa tugasan ini harus diteruskan untuk guru
pelatih agar guru pelatih sentiasa peka dengan isu-isu keguruan semasa.

Disediakan oleh:
Nor Elee Binti Ahmed
200930134073
http://guruunggul.blogspot.my/

Вам также может понравиться