Вы находитесь на странице: 1из 1

Menurut pandangan kumpulan kami, terdapat sesetengah rakyat Malaysia pada harini

masih kurang faham tentang hubungkait antara parti politik dengan kerajaan. Golongan ini
berpendapat bahawa negara kita mempunyai satu sahaja kerajaan iaitu kerajaan Barisan
Nasional. Hal ini kerana pemerintahan parti politik Barisan Nasional yang memerintah negara
sejak dahulu lagi. Golongan yang kurang pendidikan berkaitan politik dan kerajaan bersangka
bahawa kerajaan sekarang merupakan tulang belakang negara yang satu-satunya ada di
negara ini. Hal ini kerana kurangnya ilmu atau pengetahuan antara parti politik dan kerajaan
yang memerintah.

Parti politik merupakan parti yang mewakili rakyat yang bertanggungjawab


melaksanakan apa yang dirancang berdasarkan manifiesto yang dibuat. Setiap parti politik
mempunyai satu matlamat yang sama tak kira lah parti politik Barisan Nasional, Pas, PKR,
Pembangkang, dan sebagainya. Setiap parti-parti tersebut semestinya ingin memenangi
pilihan raya supaya dapat mentadbir kerajaan dalam negara. Selain itu, setiap parti politik
mempunyai pandangan atau ideologi yang berbeza dengan parti politik yang lain.

Manakala kerajaan pula sebuah badan atau kumpulan yang menang pilihan raya yang
diberikan kuasa untuk mentadbir negara. Kerajaan pula akan berkuasa dalam melaksanakan
undang-undang yang sedia ada bagi mengawal negara dengan baik dan lancar. Selain itu,
kerajaan juga bertanggungjawab dalam menjaga kebajikan rakyat dalam negara dengan
memberi kemudahan prasarana seperti kemudahan awam, kesihatan, keselamatan, dan
sebagainya. Hal ini kerana menjadi satu kewajipan bagi kerajaan untuk menyediakan setiap
prasana yang kondusif kepada rakyat di negara ini tidak mengira kaum, agama, dan budaya.
Selain itu, dalam mengamalkan demokrasi berparlimen, pihak kerajaan seharusnya menerima
pandangan dan aduan (suara rakyat) dengan terbuka. Kerana kerajaan bertanggungjawab
dalam menjaga kepentingan negara dan rakyat.

Kesimpulannya, sebagai rakyat Malaysia yang berwibawa, kita hendaklah mempunyai


pemahaman yang betul dan mendalam tentang politik. Kerana disebabkan politik, negara kita
boleh porak peranda diebabkan kurangnya kefahaman yang dalam terhadap politik dan
kerajaan. Selain itu, setiap rakyat perlulah membuat pilihan yang betul dalam memilih parti
politik kerana parti politik yang menang akan mentadbir negara dan akan menentukan arah
tuju negara kita dalam menjadi negara maju atau sebaliknya.

Вам также может понравиться