Вы находитесь на странице: 1из 2

(C)

ROVER OWL SCOUT CREW C, BAYAN LEPAS DISTRICT, PENANG MALAYSIA


PASUKAN PENGAKAP KELANA C (LAUT) DAERAH BAYAN LEPAS, PULAU
PINANG
TEH TIAN HONG - ROVER CREW LEADER H/P: 016-469 9336
7-G-2 LAVINIA APARTMENT, JLN BKT KECIL 1, 11900 BAYAN LEPAS, P. PINANG . rover.owl.c@gmail.com

PERATURAN-PERATURAN MALAM UNGGUN API


1. Semua peserta dikehendaki mendaftarkan diri dalam bentuk kontinjen atau
kumpulan semasa tibaan Komplex Masyarakat Penyayang Negeri Pulau
Pinang.

2. Semua peserta dikehendaki memakai pakaian seragam penuh, ataupun baju


kemeja-T Pasukan yang bersopan sepanjang malam unggun api ini.

3. Peserta dikehendaki memberi kerjasama yang penuh kepada pihak penganjur


dan mematuhi segala peraturan-peraturan yang ditetapkan.

4. Semua peserta tidak dibenarkan keluar dari tapak unggun api selepas
pendaftaran diri atau kumpulan telah dibuat.

5. Peserta tidak dibenarkan memasuki kawasan larangan yang telah ditentukan


oleh pihak penganjur.

6. Para peserta dilarang membuang sampah di merata-rata tempat.

7. Minuman keras dan merokok adalah dilarang dalam tapak malam unggun api.

8. Peserta tidak dibenarkan membawa segala alatan yang berbahaya atau


mercun ke dalam tapak malam unggun api.

9. Jika terdapat sebarang kemalangan yang tidak diinginkan, sila hubungi pihak
penganjur di urusetia dengan segera.

10. Pihak penganjur tidak akan bertanggunjawab atas sebarang kehilangan harta
benda peserta atau kumpulan. Peserta tidak digalakkan membawa barang
yang berharga ke tapak malam unggun api ini.

11. Para peserta dikehendaki menjaga kemudahan-kemudahan awam di Komplex


Masyarakat Penyayang Negeri Pulau Pinang. Sebarang kerosakkan harta
benda Komplex Masyarakat Penyayang, ataupun harta benda daripada pihak
penganjur akan ditanggung oleh peserta atau kumpulan tersebut.

12. Pastikan tempat duduk peserta dibersihkan terlebih dahulu dan tidak terlepas
sebarang alatan peribadi sebelum meninggalkan tapak malam unggun api.

13. Kalau didapati peserta yang telah melanggar peraturan-peraturan yang


ditentukan oleh pihak penganjur, peserta tersebut akan diminta meninggal
dari tapak malam unggun api dengan segera.
(C)
ROVER OWL SCOUT CREW C, BAYAN LEPAS DISTRICT, PENANG MALAYSIA
PASUKAN PENGAKAP KELANA C (LAUT) DAERAH BAYAN LEPAS, PULAU
PINANG
TEH TIAN HONG - ROVER CREW LEADER H/P: 016-469 9336
7-G-2 LAVINIA APARTMENT, JLN BKT KECIL 1, 11900 BAYAN LEPAS, P. PINANG . rover.owl.c@gmail.com

PERATURAN-PERATURAN TEMPAT PENGINAPAN


1. Semua peserta tidak dibenarkan keluar dari kawasan penginapan selepas
pendaftaran diri ataupun kumpulan telah dibuat.

2. Kawasan penginpanan hanya diberi kepada Saudara-Saudari Pengakap dari


luar Negeri Pulau Pinang sahaja. Orang luar adalah dilarang masuk ke tempat
penginapan tersebut.

3. Para peserta lelaki tidak dibenarkan berada di kawasan penginapan peserta


perempuan.

4. Para peserta tidak dibenarkan membuat bising dalam tempat penginapan

5. Para peserta dikehendaki menjaga kemudahan-kemudahan awam di kawasan


penginapan. Sebarang kerosakkan harta benda akan ditanggung oleh peserta
atau kumpulan tersebut.

6. Para peserta tidak dibenarkan membuang sampah di merata-rata tempat.

7. Para peserta diminta sentiasa menjaga kerbersihan tandas atau bilik mandi

8. Pastikan tempat penginapan kumpulan dibersihkan terlebih dahulu dan tidak


terlepas sebarang alatan peribadi sebelum meninggalkan tempat penginapan.

9. Kalau didapati peserta yang telah melanggar peraturan yang ditentukan,


peserta / kumpulan tersebut akan diminta meninggal dari tempat penginapan.

Вам также может понравиться