Вы находитесь на странице: 1из 18

Kod Etika Kaunseling

Sekolah
Prof.h4ck3r / Ogos 27, 2008
1. Kod Etika ini bertujuan untuk menyediakan satu garis panduan bagi kaunselor
dan juga menjadi asas dalam menyelesaikan isu etika yang timbul dan dianggap
menyeleweng daripada piawaian perlakuan kaunselor. Kod Etika ini menggariskan
piawaian perlakuan dalam menjalin perhubungan professional dengan klien,
rakan-rakan kaunselor, majikan, individu dan profesion lain serta masyarakat
keseluruhannya. Ia juga merangkumi etika perlakuan yang piawai mengenai
tatalaku yang sesuai dengan kedudukan dan identiti sebagai seorang kaunselor.

2. Kod Etika berasaskan kepada nilai- nilai utama perkhidmatan kaunseling dan
memberi penekanan terhadap penghargaaan kendiri, dignity dan keunikan
individu termasuk hak- hak dan peluang- peluang mereka. Ia juga berasaskan
kepada profesion kaunseling itu sendiri yang mengutamakan nilai- nilai murni.

3. Apabila menghadapi situasi yang memerlukan intervensi, kaunselor hendaklah


menunaikan tanggungjawab etika dengan memberi pertimbangan berasaskan
kepada kesemua prinsip yang terkandung dalam Kod Etika.

4. Kod Etika ini tidak menggariskan semua peraturan kaunselor dalam


menghadapi keadaan yang begitu kompleks dalam melaksanakan
tanggungjawabnya.

5. Kod Etika iini tidak seharusnya digunakan sebagai instrument untuk menyekat
peluang dan kebebasan kaunselor dalam mengamalkan khidmat kaunseling. Ia
juga tidak harus digunakan untuk mengenakan tindakan disiplin kepada kaunselor
tanpa diberi hak perlindungan dan keadilan yang maksima.

KOD TATA LAKU


1. Kaunselor hendaklah menjaga tatalakunya demi memelihara piawaian dan
identiti sebagai seorang kaunselor dan intergriti profesion kaunseling.

2 Kaunselor hendaklah sentiasa berusaha menilai dan meningkatkan


pengetahuan, kecekapan dan kemahiran dalam bidang profesionnya.

3. Kaunselor hendaklah menjalankan tugasnya dengan penuh tanggungjawab,


objektif dan jujur selaras dengan profesion kaunseling.

4. Kaunselor mestilah diawasi serta dinilai tugas kaunselingnya oleh penyelia


profesion melalui penyeliaan lazim (regular supervisor) dan sokongan
perundingan (consultative support).

A. Tanggungjawab kaunselor terhadap klien.

1. Kaunselor bertanggungjawab untuk mengutamakan kepentingan klien sama


ada klien individu atau klien kelompok.
2. Kaunselor hendaklah menghormati privisi klien dan merahsiakan segala
maklumat yang diperolehi semasa kaunseling melainkan maklumat yang akan
menyebabkan klien atau orang-orang di persekitarannya.

3. Kaunselor hendaklah memahami dan menghormati latar belakang sosio-budaya


klien.

4 Semasa menjalankan sesi kaunseling, kaunselor hendaklah memelihara


kesejahteraan fizikal dan psikologi klien dan tidak memperalatkan klien untuk
kepentingan diri sendiri sama ada dari aspek kewangan, seksual, emosi dan
sebagainya.

5. Kaunselor hendaklah membimbing klien ke arah pembentukan sikap


bertanggungjawab terhadap tingkahlakunya. Kaunselor juga perlu menghormati
keputusan atau penentuan kendiri yang dibuat oleh klien.

6 Kaunselor hendaklah berkhidmat dengan penuh dedikasi, ikhlas, jujur dan


membuktikan kemahiran serta kecekapan profesionalismenya.

7 Kaunselor tidak boleh mengamalkan, mempersetujui atau menggalakkan


diskriminasi berasaskan ras, jantina, agama, status ideologi, kecacatan fizikal &
mental atau dikriminasi dalam bentuk apa sekali pun.

8. Kaunselor hendaklah menjelaskan kepada klien mengenai keperluan, proses


dan implikasi perkhidmatan kaunseling.

9. Kaunselor hendaklah mencapai persetujuan dengan kliennya di peringkat awal


sesi kaunseling mengenai batasan unsur kerahsiaan.

10. Persetujuan antara kaunselor dan klien mengenai kerahsiaan boleh disemak
semula dan diubah dengan persetujuan bersama.

11. Dalam kes yang jelas terbukti bahawa klien atau orang lain berada dalam
bahaya, kaunselor hendaklah menggunakan budi bicaranya untuk menjaga
kepentingan klien dan orang lain yang terlibat.

12 Kaunselor tidak digalakkan memberi perkhidmatan kaunseling kepada saudara


mara, kawan karib, atau sesiapa yang mempunyai hubungan intim dengannya
atau mempunyai hubungan dengan pihak pentadbiran yang membuat penilain.

13. Kaunselor tidak boleh menghalang klien yang hendak menamatkan sesi
kaunseling atau ingin bertukar kepada kaunselor yang lain.

14 Kaunselor hendaklah memastikan bahawa kliennya tidak menjalani kaunseling


dengan kaunselor yang lain pada masa yang sama.

15. Sekiranya mengikut pertimbangan kaunselor, klien memerlukan perkhidmatan


luar daripada bidang kepakarannya kaunselor hendaklah merujuk klien tersebut
kepada pihak yang berkenaan.

16 Kaunselor hendaklah menyediakan tempat yang selesa dan private untuk sesi
kaunseling. Klien tidak seharusnya diperhatikan oleh orang luar melainkan
dengan kebenarannya, termasuk juga sesi kaunseling yang dirakam atau dipita
videokan.

B. Tanggungjawab Kaunselor Terhadap Rakan Profesional

1. Kaunselor hendaklah saling berusaha meningkatkan tahap kecekapan


profesionalismenya.

2. Kaunselor hendaklah menunjukkan sikap menghormati, adil dan terbuka


terhadap rakan profesionalnya.

3. Kaunselor bertanggungjawab untuk mencegah, mendedahkan serta


memperbetulkan perlakuan rakan kaunselor yang tidak beretika.

4. Kaunselor hendaklah bersedia untuk mempertahankan, membantu serta


membela rakan kaunselor yang teraniaya akibat tuduhan dan tohmahan
perlakuan yang tidak beretika.

C. Tanggungjawab Kaunselor Terhadap Masyarakat

1. Kaunselor hendaklah memahami dan menghormati unsur sosio-budaya


masyarakat di mana dia berkhidmat.

2. Kaunselor hendaklah mematuhi undang-undang negara dan melaksanakan


tugasannya berlandaskan undang-undang tersebut.

D. Tanggungjawab Terhadap Organisasi Dan Majikan

1. Kaunselor hendaklah mematuhi persetujuan komitmen yang ditandatangani


dengan organisasi tempat dia berkhidmat.

2. Kaunselor hendaklah berusaha untuk mengikuti polisi dan prosedur serta


meningkatkan kecekapan dan keberkesanan perkhidmatan organisasinya.

3. Kaunselor hendaklah bertindak untuk mencegah berlakunya diskriminasi dalam


organisasi dan dalam perlaksanaan polisi pekerjaan.

4. Kaunselor tidak boleh menyalahgunakan kemudahan dan sumber


organisasinya.

5. Kaunselor hendaklah menjelaskan bidang kepakaran dan tahap kecekapan


profesionalnya.

6. Kaunselor hendaklah mewujudkan hubungan interpersonal dan persetujuan


kerja dangan penyelia dan stafnya mengenai khidmat kaunseling khususnya
mengenai unsur kerahsiaan, perbezaaan antara fakta umum atau peribadi, beban
kerja dan akauntibiliti.

7. Kaunselor hendaklah memberi tahu kepada pihak mejikan tentang keadaan


yang boleh menyebabkan konflik yang merosakkan atau menyekat keberkesanan
perkhidmtannya.
8. Kaunselor hendaklah membenarkan dirinya dinilai secara professional dari
masa ke masa.

9. Kaunselor hendaklah bersama-sama bertanggung jawab ke atas peningkatan


kerjaya untuk diri dan stafnya.

https://kaunseling.wordpress.com/2008/08/27/kod-etika-kaunseling-
sekolah/

ETIKA KAUNSELING

ETIKA

Etika adalah batasan yang dikenakan bagi mengehadkan tingkahlaku

individu. Etika dalam kaunseling merangkumi etika kaunseling dan etika

kaunselor. Individu yang terlibat dalam profesion kaunseling perlu

memahami dan mematuhi etika yang ditetapkan supaya menjaga imej

bidang kaunseling. Etika menyentuh persoalan berkaitan apakah yang

terbaik dan tidak, sama ada perlakuan ataupun nilai. Berdasarkan perkara

ini, penetapan tingkahlaku beretika perlu berlandaskan agama atau sistem

kepercayaan masyarakat tempatan.

PENGENALAN ETIKA

Etika adalah suatu tindakan yang menuntut kepatuhan terhadap piawaian

profesional serta undang-undang tentang apa yang dianggap betul dan

yang salah. Menurut Othman Mohamed, (dalam Othman Mohamed,

2005:283-284), kod etika merupakan tatasusila yang menentukan

peraturan kawalan diri terhadap praktis yang dijalankan oleh ahli sesuatu

profesion. Ianya merupakan standard asas bagi mencerminkan satu

praktis profesional. Etika juga boleh membawa maksud yang berlainan

tetapi saling berhubungan di antara satu dengan yang lain, iaitu ;1) Pola

hidup am atau suatu cara hidup.2) Set peraturan tingkah laku atau kod
moral

3) Tatacara mengenai cara hidup atau peraturan tingkah laku.

Daripada beberapa definisi di atas, dapatlah disimpulkan bahawa etika

mengkaji tingkah laku manusia sama ada patut atau tidak manusia

bertingkah laku (bagaimana seharusnya manusia bertingkah laku). Etika

melibatkan peraturan masyarakat yang didasarkan norma-norma dan

nilai-nilai yang baik di dalam sesebuah masyarakat itu. Oleh itu mematuhi

kod etika dianggap penting baik membantu membuat keputusan dalam

pengendalian kelompok.

Menurut MacCluskie dan Intergersoll, 2011 (dalam Khadijah Rohani binti

Mohd Yunus dan Nazariah bt Ab. Samad, 2006: 202) , etika berasal

daripada perkataan Greek yang bermaksud watak atau resam yang

merujuk kepada piawaian perlakuan manusia. Menurut Corey, Corey dan

Callanan ,1988 (dalam Khadijah Rohani binti Mohd Yunus dan Nazariah bt

Ab. Samad, 2006; 202), etika merupakan tatasusila yang menentukan

peraturan kawalan diri terhadap praktis yang dijalankan oleh ahli sesuatu

profesion. Ia merupakan piawai asas bagi mencerminkan satu praktis

professional dan merupakan suatu system dasar tingkah laku bagi sesuatu

kumpulan atau organisasi. Berdasarkan kepada Kamus Dewan , 1998

(dalam Khadijah Rohani binti Mohd Yunus dan Nazariah bt Ab. Samad,

2006; 202), etika membawa makna prinsip moral (atau akhlak ) atau

nilai-nilai akhlak yang menjadi pegangan seseorang individu atau sesuatu

kumpulan ( persatuan, pekerjaan dan lain-lain). Ianya adalah nilai dan

garis panduan yang harus dipatuhi oleh kaunselor dalam menjalankan

tugas masing-masing.
Disamping itu , etika juga merupakan satu ingatan kepada ahli supaya

dibimbing dengan peraturan, membina serta boleh menjaga martabat ahli,

hak dan keselamatan pelajar. Etika juga memberi bantuan kepada ahli

dalam sesuatu profesion agar dapat memikirkan serta boleh boleh

mempertimbangkan tentang dilema membuat sesuatu keputusan apabila

berhadapan dengan isu moral.

Kitchener ( dalam Baharom Mohamad dan Iliyas Hashim , 2010:56-57)

menjelaskan etika melibatkan proses membuat keputusan berkaitan sifat

moral manusia dan interaksi mereka. Etika menyentuh persoalan

berkaitan apakah yang baik dan tidak, sama ada perlakuan ataupun nilai.

Etika kaunseling juga berkait rapat dengan prinsip-prinsip akhlak dan

moral yang perlu ada pada kaunselor semasa sesi kaunseling dijalankan.

Semasa sesi kaunseling dijalankan, satu perjanjian bertulis perlu dimeterai

antara klien dan kaunselor. Prosedur ini penting bagi melindungi hak klien

dan juga kaunselor.

Sesi kaunseling biasanya melibatkan sesi seminggu yang mengambil

masa 50 minit. Sesi ini dikenali sebagai sesi terapeutik yang biasanya

melibatkan kaunseling kumpulan, perkahwinan dan keluarga. Masa

rawatan adalah melalui persetujuan yang dilakukan dalam perjanjian yang

ditetapkan. Selalunya bagi merawat pesakit, sesi rawatan susulan

digalakkan kerana pertemuan pertama kadangkala tidak dapat

menyelesaikan masalah. Menurut Hodgkinson, 1992 ( dalam Baharom

Mohamad dan Iliyas Hashim , 2010:57) , sesi kaunseling melibatkan

perjanjian jangka pendek atau jangka panjang.

1. Kaunseling jangka pendek.


Perjanjian ini melibatkan sesi kaunseling selama 6-12 sesi.

Namun, perjanjian boleh dilanjutkan sekiranya kaunseling terakhir tidak

dapat menyelesaikan masalah. Ini juga bergantung pada perjanjian baru.

2. Kaunseling jangka panjang.

Perjanjian yang melibatkan sesi kaunseling selama setahun ataupun lebih.

Menurut Peterson J.V. dan Nisenholz ( dalam Baharom Mohamad dan Iliyas

Hashim , 2010:57) ,dalam bidang kaunseling, etika amat dititik beratkan

supaya rahsia klien atau orang yang mendapat nasihat dapat dilindungi.

Kaunselor harus bertindak berdasarkan etika yang ditetapkan. Di Malaysia

terdapat akta yang melindungi kaunselor, iaitu Akta Kaunselor 580 dan

Lembaga Kaunselor Kebangsaan. Manakala di Amerika Syarikat juga

mempunyai standard kod etika bagi kaunseling yang dikenali sebagai

American Counseling Association (ACA). Dengan adanya persatuan, ia

dapat mengawal aktiviti kaunseling yang dijalankan kaunselor. Digariskan

tiga kepentingan etika kaunseling yang dibincangkan iaitu kerahsiaan ,

batasan professional dan menangani seksual.

KOD ETIKA DALAM KAUNSELING

Etika dalam bidang kaunseling bertujuan menjamin keselamatan dan juga

perhubungan yang dibina dalam sesuatu sesi. Kaunselor perlu

menjelaskan kepada klien mengenai etika kaunseling pada peringkat awal

supaya klien memahami konsep kaunseling. Menurut Persatuan

Kaunseling dan Perkembangan Amerika Syarikat ,1952 ( dalam

Mohammad Aziz Shah Mohamad Arip, Mohammad Nasir Bistaman, Ahmad

Jazimin Jusoh , Syed Sofian Syed Salim dan Md. Noor Saper , 2009 :206-
208), penghuraian tentang Kod Etika Kaunseling tersebut terbahagi

kepada tujuh bahagian iaitu :

1. Kaunselor-kaunselor yang mempengaruhi perkembangan profesion

dengan usaha yang berterusan bagi membaiki perkhidmatan, mengajar

dan penyelidikan. Perkembangan profesion adalah untuk kerjaya

kaunselor. Kaunselor digalakkan mengumpul data berdasarkan kebolehan

kereka, juga dibimbing untuk mencari data.

2. Setiap kaunselor mempunyai tanggungjawab dalam perkhidmatan

terhadap individu yang dijaga dan juga institusinya. Penerima sesuatu

institusi bermakna seseorang kaunselor itu telah bersetuju dengan polisi

dan prinsip institusi itu. Jadi, aktiviti profesion yang dijalankan adalah

berdasarkan objektif institusi. Kaunselor akan dihentikan dari institusi jika

kaunselor tidak dapat memberi apa yang dijanjikan dalam perjanjian

dengan majikan.

3. Tingkah laku etika diharapkan dikalangan profesion sering berlaku. Ahli

boleh mengambil tindakan melalui beberapa cara, berbincang dengan

individu lain, mencari maklumat tambahan, bertanya atau berunding

dengan jawatankuasa setempat dan sebagainya.

4. Kaunselor tidak harus mencari kemajuan dengan cara perbandingan

yang merugikan orang lain.

5. Kaunselor juga tidak boleh menuntut atau menunjukkan kelayakan yang

ada padanya daripada orang lain. Tetapi, bertanggungjawab untuk

membetulkan segala interpretasi yang salah yang dibuat oleh orang lain.

6. Bagi menentukan yuran ke atas perkhidmatan prefesion, kaunselor

mesti mengambil tahu bahawa yuran dibayar hanya bergantung kepada

kemampuannya.
7. Apabila kaunselor mendapat maklumat untuk awam, dia mesti

memastikan bahawa isi kandungan maklumat itu adalah tepat, tidak berat

sebelah, objektif dan data yang nyata.

8. Kaunselor mesti tahu perbezaan antara tawaran perkhidmatan

kaunseling dengan perkhidmatan penerangan awam. Perkhidmatan

kaunseling mungkin hanya melibatkan satu dengan satu. Perkhidmatan

penerangan disebarkan oleh media massa.

9. Berhubung dengan pekerjaan profesion, kaunselor mesti menerima

kedudukan yang sebenar supaya perkhidmatannya dapat diteruskan.

KEPENTINGAN ETIKA

Seperti mana yang telah dinyatakan bahawa etika kaunselor adalah

sebagai satu garis panduan menjalankan tugas sebagai seorang

kaunselor. Menurut Van Hoose dan Kottler, 1985 ( dalam Amia Salleh,

Zuria Mahmud dan Salleh Amat,2009:261), segala perbalahan dalam

profesion dapat diselesaikan berdasarkan garis panduan yang ada pada

etika. Ini secara langsung dapat menjamin kestabilan profesion itu sendiri.

Secara umumnya , etika ini memberitahu kaunselorapa yang boleh dan

apa yang tidak boleh dilakukan oleh mereka dalam menjalankan tugasnya

sebagai kaunselor profesional.

Selain itu, etika juga menggariskan dengan jelas beberapa perkara yang

dianggap sebagai tingkah laku menyeleweng yang ditegah daripada

dilakukan oleh kaunselor. Antara tingkah laku yang menyeleweng seperti

tidak menyimpan rahsia, mengaku mempunyai kelayakan yang beliau

tidak memilikinya, meletakkan nilai diri kepada klien, melakukan

hubungan seks dengan klien, mengambil kesempatan di atas kelemahan

klien dan sebagainya. Glading ( dalam Amia Salleh, Zuria Mahmud dan
Salleh Amat,2009:261), menyatakan ada sesetengah tingkah laku

menyeleweng dapat dilihat dengan jelas dan ada juga yang tidak. Namun

demikian, kesan yang timbul hasil daripada tindakan menyeleweng itu

akan memberi kesan yang negatif kepada klien dan juga

profesion kaunseling itu sendiri.

Seterusnya PERKAMA ( dalam Amia Salleh, Zuria Mahmud dan Salleh

Amat,2009:261) menggariskan empat perkara utama iaitu dalam kod

tatalaku yang perlu dipatuhi oleh para kaunselor seperti :

1. Kaunselor hendaklah menjaga tata lakunya demi memelihara piawaian

dan identity sebagai kaunselor dan nama baik profesion kaunseling.

2. Kaunselor hendaklah sentiasa berusaha menilai dan

meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang profesionnya.

3. Kaunselor hendaklah menjalankan tugasnya dengan penuh

tanggungjawab, objektif dan jujur selaras dengan profesion kaunseling.

4. Kaunselor mestilah diawasi serta dinilai tugas kaunselingnya oleh

Lembaga Kaunselor melalui penyeliaan lazim ( regular supervision) dan

sokongan perundingan (consultative support).

Daripada penyataan yang dinyatakan dapat disimpulkan bahawa dalam

usaha untuk membantu klien, maka seseorang itu haruslah mempunyai

kemahiran membantu yang tertentu agar pertolongan yang diberikan

tidak mendatangkan kesan yang boleh memudaratkan klien. Disamping

itu, untuk membantu klien, kaunselor juga perlu sedar batasan yang perlu

dipatuhi. Kaunselor perlu menjalankan tugasnya dengan ikhlas dan jujur,

iaitu tidak mempunyai kepentingan peribadi apabila membantu klien.

Dengan cara ini, profesion kaunselor akan mendapat pengiktirafan lebih

baik daripada masyarakat.


Mohammad Aziz Shah Mohamad Arip ( dalam Mohammad Aziz Shah

Mohamad Arip, Mohammad Nasir Bistaman, Ahmad Jazimin Jusoh , Syed

Sofian Syed Salim dan Md. Noor Saper , 2009 :206-208), setiap pegawai

dalam bidang kaunseling perlu mengetahui dan memahami etika yang

dikenakan ke atas diri mereka yang sebagai individu yang professional.

Antara tatalaku yang ditetapkan sebagai seorang pegawai ialah :

1. Menjaga dan mengekalkan tatalaku yang cemerlang demi memelihara

piawaian dan identiti sebagai seorang kaunselor dan integriti profesion

kaunseling.

2. Sentiasa berusaha menilai dan meningkatkan pengetahuan, kebolehan

dan kemahiran dalam bidang profesionnya.

3. Menjalankan tugasnya dengan cekap, bertanggungjawab, objektif, jujur,

ikhlas dan berdedikasi selaras dengan tahap profesionalisme yang tinggi.

Etika penting semasa mengendalikan tatacara kehidupan manusia dalam

menguruskan individu,keluarga,organisasi dan masyarakat bagi

memastikan kesejahteraan dan kebahagiaan. Justeru, kepentingan etika

dilihat dalam konteks sejagat melalui individu,keluarga,organisasi dan

masyarakat.

Menurut Mohammad Aziz Shah Mohamad Arip ( dalam Mohammad Aziz

Shah Mohamad Arip, Mohammad Nasir Bistaman, Ahmad Jazimin Jusoh ,

Syed Sofian Syed Salim dan Md. Noor Saper , 2009 :206-208), etika

membantu dalam kecemerlangan sesebuah organisasi dan seseorang

individu dalam melaksanankan tanggungjawab. Berikut maklumat


berkaitan tanggungjawab kepada individu / klien , masyarakat dan

organisasi

Individu

Individu yang beretika mendapat kebaikan fizikal,ketenangan jiwa dan

perasaan.Individu yang beretika juga dapat membina sahsiah diri ataupun

keperibadian yang baik kerana beliau memelihara dirinya dengan sifat-

sifat yang terpuji. Masyarakat mengiktirafnya sebagai orang yang berbudi

tinggi. Malahan pengurusan etika yang baik dalam diri individu akan

menyebabkan individu tersebut berkeyakinan berada dalam organisasi.

Organisasi

Etika berperanan penting dalam menentukan kestabilan organisasi.Ia

dapat memelihara nilai-nilai murni organisasi dengan sikap

bertanggungjawab dan prihatin pada kebajikan masing-masing.Ia juga

dapat memantapkan kestabilan,seterusnya mempertingkatkan

produktiviti,meningkatkan kredibiliti dan reputasi serta menjamin

perkembangan yang berterusan.

Masyarakat

Kepentingan etika dalam sesebuah masyarakat tidak dapat dipertikaikan

kerana ia dapat memelihara keamanan,keadilan dan kesejahteraan yang

berterusan.Masyarakat yang beretika juga dapat membentuk persekitaran

yang sihat dan menghindari masalah-masalah sosial seperti pembuangan

bayi,rompakan,penyeludupan barangan haram dan seumpamanya.


PRINSIP ETIKA DALAM PERHUBUNGAN MENOLONG

Perhubungan menolong amat utamakan kepada kebajikan dan

kesejahteraan klien. Kaunselor perlu memahami bahawa proses membuat

pertolongan adalah berlandaskan kepada prinsip yang telah digariskan.

Prinsip etika merupakan garis panduan atau peraturan yang digunakan

untuk menilai sama ada sesuatu perkara yang dilakukan baik atau buruk.

Menurut Kitchener ( dalam Khadijah Rohani bt. Mohd Yunus dan Nazariah

bt. Ab. Samad , 2007: 204-206), telah mengenal pasti lima prinsip etika

yang utama di dalam membuat keputusan secara beretika di dalam

perhubungan menolong. Lima prinsip yang juga dikenali sebagai golden

five principles ialah autonomy, beneficence, nonmalefinence,

justice dan fidelity.

1. Autonomi ( Kebebasan untuk membuat pilihan)

Autonomi merujuk kepada kebebasan dalam membuat keputusan untuk

diri sendiri. Setiap individu mempunyai hak dan kebebasan untuk berfikir

dan membuat keputusan sendiri. Dalam hal ini , menurut Patterson dan

Welfel ( dalam Khadijah Rohani bt. Mohd Yunus dan Nazariah bt. Ab.

Samad , 2007: 204-206), autonomi melibatkan keadaan di mana individu

berupaya untuk memahami implikasi dan akibat daripada pilihan yang

dibuat.

2. Beneficence

Beneficence merujuk kepada melakukan sesuatu yang baik dan

berfaedah. Bimbingan dan penasihatan menyumbang kepada

pertumbuhan dan perkembangan klien. Oleh yang demikian, apa sahaja

bantuan yang diberikan kaunselor perlu berasaskan kebajikan klien.


Justeru itu, kaunselor perlu mempunyai komitmen dan kemahiran yang

secukupnya untuk membantu pelajar.

3. Nonmaleficence

Nonmaleficence bermaksud menjauhi daripada membuat sesuatu yang

tidak baik terhadap pelajar sama ada secara sengaja atau tidak. Menurut

Patterson dan Welfel ( dalam Khadijah Rohani bt. Mohd Yunus dan

Nazariah bt. Ab. Samad , 2007: 205), kaunselor bertanggungjawab untuk

menghindari daripada melakukan sesuatu yang membahayakan serta

mendatangkan mudarat kepada klien. Mereka perlu menjaga batasan

dalam perhubungan, tidak cuai serta sentiasa mengekalkan rasa

hormatnya kepada pelajar di samping mengelak daripada melakukan

sesuatu untuk kepentingan diri.

4. Justice

Merujuk kepada memberi keadilan kepada semua. Kaunselor perlu

memberi layanan yang sama rata kepada semua pelajar tanpa mengira

umur, jantina, bangsa, agama dan sebagainya. Keadilan merupakan asas

kepada kepercayaan klien untuk membina hubungan yang baik.

5. Fidelity

Fidelity melibatkan kejujuran dan keikhlasan dalam perhubungan

menolong antara klien dan kaunselor. Menurut Corey Patterson dan elfel

( dalam Khadijah Rohani bt. Mohd Yunus dan Nazariah bt. Ab. Samad ,

2007: 206), fidelity merupakan tanggungjawab untuk memberikan

kepercayaan serta membuat janji yang jujur terhadap pelajar. Ianya

merupakan aspek yang penting dalam proses kaunseling. Fidelity

merangkumi aspek kerahsiaan dan segala janji yang diberikan oleh

kaunselor terhadap klien. Selain daripada fidelity juga merangkumi

kepatuhan kaunselor kepada orgsanisasi , majikan dan profesionnya.


ISU ETIKA

Menurut Othman Mohamed ( dalam Othman Mohamed, 2005 :284-285),

kaunselor sebagai professional akan berhadapan dengan isu etika dalam

praktisnya. Dalam proses kaunseling , banyak perkara yang boleh

melibatkan isu etika dan seterusnya mendatangkan dilemma bagi

kaunselor. Kod etika juga adalah satu alat bantuan dalam usaha berkaitan

dengan persoalan menjaga hak klien , hak masyarakat, hak kebebasan,

kerahsiaan, keistimewaan penerimaan maklumat dan pengluahan

professional oleh kaunselor. Begitu juga pentingnya menjaga kepentingan

proses kaunseling dan salah praktis, kecuaian, menjaga keputusan,

perhubungan penduaan dan proses kaunseling serta tuntutan kerugian ke

atas hak ketiga. Kaunselor juga perlu mendapat persetujuan termaklum

daripada klien bagi menjalankan proses kaunseling, keadilan dan

kesetiaan, perlaksanaan penyelidikandan isu menjaga hak serta

keselamatan subjek. Othman Mohamed ( dalam Othman Mohamed, 2005 :

284-285), berpendapat walaupun kod etika diwujudkan bagi membantu

kaunselor membuat pertimbangan tindakan yang wajar serta sentiasa

berwaspada kepada tatasusila profesion, namun ada isu isu yang tidak

dapat diselesaikan hanya dengan berpandukan kod etika sahaja. Dalam

keadaan demikian, kaunselor wajar menerapkan prinsip etika.

Suatu dilema itu wujud apabila berlakunya suatu tindakan yang

terselubung dalamnya perkara yang baik tetapi mempunyai sebab etika

yang agak bercanggah dan pincang.

Menurut Kichener, 1989 ( dalam Othman Mohamed, 2005 :284),

pergerakan kea rah penerapan prinsip dalam membuat kata putus

berkaitan dengan dilemma boleh berpandukan penggunaan dua tahap

penaakulan moral: 1) tahap intuisi; 2) tahap kritikan-penilaian. Tahap

intuisis berkisar kepada kepercayaan etika yang terhasil daripada


penyataan apakah yang wajar dilakukan dan apakah yang tidak wajar

dilakukan. Prosedur intuisi demikian mempunyai asas bahawa kaunselor

sememangnya telah mempunyai suatu keupayaan pengetahuan etika dan

pengalaman kaunseling serta pengalaman hidup yang luas. Tahap kritikan-

penilaian ini dapat mengemukakan suatu justifikasi dan rasional tentang

elemen yang abstrak kea rah penghakiman yang seimbang dan saksama.

Banyak perkara yang bersangkut paut dengan proses kaunseling yang

menglibatkan tindakan sama ada oleh kaunselor , klien atau pihak ketiga

yang begitu abstrak.

KESIMPULAN

Perkhidmatan kaunseling seperti uga perkhidmatan professional yang lain

mempunyai etikanya tersendiri yang perlu dipatuhi oleh ahlinya. Secara

umumnya etika adalah satu garis panduan atau peraturan yang perlu

dipatuhi dalam menjalankan sesuatu tugas. Tidak kurang pentingnya,

etika membantu menyelamatkan kaunselor daripada menganiaya klien

atau dianiaya oleh klien. Selain itu, kaunselor boleh mengaplikasikan etika

kaunseling untuk kegiatan seharian mereka.

RUJUKAN

Amia Salleh , Zuria Mahmud dan Salleh Amat. 2009. Bimbingan dan

Kaunseling Sekolah :
Etika Kaunseling. Kuala Lumpur. Universiti Kebangsaan Malaysia,

Bangi.

Baharom Mohamad, Ph.D. dan Iliyas Hashim. 2010. Teori dan Amalan

Kaunseling : Etika

Kaunseling. Kuala Lumpur. PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.

Khadijah Rohani bt Mohd Yunus dan Nazariah bt Ab. Samad. Bimbingan

dan Penasihatan :

Falsafah, Kemahiran, Proses dan Etika. Perak. Universiti Pendidikan

Sultan Idris.

Mohammad Aziz Shah Mohamed Arip, Mohammad Nasir Bistaman, Ph.D.

Ahmad Jazimin

Jusoh, Ph.D , Syed Sofian Syed Salim dan Md. Noor Saper.

2009.Kemahiran

Bimbingan Kaunseling. Kuala Lumpur. PTS Professional Publishing

Sdn. Bhd.

Othman Mohamed. 2005. Prinsip Psikoterapi dan Pengurusan dalam

Kaunseling : Etika dan

Perundangan Kaunseling. Selangor. Universiti Putra Malaysia.

pada 8:43:00 PG

http://biskuti.blogspot.my/2014/07/etika-kaunseling.html
https://books.google.com.my/books?
id=ZrUNX2ikArQC&pg=PA40&lpg=PA40&dq=etika+kaunselor+sekolah&s
ource=bl&ots=WwS1bef2vx&sig=F1Dodq9hEz6rPa1_IY_K6Frn68g&hl=en&
sa=X&redir_esc=y#v=onepage&q=etika%20kaunselor
%20sekolah&f=false

https://books.google.com.my/books?
id=RYwz_2F3L6sC&pg=PA152&lpg=PA152&dq=etika+kaunselor+sekolah
&source=bl&ots=D9Irq79lis&sig=-me0OrBDEBXBeYlVf-
qi6WrvSbg&hl=en&sa=X&redir_esc=y#v=onepage&q=etika
%20kaunselor%20sekolah&f=false

https://books.google.com.my/books?
id=4luAG8n4CSsC&pg=PA178&lpg=PA178&dq=peranan+guru+biasa+dal
am+pelaksanaan+bimbingan+dan+kaunseling&source=bl&ots=fk69ss9d
o9&sig=fIn23do_iGUcSEL7HJA4UYif_ys&hl=en&sa=X&redir_esc=y#v=one
page&q=peranan%20guru%20biasa%20dalam%20pelaksanaan
%20bimbingan%20dan%20kaunseling&f=false

https://books.google.com.my/books?
id=ZrUNX2ikArQC&pg=PA253&lpg=PA253&dq=inventori+kerjaya+memb
antu+pelajar&source=bl&ots=WwS1beg2qs&sig=UGeog71m3KJKePly0yPl
YDe0cjs&hl=en&sa=X&redir_esc=y#v=onepage&q=inventori%20kerjaya
%20membantu%20pelajar&f=false

https://books.google.com.my/books?
id=N3zgAnO9SvMC&pg=PA92&lpg=PA92&dq=inventori+kerjaya+memba
ntu+pelajar&source=bl&ots=EZL5pYOKex&sig=tCnR55saV8HT3GnYkXElu
GyLYR8&hl=en&sa=X&redir_esc=y#v=onepage&q=inventori%20kerjaya
%20membantu%20pelajar&f=false

Вам также может понравиться