Вы находитесь на странице: 1из 2

AMALI TAJUK 1

MENGKAJI AWAN DAN CUACA

Apabila udara panas, lebih banyak wap air terkandung di dalam udara karena air
lebih cepat menyejat. Udara panas yang sarat dengan wap air ini akan naik tinggi,
hingga tiba di satu lapisan atmosfera dengan suhu yang lebih rendah. Di kawasan ini,
wap air akan membentuk awan, iaitu molekul-molekul titik air yang tak terhingga
banyaknya.

Awan boleh dikelaskan kepada beberapa kumpulan berdasarkan rupa, bentuk, dan
ketinggian semasa pembentukannya.selain itu, awan juga mempunyai pengaruh
yang cukup besar terhadap keadaan cuaca. Dengan mengkaji awan anda mungkin
dapat memahami dan cuaca pada hari tersebut.

Prosedur amali:

Cari maklumat mengenai awan dan cuaca daripada buku, majalah, jurnal, surat
khabar atau internet.
Dapatkan Ramalan Cuaca bagi daerah atau tempat anda menjalankan
pemerhatian. Ramalan cuaca ini boleh didapati daripada televisyen, radio, surat
khabar, laman sesawang rasmi Jabatan Meteorologi Malaysia atau daripada
AccuWeather,com
Pilih lokasi yang sesuai untuk menjalanan pemerhatian terhadap awan dan cuaca.
Dengan menggunakan mata kasar perhatikan jenis awan yang terdapat di
kawasan itu serta cuaca semasa pemerhatian dijalankan.
Rekodkan tarikh, masa dan hasil pemerhatian anda.
Catatkan juga suhu dan kelembapan udara di kawasan tersebut.
Jalankan pemerhatian pada waktu pagi dan tengahari.
Berdasarkan pemerhatian pada waktu pagi dan tengahari, ramalkan cuaca pada
waktu petang di tempat anda.
Bandingkan ramalan anda dengan cuaca sebenar pada waktu petang.
Pemerhatian dan ramalan perlu dibuat setiap hari selama seminggu.
Gunakan kamera yang sesuai untuk merakamkan gambar.

Laporan Amali:

Sediakan laporan amali yang lengkap.


Laporan anda hendaklah mengandungi tajuk, tujuan amali, hipotesis, kemahiran
proses sains yang terlibat, alat radas, prosedur amali, dapatan, perbincangan, dan
kesimpulan.
Dapatan hendaklah mengandungi jadual data pemerhatian serta gambar yang
jelas untuk menyokong data anda.
Pada bahagian perbincangan, analisis dan tafsirkan data yang diperolehi.
Bandingkan pemerhatian anda dengan ramalan yang diperolehi daripada
televisyen, radio, surat khabar, laman sesawang rasmi Jabatan Meteorologi
Malaysia atau daripada AccuWeather,com
Nyatakan kekuatan dan kelemahan kaedah amali yang dijalankan serta cadangan
penambahbaikan.
Berikan kesimpulan yang sesuai dan menyeluruh.

Вам также может понравиться