Вы находитесь на странице: 1из 14

1.

0 Pengenalan

Kerajaan Siam telah lama wujud sejak berabad-abad yang lalu di bawah pemerintahan

raja-rajanya. Pemerintahan di Siam bermula dengan kenaikan takhta Rama I pada 6 April 1782,

disusuli dengan keturunan baginda yang berikutnya. Sejak daripada pemerintahan Rama I lagi,

raja-raja Siam telah menampakkan usaha yang tinggi dalam melaksanakan rancangan pemulihan.

Rancangan pemulihan oleh raja-raja Siam berterusan sehinggalah kepada pemulihan dan

pemodenan Siam yang dilihat sebagai pemulihan yang lebih moden. Pemodenan ini dilakukan

pada zaman pemerintahan Raja Mongkut (Rama IV) dan anaknya, Raja Chulalongkorn (Rama

V) dengan tujuan untuk menyelamatkan negara Siam daripada penjajahan Barat. 1 Ramai yang

menanggap Siam telah berjaya mengekalkan kedaulatan negerinya daripada cengkaman

penjajahan Barat dan kejayaan ini sangat dipandang tinggi kerana Siam adalah salah satu negera

yang mampu mencapai kejayaan unggul ini di rantau Asia Tenggara. Pemodenan yang dijalankan

oleh Raja Chulalongkorn ini dianggap sebagai sesuatu yang unik oleh kebanyakan ahli sejarah.

Namun begitu, dalam kebanyakan ahli sejarah tersebut, terdapat seorang ahli sejarah terkenal

yang berasal dari Universiti Cornell, iaitu Benedict Anderson, yang mempertikaikan tentang

keunikan sejarah Thai. Pertikaian ini telah dibahaskan dalam karyanya, iaitu Studies of the Thai

state: The state of Thai Studies. Menurut beliau, tiada sebarang keunikan dalam sejarah Siam

abad ke-19, malahan Rama V, iaitu Raja Chulalongkorn hanya layak dibandingkan dengan

Muhammad IV dari Kelantan dan Maharaja Abu Bakar di Johor.

1 Kobkua Suwannathat-Pian, SejarahThai Zaman Bangkok, Kuala Lumpur: Dewan


Bahasa dan Pustaka, 1991, hlm. 159

1
2.0 Pemulihan yang Dilakukan oleh Raja Chulalongkorn (Rama V)

Kejayaan Rama V yang terhadap kerajaan siam telah menarik minat ramai para ahli

sejarah sehinggakan beliau sangat dihargai oleh masyarakat sezaman dengan baginda pada waktu

itu. Kerajaan beliau dikatakan sangat unik oleh ramai para ahli sejarah. Tidak dapat dinafikan,

kebanyakan pemulihan yang dilancarkan oleh Rama V lebih bertujuan untuk meningkatkan

kedudukan institusi raja dan kuasa baginda sendiri. Buktinya, dalam melancarkan pemulihan

kecil dan pemulihan lengkap, Rama V lebih banyak menumpukan perhatian pada merampas

semula kuasa pentadbiran daripada golongan khunnang, iaitu golongan bangsawan yang telah

berkuasa secara tidak langsung sewaktu baginda masih di usia muda. Oleh itu, selepas meningkat

usia 20 tahun, Rama V cuba melaksanakan pemulihan dengan bersandarkan kepada dua objektif

utama, iaitu untuk mendapatkan semula kuasa, pengaruh, dan penghormatan yang patut kepada

institusi raja, serta untuk berjuang menyelamatkan kedaulatan dan keselamatan Siam yang

menghadapi ancaman hebat dari kuasa-kuasa Barat.2 Semasa pemulihan kecil, iaitu antara

tempoh tahun 1873-1875, baginda telah menubuhkan beberapa pertubuhan baru seperti Majlis

Privi dan Majlis Kebangsaan, Pasukan Biduanda Diraja, serta Jabatan Pemeriksa Kira-Kira untuk

membantu baginda melancarkan rancangan pemulihan dan pemodenan.

Rama V meneruskan semula usaha pemodenannya dengan rancangan pemulihan lengkap,

iaitu pada tempoh 1880-an sehingga 1910. Rama V telah mengubah aspek yang paling penting

dalam pemodenannya, iaitu mengubah sistem pentadbiran tradisionalsenobadi Jatusadom kepada

sistem kabinet dan thesaphiban.3 Di ibu kota, Rama V ini telah memperkenalkan sistem

pentadbiran pusat yang dikenali sebagai sistem thesaphibandi wilayah pada tahun 1892. Tanpa

2 Kobkua Suwannathat-Pian, SejarahThai Zaman Bangkok, Kuala Lumpur: Dewan


Bahasa dan Pustaka, 1991, hlm. 191-192

2
sistem pentadbirannya yang cekap ini, Siam pastinya tidak mampu menentang cabaran kuasa

Barat yang disebabkan oleh kelemahan kuasanya ke atas wilayah-wilayah. Memang tidak dapat

dinafikan rancangan pemodenan oleh Chulalongkorn ini dilakukan atas kebijaksanaan baginda

pada masa itu, namun begitu kebanyakan pemulihan tersebut tidaklah begitu unik jika

dibandingkan dengan kuasa besar lain seperti Jepun dan Belanda. Segala keunikan yang

dibanggakan oleh ahli sejarah terdahulu telah pun dipertikaikan oleh seorang ahli sejarah, iaitu

Benedict Anderson. Beliau telah menghuraikan dengan lebih jelas mengenai perdebatan ini

dalam karyanya, iaitu Studies of the Thai state: The state of Thai Studies.

3 Kobkua Suwannathat-Pian, SejarahThai Zaman Bangkok, Kuala Lumpur: Dewan


Bahasa dan Pustaka, 1991, hlm. 199

3
3.0 Pandangan Benedict Anderson tentang Sejarah Siam Abad ke-19 dan Abad ke-20

Benedict Anderson merupakan seorang profesor dari Universiti Cornell. Dalam karyanya

iaitu Studies of the Thai state: The state of Thai Studies, beliau telah membahaskan tentang

pemulihan serta pemodenan yang dilakukan oleh raja-raja Thai, terutamanya oleh Raja

Chulalongkorn atau lebih dikenali sebagai Rama V. Pada bahagian awal dalam karyanya itu,

Anderson telah mengemukakan pandangannya terhadap pengkajian sejarah Siam. Salah satunya

menurut beliau, terdapat pengkaji Asia Tenggara masing-masing cuba untuk mencari dan

membuat perbandingan tentang keunikan negara yang dikajinya. Siam yang dikatakan sebagai

sebuah negara yang tidak pernah dijajah, telah dianggap sebagai ipso facto unique, iaitu

membawa maksud fakta yang sangat unik.4 Keunikan ini dibanggakan oleh kebanyakan orang,

termasuk juga oleh ahli sejarah sendiri tanpa dikaji dengan lebih terperinci terlebih dahulu

keunikan yang dimaksudkan itu.

Para sarjana telah membuat beberapa prinsip atau kenyataan tentang negara Thai dengan

menyatakan Thai sebuah negara yang unik. Sehingga kini prinsip ini masih dianggap sebagai

fakta benar oleh orang ramai, terutama kepada mereka yang tidak mengkaji dengan lebih

mendalam tentang sejarah Thai. Anderson telah menyenaraikan prinsip unik berkenaan,

antaranya ialah, Siam tidak dijajah oleh mana-mana kuasa. Fakta ini memberi tanda bahawa

Siam sebagai sebuah negara yang unik pada abad ke-19 dan awal abad ke-20 dalam sejarah Asia

Tenggara. Kedua, Siam adalah negara moden pertama yang merdeka di Asia Tenggara. Selain

itu, Dinasti Chakri juga dikatakan memainkan peranan dalam sejarah Siam sebagai memodenkan

4 Benedict Anderson, Studies of Thai State: The state of Thai Studies, Athens:
Ohio University, 1978, hlm. 197

4
dan menyatukan negara Siam. Yang terakhir ialah, fakta mengenai kejayaan Siam adalah

disebabkan kestabilan kehidupan masyarakat Thai dan juga kerana pemimpin yang patriotik.5

Berdasarkan empat prinsip ini yang dipegang oleh kebanyakan ahli sejarah, Anderson

telah membahaskannya dengan mengemukakan dua perbandingan dan persoalan yang

munasabah, iaitu dalam prinsip mengenai peranan sejarah dinasti Chakri difahami sebagai

analogi atau persamaan dengan pemimpin nasionalis di lain-lain negara di Asia Tenggara, seperti

generasi Rizal di Filipina dan juga mengenai tentang kefahaman patriot nasionalis. Manakala

dalam prinsip seterusnya ialah Anderson mempersoalkan adakah layak pada asasnya sejarah

negara Siam dibandingkan dengan Jepun, iaitu sebuah kuasa yang hebat pada abad tersebut?

Bagi menjawab dan menjelaskan persoalan tersebut, Anderson telah memberi pandangannya

sendiri bahawa sebenarnya pemerintah monarki Thai ketika itu telah melakukan beberapa

adaptasi budaya dan pengaruh barat ke dalam budaya sedia ada. Tujuan adaptasi budaya ini

adalah supaya Siam dapat lari daripada penjajahan dan seterusnya dapat memodenkan

masyarakat yang tradisional.

Menurut Jacobs dalam karya Modernization without Development (1971) telah

menyatakan bahawa dalam mempelajari pembangunan Siam, terdapat persamaan yang besar

antara pembaharuan Siam dan Jepun sepanjang petengahan abad ke-19. Pada waktu itu, berlaku

cabaran dalam pembangunan moden yang diwujudkan oleh kedua-dua kerajaan ini. Walaupun

kedua-dua kerajaan ini mempunyai persamaan dalam pemodenan yang dijalankan oleh

pemerintah masing-masing, akan tetapi akhirnya Jepun lebih membangun dan berjaya dalam

pemodenan yang dirancang manakala Siam pula adalah sebaliknya. Pernyataan oleh Jacobs ini

5 Benedict Anderson, Studies of Thai State: The state of Thai Studies, Athens:
Ohio University, 1978, hlm. 198

5
selari dengan pendapat Anderson, iaitu perbandingan sejarah Siam dengan negara Jepun semasa

pemerintahan Maharaja Meiji adalah tidak sepadan, sebaliknya pemodenan Siam itu lebih

releven dibandingkan dengan kerajaan-kerajaan seperti Brunei, Jawa, negeri-negeri di Tanah

Melayu dan dengan pemerintahan moden kolonial di Asia Tenggara.6

Berdasarkan penerangan ini, Benedict berpendapat bahawa sarjana yang mengkaji

tentang Thai sebenarnya tidak menguasai dan memahami sepenuhnya kedua-dua analogi tadi

sehingga membuatkan ianya sukar untuk dibahaskan. Oleh itu, Aderson telah mengemukakan

beberapa pandangan yang menarik dan bertentangan sama sekali dengan prinsip terdahulu.

Menurut beliau, Siam sememangnya tidak dijajah secara terus, tetapi sebenarnya dijajah secara

tidak langsung oleh kuasa luar. Siam juga sebenarnya merupakan negara terakhir sekali yang

merdeka di Asia Tenggara, dan dinasti Chakri yang dikatakan berperanan memodenkan Siam

sebenarnya hanya memodenkan beberapa perkara yang dimodenkan oleh gabenor pemerintahan

kolonial yang ada pada zaman itu. Seterusnya, sama ada Siam dikatakan berjaya atau gagal,

ianya merupakan kesan daripada imperialisme Eropah di Asia Tenggara. Pemerintah Thai jika

dibuat perbandingan secara tegas, dan kehidupan atau suasana politik Thai (sejak 1930-an)

adalah tidak stabil sebenarnya. Oleh itu, berdasarkan kepada pandangan yang telah diberikan,

Anderson menegaskan bahawa sejarah Siam ini tidak mempunyai sebarang keunikan, seperti

yang dibanggakan oleh ahli sejarah sebelum ini. Pemodenan Thai pada abad ke-19 hingga abad

ke-20 juga dikatakan tiada sebarang keunikan. Pemulihan oleh Rama V ini tidak selayaknya

dibandingkan dengan negara Jepun yang jauh lebih unik pemodenannya oleh Maharaja Meiji.

Pembaharuan yang dilakukan oleh Chulalongkorn lebih kurang sama dengan polisi baru

6 Benedict Anderson, Studies of Thai State: The state of Thai Studies, Athens:
Ohio University, 1978, hlm. 199

6
pemerintahan kolonial misalnya Belanda di Indonesia serta British di Burma, dan bukan seperti

pembaharuan yang dilakukan oleh Meiji.7

Selain itu, Anderson juga ada mempertikaikan perbandingan pemodenan Siam dengan

pemodenan Jepun di dalam karyanya itu. Pada pandangan beliau, tidak akan ada orang yang

dapat memahami keadaan politik moden tentera Thai yang sebenarnya tanpa memahami dengan

jelas terlebih dahulu tentang asal-usul sejarah Thai. Anderson telah membuat perbandingan

antara ketenteraan Siam dengan ketenteraan Jepun yang hebat. Ketenteraan Meiji mula berkuasa

pada tahun 1868 melalui rampasan kuasa. Jepun telah menggunakan persamaan organisasi

ketenteraan Barat, dan taktik serta senjata mereka telah berjaya mengalahkan tentera laut Bakufu.

Kerajaan baru Jepun segera mewujudkan pemerintahan ditaktor ketenteraan atas nama

pemulihan maharaja Jepun. Meiji telah membubarkan sistem ketenteraan yang feudal dan pada

1972 sebuah sekolah pendidikan yang dikhaskan untuk ketenteraan bagi membangunkan

generasi mereka telah didirikan. Pembaharuan ini membuktikan kehebatan Jepun pada masa itu

sehingga berjaya dalam peperangan dengan China dan Rusia.

Di sini dapat lihat bahawa terdapat perbezaan dengan keadaan ketenteraan di Siam, iaitu

semasa kenaikan takhta Raja Chulalongkorn sewaktu berlaku rampasan kuasa ketenteraan Meiji

di Jepun. Kementerian peperangan Thai belum ditubuhkan lagi sehinggalah pada tahun 1894,

iaitu tahun sebelum peperangan Jepun-Sino. Pengerahan tentera juga masih belum diwujudkan

lagi sehingga tahun 1905, di mana tempoh ini agak lewat berbanding dengan Jepun. Di samping

itu juga, tiada perhubungan yang dibuat antara pembangunan pendidikan dengan ketenteraan

seperti yang dilakukan oleh Meiji. Malahan, pengwajiban pendidikan awal kepada masyarakat

7 Benedict Anderson, Studies of Thai State: The state of Thai Studies, Athens:
Ohio University, 1978, hlm. 200

7
Siam tidak dilakukan secara rasmi sehinggalah kepada pemerintahan Rama VI. Perbezaan

keadaan ini boleh dilihat pada awal abad ke-20 di mana pada waktu itu, hampir keseluruhan

kanak-kanak Jepun memasuki sekolah rendah dan sekolah menegah, manakala pengajian tinggi

telah dikendalikan dengan sebaiknya oleh kerajaan Jepun. Namun sebaliknya berlaku di negara

Thai pada tahun 1957, iaitu hanya separuh daripada penduduknya berjaya menamatkan

pendidikan rendah. Pada akhir tahun 1974, purata bilangan murid warga Thai yang menamatkan

pendidikan sekolah adalah 5.56 peratus sahaja. Tahap pengajian tinggi antara kedua-dua negara

ini juga boleh dilihat pada penubuhan Chulalongkorn University yang merupakan universiti

pertama di Siam dan ditubuhkan sepenuhnya oleh kerajaan Thai pada tahun 1917, iaitu

perbezaan empat dekad selepas penubuhan Imperial University di Tokyo.8

Menurut Anderson juga, antara tempoh 1840-1940 negara Thai telah berhenti melibatkan

diri dalam peperangan. Hal ini demikian kerana, sebelum penjajahan Perancis dan British yang

berlaku antara 1885 dan 1909, keselamatan luar negara monarki Thai telah diberi jaminan oleh

kuasa-kuasa luar empayar Eropah. Berdasarkan keadaan ini, istilah ketenteraan Thai pada

dasarnya adalah ketinggalan zaman kerana tidak pernah dibawa bertempur menghadapi ancaman

luar. Battye (1974) telah membuktikan bahawa unit tentera yang berkhidmat kepada

pemerintahan Jakri pada abad ke-19 kebanyakannya dianggotai oleh orang Vietnam, Khmer,

Mon, dan Lao. Mereka ini datangnya daripada tawanan perang, pendatang, dan pengembara yang

menawarkan khidmat kepada raja. Ini menunjukkan bahawa orang bukan Siam lebih ramai yang

meanggotai unit ini, berbanding dengan orang Siam sendiri. Tentera darat dan tentera laut Thai

moden ini tidak mempunyai fungsi pertahanan luaran yang sebenarnya, dan hampir tidak

berfungsi kecuali untuk pertahanan dalam negeri sahaja dan keadaan ini berbeza dengan Jepun.
8 Benedict Anderson, Studies of Thai State: The state of Thai Studies, Athens:
Ohio University, 1978, hlm. 201

8
Anderson menanggap angkatan tentera Thai hanya kelihatan sebagai satu cara untuk penyatuan

dalaman sistem kerajaan dan hanya menjadi lambang kemodenan untuk dimegahkan ke seluruh

dunia. Menurut Batson (1977), angkatan tentera Siam dilihat sebagai terlalu besar untuk tujuan

mengekalkan pemerintahan dalaman, dan kelihatan terlalu kecil sekiranya berlaku konflik

dengan kuasa Eropah. Hal ini demikian kerana tentera Thai dibentuk bukanlah bertujuan untuk

berperang tetapi sebaliknya untuk menunjuk-nunjuk sahaja. 9 Berdasarkan fakta ini, maka

Anderson beranggapan bahawa kehebatan tentera Siam pra-1840 hanya layak dibandingkan

dengan negara Asia Tenggara selepas tahun 1940.

Pentadbiran dan pemerintahan Siam dan Jepun juga menunjukkan perbezaan dan tidak

layak diperbandingkan. Semasa rampasan kuasa pada 1932, di Thailand telah terdapat

perbezaaan ketara dalam perbandingan antara pemerintahan Meiji Jepun dan Siam Jakri. Pada

tahun 1932 tidak pernah berlaku di Jepun, iaitu tentera Jepun pada zaman moden itu tidak pernah

berpaling dan menentang pemerintahan beraja Jepun. Hal ini demikian kerana, pemerintah di

Jepun kekal sebagai objek dan bukannya sebagai subjek politik. Oleh itu, apabila raja menjadi

objek utama dalam pemerintahan, maka ramai yang akan mempertahankan raja dari sebarang

ancaman dan akan terus menumpahkan taat setia yang sepenuhnya kepada raja. Namun di Siam,

Dinasti Jakri sama seperti negara Asia Tenggara yang lain pada abad ke-19 di mana pemerintah

memainkan peranan sebagai subjek berbanding dengan peranan objek. Keadaan ini

menyebabkan ketenteraan Siam kekal mundur dan sempit berbanding dengan Jepun. Kita juga

boleh mengambil satu fakta perbandingan yang penting, iaitu sistem penggantian raja di Jepun

berada dalam keadaan aman kerana raja Jepun berperanan sebagai simbol. Sebaliknya di Siam

9 Benedict Anderson, Studies of Thai State: The state of Thai Studies, Athens:
Ohio University, 1978, hlm. 204

9
pula pemilihan pemerintah akan mengalami campur tangan oleh pihak Eropah. Hal ini kelihatan

sama dengan pemerintahan negara Asia Tenggara yang lain, contohnya seperti di Tanah Melayu.

Kerajaan Siam juga turut membuat pembaharuan dalam ekonomi dengan menggunakan

buruh Cina dalam kegiatan ekonominya. Menurut Anderson, dasar imagrasi orang Cina difahami

sebagai kepentingan kepada sesebuah dinasti dan bukannya untuk keperluan negara. Imigrasi ini

bertujuan untuk menstabilkan kuasa dinasti dalam tempoh jangka pendek, namun malangnya

keadaan ini akhirnya memberi kesan ketidaksatabilan dan perpecahan dalam masyarakat Thai

untuk jangka masa yang panjang. Dasar imagrasi yang dijalankan oleh pemerintah Thai ini lebih

kurang sama dengan yang dilakukan oleh British dan Belanda, serta Sultan Perak dan Sultan

Johor semasa pemerintahan di Indonesia dan Tanah Melayu. 10 Anderson tidak menafikan bahawa

keadaan ini memberi perkembangan dalam ekonomi Thai selepas Perjanjian Bowring 1855

sehinggakan permintaan meningkat untuk penggunaan buruh Cina dalam kerja-kerja

pertukangan. Imagrasi Cina memberi kepentingan yang besar dalam menentukan keperluan

tenaga kerja untuk pemerintah. Penyediaan dana untuk membayar upah mereka telah digunakan

untuk menggalakkan mereka bekerja dalam pelbagai tugasan.

Tambahan pula, menurut Skinner (1957), kaedah memberi upah buruh ini telah diiktiraf

sebagai lebih efisyen berbanding dengan kaedah kerahan. Penggunaan buruh Cina digunakan

secara meluas dalam pembinaan terusan, landasan kereta api, perlombongan bijih timah,

pemunggahan barangan, dan pelabuhan komersial. Sistem pembayaran upah buruh Cina

menunjukkan bahawa pemerintah Jakri dengan bijaknya mewujudkan penstrukturan baru untuk

buruh Cina. Antaranya ialah, cukai kepala perlu dibayar dengan kadar yang rendah bagi

10 Benedict Anderson, Studies of Thai State: The state of Thai Studies, Athens:
Ohio University, 1978, hlm. 220

10
menggalakkan orang Cina terus menetap di Siam. Aktiviti ketagihan candu, perjudian, pelacuran,

dan meminum arak terus digalakkan dalam komuniti migrasi ini bagi memastikan buruh Cina

menghabiskan bayaran upah mereka dengan banyak di Siam berbanding untuk dihantar kepada

keluarga mereka di China.11 Menurut Skinner, sistem pajakan candu dalam kalangan masyarakat

dihapuskan pada 1908 dan sebaliknya telah menjadi kawalan monopoli negara. Situasi ini

mempunyai persamaan dengan kerajaan kolonial British di Tanah Melayu, di mana mereka

mengelak membayar cukai perusahaan British dengan meningkatkan pemajakan candu terhadap

komuniti China. Kaedah ini turut digunakan oleh kerajaan kolonial Belanda di India. Jelas

bahawa cara yang digunakan oleh kerajaan Siam bukanlah sesuatu yang baru kerana ia terlebih

dahulu pernah dipraktikkan oleh kerajaan kolonial yang lain.

11 Benedict Anderson, Studies of Thai State: The state of Thai Studies, Athens:
Ohio University, 1978, hlm. 222

11
4.0Pandangan terhadap Pandangan Benedict Anderson tentang Sejarah Siam

Pada pandangan saya, pemodenan oleh Rama V ini jika dikaji dengan lebih mendalam

sebenarnya tidak mempunyai sebarang keunikan, sama seperti yang ditegaskan oleh Benedict

Anderson dalam karyanya, iaitu Studies of the Thai state: The state of Thai Studies. Sebagai

contoh dalam bidang ketenteraan, Rama V telah melatih angkatan tentera Pasukan Biduanda

Diraja Krom Mahalek Luang dengan mengikut cara tentera Barat, dan bukannya mengikut cara

baginda sendiri. Dalam karyanya, Anderson juga ada menyatakan bahawa penubuhan anggota

tentera Siam lebih banyak diguna untuk mempertahankan keadaan dalam negara sahaja dan tidak

berpeluang bertempur untuk menghadapi ancaman luar, sekaligus menjadikan angakatan

tenteranya lemah. Keunikan sejarah Siam juga boleh disangkal melalui sistem pendidikannya

yang dikatakan agak lewat ditubuhkan oleh pemerintah Siam. Jika dibuat perbandingan dengan

negara hebat seperti Jepun, sememangnya sistem pendidikan Siam agak perlahan, baik dari segi

sekolah rendah, sekolah menengah, atau pendidikan tinggi. Seperti yang diperkatakan, pada

pertengahan abad ke-20, hanya separuh sahaja daripada masyarakat Siam yang memasuki

sekolah rendah. Pendidikan tinggi Siam juga agak lewat ditubuhkan berbanding dengan negara

Jepun. Dalam bidang ekonomi, pada pandangan saya, pemodenan oleh Rama V turut tidak

menunjukkan sebarang keunikan. Rama V telah menggunakan orang Cina dalam membangunkan

ekonomi negara. Bagi menggalakkan imagrasi Cina ke Siam, maka pemerintah Siam telah

menjanjikan beberapa kepentingan kepada mereka, antaranya kadar pembayaran cukai kepala

adalah rendah. Kaedah yang digunakan ini jika diperhatikan sebenarnya menyerupai kaedah

yang digunakan oleh kuasa besar lain di tanah jajahan masing-masing, seperti pihak kolonial

British dan Belanda. Jelaslah bahawa, sejarah Siam sebenarnya tidak mempunyai sebarang

keunikan seperti yang diperkatakan oleh ahli sejarah tradisional.

12
5.0 Kesimpulan

Pemulihan yang dilakukan oleh Rama V telah memberi kesan kepada kerajaan Siam pada

ketika itu dengan telah mengekalkan kedaulatan Siam dari ancaman luar dengan mengekalkan

pentadbiran diraja. Namun demikian, segala pemulihan ini tidaklah menunjukkan sebarang

keunikan sekiranya perkara ini dikaji dengan lebih mendalam. Pemodenan oleh Rama V

sebenarnya lebih kepada tujuan mempertahankan kedudukan Siam dalam hubungannya dengan

kuasa Barat, serta untuk menyelamatkan kedudukan baginda berdua dalam masyarakat Thai.

Penilaian yang lebih tepat terhadap kejayaan dan pencapaian Rama V seharusnya dinilai

berdasarkan konteks semasanya. Pada zaman pemerintahan Rama V, baginda berusaha

bersungguh-sungguh mencari jalan penyelesaian yang paling sesuai untuk mengatasi dan

menyelamatkan Siam daripada ancaman penjajahan Barat. Baginda terpaksa menggunakan

kefahaman dan kebijaksanaanya sendiri bagi mempertahankan kedaulatan Siam. Memang benar

Rama V melakukan beberapa kesalahan dalam tindakan yang diambil, namun baginda tetap

memahami betapa pentingnya Siam mempunyai kedaulatan dan keselamatan negara daripada

penjajahan Barat. Tanpa kepimpinannya yang mengkagumkan, berkemungkinan besar prestasi

Siam tidak dapat mencapai peringkat yang cemerlang pada tahun 1910. Di sinilah sumbangan

besar yang diberikan oleh Chulalongkorn terhadap kesejahteraan Siam.

13
6.0 Bibliografi

Benedict Anderson. (1978). Studies of Thai State: The state of Thai Studies. Dalam E. B.

Anyal, The Study of Thailand: Analysis of Knowledge, Approaches and Prospects in

Anthropology, Art History, Economics, History and Political Science. Athens: Ohio

University.

Kobkua Suwannathat-Pian. (1991). Sejarah Thai Zaman Bangkok. Kuala Lumpur: Dewan

Bahasa dan Pustaka.

14

Вам также может понравиться