Вы находитесь на странице: 1из 17

4.

0 KAEDAH MENGAJAR YANG DIGUNAKAN UNTUK MEMBANTU

MURID PEMULIHAN DALAM PEMBELAJARAN 3M.

Sebelum guru melaksanakan kelas pemulihan, guru haruslah memahami dengan

mendalam prinsip-prinsip program pemulihan agar aktiviti-aktiviti yang dirancang

dan dilaksanakan nanti dapat mencapai objektifnya. Guru juga perlu menguasai

beberapa kaedah pengajaran sebelum merancang aktiviti. Terdapat pelbagai

pendekatan, kaedah dan teknik yang boleh digunakan untuk melaksanakan aktiviti

pemulihan. Antaranya:

(a) Pendekatan Deduktif

Dalam pendekatan ini, sesuatu pembelajaran dimulakan dengan mempelajari

peraturan-peraturan tertentu dan kemudian menganalisis hukum atau peraturan-

peraturan itu melalui contoh-contoh dan seterusnya mengaplikasi peraturan

yang diberi. Contohnya, guru perlu mengajar aturan abjad terlebih dahulu

sebelum mengajar murid mengeja suku kata dan perkataan, kemudian

mengaplikasi aturan abjad dengan membina perkataan sebagai contoh.

(b) Pendekatan Induktif

Dalam pendekatan ini guru mengajar secara tidak langsung iaitu murid

digalakkan mencari, meneliti dan mempelajari sendiri sesuatu hukum atau

peraturan. Guru banyak memberi contoh sebagai panduan untuk murid

memahami sesuatu hukum. Contohnya, guru akan memulakan pelajaran dengan

satu perkataan bermakna berdasarkan gambar. Murid diminta menamakan


gambar dan mengeja perkataan tersebut. Guru boleh memberikan beberapa

contoh sebagai panduan untuk murid memahami konsep yang sedang diajar.

(c) Pendekatan Eklektik

Pendekatan ini diwujudkan hasil daripada gabungan beberapa pendekatan.

Biasanya menggabungkan ciri-ciri yang baik daripada pendekatan deduktif

dan pendekatan induktif. Strategi pengajaran dan pembelajaran yang digunakan

lebih seimbang, berfaedah dan berkesan kepada murid kumpulan sasar.

(d) Kaedah Komunikatif

Dalam kaedah ini pelajar berpeluang berinteraksi di antara satu dengan lain

sama ada secara individu mahupun berkumpulan. Pelajar-pelajar dibahagikan ke

dalam kumpulan-kumpulan kecil. Biasanya dengan cara ini, pelajar akan berasa

lebih selesa bercakap atau berkomunikasi dengan rakan-rakan mereka. Mereka

mendapat lebih banyak peluang belajar sendiri walaupun tanpa bimbingan guru.

Melalui aktiviti dan tugasan yang disediakan, pelajar mendapat peluang

bertukar-tukar pendapat serta berpeluang menggunakan bahasa mereka sendiri

dan menyelesaikan tugasan mengikut tahap kemampuan mereka.

(e) Teknik Main Sambil Belajar

Murid-murid yang lemah lebih suka bermain daripada belajar. Guru boleh

menggunakan kaedah bermain sambil belajar secara berkesan untuk membantu

respons murid terhadap situasi pembelajaran. Main merupakan satu ciri yang
boleh mempertingkatkan kebolehan empati, menambahkan kepekaan murid

terhadap proses interaksi dan menggalakkan keupayaan untuk menganalisis

secara objektif. Untuk menggunakan pendekatan ini, guru perlu menyediakan

murid dalam situasi yang boleh memberi motivasi. Contohnya mengadakan

permainan selepas murid menguasai sesuatu kemahiran asas.

Permainan yang dicadangkan seharusnya menimbulkan unsur-unsur

penyelesaikan masalah. Murid berpeluang menggunakan beberapa cara untuk

mewujudkan kebolehan menyelesaikan masalah. Cara ini memberi peluang

kepada murid menentukan keperluannya untuk mempertingkatkan kefahaman

konsep dan memperbaiki kemahiran dalam mengaplikasikan konsep.

(f) Teknik Bercerita

Satu teknik yang dapat menarik perhatian murid-murid terhadap pelajaran yang

hendak disampaikan. Murid dapat belajar dalam suasana yang seronok. Melalui

teknik bercerita guru dapat meningkatkan kemahiran mendengar dan daya

kreativiti murid. Untuk menyampaikan cerita dengan lebih menarik, guru boleh

menggunakan boneka. Semasa bercerita guru harus menggunakan suara, gerak

badan dan mimik muka yang sesuai dengan cerita. Pada akhir cerita, aktiviti

susulan boleh dilakukan, misalnya melalui soalan-soalan yang diajukan kepada

murid-murid.

(g) Teknik Latih Tubi


Teknik ini sesuai digunakan dalam pengajaran lisan sebagai latih tubi

komunikatif. Contohnya, guru menyebut perkataan dan meminta murid

mengulanginya beberapa kali sehingga murid dapat menguasainya dengan baik

ataupun guru boleh menyediakan rajah tukar ganti dan memandu murid-murid

menyebutnya secara berulang- ulang.

4.1 PENGAJARAN PEMULIHAN KEMAHIRAN MEMBACA

Terdapat beberapa kaedah untuk mengajar membaca Bahasa Melayu. Antara kaedah

yang biasa digunakan adalah seperti berikut:

i). Kaedah Abjad

ii). Kaedah Fonik

iii). Kaedah Pandang dan Sebut (Kaedah Seluruh Perkataan)

iv). Kaedah Bunyi- Kata

v). Kaedah Cerakin

vi). Kaedah Gabungan (Kaedah Fonik dengan Kaedah Pandang dan Sebut)

1. Kaedah Abjad

Kaedah Abjad adalah kaedah mengenal nama-nama huruf yang digunakan dalam

tulisan rumi. Murid-murid terlebih dahulu diajar menghafal nama-nama huruf

mengikut susunannya menggunakan bahan-bahan visual dan audio seperti kad

carta, kad huruf, CD, melalui permainan dan sebagainya. Huruf-huruf yang mula

diperkenalkan adalah huruf-huruf besar dan diikuti dengan huruf-huruf kecil.

Setelah itu murid-murid diajar menyebut huruf-huruf vokal a,e,i,o,u dan disusuli
dengan membina suku-suku kata (contoh : sa_ tu). Kemudian murid-murid

belajar mengeja perkataan-perkataan. Akhir sekali mereka dilatih membaca ayat-

ayat mudah.

Kaedah abjad yang menegaskan kepada hafalan-hafalan dikatakan kurang

bermakna dan membosankan bagi kanak-kanak. Dengan itu guru perlulah lebih

kreatif dalam pengajaran serta menyediakan alat bantu mengajar yang dapat

menarik minat murid supaya murid tidak cepat bosan atau mudah lupa. Tidak

semua murid yang masuk ke Tahun 1 pernah mendapat pendidikan awal di tadika

mahupun pra-sekolah. Maka tidak hairanlah jika mereka masih belum mengenal

huruf. Walau bagaimanapun, masih terdapat murid-murid yang sudah mendapat

pendididkan awal tetapi belum mengenal semua abjad disebabkan masalah

pembelajaran. Berikut adalah beberapa permainan untuk membantu murid belajar

abjad:

i) Sup Abjad

Masukkan abjad yang diperbuat dari plastik, kad atau getah ke dalam

mangkuk plastik. Guru tunjukkan kad imbasan abjad. Setiap murid

mengambil atau mencari huruf dalam mangkuk dan memadankan huruf

tersebut dengan kad imbasan.

ii) Lagu ABC

Murid berdiri dalam barisan. Setiap murid diberi sekeping kad imbasan

abjad. Lagu ABC dimainkan. Murid menunjuk dan mengangkat kad

imbasan apabila huruf tertentu disebut atau dinyanyikan dalam lagu itu.
iii) Belon Abjad

Murid berdiri dalam bulatan. Murid pertama memegang belon akan

menyebut huruf A dua kali. Dia akan menyerahkan belon kepada rakan

disebelahnya dan rakannya pula menyebut B dan seterusnya sehingga

Z.

iv) Cari Abjad

Guru letak kad imbasan abjad di papan tulis secara rawak. Bahagikan

murid kepada kumpulan. Guru menyebut huruf dan murid menunjuk huruf

itu.Kumpulan yang dapat menjawab dengan betul akan mendapat mata.

Permainan ini boleh menggunakan huruf besar atau huruf kecil sahaja.

Jika mahu, boleh juga dicampur aduk huruf besar dengan huruf kecil.

Contoh arahan: Carikan huruf kecil a atau Carikan huruf besar J.

2. Kaedah Fonik

Kaedah ini memberi fokus kepada cara mempelajari perkataan yang belum

dikenali dengan bunyi bahasa. Contohnya, huruf m disebut apabila memakan

sesuatu yang sedap. Selepas murid mengenal bunyi huruf, diperkenalkan pula

nama huruf dan bentuk huruf. Bunyi-bunyi huruf dicantumkan sehingga

terbentuk perkataan yang sempurna.


3. Kaedah Pandang Sebut (Kaedah Seluruh Perkataan)
Perkataan ditulis di papan tulis bersama gambar. Contoh bola. Murid

menyebut perkataan tersebut sambil melihat gambar bola. Kaedah seluruh

perkataan dikatakan sesuai untuk mengajar bahasa Mandarin

4. Kaedah Bunyi Kata

Mulakan dengan membunyikan huruf vokal. Contoh: aiu

Pilih konsonan mudah. Contoh: b,n,k

- Bunyikan huruf b /bah/ beberapa kali

- Bina suku kata ba, bi, bu

- Baca perkataan yang mengandungi suku kata ba, bi dan bu. Contoh:

baju, ubi dan ibu

- Dalam kaedah ini murid tidak perlu tahu semua huruf dalam abjad

sebelum diajar membaca.

- Kaedah ini sistematik dan fonemik kerana berasaskan satu huruf satu

bunyi

5. Kaedah Cerakin

- Setiap perkataan dicerakinkan

- Perkataan diajar dahulu

- Kemudian dicerakinkan ataudipecahkan mengikut suku kata dan huruf

Contoh: perkataan baju

suku kata ba ju

huruf b a j u
6. Kaedah Gabungan (Kaedah Fonik dengan Kaedah Pandang dan Sebut)

Kaedah yang dicadangkan ini menggabungkan kaedah fonik dan kaedah

pandang dan sebut dalam satu pelajaran membaca pada peringkat awal.

Kaedah pandang dan sebut juga dikenali sebagai Kaedah Seluruh Perkataan.

Kaedah gabungan yang dicadangkan ini berasaskan kepada perkara-perkara

berikut:

a) Sistem ejaan bahasa Melayu adalah mengikut abjad dan fonemik ertinya

ada hubungan yang rapat di antara simbol/huruf dan bunyinya.

b) Suku kata perkataan Bahasa Melayu adalah jelas (jika dibandingkan

dengan bahasa-bahasa lain dengan bahasa Inggeris misalnya).

c) Ciri-ciri yang baik daripada kaedah fonik dan kaedah pandang dan

sebut boleh digabungkan.

d) Murid-murid Melayu yang baru melangkah masuk ke darjah 1 rata-rata

telah pun mempunyai perbendaharaan Bahasa Melayu yang mencukupi untuk

terus belajar membaca.

Melalui kaedah ini guru tidak perlu menunggu murid mengetahui

semua nama huruf, bunyi huruf dan suku kata sebelum mereka membaca

perkataan-perkataan atau ayat. Malahan guru tidak begitu perlu

memperkenalkan dan mengajar abjad dan bunyi huruf dari a hingga z secara

tertib biasa.

Kaedah gabungan ini mencadangkan murid diperkenalkan kepada

bunyi beberapa huruf vokal dan konsonan, dan kemudian terus membunyikan
suku kata dan perkataan-perkataan yang bermakna, dalam satu hingga dua

pelajaran. Dengan cara begini dalam dua atau tiga pelajaran sahaja, murid akan

terus dapat membaca beberapa perkataan dan ayat, dan ini membuatkan murid

merasa bangga kerana mereka boleh membaca serta faham apa yang

dibaca.Untuk menjelaskan kaedah ini secara terperinci, lihat beberapa contoh

berikut:

i). Mulakan dengan memperkenalkan bunyi dua atau tiga huruf vokal: a, o, u

dengan menggunakan kad imbasan (flash card). Buat latihan

membunyikan huruf ini beberapa kali, selang-seli.

ii). Kemudian perkenalkan pula bunyi dua atau tiga huruf konsonan, misalnya:

d, k, m dengan menggunakan kad imbasan, dan buat latih tubi beberapa

kali supaya semua murid dapat melafazkan bunyi tiap-tiap lambang itu

dengan jelas.

iii). Gabungkan bunyi tiap-tiap huruf konsonan dengan huruf vokal supaya

menjadi suku kata: da di du ka ki k u sa si su

iv). Seterusnya bina beberapa perkataan yang bermakna, misalnya:

ba..... ba.... baba

bu..... bu.....bubu

da..... da..... dada

ku..... ku..... kuku

v). Ulangi langkah ini beberapa kali, kemudian gabungkan dua perkataan

menjadi ayat dan latih murid membacanya:

baba bubu
dada kuku

vi). Perkenalkan gabungan lain:

a ..... ku..... aku

a..... da..... ada

i..... ni..... ini

i..... tu...... itu

bu..... ku..... buku

ba..... ba..... baba

bu..... ka..... buka

ba..... ju..... baju

vii). Suruh murid-murid membaca ayat-ayat berikut daripada beberapa

perkataan di atas:

aku ada buku

aku buka baju

ini buku aku

itu baju aku

viii). Kemudian gantikan aku dengan baba dan ulang membacanya.

ix) Seterusnya baca ayat-ayat ini pula:

buku dia

buku baba

buku aku/ku
x). Gantikan buku dengan baju, baju, dan kuku dan ulang bertubi-tubi

dengan kad imbasan.

xi). Perkenalkan gabungan bunyi lain pula seterusnya.

i ... bu ..... ibu

bu ... di ..... budi

u ... da ..... uda

budi ibu

budi ibuku

budi uda

di ... a ..... dia

ka ... ki ..... kaki

kaki dia

kaki ibu

kaki kuda

xii). Suruh murid membaca ayat-ayat yang menggunakan berbagai-bagai

perkataan yang dicipta:

ibu buku

baba uda bubu

udaku ada kuda


dia kaki kuda

buku uda

Kaedah gabungan ini boleh diajar di dalam tiga hingga empat hari,

selama sejam sehari. Dalam seminggu sahaja murid-murid boleh mengenal

huruf-huruf a, e, i, o : b, d, k dan membaca suku kata, perkataan-perkataan dan

ayat yang dibentuk daripadanya.

4.2 LANGKAH- LANGKAH MENGAJAR MEMBACA

Semasa mengajar murid-murid membaca, guru harus mengajar dalam 3 langkah

yang penting, iaitu:

i). Ajar bunyi huruf

ii). Ajar bentuk dan rupa huruf

iii). Ajar gabung bunyi

Langkah 1: Ajar Bunyi Huruf

Semasa mengajar bunyi huruf, guru memperkenalkan bunyi huruf tanpa

menunjukkan huruf kepada murid terlebih dahulu. Guru perkenalkan bunyi

mengikut kreativiti masing-masing (contohnya memperkenalkan bunyi ular

sebelum memperkenalkan bunyi huruf 's'). Setelah itu, guru mengulangi bunyi

tersebut beberapa kali dan meminta murid mengajuk bunyi tersebut. Setelah itu,

barulah guru menunjukkan huruf tersebut kepada murid.


Langkah 2: Ajar Bentuk dan Rupa Huruf

Guru boleh gunakan pelbagai bahan bantu mengajar yang biasa digunakan semasa

mengajar bentuk dan rupa huruf. Antaranya ialah membuat mozek, kolaj,

membentuk doh, mewarnakan huruf dan sebagainya. Satu peringatan penting

ialah semasa murid membuat mozek, kolaj, membentuk doh, mewarnakan huruf,

atau apa-apa sahaja, guru harus mengajar murid melakukan aktiviti tersebut

mengikut cara guru menulis supaya apabila murid mengenali huruf yang diajar,

mereka akan lebih memahami cara menulis huruf tersebut.

Langkah 3: Ajar Gabung Bunyi

Guru harus mengajar murid menggabungkan bunyi dengan menggunakan bunyi

huruf sahaja. Mula-mula guru boleh membunyikan huruf sambil menggerakkan

kad huruf (jangan sebut nama huruf). Apabila huruf bercantum, barulah guru

membunyikan suku kata (hasil gabungan huruf tersebut). Setelah itu, guru

bimbing murid sebut bersama dan akhirnya bimbing murid menyebut sendiri

sementara guru menggerakkan kad huruf tersebut.

4.3 PENGAJARAN PEMULIHAN KEMAHIRAN MENULIS ASAS

Hammil dan Mc Nut (1981), melaporkan bahawa kemahiran menulis mempunyai

kaitan rapat dengan bacaan. Kemahiran ini termasuklah kecekapan dalam menulis

mekanis, mengeja, tanda baca, huruf, kemahiran belajar dan membentuk makna.
Objektif utama penguasaan kemahiran menulis mekanis atau tulisan tangan ialah

supaya mudah dibaca. Pengajaran guru harus berfokus kepada memegang alat

tulis, membentuk garisan dan lengkokan huruf dengan betul serta mengekalkan

jarak dan bentuk huruf dengan sempurna.

Murid-murid yang mempunyai masalah pembelajaran mempunyai

masalah menulis. Mercer (1985), yang bersetuju dengan pendapat Hidreth (1947),

menyatakan bahawa punca utama ialah masalah psikomotor, masalah emosi,

kegagalan pengamatan terhadap huruf dan perkataan serta daya ingatan yang

lemah. Jenis-jenis masalah tulisan tangan atau tulisan mekanis ini ialah lambat,

arah tulisan yang tidak betul, terlalu jarak atau terlalu dekat, bercelaru, senget,

terlalu menekan ketika menulis dan tulisan yang berlapis-lapis.

4.4 CARA MELAKSANAKAN PENGAJARAN KEMAHIRAN MENULIS

ASAS

Wiedorholt, Hammil dan Brown (1983), mencadangkan guru-guru sekolah rendah

memperuntukkan 10 hingga 15 minit setiap hari untuk mengajar tulisan tangan

(mekanis). Bagi masalah menulis bentuk huruf yang tidak betul dan berbentuk

huruf senget, guru hendaklah meletakkan kertas lurus sebagai panduan untuk

murid menulis. Jika menulis terlalu besar atau terlalu kecil, guru hendaklah

berulang kali mengajar konsep saiz dengan menunjukkan fungsi setiap garisan di

atas kertas. Contohnya, Huruf c hendaklah ditulis di dlam garisan

Ada juga murid yang tidak dapat menulis dengan sekata (uniform). Bagi

masalah ini, guru hendaklah membimbing pergerakan tangan murid berkenaan.


Perhatikan cara dia memegang pensel dan kedudukan tangannya di atas meja

ketika dia menulis untuk memastikan pergerakan yang betul.

Satu lagi masalah yang sering dihadapi oleh murid-murid dalam tulisan

mekanis ialah tulisan yang terlalu sesak atau terlalu jarang. Untuk mengatasi

masalah ini cuba latih tubi murid menulis huruf mengikut jarak hujung jari atau

diukur dengan jarak sebatang pensel.

Selain itu, guru boleh menggunakan kebijaksanaan dan kreativiti sendiri

untuk membantu murid menulis dengan betul dan sempurna. Aktiviti menulis ini

juga boleh digabungkan dengan permainan untuk menghindari kebosanan murid

jika guru terlalu kerap menggunakan teknik latih tubi. Guru juga boleh

mengadakan muzik latar yang sesuai untuk menarik minat murid ketika menulis.

Strategi pengajaran dan pembelajaran yang hendak digunakan perlulah

sesuai dengan keperluan untuk membantu murid menguasai kemahiran asas ini

dengan seberapa segera yang boleh. Antara strategi yang boleh digunakan ialah:

i). Berpusatkan Guru

Guru merancang dan menjalankan tugas secara individu dan murid akan

belajar berdasarkan apa yang disampaikan dan diarahkan oleh guru sahaja.

ii). Berpusatkan Murid

Murid diberi galakan untuk melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti yang

dirancangkan sama ada secara individu, kumpulan kecil ataupun kelas.


iii). Berpusatkan Bahan

Bahan-bahan pembelajaran yang diperlukan telah disusun, sesuai dengan

perancangan yang dibuat. Murid diberi penerangan yang jelas tentang

keperluan aktiviti yang akan dijalankan.

4.5 STRATEGI PENGAJARAN PEMULIHAN 3M

Untuk pengajaran pemulihan yang berkesan, beberapa strategi boleh digunakan.

Antaranya adalah :

i). Kaedah Kumpulan

ii). Kaedah Individu

iii). Kaedah Rakan Sebaya.

i) Kaedah Kumpulan

Kaedah ini bermaksud murid belajar dan membuat kerja dalam

kumpulan. Kebiasaannya, kumpulan ini diwujudkan berdasarkan

kebolehan atau pun perbezaan minat. Oleh yang demikian, bahan yang

hendak dihasilkan juga mudah. Dengan adanya kaedah ini akan dapat

membantu kelancaran komunikasi sesama murid, saling bekerjasama

dalam menyiapkan sesuatu tugasan yang diberi dan berkongsi idea.

ii) Kaedah Individu


Kaedah ini menekankan tumpuan guru hanya kepada seorang

murid sahaja. Kebiasaannya, murid dalam kategori ini lebih mudah diurus

kerana guru tidak mengalami gangguan banyak mulut daripada murid

semasa mengajar. Guru akan lebih mudah fokus kepada objektif

pembelajaran murid dan murid berasa mendapat lebih perhatian daripada

guru.

iii) Kaedah Rakan Sebaya

Kaedah ini digunakan di dalam kelas yang mempunyai tiga

kelompok murid pemulihan dalam kuantiti yang banyak. Kebiasannya,

murid-murid yang dilihat matang dan lebih cerdik daripada rakan yang

lain akan dibimbing dan dilatih untuk membantu melicinkan pengajaran

dan pembelajaran pada hari berkenaan.

Вам также может понравиться