Вы находитесь на странице: 1из 6

Lembaran Maklumat Produk- Pembiayaan Peribadi-i

LEMBARAN MAKLUMAT PRODUK Bank Islam Malaysia Berhad


(Baca Lembaran Maklumat Produk ini sebelum anda
memutuskan untuk menerima Pembiayaan Peribadi-i. Pembiayaan Peribadi-i
Sila pastikan juga untuk membaca terma di dalam
surat tawaran / nota jemputan. Dapatkan penerangan
daripada institusi anda sekiranya anda tidak
memahami mana-mana bahagian dalam dokumen ini
atau terma-terma umum).
1. Apakah kemudahan Pembiayaan Peribadi-i Bank Islam?
Kemudahan Pembiayaan Peribadi-i Bank Islam adalah satu pembiayaan bercagar/tidak bercagar bagi
memenuhi keperluan kewangan individu yang dikira berdasarkan sama ada kadar tetap atau kadar boleh
ubah.
2. Apakah konsep Syariah yang diguna pakai?
Konsep Syariah yang diguna pakai adalah Tawarruq. Ilustrasi struktur product adalah seperti gambarajah
dibawah:

3. Apakah yang saya perolehi daripada produk ini?


Jumlah Amaun Pembiayaan Pembiayaan minimum sebanyak RM 10,000 dan
maksimum sebanyak RM 200,000 atau lebih sekiranya
dijamin dengan cagaran. Jumlah pembiayaan akhir yang
diluluskan adalah berdasarkan penilaian kredit Bank.

Tempoh Dari 1 tahun (12 bulan) sehingga 10 tahun (120 bulan).

Kadar Keuntungan Anda boleh memilih salah satu dari dua jenis kadar:
Kadar Tetap atau Kadar Terapung
Muka surat 1 dari 6

Lembaran Maklumat Produk Pembiayaan Peribadi-i Jualan


Bank Islam Malaysia Berhad
BU/PDS/ Pembiayaan Peribadi-i Jualan/Versi 1.0/2014
Kadar Tetap
1-10 tahun dari 4.99% hingga 7.00% setahun.

Kadar Terapung
1-3 tahun Kadar Asas (KA) + 1.80%% setahun atau
Kadar Asas (KA).
4-10 tahun - Kadar Asas (KA) + 2.70% setahun atau
Kadar Asas (KA).

Kadar Keuntungan Efektif Dari 5.70% hingga 11.69% bergantung kepada tempoh
pembiayaan.
4. Apakah tanggungjawab saya?
Jumlah ansuran bulanan Ansuran bulanan dikira mengikut formula di bawah:
Kadar Tetap :

((P x R x T) + P) / t,

di mana:
P = Jumlah Pembiayaan Diluluskan
R = Kadar keuntungan setahun
T = Tempoh kemudahan dalam tahun
t = Tempoh kemudahan dalam bulan

Kadar Terapung:

12 * T
P R
1+
1200 1200

12 * T
R
1+ - 1
1200

Di mana:
P = Jumlah pembiayaan yang diluluskan
R = Kadar keuntungan setahun
T = Tempoh kemudahan dalam tahun

Anda adalah diminta untuk memilih sama ada Potongan Gaji atau Pindahan Gaji dengan pindahan dana
auto atau Arahan Tetap untuk bayaran ansuran bulanan.
Anda adalah diwajibkan untuk membayar ansuran bulanan sehingga pembiayaan selesai. Sekiranya
tempoh pembiayaan dianjakkan melangkaui umur persaraan, anda masih lagi diwajibkan untuk
membayar ansuran bulanan. Walaubagaimanapun, anda boleh memilih untuk membuat penyelesaian
penuh pembiayaan pada bila-bila masa.

Muka surat 2 dari 6

Lembaran Maklumat Produk Pembiayaan Peribadi-i Jualan


Bank Islam Malaysia Berhad
BU/PDS/ Pembiayaan Peribadi-i Jualan/Versi 1.0/2014
5. Apakah jenis-jenis yuran dan caj yang perlu saya bayar?
Duti setem (sebagaimana yang diperuntukan di bawah Akta Duti Setem 1949 (Semakan semula 1989).
Fi Wakalah atau agensi berjumlah RM 50.00.
6% GST termasuk dalam yuran/caj di mana berkenaan.

Pembatalan kemudahan yang diberikan


Anda perlu membuat bayaran kos kepada Bank (jika ada) untuk penyediaan dan pendaftaran dokumen
sekuriti yang telah ditanggung oleh Bank berkenaan dengan kemudahan pembiayaan ini termasuk
sebarang perbelanjaan yang ditanggung oleh Bank semasa proses tuntutan jika kemudahan ini dibatalkan.
6. Adakah Bank Islam memerlukan bayaran pendahuluan?
Tidak. Bank Islam tidak memerlukan ansuran bulanan sebagai bayaran pendahuluan.
Walaubagaimanapun sekiranya kaedah pembayaran adalah melalui Arahan Tetap, Bank Islam akan
meminta 2 bulan bayaran pendahuluan.
7. Bagaimana sekiranya saya gagal memenuhi tanggungjawab saya?
Jika anda gagal untuk memenuhi tanggungjawab anda tepat pada masanya:-

1. Caj Pembayaran Lewat


Bank akan mengenakan Tawidh (ganti rugi ke atas caj pembayaran lewat) kepada anda seperti
berikut:-

Sebelum tarikh matang kemudahan pembiayaan


Jumlah yang bersamaan dengan satu peratus (1%) setahun dikira ke atas tunggakan ansuran
sehingga tarikh penyelesaian penuh;

Formula:
Bayaran tertunggak x 1% x Jumlah hari tertunggak / 365

Selepas tarikh matang kemudahan


Jumlah yang bersamaan dengan kadar semasa semalaman harian Pasaran Wang Antara Bank
Secara Islam dikira ke atas baki Kemudahan iaitu baki Harga Jualan setelah ditolak ibra' (jika ada);

Formula:
Baki Harga Jualan (tolak ibra/rebat) x Kadar semasa semalaman harian Pasaran Wang Antara
Bank Secara Islam x Jumlah hari tertunggak / 365

Hutang selepas penghakiman


Jumlah yang bersamaan dengan kadar semasa semalaman harian Pasaran Wang Antara Bank
Secara Islam ke atas jumlah asas penghakiman dikira dari tarikh penghakiman sehingga tarikh
penyelesaian penuh.

Formula:
Baki Harga Jualan (tolak ibra/rebat) x Kadar semasa semalaman harian Pasaran Wang Antara
Bank Secara Islam x Jumlah hari tertunggak / 365

Nota : Pengenaan Ta'widh hendaklah mengikut cara yang diluluskan oleh Bank Negara Malaysia.

Muka surat 3 dari 6

Lembaran Maklumat Produk Pembiayaan Peribadi-i Jualan


Bank Islam Malaysia Berhad
BU/PDS/ Pembiayaan Peribadi-i Jualan/Versi 1.0/2014
2. Sekiranya berlaku kemungkiran
Sekiranya berlaku kemungkiran pembayaran, Bank boleh melalui notis bertulis kepada
pelanggan, meminta pembayaran segera terhadap jumlah tertunggak sama ada daripada
pelanggan dan/atau penjamin.
Bank berhak untuk mendebit sebarang baki kredit dalam deposit dan/atau akaun pelaburan
pelanggan yang diuruskan oleh Bank terhadap sebarang bayaran tertunggak di bawah
pembiayaan ini.
Tindakan undang-undang akan diambil sekiranya pelanggan gagal untuk memberi maklum balas
terhadap notis peringatan. Sebarang sekuriti (cagaran) yang dicagarkan kepada Bank (seperti
hartanah, jentera dan lain-lain (aset) boleh dirampas/ditarik dan anda perlu menanggung semua
kos yang berkaitan dalam penjualan aset tersebut. Pelanggan juga bertanggungjawab untuk
menyelesaikan sebarang kekurangan jumlah pembayaran selepas aset tersebut dijual.
Tindakan undang-undang terhadap pelanggan boleh memberi kesan kepada penarafan kredit
pelanggan yang membawa kepada penilaian kredit masa depan yang lebih sukar atau mahal
untuk anda.
Mencetuskan kemungkiran bersilang terhadap kemudahan lain dengan Bank.

8. Bagaimana sekiranya saya menyelesaikan pembiayaan sebelum tempoh matang?


Sekiranya berlaku Penyelesaian Awal Pembiayaan, Bank berakujanji untuk memberi anda Ibra (rebat)
yang bersamaan dengan Keuntungan Tertangguh semasa penyelesaian.

Formula Ibra (rebat): Ibra/rebate ke atas penyelesaian awal = Keuntungan Tertangguh.

Nota:
i. Keuntungan Tertangguh = Jumlah Keuntungan Dikontrakkan Keuntungan Terakru.
ii. Jumlah Keuntungan Dikontrakkan = Harga Jualan Harga Belian (atau Jumlah Pembiayaan).
iii. Keuntungan Terakru dikira berdasarkan Kadar Keuntungan Efektif ke atas baki Harga Belian belum
selesai (atau jumlah Pembiayaan) yang dikeluarkan (atau digunakan).
9. Adakah saya memerlukan perlindungan takaful?
Ya. Pelan Takaful Pembiayaan Peribadi (PFTP) adalah disyaratkan bagi melindungi pelanggan sekiranya
berlaku kematian atau keilatan kekal. Perlindungan (PFTP) ini boleh diperolehi dari Pengendali Takaful
yang telah dilantik oleh pihak Bank. Walau bagaimanapun, pelanggan masih boleh memilih untuk
melantik pengendali Takaful yang lain namun perlu diuruskan sendiri oleh pelanggan.

Untuk kemudahan bercagar, perlindungan takaful adalah tidak diwajibkan.


10. Adakah saya memerlukan penjamin atau cagaran?
Jika anda tidak memenuhi keperluan kredit minimum, Bank mungkin akan memerlukan seorang / lebih
penjamin atau cagaran bagi membolehkan anda untuk menghantar permohonan.
11. Apa yang perlu saya lakukan sekiranya terdapat perubahan kepada butiran
perhubungan saya ?
Adalah penting bagi anda untuk memaklumkan kami dengan segera sebarang perubahan kepada butiran
perhubungan bagi memastikan semua urusan surat menyurat sampai kepada anda dalam tempoh yang
ditetapkan.
12. Di mana boleh saya dapatkan bantuan dan cara penyelesaian?
Sekiranya anda menghadapi kesulitan dalam membuat pembayaran ansuran bulanan, anda perlu
menghubungi kami dengan segera untuk membincangkan pilihan pembayaran.

Muka surat 4 dari 6

Lembaran Maklumat Produk Pembiayaan Peribadi-i Jualan


Bank Islam Malaysia Berhad
BU/PDS/ Pembiayaan Peribadi-i Jualan/Versi 1.0/2014
Anda boleh menghubungi kami di:
Jabatan Pusat Panggilan
Bank Islam Malaysia Berhad
th
17 Floor, Menara Bank Islam,
No. 22, Jalan Perak,
50450 Kuala Lumpur.
Tel: 03-26 900 900
Email: contactcenter@bankislam.com.my

Sebagai alternatif, anda boleh mendapatkan khidmat Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK),
sebuah agensi yang ditubuhkan oleh Bank Negara Malaysia untuk memberikan khidmat percuma
mengenai pengurusan kewangan, kaunseling kredit, pendidikan kewangan dan penstrukturan semula
hutang seseorang. Anda boleh menghubungi AKPK di:
Tingkat 8, Maju Junction Mall
1001, Jalan Sultan Ismail,
50250 Kuala Lumpur.
Tel: 1-800-88-2575
Email: enquiry@akpk.org.my
Sekiranya anda ingin membuat aduan berkenaan produk atau perkhidmatan yang diberikan oleh kami,
anda boleh menghubungi kami di:
Feedback Channel & Distribution Department
(Jabatan Rangkaian & Pengagihan Maklum Balas)
Level 18, Menara Bank Islam
No 22, Jalan Perak
50450 Kuala Lumpur.
Tel: 03-2782 1284

Fax: 03 2782 1337


Email: feedbackchannel@bankislam.com.my

Sekiranya pertanyaan atau aduan anda tidak diselesaikan dengan memuaskan oleh kami, anda boleh
menghubungi Bank Negara Malaysia LINK atau TELELINK di:

Block D, Bank Negara Malaysia,


Jalan Dato Onn,
50480 Kuala Lumpur.
Tel: 1-300-88-5465
Fax: 03-2174 1515
Email: bnmtelelink@bnm.gov.my
13. Di mana saya boleh dapatkan maklumat lanjut?
Sekiranya anda memerlukan maklumat tambahan berkenaan Pembiayaan Peribadi-i, sila rujuk kepada
buku kecil bankinginfo berkenaan pembiayaan peribadi-i, yang boleh didapati di semua cawangan kami
dan di laman web www.bankinginfo.com.my.
14. Pakej-pakej lain Pembiayaan Peribadi-i yang ada?
Selain pakej biasa yang ditawarkan, pakej lain yang boleh didapati adalah:
i. Pembiayaan bukan pakej.
ii. Pembiayaan bercagar.
PERINGATAN PENTING: TINDAKAN UNDANG-UNDANG MUNGKIN DIAMBIL KE ATAS ANDA SEKIRANYA ANDA
GAGAL UNTUK MEMBAYAR ANSURAN BULANAN KEMUDAHAN PEMBIAYAAN PERIBADI-i ANDA.

Muka surat 5 dari 6

Lembaran Maklumat Produk Pembiayaan Peribadi-i Jualan


Bank Islam Malaysia Berhad
BU/PDS/ Pembiayaan Peribadi-i Jualan/Versi 1.0/2014
Maklumat yang diberi di dalam Lembaran Maklumat Produk ini adalah sah diterima pakai dari _______
(hh/bb/tttt) / The information provided in this disclosure sheet is valid as at _____________ (dd/mm/yyyy).

Nota:

1. Maklumat di atas adalah untuk kegunaan ilustrasi sahaja. Keuntungan dan caj-caj mungkin akan berubah dan
tertakluk kepada terma-terma dan syarat-syarat Bank.
2. Maklumat yang diberikan di dalam Lembaran Maklumat Produk ini adalah sah diterima pakai sehingga tarikh
terkini.
3. KA yang ditunjukkan di dalam Lembaran Maklumat Produk ini adalah tertakluk kepada perubahan.

Muka surat 6 dari 6

Lembaran Maklumat Produk Pembiayaan Peribadi-i Jualan


Bank Islam Malaysia Berhad
BU/PDS/ Pembiayaan Peribadi-i Jualan/Versi 1.0/2014

Вам также может понравиться