Вы находитесь на странице: 1из 1

Shaykh Abdullah Shattar bin Shaykh Husam al-Din bin Shaykh Abdullah bin Shaykh

Rashid al-Din bin Shaykh Diya` al-Din bin Shaykh Najm al-Din bin Shaykh Hamad al-Din
bin Shaykh Shihab al-Din Umar Suhrawardi1 [Shattar, Abdullah. Tth. Latifat al-
Ghaybiyyah. Mc. 12/4. Delhi: Anjuman Taraqqi Library: 2] bin Muhammad bin Abdullah
bin Muhammad bin Abdullah (amuyyah / )bin Saad bin Hussayn bin Qasim bin
Nadr bin Qasim bin Muhammad bin Abdullah Ibn Faqih al-Madinah dan Ibn Faqih Abd
al-Rahman bin al-Qasim bin Muhammad bin Abu Bakr al-Siddiq al-Qurashi al-Taymi al-
Bakri. [Al-Zahaby, Shamsuddin Muhammad bin Ahmad. 1984. Siyar alam al-Nubala`, juz
22. Beyrut: Mu`asasah al-Risalah: 373 - 374].

- - )

(

1
Lahir pada 1145 M dan wafat di Baghdad pada tahun 1234 M. Sewaktu usianya masih
muda, beliau telah diperkenalkan dengan pengetahuan kerohanian Islam oleh bapa
saudaranya Shaykh Abu Najib al-Din al-Suhrawardi (w. 1168 M, berguru dengan Shaykh
Ahmad al-Ghazali iaitu saudara kandung al-Imam Abu Hamid Muhammad al-Ghazali
professor di Madrasa Nizamiya, Baghdad - Manai, Aishah Yusuf. 1991. Abu Hafs Umar
al-Suhrawardi: Haya tuhu wa al-tasawuf. Cairo: Dar al-Thaqafa: 13) pengasas tarekat
Suhrawardiyyah lalu mempelajari fiqh, falsafah, perundangan, tauhid, al-Quran dan
hadis daripada bapa saudaranya. Shaykh Shihab al-Din melanjutkan pengajian tauhid
dengan Shaykh Abd al-Qadir al-Jilani (w. 1166) di Baghdad. Pada tahun Shaykh Abd al-
Qadir al-Jilani wafat Shaykh Shihab al-Din waktu itu berusia 21 tahun. Pada usia semuda
itu Shaykh telah menguasai fiqh mazhab Shafie dan Hanbali, aliran fiqh yang mendapat
naungan khalifah Iraq, empayar Abbasiyyah (750 - 1517 M) ketika itu. Khalifah ke-34
kerajaan Abbasiyyah (keturunan Sayidina Abbas ibn Abd al-Muttalib (w. 653), bapa
saudara Nabi ) iaitu Al-Nasir li-Din Allah (w. 1225 M sangat kuat menentang syiah
ketika itu menggunakan kerohanian Sufi) yang memegang tampuk pemerintahan pada
1180 M telah melantik Shaykh Shihab al-Din al-Suhrawardi - ketika itu berumur 35
tahun - menjawat jawatan Shaykh al-Islam (menteri agama) yang mentadbir amr al-din
(urusan agama) kerajaan Abbasiyyah. [ Josef W. Meri. 2006. Medieval Islamic
Civilization: An Encyclopedia. New York: Routledge: 775]. Shaykh Shihab al-Din
mengarang kitab Awarif al-Maarif yang menjadi rujukan dalam bidang tasawuf kerana
menyepadukan tasawuf dan syariat. Dengan bantuan Shaykh al-Islam Shihab al-Din al-
Suhrawardi, khalifah al-Nasir yang melantik beliau sebagai Shaykh al-Islam telah
dibantu oleh Shaykh dan ulama terkemuka empat mazhab menjadikan khalifah al-Nasir
faqih empat mazhab sunni dan selaku jurai akhir isnad hadis waktu itu. Perkara ini bagi
menunjukkan kesamarataan empat mazhab dewasa itu. Perbezaan di antara fahaman
syiah dan tarekat Suhrawardiyyah terletak pada Imamah dan Khalifah. Syaih berpegang
kepada Imamah, sedangkan bagi tarekat Suhrawardiyyah semua pihak bernaung di
bawah khalifah (sultan). [Manai, Aishah Yusuf. 1991. Abu Hafs Umar al-Suhrawardi:
haya tuhu wa al-tasawuf. Cairo: Dar al-Thaqafa: 17, 41, 39].

Вам также может понравиться