You are on page 1of 7

1.

0 Pendahuluan

Pembangunan modal insan berkualiti bergantung kepada pendidikan berkualiti.


Pendidikan juga perlu membentuk modal insan yang mampu berfikiran kritis dan kreatif,
berkemahiran menyelesaikan masalah, berkeupayaan mencipta peluang baru, mempunyai
daya tahan serta kebolehan untuk berhadapan dengan persekitaran global yang sering
berubah. Jatuh bangunnya sesebuah negara bergantung kepada modal insan itu, jika modal
insan tidak berpendidikan maka sesebuah negara mudah mengalami kejatuhan dan sumber
yang ada tidak dapat di perbangunkan.

Bidang pendidikan berhadapan dengan masa depan mencabar yang memerlukan


perancangan rapi, sistematik dan holistik. Justeru itu bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri
Muhyiddin Yassin telah melancarkan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-
2025. Pelan tersebut merupakan dokumen rasmi yang amat signifikan untuk pembangunan
negara serta dalam masa sama mampu melahirkan pelajar bersahsiah terpuji serta
berkeperibadian tinggi Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) ini bertujuan
memperkemaskan pelaksanaan program-program pendidikan serta memantapkan lagi proses
pembinaan modal insan secara menyeluruh dan berterusan supaya output yang dihasilkan
berupaya memenuhi kehendak tempatan dan antarabangsa, di samping mengukuhkan lagi
kedudukan Malaysia dalam arena global.

2.0 Idea-idea lama


2.1 Pendidikan Taradisional Saling Berkait Rapat Dengan Pendidikan Teknologi Maklumat
Dan Komunikasi (TMK)

Dalam dunia pendidikan, guru merupakan tunjang utama dalam menjayakan pembelajaran
dan pengajaran di sekolah. Menurut Eee Ah Ming (1997), cara mengajar yang paling tradisional
dan telah lama dijalankan dalam sejarah pendidikan ialah cara mengajar dengan Chalk and
Talk. Sejak dahulu lagi, guru menyalurkan pengetahuannya pada pelajar dengan secara lisan
atau ceramah. Pengajaran dan pembelajaran tradisional yang digunakan secara meluas dalam
Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) merupakan idea-idea yang lama melahirkan
pelajar kepada pembangunan Negara. Pdp tradisional merupakan pendekatan pembelajaran
yang mempunyai kelebihan kerana mereka lebih berpeluang untuk memberikan idea,
berbincang dan berinteraksi satu sama lain dan belajar melalui pengalaman mereka sendiri.
Pembelajaran ini merupakan satu inovasi dalam strategi pengajaran dan pembelajaran
berpusatkan pelajar. Kaedah ini membolehkan guru membimbing pelajar mengikut kebolehan di
samping menjalankan aktiviti-aktiviti pengayaan dan pemulihan mengikut keperluan masing-
masing.Tetapi satu usaha penambahbaikan dalam sistem pendidikan Negara terutamanya di
peringkat sekolah rendah telah dilaksanakan supaya kurikulum persekolahan memenuhi
keperluan dan cabaran semasa serta ekonomi masa hadapan. Menurut Mohamad Nor (1993),
pengajaran tradisional tidak lagi memenuhi keperluan semasa dan perlu penambahbaikan
amalan sedia ada. Transformasi kurikulum sekolah rendah iaitu Kurikulum Standard Sekolah
Rendah (KSSR) merupakan penyusunan semula dan penambahbaikan kurikulum persekolahan
rendah sedia ada. Tujuan transformasi adalah untuk menggantikan pengajaran dan
pembelajaran tradisional kepada pengajaran dan pembelajaran menggunakan Teknologi
Maklumat dan Komunikasi (TMK). Teknologi Maklumat dan Komunikasi diperkenalkan kerana
perubahan dalam bentuk teknologi yang semakin maju. Justeru dunia pendidikan menuntut
pembaharuan dengan mengaplikasikan kaedah pembelajaran selaras dengan perkembangan
teknologi.

Kemahiran teknologi maklumat dapat membantu pelajar untuk menguasai ilmu dan dapat
melahirkan modal insan cemerlang berminda kelas pertama sebagaimana yang telah
dicadangkan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM). Anjakan ketujuh PPPM
iaitu, memanfaatkan TMK bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia. Penggunaan
TMK akan membantu memperkukuhkan proses pengajaran dan pembelajaran. Murid akan
memperolehi akses kandungan yang lebih luas, menarik, dan interaktif. Anjakan ini juga
memanfaatkan murid bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia. Pada pendapat saya,
bersetuju dengan idea-idea lama iaitu pengajaran dan pembelajaran tradisional kerana
penggunaan TMK saling berkait rapat dan sesuai dimana pelajar dan guru boleh dapat
mempelbagaikan gaya pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.
2.2 Pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris
(PPSMI)
Pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI)
diwujudkan pada sesi persekolahan 2003 di bawah pentadbiran Perdana Menteri ketika itu iaitu
Tun Dr Mahathir bin Mohamad.PPSMI merupakan antara dasar kerajaan menyediakan pelajar
hari ini untuk ekonomi masa hadapan. Menurut Amran (2003), kesedaran tentang keperluan
dan kepentingan bahasa Inggeris akan menjana sikap yang positif di kalangan pelajar. Tujuan
PPSMI diperkenalkan bagi meningkatkan kualiti bahasa inggeris sejak sekolah rendah sehingga
ke peringkat pengajian tinggi. Dasar PPSMI memudahkan perolehan ilmu oleh pelajar
terutamanya dari segi istilah-istilah yang terdapat dalam mata pelajaran Sains dan Matematik.
Tambahan pula kebanyakkan bahan rujukan bagi Sains dan Matematik adalah dalam Bahasa
Inggeris dan dengan melaksanakan PPSMI murid akan dapat memahami bahan rujukan
tersebut dengan mudah dengan negara Pelaksanaan PPSMI telah memberi peluang kepada
Negara kita, dalam usaha memodenkan murid dengan penggunaan bahasa antarabangsa
supaya mereka tidak ketinggalan jauh di belakang. Melalui pelaksanaan ini, kita dapat
mendedahkan penggunaan bahasa ini bermula sejak dari kecil lagi seperti pepatah Melayu
melentur buluh biarlah dari rebungnya. Dasar (PPSMI) merupakan idea lama sejak dahulu lagi
dan berkesinambungan hingga sekarang.

Walaubagaimanapun PPSMI memberi banyak manfaat kepada para pendidik tetapi masih
terdapat beberapa konfiks daripada pelaksanaan dasar ini. Maka Kementerian Pendidikan
Malaysia membuat penambahbaikan dasar yang sedia ada kepada program Memartabatkan
Bahasa Melayu dan Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI). Dasar MBMMBI dilaksanakan
di sekolah bagi meningkatkan penguasaan bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris melalui
pelaksanaan tambahan waktu pdp. Tujuan utama memperkukuh Bahasa Inggeris pula adalah
kerana Bahasa Inggeris merupakan bahasa komunikasi antarabangsa yang perlu dikuasai
dengan baik dan berkesan bagi membolehkan penerokaan pelbagai ilmu untuk bersaing di
peringkat nasional dan global. Anjakan kedua iaitu Memastikan setiap murid menguasai
kemahiran dalam bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris dan digalakkan mempelajari bahasa
tambahan. Sesungguhnya, penguasaan pelbagai bahasa dan kemahiran berkomunikasi
menjadi suatu kriteria dan pertimbangan utama majikan dalam memilih ciri pekerja yang
berkualiti. Maka, peranan bahasa tambahan untuk memenuhi keperluan negara dalam
membekalkan tenaga kerja yang mempunyai tahap kognitif yang tinggi. Pelaksanaan MBMMBI
menerusi Pelan Pembangunanan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 supaya Malaysia
mampu berdaya saing pada peringkat global. Maka, terbuktilah bahawa idea lama iaitu dasar
PPSMI dapat menyediakan pelajar bekaliber yang menampung ekonomi masa hadapan.

2.3 Pendidikan Teknikal Dan Latihan Vokasional (TVET) Dinaiktaraf Bagi


Meningkatkan Mutu Modal Insan Untuk Ekonomi Masa Hadapan

Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TEVT) berperanan bukan sahaja sebagai
satu saluran untuk memproses dan menghasilkan tenaga mahir tempatan, Pendidikan
Vokasional lebih kepada latihan kemahiran yang bertujuan memberi peluang kepada pelajar
yang kurang berkemampuan dalam bidang akademik supaya dapat terus melajutkan pengajian
dalam bidang kemahiran yang sesuai. Pelajar juga dapat menimba ilmu pengetahuan
kemahiran yang sesuai dengan alam pekerjaan yang diminati. TVET juga berperanan sebagai
alternative bagi menyediakan latihan pendidikan bercorak kemahiran pra vokasional dalam
usaha untuk menyediakan mereka memunuhi permintaan pasaran pekerjaan dan ekonomi
pada masa hadapan. Pendidikan TVET merupakan idea lama dalam sisitem pendidikan kerana
bertapak di Malaysia bermula semenjak 40 tahun yang lalu dengan penubuhan dua institusi
awam pada tahun 1964. Pertumbuhan ekonomi negara masa kini tidak lagi bergantung semata-
mata kepada modal insan berpengetahuan tinggi, tetapi juga kepada yang berkemahiran tinggi.
Maka di sinilah letaknya kepentingan TEVT dalam memainkan peranan dalam pembangunan
ekonomi negara pada masa hadapan. TEVT mampu menambah bekalan modal insan tempatan
berkemahiran melalui penyediaan pendidikan dan latihan berkualiti kepada pelajar yang
mempunyai kecenderungan dalam bidang teknikal dan vokasional sekali gus
mentransformasikan Malaysia kepada negara maju dan berpendapatan tinggi menjelang tahun
2020. Menurut Aminuddin (2011) dalam penulisannya telah mendapati bahawa sistem
pendidikan teknik dan vokasional di Malaysia dan sistem latihan (TVET) telah semakin
berkembang dari masa ke masa.

Walau bagaimanapun, setelah kerajaan melihat keperluan dan kepentingan TVET dalam
proses pembentukan negara maju, maka aspek TVET ini diperkasakan sebagai aliran
pendidikan bertaraf perdana. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025 (PPPM),
kerajaan memberikan tumpuan yang khusus terhadap pembangunan pendidikan TVET.
Perubahan melalui penjenamaan semula ini telah membuka peluang yang besar kepada para
pelajar teknikal untuk mengambil manfaat daripadanya Tumpuan terhadap TVET ini selari
dengan hasrat yang tercatat dalam Wawasan 2020, iaitu menjadikan Malaysia sebagai negara
pencipta teknologi, bukan hanya sebagai negara pengguna teknologi. Ciri ini merupakan asas
pembentukan negara maju sepenuhnya, iaitu bilangan pekerja mahir dan separa mahir yang
cukup dalam pasaran pekerjaan. Saya sangat bersetuju dengan idea-idea lama kerana ia
adalah asas kepada melahirnya idea barharu

2.4 Pembelajaran Abad Ke-21 Merupakan Idea Yang Telah Diubahsuaikan Daripada
Sistem Pendidikan Yang Lama

Pembelajaran abad ke-21 tidak asing daripada pendidikan lama. Ini disebabkan idea-
idea daripada pembelajaran dan pengajaran lalu mengalami proses penambahbaikan dan
diperkasakan supaya dijadikan sebagai satu-satunya pembelajaran yang baharu. Antaranya
ialah aktiviti kumpulan, pembentangan hasil kerja kumpulan, penggunaan peta minda dalam
karangan, merekodkan kehadiran murid dan maklum balas terhadap pengajaran telah
mengalami transformasi sebagai pembelajaran abad ke-21. Maka saya sangat bersetuju
bahawa idea-idea yang lama diguna pakai dalam melahirkan pelajar untuk ekonomi masa
depan. Pembelajaran abad ke-21 memberi penekanan yang sangat ketara kepada Kemahiran
Befikir Aras Tinggi (KBAT). Sistem pendidikan di negara kita berupaya melahirkan generasi
muda yang berpengetahuan, mampu berfikir secara kritis dan kreatif serta berupaya
berkomunikasi dengan berkesan pada peringkat global. Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)
dalam PdP dapat menaikkan prestasi negara khususnya dalam persaingan peringkat
antarabangsa terutama dalam pentaksiran Programme for International Student
Assessment (PISA) dan Trends in International Mathematics and Science Study (TIMSS) yang
dinyatakan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan (PPPM) 2013-2015. Sehubungan itu, sistem
pendidikan menjadi lebih penting bagi membantu setiap murid memperoleh kemahiran berfikir.
Jadi, dengan ini dapatlah kita lihat bahawa pembelajaran abad ke-21 ini wujud daripada
pengubahsuaian idea lama untuk melahirkan pelajar yang mempunyai kritis dan inovatif yang
selaras dengan kehendak PPPM, 2013-2025.
2.5 Idea-Idea Lama Daripada Sistem Pentaksiran Di Transformasikan Kepada
Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)

Saya sangat bersetuju bahawa, pendidikan di negara ini dalam proses menyediakan
pelajar hari ini untuk ekonomi masa hadapan dengan idea-idea lama. Begitu juga pentaksiran
adalah komponen penting dalam pendidikan kerana ia memberi maklumat mengenai
perkembangan murid kepada guru, ibubapa dan murid itu sendiri. Hasil pentaksiran boleh
membantu guru menilai kaedah pengajaran dan aktiviti yang dilaksanakan dalam proses
pengajaran dan pembelajaran. Pentaksiran pendidikan di Malaysia bertujuan mendapatkan
maklumat tentang prestasi murid bagi memperkembangkan sepenuhnya potensi setiap individu
sebagai modal insan yang harmonis dan seimbang selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan
Kebangsaan.

Pentaksiran yang berkualiti akan menghasilkan maklumat yang tepat dan menunjukkan
keadaan sebenar tentang tahap pembelajaran murid. Maklumat yang tepat boleh membantu
pembuat dan penentu dasar melakukan perubahan bagi tujuan meningkatkan pengajaran dan
pembelajaran. Kementerian prihatin terhadap dakwaan bahawa sistem pendidikan Negara
terlalu berpaksikan peperiksaan. Justeru, Mesyuarat Jemaah Menteri bertarikh 17 Disember
2010 telah bersetuju supaya Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dilaksanakan sebagai
sebahagian daripada Program Transformasi Pendidikan. PBS merupakan penambahbaikan
daripada idea yang sedia ada diubahsuai mengikut kehendak masa sekarang. PBS merupakan
satu usaha untuk membangunkan modal insan secara holistik melalui penekanan terhadap
penguasaan ilmu pengetahuan, modal intelektual, pembudayaan sikap progresif dan
pengamalan nilai, etika serta moral yang tinggi seperti tercatat di dalam Pelan Pembagunan
Pendidikan Malaysia (PPPM), 2013-2025.

3.0 Kesimpulan

Sebagai kesimpulan, dapat dikatakan bahawa perkembangan pendidikan di Negara ini


berlangsung sejak zaman dahulu lagi dan berkesinambungan hingga sekarang.
Walaubagaimanapun, dengan cabaran yang berubah selaras dengan peredaran zaman,
pendidikan terus mengalami perkembangan. Fungsi pendidikan juga terus berubah. Fungsi
pendidikan kini dilihat sebagai asas kepada kelangsungan sesuatu pembangunan. Antara lain
pendidikan yang berlangsung adalah untuk pembangunan insan dan pembangunan Negara.
Pembangunan insan terlebih dahulu berlangsung sebelum pembangunan yang lain termasuk
pembangunan Negara dapat dilakukan.
Rujukkan

Aminuddin, A. K. (2011). Reformasi dalam TVET: Perubahan masa hadapan. Journal of


Edupres, 1(September), 336341.

Amran, T. (2003). "Mastery of English among students in Years 4 SPA Faculty of Education".

Universiti Teknologi Malaysia: Bachelor thesis.

Eee Ah Meng (1997). Pedagogi 1: Kurikulum dan Pengurusan Bilik Darjah

(semester II). Kuala Lumpur. Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd.

Jauhara Hj. Tak (1995), Penyelesaian Masalah Dan Pemikiran Kreatif Dalam
Pendidikan,Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka

KPM. (2012). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. Kementerian Pendidikan


Malaysia, Putrajaya.

Mohamad Nor, K. (1993). Kaedah Pembelajaran Berkesan. Kuala Lumpur:


Cahaya Pantai Sdn. Bhd. ms.29.

Mior Khairul Azrin Mior Jamaluddin (2011), Sistem Pendidikan di Malaysia : Dasar, cabaran
dan pelaksanaan kearah perpaduan nasional. Diperoleh daripada
http://pdfsearchpro.com/sistem-pendidikan-di-malaysia-dasar-cabaran-dan-
pelaksanaan-ke-pdf.html

Ramlee Mustapha & Ramziah Husin (2002), Jurnal teknologi : Perancangan pendidikan
untuk pembangunan sumber manusia dalam era globalisasi dan k-ekonomi,
Universiti Teknologi Malaysia