Вы находитесь на странице: 1из 2

MINIT MESYUARAT KOKURIKULUM KALI KE 3 / 2016

SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI DUA


KAMPUNG SUNGAI DUA, 73200 GEMENCHEH,
NEGERI SEMBILAN.

Tarikh : 28 Disember 2016


Tempat : Makmal Komputer SKSD
Hari : Rabu
Masa : 10.30 pagi

Agenda :

1. Ucapan Guru Besar


2. Pengesahan Minit Mesyuarat Bil. 3/2016
3. Perkara-perkara berbangkit
4. Laporan unit kokurikulum 2016
5. Hal-hal lain

Kehadiran :
Pn. Nur Syazwani bt. Kamarudin

Agenda

1.0 Ucapan Pengerusi


1.1 Ucapan salam sejahtera dan terima kasih dari Guru Besar.
1.2 Menyatakan tujuan mesyuarat bagi mendengar pelaporan dan pembentangan
organisasi unit kokurikulum bagi tahun 2017.
1.3 Menyatakan hasrat untuk mengangkat pasukan taekwondo sekolah sebagai sukan
sekolah.
Tindakan : Makluman semua guru

2.0 Pengesahan Minit Mesyuarat


2.1 Minit Mesyuarat Bil. 3/2016 telah disahkan tanpa sebarang pindaan.
2.2 Dicadang oleh : Pn. Siti Nurul Ain bt. Amir Hamzah
Disokong oleh : Pn. Rozita bt. Wahi
3.0 Perkara-Perkara Berbangkit
3.1 Tiada perkara-perkara berbangkit.
Tindakan : Makluman semua guru

4.0 Laporan Unit Kokurikulum 2016


4.1 Guru Penolong Kanan Kokurikulum, Pn Zainatun mengucapkan terima kasih kepada
semua guru-guru yang telah menjayakan aktiviti-aktiviti 2016.
4.2 Membentangkan laporan penyertaan murid-murid dalam semua sukan dan aktiviti bagi
tahun 2016.
4.3 Menyatakan visi dan misi unit kokurikulum.
4.4 GPK Kokurikulum membentangkan perancangan strategik 2017 dengan objektifnya agar
semua murid dapat melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum.
4.5 Membentangkan senarai persatuan, unit beruniform dan permainan yang terdapat di SK
Sungai Dua.
4.6 Menerangkan carta organisasi bagi setiap persatuan, unit beruniform dan permainan
dan bidang tugas organisasi kokurikulum bagi tahun 2017.
Tindakan : Makluman semua guru

5.0 Hal-hal lain


5.1 Pn. Siti Nurul Ain menyatakan kekangan masa untuk melatih murid-murid yang terlibat
dengan aktiviti kokurikulum semasa waktu pagi dan meminta agar latihan dijalankan
pada waktu petang.
5.2 Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 12.30 tengahari.
Tindakan : Makluman semua guru

Disediakan oleh,

.
(FARAH ALIAH BINTI JASMIN)
Setiausaha Kokurikulum
Sekolah Kebangsaan Sungai Dua

Вам также может понравиться