Вы находитесь на странице: 1из 9

Tugasan 1.

Kanak-Kanak berkeperluan Khas ialah kanak-kanak yang tidak mengikuti norma-norma


perkembangan seperti kanak-kanak lain (Jamilia Mohamed,2005). Teori pembelajaran bukan
sahaja diaplikasikan kepada pelajar aliran perdana , tetapi boleh juga diaplikasikan dalam
pembelajaran pelajar berkeperluan khas. Pelajar berkeperluan khas mendapat peluang
pendidikan yang sama,sebagaimana di sekolah khas mahupun di sekolah biasa program
integrasi. Di Malaysia, pendidikan murid berkeperluan khas diletakkan di bawah Jabatan
Pendidikan Khas,Kementerian Pelajaran Malaysia dan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Menurut Persatuan Kebangsaan Autisme Malaysia (NASOM), setiap seorang daripada


150 kanak-kanak yang dilahirkan di seluruh dunia memiliki autisme dan dianggarkan 47,000
orang kanak-kanak di Malaysia menghidapnya. Kanak-kanak Autisme ialah kanak-kanak yang
mengalami masalah gangguan dalam berinteraksi dan komunikasi. Mereka lambat untuk
bercakap dan ada sesetengahnya gagal secara kesuluruhannya untuk berikteraksi dengan
orang sekeliling (Wirdoro,2009). Oleh itu , nilai kecergasan interpersonal perlu ditingkatkan.
Kecerdasan interpersonal membolehkan seseorang itu memahami perasaan, motivasi, tabiat
dan hasrat orang lain.

Rajah 1.
Menunjukkan guru mengajar kanak-kanak Autisme.

Untuk meningkatkan nilai interpersonal kanak-kanak Autisme, guru perlulah sediakan


bahan bantu mengajar yang banyak menggunakan muzik dan bahan yang lebih berunsurkan
visual supaya dapat menarik minat kanak-kanak autisme ini. Selain itu, guru juga perlu
aplikasikan kerja dalam berkumpulan untuk membolehkan kanak-kanak ini bergaul dengan
rakan yang lain. Kerja secara berkumpulan boleh dilakukan dalam permainan seperti
mencantum kepingan puzzle , membina binaan blok kayu dan membuat aktiviti seni sambil
memainkan lagu yang sesuai agar mereka berasa gembira untuk bermain. Tanpa di sedari,
nilai sosial dalam diri mereka dapat ditingkatkan. Hal ini untuk mengelakkan kanak-kanak
Autisme daripada terasing dan menyindiri. Walaubagaimanapun, guru memainkan peranan
yang sangat besar untuk mengawal keadaan agar smua berjalan lancer. Implikasinya, dengan
mengamalkan teori kecerdasan pelbagai Howard Gardner, masalah Autisme dapat di atasi dari
aspek sosial kanak-kanak tersebut. Kanak-kanak
Autisme juga akan lebih mengenali dunia luar dan
boleh berinteraksi dengan rakan-rakan mereka
mahupun keluarga mereka sendiri. Justeru mereka
dapat mantapkan lagi pemahaman dalam
pembelajaran dan tidak berasa rendah diri serta
boleh boleh membantu rakan yang lain. Natijahnya,
kemahiran sosial mereka dapat ditingkatkan dan mereka dapat menyesuaikan diri dalam hidup
bermasyarakat.

Kanak-kanak ADHD (Attention Deficit Hiperactitivity Disorder) pula ialah kanak-kanak


yang mempunyai masalah dalam memberi penumpuan aktiviti pengajaran dan pembelarajaran.
Menurut Barkley (1990) Attention Deficit Hyperactive (ADHD) merupakan salah satu
kecelaruan psikiatri yang paling umum di kalangan kanak-kanak. Ingatan mereka sangat lemah
dan sukar menyiapkan tugasan serta selalu memerlukan pemantauan (Razhiyah,2006). Kajian
mendapati kanak-kanak Malaysia yang berumur di antara 5 -15 tahun menunjukkan bahawa
seramai 4.3% mempunyai ciri-ciri ADHD. Kebanyakkan yang dihidapi oleh kanak-kanak lelaki
berbanding kanak-kanak perempuan. Kebiasaannya , kanak-kanak yang mengalami ADHD ini
sering mengganggu rakan-rakan kelas mereka. Hal ini bukan sahaja boleh mengganggu
tumpuan dalam pelajaran, malah memberi rasa tidak selesa dalam suasana pembelajaran itu.

Justeru, teori kecergasan Spartial/ruang visual perlu diaplikasikan pada kanak-kanak ini.
Kecerdasan ini tentang penghakiman ruang dan keupayaan untuk menggambarkan dengan
mata minda. Ia merupakan kemampuan mempersepsikan dunia spatial-visual secara tepat dan
mentransformasikan persepsi dunia spatial-visual dalam bentuk tertentu. Hal ini kerana mereka
tidak dapat membezakan suasana dan keadaan persekitaran dari saiz, jarak dan keadaan
ruang. Dalam pengurusan tingkah laku murid ADHD ini guru hendaklah menetapkan peraturan
umum di dalam bilik darjah agar situasi di dalam kelas dapat dikawal. Guru melukis ruang dan
membahagikan ruang dalam kelas. Seperti ruang untuk makan, ruang untuk bermain, ruang
untuk belajar dan ruang untuk berehat.

Rajah 2.
Menunjukkan pembahagian antara ruang di dalam bilik darjah.

Di ruang belajar, murid ADHD ini diletakkan di bahagian depan iaitu berdekatan dengan
guru. Secara tidak langsung, murid ini akan lebih fokus dan guru senang memantau dan
mengawal kelas. Menurut Wintraub (1997), bunyi imej, warna dan pergerakkan sangat berkait
rapat dengan murid ADHD .Guru meletakkan simbol yang berwarna warni untuk melabelkan
setiap ruang supaya mereka mudah membezakan antara setiap ruang. Dengan cara ini, murid-
murid dapat mengurus ruang dengan baik. Tambahan pula, dengan pengurusan ruang ini
dapat meningkatkan kemahiran motor dan kognitif kanak-kanak. Malah dapat menarik minat
mereka untuk belajar dan tidak mengganggu kawan-kawan yang lain. Kesannya, murid ADHD
tidak berasa terasing dan boleh mendengar kata apabila mereka seronok belajar di sekolah.
Secara tidak langsung dapat membentuk perpaduan antara mereka dan mengelakkan sifat
diskriminasi antara satu sama lain.

Kesimpulannya, teori kecerdasan pelbagai Howard Gardner penting dalam membantu


guru untuk mengajar secara optimum di sekolah dan dapat dimanfaatkan dalam setiap
peringkat pembelajaran. Ini kerana kita dapat melihat dengan jelas betapa teori ini
memperjuangkan agar setiap individu diberi ruang dan peluang untuk berjaya dalam bidang-
bidang tertentu. Oleh itu, wajarlah kita memberi penekanan yang sesuai untuk setiap individu
bagi memastikan setiap individu itu dapat menguasai kecerdasan yang ada pada diri mereka
dengan baik bagi membolehkan mereka meneraju masa depan negara dengan baik.
Pendidikan yang adil dilihat dapat memberi jaminan untuk keutuhan sesebuah tamadun
manusia dan dapat menjamin kejayaan dalam sesuatu sistem pendidikan.

RUJUKAN
A.Rashid, N. (2012). Murid dan Alam Belajar. Kuala Lumpur:
Oxford Fajar.
Jurdawanto, W. (2009). Pencegahan Autis Pada Anak. Autisme, 26-
47.
Mengenal Lebih Jauh ADHD. (n.d.). Retrieved from FutureReady:
https://www.futuready.com/artikel/kesehatan/mengenal-
lebih-jauh-adhd
Mohamed, J. (2005). Kanak-kanak berkeperluan Khas. Kuala
Lumpur: Freemind Horizon.
Mooi, L. M. (2014). Perkembangan Kanak-kanak. Kuala Lumpur:
Freemind Horizon.
Petanda anak Autisme. (2012, September 23). Retrieved from
Excel Qhalif: http://www.excelqhalif.com/2012/09/23/kenali-
petanda-anak-autisme/
Utusan. (2012, Jun 19). Wujudkan Sekolah Khas Autisme. Dalam
negeri, p. 12.
William, B. (1990). Attention Deficit Hiperactivity Disorder. United
State: Revise Edition.
Wintraub. (1997). Nautral Treatment For ADHD. United Kingdom:
Freemind.
Zaki. (2012, Jun 6). Teori kecerdasan pelbagai. Retrieved from
Cikgu Zaki: http://cikgu-zaki.blogspot.com/2012/06/teori-
kecerdasan-pelbagai.html
REFLEKSI

Di akhir kerja kursus ini, saya dapat mengenali dan memahami teori kecerdasan
pelbagai Howard Gardner. Dan teori-teori ini sangat berguna untuk diaplikasikan pada
proses pembelajaran dan pengajaran di dalam mahupun di luar bilik darjah. Selain itu,
apabila melakukan kerja khusus ini, saya dapat memantapkan lagi pemahaman tentang
teori kecerdasan pelbagai Howard Gadner dan saya lebih yakin untuk suaikan mana
teori yang sesuai digunakan pada murid murid berkeperluan khas. selain itu, saya juga
dapat memahami di mana kelebihan dan kesesuaian sesuatu teori dengan lebih jelas.
Malah dengan mempelajari teori Howard Gadner ini, saya dapat menyenaraikan dan
tahu keperluan peralatan yang perlu digunakan sebagai bahan bantu mengajar untuk
murid aliran perdana mahupun murid berkeperluan khas.

Terdapat perbezaan cara aplikasi teori ini antara murid biasa dan murid
berkeperluan khas yang mana dapat saya simpulkan penekanan dan penumpuan yang
lebih perlu diberikan kepada murid berpendidikan khas. Justeru sebelum memulakan
proses pengajaran, saya sebagai guru pelatih perlu membuat pemerhatian dahulu
terhadap murid di dalam kelas sebelum menggunakan teori yang mana sesuai. Selain
menyediakan bahan yang lengkap, persediaan mental dan fizikal juga amat penting
sebelum memulakan sesuatu pelajaran. Akhir sekali, dengan membuat kerja khursus
ini, saya dapat mengenalpasti apa matlamat dan tujuan sesuatu teori yang mana untuk
pembangunan intelek , rohani,sosial,emosi dan jasmani supaya menjadi modal insan
yang terbilang.
Penghargaan.

Terima kasih di ucapkan kepada Encik Yeap Teik Wei iaitu pensyarah yang
mengajar subjek EDUP 3033 bertajuk Murid dan Pembelajaran yang telah banyak
membantu dan tunjuk ajar sepanjang melakukan kerja kursus ini. Tidak ketinggalan ,
terima kasih juga kepada rakan-rakan kelas yang banyak membantu dalam membuat
kerja kursus ini. Dan tidak lupa kepada kedua ibu bapa saya yang tidak jemu memberi
sokongan dan dorongan dalam menyiapkan tugasan ini. Tanpa bantuan mereka
tugasan ini tidak akan dapat disiapkan dengan sempurna .Hanya tuhan sahaja yang
dapat membantu dan membalas segala jasa baik mereka.

Harapan saya semoga tugasan ilmiah seperti ini dapat diteruskan dan bakal guru
seperti saya dapat perolehi banyak manfaat dan panduan pada masa akan datang.
Akhir kata saya memohon maaf kepada semua pihak sekiranya semua pihak terdapat
salah dan silap semasa saya siapkan tugasan ini. Sesungguhnya yang baik itu datang
dari tuhan dan yang buruk itu datang dari kelemahan saya sendiri.

Sekian, terima kasih.


INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PERLIS,
JALAN BEHOR PULAI,
01000 KANGAR, PERLIS

KURSUS PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA


PERGURUAN
DENGAN KEPUJIAN
(PSV) PENDIDIKAN RENDAH

EDUP 3033
MURID DAN PEMBELAJARAN

TUGASAN PROJEK (INDIVIDU)

NAMA : NUR INTAN NAZIFAH BINTI SHAMSURI

NO. K/P : 960203-08-1996

NO. MATRIK : 0614/3327

PROGRAM : PISMP AMBILAN JUN 2015

OPSYEN : PENDIDIKAN SENI VISUAL(PSV)

PENSYARAH : EN.YEAP TEIK WEI


TARIKH SERAHAN : 23 FEBRUARI 2016

PROFIL PELAJAR

NUR INTAN NAZIFAH BINTI SHAMSURI


MAKLUMAT DIRI

No. Kad Pengenalan : 960203-08-5752 Agama : Islam

Tarikh Lahir : 3FEBRUARI 1996 Bangsa : Melayu

Tempat Lahir : Hospital Teluk Intan Perak

Status : Bujang

Warganegara : Malaysia

Jantina : Perempuan

Program : Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP)

Opsyen : Pendidikan Seni Visual(PSV)

MAKLUMAT PENDIDIKAN

Program : Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP)

Nama Institut : Institut Pendidikan Guru, Kampus Perlis

Tahun : Ambilan Jun 2015

Major : Pendidikan Seni Visual(PSV)

Kelulusan : SPM
INSTITUT PENDIDIKAN GURU
KAMPUS PERLIS
BORANG MAKLUM BALAS KERJA KURSUS (PROJEK/AMALI)
Nama: Angka Giliran Pelajar:
NUR INTAN NAZIFAH BINTI SHAMSURI 2015232340090
Tajuk Tugasan:

Kemukakan hujah anda bagaimana teori kecerdasan pelbagai Howard Gardner (1985) dapat
memberi impak kepada pembangunan intelek,rohani,emosi dan fizikal murid murid
berkeperluan khas.
Kursus/Mata Pelajaran:
Pensyarah : EN. YEAP TEIK WEI
EDUP 3033 MURID DAN PEMBELAJARAN

Tarikh hantar : 23 FEBRUARI 2016 Tarikh diterima : 23 FEBRUARI 2016

Pengakuan Pelajar
Saya mengaku bahawa tugasan ini adalah hasil kerja Saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan
yang setiap satunya saya jelaskan sumbernya

Tandatangan : ...................................................... Tarikh : .23 FEBRUARI 2016

Perincian Maklumat Tugasan:


Pemeriksa Moderator (jika berkaitan)
Kekuatan: Kekuatan:

Aspek yang boleh diperbaiki: Aspek yang boleh diperbaiki:

Tandatangan: ......................... Tarikh: .................. Tandatangan: ......................... Tarikh: ..................

Pengesahan pelajar terhadap maklum balas yang diberikan pensyarah.


Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya rujuki dan
fahami.
Catatan (jika ada)

Tandatangan pelajar: ................................. Tarikh : ..........................

Вам также может понравиться