Вы находитесь на странице: 1из 11

PENGGUNAAN SENI KOLAJ DALAM MEMPERTINGKATKAN KEMAHIRAN

PERKAITAN ANTARA PECAHAN, PERPULUHAN DAN PERATUS


MURID TAHUN LIMA

Institut Pendidikan Guru Kampus Pulau Pinang

Abstrak

Kajian tindakan ini dijalankan bagi meningkatkan kemahiran murid tahun 5 dalam
konsep perkaitan antara pecahan, perpuluhan dan peratus dengan berbantukan
seni kolaj. Kajian ini dijalankan ke atas lima belas orang murid tahun 5 yang telah
dipilih berdasarkan markah terendah semasa Ujian Diagnostik yang dijalankan
kepada 25 orang murid. Kaedah yang digunakan untuk mengumpul data bagi
kajian ini ialah melalui ujian pra, ujian pasca, pemerhatian, temu bual dan analisis
dokumen. Ujian pra dan ujian pasca telah dianalisis secara kualitatif manakala
pemerhatian, temu bual dan analisis dokumen dilaksanakan bagi menjadi
triangulasi serta menyokong dapatan kualitatif. Hasil analisis data mendapati min
bagi ujian pra ialah 5.73 dan ujian pasca ialah 9.4 . Manakala sisihan piawai bagi
ujian pra ialah 0.85 dan ujian pasca ialah 0.8. Dapatan kajian menunjukkan
terdapat peningkatan yang positif dalam prestasi murid setelah menjalani sesi
pengajaran. Keputusan ini menunjukkan bahawa penggunaan seni kolaj telah
berjaya membantu meningkatkan kemahiran perkaitan antara pecahan,
perpuluhan dan peratus.
Kata kunci : Seni kolaj, perkaitan, pecahan, perpuluhan, peratus.

Pengenalan

Cabaran masa kini telah memaksa kepada perubahan pendidikan yang lebih
sistematik dan bermakna kepada murid-murid malahan kepada masyarakat khususnya ibu
bapa dan pendidik itu sendiri. Perkara ini dinyatakan sendiri oleh mantan perdana menteri
YAB Tun Dr Mahathir Mohamed. Perkara ini bertepatan dengan revolusi kurikulum yang
dahulunya, 3M (membaca, menulis dan mengira) kepada 4M (membaca, menulis, mengira
dan menaakul) yang menekankan kepada penaakulan dalam menyelesaikan masalah
harian murid-murid.

Dalam kajian tindakan ini, kemahiran penaakulan murid akan diberi keutamaan
dalam mengukuhkan konsep Matematik yang dilihat kian mencabar. Kajian tindakan ini
akan melibatkan kecerdasan visual spatial dan logikal Matematik murid. Teori Kecerdasan
Pelbagai (Multiple Intelligent) iaitu kecerdasan visual yang diperkenalkan oleh Dr. Howard
Gardner, seorang profesor dalam bidang pendidikan di Harvard Universiti, berpendapat
bahawa setiap orang dikurniakan potensi yang berbeza dalam nalurinya.

Peserta kajian telah dipilih berdasarkan kepada keputusan Ujian Diagnostik. Murid
yang mendapat markah kurang daripada separuh dipilih sebagai peserta kajian dan
seramai 15 orang murid telah terpilih.

1
Keputusan Ujian Diagnostik
100
50
Peratus (%) 0

Murid

Rajah 1: Keputusan ujian diagnostik.

Fokus Kajian

Fokus utama isu kajian tindakan ini adalah untuk menangani masalah murid
terhadap perkaitan antara pecahan, perpuluhan dan peratus dan seterusnya
meningkatkan dan memantapkan pemahaman konsep asas murid terhadap pecahan,
perpuluhan dan peratus.

Menurut Skemp dalam Noraini (2006), Matematik ialah suatu pembelajaran yang
abstrak daripada matapelajaran yang lain. Untuk memahami dan membentuk konsep
Matematik, murid harus dibimbing untuk menyatakan ciri-ciri kesamaan daripada konsep
Matematik. National Council of Teachers of Mathematics (2000), seorang murid itu mesti
mempelajari Matematik dengan pemahanan, pembinaan pengetahuan daripada
pengalaman dan pengetahuan sedia ada secara aktif.

Kajian tindakan ini dijalankan berpandukan tindakan yang dilaksanakan oleh


Kemmis dan McTaggart (1998). Panduan ini melibatkan empat proses utama yang
bermula dengan perancangan, pelan tindakan, pengumpulan data dan refleksi (analisis
data). Kitaran proses ini berterusan mengikut kesesuaian masalah yang difokuskan.

Objektif Dan Soalan Kajian

Objektif umum penyelidikan adalah seperti berikut:


a) Meningkatkan penguasaan murid tahun lima dalam konsep perkaitan antara
pecahan, perpuluhan dan peratus dengan berbantukan seni kolaj.

Objektif khusus penyelidikan adalah seperti berikut:


a) Menggunakan seni kolaj untuk meningkatkan kefahaman murid tahun lima dalam
membuat perkaitan antara pecahan, perpuluhan dan peratus.
b) Meningkatkan minat murid semasa mempelajari pecahan, perpuluhan dan
peratus.

Soalan penyelidikan adalah seperti berikut:


a) Adakah penggunaan seni kolaj dapat meningkatkan kefahaman dalam membuat
perkaitan antara pecahan, perpuluhan dan peratus?
b) Adakah penggunaan seni kolaj dapat meningkatkan minat murid tahun lima
semasa mempelajari topik pecahan, perpuluhan dan peratus?

2
3
Peserta Kajian

Kajian ini melibatkan murid tahun 5 Delima di salah sebuah sekolah kebangsaan
di Daerah Tasek Gelugor, Seberang Perai Utara, Pulau Pinang. Sekolah ini dikategorikan
sebagai sekolah luar bandar. Peserta kajian ini dipilih berdasarkan skor dalam ujian
diagnostik yang dilaksanakan dan yang memberi fokus kepada tiga topik utama iaitu
pecahan, perpuluhan dan peratus.

Tindakan Yang Dijalankan

Pada peringkat perancangan, pengkaji mengenalpasti masalah sehingga


persediaan dalam menjalankan strategi tindakan bagi meningkatkan penguasaan murid
dalam bidang yang dikaji. Antaranya ialah pengkaji melakukan tinjauan masalah,
pemerhatian, menemubual guru Matematik, menetapkan objektif, menetapkan instrumen
pengumpulan data dan langkah-langkah pengajaran.

Bagi fasa tindakan, pengkaji telah melaksanakan langkah yang telah dirancang.
Tindakan permulaan yang dilakukan ialah Ujian Pra. Seterusnya, pengkaji menjalankan
tindakan kajian bersama peserta kajian. Pemerhatian sepanjang tindakan kajian juga
dilakukan. Ujian Pasca, pemerhatian dan temubual dijalankan tindakan kajian selesai
dilaksanakan.

Kaedah pengajaran secara hands-on ini akan memberi kesan positif kepada
pelajar kerana pelajar akan melakukannya secara langsung. Terdapat empat peringkat
utama dalam pelaksanaan tindakan kajian, iaitu pengenalan, penghasilan, analisa dan
pemahaman.

Peringkat Pengenalan

Peserta kajian terlebih dahulu diperkenalkan dengan apa itu seni kolaj. Pengkaji
perlu menerangkan penghasilan seni kolaj pada lembaran grid seratus yang disediakan.
Pada lembaran grid 100 juga disediakan jadual kosong yang memaparkan ruang yang
perlu diisi.

Antara perkara yang perlu murid tahu pada peringkat pengenalan tentang
penggunaan seni kolaj pada grid 100 dalam mempertingkatkan kemahiran perkaitan
antara pecahan, perpuluhan dan peratus ialah :
1) Cara menghasilkan seni kolaj.
2) 1 pelekat pada 1 grid.
3) Pelekat perlu memenuhi ruang pada grid 100.

4
Peringkat Penghasilan

Peserta kajian diberi masa untuk meluahkan kreativiti mereka dengan


menghasilkan seni kolaj.

Rajah 2 : Contoh penghasilan karya kolaj pada grid 100.

Peringkat Analisa

Peringkat analisa merupakan peringkat yang penting yang memerlukan


kemahiran mengira dan penambahan. Pada peringkat ini, jadual yang disertakan bersama
grid 100 akan diisi oleh peserta.

Jadual 1 : Jadual yang terdapat pada lembaran.


Warna Bilangan Pecahan Perpuluhan Peratus
Biru
Merah
Hijau
Kuning

Antara maklumat penting yang perlu dikuasai oleh peserta kajian ialah :
1
1) Topik Pecahan ( 1 grid bersamaan )
100
2) Topik Perpuluhan ( 1 grid bersamaan 0.01 )
3) Topik Peratus ( 1 grid bersamaan 1% )

Kemahiran asas Matematik iaitu penambahan perlu dikuasai untuk memastikan


peserta kajian mampu mengisi jadual.

Rajah 3 : Jadual yang telah diisi berpandukan pada karya kolaj pada grid 100.

5
Peringkat Pemahaman

Kaedah soal jawab boleh digunakan bagi merangsangkan lagi pemikiran. Soalan
yang digunakan untuk meningkatkan kemahiran penaakulan adalah :

Soalan : Bagaimanakah untuk pastikan setiap maklumat yang diisi adalah tepat?

Selain daripada soal jawab, guru juga boleh membina satu lembaran kerja bagi
mengukuhkan lagi kefahaman tentang perkaitan antara pecahan, perpuluhan dan peratus
peserta kajian.

Dapatan Kajian

Perbandingan Skor
10
8
6
4
Jumlah Betul Ujian Pra Ujian Pasca
2
0

Peserta Kajian

Rajah 4 : Markah peserta kajian setiap ujian.

Rajah 4 menunjukkan perbandingan skor Ujian Pra dan Ujian Pasca. Kesemua 15
orang peserta kajian telah menunjukkan peningkatan skor dalam Ujian Pasca.
Berdasarkan graf ini, dapat dilihat bahawa terdapat peningkatan pencapaian peserta
kajian bagi menyelesaikan soalan-soalan yang melibatkan perkaitan antara pecahan,
perpuluhan dan peratus.

Nilai min Ujian Pra adalah 5.73 manakala bagi dan Ujian Pasca adalah 9.4.
Berlakunya peningkatan nilai min oleh peserta kajian. Manakala bilangan jumlah betul
yang paling tinggi kekerapan pada Ujian Pra adalah 6. Manakala bagi Ujian Pasca pula
adalah 10. Situasi ini menunjukkan peserta kajian telah berjaya untuk menguasai
kemahiran yang difokuskan selepas tindakan kajian dijalankan. Median bagi Ujian Pra
adalah 6 manakala Ujian Pasca, 10. Keadaan ini memberikan gambaran bahawa hampir
keseluruhan peserta kajian berjaya untuk mencapai objektif kajian yang telah ditetapkan.
Sisihan piawai yang diperoleh dalam Ujian Pra ialah 0.85 telah meningkat kepada 0.8
dalam Ujian Pasca. Penurunan nilai sisihan piawai pada Ujian Pasca menunjukkan skor
bagi kesemua responden adalah lebih sekata berbanding skor yang diperoleh responden
pada Ujian Pra.

6
Jadual 2 : Perbandingan keputusan Ujian Pra dan Ujian Pasca.
Peserta Kajian Skor (Jumlah betul)
Ujian Pra Ujian Pasca Perbandingan Ujian Pra danPasca
P1 5 9
+4

P2 6 9
+3

P3 5 10
+5

P4 5 10
+5

P5 6 10
+4

P6 7 9
+2

P7 6 10
+4

P8 6 9
+3

P9 4 7
+3

P10 6 10
+4

P11 6 10
+4

P12 5 9
+4

P13 7 10
+3

P14 7 10
+3

7
P15 5 9
+4

Min 5.73 9.4 +3.67


Sisihan Piawai 0.85 0.8 -0.05

Bilangan Peserta Kajian Mengisi Jadual Dengan Betul


Peserta 0
Kajian
Item diuji

Analisis dokumen telah dilakukan


dengan menganalisis jadual yang diisi pada lembaran kolaj. Jadual diisi berpandukan
kepada hasil seni kolaj peserta kajian hasilkan. Berdasarkan kepada rajah 5, kesemua
peserta kajian berjaya untuk mengisi jadual mengikut perkara yang diuji dengan tepat.

Rajah 5 : Bilangan peserta kajian mengisi jadual dengan betul.

Rajah 6 : Jadual yang telah diisi oleh peserta kajian.

8
Jadual 3 : Keputusan hasil temu bual.
Jawapan Responden
Bil. Soalan (Kekerapan)
Positif Negatif
1. Adakah kamu lebih faham tentang perkaitan antara pecahan,
14 1
perpuluhan dan peratus melalui penggunaan seni kolaj?
2. Adakah kamu minat untuk mempelajari ilmu Matematik
15 0
menggunakan seni?

Jadual 3 menunjukkan hasil temu bual bersama peserta kajian. Berdasarkan data,
dapat dilihat bahawa minat dan motivasi peserta kajian meningkat setelah menggunakan
seni kolaj dalam mempertingkatkan kemahiran perkaitan antara pecahan, perpuluhan dan
peratus. Peserta kajian juga berasa lebih yakin dalam menjawab soalan yang diberikan.
Peserta kajian menyatakan bahawa menggunakan seni kolaj memberi lebih kefahaman
berkaitan kemahiran yang difokuskan.

Jadual 4 : Keputusan senarai semak pemerhatian.


Item Sebelum Selepas
Sebelum Bermula Proses Pengajaran Dan Pembelajaran
Tingkah Laku Murid
1. Murid bersedia untuk belajar sebaik sahaja guru masuk 4 14
ke bilik darjah.
2. Murid meminta izin untuk ke tandas sebaik sahaja guru
6 2
masuk ke bilik darjah.
Semasa Proses Pengajaran Dan Pembelajaran
Tingkah Laku Murid
1. Murid bermain dan mengganggu rakan semasa guru 8 1
sedang mengajar.
2. Murid memberi perhatian semasa guru sedang
2 14
mengajar.
3. Murid menjawab pertanyaan guru dan melibatkan diri
1 10
secara aktif.
Selepas Proses Pengajaran Dan Pembelajaran
Tingkah Laku Murid
1. Murid menyiapkan tugasan yang diberi seperti yang 2 15
diarahkan oleh guru.
2. Murid menjawab soalan pengukuhan dengan
1 15
bersemangat.
3. Murid berjalan-jalan dan mengganggu rakan yang
7 2
sedang membuat kerja.

Jadual 4 pula menunjukkan perbandingan senarai semak pemerhatian sebelum


dan selepas tindakan kajian yang dijalankan kepada 15 orang peserta kajian. Berdasarkan
data yang diperolehi, dapat dilihat bahawa penggunaan seni kolaj dalam pengajaran
Matematik berjaya untuk membantu peserta kajian untuk lebih memberi perhatian dan
fokus sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran dijalankan dan seterusnya
memastikan peserta kajian untuk lebih memahami kemahiran yang difokuskan iaitu
perkaitan antara pecahan, perpuluhan dan peratus.

9
Refleksi

Melalui kajian dan kaedah yang dijalankan persoalan utama kajian telah terjawab.
Keputusan analisis data membuktikan bahawa penggunaan seni kolaj sebagai salah satu
kaedah pengajaran yang baru berjaya untuk menarik minat murid-murid dan seterusnya
memantapkan kemahiran utama yang difokuskan iaitu kemahiran perkaitan antara
pecahan, perpuluhan dan peratus. Kajian tindakan yang dijalankan ini juga telah berjaya
membuktikan bahawa pengajara matapelajaran Matematik bukan sekadar berkaitan
dengan nombor semata-mata tetapi boleh juga digabungjalinkan dengan matapelajaran
lain yang berkaitan. Kajian ini membuktikan Pendidikan Seni Visual membantu dalam
memantapkan konsep Matematik.

Penggunaan seni kolaj dalam perkaitan pecahan, perpuluhan dan peratus yang
menggunakan warna dapat menarik minat pelajar. Diharapkan mereka akan lebih berminat
untuk menggunakannya dalam penyelesaian masalah berhubung dengan perkaitan
pecahan, perpuluhan dan peratus. Empat warna yang berlainan iaitu merah, biru, hijau
dan kuning yang memenuhi ruang grid 100 dan seterusnya akan membantu untuk
memperlihatkan dengan lebih jelas dan memudahkan pengiraan jumlah setiap warna yang
terdapat pada grid 100.

Cadangan Tindakan Susulan

Antara cadangan tindakan susulan yang perlu ditekankan adalah berkaitan


dengan ilmu dan kemahiran yang disampaikan melalui penggunaan seni kolaj. Kajian
tindakan yang dijalankan ini adalah terhad kepada pecahan perseratus sahaja. Oleh itu,
sebagai salah satu penambahbaikan, pengkaji mencadangkan penambahbaikan dilakukan
dengan mengurangkan atau menambah bilangan grid. Antara bilangan grid yang boleh
dipakai selain daripada grid 100 adalah grid 64, 121 dan 1000. Penambahan dan
pengurangan grid ini akan memantapkan lagi penguasaaan murid terhadap topik yang
difokuskan iaitu pecahan, perpuluhan dan peratus.

Selain itu juga, penambahbaikan seterusnya adalah berkaitan dengan topik


pecahan dimana penggabungjalinan dengan subtopik permudahkan pecahan dapat
dilakukan. Selain daripada membuat perkaitan antara ketiga-tiga topik berkaitan, murid
juga dapat mempelajari pecahan setara. Operasi penambahan juga dapat
digabungjalinkan. Selain daripada perkaitan antara ketiga-tiga topik yang difokuskan, guru
juga boleh meminta murid untuk melakukan operasi penambahan. Operasi penambahan
ini boleh dilakukan bertujuan untuk menyemak kembali data-data yang murid catat pada
jadual yang disediakan.

Rujukan

Gardner, H. (1993). Multiple intelligences. United States: Basic Books.


Kemmis, S. McTaggart, R. (eds). (1998). The action research planner (3rd Ed). Geelong,
Australia: Deakin University Press.
National Council of Teachers of Mathematics. (2000). Curriculum and evaluation
standards for school mathematics. New York: NCTM
Noraini Idris (2006). Pedagogi dalam pendidikan matematik. Kuala Lumpur: Utusan
Publications & Distributers Sdn. Bhd.
10
11

Вам также может понравиться