Вы находитесь на странице: 1из 4

Pengenalan

Dalam konteks pendidikan, pentaksiran merupakan bahagian utama dalam


proses pengajaran dan pengajaran yang menggambarkan proses berterusan yang
merangkumi pengumpulan, penginterpretasian, perekodan dan mengenai prestas
pelajar. Seterusnya, pentaksiran juga merangkumi pelbagai pelbagai prosedur untuk
memperoleh maklumat tentang pembelajaran murid dan membentuk penghakiman nilai
mengenai kemajuan pembelajaran (Miller, Linn & Gronlund, 2009). Contohnya, skala
prestasi, projek, ujian kertas dan pensel dan pemerhatian untuk mengumpulkan
maklumat tentang pembelajaran murid. Menurut Arends (2004), maklumat yang
dikumpulkan akan menyediakan maklum balas kepada guru dalam penambahbaikan
aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

Ciri dan Prinsip Pentaksiran

Pentaksiran merangkumi pelbagai bentuk, seperti ujian aneka pilihan, struktur, esei,
projek, portfolio dan pemerhatian prestasi murid. Bagi menghasilkan pentaksiran yang
baik, setiap guru harus memahami ciri-ciri dan prinsip pentaksira. Antara ciri dan prinsip
yang perlu diambil kira ialah kesahan, kebolehpercayaan, objektiviti dan,
kemudahtadbiran dan kemudahtafsiran.

Kesahan

Mengikut Miller dan, Linn dan Gronlund (2009), kesahan merujuk kesesuaian dan
ketepatan interpretasi serta kegunaan keputusan sesuatu prosedur pentaksiran.
McMillan (2004) juga mendefinisikan kesahan sebagai tahap ujian yang menjelaskan
tentang ketepatan alat pengukuran mengukur apa yang harus diukur. Jenis kesahan
terbahagi kepada empt iaitu kesahan kandungan, konstruk, serentak dan ramalan.

Kesahan

Kesahan Kesahan Kesahan Kesahan


Kandungan Konstruk Serentak Ramalan

Kesahan kandungan diutamakan dalam penggubalan item peperiksaan sebagai


keupayaan ujian mengukur pengetahuan dan kemahiran yang sepatutnya diuji. Kesahan
kandungan melibatkan pemeriksaan sistematik ke atas kandungan ujian untuk
memastikan sama ada kandungan ujian yang dibina terdiri daripada sampel yang
mewakili perkara yang hendak diukur. Oleh yang demikian, penggubalan ujian mesti
akur kepada Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) dari segi objektif pengajaran, isi kandungan
dan aras kesukaran yangtelah ditetapkan.

Kebolehpercayaan

Kebolehpercayaan merujuk kepada ketekalan sesuatu pengukuran yang merupakan


petunjuk arah untuk menjustifikasikan pelbagai generalisadi (Miller, Linn & Gronlund,
2009). Dalam perkataan yang lain, kebolehpercayaan ialah ketekalan prestasi pelajar
dalam dua ujian yang sama yang ditadbir pada masa yang berlainan. Sebagai contoh,
seorang calon memperoleh 80 markah untuk ujian Matematik dan kemudian
memperoleh markah yang sama apabila ujian yang sama ditadbirkan selepas
seminggu. Dalam kes ini, ujian dikatakan mempunyai kebolehpercayaan yang
tinggi. Kaedah yang digunakan untuk memperoleh anggaran kebolehpercayaan ialah
uji-ulang aji, ujian bentuk setara, ujian bahagi dua, rumus Koefisien Alpha dan
pemeriksa.

Kaedah memperoleh
anggaran
kebolehpercayaan
Ujian Ujian Rumus
Uji-ulang
Bentuk Bahagi Koefisien Pemeriksa
Aji
Setara Dua Alpha

Keobjektifan

Seterusnya, keobjektifan sesuatu ujian merujuk kepada tahap beberapa


orang yang memeriksa skrip jawapan akan memberikan skor yang sama. Hal
ini disokong oleh Gronlund dan linn (1995) yang menggariskan bahawa ujian
dikatakn objektif sekirangya ujian tersebut bebas daripada ralat personal,
iaitu subjektiviti pemeriksa. Keobjektifan merangkumi keobjektifan penskoran
dan keobjektifan item ujian. Sebagai contohnya, guru perlu memastikan
keobjektifan dalam ujian subjektif dengan menyedia dan membekalkan
skema pemarkahan untuk digunakan oleh semua pemeriksa bagi sesuatu
ujian berkenaan.

Kemudahtadbiran

DI samping itu, kebolehtadbiran merupakan kelicinan pelaksanaan ujian di


dalam bilik darjah atau di dewan peperiksaan. Hal ini bermakna ujian harus
dapat memenuhi syarat-syarat dan keperluan menguji. Dalam hal ini,
pentadbiran ujian itu tidak harus menimbulkan kesukaran kepada pelajar.
Kebolehtadbiran merangkumi aspek-aspek seperti penyediaan bilik
peperiksaan, pengedaran kertas soalan, memberi arahan, pengawasan,
pengutipan skrip-skrip jawapan serta pemarkahan.

Kemudahtafsiran

Kemudahtafsiran merupakan keputusan yang diinterpretasi dengan betul dan


diaplikasikan dengan berkesan dalam penentuan pencapaian murid dalam sesi
pengajaran dan pembelajaran. Secara ringkasnya, kemudahtafsiran bermaksud bahawa
markah yang diperolehi dapat ditukar kepada data statistik seperti min, sisihan piawai
dan skor piawai dengan mudah (Yap Yee Khiong et. al.,1987). Data yang ditafsir dengan
betul dan diaplikasikan secara berkesan akan menyumbang ke arah keputusan-
keputusan pendidikan dan tindakan selanjutnya.

Вам также может понравиться