Вы находитесь на странице: 1из 10

LAPORAN KAJIAN KES KELAB TAMAN KITAR SEMULA SEKOLAH KEBANGSAAN KEDAI

BULOH 2

1.0 PENGENALAN
Berdasarkan kajian yang telah saya lakukan semasa Pengalaman Berasaskan Sekolah
(PBS) pada 12 Mac 2017 hingga 16 Mac 2017 di Sekolah Kebangsaan Kedai Buloh (2)
pelbagai jenis persatuan telah ditubuhkan di sekolah tersebut antaranya, Kelab Taman Kitar
Semula, Kelab Seni dan Kebudayaan, Kelab Komputer dan ICT, Persatuan Bahasa
Inggeris, Persatuan Bahasa Melayu, Persatuan Sains dan Matematik dan Persatuan Agama
dan Bahasa Arab. Saya telah memilih Kelab Taman Kitar Semula sebagai kajian kes saya
yang berkaitan tentang asal usul penubuhan kelab dan proses bagaimana kelab itu
dijalankan.

2.0 SEJARAH PENUBUHAN


Pelbagai kelab yang telah ditubuhkan di sekolah ini yang terdiri daripada kelab akademik
dan kelab bukan akademik. Saya telah memilih kelab bukan akademik sebagai kajian kes
saya iaitu Kelab Kitar Semula. Kelab Taman Kitar Semula di SK Kedai Buloh (2) telah
ditubuhkan pada 17 hari bulan Ogos 2015, di bawah unit ko-kurikulum Sekolah Kebangsaan
Kedai Buloh 2 bertempat di Dewan Bestari. Pihak sekolah SKKB 2 berhasrat untuk
mewujudkan Kelab Kitar Semula atas kesedaran bahawa kurangnya tapak pelupusan
sampah di sekolah. Lebih merunsingkan lagi, pembakaran secara terbuka di dalam
kawasan sekolah akan menyebabkan gangguan proses pengajaran dan pembelajaran serta
dapat menjejaskan kesihatan kemudian membahayakan keselamatan yang berkaitan
dengan warga sekolah.
Oleh hal yang demikian, pihak sekolah telah berbincang untuk mengawal pencemaran di
sekitar kawasan sekolah. Proses mengitar semula merupakan usaha mengumpul,
memproses dan mengguna semula bahan-bahan terpakai. Sebagai permulaan, pihak
sekolah bercadang untuk mengumpul bahan-bahan seperti kertas, surat khabar, kotak-
kotak, botol plastik dan tin-tin minuman sahaja. Hal ini demikian kerana bahan-bahan
tersebut mudah didapati di persekitaran kawasan sekolah. Sehubungan dengan itu, Kelab
Taman Kitar Semula akan ditubuhkan sekali gus dirasmikan demi memastikan program
seperti ini berterusan. Kelab ini juga akan bertanggungjawab dalam pengumpulan bahan-
bahan sisa pepejal serta melancarkan program ini.

2.1 Objektif Kelab Kitar Semula adalah seperti berikut ;

1
1. Melatih murid-murid untuk mempratikkan amalan kitar semula dalam kehidupan
seharian.
2. Memupuk semangat cinta akan alam sekitar dalam diri murid-murid.
3. Mengurangkan pembuangan sampah merata-rata di dalam kawasan sekolah.
4. Menggalakkan para pelajar mengamalkan konsep dan kaedah 3R melalui program yang
dijalankan.

3.0 KAEDAH DAN PROSES PENUBUHAN PERSATUAN

Bedasarkan maklumat yang saya perolehi, proses dan kaedah penubuhan kelab ini ialah
melalui pelantikan setiausaha kokurikulum. Kemudian, satu kertas kerja telah disusulkan
sebagai permohonan untuk menubuhkan kelab tersebut di sekolah. Setelah kertas kerja
diluluskan, unit kokurikulum telah mengadakan mesyuarat agung untuk berbincang tentang
takwim tahunan di samping melantik ahli jawatankuasa baru bagi kelab tersebut. Antara isu
berbangkit yang dibincangkan ialah mengenai aktiviti yang dirancang, pendaftaran ahli,
yuran kelab dan pelantikan ahli jawatankuasa baru.

Gambar
3.0

Menunjukkan Pelantikan Jawatankuasa baru

Setelah mendapatkan kelulusan daripada pihak atasan, majlis Penubuhan Kelab Kitar
Semula ini telah dirasmikan oleh Dato Hj. Afandi bin Hj. Hazmah yang merupakan
Pengarah SWCorp Negeri Kelantan. Majlis penubuhan ini dijalankan bermula pada pukul
8.00 pagi bertempat di Dewan Bestari SKKB 2.

2
Gambar 3.1 Perasmian Kelab Kitar Semula

4.0
AKTIVITI ATAU PERKHIDMATAN YANG DIAMALKAN

Pada 5 September 2015 yang lalu, Kelab Kitar Semula SKKB 2 telah mengadakan aktiviti
kitar semula dengan kerjasama pihak sekolah yang melibatkan staf dan guru. Aktiviti ini
dijalankan serentak dengan aktiviti gotong-royong bulanan. Sebelum bermulanya aktiviti
gotong-royong, sebuah taklimat telah diadakan di perkarangan sekolah. Setelah taklimat
diberikan oleh penasihat kelab, taklimat ringkas berkenaan aktiviti Kelab Kitar Semula yang
turut disampaikan oleh pengerusi kelab iaitu saudara Mohd.Resmi. Tujuannya adalah untuk
mendedahkan serta menghebahkan kepada para ahli yang terlibat tentang kewujudan kelab
Kitar Semula ini.

Label Kertas, Kaca & Plastik dan Besi & Aluminium telah diletakkan di ruang setiap
blok kelas dan di ruang legar blok guru serta kantin sekolah. Notis-notis hebahan telah
ditampal pada papan notis untuk menggalakkan para murid meletakkan barang-barang kitar
semula mereka di tempat yang disediakan. Ahli kelab yang bertanggungjawab telah
mengutip hasil barang kitar semula menggunakan beg plastik hitam dan membawanya ke
stor penyimpanan. Ahli kelab sangat berpuas hati dengan sokongan dan kerjasama yang
diberikan oleh murid dan pihak guru yang terlibat yang telah memilih untuk mengitar semula
barang. Aktiviti ini akan terus dijalankan pada masa akan datang.

4.1 Aktiviti yang berpanjangan

1. Program Kitar Semula

3
Ker tas terpakai Besi dan
Aluminium

Plastik dan Kaca

2. Penjimatan Tenaga Elektrik ( Mengikut tempoh masa dan tarikh tertentu ).

4.2 Aktiviti pendek

1. Majlis Perasmian Kelab

2. Auditing dari Luar (WWF, JAS Kelantan dll )

4
3. Kem Kelab

4. Lawatan

5. Kempen Alam Sekitar

6. Benchmarking ke mana - mana sekolah di Malaysia yang menjalankan eco-institute.

7. Gotong-royong Bulanan Peringkat Sekolah.

5.0 PERBANDINGAN PERKHIDMATAN

Berdasarkan temu bual saya dengan guru penasihat kelab ini iaitu Ustazah Rahimah, kekuatan
yang amat ketara bagi kelab ini ialah murid-murid dapat belajar bagaimana menghargai alam
sekitar. Bukan itu sahaja, malah tujuan kelab ini ditubuhkan adalah untuk memberi kesedaran
kepada semua pihak yang telibat secara langsung dan tidak langsung untuk sama-sama
bekerjasama menjaga kebersihan alam sekeliling. Melalui perbincangan kami, beliau berkata
bahawa sumber kewangan semasa adalah daripada ibubapa dan juga murid. Mereka turut
menyumbang untuk memajukan setiap program

Pihak sekolah telah mengadakan kempen kesedaran dengan memberi tumpuan kepada
3R (Reduce, Reuse, Recycle). Untuk mewujudkan impak yang lebih besar, pihak guru
melaksanakan program pengasingan sisa di punca mulai 5 September 2015 bermula di
kawasan sekolah. Semenjak itu, sebanyak RM300 sahaja dalam bulanan dibelanjakan bagi
aktiviti kesedaran dan pendidikan kitar semula seperti penubuhan pusat kitar semula, perolehan
tong kitar semula, promosi di media serta program pendidikan. Adalah menjadi hasrat pihak
guru untuk menerapkan budaya 3R ini bermula di usia yang muda.

Selain itu, beliau turut menyatakan bahawa bahan-bahan yang telah dikitar semula akan
ditempatkan dalam satu tempat untuk memudahkan penyimpanan barang. Aktiviti kitar semula
telah diadakan di SKKB 2 bagi menggalakkan para pelajar dan individu yang terlibat sedar akan
kepentingan aktiviti kitar semula yang dapat melestarikan alam dengan penggunaan
sumber semulajadi. Aktiviti kitar semula ini banyak memberi faedah dan kebaikan pada
generasi kini dan akan datang kerana penggunaan sumber alam dapat dihadkan. Selain itu,
aktiviti ini juga dapat mengurangkan kos pelupusan sisa. Pendapatan turut dapat dijana dengan
hasil jualan barangan kitar semula yang telah diubah suai menjadi barangan yang unik dengan

5
kreativiti tersendiri. Akhir sekali, pihak sekolah telah bercadang untuk membina satu taman
yang diperbuat daripada bahan-bahan kitar semula.

Gambar 5.0 menunjukkan hasil seni daripada bahan-bahan kitar semula yang
digunakan untuk menghias pentas.

6.0 STRATEGI MENJANA SUMBER KEWANGAN

Berdasarkan perbincangan dengan penasihat Kelab Kitar Semula, beliau berkata bahawa
sumber kewangan didapati daripada kebajikan ibubapa dan murid. Jadi, sumber kewangan
amatlah terhad dan tidak konsisten dari semasa ke semasa. Oleh itu, beliau bercadang
untuk menggunakan hasil buatan daripada bahan-bahan kitar semula dijual di pasaran.
Secara langsung, hasil jualan lumayan untuk keperluan pembelian barang-barang untuk
kegunaan kelab tersebut. Tambah beliau lagi, bahan seperti tin-tin minuman akan dikumpul
dan dijual untuk menambahkan lagi pendapatan.

6
Selain itu, kelab ini juga menyediakan satu tabung untuk menjana pendapatan setiap
kelab sendiri melalui aktiviti-aktiviti yang mereka jalankan seperti program kitar semula di
kawasan negeri Kelantan. Tabung ini berfungsi sebagai panduan untuk kelab untuk menjaga
sumber kewangan kelab tersebut. Yuran pendaftaran ahli juga menyumbang kepada
sumber kewangan kelab tersebut. Menurut beliau lagi, sejak dari dulu mereka mencari
penaja yang sudi untuk menyumbang kepada kelab tersebut. Bentuk bantuan kewangan
yang diberikan secara ikhlas dan bukan berasaskan kepentingan perniagaan adalah
diharapkan oleh beliau.

7.0 ISU-ISU BERBANGKIT

Seperti yang kita tahu, setiap program yang dilaksanakan memang tidak boleh dielakkan
cabaran yang datang. Berdasarkan apa yang dibincangkan dengan Penasihat Kelab Kitar
Semula, saya dapa ulaskan bahawa kelab tersebut telah menghadapi masalah dari segi
kewangan. Menurut beliau, satu taman yang dicadangkan untuk pameran hasil buatan dan
kraftangan daripada bahan-bahan kitar semula. Jadi, mereka telah menghadapi masalah
dalam mengumpul dana untuk membentuk taman tersebut. Ahli-ahli kelab berusaha untuk
mencari sumber kewangan dari pelbagai sumber. Misalnya mereka telah mendapatkan
penaja dari syarikat kebajikan yang berkenaan.

Selain itu, pihak sekolah sukar untuk menguruskan masa dalam menjalankan program
selain dari waktu sekolah dan aktiviti yang dijalankan hanya terbatas pada aras murid
sekolah rendah tahap 2. Hal ini kerana murid tahap 2, iaitu tahun 4,5 dan 6 sesi pengajaran
dan pembelajaran dijalankan pada waktu petang. Jadi, pihak guru sukar untuk
menguruskan masa supaya kedua-dua tahap murid dapat melaksanakan program bersama-
sama. Hal ini supaya dapat mengeratkan lagi hubungan antara murid dan murid dan juga
murid dan guru semasa melaksanakan program kitar semula.

Di samping itu, sikap pengguna adalah penyumbang utama kepada isu pencemaran
bahan buangan toksik dan sampah sarap di merata-rata tempat. Bahan buangan toksik dan
sampah sarap seperti kaca, tin minuman akan membahayakan kawasan sekeliling.
Misalnya, murid-murid bermain kejaran-kejaran dan terpijak kaca tersebut akan

7
menyebabkan kecederaan. Oleh itu, pihak guru mestilah menyediakan tempat yang
sepatutnya untuk membuang sampah sarap.

8.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

Untuk perancangan akan datang, pihak


sekolah berharap dapat meneruskan program
ini dengan memantau keberkesanannya dari semasa ke semasa dan menggalakkan
penglibatan murid dalam mengumpulkan bahan kitar semula dengan cara membuat
pengumuman pada setiap minggu semasa perhimpunan pagi. Kemudian, menambahkan
lagi aktiviti dan program yang berkaitan tentang kesedaran kitar semula dan ia akan
dijadikan aktiviti wajib setiap tahun seperti program 3R Rethink, Reuse, Recycle.

Kemudian, kelab ini akan berusaha untuk mencari sumber kewangan dengan mencari
penaja yang sudi menyumbang kepada kelab mereka. Selain itu, mereka akan
menghasilkan kraftangan daripada bahan-bahan terbuang untuk dijual di pasaran dan
kegunaan semasa. Sebagai contoh, bunga yang diperbuat daripada kertas terbuang.
Mereka juga akan bekerjasama mengumpul tin-tin kosong dan botol untuk dijadikan sebagai
hiasan.

Gambar di atas merupakan bunga kertas yang dihasilkan daripada kertas-kertas


terbuang.

Cadangan yang terakhir ialah pihak sekolah telah menyediakan perkhidmatan seperti
tempat pelupusan sampah dan tempat pembuangan sampah yang secukupnya. Hal ini

8
untuk memudahkan pihak pengguna mengitar semula di samping menyemai sikap cinta
akan alam sekitar.

MENGANALISIS SECARA PEMIKIRAN KRITIKAL TENTANG PENUBUHAN PERSATUAN


DAN KEBOLEHAN MENYELESAIKAN MASALAH.

Berdasarkan maklumat temu bual, saya dapat meringkaskan bahawa penubuhan kelab kitar
semula ini memang sesuai dirasmikan terutamanya di sekolah agar dapat menyedarkan pihak
yang terlibat tentang pentingnya penjagaan alam sekeliling. Hal ini juga dapat memberi
pendedahan kepada warga sekolah mengenai kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan
alam sekitar dan program-program mesra alam.

Selain itu, aktiviti yang melibatkan pelajar seperti penjimatan pengunaan air dan tenaga
elektrik, cara-cara menjaga alam sekitar dan mengitar semula bahan-bahan yang tidak
berguna. Hal ini secara tidak langsung akan mendidik mereka untuk sentiasa berjimat dengan
penggunaan air dan tenaga elektrik sama ada di sekolah ataupun di luar sekolah. Kesannya,
sikap bertanggungjawab kepada bumi dan alam sekitar dengan memberi dan menyediakan
peluang dapat dipupuk dalam diri mereka

Sementalahan itu, saya juga dapat meringkaskan bahawa sekolah ini telah berjaya
mewujudkan suasana yang kondusif bagi melahirkan warga sekolah yang mempraktikkan
amalan hidup lestari. Hal ini demikian kerana tempat pembuangan dan pelupusan sampah
berada berjauhan daripada kawasan persekolahan disebabkan pihak sekolah tidak mahu
membahayakan murid-murid daripada pencemaran seperti asap yang terhasil akibat
pembakaran.

Akhir sekali ialah Kelab Kitar Semula ini telah mewujudkan warga sekolah yang dapat
memanfaatkan program ini dengan mempraktikkan amalan kitar semula tidak kira di dalam
sekolah mahupun di luar sekolah. Mereka juga dapat menambah ilmu serta berfikir secara
kreatif dengan membuat kraftangan menggunakan bahan-bahan buangan tersebut. Oleh
itu, secara tidak langsung, hasil-hasil kraftangan tersebut dapat dijadikan sebagai sumber
pendapatan dari hasil jualan barangan kitar semula yang dikumpulkan itu.

9
9.0 MEMPAMERKAN KEMAHIRAN PENGURUSAN KEUSAHAWANAN SERTA
KEBOLEHAN MENGENALPASTI PELUANG-PELUANG PERNIAGAAN UNTUK
MENJANA KEWANGAN BAGI PERSATUAN

Berdasarkan pemerhatian saya, Kelab Kitar Semula SKKB 2 ini bersungguh-sungguh dalam
melaksanakan program. Selain itu, pengurusan kewangan juga. Kelab ini juga berhak untuk
mendapatkan penaja agar program yang lebih besar dapat dijalankan. Contoh aktiviti yang
dijalankan ialah membina kraftangan daripada bahan kitar semula dan menjualnya di
pasaran. Hasil pendapatan amatlah lumayan dan dapat digunakan untuk membeli barang
keperluan kelab. Sehubungan dengan itu, pihak sekolah telah mengadakan satu
pertandingan di antara murid untuk mengasah dan mengembangkan kreativiti murid dalam
bidang seni.

10.0 KESIMPULAN

Konklusinya, Kelab Kitar Semula ini dapat memberi kesedaran serta meningkatkan lagi
tahap kreativiti murid mahupun guru dalam bidang seni dan kraftangan. Hal ini juga dapat
memberi kesedaran kepada pihak sekolah untuk menjaga kebersihan dan keselamatan
sekolah. Kemudian, dengan wujudnya kelab seperti ini, warga sekolah dapat
mempraktikkan tanggungjawab masing-masing untuk menjaga keamanan alam sekitar
dalam kehidupan seharian. Akhir sekali, saya berharap agar kelab ini dapat menjalankan
program-program yang lebih bermakna lagi.

10

Вам также может понравиться