Вы находитесь на странице: 1из 8

TUGASAN 2: ARTIKEL REVIEW

Tajuk: Camp Sports Injuries: Analysis of Causes, Modes and Frequencies


Panagiota Papageorgiou, George Mavrommatis, George Costa

1.0 PENGENALAN

Kem musim panas adalah satu aktiviti yang sangat popular untuk kanak-kanak. Untuk 140
tahun ibu bapa telah menghantar anak mereka ke kawasan pedalaman untuk berehat dari rutin
biasa mereka. Menghadiri kem musim panas telah menjadi tradisi dalam masyarakat Greek
masa kini. Beribu-ribu kanak-kanak setiap tahun mengambil bahagian dalam kem musim panas
Greek. Di kem musim panas, mereka terlibat dalam pelbagai aktiviti fizikal dan sukan yang
akhirnya memainkan peranan penting dalam kesejahteraan kanak-kanak. Program latihan yang
direka dengan baik mampu meningkatkan pencapaian fizikal, psikomotor dan intelektual.
Walaubagaimanapun, terdapat risiko yang tidak dapat dielakkan terutamanya kecederaan
berkaitan sukan telah meningkat dengan ketara.

2.0 KANDUNGAN JURNAL


2.1 Latar Belakang Kajian

Dahulu, kem musim panas yang dianjurkan tidak mempunyai banyak peraturan, kurang
tuntutan ibubapa, kanak-kanak adalah lebih mudah diuruskan serta ibu bapa kurang
campurtangan dalam urusan memberi pandangan dan kawalan terhadap anak-anak mereka
yang merupakan peserta kem. Dunia telah berubah secara drastik dan industri kem juga tidak
terkecuali. Hari ini, kebanyakan kem telah mewujudkan budaya keselamatan yang
mengaplikasikan sistem pintar bagi memeriksa setiap kecederaan dijangka dan tidak dijangka
yang boleh menjejaskan atau mengancam keselamatan kanak-kanak di kem. Aspek kesihatan
dan kesejahteraan peserta yang berkhemah adalah salah satu tanggungjawab yang paling
penting semasa musim kem. Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) baru-baru ini
mendedahkan bahawa sebagai tambahan kepada kos kem, keselamatan fizikal dan emosi
adalah merupakan keutamaan ibu bapa dalam menilai sesuatu kem. Usaha untuk memenuhi
kewajipan ini bergantung daripada asas yang kukuh tentang fakta dan maklumat kesihatan
setiap orang di sesebuah kem itu, dan memahami bagaimana suasana kehidupan kem
mempengaruhi peserta. Pemantauan trend dalam kes kecederaan sukan dan membangunkan
strategi pencegahan kecederaan sukan yang berkesan, akan membantu untuk mengurangkan
insiden kecederaan sukan di kem.

1
2.2 Instrumen Kajian

Soal selidik

Satu borang pendaftaran yang seragam telah digunakan, yang dinamakan orang "Laporan
Insiden Dan Kecederaan Pelajar Direka Untuk Penggunaan di Sekolah-Sekolah Sweden", yang
mana ia direka selaras dengan klasifikasi kecederaan oleh Lembaga Kesihatan dan Kebajikan
Sweden, satu bentuk lanjutan klasifikasi dan perkembangan definisi yang diasaskan oleh
Jawatankuasa Statistik Perubatan Nordic. Soal selidik ini telah diselaraskan untuk digunakan
oleh kem musim panas di negara Greece.

2.3 Subjek Kajian

Satu sampel kajian mudah telah diambil daripada 80 kem musim panas, dan kumpulan ini telah
digunakan sebagai peserta kajian. Maklumat mengenai kajian yang dicadangkan, termasuk
nombor yang boleh dihubungi bagi kem-kem yang berminat untuk meminta butiran tambahan,
telah diedarkan ke seluruh komuniti perkhemahan kem musim panas. Kem musim panas yang
berminat untuk mengambil bahagian telah diminta untuk melengkapkan kaji selidik yang
digunakan untuk mengkelaskan mereka kepada kumpulan yang berkenaan dalam sesuatu
rangka pensampelan yang direka untuk mencerminkan kepelbagaian kem musim panas Greek.
Sampel kajian terdiri daripada kem kediaman berminat telah dipilih dari setiap rangka
pensampelan dalam usaha untuk menjadikan sampel kem musim panas lebih holistik dan
menyeluruh. Bilangan kem yang dipilih (n = 8) telah melengkapkan dan menghantar 337
laporan kecederaan sukan yang terkumpul selama lebih 3 bulan bagi musim kem musim panas
yang lebih dikenali sebagai SCS atau summer camp season (dari Jun 2003 hingga Ogos
2003) di Greece.

2.4 Dapatan Kajian

Sebanyak 337 jenis kecederaan sukan yang dilapor sepanjang kem berlansung. 70.3% adalah
lelaki manakala perempuan hanya 29.7%. Kumpulan umur yang mengalami kecederaan yang
banyak adalah pada usia 10-12 tahun iaitu sebanyak 60.8%. Jenis kecederaan dalam sukan
yang paling tinggi dialami oleh pelajar adalah jatuh iaitu sebanyak 39.8%. Kebanyakan
kecederaan berlaku ketika bermain bola sepak 35.9%, bola keranjang 28.8% dan bola tampar
tempat ketiga dengan 10.7%. Jenis kecederaan sukan yang paling banyak ialah luka/calar
sebanyak 38.9%.

2
2,5 Kekangan Kajian

Kekangan yang dihadapi dlam kajian ini ialah kajian ini hanya dijalankan pada kem musim
panas sahaja. Data yang dikumpul dan diproses agak lambat untuk dianalisis oleh pengkaji.

3.0 ULASAN KAJIAN

Berdasarkan tajuk kajian saya ialah Kem Kecederaan Sukan: Menganalisis Punca,
Mode, Kekerapan, kajian ini hanya membincangkan tentang beberapa punca iaitu umur, jantina,
jenis kecederaan dan sukan yang menyumbang kepada risiko kecederaan semasa kem musim
panas dijalankan. Memandangkan kes kecederaan sukan sering berlaku terutama di sekolah,
adalah penting untuk mengesan punca-punca yang menyebabkan kecederaan ini. Beberapa
perkara yang boleh ditambahbaik dan dibincangkan dalam kajian ini di mana terdapat punca-
punca yang lain yang menyebabkan berlakunya kecederaan dalam Kem Sukan.

Kecederaan sukan merujuk kepada kecederaan yang berlaku semasa bersukan atau
bersenam. Salah satu punca yang boleh menyebabkan kecederaan dalam sukan semasa kem
ialah pengurusan peralatan. Kebanyakan sukan dan permainan memerlukan penggunaan
alatan ketika bermain. Setiap peralatan yang hendak digunakan hendaklah mempunyai ciri-ciri
keselamatan bagi mengurangkan risiko kecederaan. Pengurusan alatan sukan yang cekap
dan berkesan akan memastikan alatan sukan sentiasa berada dalam keadaan yang baik
dan selamat untuk digunakan. Peralatan sukan yang digunakan semasa berlatih atau
bersukan hendaklah selamat, bebas daripada kerosakan serta diselenggarakan dengan baik,
sesuai dan betul penggunaannya. Peralatan berbahaya seperti lembing, bola lontar peluru dan
sebagainya diletakkan di tempat yang selamat. Ini untuk mengelakkan murid-murid yang masuk
bermain dengan alatan ini dan memungkinkan berlakunya kecederaan. Alatan sukan yang
diurus dengan baik dapat memastikan keselamatan pengguna dan memudahkan proses
mengenal pasti bilangan alatan yang rosak atau hilang. Bagi peralatan yang rosak, pihak
penganjur kem musim panas tidak boleh membenarkan atlet atau pemain menggunakan
alat rosak untuk bermain. Hal ini kerana, alatan yang rosak boleh mencederakan atlet ketika
bermain. Oleh itu, alat yang rosak haruslah dilupuskan ataupun dibuang bagi mengelakkan
penggunaanya ketika bermain. Peralatan mestilah bersesuaian dengan umur, ketinggian
dan keupayaan fizikal individu itu untuk keselesaan bersukan malahan akan dapat
meningkatkan motivasi individu tersebut untuk terus terlibat dalam sukan. Sebagai contoh,
pelajar sekolah rendah yang ingin bermain tenis perlulah menggunakan riket yang

3
bersesuaian dengan saiz dan berat mereka supaya ia tidak mendatangkan risiko dalam
kecederaan ketika bermain.

Selain itu, punca berlakunya kecederaan dalam sukan juga adalah tidak mengguna
atau memakai peralatan keselamatan ketika bermain atau bersukan. Ramai diantara pemain
atau atlet memandang rendah tentang penggunaan peralatan keselamatan dengan tidak
memakainya semasa bermain. Mereka merasakan mereka dapat bermain dengan selamat
tanpa penggunaannya. Dengan pemikiran sebeginilah yang menyebabkan berlakunya
kecederaan ketika bermain. Peralatan keselamatan dicipta untuk melindung bahagian-
bahagian anggota badan supaya tidak cedera atau mengurangkan kecederaan yang lebuk
teruk. Menurut kajian Benson et,al (2009), dengan penggunaan helmet dapat mengurangkan
kecederaan di kepala semasa bermain berbasikal, ski dan meluncur ais. Semua atlit atau
pemain mestilah menggunakan peralatan keselamatan untuk mengelak dari berlakunya
kecederaan. Kebanyakan alatan keselamatan adalah mengikut kesesuaian pemakainya.
Sukan-sukan yang berisiko tinggi untuk mendapatkan kecederaan seperti hoki, ragbi,
taekwondo dan bola sepak mempunyai alatan sinpad, abdominal guard, head gear dan sarung
tangan untuk melindungi bahagian-bahagian tertentu. Penggunaan alat pelindung khas dan
bersesuaian dengan saiz dapat menentukan keselamatan dan mengurangkan risiko
kecederaan mereka. Kita tidak boleh lalai dan mengambil ringan terhadap aspek ini kerana
sebahagian kecederaan yang berlaku pada pelajar-pelajar dan mengancam keselamatan
mereka adalah daripada aspek ini. Oleh itu, dengan penggunaan alatan keselamatan dapat
mengurangkan risiko kecederaan dikalangan atlet ataupun pemain itu sendiri.

Seterusnya, tidak memanaskan badan dan regangan dengan teknik yang betul juga
mendorong kepada kecederaan dalam sukan. Memanaskan badan adalah proses untuk
menaikkan suhu badan dan mempercepat peredaran darah ke seluruh badan. Memanaskan
badan dapat mengelak seseorang ahli sukan daripada kecederaan otot, tendon dan ligamen.
Aktiviti memanaskan badan adalah aktiviti yang amat penting sebelum memulakan sesuatu
latihan. Ianya bertujuan menyediakan otot-otot untuk melakukan aktiviti serta kemahiran
seterusnya di samping melonggarkan otot-otot yang tegang, sendi-sendi dan mencergaskan
reaksi atau reflek atlet-atlet. Menurut Astrand dan Rodhal (1970) menyatakan perlakuan
memanaskan badan yang betul akan meningkatkan kelajuan dari 0.5 hingga 0.6 saat dalam
larian 100 meter sementara 4.0 hingga 6.0 dalam larian 800 Meter. Menurut Vasudevan (1989),
aktiviti-aktiviti memanaskan badan dapat mengelakkan atlet mendapat kecederaan semasa
menyertai sesebuah pertandingan. Antaranya aktiviti yang dapat meninggikan suhu badan ialah

4
dengan berlari perlahan-lahan atau joging sehingga badan berasa panas dan berpeluh. Selain
itu ialah aktiviti duduk lunjur. Senaman mestilah dilakukan bermula yang senang dahulu
sebelum mencuba senaman yang lebih susah. Berlari pecut pula dilakukan dua atau tiga kali
ulangan untuk 60 hingga 100 meter. Senaman khusus ialah senaman-senaman yang
berhubung dengan aktiviti-aktiviti pertandingan. Menurut Wee Eng Hoo (2005) menyatakan
bahawa aktiviti memanaskan badan adalah perlu untuk meregangkan otot-otot, tendon-tendon
dan ligamen-ligamen yang akan digunakan selepas sesi itu. Hal ini penting bagi meningkatkan
suhu badan dan seterusnya meletakkan pelajar bersedia secara mental dan fizikal terhadap
aktiviti-aktiviti yang akan diceburinya. Bersenam tanpa memanaskan badan bererti sengaja
mendedahkan diri kepada pelbagai kesakitan dan kecederaan. Sesetengah orang mengetahui
keperluan memanaskan badan, tetapi mempunyai anggapan salah bahawa sesiapa yang
mempunyai keadaan fizikal yang baik tidak perlu berbuat demikian. Hakikatnya, setiap orang
berisiko mendapat kecederaan apabila memaksa tubuh melakukan senaman.

Selanjutnya, faktor persekitaran di kem musim panas juga boleh mengundang risiko
kecederaan kepada mereka. Menurut Ang Kean Koo (1998), kawasan persekitaran tempat
aktiviti diadakan mestilah bersih, mempunyai keluasan yang mencukupi, selamat dan tidak
mendatangkan risiko kecederaan. Kecederaan boleh menjejaskan minat dan prestasi pelajar
bukan sahaja kepada pelajar yang tercedera malahan kepada orang lain. Persekitaran yang
bersih dan selamat membolehkan seseorang itu melakukan aktiviti dengan bebas. Sebagai
seorang jurulatih atau guru sukan yang cermat, adalah menjadi tanggungjawab mereka untuk
memastikan persekitaran kawasan aktiviti yang selamat dan bebas daripada segala ancaman
yang boleh mencederakan. Tempat kemudahan sukan seperti gimnasium, padang dan balapan
hendaklah sentiasa dalam keadaan selamat untuk aktiviti senaman atau sukan. Antara langkah
keselamatan ialah memastikan kebersihan lantai dan tempat aktiviti terletak jauh dari jalan raya
yang sibuk dan benda tajam seperti pagar duri. Tempat kemudahan sukan juga perlu
mempunyai peti pertolongan cemas dan telefon. Sebagai contoh padang ragbi yang tidak rata
dan berlubang-lubang boleh mencederakan pemain seperti terseliuh dan tersadung. Ini akan
menjejaskan prestasi pemain danboleh mendatangkan bahaya kepada mereka. Jadi padang
dan gelanggang mestilah sentiasa berada dalam keadaan yang baik serta alatan yang berada
di sana juga turut dalam keadaan yang baik dan dapat digunakan sepenuhnya.

Akhir sekali, tidak mengikut peraturan atau undang-undang juga menjadi punca
berlakunya kecederaan dalam sukan. Menurut Mike (2007), keselamatan adalah penting untuk
semua sukan dan dengan adanya peraturan dapat mengelak berlakunya kecederaan yang

5
serius. Peraturan diwujudkan untuk menjadikan permainan menjadi lebih seronok. Pemain
harus mematuhi undang-undang yang ditetapkan agar kecederaan dapat dielakkan. Peraturan
permainan harus dikuatkuasakan dengan tegas. Penganjur pertandingan harus mengutamakan
keselamatan terutamanya dalam peraturan pertandingan sesuatu sukan. Sebagai contoh,
sukan ragbi sentuh tidak membenarkan seorang pemain membuat tackle dan sukan kancil
kriket hanya menggunakan bola getah yang lembut, sukan gimnastik tidak melibatkan gerakan
kuang hadapan dan belakang untuk mereka yang muda (6-10 tahun). Peraturan pertandingan
sesuatu permainan boleh diubah suai mengikut keadaan dengan memberi keutamaan kepada
aspek-aspek keselamatan. Dengan mengikut peraturan semasa bersukan dan bermain, risiko
kecederaan dapat dielakkan.

4.0 KESIMPULAN
Penglibatan masyarakat dalam bidang sukan pada masa kini amat memberangsangkan
dan penyertaannya semakin meningkat sekaligus menjadi satu cabaran dalam dunia sukan.
Sukan menjadi faktor penting dalam hidup dan menjadi satu keperluan utama bagi setiap
individu. Dengan bersukan ianya sama sekali membantu meningkatkan tahap kecergasan
setiap individu dan kecergasan juga menjadi faktor utama untuk mencapai kepuasan dalam
bersukan. Setiap pihak haruslah mengambil berat dalam aspek keselamatan sukan. Aspek
keselamatan amatlah penting semasa bersukan. Ini bagi menjamin kejayaan sesuatu aktiviti
sukan tersebut. Jika aspek keselamatan tidak dititik beratkan, kemalangan dan kecederaan
boleh berlaku. Dengan adanya aspek-aspek keselamatan perkara sedemikian boleh dielakkan.
Keselamatan dalam sukan merangkumi pelbagai aspek sama ada persediaan fizikal mahupun
persediaan alatan. Persediaan fizikal meliputi aktiviti memanaskan badan dan menyejukkan
badan. Manakala persediaan dari segi alatan pula adalah seperti kesesuaian pakaian, alatan
sukan dan peraturan pertandingan atau latihan. Ramai dikalangan atlit dan pemain mengalami
kecederaan kerana mengabaikan perkara-perkara berikut. Jadi, sebagai langkah bagi
mengelakkan kecederaan maka aspek keselamatan perlulah diutamakan sebelum, semasa dan
selepas latihan atau aktiviti yang hendak dijalankan.

6
RUJUKAN

Ang Kean Koo (1988). Persepsi Jurulatih Dan Guru Sukan Terhadap Aspek
Keselamatan Dalam Program Sukan. Universiti Putra Malaysia.

Astrand. P.O.; Rodahl. K.(1970). Texbook of Work Physiology, Mc Graw. Hill Kogakusha, Ltd.;
388 389.

Benson, Hamilton, Meeuwisee, McCorry &Dvorak (2009). Is Protective Equipment Useful In


Preventing Concussion. British Journal Of Sport Medicine. Vol 43, pp 156-157

Mike (2007). OR Analysis of Sporting Rules. Department of Management Science


Lancaster University.

Vasudevan T. Arasoo (1989). Olahraga.Teknik Dan Kemahiran. Petaling Jaya: Fajar Bakti Sdn.
Bhd.

Wee Eng Hoe (2005). Panduan pengajaran olahraga: Kepegawaian & Kejurulatihan. Shah
Alam: Karisma Publications Sdn. Bhd.

7
REFLEKSI

Alhamdulillah, sejuta kesyukuran saya panjatkan ke hadrat Allah S.W.T, kerana dengan
izin dan rahmat daripada-Nya dapatlah saya sempurnakan kerja kursus ini. Sebelum
melangkah ke intipati refleksi seterusnya, terlebih dahulu saya ingin mengucapkan jutaan terima
kasih kepada pensyarah pembimbing subjek kerana telah banyak menyumbangkan jasa dalam
memberikan tunjuk ajar sepanjang kerja kursus ini dijalankan. Komitmen beliau yang tinggi
dalam memastikan setiap dari kami dapat mengikuti interaksi dengan berkesan telah
mendorong saya dan rakan-rakan untuk turut memberikan kerjasama yang maksimum. Tidak
lupa juga kepada rakan-rakan sekelas yang sudi berkongsi dan bertukar-tukar maklumat
sepanjang proses menyiapkan kerja kursus ini.

Saya menghadapi beberapa masalah sepanjang meyiapkan tugasan ini, pada mulanya
saya berasa sukar untuk menyiapkan tugasan 2 kerana tugasan ini melibatkan penulisan
akademik iaitu review artikel. Saya telah mengambil inisiatif membaca pelbagai jenis rujukan
dari jurnal, artikel dan buku untuk menyiapkan tugasan ini. Saya dapati dengan bacaan yang
banyak, ia memudahkan saya untuk mengeluarkan idea dan dapat mengulas isu dengan baik.
Tajuk kecederaan dalam sukan sedikit sebanyak telah memberi manfaat pada saya di mana
tajuk ini sangat meluas dan mendalam untuk dipelajari lagi. Saya mempunyai masalah dengan
tidak dapat membahagikan masa dan kerja dengan baik. Terdapat banyak tugasan seperti
penulisan kajian tindakan dan artikel yang harus disiapkan dalam masa terdekat menyebabkan
saya mengambil keputusan untuk menolak tugasan ini ketepi dahulu. Dengan keputusan ini,
saya tidak dapat menyiapkan penulisan ini dengan baik kerana masa telah menjadi singkat dan
tugasan ini harus dihantar pada tarikh yang ditetapkan. Saya mengambil iktibar dengan tidak
melakukan perkara seperti ini lagi dan akan membahagikan kerja dan masa saya dengan baik.

Selain itu banyak kekangan yang saya lalui untuk menyiapkan tugasan ini, antaranya
kelajuan talian internet, masa untuk berbincang dengan rakan sekumpulan dan tugasan yang
bertimpa-timpa dari mata pelajaran lain. Selain itu perisian word yang tidak sama juga
menyukarkan saya untuk membuka fail yang dikirim oleh rakan-rakan. Virus dari pen drive luar
masih menjadi musuh utama dalam menyiapkan kerja dengan komputer saya.Secara
keseluruhannya, kerja kursus kali ini telah menambah satu lagi ilmu yang bermanfaat kepada
naluri saya sendiri sebagai seorang bakal warga pendidik yang perlu menguasai banyak hal
termasuklah ilmu dalam asas kepimpinan. Selepas ini, segala kemahiran yang diperolehi pasti
akan saya gunakan dan manfaatkannya dengan sebaik mungkin.

Вам также может понравиться