Вы находитесь на странице: 1из 6

KESAN NEGATIF AKIBAT PERKEMBANGAN

SISTEM PENGANGKUTAN TERHADAP ALAM


SEKITAR
Pencemaran Bunyi
Pertambahan kenderaan di kawasan bandar boleh menghasilkan
bunyi yang bising dan mencemarkan bunyi di bandar. Penduduk yang
tinggal berhampiran dengan jalan raya utama dan lebuh raya selalu
mengalami keadaan yang bising dan ketenteraman emosi mereka
akan terganggu.

Pencemaran udara
Pertambahan kenderaan di kawasan bandar boleh menghasilkan
pencemaran udara. karbon monoxida yang keluar dari kenderaan
menyebabkan udara tercemar . Ia juga merosakan kawasan hutan
,tasik .

Peningkatan suhu bandar

Dengan penebangan hutan suhu bandar agak meningkat .


Permukaaan bumi terdedah kepada pancaran matahari kerana
ketiadaan tumbuh tumbuhan .Kekurangan sejat peluhan
menyebabkan udara menjadi panas dan kering .

Kemalangan
Kemalangan sering berlaku disebabkan oleh sikap pemandu bas
dan teksi yang tidak berhati-hati apabila memandu. Akibat inginkan
keuntungan semata-mata, para pemandu bas akan memandu
dengan laju agar cepat sampai di destinasi dan mendapat ramai
penumpang sehingga mereka memandu dengan tidak berhati-hati
dan berhemah sehingga menyebabkan kemalangan terjadi.
Kejadian hakisan dan tanah runtuh.
Perkembangan pengangkutan boleh menggalakkan kejadian hakisan
dan tanah runtuh di lereng-lereng bukit. Ini disebabkan oleh proses
pemotongan, penarahan, peneresan dan penebukan bukit untuk
membina lebuh raya, terowong, jambatan dan sebagainya. Proses ini
menggangu kestabilan cerun dan cenderung untuk tergelonsor atau
runtuh ke bawah terutama apabila hujan lebat. Kejadian tanah runtuh
ini banyak berlaku di sepanjang lebuh raya Utara Selatan.

Kejadian Tanah Mendap.


Kmungkinan berlakunya kejadian tanah mendap akibat penimbusan
kawasan lembah seperti tanah paya untuk membina jalan raya.
Kawasan paya ditimbus untuk dijadikan laluan lebuh raya atau
landasan kapal terbang. Keadaan ini boleh menimbulkan risiko
tanah mendap sekiranya berlaku hujan lebat yang berterusan.

Menggangu kawasan tadahan air.


Pembangunan jaringan pengangkutan turut merosakkan kawasan
tadahan air akibat daripada pemusnahan hutan semulajadi dan
kawasan tanah tinggi atau bukit untuk dibina laluan lebuh raya.
Contoh : Pembinaan lebuhraya Timur Barat. Walaupun kawasan
yang terlibat adalah kecil tetapi kawasan hutan yang berfungsi
sebagai storan air bawah tanah akan terganggu.

Kemusnahan ekosistem hutan.


Pembangunan jaringan pengangkutan dan perhubungan telah
banyak merosakkan kawasan hutan. Contoh : Pembinaan KLIA
melibatkan kemusnahan kawasan hutan yang luas. Ini menyebabkan
kerosakan ekosistem hutan dan paya serta habitat. Sesetengah
sepsis kehilangan tempat tinggal dan berhijrah ke tempat lain.
KESAN POSITIF AKIBAT PERKEMBANGAN
SISTEM PENGANGKUTAN TERHADAP
ALAM SEKITAR
Mengurangkan kesesakan lalu lintas
Perkembangan jaringan sistem pengangkutan di kawasan bandar
menyebabkan ramai orang menyebabkan alternatif lain iaitu
pengangkutan awam seperti bas , teksi dan sebaingnya . ia juga
dapat mengurangkan kesesakan lalu lintas .

Mewujudkan landskap baik


Apabila terdapat jaringan sistem pengangkutan yang baru , pasti ada
usaha untuk mencantikanya .Jalan jalan tidak lagi kelihatan suram
dan kering dengan penanaman tumbuhan hijau disepanjang jalan .

Pembukaan Petempatan dan Bandar-Bandar Baru.


Jalan raya dan jalan kereta api menyebabkan berlakunya
pertumbuhan petempatan dan Bandar-bandar baru kerana akan
memudahkan pergerakan penduduk dan barangan ke
Bandar/petempatan baru tersebut. Contoh : Pembukaan Bandar-
bandar seperti Bandar Muadzam Shah, Bandar Pusat Jengka dan
lain-lain.

Pembangunan Wilayah.
Kawasan yang mundur dapat dimajukan dengan adanya jaringan
jalan raya dan jalan kereta api kerana mudah dihubungi dan bahan
mentah dapat diangkut serta memudahkan pergerakan tenaga buruh.

Mengangkut Bahan Mentah/ Barangan Pukal Dari Kawasan


Pengeluaran Ke Pelabuhan.
Hasil pertanian dan bahan mentah dapat dibawa dari kawasan
pengeluaran ke pusat memproses atau ke pelabuhan untuk dieksport
ke luar Negara. Contoh : Hasil-hasil pertanian seperti getah, kelapa
sawit dari kawasan KETENGAH dapat di angkut ke Pelabuhan
Kuantan dengan cepat dan mudah.
Membawa Barangan Siap/ Hasil Pengeluaran Kilang Ke Pasaran.
Barangan siap diproses dan hasil keluaran kilang akan mudah
dibawa dari kawasan pengeluaran ke pasaran dan kepada pengguna
di Bandar-bandar, pecan, luar Bandar dan kawasan pedalaman
dengan menggunakan pelbagai jenis kenderaan seperti lori kecil, lori
panjang, van dll.

LANGKAH-LANGKAH MENGURANGKAN
KESAN NEGATIF PERKEMBANGAN SISTEM
PENGANGKUTAN TERHADAP ALAM
SEKITAR

1. Penguatkuasaan Undang-Undang
Pihak berwajib seperti Jabatan Pengangkutan Awam perlulah
menguatkuasakan undang-undang agar pemandu bas yang
melakukan kesalahan, iaitu menyebabkan kemalangan jalan raya
dikenakan denda yang setimpal dengan perbuatan mereka. Jika
kesalahan mereka berat sehingga menyebabkan kematian, mereka
mestilah dihukum penjara agar mereka sedar akan perbuatan
mereka dan memberi pengajaran kepada pemandu lain agar tidak
mengulangi perbuatan sedemikian.

2. Kempen Alam Sekitar


Melalui temu bual saya dengan bapa saudara, beliau menyatakan
bahawa kempen alam sekitar perlu diwar-warkan kepada penduduk
di kawasan ini serta pemandu-pemandu bas, lori dan kereta yang
terlibat agar mereka tidak terus mencemarkan udara dan
bunyi, kempen mencintai alam sekitar ini boleh disampaikan melalui
risalah atau disiarkan di televisyen dan radio.

3. Pendidikan Alam Sekitar


Melalui temubual juga, saya mendapati bahawa pendidikan alam
sekitar sangat penting dilaksanakan bagi penduduk di sini terutama
yang terlibat dengan pengangkutan awam agar dapat mengurangkan
pencemaran udara. Pendidikan ini boleh disampaikan oleh pihak
tertentu seperti Majlis Penbandaraan Manjung (MPM) melalui
ceramah yang boleh diberikan kepada semua pemandu kenderaan
awam ataupun melalui facebook MPM sendiri.

4. Penggunaan Petrol Tanpa Plumbum


Melalui pemerhatian, saya mendapati pencemaran udara ini akan
dapat mengurangkan pengeluaran asap dan secara tidak langsung
mengurangkan pengeluaran karbon monoksida yang boleh
mencemarkan udara.
5. Penapis Asap ( Cataliytic Converter )
Pengguaan penapis asap atau catalytic converter juga akan
mengurangkan pengeluaran asap dan akhirnya akan mengurangkan
pencemaran udara. Para pengusaha bas perlu bersama-sama
menggunakan penapis asap ini ataupun terpaksa mengeluarkan
sedikit kos dan tidak memikirkan keuntungan semata-mata.

Вам также может понравиться