You are on page 1of 4

DASAR EKONOMI BARU

Menyedari ketidakseimbangan sosial dan ekonomi, kerajaan telah mengusahakan satu

pendekatan baru melibatkan program 20 tahun yang dikenali sebagai Dasar Ekonomi Baru bagi

mewujudkan perpaduan negara dengan mengurangkan perbezaan ekonomi, sosial, kebudayaan,

penempatan.

Objektif dominan Dasar Ekonomi Baru adalah untuk mengurangkan dan seterusnya membasmi

kemiskinan dengan memperbanyakkan peluang pekerjaan kepada semua rakyat tanpa mengira

bangsa dan kaum. Selain itu, penyusunan semula masyarakat dapat mengurangkan dan

seterusnya menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi-fungsi ekonomi.

Kemiskinan merupakan faktor primer yang menimbulkan perasaan tidak puashati dalam

kalangan rakyat yang bukan sahaja terdapat di luar bandar tetapi juga di bandar. Situasi sebegini

boleh menggugat perpaduan negara kerana masalah kemiskinan adalah mengikut kaum dengan

kadar kemiskinan paling tinggi tertumpu dalam kalangan orang Melayu yang mengutamakan

aktiviti pertanian. Beberapa strategi telah dijalankan untuk menyelesaikan masalah sosial dan

ekonomi ini.

Strategi utama yang diambil untuk mengurangkan kemiskinan antaranya pihak kerajaan berusaha

menyediakan keperluan asas bagi mengurangkan beban kehidupan mereka. Dasar Ekonomi Baru

dapat meningkatkan mutu kehidupan masyarakat . Sebagai contoh , dalam aspek kesihatan,

kadar kematian bayi dan juga kadar kematian kasar berkurangan . Di samping itu,
kerajaan telah membuka lebih banyak peluang pekerjaan kepada semua

kaum tanpa terikat lagi dengan dasar ekonomi pecah dan perintah

penjajah.serta meningkatkan pendapatan dan produktivi golongan miskin.

Penyusunan semula masyarakat merupakan salah satu strategei untuk menangani masalah

ketidakseimbangan ekonomi. Strategi ini bertujuan meningkatkan kaum bumiputera sekurang-

kurangnya 30% daripada jumlah saham dalam sektor ekonomi. Hal ini disebabkan kaum

bumiputera memang ketinggalan dalam pemilikan ekonomi sejak negara kita mencapai

kemerdekaan.

Selain itu, strategi menyusun semula masyarakat juga merangkumi pembinaan satu masyarakat

perdagangan dalam kalangan bumiputera. Matlamat untuk membentuk sebuah Masyarakat

Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB) telah disokong oleh kerajaan melalui

pemberian kontrak,kuota dan lesen kepada perniagaan milik bumiputera dan syarikat usaha sama

dengan bumiputera.

Sebuah masyarakat perdagangan dan perindustrian di kalangan orang Melayu dan kaum

Bumiputera dibentuk supaya dapat memiliki 30% ekonomi pada masa itu dengan menubuhkan

beberapa agensi kerajaan seperti Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA), Majlis

Amanah Rakyat (MARA), Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dan Institusi

Pembangunan dan Penyelidikan Pertanian Malaysia (MARDI) . Agensi agensi baharu seperti

Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA), MAJUIKAN (Anak

Syarikat Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia) dan MAJUTERNAK juga telah ditubuhkan.
Dasar Ekonomi Baru bermatlamatkan perpaduan negara melalui proses pembasmian kemiskinan

dan penyusunan semula masyarakat . Demi menjayakan usaha ini, kita bukan sahaja memerlukan

kerjasama pihak kerajaan malah memerlukan perubahan sikap, tenaga dan pemikiran rakyat dari

sektor swasta.