Вы находитесь на странице: 1из 3

Ucapan alu-aluan Majlis Graduasi

Asalamualaikum warahmatullah dan salam sejahtera, kepada


Yang Berhormat Datuk Chua Tee Yong, Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri
merangkap ahli Parlimen Labis,
Yang Berbahagia Yang Dipertua PIBG SMK. Chaah, Encik Wong Leng Chin, ,
barisan guru penolong kanan,tetamu-tetamu jemputan, guru-guru kanan bidang,guru-guru,
Naib Yang dipertua PIBG dan AJK PIBG, staf sokongan,
para ibu bapa, pelajar-pelajar sesi2016 yang diraikan, pelajar-pelajar serta hadirin sekalian.

Alhamdullilah dengan restu dan rahmat Illahi, pada malam yang hening ini kita diberi kesempatan
untuk dapat bersama-sama dalam sebuah majlis penuh bererti , bagi bersama-sama meraikan dan
menghargai pencapaian dan kecemerlangan anak-anak pelajar Tingkatan 6 sesi 2015-2016.

Pertama nya saya mengalu-alukan kehadiran Yang Berhormat Datuk Chua Tee Yong , pertama kali
hadir dalam majlis graduasi Prauniversiti SMK Chaah, YDP PIBG, En. Wong Leng Chin , AJK PIBG
dan para ibu bapa. Jutaan terima kasih atas keperihatinan tuan/puan untuk bersama-sama kami
menjayakan majlis ini.

Hadirin sekalian,

Majlis Graduasi Prauniversiti yang ke-5 ini , merupakan majlis kali ketiga yang turut sama dihadiri oleh
ibu bapa pelajar . Kejayaan dan maklum balas yang positif daripada pelbagai pihak dengan
pengendalian majlis seumpama ini pada tahun lalu, telah membakar semangat kami untuk meneruskan
tradisi majlis penganugerahan ini lagi, meskipun dibelenggu dengan pelbagai masalah untuk
menjayakannya. Mujur pihak Yang Berhormat ,PIBG SMK Chaah dan beberapa organisasi sudi
menghulur bantuan kewangan untuk menampung keperluan majlis ini. Atas inisiatif Yang Dipertua
PIBG , Encik Wong Leng Chin juga, jawatan kuasa pengelola majlis berjaya menzahirkan sebuah
majlis yang lebih gemilang di dalam sebuah dewan gah ini dan menjadikan majlis penganugerahan ini
lebih bermakna.. Atas segalanya ini , saya mewakili jawatankuasa Majlis Graduasi mengucapkan
ribuan terima kasih . Semoga segala kerjasama yang terjalin ini akan terus bersama-sama membawa
kita untuk terus memacu kecemerlangan dunia pendidikan dan kegemilangan Negara.

Hadirin sekalian,

Seramai 36 orang calon yang menduduki peperiksaan STPM daripada penggal 1 hingga penggal 3
bagi sesi 2015 /2016 ini. Kumpulan pelajar ini telah sekali lagi berjaya mencatatkan keputusan 100%
meneruskan pencapaian keputusan tahun lalu, meski dari segi PNGK merosot sedikit, iaitu sebanyak
0.07, Daripada jumlah tersebut 11 orang telah berjaya mencapai PNGK melebihi 3.00. Walaupun
pencapaian ini merosot sedikit daripada tahun lalu sebanyak 10.62%, namun bilangan calon yang
mencapai PNGK 2.50 hingga 2.9 meningkat sebanyak 6.70% iaitu seramai 13 orang berbanding tahun
lalu yang hanya 10 orang sahaja yang mencatat keputusan tersebut. Dan Alhamdulillah pelajar-pelajar
cemerlang tahun lalu telah mendapat tempat di IPTA. Pelajar yang mencatat keputusan di bawah
PNGK 3.00 juga masih mendapat tempat di IPTA . Pencapaian PNGK calon paling cemerlang masih
dapat dikekalkan seperti tahun lalu, iaitu dengan catatan PNGK 3.75 . Pencapaian keputusan
peperiksaan MUET mereka juga masih menunjukkan pencapaian yang memberangsangkan dengan
10 orang telah memperoleh band 4, dan perolehan markah calon cemerlang juga telah meningkat
berbanding tahun lalu. Kami juga berasa berbangga kerana enrolmen sesi pengajian 2015/2016 lalu
diwarnai dengan kehadiran masyarakat pribumi dari Komuniti Kg Kudong dan pelajar berkeperluan
khas yang sanggup untuk bersaing dalam arus pendidikan negara, dan alhamdullillah mereka berjaya
melakar keputusan yang amat membanggakan . Namun sayangnya, sesi pengajian ini, tanpa enrolmen
pelajar berbangsa Cina, dan sesi pengajian 2016/2017 ini, kami hanya menerima kemasukan 2 orang
pelajar Cina.Walaupun sebelum ini, pencapaian keputusan STPM dan program-program kokurikulum
unit Tingkatan 6 digemilangkan oleh pelajar-pelajar berbangsa Cina. Senario ini pastilah sedikit
sebanyak meronakan usaha ke arah kecemerlangan yang diharapkan. Mungkin ada satu langkah yang
dapat kita ambil hasil kerjasama antara Yang Berhormat , YDP PIBG dan pihak sekolah untuk
menyeimbangkan kembali enrolmen pelajar mengikut kaum Marilah sama-sama kita berusaha dan
mendoakan agar kecemerlangan anak-anak kita berterusan yang seterusnya dapat memacu
kemakmuran keluarga dan negara.

Semoga majlis ini memberi makna yang besar kepada graduan dan menjadi nostalgia yang indah
untuk dikenang. Usaha ini juga diharapkan secara tidak langsung akan dapat membakar semangat
pelajar-pelajar prauniversiti yang ada sekarang, sebagai satu cabaran,inspirasi dan rangsangan untuk
turut menjejak langkah kejayaan yang telah tercipta. Titipan pesanan untuk anak-anak pelajar ini,
hargailah harapan tinggi yang telah disandarkan oleh waris anda. Balaslah jasa mereka dengan juadah
kejayaan yang hasilnya begitu indah dan dapat dinikmati selama-lamanya.

Kepada Yang Berhormat, PIBG, semua pihak yang memberikan sumbangan , para tetamu dan ibu
bapa yang sudi hadir pada malam ini, ribuan terima kasih sekali lagi diucapkan. Tidak lupa juga ucapan
terima kasih dan tahniah kepada barisan guru, staff sokongan, dan anak-anak pelajar yang
memberikan komitmen dalam menjayakan majlis ini.

Akhirnya , ribuan kemaafan dipohonkan kepada para tetamu jika ada sebarang kecacatan dan
kekurangan sepanjang penganjuran majlis ini.

Sekian,wabillahi taufik wal hidayah wassalamualaikumwarahmatullahhi wabarakatu.Terima kasih


mereka bukanlah dinilai semata-mata melalui kecemerlngan akademik, yang turut menjadi keutamaan
ialah pembinaan kemahiran insaniah yang diperoleh daripada tugasan kerja kursus dan aktiviti
kokurikulum yang diceburi oleh mereka. Pihak sekolah sentiasa memberi ruang kepada pelajar
prauniversiti untuk mengilap bakat kepimpinan dan memupuk keyakinan diri mereka , dengan
meletakkan mereka sebagai ketua pengawas sekolah, ketua pengawas pusat sumber sekolah, ketua-
ketua rumah sukan , mengendalikan majlis utama sekolah sebagai pengacara majlis serta pelbagai lagi
.Meskipun mereka dihimpit dengan jadual pembelajaran yang padat dalam sistem stpm baharu ini,
mereka masih mampu membahagikan masa. Malah pelajar-pelajar prauniversiti turut mampu
mengukir kejayaan dalam aktiviti kokurikulum di luar sekolah. Antara yang sinonim dengan nama smk
chaah ialah pertandingan penulisan esei bahasa tamil Karnival Bahasa Tamil Peringkat daerah
Segamat , telah empat tahun berturut-turut, tempat pertama masih menjadi milik smk chaah. Pelajar
prauniversiti turut menyerlah dalam permainan pentanque, sama ada melalui kejohanan anjuran
ANGKASA atau karnival Prauniversiti, dalam tempoh 4 tahun ini juga , mereka sentiasa mendapat
tempat , meski berubah kedudukan, sama ada johan atau naib johan, juga berubah kategori sama ada
pasukan lelaki atau perempuan. Selain itu,Sukan bola jaring dan futsal juga sering memberi ruang
kepada pelajar SMK Chaah untuk mengumpul sijil kemenangan sama ada di peringkat daerah atau
negeri.

Semoga majlis apresiasi untuk bakal graduan daripada kami warga pendidik dan PIBG sekolah ini
member makna yang besar kepada anda dan menjadi nostalgia yang indah untuk dikenang. Usaha ini
juga diharapkan secara tidak langsung akan dapat membakar semangat pelajar-pelajar prauniversiti
yang ada sekarang, sebagai satu inspirasi turut untuk menjejak langkah kejayaan yang telah tercipta.

Kepada barisan Jawatankuasa PIBG yag diketuai oleh YDP PIBG, En. Wong , ucapan terima kasih
yang tidak terhingga daripada kami atas sumbangan kewangan yang dihulurkan. Tanpa sumbangan
tersebut , tidak dapatlah direalisasikan majlis graduasi ini.

Akhirnya , ribuan kemaafan dipohonkan kepada para tetamu jika ada sebarang kecacatan dan
kekurangan sepanjang penganjuran majlis ini. Tidak lupa juga ucapan terima kasih dan tahniah
kepada barisan guru, staff sokongan, dan anak-anak pelajar yang memberikan komitmen dalam
menjayakan majlis ini.

Sekian,wabillahi taufik wal hidayah wassalamualaikumwarahmatullahhi wabarakatu.Terima kasih

Вам также может понравиться