You are on page 1of 2

SMA ITTIFAKIAH

2016
KERTAS KERJA KHIDMAT MASYARAKAT

PENGENALAN :
Khidmat Masyarakat ialah komponen amali Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan yang
memerlukan penglibatan murid secara kumpulan dalam aktiviti sekolah dan komuniti.
Penglibatan ini ialah dalam bentuk projek atau kajian yang boleh membantu dan
meningkatkan imej diri, sekolah dan komuniti.
Melalui Khidmat Masyarakat ini, murid dapat mengaplikasikan pengetahuan
kemahiran dan nilai sivik dan kewarganegaraan yang dipelajari dalam bilik darjah. Murid
juga dapat merasakan dirinya sebagai sebahagian daripada anggota masyarakat yang
bertanggungjawab. Dengan ini murid dapat membina martabat diri yang positif dan
berbangga kerana telah memberi sumbangan kepada sekolah dan masyarakat.

OBJEKTIF :
1) Mengaplikasi pengetahuan, kemahiran dan nilai sivik dan kewarganegaraan di luar bilik
darjah.
2) Memberi sumbangan kepada masyarakat dan negara.
3) Menjadi warganegara yang patriotik, prihatin dan bertanggungjawab terhadap masyarakat
dan negara.

KUMPULAN SASARAN :
Semua pelajar tingkatan satu

TEMPOH PERLAKSANAAN :
Mac hingga September.

PENGISIAN :
Program 1
Tema : Pencapaian Kendiri
Nama Projek : POTENSI DIRI KE ARAH KECEMERLANGAN
Aktiviti yang dicadangkan : Ceramah Motivasi dan latihan dalam kumpulan
Kumpulan Sasaran : 120 pelajar tingkatan 1
Tarikh Pelaksanaan : 5 Oktober 2016
Program 2
Tema : Hubungan Kekeluargaan
Nama Projek : Profil Keluarga Asas dan Keluarga Kembangan / Kajian
Kehidupan Keluarga pada Masa Depan
Aktiviti yang dicadangkan : Buku Folio
Kumpulan Sasaran : Semua Pelajar Tingkatan 1
Tarikh Pelaksanaan : Okt 2016

PENGLIBATAN GURU:
Semua guru Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan.

ANGGARAN KOS DAN PERBELANJAAN


PERKARA KUANTITI SEUNIT (RM) JUMLAH
(RM)
Makanan pelajar 120 2.50 300.00
Marker (hitam, merah, biru) 5 kotak 10.00 50.00
Manila kad 50 keping 0.50 25.00
Kertas mahjong 50 keping 0.50 25.00
Magic pen 10 kotak 4.00 40.00
Gam 5 2.00 10.00
Fail pelajar 120 1.00 120.00
Bayaran penceramah 3 slot 150.00 450.00
JUMLAH 1,020.00

SUMBER KEWANGAN
Panitia Sivik dan Kewarganegaraan

PENUTUP
Semoga perancangan yang telah dibuat dapat dijalankan dengan lancar dan berkesan serta
mencapai objektif yang diharapkan.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

.
(CIK ADILA SHUHADA BT AHYAT) (EN AMINUDDIN BIN JUSOH @YUSOF )
Guru Perpustakaan dan Media Pengetua,
SMA Ittifakiah SMA Ittifakiah