Вы находитесь на странице: 1из 6

TEKS MENTERI KETIGA PIHAK

KERAJAAN

Terima Kasih Yang Dipertuan Dewan,

Nampaknya Persis pihak pembangkang


masih lagi berpaut pada dahan yang salah.
Sudah terang lagi bersuluh, Kebebasan media
massa sememangnya mendatangkan banyak
keburukan. Maka kami di barisan Kerajaan masih
seia dan sekata, menyokong Usul pada pagi
ini.Kami berpegang teguh kepada pendirian kami
bahawa Media massa mendatangkan keburukan.

Tuan Yang Dipertua,

Untuk menolak usul yang dikemukakan oleh


pihakPembangkang, saya akan mendedahkan
kelemahan-kelemahan hujah yang dilakukan oleh
perwakilan Pembangkang sebentar tadi.

Kelemahan pertama yang dilakukan oleh pihak


Pembangkang
ialah ....................................................................
..............................................................................
..............................................................................
..........................................

Kelemahan kedua yang dilakukan oleh pihak


pembangkang pula
ialah .....................................................................
..............................................................................
..............................................................................
.......................................

Kelemahan ketiga yang dilakukan oleh pihak


pembangkang
ialah ......................................................................
..............................................................................
..............................................................................
.........................................

Tuan Yang Dipertua,

Terlangsai sudah hutang membidas. Kini


marilah saya berikan bukti-bukti baru melalui
aspek penyalahgunaan kebebasan media massa.

Ahli dewan yang saya muliakan,


Bukti baru kami yang pertama adalah melalui
satu kontroversi yang dihasilkan oelh rakyat
Malaysia sendiri iaitu Huang Ming Zhi, atau lebih
dikenali sebagai Namewee. Beliau telah memuat
naik video yang dirakam sendiri olehnya PADA 15
januari 2007 ke dalam (mohon izin yang
dipertua) You Tube. Di dalam video ini, beliau
telah menghina lagu Malaysia yan diberi tajuk
(mohon izin yang dipertua) I Love My Country
Negarakuku.

Untuk makluman para dewan sekalian, lagu yang


dimuat naik ini telah digunakan sebagai medium
untuk mengkritik Kerajaan Malaysia dari
perspektif beliau. Dimana lebih SATU MILLION
penonton dalam masa sebulan sahaja. Maka,
Kebebasan Media massa telah menjatuhkan
maruah Negara sendiri.

Manakala Bukti Baru Kedua kami pula


adalah,
Julian Assange pernah dipenjara selama
10 TAHUN kerana melakukan satu jenayah
besar iaitu menggodam sistem
Telekomunikasi Negara Australia dan
Universiti-Universiti di Australia. Dan
jenayah beliau hanya dapat dibuktikan dan
dikesan selepas TIGA TAHUN jenayah itu
dilakukan.

Tindakan beliau telah membahayakan


system Keselamatan Negara sendiri, yang
akhirnya mengakibatkan kejatuhan kerajaan
mereka.

Hadirin yang saya hormati,

Beralih pula kita kepada bukti baru kami


yang ketiga.

Tahukah Pihak Pembangkang, Kajian


Buletin Keselamatan Masyarakat di Amerika
Syarikat mendapati lebih sejuta kes jenayah
membabitkan kanak-kanak, kebanyakan
berpunca daripada pengaruh media
elektronik.

Rentetan itu, wajarlah jika saya kongsikan


satu daripada lebih sejuta kes jenayah yan
saya katakan tadi.

Di Amerika Syarikat : seorang kanak-kanak


lelaki berusia sembilan tahun
mencadangkan kepada ayahnya
memberikan gurunya sebungkus gula-gula
beracun.

Perbuatan itu dilakukan kerana kanak-kanak


itu marah berikutan guru berkenaan
memberi markah rendah kepadanya dalam
peperiksaan. Apabila ditanya si ayah siapa
yang mengajarnya berbuat demikian, si
anak pantas menjawab,
Saya menonton satu adegan di
televisyen

Jika dipertimbangkan sekali lagi, Kebebasan


media massa yang keterlaluan ini
merisikokan nyawa seorang guru yang
hanya menjalankan tanggungjawab nya
sahaja. Wajarkah guru menerima Arus
kebebasan media massa ini dengan
menggadaikan nyawanya sendiri?

Sebelum saya mengundur diri, saya ingin


menegaskan sekali lagi bahawa Kami tetap
Menyokong Usul yang dibentangkan pada
hari ini, KEBEBASAN MEDIA MASSA
MENDATANGKAN BENYAK KEBURUKAN

Sekian Satria Tunggal Chunghua Mohon


Mencadang.

Вам также может понравиться