Вы находитесь на странице: 1из 14

KEPELBAGAIAN PELAJAR DALAM ETNIK / RAS dan SOSIOBUDAYA SERTA

STRATEGI GURU dan STAIL PEMBELAJARAN

ISI KANDUNGAN MUKA SURAT


1.0 PENGENALAN 2
2.0 PERNYATAAN MASALAH

Pengaruh Budaya terhadap Kepelbagaian di dalam Kelas 3


3.0 KESAN-KESAN

3.1 Implikasi kepelbagaian etnik, ras dan sosio-budaya di 4-5

dalam bilik darjah terhadap guru.

3.2 Implikasi kepelbagaian etnik, ras dan sosio-budaya di 6-7

dalam bilik darjah terhadap pelajar


4.0 STRATEGI YANG BOLEH DIGUNAKAN OLEH GURU 7-13
5.0 KESIMPULAN 14
6.0 PETA MINDA 15

1.0 PENGENALAN

Malaysia terdiri daripada berbilang kaum. Kepelbagaian sosio-budaya sukar untuk dinafikan

dalam sebuah negara seperti Malaysia yang lahir dari kelompok masyarakat yang berbilang

Kepelbagaian Pelajar dalam Etnik, Ras dan Sosiobudaya Page 1


etnik iaitu Melayu, Cina dan India yang menjadi etnik majoriti terbesar serta kaum peribumi

Sabah dan Sarawak serta orang asli tidak lupa juga pada kaum-kaum lain yang menjadi kaum

minoriti. Setiap etnik mempunyai sosio-budaya yang berbeza yang diwarisi daripada nenek

moyang terdahulu. Budaya dapat ditakrifkan sebagai tamadun atau peradaban. Ia juga

bermaksud kemajuan fikiran atau akal budi ( cara berfikir dan berkelakuan). Kita sebagai

rakyat Malaysia yang berbilang kaum perlu sedar kewujudan kepelbagaian sosio-budaya ini

yang meliputi adat resam, bangsa, kepercayaan, jantina, bahasa dan struktur masyarakat.

Dalam konteks pendidikan, kepelbagaian sosio-budaya bukan sahaja dilhat dari aspek

ras, etnik dan adat budaya mereka sahaja, malah ia juga merangkumi skop yang lebih luas. Di

dalam bilik darjah, terdapat pelbagai ras, etnik dan budaya yang tersendiri dan berbeza-beza.

Sebagai guru, kita perlu tahu bahawa setiap individu pelajar itu mempunyai budaya, latar

belakang keluarga dan tahap sosioekonomi yang berbeza antara satu sama lain. Setiap pelajar

berbeza dari segi mereka berkomunikasi ( verbal dan bukan verbal) , nilai-nilai sosial,

intelektual, cara berinteraksi, gerak badan, dan pandangan serta pendapat mereka yang

dipengaruhi oleh budaya masyarakat asal mereka.

Guru juga membawa budaya mereka tersendiri di dalam bilik darjah. Jika wujud

perbezaan dalam kalangan pelajar dan guru dari segi cara mereka berkomunikasi, pandangan

nilai dan sebagainya, maka akan timbul masalah dalam interaksi antara mereka. Secara

kesimpulannya, kepelbagaian yang wujud antara pelajar perlu dikaji dan difahami dengan

sebaiknya dalam membantu memahami gaya pembelajaran setiap orang pelajar dalam

menentukan strategi pengajaran yang lebih berkesan.

2.0 PERNYATAAN MASALAH

PENGARUH BUDAYA TERHADAP KEPELBAGAIAN DI DALAM KELAS

Kepelbagaian Pelajar dalam Etnik, Ras dan Sosiobudaya Page 2


Pengaruh budaya telah memainkan peranan yang penting dalam proses pembelajaran.

Cara pelajar disosialisasi, terutama sekali yang memupuk nilai-nilai kebebasan atau

pergantungan, mempengaruhi tahap pergantungan pelajar dalam proses

pembelajarannya. Para pengkaji mendapati masyarakat tradisional yang memberi nilai

yang tinggi terhadap hubungan kekeluargaan, yang mempunyai kaitan sosial yang ketat,

melahirkan pelajar yang lebih berdikari.

Belum ada kajian yang dilakukan untuk mengenal pasti pengaruh budaya

terhadap stail pembelajaran di negara kita. Di Amerika Syarikat kaitan sedemikian telah

diselidik, melibatkan pelajar kulit hitam, kulit putih dan beberapa kumpulan minoriti

yang lain. Pengetahuan tentang pengaruh budaya terhadap stail pembelajaran pelajar di

Malaysia yang berlainan ras, etnik boleh membantu para pendidik memahami dan

merancang strategi Pengajaran dan Pembelajaran yang paling berkesan untuk pelajar

mereka. Lazimnya, guru mengajar mengikut stail pembelajaran mereka sendiri, ini

mungkin tidak sesuai dengan keperluan pelajar mereka. Prestasi pelajar akan meningkat

jika mereka berasa seronok belajar dan mendapati mereka boleh menggunakan cara

mereka sendiri yang paling berkesan untuk belajar.

3.0 KESAN KESAN

3.1 IMPLIKASI KEPELBAGAIAN ETNIK, RAS DAN SOSIO BUDAYA DI

DALAM BILIK DARJAH TERHADAP GURU

Kepelbagaian Pelajar dalam Etnik, Ras dan Sosiobudaya Page 3


Malaysia mempunyai kurikulum yang sama bagi semua pelajar. Ianya menjadi

satu cabaran besar kepada guru lebih-lebih lagi dalam era globalisasi. Pendidikan juga

mengalami perubahan seiring dengan perkembangan kemajuan teknologi maklumat

dan komunikasi. Di dalam ruang lingkup bilik darjah, guru perlu membuat sedikit

analisis mengenai latar belakang pelajar sebelum merancang pengajaran. Sebagai guru,

dia perlu tahu bahawa setiap pelajar mempunyai latar belakang keluarga, budaya dan

tahap sosio-ekonomi yang berbeza- beza.

Semua guru di dalam kelas perlu melaksanakan tugas dengan penuh dedikasi

dan bertanggungjawab. Guru tidak sepatutnya membezakan bangsa pelajar dan tidak

mengelompokkan pelajar mengikut kaum mereka sahaja. Pelajar daripada kaum yang

berlainan juga harus di tempatkan dalam satu kumpulan yang sama supaya peluang

untuk berkomunikasi dan berinteraksi terbuka luas. Guru digalakkan mengajar pelajar

tanpa membezakan kelas mereka. Pelajar hendaklah dilayan sama rata tanpa mengira

sama ada mereka dari kelas atasan atau bawahan dan tidak ada pinggiran yang

ditunjukkan. Guru perlu berkemahiran untuk menangani masalah kepelbagaian sosio-

budaya pelajar. Sepatutnya, guru perlu berkemahiran dalam pengajaran dan

pembelajaran yang dapat menjamin kemajuan pelajar secara optimum. Sebagai

seorang guru, perkara-perkara asas seperti perancangan pengajaran dan pembelajaran

yang sesuai, spesifik dan relevan dengan objektif pembelajaran, persekitaran bilik

darjah, masa yang diperuntukkan dan profil pelajar mengikut tahap kecerdasan. Tugas-

tugas ini perlu dipikul oleh guru dalam konteks memahami setiap pelajarnya.

Perbezaan tahap kecerdasan yang perlu dititikberatkan oleh seseorang guru

dalam menyampaikan pelajaran iatu dengan mempelbagaikan kaedah pengajaran

bersesuaian dengan tahap pelajar. Perkara ini sangat perlu bagi mengelakkan pelajar

Kepelbagaian Pelajar dalam Etnik, Ras dan Sosiobudaya Page 4


merasa bosan dan seterusnya akan mengakibatkan masalah disiplin yang sukar

dikawal. Guru harus bijak mencetuskan situasi pembelajaran yang mesra rakan.

Aktiviti yang melibatkan interaksi di kalangan murid haruslah sentiasa dijalankan agar

murid dalam menjalinkan hubungan yang mesra sesama mereka tanpa mengira latar

belakang sosial, budaya dan kecerdasan individu. Sebagai seorang yang menawarkan

perkhidmatan, pelanggan iaitu pelajar haruslah sentiasa dihormati dan bersikap adil

kepada mereka. Hukuman berbentuk deraan dan memalukan seharusnya tidak

dilaksanakan kerana akan menyebabkan hubungan guru dengan pelajar akan renggang

dan seterusnya menghilangkan minat mereka untuk belajar. Dengan kata lain atau

secara ringkasnya, Guru perlu :

1. Mengajar tanpa mengira sosial dan budaya pelajar


2. Menjalankan tugas dengan penuh dedikasi dan profesional
3. Membantu pelajar memilih kerjaya
4. Sentiasa menepati masa
5. Menghormati pelajar dan bersifat adil
6. Tidak menyentuh kepercayaan pelajar
7. Kurangkan penggunaan bahasa dialek
8. Catat kemajuan dan kelemahan pelajar
9. Guru mempunyai wawasan

3.2 IMPLIKASI KEPELBAGAIAN SOSIO BUDAYA DI DALAM BILIK

DARJAH TERHADAP PELAJAR

Pelajar adalah pelanggan bagi setiap guru di dalam bilik darjah. Mereka akan

bersama setiap kali aktiviti pengajaran dan pembelajaran berlangsung di dalam bilik

darjah. Hati dan jiwa mereka perlu dibersihkan dengan memberikan pendidikan yang

terbaik dan tidak melampaui tingkah laku manusia. Kerapkali terdapat perbezaaan

antara individu atau kumpulan pelajar dengan yang lain. Faktor ini mendesak guru

menggunakan kemahiran yang optimum dalam pengurusan bilik darjah dan adalah

Kepelbagaian Pelajar dalam Etnik, Ras dan Sosiobudaya Page 5


amat penting guru mendalami tingkah laku dan budaya pelajar supaya sebarang

tindakan dapat dilakukan mengikut kaedah yang betul dan tepat.

Setiap pelajar mempunyai kepercayaan dan amalan agama yang dianuti dan

tidak harus dipertikaikan. Aktiviti menyemai semangat saling percaya dan

mempercayai perlulah diterapkan. Proses sosialisasi antara kaum tanpa mengira anutan

agama hendaklah dikembangkan supaya proses pembentukan kendiri pelajar dapat

dilaksanakan. Secara langsung semangat perpaduan dapat dijalankan dalam

masyarakat dan seterusnya berupaya membentuk masyarakat yang toleran memacu

pembangunan negara.

Pelajar digalakkan menggunakan bahasa standard semasa berkomunikasi

sesama rakan. Dialek mengkut kaum hendaklah dielakkan. Pelajar hendaklah sentiasa

diingatkan untuk sentiasa berinteraksi dengan menggunakan bahasa yang betul. Pelajar

digalakkan berinteraksi dan berhubung dengan rakan-rakan yang berlainan jantina.

Mereka perlu diberikan kesedaran batasan perhubungan dalam interaksi tersebut.

Dalam pengurusan bilik darjah, setiap pelajar perlu diberikan peranan dan

tanggungjawab tertentu untuk menanam semangat kerjasama dan cinta akan kelas

mereka. Biasanya nilai-nilai ini diterapkan oleh guru dalam subjek Pendidikan Sivik

Dan Kewarganegaraan yang menjadi pokok kepada pembentukkan nilai setiap pelajar.

Selain itu dalam matapelajaran lain juga, seperti Pendidikan Islam dan Pendidikan

Moral, guru haruslah sentiasa menyelitkan unsur-unsur dan nilai-nilai murni dalam diri

pelajar.

Pelajar perlu diberi motivasi secara berhemah. Guru perlu menggunakan

komunikasi dengan berkesan dengan membiasakan diri dengan senyuman selain kerap

memberi penghargaan apabila pelajar mempamerkan sesuatu yang lebih baik daripada

sebelumnya. Pelajar biasanya suka akan budaya belajar yang ceria, menyeronokkan ,

Kepelbagaian Pelajar dalam Etnik, Ras dan Sosiobudaya Page 6


menyentuh emosi disamping meningkatkan kecergasan mental, kreatif dan inovatif

dan bermatlamat. Pelajar perlu mendapat dorongan dan bimbingan guru serta rakan

sebaya. Tahap disiplin yang terkawal melalui tindakan yang berhemah dapat

melahirkan modal insan selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang ingin

melahirkan modal insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan

sosial.

4.0 STRATEGI YANG BOLEH DIGUNAKAN OLEH GURU

Di dalam bilik darjah yang berbilang kaum, terdapat beberapa strategi yang boleh

digunakan oleh guru untuk memastikan tiada pelajar yang berasa terpinggir lantaran ras,

etnik dan budaya mereka.

ISI KANDUNGAN (CONTENT)


Guru boleh menggunakan bahan-bahan dan contoh daripada pelbagai budaya untuk

menerangkan konsep yang di ajar. Pelajar akan berasa bangga dan yakin diri apabila

perkara-perkara positif daripada budaya mereka diketengahkan dan dibincangkan. Ini

akan menarik minat mereka dan mereka akan memberi tumpuan terhadap proses

pembelajaran dalam bilik darjah.

MENGURANGKAN PRASANGKA DAN STREOTAIP

Guru perlu membantu pelajar supaya bersikap positif terhadap kepelbagaian budaya

yang terdapat di kalangan rakan-rakan mereka dengan :

1. Memberi ganjaran kepada pelajar jika mereka berpandangan positif terhadap

ras dan kelompok lain.


2. Menambahkan kontak pelbagai latar belakang dengan aktiviti-aktiviti

terancang dan dengan mengamalkan pembelajaran koperatif. Dalam kaedah

Kepelbagaian Pelajar dalam Etnik, Ras dan Sosiobudaya Page 7


ini, pelajar bekerjasama belajar dalam kelompok kecil yang dianggotai oleh

pelajar berbilang kaum, kebolehan dan keistimewaan.

MEMUPUK BUDAYA SEKOLAH YANG POSITIF


Segala bentuk amalan pengelompokkan pelajar perlulah dihentikan dan situasi dan

iklin yang bekerjasama, tolong menolong dan hormat-menghormati serta sikap guru

yang lebih terbuka perlu diwujudkan. Tidak perlu ada amalan prejudis terhadap pelajar

yang berbeza latar belakang dan sentiasa mewujudkan kesefahaman dan perpaduan.

MENGGUNAKAN BAHAN-BAHAN DAN KAEDAH YANG BOLEH

MENINGKATKAN PENCAPAIAN AKADEMIK

Jika guru mengendalikan kelas mereka supaya lebih selaras dengan budaya dan

keperluan serta stail pembelajaran pelajar, maka penerimaan pelajar terhadap

pengajarannya lebih mudah.

PERBEZAAN STAIL PEMBELAJARAN


Stail pembelajaran boleh ditakrifkan sebagai gaya pembelajaran seseorang individu

itu. Setiap individu mempunyai gaya sendiri untuk belajar. Manusia adalah sangat unik

dan berbeza dari segi mereka melihat sesuatu, membuat keputusan, dan cara mereka

berinteraksi. Ada orang yang membentuk persepsi berasaskan sensasi, ada yang

berasaskan intuisi, ada yang menggunakan pengetahuan, ada yang menggunakan

pemikiran logikal. Perbezaan ini wujud disebabkan oleh personaliti setiap individu itu

berbeza. Guru-guru perlu peka terhadap stail pengajaran mereka supaya pelajar dapat

merealisasikan potensi dirinya setinggi mungkin, Bennet (1990) menyarankan empat

strategi untuk mengenal pasti stail pembelajaran iaitu :

Dimensi Stail Pembelajaran penggantungan (field independence)

Mengikut Bennet(1990), ciri-ciri pelajar mengikut dimensi pergantungan adalah seperti

berikut:

Kepelbagaian Pelajar dalam Etnik, Ras dan Sosiobudaya Page 8


Pembelajar Field dependent Pembelajar Field Independence
Persepsi global Melihat sesuatu dalam bentuk

bahagian-bahagian tertentu
Lemah dalam menyelesaikan Pemikiran abstrak dan analitikal

masalah analitikal
Suka menerima sahaja apa yang Individualistik, tidak sensitif ( kepada

dipelajari emosi orang lain, kemahiran sosial

yang lemah)
Memerlukan motivasi luaran, Suka belajar bersendirian, pemikiran

responsif kepada ganjaran sosial. cara tersendiri untuk belajar dan

bentuk motivasi dalaman, tidak

responsif kepada ganjaran sosial.

Ada sesetengah pihak beranggapan pelajar field dependent mempunyai IQ

(intelligence quotient) yang kurang berbanding field independence. Ini adalah satu

anggapan yang kurang tepat kerana apa yang berbeza antara kedua-dua pelajar jenis

ini adalah stail pembelajaran mereka mengikut bidang yang diminati. Field

independent menjurus kepada pelajar yang meminati aliran sains manakala field

dependent kepada bidang sastera.

Castenda dan rakan-rakan (1974) dipetik oleh Bennet (1990) telah mencadangkan

pendekatan P&P yang sesuai mengikut stail pembelajaran pelajar seperti berikut :

1. Hubungan pelajar dengan rakan sebaya

Pembelajar Field dependent Pembelajar Field Independence


Suka bekerja dengan orang lain Suka bekerja bersendirian
Suka membantu orang lain Suka berlumba-lumba
Sensitif kepada perasaan orang Berorientasikan tugas, tidak peka

lain terhadap persekitaran sosial semasa

membuat sesuatu tugas.

Kepelbagaian Pelajar dalam Etnik, Ras dan Sosiobudaya Page 9


2. Hubungan sosial dengan guru

Pembelajar Field dependent Pembelajar Field Independence


Melahirkan perasaan positif Jarang berhubung dengan guru

kepada guru secara terbuka


Menjadikan guru sebagai Hubungan dengan guru formal dan

contoh dan role model terhad kepada tugas yang dilakukan

3. Hubungan Instruksi dengan guru

Pembelajar Field dependent Pembelajar Field Independence


Memerlukan bimbingan yang Diterangkan konsep dengan terperinci

jelas dan terperinci


Konsep dibentangkan dalam Suka konsep-konsep sains dan

bentuk cerita dan berkaitan matematik

minat dan pengalaman pelajar

Keperluan Pelajar kepada Struktur

Pelajar berbeza dari segi kebolehan mereka bekerja sendiri, keperluan mereka

untuk mendapat penjelasan sebelum melakukan sesuatu tugasan, dan kemampuan

mereka untuk menyelesaikan sesuatu tugasan itu. Hunt (1979) dipetik oleh Bennet

(1990) mengenal pasti cri-ciri pelajar dan tahap keperluan struktur mereka dalam

proses pembelajaran. Ada pelajar yang memerlukan lebih banyak struktur, ada yang

memerlukannya pada tahap sederhana, ada pula yang memerlukan sedikit sahaja

struktur dalam proses pembelajaran mereka. Menurut Hunt, pelajar yang mempunyai

tunjuk ajar lebih (struktur) tidak boleh duduk diam,disruptif, tidak suka berfikir

sendiri(suka bertanya), tidak pandai membuat inferensi, tidak yakin terhadap diri

Kepelbagaian Pelajar dalam Etnik, Ras dan Sosiobudaya Page 10


sendiri, mahu maklumat asas sahaja, bekerja hanya sebab disoal dan memberi jawapan

yang singkat kepada soalan yang diajukan.

Pelajar yang memerlukan tunjuk ajar yang sederhana lazimnya pentingkan

jawapan yang betul, mahu disukai oleh guru, mengikut kata, bekerja sendiri, tidak

suka cuba sesuatu yang baru(takut salah) , tidak suka bertanya, tidak suka diganggu,

dan sering meminta pandangan guru sama ada apa yang dilakukan oleh mereka betul

atau tidak, dan apakah yang seterusnya dilakukan, tidak berimaginatif dan tidak berapa

gemar kerja berkumpulan.

Pelajar yang memerlukan sedikit struktur, suka berbincang dan berdebat, suka

menyoal dan memberi pendapat, mahu menyelesaikan masalah sendiri, tidak suka

dibimbing dengan terperinci dan kurang memerlukan input guru. Mereka boleh

berfikir secara abstrak, tidak takut gagal mencuba, boleh memberi tumpuan yang lama

kepada sesuatu tugas, lebih mementingkan diri sendiri dan kurang menghiraukan

orang lain.

Para guru perlu menggunakan strategi yang sesuai dengan keperluan pelajar

dan pada masa yang sama memupuk sikap yang diingini di kalangan mereka. Pelajar

yang terlalu bergantung perlulah dilatih berdikari, yang terlalu mementingkan diri

perlulah dilatih bekerjasama. Pendekatan guru perlu meningkatkan keyakinan pelajar,

estim diri mereka dan kemahiran belajar mereka.

Modaliti Perseptual
Pelajar juga berbeza dari segi deria yang dominan yang digunakan untuk

belajar. Pelajar yang visual belajar dengan lebih baik jika mereka dapat melihat objek

atau aktviti yang ingin dipelajari. Gambar, filem dan model dan demonstrasi dapat

membantu mereka belajar secara lebih sempurna.

Kepelbagaian Pelajar dalam Etnik, Ras dan Sosiobudaya Page 11


Ada pelajar yang lebih selesa membaca apa yang perlu dipelajari, ada pula

yang lebih suka mendengar untuk mendapat manfaat daripada pembelajaran. Ada

pembelajar kinestetik, mereka belajar dengan baik melalui pergerakan- menulis nota

atau membuat akiviti, menggaris nota dan sebagainya. Para guru boleh mengesan cara

belajar yang paling berkesan dikalangan pelajar mereka dan cuba menggunakan

pendekatan yang memerlukan pelbagai cara dan deria untuk pembelajaran yang

berkesan.

Inventori Stail Pembelajaran

Dunn dan Dunn ( 1979) dipetik oleh Bennet (1990), telah membina inventori

stail pembelajaran dengan menggunakan bagaimana empat rangsangan (stimuli) asas

mempengaruhi pembelajaran seseorang itu. Rangsangan asas itu adalah persekitaran

(bunyi, cahaya, suhu dan keadaan susunan), emosi (motivasi), ketekalan(persistance),

tanggungjawab dan struktur sosiologi (berkawan, sendiri, berpasangan,

berkumpulan,orang dewasa dan kepelbagaian sumber), fizikal (fizikal,makanan,masa,

pergerakan). Inventori ini boleh mengesan keperluan pembelajar dari segi semua aspek

asas yang penting baginya untuk belajar dengan berkesan. Dunn dan Dunn telah

menambah satu lagi rangsangan asas iaitu proses kognitif (analitikal / global,

kecenderungan cerebal dan reflektf / impulsif)

Kepelbagaian Pelajar dalam Etnik, Ras dan Sosiobudaya Page 12


5.0 KESIMPULAN

Pelbagai ras, etnik dan budaya di Malaysia telah mewujudkan norma-norma baru di dalam

masyarakat terutama di dalam bilik darjah. Guru sebagai agen perubahan yang dapat

membentuk interaksi sosial pelajar serta berperanan dalam memperkembangkan bakat dan

minat pelajar tanpa mempunyai pemikiran yang diskriminasi antara kaum. Guru perlu

diingatkan bahawa kejayaan seseorang pelajar bukan boleh dilihat dar segi pencapaian

akademik sahaja tetapi juga mengambil kira pembentukkan sahsiah diri bagi setiap pelajar

supaya mereka seimbang dari segi intelek dan rohani.

Oleh itu, profesyen keguruan bukanlah satu kerjaya yang boleh diceburi oleh sesiapa

sahaja. Hanya mereka yang mempunyai kualiti, ketrampilan, kewibawaan, kelayakan, minat

dan iltzam serta berjiwa pendidik sahaja yang patut menjadi guru. Pengetahuan ilmu

pedagogi yang relevan menggunakan pelbagai strategi pengajaran supaya pembelajaran

menjadi lebih bermakna kepada pelajar.

Konsep kebudayaan dalam sosiologi dikatakan cara hidup yang dipelajari, diubahsuai

dan diturunkan dari satu generasi ke generasi yang seterusnya. Dari sudut perspektif ahli

fungsionalisme , sekolah dilihat berfungsi sebagai proses sosialisasi mendidik anak-anak

mengikut kehendak masyarakat dah guru bertanggungjawab memenuhi keperluan pelajar

tanpa prejudis.

Kepelbagaian Pelajar dalam Etnik, Ras dan Sosiobudaya Page 13


PETA MINDA

KEPELBAGAIAN
PELAJAR DALAM
ETNIK, RAS DAN
SOSIO-BUDAYA

Impak kepada
GURU

Minat
pelajar

STRATEGI
Impak kepada Bakat pelajar
PENGAJARAN yang
PELAJAR
BERKESAN

Isi kandungan
(content)
Nilai-nilai
Mengurangkan
murni
prasangka dan
streotaip
Memupuk budaya
sekolah yang positif
Menggunakan bahan

MODAL INSAN YANG


SEIMBANG ( JERIS)

Kepelbagaian Pelajar dalam Etnik, Ras dan Sosiobudaya Page 14

Вам также может понравиться