Вы находитесь на странице: 1из 1

Amalan Sati

Amalan ini adalah diamalkan oleh seorang isteri yang suaminya meninggal dunia. Amalan ini
merupakan satu pengorbanan diri sendiri oleh para balu dengan membakar berhidup-hidup
dengan mayat suami. Tujuaan pengamalan ini adalah dapat menunjukkan nilai suci isterti,
membuktikan kesetian seorang isteri terhadap suaminya yang sanggup sehidup semati dan
menjaga maruah balu yang kedudukan rendah di masyarakat. Selepas kedatangan British,
amalan ini telah dihapuskan melalui penguatkuasa undang-undang, Regulation No. XVII of
December 1829.
Amalan Pembunuhan Bayi Perempuan
Masyarakat India juga mengamalkan amalan pembunuhan bayi perempuan. Hal ini juga
boleh dikatakan disebabkan sistem dowry, iaitu pemberian wang hantaran yang mahal oleh
keluarga pengantin perempuan kepada keluarga pengantin lelaki. Sistem ini telah
mendatangkan beban yang berat terhadap keluarga miskin di masyarakt India. Oleh itu,
kebanyakan keluarga telah menganggap bayi perempun sebagai beban dan telah membunuh
mereka untuk mengelakan ibu bapa daripada menanggung penderitaan seperti pemberian
dowry apabila anak mereka berkahwin kelak. British telah menghapuskan amalan ini melalui
undang-undang, Female Infanticide Prevention Act, 1870 ( Act VIII of 1870).
Amalan Thugee
Amalan ini juga diamalkan dalam masyarakat India. Amalan Thugee merupakan satu sistem
rompakan dan pembunuhan di jalan raya yang dilakukan oleh golongan Thug di bahagian
Wilayah Laut India. Mereka telah melakukan rompakan terdapa para pengembara atas nama
Dewa kali. Golongan Thug akan merampas harta pengembara berkenaan dan mencekik
mereka serta memenggal kepala mangsa tersebut untuk dipersembahkan kepada Dewa Kali.
Persembahan ini adalah atas dasar penghargaan mereka terhadap rezeki yang diberikan oleh
Dewa Kali. Pada tahun 1830, kerajaan British telah menghapuskan amalan ini melalui
undang-undang seperti menjatuhkan hukuman mati dan penjara seumur hidup.
Amalan Poligami
Masyarakat India juga mengamalkan amalan poligami. Amalan poligami ialah seseorang
lelaki boleh berkahwin lebih daripada 1 orang. Amalah ini adalah dikhaskan untuk golongan
Brahmin dan golongan askar. Lelaki Brahmin boleh mempunyai 3 orang isteri manakala
golongan askar boleh mempunyai 2 orang isteri. Namun, amalan ini telah dihapuskan melalui
Hindu Marriage Act dilaksanakan pada tahun 1955 dan undang-undang ini hanya digunakan
kepada semua orang selain dariapda orang Islam dan orang Hindu di Goa.
Amalan kulinisme
Amalan ini merupakan satu amalan yang hanya dijalankan oleh keluarga yang anak
perempuannya belum berkahwin. Jika seseorang gadis tidak dapat berkahwin disebabkan
kekurangan wang, ahli keluarganya akan mengahwinkannya dengan orang tua. Hal ini
berlaku kerana untuk mendapat status wanita berkahwin.

Вам также может понравиться