Вы находитесь на странице: 1из 4

TEORI KEMURUNGAN KOGNITIF BECK

Teori Kemurungan Kognitif Beck telah diperkenalkan oleh Beck tahun 1967. menurut

Beck kebanyakan tanda-tanda murung adalah berpunca daripada sikap dan pemikiran

individu yang negatif iaitu gejala dan tanda-tanda menunjukkan kemurungan adalah

akibat daripada pemikiran yang tidak tenteram. Pemilihan Teori Kemurungan Beck

merujuk kepada kesesuaian teori ini dengan kajian yang dijalankan. Teori ini juga

mengatakan perubahan dalam pemikiran seseorang adalah berpunca kepada

kemurungan.

Beck (1987) dalam Wan Zainab (1990) menyatakan individu yang mengalami

kemurungan biasanya mempunyai pemikiran yang tidak tenteram. Model Beck telah

menghuraikan tiga konsep asas psikologikal yang mengakibatkan kemurungan iaitu

konsep kognitif tiga penjuru, skema dan alat. Untuk menerangkan tingkah laku

kemurungan, konsep tiga penjuru kognitif akan digunakan. Mengikut teori ini

kemurungan yang berlaku pada seorang individu adalah akibat daripada tiga cara

pemikiran (The Cognitive Triad). Mereka yang murung lebih cenderung

mempersepsikan diri sendiri, pengalaman masa depan mereka sebagai satu

pemahaman yang negatif dan tidak realistik.

1|Page
Skema pula merupakan satu tanggapan yang tidak fleksibel akibat daripada

kepercayaan atau andaian pengalaman masa lalu. Beck (1987) menyatakan skema

digunakan untuk menggambarkan struktur kognitif. Skema merupakan penglibatan

struktur kognitif di antara input rangsangan dan tindak balas personaliti. Skema

mengandungi gabungan organisasi daripada nilai kepercayaan dan andaian yang

berhubung dengan objek, kejadian atau persekitarannya. Skema juga akan berfungsi

sebagai rangsangan scanners, menapis maklumat, interpretasi dan mengekodkan

maklumat (Becker, 1974).

Alat merupakan konsep ketiga dalam Teori Kognitif Beck. Mereka yang murung akan

sering mempunyai kesilapan struktural dan pemikiran. Ia mempunyai hubungan dengan

salah tafsir tentang sesuatu kejadian. Mereka yang murung juga akan membesar-

besarkan tanggungjawab dan celaan terhadap diri sendiri. Mereka bukan sahaja

membuat generalisasi yang melampau berdasarkan sesuatu peristiwa tetapi juga akan

melakukan atau membuat kesimpulan secara tidak logik (Clarizio, 1985).

Untuk melihat dan menerangkan masalah kemurungan, Beck (1967) dalam Raikhan

(2006) telah mengaplikasikan Model Kognitif Pembelajaran Sosial. Menurut beliau

ketidakfungsian kognitif merupakan pusat kepada fenomena kemurungan. Konsep

Becks Negative Cognitive Triad, menerangkan tentang tiga pemikiran negatif manusia

iaitu tentang dirinya, dunia dan masa depan yang difikirkannya (Allen, 2007). Pemikiran

negatif terhadap diri adalah bagaimana individu akan melihat dirinya dalam kerangka

yang negatif iaitu menganggap dirinya sebagai serba kekurangan dan tidak bernilai.

2|Page
Keadaan ini akan menyebabkan individu mengatribusikan perasaan tersebut dengan

keadaan fizikal, mental dan moral dan seterusnya menolak dirinya sendiri daripada

sebarang aktiviti. Manakala, pemikiran negatif yang diwujudkan terhadap persekitaran

atau dunia menerangkan bahawa individu yang murung biasanya membuat interpretasi

bahawa interaksinya dengan persekitaran adalah gagal dan tidak berjaya. Ia

merasakan kehidupannya sentiasa terhalang dan tidak berdaya untuk mengatasinya.

Pemikiran individu yang menanggap masa depannya sebagai negatif pula adalah

dengan melihat masa depannya sebagai negatif. Individu cenderung untuk

beranggapan keadaan yang dialaminya akan berterusan. Keadaan ini seterusnya akan

menyebabkan indvidu merasakan masa depannya tidak berguna dan tiada harapan.

Menurut Beck (1967) dalam Raikhan (2006), kemurungan dalam kalangan pelajar dapat

dilihat pada tiga tahap iaitu dengan merujuk kepada darjah simptom kemurungan yang

dialami oleh mereka iaitu kemurungan yang rendah (Mild Depression), kemurungan

yang sederhana (Moderate Depression) dan kemurungan yang tinggi (Severe

Depression). Kemurungan pada tahap ini merupakan kemurungan pada tahap awal dan

biasanya dialami oleh kebanyakkan pelajar. Pelajar-pelajar hanya menyatakan diri

mereka buntu dan sedih (disphoria). Mereka yang mengalami kemurungan pada tahap

ini masih boleh bergembira dan kelihatan riang. Kemurungan pada tahap ini tidak terlalu

menjejaskan prestasi mereka dalam pencapaian akademik dan aktiviti-aktiviti luaran.

3|Page
Kemurungan sederhana adalah menunjukkan tanda seperti perasaan disphoria

cenderung untuk menjadi berpanjangan dan lebih kekal. Para pelajar akan merasakan

tidak berminat untuk menglibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti di dalam dan di luar

sekolah. Pada peringkat ini didapati agak sukar untuk mempengaruhi mereka bagi

mengalihkan kepada tingkah laku gembira dan riang. Tingkah laku dan perasaan riang

dan gembira mereka, jika ada cuma bersifat sementara sahaja. Pada peringkat ini

keadaan disphoria biasanya bermula sejak awal pagi dan berterusan seharian. Menurut

Beck (1967), biasanya tahap kemurungan inilah yang banyak berlaku ke atas pelajar-

pelajar sekolah terutamanya di peringkat awal remaja.

Kemurungan tahap tinggi merupakan tahap kemurungan paling yang teruk. Mereka

yang mengalami kemurungan pada tahap ini akan memperlihatkan perasaan dan

tingkah laku terlalu sedih dan putus asa. Mereka juga sentiasa berada dalam keadaan

terlalu risau atau bimbang. Menurut Beck (1967), 70% pelajar-pelajar yang mengalami

kemurungan pada tahap ini akan merasa sedih sepanjang masa, dan sukar untuk lari

daripada keadaan tersebut. Kesedihan dan putus asa serta pengherotan dalam

keadaan-keadaan yang lain dilihat sebagai bersifat berterusan

4|Page

Вам также может понравиться