Вы находитесь на странице: 1из 2

Jurang antara artis dan ilmuwan

RIDHUAN TEE ABDULLAH


26 November 2012

Saya begitu teruja membaca berita peruntukan RM5 juta oleh kerajaan kepada Yayasan Artis
1Malaysia (YA1M). YA1M badan memajukan kebajikan warga artis tanah air, khasnya anggota
yayasan, melalui bantuan meliputi kesihatan, khairat/derma kematian, bencana dan sebagainya.

Tertanya-tanya saya tidak adakah peruntukan atau yayasan kepada ilmuwan atau apa jua istilah
diberikan kepada mereka menjalankan kerja amar makruf nahi mungkar atau penceramah? Akan
adakah nanti Yayasan Penceramah 1Malaysia (YP1M)? Ceramah mereka juga diulang dan
dipetik berkali-kali. Apa mereka dapat?

Penceramah menyampaikan ilmu, membawa manusia ke jalan benar. Tanpa ilmu atau ijazah,
mereka tidak boleh berceramah sewenang-wenangnya. Sebab itulah tauliah diperlukan.

Berbeza dengan artis, hanya bersandar kepada rupa dan suara serta bakat, sekalipun tidak ada
kelulusan. Kehidupan kami tidaklah seglamor artis, yang kadangkala penuh kontroversi. Tugas
kami, melaksanakan tanggungjawab sebagai khalifah ALLAH, menyahut seruan Rasulullah,
sampaikan walaupun satu ayat.

Jika dengan menyanyi kita boleh membetulkan masyarakat dan membentuk tamadun, sudah
lama saya menggalakkan anak buah saya menyanyi. Tetapi menyanyi hanyalah alat untuk
berhibur.

Tidak banyak unsur pengajaran yang boleh dipetik, kecuali lagu-lagu lirik ketuhanan, kenabian,
nasihat, motivasi dan patriotisme. Bayarannya bukan murah, menyanyi satu dua lagu atau satu
show, menelan puluhan dan ratusan ribu. Begitu juga dalam mendapat gelaran dan darjah
kebesaran. Saya tidak kata semua artis sebegitu.

Kehidupan artis tidak ramai yang boleh dibanggakan. Mereka hanya mula bertaubat apabila usia
telah lanjut. Ketika masih bergetah, mereka memanfaatkan sepenuh kelebihan bakat, rupa dan
suara. Lebih malang lagi, tidak ada simpanan di hari tua, kerana terlalu mengejar glamor dan
membazir ketika glamor.

Kenapa tidak manfaatkan kelebihan ALLAH berikan dengan jalan yang betul? Jika menyanyi
dan berlakon adalah sumber rezeki apa nak buat. Tetapi biarlah kena pada caranya. Sebab itu
saya memuji artis-artis yang sejak dari awal, ketika bergetah, mula menutup aurat dan berusaha
untuk menjadi baik. Malangnya, ada juga artis yang pada mulanya berazam untuk menjadi baik,
dengan cara pergi menunaikan haji, tetapi tidak bertahan lama.

Ada artis mencium tangan kekasihnya apabila diumumkan sebagai pemenang anugerah baru-
baru ini.

YA1M tidak diperlukan, jika sejak awal-awal lagi artis kita beringat dan berwaspada. Sudah
tentu masa depan mereka lebih cerah. Artis sepatutnya beringat, tanpa ilmu, kecantikan dan bakat
mereka hanya sementara. Berjimatlah dan jangan terlalu mengejar glamor.

Kadang kala naik muak melihat upacara karpet merah, pakaiannya mengalahkan artis Barat,
pelik memelikkan. Terdedah sana sini sehingga nampak yang tersurat dan tersirat.

Saya tidak membantah apa jua aktiviti kebajikan kepada sesiapapun, termasuk dana untuk artis
dan seniman, khususnya berstatus warga emas. Tetapi biar menyeluruh, tidak terhad kepada artis
sahaja.

Selaku seorang profesional, pemikir, pendakwah dan apa juga yang boleh diberikan nama, sudah
sampai masanya kerana turut memberikan insentif atau menubuhkan Yayasan
Penceramah/Ilmuwan 1Malaysia (YP1M). Jika diizinkan buat perbandingan, saya fikir, jasa
penceramah atau penulis lebih banyak daripada artis.

Tulisan ini tidaklah menyalahkan artis. Kita kadangkala terlalu melebihkan artis. Sehinggakan
ilmuwan diketepikan. Semua iklan atau duta produk, menggunakan artis sampai ke peringkat
membunuh nyamuk aedes pun masih menggunakan artis. Kenapa tidak ditonjolkan ilmuwan atau
profesional. Paling tidak mereka lebih mahir dan kenal nyamuk itu.

Ingatan saya kepada semua, apa jua yang ingin kita lakukan, letakkanlah ilmu itu di tempat
paling utama. Ikutilah jejak Allahyarham Tan Sri P Ramlee yang tidak mampu meninggalkan
harta menimbun setelah kembali ke rahmatullah walaupun beliau seorang seniman agung. Jika
artis hendak dibantu, pastikan artis itu berilmu.

Mudah-mudahan ilmu yang ada dapat digunakan sebagai bekalan menjelang tua. Ilmu, semakin
digunakan semakin bertambah dan semakin menstimulasikan minda kita. Kepada artis,
kecantikan dan bakat tidak bertahan lama tanpa ilmu. Justeru, carilah jalan mencari ilmu (ijazah).

Вам также может понравиться