Вы находитесь на странице: 1из 3

Kepentingan multimedia dalam proses pembelajaran

Kepentingan penggunaan teknologi dalam pendidikan tidak dapat disangkal lagi. Tidak
dapat dinafikan lagi bahawa teknologi iaitu sesuatu alat bantu mengajar dalam bahasanya
sememangnya dapat membantu pencapaian pelajar menguasai aspek bahasa dengan lebih
baik (Dowling, 1999; Giesert & Futrell, 1990; Mahzan Arshad, 2003). Hal ini demikian kerana
dengan penggunaan multimedia didalam proses PnP dapat menarik minat pelajar untuk belajar.
Dengan itu secara tidak langsung kemahiran bahasa yang dikuasai akan meningkat demi
sedikit berpandukan bahan apa yang diberikan atau dipaparkan oleh guru. Sebagai contoh,
dalam matapelajaran bahasa Inggeris, guru boleh menggunakan tayangan video yang
memaparkan satu kisah untuk menarik minat pelajar. Tetapi video tersebut perlulah dipastikan
menggunakan tatabahasa dan laras bahasa yang betul supaya murid secara tidak langsung
dapat mengambil input yang berguna daripada tayangan tersebut untuk meningkatkan
kemahiran bahasa mereka.

Teknologi memberikan kesan yang besar terhadap proses P & P terutama semasa
membuat pemilihan bahan teknologi dalam pelbagai cara. Bagaimana pun, guru harus
mempunyai pengetahuan yang jelas dalam memilih bahan teknologi yang boleh digunakan
dengan berkesan dalam sesuatu sesi pengajaran dalam bilik darjah. Hal ini demikian kerana
jika guru tersilap memilih atau menggunakan bahan teknologi secara salah akan memberikan
impak yang besar kepada murid. Sebagai contoh, jika guru memilih untuk memberikan atau
menyampaikan bahan pada hari tersebut menggunakan bahan teknologi menggunakan
slideshow tetapi slideshow tersebut hanya berlatar belatar belakangkan latar putih sahaja dan
guru pula hanya membaca slide sahaja, ianya secara langsung akan mengurangkan fokus
murid sekaligus menghakis minat para murid sedikit demi sedikit untuk belajar. Disini guru perlu
peka dengan gelagat murid ataupun reaksi murid apabila slide ditayangkan dihadapan. Adakah
murid tertarik ataupun sebaliknya. Di samping mengetahui bagaimana hendak menilai secara
berterusan bahan teknologi dan menentukan bahan teknologi yang akan digunakan untuk
membantu pencapaian objektif pembelajaran, pemilihan bahan teknologi bukanlah sukar
dilakukan oleh seorang guru yang mempunyai pengalaman dalam menggunakan bahan serta
kerap membuat penilaian kendiri terhadap pencapaian pelajar setelah sesuatu bahan
digunakan.
Selain mewujudkan pengajar yang kompeten, tumpuan utama teknologi pendidikan
ialah untuk menghasilkan pengajaran yang berkesan.Pengajaran yang berkesan membolehkan
pelajar memperoleh kemahiran, pengetahuan dan sikap yang diharapkan. Pengajaran yang
dirancang dengan teliti dan lengkap membantu mewujudkan keyakinan, kepercayaan dan
perasaan hormat pelajar terhadap pengajar sekaligus membantu pembinaan disiplin yang
positif. Teknologi pendidikan perlu dititik beratkan dalam penyampaian kandungan P&P oleh
guru. Murid-murid perlu dibawa keluar daripada kepompong ciri-ciri pembelajaran abad ke-19,
antaranya, guru ibarat pelayan komputer (server) yang meyimpan beribu-ribu maklumat dan
murid ibarat cakera keras (hard disk) tanpa memori yang menunggu untuk diisi. Gaya
pembelajaran terkini, seperti yang ditegaskan dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah
(KSSR), menyarankan penggunaan pelbagai pendekatan seperti pembelajaran secara hands-
on, kontekstual, konstruktivisme dan masteri; melalui permainan dan inkuiri penemuan; dan
berasaskan projek. Pendekatan yang digunakan haruslah memberi peluang yang tidak terhad
kepada murid dan mengambil kira tahap kecerdasan murid. Ini adalah selaras dengan gaya
pembelajaran abad ke-21 yang berpaksikan literasi era digital, murid berfikir secara kreatif dan
inovatif, kemahiran komunikasi yang berkesan dan penghasilan kerja yang tinggi. Alvin Toffler,
seorang penulis yang terkenal dalam bidang revolusi digital pernah mengatakan, The illiterate
of the 21st century will not be those who cannot read and write, but those who cannot
learn, unlearn and relearn. (Buta huruf pada abad ke-21 bukanlah individu yang tidak boleh
membaca dan menulis tetapi terdiri daripada individu yang tidak boleh belajar, belajar
meninggalkan apa yang telah dipelajari dan belajar semula). Tuntutan kehidupan abad ke-21
memerlukan reaksi pantas manusia untuk berubah mengikut keadaan dan situasi agar tidak
ditenggelami oleh tsunami teknologi.

Gaya pengajaran guru perlu seiring dengan gaya pembelajaran murid agar tidak P&P
dapat dilaksanakan dengan berkesan. Justeru, guru-guru perlu mengambil sikap yang terbuka
dalam mengetahui dan mengenal pasti teknologi pendidikan berkesan yang
menggabungjalinkan teori instruksional dan teori pembelajaran. Seperti seorang tukang rumah
yang mempunyai peralatan seperti tukul, paku, tangga dan sebagainya, murid-murid perlu
dibekalkan dengan pelbagai peralatan (teknologi) yang dapat membantu mereka belajar
dengan cepat dan berkesan. Dengan wujudnya gabungan literasi maklumat dan teknologi
pendidikan yang baik, pembelajaran akan menjadi lebih bermakna dan memberi impak yang
besar dalam proses Membangun Potensi Individu Melalui Pendidikan Berkualiti yang menjadi
misi Kementerian Pelajaran Malaysia. Oleh itu para guru disarankan untuk menimba sebanyak
mungkin ilmu tentang teknologi maklumat supaya tidak tenggelam didalam arus peredaran
ledakan teknologi yang seakan-akan terlalu pantas untuk dikejar oleh manusia.

Вам также может понравиться