Вы находитесь на странице: 1из 5

Tugasan - usaha-usaha meningkatkan sistem pengangkutan awam di Malaysia

Idea

kerajaan perlu meningkatkan kualiti pengangkutan awam di Malaysia dengan


mewujudkan pasukan pengurusan yang mantap dan dinamik

kerajaan perlu memperbanyak pengangkutan awam bagi menampung permintaan


pengguna yang tinggi terutama di bandar-bandar utama

kerajaan perlu menyediakan sistem pengangkutan awam yang tidak memerlukan


masyarakat bertukar rangkaian pengangkutan awam beberapa kali untuk sampai ke
destinasi

kerajaan perlu memikirkan cara yang mudah untuk masyarakat membeli tiket
pengangkutan awam seperti menyediakan sistem membeli tiket secara berpepadu

kerajaan perlu menetapkan harga tiket yang murah atau mampu dibeli oleh pengguna
supaya tidak membebankan pengguna terutama yang berpendapatan rendah

Sistem Pengangkutan Awam Darat (SPAD) perlu membuat kajian secara menyeluruh
tentang permasalahan yang dialami oleh pengguna pengangkutan awam bagi
meningkatkan perkhidmatan sistem pengangkutan awam

pengusaha pengangkutan awam perlu memastikan jadual kekerapan perjalanan dan masa
ketibaan menepati jadual yang dirancang supaya pengguna tidak membazirkan masa
mereka

pengusaha pengangkutan awam perlu meningkatkan kualiti perkhidmatansyarikat


enderaan mereka dengan meletakkan televisyen dan radio supaya pengguna tidak berasa
bosan apabila menaiki kenderaan mereka

pengusaha pengangkutan awam perlu memasang sistem perakam kamera pada kenderaan
masing-masing untuk merakam pemandu yang tidak berdisiplin dan melanggar peraturan
jalan raya

pengusaha pengangkutan awam perlu memikirkan kemudahan pengguna meletakkan


kenderaan mereka sebelum menggunakan pengangkutan awam supaya tidak mengganggu
lalu lintas sehingga boleh menyebabkan lalu lintas

pengusaha pengangkutan awam perlu memastikan keselamatan kenderaan yang


ditinggalkan oleh pengguna yang menggunakan pengangkutan awam mereka untuk
memberi keyakinan kepada pengguna terhadap pengangkutan awam
media massa perlu menguar-uarkan kempen menggunakan pengangkutan awam di
Malaysia untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas

masyarakat perlu menyahut saranan kerajaan supaya menggunakan pengangkutan awam


untuk ke tempat kerja bagi mengelakkan pertambahan kenderaan di atas jalan raya sekali
gus menyebabkan kesesakan lalu lintas terutama pada waktu puncak

pihak sekolah perlu memberi penerangan kepada pelajar-pelajar tentang kepentingan


menggunakan pengangkutan awam seperti dapat mengelakkan kemalangan jalan raya,
dapat mengelakkan kesesakan lalu lintas dan dapat mengurangkan pencemaran udara
melalui pembebasan asap daripada kenderaan

(website: http://blogcikguazaman.blogspot.my/2011/10/usaha-usaha-untuk-
meningkatkan-sistem.html)

(website: http://amirthaqif.blogspot.my/2013/04/85-cadangan-mengurangkan-
masalah.html)

8.5 Cadangan mengurangkan masalah pengangkutan awam

8.5 Cadangan mengurangkan masalah pengangkutan awam

Antara cadangan yang boleh diambil untuk mengurangkan masalah pengangkutan awam ialah :-

1. Kuat kuasa undang-undang

Tindakan tegas perlu diambil terhadap pemandu bas yang melakukan kesalahan yang

berulang-ulang. Denda atau penjara boleh dikenakan terhadap pemandu tersebut. Pihak JPJ boleh

mengenakan denda atau mengeluarkan saman kepada bas/van sekolah yang mengeluarkan asap

hitam yang mencemarkan udara.


2. Penggunaan petrol tanpa plumbum

Penggunaan petrol tanpa plumbum dapat mengurangkan kandungan plumbum dalam

pelepasan asap kenderaan. Langkah ini dapat mengurangkan masalah pencemaran udara

terutamanya di bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur, Johor Bahru dan Pulau Pinang.

3. Penapis asap /Catalytic converter

Bagi mengurangkan pembebasan asap hitam oleh pengangkutan awam seperti bas dan

teksi yang menggunakan minyak diesel, penggunaan penapis asap amat dialu-alukan. Dengan

ini, asap yang dibebaskan telah ditapis dan merupakan asap yang tidak mencemarkan udara.

4. Mengurangkan kos operasi

Bagi mengatasi masalah tambang yang tinggi, pihak kerajaan boleh memberi subsidi

diesel. Dengan ini, diharap tambang pengangkutan awam (contohnya bas dan teksi) dapat

dikurangkan.

5. Penggunaan bahan api alternatif

Dalam usaha mengurangkan pencemaran udara akibat pelepasan asap hitam dari

kenderaan bermotor (bas, lori, teksi dan sebagainya), penggunaan bahan api alternatif yang

mesra alam amat digalakkan. Contohnya, menggunakan diesel kelapa sawit, kereta hibrid
(menggunakan bateri) dan tenaga suria.

6. Kursus pemanduan berhemah

Kemalangan di jalan raya dapat dielakkan jika pemandunya memandu dengan penuh

tanggungjawab dan berhati-hati. Oleh itu, pihak syarikat bas ekspres atau pihak kerajaan boleh

mewajibkan pemandu bas/van/teksi mengikuti kursus pemanduan berhemah dengan tujuan

memberi kesedaran tentang tanggungjawab mereka terhadap keselamatan penumpang dan

mematuhi peraturan jalan raya.

)Melalui pemerhatian saya,saya mencadangkan menyuruh Majlis Perbandaran


membaiki jalan.Ini keran tugas Majlis Perbandaran ialah menjaga hak
rakyat.Contohnya,baru-baru ini 3/4 lubang di Jalan Putra Permai telah dibaiki oleh
Majlis Perbandaran.Menurut temubual yang saya jalankan,Abi merasa gembira
apabila jalan sudah dibaiki.

2)Masalah kedua iaitu kesesakan jalan raya dapat diatasi jika penduduk haruslah
mengurangkan bilangan kenderaan di jalan raya dengan berkongsi kenderaan atau
menaiki kenderaan awam.Menurut temubual,Puan Nazi merasakan masa yang
digunakan di jalan yang sesak semakin kurang kerana dia telah nampak lebih
banyak bas di jalan raya.

3)Selain itu, kerajaan boleh menurunkan harga kereta Hybrid supaya lebih banyak
orang dapat membeli kereta Hybrid.Ini dapat mengurangkan penggunaan diesel
dan dapat mengurangkan pencemaran.Kita juga boleh menguatkuasakan undang-
undang .Bagi kenderaan yang mengeluarkan asap hitam dari ekzos denagn
banyak,kita boleh membuat aduan kepada Jabatan Alam Sekitar atau Jabatan
Pengangkutan Awam.Contohnya,negara Jepun dan Korea Selatan yang kebanyakan
penduduk menggunak kereta Hybrid.Menurut temubual,Zack akan lebih gembira
jika pencemaran udara berkurangan.

(website: http://transportsysteminmalaysia.blogspot.my/)

Вам также может понравиться