Вы находитесь на странице: 1из 14

Bahagian 1

1.1 Pengenalan kepada Pembelajaran Koperatif

Pembelajaran koperatif ialah satu set proses yang membantu pelajar berinteraksi
antara satu sama lain untuk mencapai satu matlamat khusus atau mendapatkan satu hasil
akhir (end product) yang ada kaitan dengan isi kandungan matapelajaran. Pembelajaran
koperatif juga salah satu strategi pengajaran dan pembelajaran di mana pelajar-pelajar saling
membantu diantara satu sama lain di dalam kumpulan kecil yang mempunyai matlamat yang
sama (Effandi Zakaria,1998 dalam Mimi,e.t all, 2008). Pengetahuan dan kemahiran yang
perlu dipelajari oleh pelajar-pelajar ditentukan oleh guru.

Panitz (1998) dalam Salha (2014), pula berpendapat pembelajaran koperatif ialah
teknologi instruksional yang menggunapakai pelbagai jenis strategi motivasi untuk
menjadikan arahan lebih relevan dan pelajar menjadi lebih bertanggungjawab. Kagan (1994)
mendefinisikan pembelajaran koperatif sebagai aktiviti pembelajaran yang wujud apabila
struktur koperatif disesuaikan dengan isi kandungan seperti dalam rajah dibawah.

Struktur pembelajaran + isi kandungan = Aktiviti


Rajah 1

1.2 Kekuatan Pembelajaran Koperatif

Terdapat pelbagai kelebihan atau kekuatan pembelajaran koperatif. Antaranya ialah


kaedah pembelajaran koperatif dapat meningkatkan minat pelajar untuk belajar. Menurut
Salha (2014), pelajar lebih bermotivasi untuk belajar dan secara sendirinya terdorong untuk
fokus terhadap apa yang dipelajari. Hal ini kerana, strategi-strategi pembelajaran koperatif
bukan sahaja menarik tetapi pelajar terlibat secara aktif dalam pembelajaran.

Apabila pelajar menjadi aktif dan fokus dalam pembelajaran, secara tidak langsung
pembelajaran koperatif menyumbang kepada pengurangan masalah disiplin pelajar semasa
proses pembelajaran dan pembelajaran. Melalui dapatan kajian Salha (2014), keenam-enam
responden yang ditemubual menyatakan bahawa masalah disiplin berkurang semasa
pembelajaran koperatif dilaksanakan dalam kelas Bahasa Melayu. Salah satu sebab utama
ialah kerana pembelajaran koperatif yang menarik dan tidak bosan.

1
Selain itu, pembelajaran koperatif juga murah dan mudah dilaksanakan. Guru hanya
memerlukan latihan minimum untuk menggunakan teknik ini. Pembelajaran koperatif boleh
dilakukan dimana-mana tempat yang bersesuaian.

1.3 Kelemahan Pembelajaran Koperatif

Pembelajaran koperatif untuk mempunyai beberapa kelemahan. Antara kelemahan


pembelajaran koperatif ialah pelajar tidak belajar secara sama rata. Walaupun konsep
pembelajaran koperatif ialah pembelajaran secara berkumpulan, namun ramai percaya
bahawa menggabungkan pelajar pintar dengan pelajar yang kurang cerdas adalah tidak
mencabar bagi pelajar yang berbakat.

Di samping itu, pembelajaran koperatif tidak efektif apabila seorang guru


melaksanakan pembelajaran koperatif dengan cara yang tidak berkesan. Peranan guru dalam
pembelajaran koperatif adalah sebagai mentor atau fasilitator. Guru perlu mengurangkan
campur tangan atau penglibatan dalam tugasan pelajar. Penglibatan guru yang keterlaluan
boleh mendorong pelajar tidak mengambil inisiatif untuk berusaha sendiri dan seterusnya
menganggu perkembangan sosial pelajar.

1.4 Penggunaan pembelajaran koperatif dalam bilik darjah

Terdapat enam langkah utama dalam merancang pembelajaran koperatif. Langkah-


langkah tersebut ialah memilih pendekatan, memilih kandungan yang sesuai, membentuk
pasukan pelajar, membangunkan bahan-bahan, merancang untuk mengorientasikan pelajar
kepada tugas-tugas dan peranan serta merancang untuk penggunaan masa dan ruang.

Sebelum memulakan pembelajaran koperatif, guru perlu memilih pendekatan yang


sesuai. Terdapat pelbagai pendekatan yang boleh digunakan dalam pembelajaran koperatif.
Antaranya ialah student team achievement division (STAD), jigsaw, siasatan atau
penyelidikan berkumpulan, team-accelerated instruction (TAI) dan team games tournament
(TGT).

Setelah memilih pendekatan yang sesuai, guru perlu memilih kandungan yang sesuai.
Kandungan pelajaran yang dipilih perlulah mempunyai kepentingan kepada pelajar dan
bersesuaian dengan tahap kepandaian pelajar. Kandungan pelajaran yang kurang menarik dan
mencabar akan menghilangkan minat pelajar untuk terus belajar.

2
Langkah seterusnya, guru perlulah membentuk pasukan pelajar. Pembentukan
pasukan pelajar adalah berbeza mengikut matlamat dan objektif pengajaran dan faktor
kepelbagaian kaum, etika, jantina dan keupayaan kumpulan itu sendiri. Guru perlu
memastikan bahawa gabungan kumpulan yang dibentuk adalah yang terbaik dan tidak
meletakkan pelajar dan rakan baik mereka dalam kumpulan yang sama untuk menggalakkan
interaksi sosial diantara ahli yang tidak mengenali antara satu sama lain. Menurut Rogers dan
Freiberg (1994) dalam Mimi e.t all (2008), pelajar lebih suka pembelajaran koperatif kerana
kaedah ini menggalakkan pelajar berinteraksi antara satu sama lain dalam situasi berkongsi
pendapat dan mengajar antara satu sama lain.

Langkah keempat dalam merancang pembelajaran koperatif dalam bilik darjah ialah
guru perlu membangunkan bahan pembelajaran. Sebelum melaksanakan pembelajaran
koperatif, guru perlu memastikan bahan-bahan pembelajaran yang akan digunakan menarik
dan bersesuaian dengan tahap bacaan pelajarsupaya pelajar tidak mudah bosan. Langkah
kelima ialah guru perlu membuat persediaan rancangan untuk pelajar berorientasikan tugas
dan peranan. Guru perlu mengajar pelajar yang tidak pernah terlibat dengan model
pembelajaran koperatif untuk memastikan mereka jelas tentang peranan serta jangkaan guru
mengenai hasil pembelajaran mereka. Guru perlu mengelak daripada menempatkan pelajar
dalam situasi sebelum mereka mempunyai kemahiran yang sesuai. Langkah yang terakhir
ialah rancangan untuk penggunaan masa dan ruang. Pembelajaran kognitif memerlukan masa
sekurang-kurangnya empat minggu sebelum pelajar menunjukkan perubahan kognitif. Oleh
itu, guru perlu merancang masa tambahan untuk mewujudkan suasana berinteraksi antara
pelajar semasa pembelajaran kognitif.

1.5 Strategi pembelajaran koperatif berbanding dengan strategi pembelajaran


tradisional

Terdapat banyak perbezaan antara strategi pembelajaran koperatif dan strategi


pembelajaran tradisional. Dalam strategi pembelajaran koperatif, terdapat saling
kebergantungan positif, saling membantu dan saling memotivasikan antara pelajar. Dalam
pembelajaran tradisional, guru biasanya membiarkan pelajar yang mendominasi kumpulan
dan tidak wujud sikap kebergantungan.

Perbezaan yang kedua ialah dalam strategi pembelajaran tradisional, tiada


akauntabiliti dalam pembahagian kerja kumpulan. Manakala, dalam strategi pembelajaran
koperatif, terdapat akauntabiliti dalam pembahagian kerja kumpulan. Setiap ahli kumpulan

3
mempunyai peranan masing-masing. Perbezaan yang ketiga ialah cara kumpulan ditubuhkan.
Dalam strategi pembelajaran koperatif, ahli kumpulan dipilih secara heterogeneous ability
grouping, iaitu pemilihan ahli kumpulan berdasarkan kebolehan, jantina dan etnik yang
pelbagai. Hal ini nyata berbeza dengan strategi pembelajaran konvensional yang lazimnya
menggunakan kaedah homogeneous ability grouping iaitu pelajar dibenarkan memilih ahli
kumpulan masing-masing yang lazimnya mempunyai tahap kebolehan yang sama.

Perbezaan yang seterusnya ialah pemilihan ketua kumpulan. Dalam pembelajaran


koperatif, pemilihan ketua kumpulan dilakukan secara demokratik atau penggiliran supaya
setiap orang merasa pengalaman menjadi ketua kumpulan. Berbeza dengan strategi
pembelajaran tradisional, ketua kumpulan biasanya dilantik daripada kalangan pelajar yang
sama kerana dipilih oleh guru atau dipilih sendiri oleh ahli kumpulan tanpa sistem yang
teratur.

Perbezaan yang kelima ialah dalam pembelajaran tradisional, penekanan diberikan


kepada penyelesaian tugasan semata-mata. Manakala, dalam pembelajaran koperatif,
penekanan turut diberikan kepada hubungan interpersonal antara pelajar. Perbezaan yang
keenam ialah dalam pembelajaran tradisional, pemantauan melalui pemerhatian dan tindakan
sering dilakukan oleh guru semasa kerja kumpulan berjalan. Manakala dalam pembelajaran
koperatif, semasa pelajar melaksanakan kerja kumpulan, guru hanya memerhati dan tindakan
hanya diambil selepas kerja kumpulan selesai atau sekiranya terdapat masalah dalam
kalangan ahli kumpulan.

1.6 Kesimpulan

Kesimpulannya, kaedah pembelajaran koperatif adalah lebih baik jika dibandingkan


dengan kaedah pembelajaran tradisional. Selain memberi peluang kepada pelajar untuk
menyumbangkan pengetahuan, pengalaman dan kemahiran kepada pelajar lain, kaedah ini
juga memberi peluang kepada pelajar untuk bekerjasama diantara satu sama lain dan
meningkatkan kemahiran sosial mereka.

4
Rujukan

Fitri Utami (2012). Pengaruh Model Pembelajaran Kooperatif Tipe Tai (Teams Assisted
Individualization) Dalam Pembelajaran Ipa Materi Gaya Terhadap Hasil Belajar Siswa
Kelas Iv Sd Negeri Panembahan Yogyakarta Tahun Ajaran 2011/2012. Diambil pada 18 Julai
2016 daripada http://eprints.uny.ac.id/7960/
Kagan, S. (1994). Cooperative Learning. California: San Juan Capistrano
Mimi Mohaffyza bt Mohamad, Md.Nazaruddin b. Sarji dan Masitah bt Misman (2008).
Strategi Pengajaran Pembelajaran Koperatif Dalam Tajuk Rekabentuk dan Penghasilan
Projek (Matapelajaran Kemahiran Hidup). Diambil pada 10 Julai 2016 daripada
http://eprints.uthm.edu.my/114/1/mimi_mohaffyza_mohamad.pdf
Salha Mohamed Hussian (2014). Keberkesanan Pembelajaran Kooperatif Untuk
Meningkatkan Motivasi Pelajar Dalam Pembelajaran Bahasa Melayu. Diambil pada 15 Julai
2016 daripada https://worldconferences.net/proceedings/gse2014/toc/papers_gse2014/G
%20160%20-%20KEBERKESANAN%20PEMBELAJARAN%20KOOPERATIF%20-
%20SALHA%20MOHAMED%20HUSSAIN.pdf
Pembelajaran Pendidikan: Perbedaan Pembelajaran Tradisional dengan Pembelajaran
Kooperatif (2013). Diambil pada 15 Julai 2016 daripada http://layanan-
guru.blogspot.my/2013/05/perbedaan-pembelajaran-tradisional.html

Bahagian 2

5
LS Tool Kit 1
Kaedah Pembelajaran Koperatif: Jigsaw dan Gallery Walk
LESSON PLAN
Subject : English Topic: Novel (Around The World In Class : 3A Date : 12/7/2016
Theme : Literature 80 Days) (Set1) Time : 1210-1330
Skills: Speaking *Characters and Characterisics No. of Ss: 20 (80 minutes)
(Phileas Fogg, Jean Passepartout,
Aouda, Detective Fix)
Learning Standard Code : 3.1 (b) Moral Value: Co-operation

Previous Knowledge: Students have finished their reading.


Learning Objectives: Success Criteria
By the end of the lesson you I will succeed if I can:
will be able to recognise i. name the characters in the drama (Phileas Fogg, Jean Passepartout,
element in the story such as Aouda, Detective Fix)
ii. describe the characteristics of each characters
characters.
Key Concepts/Key Resources:
Vocabulary: Flash card with number Laptop Poster-papers
meticulous, clumsy, gullible, Pictures of characters A4 Papers Sticky notes
LCD
Lesson Outline
Contents/ Notes/
Steps Learning Teaching and learning activities Teaching
strategy aids
1. Teacher distributes A4 papers to every student.
2. Teacher shows pictures of characters in the novel.
3. Students are given one minutes to write as many
A4 Papers
words as they can think of which related to the
Starter Pictures
List-O-Mania pictures in the paper which they receive earlier.
5 minutes LCD
4. After one minute, teacher calls few names.
5. Students share their responses. Laptop
6. Teacher tells the topic of the lesson and how the
activity relates to the topic.

6
Main Group formation
Activities 1. Teacher distributes flash cards randomly to each Flash card
students.
Step 1
2. Students move to their group according to the flash
15 card they receive. (E.g: All students who receive *This is the
minutes
number 1 form a group. Same goes with students original
who receive number 2,3,4) groups.
3. There will be five groups and there are four
students in each group.
4. Teacher distributes the falsh card again to each
group. Each group receive four flash card with Flash card
different numbers (1,2,3,4).
5. Teacher instructs students to form contemporary
group according to the number that they receive.
(e.g. All students who receive number 1 form one
group)
6. Teacher assigns each character for each group.
Jigsaw Group number 1: Phileas Fogg
Group number 2: Jean Passepartout
Group number 3: Aouda
Group number 4: Detective Fix
7. Each group will discuss about the characters and
the characteristics (of the characters) which
assigned to them.
Step 2 1. After 15 minutes, teacher instruts students to move
to their original groups.
15
2. Students back to their original groups.
minutes
3. Each member shares what have they learnt from
their contemporary groups. (Each member should
be the expert for each characters)
4. Teacher distributes poster-papers and permanent
markers to each group.

Poster-papers
Permanent
markers

7
Step 3 1. Then, students write about all four characters and E.g. of
their characteristics on the poster-papers. Thinking
15 2. Students may use their creativity and choose an map:
minutes Group work Circle map
approriate thinking map to present their work on
Buble maps
the poster-papers. Double
buble maps
Bridge map
Flow map
Brace map
Multi-flow
map
Tree map
Step 4 1. Teacher instructs each group to paste their work Tack-it
(poster-papers) on the wall using tack-it at five
15
minutes different stations.
2. All groups may use the entire classroom to make
their own station as each station should not stay
closed to each other. Sticky notes
3. Each group stands in front of their own works.
4. Teacher distributes sticky notes to each group.
5. Each group is instructed to walk to the other
stations in clockwise rotation.
6. Each group is given three minutes at each station.
7. Each group should examine othersworks and write
Gallery walk
comments on the sticky notes.
8. They are encouraged to write more positive
comments but they are not allowed to write their
groups name on their comments.
9. Each group places their comments on their friends
work before they move to another station.
10. The activity ends when each group backs to their
own station.

Step 5 Comment- 1. Each group gets the comments which have been Comment
reading session notes
placed on their work.
10
2. They sit in their group and read the comments.
minutes
3. Teacher calls one student from each group to pick
any comment and read aloud the comments.
4. Teacher asks opinion from each group about the

8
comments that they receive from others.
5. Students share their responses and what can they do
to improve their works.
Plenary 1. Students sum up the lesson.
2. Students share what have they learnt in todays
5 minutes
lesson.
3. Students share moral value (co-operation) which
they have learnt through the activity.

Bahagian 3

Refleksi Penggunaan Strategi Pembelajaran Koperatif (Jigsaw dan Gallery Walk)


dalam Lesson Study

3.1 Pengenalan

Tidak semua bentuk pembelajaran berkumpulan adalah pembelajaran koperatif


(Johnson dan Johnson, 1998). Menurut Slavin (2009), pembelajaran koperatif ialah kaedah

9
atau model dimana pelajar belajar bersama, saling menyumbang buah fikiran dan
bertanggungjawab terhadap pencapaian hasil pembelajaran individu dan berkumpulan.
Terdapat pelbagai kaedah atau strategi dalam pembelajaran koperatif seperti Jigsaw, Round
Robin, Inside-Ouside Circle, Team Game Tournament (TGT), Student-Teams-Achievement
Divisions (STAD), Gallery walk dan lain-lain (Wikipedia). Kaedah yang dipilih untuk
digunapakai dalam Lesson Study kali ini ialah Jigsaw dan Gallery Walk.

3.2 Kelebihan Menggunakan Strategi Pembelajaran Koperatif dalam Proses


Pengajaran dan Pembelajaran

Terdapat beberapa kelebihan yang dapat dikenal pasti semasa proses pembelajaran
(Lesson Study) dijalankan. Antaranya ialah proses pembelajaran menjadi lebih menarik dan
tidak membosankan. Pelajar tidak berasa mengantuk dan kelihatan teruja semasa proses
pembelajaran dan pengajaran. Melalui aktiviti Jigsaw, pelajar dapat bergerak dari kumpulan
asal ke kumpulan sementara untuk melakukan perbincangan seperti yang ditugaskan oleh
guru, kemudian kembali semula ke kumpulan asal untuk berkongsi ilmu yangbaharu sahaja
dipelajari. Kaedah ini sangat baik kerana melalui kaedah ini, pelajar yang kurang mempunyai
pengetahuan dalam topik yang dipelajari dapat dibantu oleh rakan lain. Pelajar akan
mempunyai keyakinan yang tinggi untuk berkongsi ilmu mengenai sesuatu topik. Berbanding
dengan kaedah tradisional, pelajar yang tidak mempunyai pengetahuan yang tinggi dalam
sesuatu topik selalunya memilih untuk mendiamkan diri dan tidak aktif dalam aktiviti
berkumpulan. Di sampingitu, melalui pemerhatian semasa proses pembelajaran berlangsung,
sikap positif seperti bekerjasama dan saling membantu nampak ketara sekali. Pelajar saling
membantu ahli kumpulan masing-masing semasa proses perbincangan dan melaksanakan
tugasan berkumpulan yang telah diarahkan.

3.3 Kelemahan Dalam Penggunaan Strategi Pembelajaran Koperatif dalam Proses


Pengajaran dan Pembelajaran

Terdapat juga beberapa kelemahan yang dapat diperhatikan semasa pelaksanaan Lesson
Study menggunakan kaedah pembelajaran koperatif. Antaranya ialah masalah dalam peranan
guru. Guru cenderung untuk membantu pelajar apabila pelajar bertanya soalan. Guru
sepatutnya meminimumkan penglibatannya dalam proses pembelajaran dan pengajaran
kerana fungsi guru ialah sebagai fasilitator. Sekiranya terdapat persoalan atau pertanyaan

10
daripada pelajar, guru sepatutnya membiarkan sahaja pelajar menyelesaikan masalah dan
mencari jawapan sendiri terlebih dahulu melalui perbincangan dengan rakan-rakan
sekumpulan.

3.4 Kesesuaian Kaedah Pembelajaran Koperatif

Penggunaan kaedah Jigsaw dan Gallery Walk sesuai dengan topik yang dipelajari. Dalam
topik yang dipelajari iaitu watak dan perwatakan (Characters and characteristics) dalam novel
bertajuk Around the World in 80 Days, terdapat empat watak yang perlu diketahui oleh
pelajar dengan mendalam. Empat watak tersebut ialah Phileas Fogg, Jean Passepartout,
Aouda dan Detective Fix. Kaedah Jigsaw membolehkan pelajar mempelajari empat watak
tersebut dalam satu proses pembelajaran. Jika dibandingkan dengan pembelajaran gaya
tradisional, pelajar memerlukan masa yang lama atau beberapa siri pembelajaran untuk
mempelajari setiap watak dan perwatakan masing-masing. Cara pembelajaran juga menarik
dan membuat pelajar terlibat secara aktif dalam proses pembelajaran.

Kaedah pembelajaran Gallery Walk pula merupakan alternatif baru kepada kaedah
pembentangan dalam pembelajaran tradisional. Tidak dinafikan kaedah pembentangan
tradisional berkesan dalam membantu pelajar memahami topik yang dibentangkan, namun
kurang berkesan kepada pelajar yang mendengar. Sering kali dalam gaya pembelajaran
tradisional, pembentangan oleh rakan-rakan dari kumpulan lain tidak diambil endah oleh
pelajar. Pelajar sibuk berbincang cara untuk membuat pembentangan mereka lebih menarik
setelah membandingkan pembentangan oleh kumpulan lain. Pelajar tidak memberi fokus dan
perhatian sepenuhnya semasa sesi pembentangan lebih-lebih lagi sekiranya maklumat yang
disampai sama. Pelajar yang mendengar pembentangan akan cepat berasa bosan dan mula
bercakap. Salah satu kekangan yang sering dihadapi semasa pembentangan cara tradisional
ialah pelajar yang membentang merasa kurang yakin, malu bercakap dikhalayak ramai dan
bersuara kecil. Hal-hal remeh seperti ini menyebabkan proses pembentangan yang sepatutnya
berlangsung dengan singkat mengambil masa yang terlalu lama sehingga ada kumpulan lain
yang tidak sempat membuat pembentangan. Oleh itu, guru telah memilih kaedah Gallery
Walk sebagai alternatif kepada pembentangan tradisional. Kaedah Gallery Walk lebih
berkesan dan sesuai kerana pelajar tidak hanya duduk mendengar tetapi pelajar berpeluang
untuk bergerak dari satu stesen ke satu stesen untuk membaca dan meneliti hasil kerja
kumpulan lain. Semasa lawatan ke setiap stesen, pelajar berpeluang membuat perbincangan
mengenai hasil kerja kumpulan lain dan menulis komen bersama-sama. Di akhir aktiviti juga,

11
pelajar lebih teruja untuk membaca komen-komen yang diberikan oleh kumpulan-kumpulan
lain. Dalam aktiviti pembentangan biasa, kebanyakan pelajar berasa kurang selesa untuk
memberi komen secara terang-terangan kerana takut komen yang diberikan akan melukakan
hati rakan sekiranya komen tersebut negatif. Pelajar yang menerima komen juga mungkin
akan terasa hati dan berasa kurang senang dengan komen yang diberikan. Hal yang
sebaliknya berlaku dalam Gallery Walk. Pelajar tidak berasa ragu-ragu untuk memberi dan
menerima komen samada negatif atau positif kerana komen tidak disampaikan secara
langsung. Pelajar juga tidak mengetahui siapa yang menulis komen tersebut. Cara ini
memberi peluang kepada pelajar untuk melihat aspek-aspek kelemahan yang perlu diperbaiki
dan mengetahui kekuatan yang mungkin tidak disedari selama ini.

3.5 Cadangan untuk Penambahbaikan

Dalam aktiviti Jigsaw, keadaan kelas yang sempit dengan meja yang masih tersusun
menyukarkan pelajar untuk duduk berdekatan dalam bentuk bulatan antara satu sama lain.
Jarak dan kedudukan pelajar dalam kumpulan turut mempengaruhi cara pelajar berinteraksi
dengan ahli kumpulan. Kedudukan pelajar yag dipisahkan oleh meja menyebabkan interaksi
menjadi kurang berkesan. Sebelum aktiviti pembelajaran berlangsung, guru boleh meminta
pelajar untuk menyusun meja di tepi dinding dan membiarkan ruang tengah kelas kosong
bagi memudahkan pelajar bergerak membentuk kumpulan dan berbincang dalam kumpulan.
Keadaan kelas yang kondusif memudahkan aktiviti pembelajaran berjalan dengan lancar.

Selain itu, masa bagi setiap aktiviti juga agak singkat. Pelajar memerlukan lebih daripada
15 minit untuk berbincang dan mengajar ahli-ahli lain mengenai watak yang dipelajari dalam
kumpulan pakar. (dalam langkah 2). Guru perlu mengurangkan aktiviti dan memberi masa
yang lebih untuk aktiviti yang memakan masa.

Di samping itu, pelajar cenderung untuk berada di setiap stesen (semasa Gallery Walk)
melebih tiga minit. Guru boleh menggunakan jam randik untuk mengira masa dengan tepat
dan loceng untuk memberi isyarat kepada setiap kumpulan untuk bergerak ke stesen lain
setelah tamat tiga minit.

Cadangan penambahbaikan yang seterusnya ialah cara menulis komen. Terdapat


beberapa komen yang ditulis tidak menepati atau tidak sesuai dengan topik dan aktiviti. Guru
perlu memaklumkan kepada pelajar terlebih dahulu mengenai aspek yang boleh dikomen.
Contohnya, isi kandungan dan cara persembahan hasil kerja diatas kertas mahjong.

12
Guru juga perlu memperbaiki cara memberi arahan kepada pelajar. Pelajar perlu berada
dalam keadaan bersedia dan fokus semasa arahan diberikan. Guru perlu mengelak daripada
memberi arahan semasa pelajar masih bercakap dengan rakan-rakan dan tidak memberi
tumpuan yang penuh.

Guru juga perlu memberi contoh dan petunjuk kepada pelajar semasa memilih peta
pemikiran (thinking maps) yang sesuai digunakan untuk menyampaikan maklumat mengenai
watak dan perwatakan. Hal ini supaya pelajar tidak menggunakan peta pemikiran yang salah
untuk menyampaikan maklumat.

3.6 Penutup

Secara kesimpulannya, kaedah pembelajaran koperatif terutamanya Jigsaw dan Gallery


walk berkesan dalam membantu meningkatkan kefahaman pelajar dalam memahami sesuatu
topik. Pembelajaran berkesan dapat dicapai kerana pelajar terlibat secara aktif dalam proses
pembelajaran. Objektif pembelajaran akan dapat dicapai di samping memberikan
keseronokan dan kepuasan pelajar dalam proses pembelajaran.

Bibliografi

Johnson, D.W & Johnson, R.T (1998). Learning Together and Alone: Cooperative ,
competitive and individualistic learning (5th Ed). Boston: Allyn & Bacon.
Slavin, R.E (2009). Cooperative Learning. In G. McCulloh & D.Crook (Eds.) International
Encyclopedia of Education. Abington, UK: Routledge.
Wikipedia https://en.wikipedia.org/wiki/Cooperative_learning

13
14

Вам также может понравиться