Вы находитесь на странице: 1из 66

BAB 1

PENGENALAN

1.0 : PENDAHULUAN

Remaja yang terdapat pada masa sekarang merupakan aset terpenting negara buat

masa hadapan. Hal ini, kerana remaja yang ada merupakan aset dan pewaris kepada

pembangunan negara. Oleh itu, sebagai generasi pewaris atau penerus kecemerlangan

negara, remaja seharusnya mempunyai sifat-sifat keperibadian yang luhur dan

progresif. Malangnya, dewasa ini kepesatan pembangunan yang berlaku secara drastik

sedikit sebanyak telah mencalarkan tingkah laku ketimuran yang telah diwariskan oleh

generasi lampau kepada remaja di Malaysia ( Nik Azis Nik Pa:1998 ). Suka atau tidak

kita seharusnya mengakui bahawa kepesatan pembangunan negara telah

meningkatkan kadar keruntuhan akhlak dan moral remaja di Malaysia. Hal ini, kerana

pembangunan material tidak berlaku seiring dengan pembangunan keagamaan

mahupun nilai-nilai moral. Rentetan daripada peristiwa itu, kuantiti kes-kes yang

melibatkan keruntuhan moral khususnya remaja telah menunjukkan peningkatan

sehingga membimbangkan semua pihak ( Nik Azis Nik Pa:1998 ). Remaja seharusnya

sedar mereka mempunyai peranan dan tanggungjawab yang sangat dominan dalam

menjana pembangunan negara amnya dan masyarakat khasnya yang merujuk kepada

1
keluarga dan diri sendiri. Remaja sewajarnya sedar dan tahu bahawa tekanan yang

diberikan kepada mereka jika mereka gagal memenuhi impian negara mahupun

keluarga ini sebagai satu refleksi betapa tingginya harapan yang digalas oleh mereka

dan perlu ditunaikan. Menurut Nik Azis ( 1998 ) tugas dan tanggungjawab remaja

terhadap masyarakat banyak bergantung kepada realiti semasa dan keperluan futuristik

masyarakat tersebut.

Berdasarkan kepentingan remaja adalah sangat penting untuk kita menekankan

aspek pengurusan disiplin yang berkesan. Kegagalan menguruskan remaja hari ini

mencerminkan kegagalan negara pada masa yang akan datang ( Rahimah Ghazali :

1995). Disiplin merupakan teras kejayaan dan kecemerlangan setiap insan.

Pembentukan disiplin di dalam diri setiap individu adalah sangat penting.

Kepentingannya dilihat sama beratnya dengan kepentingan untuk mendapatkan ilmu

pengetahuan mahupun kemahiran dalam sesuatu bidang. Oleh itu, sekolah seharusnya

memainkan peranan yang sangat penting dalam usaha untuk mengawal mutu disiplin di

sekolah. Keberkesanan pihak sekolah melaksanakan aktiviti pengajaran dan

pembelajaran adalah berkait rapat keupayaan sekolah untuk menyempurnakan

penerapan disiplin dan nilai-nilai murni dalam diri murid ( Rosli Din:2004 ). Sejauh

manakah sebuah sekolah mampu menerapkan disiplin dan nilai-nilai murni di dalam

diri muridnya khusus murid daripada Sekolah Tunas Bakti sebagai pelajar harian adalah

sangat bergantung kepada proses pengurusan dan perancangan disiplin yang

dijanakan oleh pihak pengurusan sekolah terbabit berpandukan Akta Pendidikan 1996

(Akta 550), Ordinan Pelajaran 1950, Ordinan Pelajaran 1952, Ordianan Pelajaran 1957

dan Ordianan Pelajaran 1959. Walaupun pihak pengurusan sekolah harus berdepan

2
dengan sikap kanak-kanak ini yang menghadapi kesukaran untuk berubah ataupun

mengeluarkan diri mereka sendiri daripada pengaruh negatif tersebut walaupun telah

menjalani proses pemulihan ( Addison : 2011) tetapi pihak sekolah sebenarnya masih

terikat dengan peraturan-peraturan sedia ada. Peraturan-peraturan sedia ada yang

dimaksudkan adalah merujuk kepada peraturan dan tatacara yang telah ditetapkan oleh

Kementerian Pendidikan Malaysia berdasarkan Ordinan Pelajaran 1957, Peraturan-

Peraturan Pelajaran ( Disiplin Sekolah ) 1957 dan Surat-Surat Pekeliling Ikhtisas.

Sekolah merupakan institusi pendidikan yang memenuhi matlamat negara untuk

melahirkan warga negara yang berkaliber, berkebolehan, cemerlang dan berupaya

untuk memenuhi hasrat serta visi dan misi wawasan negara. Murid seharusnya

mempunyai rasa keyakinan diri yang tinggi, ditunjangi pula oleh nilai-nilai moral dan

etika yang kukuh lagi utuh, liberal dan mampu bertolak ansur, berbudi pekerti tinggi, adil

lagi saksama, progresif serta makmur, dan sepenuhnya mampu menguasai ilmu

pengetahuan dan kemahiran, mampu bersaing serta mempunyai daya ketahanan (Atan

Long : 1991 ). Menurut Atan Long lagi ( 1991 : 83 ) untuk jangka pendek sistem

pendidikan menurut konteks Malaysia seharusnya mampu melahirkan individu yang

seimbang keperingkat optimum bagi menjadikan rakyat yang berguna kepada

masyarakat khasnya dan negara amnya. Manakala dari sudut jangka panjang pula

sistem pendidikan di Malaysia sewajarnya untuk memberikan pendidikan yang

sempurna kepada muridnya melalui pembentukan nilai yang positif supaya mampu

menjadi warganegara yang baik ( Atan Long : 1991 ). Hal ini, tidaklah sekadar terikat

kepada murid yang bersih daripada sebarang jenayah juvana. Malahan penumpuan

dalam menghasilkan murid yang seimbang ini juga seharus diberikan kepada kanak-

3
kanak Sekolah Tunas Bakti kerana Pendidikan Untuk Semua (UNESCO 2000). Mereka

ini tidak dinafikan memang telah pernah melakukan kesalahan dalam hidup ketika

belum mencapai tahap matang dan seharusnya bimbingan yang betul dari pihak yang

betul harauslah diberikan penekanan agar dapat membimbing mereka daripada terus

melakukan kesilapan demi kesilapan sehingga memerangkap mereka untuk kembali

kepangkal jalan.

Manakala menurut Wan Zahid Noordin ( 1993 : 9 ) pula, wajah-wajah manusia yang

seharusnya ingin dilahirkan oleh sistem pendidikan Malaysia adalah berasaskan

Falsafah Pendidikan Kebangsaan haruslah memenuhi ciri-ciri berikut :

Pendidikan adalah usaha untuk mewujudkan budaya ilmu di mana sekolah

merupakan permulaan perjalanan kearah penerusan pencarian ilmu

sehingga ke akhir hayat,

Manusia yang hendak dilahirkan oleh sistem pendidikan adalah manusia

yang bermoral dan bertaqwa yang percaya dan patuh kepada Tuhan,

Manusia yang akan muncul daripada sistem pendidikan adalah menusia

yang seimbang dan harmonis dari segi emosi, jasmani, rohani dan intelek

yang mempunyai ketrampilan dan ilmu pengetahuan yang dapat berpijak di

atas kaki sendiri untuk berbakti dan berjasa kepada masyarakat dan negara.

Jika kita menelusuri peranan sekolah dari perspektif syumul ( universal ) Islam

pula, proses pendidikan bukanlah sekadar untuk memenuhi minda dengan segala

ilmu pengetahuan tetapi turut mendokong tugas dan peranan yang lebih berat

daripada itu, kerana berfungsi untuk mendidik akhlak dan jiwa, membiasakan diri

4
dengan kesopanan yang tinggi dan mempersiapkan generasi untuk satu kehidupan

yang suci, ikhlas dan jujur. Ataupun dalam erti kata lain yang lebih mudah untuk

difahami oleh semua pihak, pendidikan merupakan satu proses pengembangan

spiritual (rohani), fizikal (jasmani), pemikiran, intelektual, emosi dan akhlak yang

memainkan peranan penting dalam usaha untuk menyiapkan individu agar mampu

memberikan sumbangan yang berkesan dalam kehidupan bermasyarakat dan

bersosial serta dapat melaksanakan tugasnya sebagai khalifah untuk memimpin

kehidupan di dunia bagi mendapatkan kesejahteraan Allah di akhirat kelak ( Hassan

Langgulung : 1987 dan Haron Din et. al. : 1985 ).

Melalui huraian di atas, dapatlah kita kaitkan dengan peranan sekolah dalam

usaha untuk memimpin kembali murid-murid khususnya dalam kalangan murid

Sekolah Tunas Bakti di sekolah harian untuk kembali ke pangkal jalan selain

mempersiapkan diri mereka untuk kembali ke dunia nyata setelah keluar daripada

Sekolah Tunas Bakti kelak supaya tidak terjebak semula ke kancah masalah seperti

sebelum ini. Malahan pihak sekolah juga berperanan untuk mendidik mereka agar

bersedia untuk menjadi penyumbang semula kepada pembangunan negara

( Darussalam Budin : Kournal Hadari : 6 ) Tambahan pula, pelatih Sekolah Tunas

Bakti ini juga sebenarnya merupakan sebahagian daripada pewaris kecemerlangan

negera. Daya kreativiti dan keberanian yang mereka miliki selama ini seharusnya

disasarkan semula untuk proses pembangunan negara dan bukannya untuk

menjatuhkan imej negara.

5
Jika kita menyelami kembali kepada tujuan dan matlamat sekolah dan juga

matlamat pendidikan yang dihuraikan di atas dapatlah kita membuat dua

kesimpulan penting iaitu :

Sekolah merupakan sebuah institusi formal yang berperanan untuk

melaksanakan dasar-dasar pendidikan. Sekolah pada masa yang sama

mempunyai fungsi, peranan dan tanggungjawab yang sangat penting untuk

dilaksanakan dalam usaha untuk melahirkan warga negara yang berdisiplin

dan berakhlak tinggi. Selain itu, juga haruslah berilmu pengetahuan,

berketrampilan, seimbang yang pada dasarnya dapat berbakti serta

mempunyai nilai keinsanan yang diperlukan oleh agama, bangsa dan

negara. Seharusnya pelajar harian daripada Sekolah Tunas Bakti ini yang

pernah dilabelkan sebagai nakal dan jahat hanya kerana kekhilafan yang

tidak disengajakan atau mungkin juga disengaja ini agar dapat kembali

menjadi insan yang berguna dan berbakti kepada negara, nusa dan bangsa

apabila keluar kelak. Hanya melalui bimbingan dan tunjuk ajar yang betul

sahaja yang dapat membimbing mereka ini kembali ke pangkal jalan.

Tambahan pula, ketika umur belasan tahun ini mereka sewajarnya masih

berada di bangku sekolah dan bukannya berada di dalam tahanan sehingga

mengekang mereka untuk menuntut ilmu. Hanya melalui ilmu di jalan yang

betul sahaja dapat membimbing mereka ke jalan yang benar.

Pembentukan disiplin di sekolah sebenarnya adalah sangat penting seperti

tugasnya menyebaran ilmu pengetahuan dan pendidikan. Malahan

keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran ini mempunyai kaitan

6
yang sangat signifikan dengan kesempurnaan disiplin pelajar. Proses

pendidikan tidak ada maknanya jika gagal melahirkan individu yang

seimbang perkembangannya, berdisiplin, berakhlak dan bermoral selain

daripada berilmu pengetahuan serta berketrampilan.

Oleh itu, tugas dan peranan sekolah yang menerima pelatih Sekolah Tunas

Bakti sebagai murid harian sebenarnya mempunyai tanggung jawab yang lebih

berat untuk digalas berbanding sekolah-sekolah harian yang lain. Hal ini kerana,

sekolah bukan sahaja lagi berfungsi untuk memberi peluang kedua kepada

mereka untuk kembali kepangkal jalan dengan peluang pendidikan yang sama

taraf seperti remaja-remaja lain seperti yang diperjuangkan oleh UNESCO

( Syed Ismail : 2010 ). Namun pada masa yang sama sekolah berfungsi untuk

mendidik mereka agar kembali mematuhi undang-undang selain melindungi

murid-murid lain agar tidak terpengaruh dengan gejala negatif yang sudah

menjadi amalan kanak-kanak Sekolah Tunas Bakti sebelum mereka terjebak di

Sekolah Tunas Bakti. Oleh itu, setiap sekolah harian yang menerima kanak-

kanak Sekolah Tunas Bakti Taiping sebagai murid harian sewajar mempunyai

satu kaedah pengurusan disiplin yang betul dan seragam dalam menguruskan

masalah disiplin yang ditimbulkan oleh pelatih Sekolah Tunas Bakti Taiping di

sekolah mereka ( Jabatan Penjara Malaysia : 2010 ). Penyelarasan ini amat

perlu bagi memastikan keberkesanan tindakan yang diambil mereka.

7
1.1 : KEPENTINGAN MENGUASAI PENGURUSAN DISIPLIN

Kita tidak dapat menafikan bahawa masalah disiplin sememangnya wujud di mana-

mana sahaja di sekolah di Malaysia ini. Hal ini terjadi kerana kita perlu akur dengan

realiti dunia bahawa masalah disiplin sememangnya wujud di mana-mana sahaja serta

dalam apa jua situasi mahupun dalam semua peringkat masyarakat. Namun begitu isu

pelanggaran disiplin dalam kalangan murid sekolah sudah mula menunjukkan angka

yang membimbangkan semua pihak khususnya dalam kalangan kanak-kanak Sekolah

Tunas Bakti yang sedang mengikuti pembelajaran di sekolah harian ( Siti Noor Fariza bt

Suis @ Mohd Rusdy : 11 Dis 2014 ). Isu disiplin dalam kalangan murid sekolah

sebenarnya telah menarik perhatian pelbagai pihak khususnya media massa mahupun

masyarakat sekitar. Oleh itu pihak pentadbir sekolah seharusnya lebih peka mengenai

tanggungjawab terhadap urusan mentadbir urus isu yang berkaitan dengan disiplin. Hal

ini demikian kerana ia merupakan amanah yang sangat berat yang harus dipikul oleh

semua guru amnya dan pihak pentadbir sekolah khasnya. Hal ini menjadi lebih

membebankan jika ia melibatkan kanak-kanak daripada Sekolah Tunas Bakti.

Oleh itu, setiap pengurus sekolah seharusnya perlu lebih menghayati keperluan

disiplin dalam menguruskan organisasinya. Disiplin yang dicanangkan akan

mencorakan tingkah laku setiap individu yang terkandung didalam organisasinya

khususnya bagi mengawasi pergerakan kanak-kanak Sekolah Tunas Bakti di sekolah

terbabit. Melalui pengawalan disiplin yang berjaya dikawal selia dengan baik akan

memudahkan peranan sekolah sebagai serampang dua mata iaitu sebagai agen

pembentukan warga sekolah berkualiti selain berfungsi sebagai peluang kedua kepada

kanak-kanak Sekolah Tunas Bakti untuk membina kehidupan baru. Sekolah pada

8
dasarnya merupakan institusi sosial yang ditubuhkan dalam usaha untuk melahirkan

warga negara Malaysia yang mampu menjiwai nilai-nilai akhlak dan rohani yang mulia,

serta memahami perhubungan antara manusia sebagai asas kemasyarakatan, dan

bersedia menyumbang kepada penerusan ketamadunan bangsa tersebut.

Sehubungan dengan itu, peraturan mahupun undang-undang yang diwujudkan di

sekolah adalah bertujuan untuk membentuk dan mentransformasikan individu-individu

di dalamnya supaya menjadi warga negara yang mampu memberikan nilai kepada

masyarakat khasnya dan negaranya amnya agar Malaysia dapat duduk sama rendah

dan berdiri sama tinggi dengan negara barat. Pengurusan disiplin yang berkualiti akan

pastinya mampu mengawal emosi dan tingkah laku muridnya. Secara tuntas akhirnya

produk yang dihasilkan lebih berdisiplin. Hal ini amat penting kerana produk yang

berdisiplin sudah tentu akan bersedia untuk menawarkan peluang berinteraksi secara

berhemah dalam masyarakat. Kejayaan murid dan guru berinteraksi secara positif

sebenarnya sangat penting kerana dapat melahirkan individu yang berjaya memberikan

nilai positif kepada masyarakat. Malahan aspek inilah yang menjadi pegangan ketika

menguruskan kes disiplin yang membabitkan kanak-kanak Sekolah Tunas Bakti di

sekolah harian kerana pihak pentadbir akan berusaha untuk membentuk keyakinan

dalam diri kanak-kanak Sekolah Tunas Bakti agar mampu mewujudkan komunikasi

yang baik dalam kalanggan masyarakat apabila mereka keluar kelak dan seterusnya

mencetuskan nilai positif dalam kalangan masyarakat.

Pada masa yang sama pengurusan disiplin yang cuba diamalkan di sekolah secara

cekap akan dapat membantu sekolah dalam usaha untuk mendidik kefahaman murid

mengenai realiti dunia luar di samping undang-undang yang diguna pakai di peringkat

9
global. Murid perlu dijelaskan mengenai konsep disiplin sekolah yang berpaksikan

kepada hak asasi manusia. Bagi tujuan itu, murid seharusnya di fahamkan bahawa

sekiranya mereka melakukan atau terlibat dengan perkara yang menyalahi undang-

undang mahupun peraturan, mereka juga boleh didakwa atas alasan mengancam

nyawa ahli-ahli masyarakat sekolah yang lain. Pada masa yang sama juga untuk

menyedarkan murid mengenai nilai bertanggungjawab terhadap setiap tindakan yang

diambil. Sebagai contoh yang mudah mengenai kisah seorang gadis remaja yang

membuat cerita palsu kononnya telah diculik ke Johor baru-baru ini sedangkan telah

melarikan diri dengan teman lelakinya ( Berita Harian : 8 Jan. 2016 ). Tambahan pula di

Malaysia, pengurusan disiplin yang cekap bertujuan untuk memperjelaskan isi

kandungan yang terdapat di dalam Rukun Negara. Rukun Negara yang menjadi

pegangan negara Malaysia sebenarnya menekankan aspek kesepaduan, ketaatan dan

kesusilaan.

1.2 : LATAR BELAKANG KAJIAN

Pejabat Pendidikan Daerah Larut Matang dan Selama Perak ini bertempat di

Jalan Taming Sari merupakan PPD terbesar di Perak dengan jumlah sekolah

berdasarkan jenisnya ( Perak Excellent : 2016 ) :

Sekolah Kebangsaan : 71 buah

Sekolah Jenis Kebangsaan ( Cina ) : 23 buah

Sekolah Jenis Kebangsan ( Tamil ) : 17 buah

Sekolah Menengah : 30 buah

Sekolah Agama Bantuan Kerajaan : 5 buah

10
Sekolah Swasta : 1 buah

Namun daripada 35 buah sekolah menengah yang terdapat di Larut Matang dan

Selama ini, hanya 4 buah sekolah sahaja yang terlibat dalam penerimaan pelatih

Sekolah Tunas Bakti Taiping sebagai pelajar harian ( Perak Excellent : 2016 ). Sekolah-

sekolah terbabit beserta bilangan pelatihnya adalah seperti berikut :

SMK Klian Pauh Taiping Perak : 2 orang pelatih STBT

SMK St George Taiping Perak : 2 orang pelatih STBT

SMK Kampung Jambu Taiping Perak : 2 orang pelatih STBT

SMK Darul Ridwan Taiping Perak : 1 orang pelatih STBT

Keluhan demi keluhan dan rintihan daripada pihak pentadbir sekolah-sekolah

terbabit khususnya PK HEM apabila berdepan dengan kes disiplin yang ditimbulkan

oleh pelatih Sekolah Tunas Bakti Taiping di sekolah harian ( Encik Roseli Kamaruddin :

temubual ) telah menarik perhatian pengkaji untuk menjalankan kajian mengenai

tindakan yang telah diambil untuk mencegah pengaruh disiplin ini daripada terus

menular kepada murid-murid lain yang masih terkawal disiplinnya. Pengkaji

mengharapkan hasil kajian ini kelak akan dapat membantu pihak pengurus semua

sekolah khususnya PK HEM dan guru disiplin dalam menguruskan disiplin para pelatih

Sekolah Tunas Bakti bukan sekadar kerana tindakan yang seragam tetapi lebih

berkesan dan mengikuti peraturan yang sebenar berdasarkan Peraturan-peraturan

sedia ada yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia berdasarkan

Ordinan Pelajaran 1957, Peraturan-Peraturan Pelajaran ( Disiplin Sekolah ) 1957 dan

Surat-Surat Pekeliling Ikhtisas.

11
1.1 : PERNYATAAN MASALAH

Sistem pendidikan juvana yang pertama di Malaysia adalah pada tahun 1948 di

Penjara Muar Johor iaitu Sekolah Pemulihan Lanjutan ( institusi pemulihan belia ).

Namun sekolah ini telah dipindahkan ke Telok Mas Melaka pada 19 Julai 1950 dengan

nama Sekolah Henry Gurney ( Muzium Penjara : 2014 ). Dalam usaha memenuhi

keperluan pendidikan juvana, Jabatan Penjara Malaysia telah menubuhkan lima buah

lagi Sekolah Henry Gurney iaitu ( Muzium Penjara : 2014 ) :

Sekolah Henry Gurney Batu Gajah, Perak.

( Ditutup pada April 2007 dan menjadi menjadi sebahagian Pusat Pemulihan

Akhlak Batu Gajah ).

Sekolah Henry Gurney Kota Kinabalu, Sabah.

Sekolah Henry Gurney Keningau, Sabah.

Sekolah Henry Gurney Bandar Hilir, Melaka.

( Ditutup pada Jun 1990 dan menjadi Penjara Bandar Hilir ).

Sekolah Henry Gurney Dusun Dato Murad, Melaka.

( Ditutup pada April 2003 dan menjadi Penjara Bebas Dusun Dato Murad ).

Pada tahun 2004, seramai 8 orang bekas pelajar Sekolah Menengah Agama

Ampangan, Negeri Sembilan telah menjalani hukuman di Penjara Kajang. Pentadbiran

penjara tersebut telah menggunakan banduan yang mempunyai kelayakan tertentu

menjadi tenaga pengajar kepada banduan muda ini ( Darussalam : 2014 ). Hal ini

menyedarkan pentadbiran penjara keperluan untuk mewujudkan Pusat Kecemerlangan

12
Juvana dan telah menawarkan tempat kepada yang berpotensi melanjutkan pelajaran.

Pada tahun 2007, Jabatan Penjara Malaysia telah menempatkan empat orang guru

kontrak untuk mengajar di pusat ini dan memulakan perancangan mewujudkan sekolah

di dalam penjara ( Jabatan Penjara Malaysia : 2009 ). Pada tahun 2008 pula, dengan

kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan Penjara Malaysia telah

menyediakan pendidikan secara formal kepada juvana dengan mewujudkan Sekolah

Integriti. Sebanyak enam buah Sekolah Integriti secara zon telah diwujudkan, iaitu Zon

Utara, Zon Tengah, Zon Selatan, Zon Timur, Zon Sarawak dan Zon Sabah. Semua

sekolah ini dibina di dalam kawasan penjara melalui pengubahsuaian bangunan yang

sedia ada ( Jabatan Penjara Malaysia : 2009 ). Pada peringkat awal penubuhan

sekolah ia memberi peluang kepada juvana di Sekolah Henry Gurney sahaja.

Pada tahun 2008 Sekolah Integriti diwujudkan dan lebih ramai juvana berpeluang

untuk bersekolah. Pada waktu ini kebanyakan juvana ditempatkan di zon sekolah.

Mereka akan diberikan pendidikan melalui Sistem Perbengkilan atau Sistem

Persekolahan. Taraf Pegawai Pendidikan pula adalah setanding dengan mereka di

sekolah harian biasa ( Darussalam : 2014 ). Berdasarkan peluang pendidikan ini

jabatan telah berusaha untuk melaksanakan saranan UNESCO iaitu Pendidikan Untuk

Semua. Dengan peradaban ini diharapkan ia dapat melaksanakan fungsinya untuk

memberi peluang kepada juvana untuk membina masa hadapan.

Statistik tahap pendidikan juvana pada 2 September 2013, menunjukkan bahawa

daripada jumlah 2831 orang, 521 orang atau 18.40% bersekolah rendah, 1255 orang

atau 44.33% tamat sekolah peringkat menengah rendah ( tingkatan tiga ), 1002 orang

atau 35.39% tamat sekolah di peringkat menengah atas ( tingkatan lima ) dan 53 orang

13
atau 1.87% tahap pendidikannya melebihi tingkatan lima. Pada umumnya, seramai

1776 orang atau 62.73% bersekolah sehingga menengah rendah ( Jabatan Penjara

Malaysia : 2013 ). Berdasarkan statistik ini, mereka sangat wajar diberikan peluang

untuk meneruskan persekolahan atau diberi peluang kedua untuk bersekolah semula.

Statistik tahap umur juvana pada 2 September 2013 menunjukkan bahawa daripada

jumlah 2831 orang juvana, 161 orang atau 5.69% berumur 17 tahun ke bawah, 611

orang atau 21.58% berumur 17 - 18 tahun ke bawah dan 2059 orang atau 72.73%

berumur 19-20 tahun. Pada umumnya, seramai 772 orang atau 27.30% berumur 18

tahun ke bawah ( Jabatan Penjara Malaysia : 2013 ). Dasar Pendidikan Kebangsaan

menyatakan Pendidikan Menengah adalah untuk murid yang berumur 12+ tahun hingga

17+ tahun ( Kementerian Pelajaran Malaysia : 2012 ). Justeru, mereka sewajarnya

diberikan peluang untuk bersekolah semula.

Persekolahan integriti ini juga bagi memenuhi Akta Kanak-Kanak 2001 mengikut

Perkara 2 Akta Kanak-Kanak 2001 menyatakan makna kanak-kanak sebagai

seseorang yang di bawah umur lapan belas tahun dan Perkara 65 (1) menyatakan

kementerian boleh, melalui pemberitahuan dalam Warta, menubuhkan atau

menetapkan sekolah-sekolah diluluskan yang dikehendaki bagi pendidikan, latihan dan

penahanan kanak-kanak yang hendak dihantar ke sana menurut Akta ini ( Akta Kanak-

Kanak : 2001 ). Selari dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan, mereka yang berumur

dalam lingkungan ini wajar menerima pendidikan secara formal. Perkara 5.1.1

menyatakan pendidikan menengah menyediakan program pendidikan yang

komprehensif dan berkualiti serta menerapkan nilai murni kepada murid yang berumur

12+ tahun hingga 17+ tahun ( Kementerian Pelajaran Malaysia : 2012 ).

14
Malahan sekolah integriti ini juga merupakan salah satu usaha untuk pihak

pengurusan Sekolah Tunas Bakti Taiping untuk mematuhi peraturan Sekolah Henry

Gurney. Menurut Perkara 38 Peraturan Sekolah Henry Gurney menyatakan peruntukan

hendaklah dibuat bagi mewujudkan kelas pendidikan untuk kebaikan semua penghuni

dan Perkara 39 pula menyatakan suatu perpustakaan hendaklah disediakan dalam tiap-

tiap institusi, dan tiap-tiap penghuni hendaklah dibenarkan mempunyai buku

perpustakaan tidak lebih daripada tiga buah dan bertukar-tukar buku dengan seberapa

kerap yang boleh dilaksanakan ( Peraturan Sekolah Henry Gurney : 1949 ).

Malahan menurut Perkara 151 (1) Peraturan-Peraturan Penjara 2000 menyatakan

di tiap-tiap penjara,program kelas pendidikan hendaklah diatur dan kemudahan yang

lengkap seharusnya disediakan mengikut syarat-syarat yang ditentukan oleh Ketua

Pengarah. Perkara ini boleh dilaksanakan kepada banduan yang tertentu, pada masa

lapangnya, memperbaiki pendidikan mereka melalui kursus koresponden atau

pengajian persendirian atau untuk berlatih kraf tangan. Perkara 151(2) pula

menyatakan perhatian khas hendaklah diberikan kepada pendidikan bagi banduan buta

huruf dalam masa yang ditentukan oleh Pegawai Yang Bertugas. Manakala Perkara

151(3) menyatakan tiap-tiap banduan yang boleh mendapat manfaat melalui

kemudahan pendidikan yang disediakan hendaklah digalakkan untuk berbuat demikian

( Peraturan-Peraturan Penjara : 2000 ). Melalui peraturan-peraturan Penjara 2000 inilah

menjadi satu tanggungjawab kepada pengetua Sekolah Tunas Bakti Taiping untuk

menyediakan kemudahan persekolahan secara perbengkelan mahupun akademik

kepada kanak-kanak yang ditempatkan di sana memandangkan kanak-kanak yang

15
berada dalam tahanan tertutup pun berhak untuk mendapat pendidikan formal inikan

pula kanak-kanak yang berada dalam sistem tahanan terbuka.

Manakala menurut Perkara 77 (1) dalam United Nation Standard Minimum

(UNSMR) pula menyatakan pelbagai usaha harus dilakukan bagi membolehkan semua

banduan mendapat faedah melanjutkan pelajaran, termasuk pengajaran agama

negaranya. Pendidikan buta huruf dan banduan muda hendaklah diwajibkan dan

perhatian khas hendaklah dilakukan oleh pihak pentadbiran. Perkara 77 (2)

menyatakan pendidikan banduan hendaklah disepadukan dengan sistem pendidikan di

negara supaya selepas dibebaskan, mereka boleh meneruskan pelajaran mereka tanpa

kesukaran ( UNSMR : 1977 ). Oleh itu, adalah wajar kanak-kanak yang berada dalam

tahanan di Sekolah Tunas Bakti Taiping dibenarkan mengikuti persekolahan

berlandaskan akademik kerana mereka berhak berdasarkan Perkara 77 (1) UNSMR.

Manakala menurut Dasar Pendidikan Kebangsaan pula, pendidikan untuk banduan

muda dan juvana adalah kerjasama antara Kementerian Pelajaran Malaysia dengan

Jabatan Penjara Malaysia. Kerjasama ini menyatakan pendidikan di Jabatan Penjara

Malaysia diletakkan di Program Pendidikan untuk Banduan Muda Dan Juvana. Dasar

itu juga menyatakan bahawa banduan muda akan belajar di Sekolah Integriti dan

juvana akan belajar di Sekolah Henry Gurney ( Kementerian Pelajaran Malaysia :

2012). Sasaran pelajar yang terlibat dengan pendidikan melalui sistem persekolahan

adalah mereka yang ditempatkan di zon sekolah yang terdiri daripada penghuni di

Sekolah Henry Gurney, banduan muda sabitan di penjara dan tahanan muda di Pusat

Pemulihan Akhlak ( Darussalam : 2014 ). Banduan muda sabitan dari penjara dan

tahanan muda dari Pusat Pemulihan Akhlak hendaklah dipindahkan ke institusi penjara

16
yang mempunyai Sekolah Integriti berdasarkan akta yang berkaitan. Manakala banduan

muda reman pula akan ditempatkan di institusi penjara yang mempunyai Sekolah

Integriti. Warganegara asing juga dibenarkan untuk mengikuti pendidikan melalui sistem

persekolahan ( Jabatan Penjara Malaysia : 2009 ).

Umur pelajar yang ditempatkan di Sekolah Henry Gurney dan Sekolah Integriti

adalah mereka yang berumur di antara 14 tahun sehingga 21 tahun. Juvana yang telah

mendaftar Peperiksaan Menengah Rendah dan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia,

iaitu mereka yang telah melebihi 21 tahun yang berada di Sekolah Integriti, hendaklah

mendapatkan kebenaran daripada Bahagian Pengurusan Banduan untuk membolehkan

banduan muda dan tahanan muda tersebut ditempatkan di kelas pembelajaran atau

blok penempatan juvana sehingga tamat peperiksaan yang dilalui ( Jabatan Penjara

Malaysia : 2009 ). Pemilihan aliran sama ada Aliran Akademik atau Aliran Kemahiran

ditentukan melalui beberapa peringkat saringan. Semua pelajar akan melalui proses

temu bual dengan pihak pentadbir sekolah untuk mendapatkan maklumat latar

belakang pendidikan terakhir, tempoh hukuman yang dijatuhkan dan umur. Hasil

daripada proses temu bual, pelajar akan menduduki Ujian Diagnostik untuk

menentukan sama ada mereka layak ke kelas pemulihan, kelas kemahiran atau kelas

akademik (Jabatan Penjara Malaysia 2009).

Selain itu, calon peperiksaan hanya ditawarkan kepada juvana warganegara

sahaja. Jabatan Penjara Malaysia tidak bertanggungjawab kepada segala bayaran

yuran peperiksaan. Yuran peperiksaan hendaklah dijelaskan oleh keluarga calon.

Sekolah penjara hanya menawarkan pelajar untuk menduduki dua jenis peperiksaan

iaitu Penilaian Menengah Rendah dan Sijil Pelajaran Malaysia. Pelajar dibenarkan

17
untuk mengulangi peperiksaan atau memperbaiki keputusan sijil yang ada selagi

mereka belum mencapai umur berumur 21 tahun. Mereka yang menduduki peperiksaan

didaftarkan sebagai calon persendirian bagi mengelakkan stigma masyarakat (Jabatan

Penjara Malaysia 2009). Pusat Peperiksaan mesti berada di dalam kawasan sekolah

walaupun jumlah pelajar yang menduduki peperiksaan adalah kecil. Perkara ini

dilaksanakan atas faktor keselamatan, terutamanya terdapat calon peperiksaan yang

terdiri daripada banduan muda yang dikenakan hukuman Tahanan Limpah Sultan,

banduan muda reman, tahanan muda dan juvana yang belum berada dalam Fasa

Pemasyarakatan. Lembaga Peperiksaan Malaysia juga bertanggungjawab melantik

pasukan pengawas peperiksaan yang akan mengendalikan peperiksaan mengikut

jadual yang telah ditetapkan ( Jabatan Penjara Malaysia : 2009 ).

Sekolah integriti sewajarnya dibangunkan di dalam institusi yang menempatkan

keseluruhan penghuninya banduan muda atau tahanan muda iaitu sama ada dalam

penjara mahupun Pusat Pemulihan Akhlak ( Darussalam : 2014 ). Prasarana yang

lengkap hendaklah disediakan oleh Jabatan Penjara Malaysia seperti yang dinyatakan

dalam Dasar Pendidikan Kebangsaan kerana Sekolah Integriti dibina daripada

kemudahan yang sebelumnya itu digunakan sebagai sebuah institusi penjara atau

institusi Pusat Pemulihan Akhlak yang mengutamakan keselamatan. Di samping

bangunan yang tidak mencukupi untuk diubahsuai, kawasan untuk membina bangunan

baru adalah terhad dan tidak strategik serta memerlukan perbelanjaan yang tinggi untuk

menyediakannya kerana kerja yang hendak dilakukan melibatkan dalam kawasan

keselamatan atau kawasan larangan (Jabatan Penjara Malaysia 2009). Lokasi

penempatan asrama atau blok penempatan pelajar hendaklah terletak berhampiran

18
dengan blok pembelajaran. Perkara ini selari dengan pendekatan yang diwujudkan oleh

sekolah yang menyediakan kemudahan asrama untuk pelajarnya. Pendekatan ini dapat

membantu guru melaksanakan aktiviti kurikulum dan kokurikulum dengan lebih mudah.

Selain itu, ia boleh mengelak semasa sesi persekolahan, mereka dipanggil pelajar dan

pada sesi luar persekolahan pula dipanggil juvana yang menimbulkan stigma atau

double standard (Jabatan Penjara Malaysia 2009).

Tindakan yang dilakukan oleh Jabatan Penjara dan Sekolah Henry Gurney ini telah

turut dilakukan oleh Sekolah Tunas Bakti juga. Dalam usaha untuk memenuhi

keperluan prasarana kemudahan pembelajaran bagi pelatih di Sekolah Tunas Bakti

Taiping dan pendidikan berkualiti inilah maka pada Januari 2004 sekumpulan pelatihnya

telah ditempatkan di SMK Klian Pauh Taiping. Pemilihan ini berdasarkan kedudukan

SMK Klian Pauh sebagai sekolah terdekat dengan Sekolah Tunas Bakti Taiping bagi

memudahkan proses penghantaran dan pengambilan pulang pelatih terbabit ( Pn.

Puteh Hariah : temubual ). Bermula dari hari itulah, SMK Klian Pauh telah menjadi

sekolah rintis bagi sekolah integriti yang menerima pelatih dari Sekolah Tunas Bakti

Taiping. Pada awalnya SMK Klian Pauh hanya menerima 2 orang pelatih sahaja tetapi

dari sehari kesehari bilangannya semakin bertambah sehingga mencecah 25 orang

pada satu-satu masa ( Buku Pendaftran SMKKP ). Hal ini, bagi menjaminkan para

pelatih yang bekelakuan baik dan mempunyai kelayakan akademik untuk menikmati

pendidikan yang sempurna dan selayaknya. Pada masa yang sama bagi memastikan

mereka menikmati zaman kanak-kanak yang sempurna seperti kanak-kanak yang lain

seumur dengan mereka. Pada peringkat awalnya pelatih ini dibenarkan mengambil

peperiksaan awam seperti PMR dan SPM di dalam sekolah tetapi pada tahun 2010

19
terdapat seorang pelatih yang melarikan diri ketika menduduki SPM, kanak-kanak ini

tidak lagi dibenarkan mengambil peperiksaan awam di SMK Klian Pauh sebaliknya

mereka perlu menduduki peperiksaan awam di bawah penyeliaan Sekolah Tunas Bakti

sendiri.

Sebagai kesimpulannya, penepatan pelatih dari Sekolah Tunas Bakti Taiping ke

SMK Klian Pauh adalah untuk mematuhi keperluan pendidikan bagi pesalah juvana

diantara umur 12++ tahun hingga 21++ tahun, mematuhi Akta Kanak-kanak 2001,

mematuhi Peraturan Sekolah Henry Gurney, mematuhi Peraturan-peraturan Penjara

2000, memenuhi United Nation Standard Minimum dan saranan UNESCO iaitu

Pendidikan Untuk Semua . Tambahan pula, melalui Dasar Pendidikan Kebangsaan

yang telah membuka jalan untuk penubuhan sekolah integriti dengan kerjasama pihak

penjara, Sekolah Henry Gurney dan Sekolah Tunas Bakti. Melalui dasar ini pihak

penjara, Sekolah Henry Gurney dan Sekolah Tunas Bakti menyediakan kemudahan

prasarana untuk keperluan persekolahan dan pihak KPM pula menyediakan tenaga

pengajar. Namun di Sekolah Tunas Bakti Taiping pula masalah ruang dan kos untuk

membina bangunan bagi menampung keselesaan kanak-kanaknya mengikuti

persekolahan di aliran perdana telah menyebabkan pihak pengurusan menjalankan

kerjasama dengan PPD LMS untuk menempatkan pelatihnya di SMK Klian Pauh

sebagai pelajar harian ( En. Roseli Kamaruddin : temubual ). Tambahan pula,

kedudukan sekolah terbabit paling hampir hanya mengambil masa 5 minit perjalanan.

Malangnya, penempatan pelatih ini di SMK Klian Pauh Taiping telah mengundang

pelbagai masalah dalam pengurusan disiplin sekolah bagi sekolah terbabit. Hal ini,

telah menarik minat pengkaji untuk mengkaji isu pelanggaran disiplin dalam kalanggan

20
kanak-kanak terbabit selain melihat langkah-langkah yang diambil bagi mengatasi

permasalahan yang telah ditimbulkan.

1.2 OBJEKTIF KAJIAN

Secara umumnya kehadiran pelatih Sekolah Tunas Bakti Taiping ke sekolah harian

mendatangkan pelbagai masalah khususnya dari aspek pengurusan disiplin. Masalah

yang sering kali ditimbulkan oleh pelatih Sekolah Tunas Bakti Taiping adalah seperti

mencuri, merokok, ponteng kelas, menyeludup rokok atau dadah, gangguan seksual

dan sebagainya ( En. Ilengoveraft a/l Krishnasamy : temubual ). Oleh itu, pada

kebiasaannya sekolah harian berusaha untuk menolak permohonan mereka bagi

belajar di sekolah harian tersebut dalam usaha untuk mengawal mutu disiplin sekolah

terbabit ( En. Ilengoveraft a/l Krishnasamy : temubual ).

Secara khususnya objektif kajian adalah :

a. Mengenal pasti faktor dan masalah disiplin yang sering kali ditimbulkan oleh

pelatih Sekolah Tunas Bakti Taiping di sekolah harian.

b. Mengenal pasti tindakan disiplin yang diambil oleh pengurusan sekolah terhadap

kesalahan pelatih Sekolah Tunas Bakti Taiping di sekolah harian.

1.3 : PERSOALAN KAJIAN

Persoalan kajian bagi kajian pengurusan disiplin dalam kalangan murid Sekolah

Tunas BaktI Taiping di sekolah harian terpilih di daerah Larut Matang dan Selama ialah:

a. Apakah faktor dan masalah disiplin yang sering kali ditimbulkan oleh pelatih

Sekolah Tunas Bakti Taiping di sekolah harian terpilih.

21
b. Bagaimanakah tindakan disiplin yang diambil oleh pengurusan sekolah

terhadap kesalahan pelatih Sekolah Tunas Bakti Taiping di sekolah terpilih.

1.4 KEPENTINGAN KAJIAN

Dalam konsep tahanan masa kini, pusat pemulihan akhlak merupakan tempat

untuk penghuni ditahan, dikawal dan menjalani pelbagai aktiviti pemulihan yang

disediakan sehinggalah tarikh mereka dibebaskan ( Darussalam : 2014 ). Pusat

pemulihan akhlak bertanggungjawab untuk melaksanakan rawatan dan pemulihan yang

berkesan kepada penghuni supaya mereka menjadi ahli keluarga, ahli masyarakat dan

warganegara yang berguna seterusnya tidak lagi melakukan jenayah ( Kosmo : Jan

2016 ). Perkara ini mengisi sebahagian keperluan Sistem Keadilan Jenayah yang pada

amnya terdiri daripada Jabatan Peguam Negara, Polis Diraja Malaysia dan Jabatan

Penjara Malaysia. Jabatan Penjara Malaysia adalah institusi terakhir dalam sistem ini

( Jabatan Penjara Malaysia : 2010 ). Program pemulihan melibatkan juvana adalah

pendidikan melalui sistem persekolahan ( Kementerian Pelajaran Malaysia : 2012 ).

Pendidikan melalui sistem persekolahan merupakan elemen yang penting bagi

sesebuah negara dalam usaha menuju ke arah membangunkan masyarakat yang

cemerlang daripada segi ekonomi, politik, dan sosial. Sistem persekolahan bukan

sahaja berperanan untuk memberi pelajaran kepada masyarakat semata-mata, bahkan

merupakan saluran untuk menyampaikan kepada rakyat berkenaan kepentingan nilai-

nilai murni dalam masyarakat demi mencapai perpaduan ( Mior Khairul Azrin : 2010 ).

Mengikut Plato dalam ( Mok Soon Seng : 2000 ). Pendidikan ialah suatu proses

membentuk individu yang berakhlak mulia. Perkara ini selari dengan objektif Pemulihan

22
sosial dan kemahiran Sekolah Tunas Bakti yang membekalkan keperluan asas kepada

para pelatih agar kekosongan jiwa mereka dapat dipenuhi selain kembali merasai diri

mereka masih berharga dan diperlui oleh masyarakat ( Risalah : STBT ). Melalui

Program Pemulihan Kerohanian pula kelas bimbingan agama mengikut kaum masing-

masing diberikan penekanan ( Risalah : STBT ) .

Menurut Jean Jacues Rousseau dalam Darussalam ( 2014 ) pula, pendidikan

merupakan proses yang berterusan dan bermula daripada usia muda lagi. Dalam

proses ini, segala kebolehan lahir secara semula jadi dan dengan kehendak sendiri.

Melalui Pemulihan Sosial dan kemahiran ini terdapat cabang pendidikan akademik yang

membolehkan pelatih yang layak mengikuti persekolahan di sekolah harian terdekat.

Secara amnya, program pemulihan pendidikan akademik bertujuan untuk memberikan

pendidikan formal serta memperbaiki nilai-nilai murni penghuni supaya mereka dapat

diterima semula oleh masyarakat. Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan

Masyarakat akan memperkenalkan konsep baru yang bercorak kemahiran ekonomi

untuk membantu golongan remaja yang bermasalah menerusi projek pembangunan

Rancangan Malaysia Kelapan (RMK-8). Pendekatan baru ini bukan sahaja akan

mendorong golongan remaja yang bermasalah menjalani pemulihan diri dengan lebih

cepat malah memudahkan mereka diterima masyarakat ( Utusan : 2000 ). Jika dulu,

pendidikan formal bagi tahanan Sekolah Tunas Bakti hanya di dalam tetapi semenjak

tahun 2004 ( Kosmo : Jan 2016 ) para pelatih yang layak dapat mengikut pendidikan

aliran perdana bersama murid-murid lain di luar Sekolah Tunas Bakti Taiping. Hanya

ada beberapa negara di dunia ini yang menyediakan kemudahan pendidikan di dalam

penjara, dan negara kita adalah salah satu daripadanya ( Alimuddin : 2012 ).

23
Penempatan pelatih di aliran perdana ini dapat memberi peluang kedua dan harapan

kepada penghuninya untuk membina masa hadapan. Masyarakat dan pendidikan

adalah bergerak seiring kerana pendidikan adalah acuan membentuk insan. Perkara ini

selari dengan program pemulihan soaial dan kemahiran. Program pemulihan sosial dan

kemahiran untuk pelatih adalah pendidikan melalui sistem persekolahan di aliran

perdana. Perkara ini menyokong UNESCO berkaitan dengan Pendidikan Untuk

Semua ( UNESCO : 2000 ). Mantan Timbalan Perdana Menteri juga menyatakan,

Malaysia menyokong pendekatan UNESCO berkaitan dengan Pendidikan Untuk

Semua ( Muhyiddin : 2013 ).

Malangnya kesempatan yang diperolehi ini, gagal diguna pakai sepenuhnya oleh

para pelatih. Di aliran perdana ini mereka sering kali menimbulkan pelbagai masalah

disiplin ( buku disiplin SMK Klian Pauh ). Oleh itu, tindakan yang tegas perlu diambil

oleh pihak pengurusan sekolah dalam usaha untuk mengekang permasalahan ini di

samping berusaha untuk melatih para pelatih agar kembali mematuhi peraturan seperti

diberikan penekanan oleh pihak pengurusan Sekolah Tunas Bakti.

Oleh itu, diharapkan melalui kajian ini mampu membuka minda pihak pengurusan

sekolah dalam usaha mengurus masalah disiplin yang melibatkan pelatih Sekolah

Tunas Bakti Taiping di sekolah harian mereka. Tambahan pula, dalam pengurusan

disiplin murid di sekolah pihak pentadbiran terikat dengan pengurusan disiplin yang

telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Pada masa yang sama pula

para pelatih Sekolah Tunas Bakti Taiping pula masih terikat kepada Akta Kanak-kanak

2001. Di harapkan kita akan dapat memutuskan hukuman mahupun tindakan disiplin

yang terbaik dapat diambil apabila pihak pengurusan sekolah harian berdepan dengan

24
kes-kes disiplin pelatih Sekolah Tunas Bakti mahupun mana-mana pusat pemulihan

akhlak lain yang berlaku di sekolah harian. Akhirnya melalui kajian ini akan dapat

membuka minda setiap pentadbir sekolah agar membuka pintu mereka dalam usaha

untuk menerima lebih ramai pelatih Sekolah Tunas Bakti Taiping di sekolah mereka

kerana janganlah sesekali kita menghukum mereka hanya kerana kesalahan yang

dilakukan ketika belum mencapai tahap matang. Malahan melalui sistem pendidikan

yang teratur sahaja yang mampu menukar corak kehidupan mereka dalam menelusuri

hari-hari mendatang yang lebih mencabar agar menjadi insan yang lebih berguna dan

tidak kembali mengulangi kesilapan yang sama berulang-ulang kali.

1.5 DEFINISI KONSEP

1.5.1 : GURU

Guru mempunyai pelbagai makna tetapi jika mengikut Akta Pendidikan 1996 pula,

guru telah diberikan pengertian sebagai:

Mengajar murid di sesuatu institusi pendidikan

Menyediakan atau mengeluarkan bahan pengajaran atau memeriksa atau

menyemak jawapan yang dikembalikan di sekolah ataupun melalui pusat

pengajian jarak jauh.

Manakala menurut Ordinan Pendaftran Guru-Guru 1957, guru-guru memberikan

konotasi sebagai :

Individu atau seseorang yang mengajar murid-murid di sesebuah sekolah

mahupun individu atau seseorang yang menyediakan atau mengeluarkan

25
bahan-bahan pengajaran atau yang memeriksa kertas-kertas jawapan di

sekolah-sekolah.

Seseorang mahupun individu yang mempunyai kelayakkan yang telah

ditentukan oleh Kementerian Pelajaran, sihat dari segi fizikal dan tidak

pernah menerima atau menjalani sebarang hukuman oleh mahkamah di

bawah ordinan ini.

Guru juga boleh dianggap sebagai satu profesion kerana mempunyai ciri-ciri

seperti mempunyai kepakaran bidang yang khusus, mempunyai latihan khas,

mempunyai organisasi sistem perkhidmatan yang telah ditetapkan dan mempunyai

autonomi dalam bilik darjahnya ( Amir Hasan Dawi : 2006 ). Pendefinisian guru

diperkukuhkan lagi melalui pendapat yang diutarakan oleh Kamarudin ( 2004 ) kerana

baginya guru merupakan tenaga pengajar dan perancang aktiviti pengajaran dan

pembelajaran mengikut strategi pengajaran yang sesuai. Hakikat yang sebenarnya guru

merupakan teras kepada pelaksanaan proses pendidikan walaupun proses pendidikan

itu boleh berlangsung tanpa guru ( Abu Bakar dan Ikhsan : 2008 ). Oleh itu, kerjaya

perguruan di Malaysia telah mempunyai kod etika keguruan yang tersendiri. Kod Etika

Keguruan Malaysia sebenarnya telah mengariskan ikrar guru dan tanggungjawab-

tanggungjawab mereka terhadap murid, ibu bapa, masyarakat dan negara, rakan

sejawat dan profesion perguruan. Tambahan pula, seorang guru pada kebiasaannya

mempunyai sifat-sifat dan kualiti-kualiti peribadi, sosial dan profesional. Melalui huraian

yang panjang lebar ini dapatlah kita simpulkan seorang guru seharusnya mengamalkan

sifat adil, ramah, tegas, dedikasi, toleransi, peka, inovatif dan sebagainya. Malahan

26
seorang guru juga seharusnya mengamalkan akuantabiliti terhadap perlakuan dirinya,

ilmu pengetahuan, kemahiran-kemahiran, murid, ibu bapa, bidang pendidikan dan

negara.

Dewasa ini, guru sebenarnya berfungsi sebagai role model mahupun juga

sebagai suri teladan kepada murid-murid di sekolah, pembentuk akhlak yang mulia,

pakar pengetahuan yang dimilikinya serta kemahiran dalam beberapa bidang

kemahiran khususnya yang diajarkan kepada muridnya. Oleh itu, dalam usaha untuk

membentuk nilai-nilai murni dan keyakinan diri dalam kalangan pelatih Sekolah Tunas

Bakti di sekolah harian guru seharusnya berperanan sebagai pengurus murid dan juga

pendidik yang berupaya menjalankan tugas sebagai mendidik murid dan juga sebagai

pemimpin murid kearah pengurusan kendiri yang berhemah dan bermatlamat. Menurut

Amir Hasan Dawi ( 2006 ) guru-guru di sekolah sebenarnya merupakan agen-agen

sosial yang paling hampir kepada seseorang yang bergelar murid. Pada masa yang

sama juga guru sebenarnya juga berfungsi sebagai agen kepada pembentukkan

budaya. Oleh itu, seorang guru berfungsi untuk menerapkan budaya masyarakat yang

dikehendaki supaya fungsi masyarakat menjadi lebih baik. Secara tuntasnya seorang

guru ketika menjalankan profesion keguruan dan tugasnya di sekolah, seorang guru

sewajarnya mampu mengubah corak hidup dan gaya pemikiran muridnya biarpun diluar

sekolah murid terbabit mungkin berdisfungsi.

1.5.2 : REMAJA

Dari sudut perundangan remaja di takrifkan sebagai mereka yang berusia 21

tahun ke bawah ( Lukman Z.Mohamad et al. : 2002 ). Namun dari kaca mata Nik Azis

27
(1998) pula zaman remaja merupakan satu tempoh peralihan antara zaman kanak-

kanak dengan zaman dewasa. Memandangkan kelompok ini dianggap sebagai zaman

peralihan lalu mereka tidak lagi dianggap sebagai kanak-kanak yang layak

memperolehi layanan istimewa. Pada hal pada masa yang sama kelompok ini juga

tidak diberikan pengiktirafan sebagai orang dewasa yang mempunyai autoriti serta

autonomi tertentu. Soekanto SH ( 2004 ) pula memisahkan tempoh remaja lelaki

dengan remaja perempuan. Kelompok remaja perempuan bermula pada usia 13 tahun

sehingga mencecah 17 tahun. Namun keremajaan perempuan ini sebenarnya masih

bergantung kepada tahap pencapaian kematangan seksualitinya. Manakala bagi

remaja lelaki pula di anggap remaja ketika berumur 14 tahun sehinggalah umurnya

mencecah 17 tahun. Soekanto SH ( 2004 ) juga menyatakan lagi bahawa apabila

remaja terbabit usia antara 17 tahun ataupun 18 tahun merujuk kepada perbezaan

jantina tadi kelompok ini telah beralih kepada panggilan baru atau alam baru iaitu

kelompok pemuda dan pemudi. Pada tahap ini tingkah laku dan tindak tanduk mereka

sudah mula mendekati pola sikap dan tindak tanduk orang dewasa. Malangnya

tindakan dan fizikal sahaja yang mendekati ciri-ciri orang dewasa tetapi dari segi tahap

kematangan mental belum mencapai tahap kematangan sepenuhnya orang dewasa.

Jika kita menjadikan zaman remaja sebagai zaman transisi daripada zaman

kanak-kanak ke alam dewasa maka kita akan dapat menerima perubahan tingkah laku

mereka sebagai satu usaha untuk menyesuaikan diri agar dapat diterima oleh kelompok

dewasa. Hal ini berlaku kerana para remaja masih tercari-cari identiti diri. Pada zaman

remaja inilah akan berlakunya perubahan pada diri remaja terbabit ( Soekanto SH :

2004 ) seperti :

28
Perkembangan fizikal yang sangat pesat ini sehingga menampakan fizikal

seorang lelaki mahupun perempuan yang sangat ketara. Perubahan fizikal yang

berlaku ini akan menimbulkan perasaan bangga dalam diri remaja terbabit

kerana merasakan diri mereka telah dewasa tetapi hakikatnya hanya dari segi

fizikal sahaja mentalnya belum mencapai tahap matang lagi.

Keinginan yang sangat kuat untuk mengadakan interaksi sosial dalam kalangan

orang dewasa ataupun insan yang dianggap lebih matang peribadinya.

Keinginan yang kuat untuk mendapatkan kepercayaan dari kalangan orang

dewasa biarpun belum mencapai tahap matang untuk melakukan tugasan yang

lebih berat.

Mulai memikirkan kehidupan secara mandiri, baik secara sosial, ekonomi, politik.

Ekoran itu, mulai mementingkan kebebasan daripada kawalan ibu bapa yang

dianggap sebagai ketat dan terlalu mengongkong.

Telah berlakunya perkembangan pemikiran dalam usaha membentuk identiti diri.

Mencari sistem nilai dan kaedah yang dianggap sesuai dengan keinginan dan

keperluan sendiri yang kadang kala bertentangan dengan kaedah mahupun nilai

yang menjadi amalan.

Ekoran itu, bimbingan daripada orang dewasa amatlah diperlukan dalam usaha

membentuk remaja yang berkualiti kerana jiwa remaja yang terkenal dengan sifat yang

suka memberontak. Tanda-tanda memberontak boleh dikesan apabila remaja gemar

melakukan perkara-perkara yang dianggap pelik atau tidak menepati nilai dan

kehendak orang dewasa ( Soekanto SH : 2004 ) seperti :

29
Remaja akan berusaha keras untuk menyesuaikan diri mereka dengan

situasi tetapi melalui cara dan tekniknya yang tersendiri. Apabila usahanya

itu tercapai remaja akan merasa puas dan bahagia.

Pada kebiasaan remaja akan melakukan sesuatu mengikut pola dan tindak

tanduk yang diterima atau diakui oleh kelompok remaja. Seseorang remaja

itu akan merasa bangga apabila diri dianggap sebagai superhero dalam

kalangan remaja yang lain hanya kerana kejayaan tertentu yang kadang

kala tidak logik akal.

Remaja gemar menimbulkan suasana ketegangan yang tidak logik seperti

memasang radio secara kuat, menunggang motorsikal secara merbahaya

dan sebagainya.

Mencuba membentuk identiti kelompoknya seperti bahasa pertuturan yang

sukar difahami, budaya dan sebagainya yang jauh berbeza dengan norma

masyarakat.

Jelaslah disini hanya melalui bimbingan orang dewasa seperti ibu bapa,

pendidik, pakar motivasi, masyarakat dan sebagai sahaja yang dapat menyelamatkan

remaja daripada bersifat negatif gara-gara kegagalan masyarakat memenuhi kehendak

dan impian mereka. Gejala negatif kesan daripada kegagalan bimbingan orang dewasa

terhadap remaja ialah sifat yang agresif, mencari kambing hitam sebagai korban yang

tidak bersalah, mengundur diri ( berangan ), regresi ( melakukan hal-hal lampau untuk

kepuasan) dan mengurangkan atau meningkatkan aspirasi.

30
Lukman Z. Mohamad et al ( 2002 ) telah membahagikan remaja kepada tiga

kumpulan utama berdasarkan profesion mereka iaitu :

Remaja bekerja

Umur yang membolehkan seseorang individu itu berkecimpung dalam bidang

kerjaya secara sah ialah 18 tahun ke atas mengikut Pertubuhan Antarabangsa

(ILO). Sekiranya terdapat individu yang bekerja di bawah umur tersebut mereka

bolehlah dianggap sebagai buruh kanak-kanak. Di Malaysia penglibatan buruh

kanak-kanak adalah sesuatu yang melanggar undang-undang. Hal ini, demikian

kerana di Malaysia adalah menjadi satu kesalahan penggunaan tenaga kerja

dalam kalangan kanak-kanak. Tambahan pula, setiap remaja di Malaysia perlu

menghabiskan masa mereka di sekolah sehingga tamat tingkatan 5 dan memiliki

Sijil Pelajaran Malaysia. Malangnya terdapat segelintir remaja yang membuat

pilihan untuk berkecimpung dalam bidang pekerjaan pada usia muda kerana

kegagalan dalam bidang akademik, kemiskinan, kebosanan belajar, ingin

berdikari, mengikut kawan dan sebagainya. Remaja bukan sahaja dapat

menikmati pendapatan malahan autonomi dan autoriti remaja yang jika disalah

gunakan akan menyebabkan pelbagai perkara negatif kepada masyarakat.

Tanggapan kehidupan sebagai sesuatu yang simplistik dan kebebasan ekonomi

yang terlampau akan melahirkan remaja yang materialistik kerana memperolehi

sesuatu dengan mudah ( Nik Azis : 1998 ). Nik Azis juga berfikiran bahawa

remaja yang menjalani cara kehidupan yang kurang realistik tetapi mendapat

kebebasan kewangan yang tinggi akan mudah untuk terlibat dengan aktiviti tidak

31
bermoral serta lebih menurut kehendak hawa nafsu. Situasi menjadi lebih

memudaratkan jika remaja terbabit tidak mempunyai pendidikan ilmu yang

mencukupi dan rendah pula akhlaknya. Namun kita perlu ingat terdapat had-had

tertentu yang dibenarkan bagi remaja yang bekerja seperti tiga jam berturut-turut

dengan masa rehat 30 minit, tidak melebihi enam jam bagi kanak-kanak yang

masih bersekolah, tidak boleh bekerja pada sebelah malam dan tidak boleh

bekerja sekurang-kurangnya 14 jam berturut-turut ( Goh Chen Chuan : 2010 )

Remaja bersekolah

Remaja yang bersekolah merujuk kepada remaja yang berumur antara 12

hingga 19 tahun atau lebih tepat lagi mereka yang berada di tingkatan satu

sehinggalah yang berada di tingkatan enam atas. Pada tahap umur 12 tahun

bagi yang berada di darjah enam akan lebih dikenali sebagai kanak-kanak oleh

masyarakat. Pendapat masyarakat ini ternyata berbeza dengan tafsiran definisi

remaja yang diberikan oleh Mahkamah Juvana 1947 . Menurut Mahkamah

Juvana 1947 remaja merangkumi mereka yang berumur 18 tahun ke bawah dan

ia meliputi semua remaja tidak kira di sekolah rendah mahupun di sekolah

menenggah. Rata-rata kes gejala sosial remaja membabitkan remaja yang

sedang menuntut di sekolah menenggah dan kadang kala sahaja yag melibatkan

remaja di sekolah rendah ( Lukman Z. Mohamad et al : 2002 ). Tujuan utama

pendidikan formal di sekolah adalah untuk menyemai nilai-nilai positif ke dalam

jiwa mereka. Nilai-nilai positif yang cuba disemaikan kedalam jiwa mereka

adalah seperti ilmu pengetahuan, berdisiplin, menghargai masa, mementingkan

kecemerlangan, menghormati orang lain dan sebagainya.

32
Remaja tidak bekerja

Memandangkan remaja yang tidak bekerja ini tidak juga bersekolah mereka akan

lebih dikenali sebagai penganggur. Kebiasaannya remaja ini berusia 18 tahun ke

atas kerana telah tamat pengajian SPM tetapi gagal meneruskan pengajian

ketahap seterusnya. Lantaran itu, masih tercari-cari kerjaya yang sesuai dengan

jiwa remaja mereka. Namun tidak dapat juga kita nafikan ada dalam kalangan

mereka yang memilih untuk menamatkan persekolahan mereka lebih awal

daripada usia 18 tahun kerana masalah kemiskinan ataupun masalah disiplin

yang teruk ketika di alam persekolahan dulu. Walau bagaimana pun, kedua-dua

kelompok remaja ini haruslah diberikan perhatian yang serius kerana boleh

mengundang pelbagai kesan negatif kepada masyarakat ekoran mempunyai

masa terluang yang tidak terisi dengan aktiviti berfaedah. Tambahan pula,

kadang kala remaja yang berumur 18 tahun ini kurang mendapat perhatian

daripada ibu bapa kerana kekangan masa dan tanggungjawab lain yang

memaksa remaja terbabit mencari jalan sendiri untuk keluar dari kemelut sendiri.

Keadaan menjadi semakin gawat apabila mereka meminta bantuan dan

pertolongan daripada kawan seperjuangan yang kurang matang dan

menggunakan jalan pintas yang negatif ( Lukman Z. Mohamad et al : 2002 ).

1.5.3 : KANAK-KANAK

Kes-kes yang melibatkan jenayah kanak-kanak sejak kebelakangan ini bukanlah

satu fenomena biasa. Malahan dari setahun ke setahun telah menunjukkan

33
peningkatan dan ia semakin membimbangkan. Terdapat pelbagai faktor yang

menyumbang ke arah berlakunya peningkatan jenayah kanak-kanak di Malaysia

dewasa ini yang boleh dilihat dari pelbagai sudut seperti psikologi, emosi, ekonomi,

sosial dan spiritual yang mempengaruhi remaja untuk melakukan jenayah ( Amir Hasan

Dawi : 2006 ). Tambahan pula, remaja merupakan sumber terpenting untuk negara

mencapai kemajuan kerana remaja seharusnya menjadi pemangkin kepada

pembangunan sesebuah negara pendokongnya dan bukanlah pula berperanan sebagai

pencetus masalah yang akan menghalang kepada pembangunan negara.

Sesuatu Akta untuk mengadakan peruntukan mengenai jagaan dan perlindungan

kanak-kanak dan orang muda dan perlaksanaan Akta Mahkamah Juvana merupakan

definisi ringkas bagi Akta Mahkakmah Juvana 1947 ( Akta 90 ) ( Faiza Haji Tamby Chik

: 2001 ). Akta ini juga membawa erti Akta Mahkamah Juvana 1947 ( Akta 90 ), Akta

Perlindungan Wanita dan Gadis 1973 ( Akta 106 ) dan Akta Perlindungan Kanak-kanak

1991 ( Akta 468 ) yang dimansuhkan di bawah Akta ini. Mahkamah Juvana pula

membawa erti Mahkamah Juvana yang ditubuhkan di bawah Akta Mahkamah Juvana

1947. Akta Mahkamah Juvana adalah untuk mengadakan peruntukan mengenai jagaan

dan perlindungan kanak-kanak dan orang muda dan pelaksanaan Mahkmah Juvana

( Faiza Haji Tamby Chik : 2001 ). Tambahan pula, orang muda yang dihukum penjara

atau diperintahkan supaya dipenjarakan tidak boleh dibenarkan bergaul dengan

banduan dewasa ( Faiza Haji Tamby Chik : 2001 ). Kemudahan yang terkandung di

dalam Akta Mahkamah Juvana ( Akta Mahkamah Juvana 1947 ) ialah :

Akta ini menentukan hukuman terhadap kanak-kanak, juvana dan orang muda

yang didapati bersalah di bawah undang-undang.

34
Memberikan peluang bagi mereka mendapatkan jagaan dan perlindungan

Memberikan peluang bagi mereka yang telah didapati bersalah, mengikuti

rancangan pemulihan di Asrama Akhlak atau Sekolah Akhlak

Memberikan kesedaran kepada ibu bapa atau penjaga dan menentukan

penyertaan mereka di dalam rancangan pemulihan anak-anak mereka yang

berkenaan

Hukuman oleh Mahkamah Juvana ( Akta Kanak-Kanak 2011 (Akta 611) di bawah

seksyen 12 (1) :

Buang Kes
Membebaskan juvana selepas beliau menandatangani bon untuk berkelakuan

baik.
Menempatkan juvana di bawah jagaan saudara atau penjaga yang sesuai.
Memerintahkan ibubapa juvana menandatangani bon untuk menentukan jagaan

dan didikan yang baik terhadapnya


Mengeluarkan "Probation Order" yang meletakkan juvana di bawah penyeliaan

Pegawai Akhlak di antara satu hingga tiga tahun. Perintah ini membebaskan

juvana dengan syarat beliau akan didakwa semula di Mahkamah Juvana atas

tuduhan lama dan baru jika beliau ditangkap melakukan kesalahan di bawah

undang-undang selepas perintah tersebut dikeluarkan. Selain daripada itu

perintah ini boleh menentukan kemasukan juvana ke dalam Sekolah Akhlak,

yang mana tempoh masanya dan tidak melebihi tiga tahun; atau kemasukan ke

dalam asrama akhlak selama setahun. Ibubapa atau penjaga boleh dihukum

untuk membayar nafkah anak mereka semasa di dalam institusi yang berkenaan.
Memerintah juvana dimasukkan ke dalam Sekolah Henry Gurney.
Memerintahkan juvana membayar denda, ganti rugi atau kos.

35
Sekiranya pesalah itu seorang muda dan kesalahannya sesuai bagi beliau

dipenjarakan, maka mahkamah Juvana boleh menjatuhkan hukuman setaraf

dengan hukuman yang boleh dijatuhkan oleh Mahkamah Seksyen, ataupun

dipindahkan kes itu ke Mahkamah Tinggi

Sekatan mengenai hukuman bagi kes juvana (Akta Kanak-Kanak 2011 (Akta 611) pula :

Tiada seorang pun kanak-kanak boleh dihukum penjara atau diperintah supaya

dipenjarakan bagi sesuatu kesalahan ataupun ditempatkan di penjara kerana

tidak membayar denda ganti rugi atau kos.

Tiada seorang pun orang muda boleh dihukum penjara atau diperintah supaya

dipenjara jika dia boleh diuruskan dengan sesuai (suitably dealt with) dengan

hukuman lain seperti denda atau ditempatkan di suatu tempat tahanan, sekolah

yang diluluskan, atau ditempatkan di suatu tempat tahanan, sekolah yang

diluluskan, atau Sekolah Henry Gurney atau selainnya.


Seseorang muda yang dihukum penjara atau diperintah supaya dipenjarakan

tidak boleh dibenarkan bergaul dengan banduan-banduan dewasa.


Hukuman mati tidak boleh dijatuhkan atau direkodkan terhadap seseorang

juvana, tetapi sebagai gantinya mahkamah hendaklah memerintahkan supaya

dia ditahan selama tempoh yang diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong

atau Pihak Berkuasa Negeri, mana-mana yang berkenaan.

1.5.4 : ASRAMA AKHLAK

Asrama Akhlak juga merupakan sebahagian daripada cabang di bawah Jabatan

Kebajikan Masyarakat. Asrama Akhlak adalah institusi yang ditubuhkan di bawah

36
cabang Seksyen 61 (1) Akta Kanak-Kanak 2001. Tujuan utama penubuhan Asrama

Akhlak ini adalah untuk menempatkan kes-kes remaja dan pemulihan bagi tujuan :

Kanak-kanak yang terlibat dengan jenayah.

Kanak-kanak yang tidak terkawal

Ternyata dari aspek penubuhan dan objektifnya hampir sama dengan terbentuknya

SekolahTunas Bakti. Namun Asrama Akhlak mempunyai sedikit perbezaan dari segi

peranannya. Asrama Akhlak sebenarnya berperanan untuk memberikan pemulihan dan

penjagaan kepada kanak-kanak yang telah dikenakan tahanan reman. Kanak-kanak

yang di tempatkan di sini kebiasaannya sedang menjalani kes-kes pembicaraan di

mahkamah. Oleh itu, mereka buat sementara waktu akan di tempatkan di Asrama

Akhlak. Selain itu, Asrama Akhlak juga berperanan sebagai penempatan sementara

bagi kanak-kanak yang dalam proses pemindahan ke Sekolah Tunas Bakti bagi

menjalani hukuman pemulihan ( httpjkm.penang ) atau dalam erti kata yang lain Asrama

Akhlak ini merupakan tempat transit atau penempatan sementara bagi pesalah-pesalah

juvana sebelum ditempatkan ke Sekolah Tunas Bakti yang sebenarnya. Malahan di

Asrama Akhlak ini juga berperanan sebagai penempatan kepada remaja yang berada

dalam perintah Cubaan Akhlak. Kemasukkan pelatih Asrama Akhlak ini adalah

berdasarkan perintah yang dikeluarkan oleh Mahkamah bagi Kanak-Kanak dengan

menggunakan Akta Kanak-Kanak 2001. Tempoh pemulihan bagi kanak-kanak di

Asrama Akhlak bagi kanak-kanak yang dikenakan tahanan reman ialah bergantung

kepada sehingga mahkamah mengeluarkan perintah. Manakala bagi pesalah juvana

yang dalam tempoh permindahan ke SekolahTunas Bakti mereka akan ditempatkan di

37
asrama Akhlak hanya dalam tempoh dua minggu sahaja. Manakala penghuni yang ke-

tiga pula merupakan kanak-kanak bagi kes cubaan akhlak ( httpjkm.penang ) . Pada

kebiasaannya kanak-kanak bagi percubaan akhlak ini akan di tempatkan tidak kurang

daripada tempoh setahun dan mereka juga tidak akan di tempatkan melebihi daripada

tempoh tiga tahun.

Pada masa ini terdapat kira-kira 10 Asrama Akhlak yang berselerakan di

Malaysia iaitu seperti berikut berdasarkan jantina ( httpjkm.penang ) :

Lelaki

Asrama Akhlak Bukit Baru Jalan Melor Bukit Baru Melaka.

Asrama Akhlak Lelaki Kempas, Kempas Baru, Johor Bharu.

Asrama Akhlak Rusila Chendering Terengganu.

Asrama Akhlak Kuching , Kota Samarahan Sarawak.

Asrama Akhlak Pokok Sena , Pokok Sena , Kedah.

Asrama Akhlak Selibin Ipoh, Perak.

Asrama Akhlak Paya Terubong Ayer Hitam Pulau Pinang.

Asrama Sentosa Kuala Lumpur.

Perempuan

Asrama Akhlak (P) Jitra , Jitra kedah.

Asrama Bahagia Kampung Pandan, Kuala Lumpur.

1.5.5 : SEKOLAH TUNAS BAKTI

38
Sekolah Tunas Bakti merupakan institusi mahupun pusat pemulihan akhlak yang

telah ditubuhkan di Malaysia bagi menempatkan pesalah kanak-kanak atau pesalah

bawah umur. Sekolah Tunas Bakti ini juga turut dikenali sebagai Pusat Pemulihan

Akhlak. Penubuhan Sekolah Tunas Bakti adalah mematuhi Seksyen 65 (1) Akta Kanak-

Kanak 2001 dengan tujuan untuk pemulihan dan penjagaan bagi ( httpjkm.penang ) :

Kanak-kanak yang terlibat dengan jenayah

Kanak-kanak yang tidak terkawal.

Secara sukarela

Objektif utama penubuhan Sekolah Tunas Bakti di Malaysia adalah untuk mendidik

kanak-kanak agar membentuk peribadi yang kukuh serta dapat melengkapkan diri

dengan ketrampilan diri yang membolehkan mereka hidup berdikari dalam masyarakat

kelak ( Risalah : STBT ). Kemasukan pesalah juvana ke Sekolah Tunas Bakti adalah

melalui perintah Mahkamah berdasarkan Akta Kanak-Kanak 2001. Tempoh pemulihan

pula adalah selama tiga tahun ( httpjkm.penang ). Namun ada kalanya pelatih boleh

dilepaskan sebelum tempoh 3 tahun sekiranya telah mengikuti pemulihan selama

setahun lebih tetapi terlebih dahulu perlulah mendapat kelulusan daripada Lembaga

Pelawat ( Penyelidikan Undang-undang : 2014) . Pada masa sekarang terdapat kira-

kira Sembilan buah Sekolah Tunas Bakti di Malaysia ( httpjkm.penang ) iaitu :

Sekolah Tunas Bakti Telok Air Tawar, Pulau Pinang.

Sekolah Tunas Bakti Marang, Terengganu.

Sekolah Tunas Bakti Sungai Lereh, Melaka.

Sekolah Tunas Bakti Sungai Besi, Kuala Lumpur.

39
Sekolah Tunas Bakti Taiping, Perak.

Sekolah Tunas Bakti Tengku Ampuan Fatimah, Pahang.

Sekolah Tunas Bakti Kuching, Sarawak.

Rumah Kanak-Kanak Kuching, Sarawak.

Sekolah Tunas Bakti Kota Kinabalu, Sabah.

Pada kebiasaannya, pelatih-pelatih yang dimasukkan ke Sekolah Tunas Bakti

adalah kerana kesalahan seperti peras ugut, rogol atau liwat, mencederakan orang,

mencuri, tidak terkawal, pecah rumah dan memiliki atau memasukkan dadah ( Pn.

Puteh : temubual ). Sekolah Tunas Bakti pada kebiasaannya menggunakan kaedah

kawalan perubahan tingkah laku dalam menguruskan para pelatihnya. Antara kaedah

kawalan perubahan tingkah laku yang digunakan adalah seperti sistem punishment

bersifat positif dan negatif. Malahan sistem imbuhan berupa cuti pulang ke kampung

ketika cuti sekolah mahupun ketika musim perayaan dianggap imbuhan positif yang

paling mampu mengubah tingkah laku pelatihnya ( Pn. Puteh : temubual ) . Para pelatih

di Sekolah Tunas Bakti pada kebiasaannya di bahagikan mengikut tempoh mereka

berada di Sekolah Tunas Bakti melalui penggunaan warna t-shirt. Bagi pelatih yang

baru menjalani tempoh tahanan kurang 6 bulan akan memakai t-shirt berwarna merah.

Manakala bagi yang tempoh lebih daripda 6 bulan pula akan menggunakan t-shirt

berwarna biru. Manakala bagi yang menjawat jawatan pengawas pula akan memakai t-

shirt berwarna kuning ( httpjkm.penang ) .

1.5.6 : DISIPLIN

40
Disiplin sebenarnya merupakan unsur utama pembentukan sesebuah

masyarakat kerana disiplin menjadi satu garis panduan yang patut diamalkan oleh

setiap individu ataupun setiap warga negara sesebuah negara. Maksud kasar yang

sering menjadi halwa telinga kita semua disiplin dalam bahasa mudahnya sebagai

peraturan-peraturan yang dipersetujui oleh kelompok masyarakat bagi mewujudkan

tingkah laku yang lebih baik demi kesempurnaan kehidupan masyarakat ( Abdullah Sani

Yahya : 2007 ). Ternyata pendapat ini sejajar dengan pandangan yang dikemukan oleh

Ibrahim Mamat ( 2001 ) kerana baginya disiplin sebagai peraturan yang telah

dipersetujui bersama oleh sesuatu kelompok manusia bagi mewujudkan tingkah laku

baik dengan tujuan untuk melicinkan perjalanan kelompok manusia tersebut.

Meneliti maksud disiplin dari perspektif kerohanian pula ( Jamaliah dan

Norashimah : 2005 ) mentakrifkan disiplin sebagai satu tahap akidah ataupun

kepercayaan yang berpandukan pengetahuan atau ilmu realistik terhadap peradaban

tabii dan duniawi. Ilmu peradaban tabii ini sebenarnya merupakan peradaban semula

jadi dalam diri manusia. Tamsilan paling mudah yang sering kali kita amalkan dalam

kehidupan harian ialah kita sering kali akan berhenti makan apabila perut mulai berasa

kenyang, dan sudah pastilah kita tidak akan sanggup lagi untuk menyambung makan

kerana merasakan perut kita seperti hendak meletup. Manakala ilmu peradaban

duniawi pula merujuk kepada pengetahuan mengenai peradaban yang kita pelajari

secara sedar mahupun secara tidak sedar. Pemerhatian mudah yang dapat kita

ketengahkan ialah sebelum kita keluar daripada rumah kita selalunya akan memastikan

keadaan rumah dalam berkunci dan selamat kerana peradaban mampu meningkatkan

41
kemampuan, ketekalan serta kejayaan seseorang menjalani kehidupan dengan

sejahtera.

Bagi meningkatkan pemahaman kita mengenai istilah disiplin biarpun sering kali

menerjah telinga kita kerana menurut Websters New Would College Dictionary ( 1996 )

disiplin membawa erti :

Satu kelompok pengetahuan atau pembelajaran

Latihan bagi membangunkan kawalan kendiri, tingkah laku, pematuhan

arahan

Kawalan yang tegas kearah kepatuhan terhadap undang-undang

Pemulihan yang berbentuk kawalan atau hukuman

Satu sistem undang-undang.

Manakala jika dilihat maknanya secara literal pula disiplin boleh ditakrifkan

sebagai latihan terutama pemikiran dan kelakuan supaya boleh mengawal diri sendiri,

tatatertib, peraturan-peraturan yang telah ditetapkan untuk melatih seseorang supaya

berkelakuan baik, kepatuhan kepada peraturan-peraturan yang telah ditetapkan

( Kamus Dewan Edisi Ke-4 : 2000 ). Skop definisi kita kembangkan lagi dengan menilai

makna yang diberikan oleh Sharifah Md. Nor ( 2000 ) menyatakan bahawa disiplin

bukan sahaja membawa erti mempunyai, menghargai dan menghayati perlakuan yang

diharapkan oleh masyarakat tetapi juga kesanggupan menempatkan perlakuan-

perlakuan dalam konteks yang lebih luas iaitu ketaatan dan kesetiaan kepada sekolah,

daerah, negeri dan negara. Omardin Ashaari ( 2001 ) pula berpandangan disiplin

sebagai kesanggupan seseorang mahupun individu untuk menghormati dan mematuhi

42
undang-undang sama ada disiplin itu dikenakan di luar atau dengan kerelaan diri

sendiri.

Pendefinisian disiplin dapat dilihat melalui dua perspektif ( Jamaliah dan

Norashimah : 2005 ) iaitu dari perspektif :

Perspektif kerohanian

Disiplin sebagai satu tahap akidah atau kepercayaan yang berpandukan

pengetahuan atau ilmu realistik terhadap peradaban tabii dan duniawi. Ilmu

peradaban tabii merupakan peradaban semula jadi dalam diri manusia. Ilmu

peradaban duniawi pula adalah pengetahuan tentang peradaban yang telah kita

pelajari secara sedar ataupun secara tidak sedar. Peradaban mampu

meningkatkan kemampuan, ketekalan serta kejayaan seseorang menjalani

kehidupan dengan sejahtera.

Perspektif operasi

Disiplin atau tatatertib seperti yang ditakrifkan di dalam Surat Pekeliling Bil.

8/1968, bertajuk Tatatertib di sekolah-sekolah, merujuk kepada tindakan atau

peraturan yang diambil untuk menentukan supaya peraturan-peraturan dan

undang-undang sekolah dipatuhi.

Takrifan disiplin dalam konteks sekolah pula merangkumi peraturan-peraturan

yang dikenakan terhadap murid dengan tujuan untuk mengawal tingkah laku murid-

murid melalui hukuman atau ganjaran ( Abdullah Sani : 2006 ). Namun definisi disiplin

yang kerap diguna pakai atau diterima pakai oleh golongan pendidik ialah berlandaskan

43
definisi yang terkandung di dalam Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji

Pelaksanaan Dasar Pelajaran ( 1979 ) sebagai :

Kesanggupan seseorang menghormati dan mematuhi undang-undang.

Kesanggupan bekerja atau membuat sesuatu dengan cukup tertib.

Kesanggupan menghormati hak individu lain dan tidak menganggu kepentingan

orang lain.

Mengamalkan tingkah laku yang baik.

Mengamalkan semangat tolong menolong.

Membaiki keadaan yang tersedia ada menerusi usaha-usaha yang membina.

Sanggup berkhidmat kepada masyarakat.

Kita melihat disiplin dewasa ini sebagai satu unsur yang sentiasa berkembang

kerana ia sebenarnya merangkumi kesemua aspek yang menjadi asas pembinaan

peribadi dan tingkah laku yang baik. Pada tahap yang paling tinggi disiplin biasanya

terbentuk dari dalam diri individu itu sendiri kerana seseorang itu bukan sahaja berminat

terhadap kepentingan dirinya, tetapi juga kebajikan dan kepentingan orang lain

( Ibrahim Mamat : 2001 ). Oleh itu, disiplin yang baik biasanya akan berkembang

selaras dengan norma-norma yang dipandang mulia iaitu yang menjamin dan

memelihara kehidupan yang harmonis dan bertatasusila. Menurut Moles ( 1989 )

terdapat dua objektif utama kewujudan disiplin di sekolah iaitu :

Memastikan keselamatan dan kesejahteraan staf dan murid

Mewujudkan suasana yang kondusif untuk pembelajaran

44
Hakikat sebenarnya masalah yang sering menghantui semua guru ialah gangguan

disiplin kerana gangguan disiplin merupakan salah laku murid yang sangat serius. Hal

ini, sebenarnya dapat menggagalkan kedua-dua objektif yang telah dinyatakan oleh

Moles ( 1989 ). Terdapat dua bentuk disiplin yang perlu ada pada insan yang bergelar

murid di sekolah menurut buku Panduan Bagi Ibu Bapa Mengenai Disiplin Murid-murid

Sekolah ( 1982 ) iaitu :

Disiplin asas

Disiplin asas pada kebiasaannya melibatkan individu dalam masyarakat yang

lebih besar. Manakala bagi disiplin intrinsik ataupun turut dikenali sebagai disiplin

kendiri pula merujuk kepada disiplin yang lahir dari dalam diri individu tanpa

sebarang unsur paksaan. Dalam usaha memupuk disiplin asas dalam diri

individu, kita dikatakan perlu mematuhi peraturan-peraturan yang telah

ditetapkan oleh institusi-institusi bukan formal dan formal yang telah wujud dalam

masyarakat demi menjaga keharmonian dan kesejahteraan hidup harian ( KPM :

1982 ). Tamsilan yang paling mudah untuk membantu pemahaman kita

mengenai institusi bukan formal ialah merujuk kepada adat resam dalam

masyarakat yang kita diami. Malahan ia juga boleh melibatkan adat resam

kaum-kaum lain yang terkandung dalam masyarakat yang kita diami. Sebagai

contohnya adalah sesuatu yang diangggap kurang sopan jika kita memakai baju

berwarna hitam ketika mengunjungi rumah rakan berbangsa Cina ketika mereka

menyambut sambutan Tahun Baru Cina. Ataupun contoh lain yang mudah jika

kita kembali kezaman silam, para Residen mahupun penasihat Inggeris yang

45
telah ditempatkan di Tanah Melayu diangap sebagai kurang ajar hanya kerana

enggan menanggalkan kasut ketika memasuki rumah orang Melayu. Oleh itu,

apabila seseorang itu melanggar peraturan atau adat yang sudah lumrah

diamalkan, dia akan dianggap melanggar disiplin malah dianggap biadap dan

sepatutnya dikenakan tindakan. Manakala institusi formal pula merujuk kepada

pejabat, sekolah dan institusi-institusi pendidikan lain ( KPM : 1982 ). Pada

kebiasaannya institusi formal ini diterajui oleh pihak-pihak tertentu yang

bertanggungjawab merancang, mengubal dan melaksanakan peraturan-

peraturan bagi menjamin disiplin institusi itu. Peraturan-peraturan ini bertujuan

bagi memastikan kelancaran perjalanan pentadbiran dan keharmonian warganya

( KPM : 1982 ).

Disiplin intrinsik

Disiplin instrinsik pula merujuk kepada disiplin yang lahir daripada dalam diri

individu kerana disiplin ini merangkumi sifat empati ( KPM : 1982 ). Sifat empati

ini merujuk kepada perasaan seseorang bagaikan dapat merasakan apa yang

dilalui oleh orang lain. Seseorang itu, tidak melakukan sesuatu perkara apabila

dia tidak inginkan perkara itu berlaku ke atas dirinya sendiri. Malahan individu

seperti ini juga turut dikatakan mempunyai kesedaran sivik, moral, agama dan

pergaulan yang tinggi dalam masyarakat. Disiplin intrinsik hanya dapat dicapai

sekiranya penerapan disiplin bermula daripada peringkat asas iaitu dari hasil

usaha institusi formal dan bukan formal seperti yang terkandung di dalam disiplin

asas ( KPM : 1982 ).

46
Melalui huraian secara terperinci ini dapatlah kita simpulkan bahawa disiplin di

sekolah lebih kepada satu bentuk undang-undang atau pun peraturan yang perlu

dipatuhi oleh keseluruhan warganya agar situasi sekolah sentiasa berada dalam

keadaan selamat, teratur dan terurus serta selesa untuk semua warganya. Oleh itu,

pelaksanaan disiplin yang berkualiti sangat perlu diberikan khususnya bagi sekolah

yang menerima murid Sekolah Tunas Bakti sebagai murid harian ( Pn. Puteh :

temubual).

1.5.7 : PENGURUSAN

Secara mudahnya pengurusan dapat dimaknakan sebagai satu proses

mengagihkan input-input organisasi yang melibatkan sumber-sumber ekonomi dan

sumber kakitangan ataupun sumber manusia melalui perancangan, pengorganisasian,

pengarahan dan pengawalan untuk tujuan mengeluarkan output seperti perkhidmatan

yang diperlukan atau pun menjadi permintaan pelanggan-pelanggan supaya objektif

organisasi tercapai ( Jaafar Muhammad : 1988 ). Kita cuba telusuri pula makna

pengurusan dari kaca mata Jamaliah Abdul Hamid dan Norashimah Ismail ( 2005 )

yang merujuk kepada perancangan, pengelolaan, pengkoordinasian, pengawalan dan

penilaian pengagihan sumber untuk tujuan mencapai sesuatu matlamat.

Sebagai penutup bicara dapatlah kita menyimpulkan bahawa pengurusan

sebenarnya mempunyai pelbagai pengertian ( Ibrahim Mamat : 2001 ) seperti :

Pengurusan merupakan perancangan, pengelolaan, penyepaduan dan

pengukuran.

47
Pengurusan juga memberikan konotasi sebagai penggunaan sesuatu

dengan teliti bagi mencapai sesuatu matlamat.

Pengurusan membawa makna menentukan sesuatu itu dibuat oleh orang-

orang lain, terutamanya orang-orang bawahan.

Pengurusan juga merujuk kepada penyeliaan ke atas sesuatu.

Oleh itu, jelaslah di sini bahawa pengurusan sebenarnya merangkumi semua

definisi yang telah dinyatakan di atas kerana pengurusan melibatkan membuat sesuatu

bersama dan melalui orang lain bagi mencapai matlamat-matlamat tertentu. Secara

tuntasnya melalui pendefinisian secara umum mahupun pendefinisian secara khusus

sebenarnya telah menjelaskan pengurusan termasuklah perancangan, pengelolaan,

motivasi dan pengawasan. Oleh itu, dalam menjayakan fungsi-fungsi utama

pengurusan terdapat tiga kemahiran yang perlu ditekan ( Ibrahim Mamat : 2001 ) iaitu :

Kemahiran teknik : kebolehan menggunakan pengetahuan, kaedah-kaedah,

teknik-teknik dan alat-alat yang perlu bagi menjalankan sesuatu tugas.

Kebolehan ini adalah hasil daripada pengalaman, pendidikan dan latihan.

Kemahiran berkomunikasi : kebolehan bergaul dan bekerja dengan manusia lain.

Kemahiran konsep : kebolehan memahami keanekaragaman dalam organisasi

dan kemudian menyesuaikan diri di dalamnya.

Namun apabila kita berbicara mengenai pengurusan masalah disiplin kita tak

mungkin akan dapat lari daripada pengurusan bilik darjah yang berkesan bagi

menjaminkan proses pembelajaran yang konduksif dapat dijalankan ( Haliza

Hamzah : 2014 ) . Dalam usaha memastikan pengurusan bilik darjah berjalan lancar

48
seseorang guru haruslah peka terhadap aspek-aspek ( Abdullah Sani Yahya : 2007)

berikut :

Pengelolaan bilik darjah

Aktiviti bilik darjah

Salah laku

Oleh itu, apabila berdepan dengan murid STB di sekolah harian, pengurusan

disiplin yang baik, terancang dan terurus amatlah perlu dalam usaha untuk memastikan

kelancaran pengawalan disiplin.

1.6 : BATASAN KAJIAN

Sekolah Tunas Bakti Taiping terletak di kaki Bukit Larut di kelilingi oleh beberapa

buah sekolah elit yang lain seperti Maktab Rendah Sains Mara Taiping, Sekolah Sultan

Azlan Shah dan SMK Taman Tasik Taiping. Namun telah memilih SMK Klian Pauh

Taiping Perak sebagai sekolah rintis untuk menempatkan pelatih-pelatihnya sebagai

murid di sekolah harian pada tahun 2004. Bermula dari tahun tersebut bilangan pelatih

Sekolah Tunas Bakti Taiping di SMK Klian Pauh semakin bertambah sehingga

menimbulkan pelbagai masalah yang sukar dikawal ( En. Zainal Ariffin : temubual ).

Pada saat klilmaks SMK Klian Pauh pernah menerima kira-kira 20 pelatih daripada

Sekolah Tunas Bakti Taiping ( Buku Pendaftaran SMKKP ). Memang tidak dinafikan

kehadiran mereka telah menimbulkan pelbagai warna suka dan duka kepada pihak

pentadbir mahupun murid-murid yang lain ( En. Zainal Ariffin : temubual ). Ekoran

daripada timbulnya pelbagai masalah pengurusan disiplin pihak pentadbiran SMK Klian

49
Pauh Taiping khususnya Pn. Hasmah Yusoff telah berusaha untuk mengurangkan

bilangan pelatih Sekolah Tunas Bakti Taiping di SMK Klian Pauh Taiping. Beliau melalui

kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah Larut Matang dan Selama dan bantuan

Pengetua Sekolah Tunas Bakti Taiping telah menukarkan beberapa orang pelatih ke

sekolah harian yang lain ( En. Zainal Ariffin : temubual ). Usaha yang diambilnya itu,

telah bukan sahaja telah berjaya mengurang bilangan pelatih Sekolah Tunas Bakti di

SMK Klian Pauh malahan juga telah memudahkan urusan pengawalan disiplin dalam

kalangan mereka.

Namun kini bilangan pelatih Sekolah Tunas Bakti yang sedang berada di sekolah

harian semakin berkurangan. Pada tahun 2016 hanya terdapat kira-kira 7 orang sahaja

pelatih yang sedang menuntut di sekolah harian ( En. Saufi : temubual ). Malahan

dikatakan bilangan mereka juga semakin berkurangan. Antara sekolah-sekolah yang

terlibat dalam penerimaan pelatih Sekolah Tunas Bakti Taiping sebagai murid harian

pada tahun 2016 ialah SMK Kampung Jambu Taiping, SMK St. George Taiping, SMK

Darul Ridwan dan SMK Klian Pauh ( En. Saufi : temubual ). Bilangan pelatih di sekolah

harian yang semakin sedikit dengan bilangan mereka yang juga semakin sedikit inilah

yang menjadi batasan kepada kajian. Walaupun di daerah Larut Matang dan Selama

mempunnyai bilangan sekolah yang banyak tetapi tidak semua sekolah menerima

pelatih daripada Sekolah Tunas Bakti Taiping sebagai murid harian kerana faktor jarak.

Tambahan pula, apabila bilangan pelatih di sesebuah sekolah makin berkurangan

makin kuranglah masalah disiplin yang mereka timbulkan. Namun tidak dapatlah kita

nafikan bahawa masih terdapat isu yang perlu dikaji dalam usaha memberikan

pendidikan kepada pelatih-pelatih Sekolah Tunas Bakti Taiping ini khususnya dari aspek

50
penerimaan para guru mengenai pelatih Sekolah Tunas Bakti Taiping di sekolah harian

dan juga pengawasan pihak pentadbir terhadap masalah disiplin dalam kalangan

pelatih Sekolah Tunas Bakti Taiping di sekolah harian.

1.7 : PENDEKATAN TEORI

1.7.1 : TEORI LABEL

Teori label ini berasaskan kepada pemahaman yang menekankan sejauh mana

kelakuan itu dikatakan atau dilabelkan sebagai tingkah laku yang menyimpang daripada

norma masyarakat ( Amir Hasan Dawi : 2006 ). Teori label ini telah diasaskan oleh

Howard S. Becker pada tahun 1963. Teori ini yakin bahawa tingkah laku yang

menyeleweng daripada norma masyarakat berlaku sebagai hasil daripada tindakan

masyarakat yang gemar memberikan label kepada individu tertentu kerana perbuatan

tertentu ( Amir Hasan Dawi : 2006 ). Impak besar daripada tindakan yang gemar

melabelkan individu ini sebenarnya akan melahirkan satu stigma atau petanda buruk

atau gelaran negatif kepada insan yang telah melakukan pernyimpangan daripada

norma masyarakat. Aspek penting yang menjadi asas dan pegangan dalam teori label

ini ialah punca kepada berlakunya tingkah laku yang menyimpang. Dipercayai bahawa

punca berlakunya tingkah laku menyimpang ini disebabkan oleh terdapat sebahagian

kelompok masyarakat khususnya kelompok mereka yang memegang tampuk kuasa

membentuk peraturan dan memaksa kelompok lain dalam masyarakat untuk

mematuhinya ( Siegel : 1998 ). Sekiranya kelompok yang lain gagal mematuhinya

mereka akan dianggap telah mencemarkan norma-norma yang terdapat dalam

masyarakat tersebut. Kelompok yang memegang tampuk pemerintahan inilah yang

51
berhak dalam menentukan apakah yang dianggap sebagai menyalahi norma

masyarakat atau mematuhi norma masyarakat ( Siegel : 1998 ).

Terdapat perkaitan yang rapat antara tindakan melabel dengan kes devian

( Siegel : 1998 ). Pada kebiasaannya, tindakan melabel ini berdasarkan satu trait atau

satu tingkah laku negatif yang terdapat pada seseorang ataupun individu, tetapi

malangnnya tindakan melabel ini menyebabkan ia menjadi satu gambaran menyeluruh

atau sepenuhnya terhadap peribadi individu terbabit ( Siegel : 1998 ). Hal ini,

seterusnya akan mempengaruhi keseluruhan gaya hidup individu terbabit sehingga

menjejaskan perjalanan hidupnya. Tamsilan paling mudah yang dapat kita ketengahkan

bagi memudahkan lagi pemahaman kita mengenai teori label ini ialah tindakan kita

melabel seseorang sebagai gila. Secara tidak langsung tindakan ini telah menyebabkan

keseluruhan hidupnya akan terjejas kerana orang gila turut diandaikan mempunyai

sifat-sifat negatif lain seperti berbahaya, tidak jujur, tidak stabil, ganas, menakutkan dan

sebagainya lagi. Begitu jugalah hal yang sebaliknya apabila kita bertindak melabelkan

seseorang itu sebagai orang-orang baik yang membawa konotasi boleh dipercayai,

jujur, rajin, amanah, kacak dan sebagainya.

Dalam usaha membuktikan kenyataannya ini Siegel ( 1998 ) telah menjalan

satu kajian. Hasil daripada kajian tersebut membuktikan bahawa jika individu tersebut

mempunyai satu trait yang positif seperti mempunyai fizikal yang menarik maka ia akan

dilabelkan sebagai orang yang baik. Oleh itu, secara automatiknya insan tersebut akan

memiliki ciri-ciri positif lain seperti bijak dan mempunyai pencapaian akademik yang

baik. Begitu jugalah sebaliknya, apabila seseorang individu itu memiliki satu trait negatif

seperti pencetus masalah, gila atau bodoh hanya kerana paras rupa yang kurang

52
menawan secara tidak langsung individu terbabit akan turut dipandang rendah oleh

masyarakat.

Teori label ini telah dikembangkan lagi oleh ( Lemert : 1951 ) yang telah

membahagikan devian kepada dua tahap yang berbeza iaitu :

Tahap pertama

Tahap pertama menjadi kayu ukur kepada permulaan sikap devian yang

ada dalam diri manusia. Ia diukur melalui tindakan yang melanggar

peraturan ataupun norma masyarakat. Tindakan memberikan perlabelan

negatif yang dikenakan kepada individu terbabit berkemungkinan akan

mewujudkan nilai kawalan dalam dirinya. Nilai kawalan dalam diri individu

yang tertuduh merujuk kepada satu usaha untuk tidak terus mengulangi

kesalahan yang sama pada masa akan datang agar dapat menghentikan

perlabelan negatif yang telah diberikan ( Lemert : 1951 ).

Tahap kedua

Tahap kedua pula sebenarnya lebih kritikal berbanding tahap pertama tadi.

Hal ini demikian kerana pada tahap ini tingkah laku devian yang telah

menerima perlabelan akan membentuk satu identiti baru dalam dirinya

( Lemert : 1951 ). Dalam bahasa mudah untuk difahami semua orang ialah

tindakan melabel atau gelaran yang diberikan oleh kelompok

masyarakatnya itu telah menjadi identiti dirinya sehingga menimbulkan

perasaan bangga dalam diri dengan gelaran yang diberikan. Ironi yang

paling mudah dapat ditampilkan bagi menjana pemahaman umum kita ialah

seseorang yang mencuri pakaian di sebuah pusat membeli belah sudah

53
pasti akan meneruskan tingkah laku negatif yang menyimpang daripada

norma masyarakat itu, selagi dia tidak ditangkap oleh pihak berkuasa.

Sekiranya perbuatannya itu dapat dihidu dan akhirnya dia ditangkap, sudah

pastilah dia akan dilabelkan sebagai pencuri. Tindakan masyarakat

melabelkan gelaran tersebut membibitkan rasa bangga dalam dirinya dan

akhirnya dia akan meneruskan kerjayanya sebagai seorang pencuri pada

masa yang akan datang.

Manakala bagi Kitsuse ( 1980 ) pula, masih terdapat satu tahap lagi selepas

tahap kedua. Tahap ini dikenali sebagai tahap tertiary. Tahap tertiary ini merujuk

kepada individu yang terlibat dengan kesalahan devian ini dan telah menerima

perlabelan daripada tindakan tersebut tetapi mempunyai anggapan atau pegangan

bahawa tingkah laku yang dilakukannya adalah sesuatu yang normal. Malahan

kekalutan akan menjadi lebih gawat lagi apabila individu yang menerima perlabelan

tersebut merasakan perbuatannya bukanlah sesuatu yang melanggar norma

masyarakat ( Kitsuse : 1980 ). Analogi yang dapat diketengahkan ialah fahaman

yang menjadi peganggan bagi seorang penagih dadah. Pada kebiasaannya seorang

penagih dadah sukar berhenti daripada penagihannya hanya kerana berpendapat

adalah tidak menjadi satu kesalahan besar baginya menagih dadah berbanding

dengan kesalahan lain seperti kesalahan orang yang meminum minuman keras.

Dalam konteks pengurusan masalah murid Sekolah Tunas Bakti di sekolah

harian didapati bahawa mereka ini seperti sudah dilabelkan sebagai orang jahat.

Nama mereka juga sudah gerun apabila didengar. Tambahan pula, apabila

54
mendapati mereka telah terbabit dengan pelbagai kes seperti mencuri, rogol, cabul,

rompak dan sebagainya ( Pn. Puteh : temubual ). Oleh itu, terdapat kecenderungan

untuk melabelkan mereka sebagai jahat sehingga mempengaruhi layanan yang

diberikan mahupun tindakan. Murid Sekolah Tunas Bakti yang berada di SMK Klian

Pauh hanya berada pada tahap 1 dan 2 sahaja kerana ada yang berusaha untuk

berubah tetapi ada juga yang bangga dengan gelaran mereka dan berusaha untuk

mengukuhkan kedudukan mereka bagi mendapatkan perhatian ( Pn. Puteh :

temubual ).

1.7.2 : TEORI PILIHAN

Teori Pilihan dan Terapi Realiti sebenarnya telah diasaskan oleh William Glasser

( seorang psikologi di California ) yang dilahirkan di Cleveland, Ohio pada tahun 1925.

Semasa dalam latihan psikiatriknya di Veterans Administration di Los Angeles dan

UCLA di Los Angeles ( Corey : 2009 ) mendapati terdapat perbezaan antara apa yang

telah dipelajari melalui model Freud dengan apa yang boleh dipraktikkannya kerana

mendatangkan lebih manfaat ( Sabariah : 2005 ). Teori pilihan menghuraikan fungsi

otak sebagai sistem kawalan dan ia sebenarnya menjadi asas penting kepada Terapi

Realiti ( Glasser : 1998 ). Otak bertugas untuk mengawal pemikiran yang menentukan

tingkah laku individu dalam usaha untuk memuaskan keperluan harian. Oleh itu, teori

pilihan membicarakan tingkah laku seseorang dan mengapa ia bertingkah laku

sedemikian. Seterusnya Terapi Realiti pula merujuk kepada aplikasi teori kaunseling

yang diguna pakai oleh teori pilihan untuk menolong kaunseling ( Sabariah : 2005 ).

Teori pilihan yakin bahawa segala tingkah laku berpunca oleh kehendak dalaman dan

55
bukannya dipengaruhi oleh luaran dan persekitaran. Tuntasnya setiap perbuatan yang

dipilih merupakan cubaan terbaik dalam usaha untuk memenuhi keinginan dan

keperluan. Namun ditekankan disini bahawa individu terbabit seharusnya

bertanggungjawab terhadap setiap pilihan yang telah diputuskannya ( Glasser : 1998 ).

Dalam buku Ahmad Jaziman ( 2008 ), Wubbolding dan Brickell, 2007 telah

menerangkan mengenai perhubungan antara teori pilihan dengan teori terapi realiti.

Digambarkan teori terapi realiti sebagai kereta apinya dan teori pilihan pula sebagai

landasannya kerana yakin teori pilihan menghurai faktor penyebab seseorang itu

bermasalah dan teori terapi realiti pula kemahiran yang digunakan untuk

mengendalikan masalah individu terbabit. Glasser menyimpulkan bahawa masalah

manusia berpunca daripada kegagalan memenuhi keperluan asas yang merangkumi

fisiologi dan psikologi ( Ahmad Jaziman : 2008 ). Fisiologi merujuk kepada keperluan

untuk meneruskan kelangsungan hidup yang meliputi keinginan biologi seperti

makanan, air, tempat tinggal dan seks. Keperluan psikologi pila merujuk kepada kuasa,

kasih sayang, kebebasan dan keseronokan. Hakikatnnya teori pilihan agak berbeda

dengan teori-teori kaunseling dan psikoterapi yang lain kerana ia menolak konsep

seperti sakit jiwa, sakit mental, neurotik dan kecelaruan psikotik kerana Glasser

berpendapat schizophrenic dan depressive psychosis sebagai refleksi terhadap

persekitaran. Glasser percaya pelakuan neurotic atau psychotic merupakan tingkah

laku yang kita pilih dan bukan kepada perasaan dan sikap ( Amir Awang: 1987 ). Fokus

utama adalah apa yang ada pada masa sekarang kerana seperti pendekatan

existential, teori pilihan berdasarkan andaian bahawa kita bukan mangsa masa lampau

atau masa hadapan, kecuali kita yang memilih untuk menjadi seperti demikian. Dalam

56
bahasa yang lebih mudah kita bukanlah mangsa kepada dorongan alam tidak sedar.

Glasser menegaskan manusia sebenarnya berupaya untuk mengawal hidupnya sendiri

lebih daripada apa yang mereka percaya ( Sabariah Siron : 2005 ).

Hal inilah, yang ingin ditekankan dalam menguruskan murid Sekolah Tunas Bakti

di sekolah harian. Mereka mempunyai pilihan dalam membuat keputusan dan bukanlah

mangsa kepada dorongan alam tidak sedar. Tambahan pula, ketika mereka berada di

SMK Klian Pauh mereka tidak terikat lagi dengan kisah lampau atau masa hadapan.

Mereka sebenarnya mampu mengawal keadaan kerana menurut Glasser manusia

berupaya mengawal hidupnya lebih daripada apa yang mereka percayai. Oleh itu,

mereka sewajarnya lebih bertanggungjawab terhadap setiap tindak tanduk yang diambil

kerana mereka sendiri sudah maklum mengenai kesannya daripada pihak pengurusan

sekolah.

1.9.3 : TEORI PILIHAN RASIONAL

Tingkah laku devian dalam konteks teori pilihan rasional ini berlaku apabila

individu bertindak membuat pertimbangan berdasarkan penglibatan kos dan

keuntungan yang akan dapat dikecapi hasil daripada keputusan yang diambilnya

apabila terlibat dengan dengan tingkah laku devian ( Jon : 1989 ). Pendekatan teori

pilihan berpandangan individu yang terlibat dengan jenayah bukanlah melibatkan diri

dalam semua tingkah laku anti sosial. Terdapat juga pandangan yang menyatakan teori

pilihan rasional ini yakin bahawa apabila individu berhadapan dengan situasi pelbagai

pilihan, mereka selalunya akan membuat pilihan berdasarkan pilihan terbaik yang

memberikan manfaat serta keuntungan mengikut apa yang dipercayai. Pendapat ini

57
sedikit berbeza dengan idea yang dilontarkan oleh Siegel ( 1998 ). Menurut Siegel

setiap individu akan membuat pertimbangan secara terperinci sebelum membuat

sesuatu pilihan mahupun sebelum mengambil sebarang tindakan. Hal ini kerana akan

wujudnya pelbagai situasi pilihan. Situasi pilihan ini bergantung kepada lokasi jenayah,

sasaran yang sesuai dan faktor peribadi. Faktor peribadi ini menjurus kepada persoalan

sama ada pilihan dibuat kelak akan memberikan banyak manfaat kepada diri individu

terbabit. Kelebihan utama teori pilihan rasional ini ialah kerana ia mampu menjelaskan

sebab-sebab remaja mahupun mana-mana individu yang mempunyai risiko tinggi

dalam kegiatan devian mahupun kegiatan jenayah tidak akan terlibat secara terus

menerus dalam sebarang aktiviti mahupun tingkah laku devian ini. Hal ini, terjadi kerana

individu mahupun remaja yang terlibat dengan tingkah laku devian ini akan belajar

untuk mengimbangi risiko berdasarkan manfaat hasil daripada tindakan yang mereka

akan lakukan kelak. Hal ini, dapat dikaitkan dengan tindakan murid Sekolah Tunas Bakti

yang menyeludup masuk tembakau ke Sekolah Tunas Bakti kerana mereka diugut oleh

ketua-ketua di dalam ( Pn. Puteh : temubual ). Perlanggaran disiplin sekolah juga dibuat

kerana mahukan nama dan perhatian ( Pn. Puteh : temubual ).

1.9.4 : TEORI FUNGSIONALISME

Masalah tingkah laku murid menjadi tulang belakang teori fungsionalisme. Hal ini

demikian kerana, tingkah laku murid sebenarnya mempengaruhi kelancaran fungsi dan

peranan remaja dalam masyarakat. Ketidak lancaran fungsi remaja dalam masyarakat

inilah yang menjadi intipati utama teori fungsionalisme kerana teori ini memfokuskan

58
kestabilan sosial dan cara bagaimana setiap anggota masyarakat memberikan makna

kepada kelompok masyarakatnya. Realiti yang perlu kita terima ialah masalah devian

biasanya tercetus akibat daripada perubahan sosial yang berlaku terlalu pantas tetapi

pada masa yang sama juga kurangnya integrasi sosial dalam masyarakat ( Kendall :

2003 ). Kendal ( 2003 ) juga merasakan bahawa jika integrasi sosial semakin

berkurangan pastilah akan berlakunya peningkatan kadar masalah devian dan juga

jenayah. Pendapat Kendal ini sedikit berbeza dengan pandangan yang diberikan oleh

Durkheim yang yakin kelompok devian juga sebenarnya mempunyai fungsi sosial dan

peranannya yang tersendiri berdasarkan kepentingannya yang tertentu. Ahli sosiologi

terkini yang mengkaji teori fungsionalisme berpendapat bahawa devian sebenarnya

bersifat universal kerana mempunyai tiga fungsi utama iaitu :

Devian menjelaskan lagi aspek peraturan dan undang-undang

Apabila kita menjatuhi hukuman terhadap tingkah laku devian sebenarnya

masyarakat mengesahkan lagi komitmen mereka terhadap peraturan

sehingga menjelaskan lagi makna yang tersirat di sebaliknya.

Devian menyatu padukan kumpulan

Pada kebiasaannya tindakan dan tingkah laku devian dilihat sebagai

mengancam perpaduan masyarakat. Maka setiap individu akan cuba untuk

bersatu padu di dalam tingkah laku kelompok yang sama pendapat dan

fahamannya. Dalam tempoh jangka panjang kesetiaan terhadap kelompok

masyarakat itu akan menjadi semakin kukuh.

Devian akan menggalakkan perubahan sosial

59
Kadang kala devian gemar bertindak untuk mengancam nilai pegangan

masyarakat dalam cubaan untuk membuat sebarang tranformasi ataupun

perubahan ataupun pembaharuan. Tamsilan mudah yang sering berlaku

dalam realiti masyarakat ialah apabila sekumpulan mahasiswa universiti

melancarkan mogok sebagai tanda bantahan untuk melahirkan rasa tidak

puas hati mereka terhadap isu-isu yang berkaitan dengan ketidak adilan

yang berlaku di kampus mereka.

Ahli sosiologi yang mengamalkan teori fungsionalisme juga telah membuktikan

bahawa devian juga mampu bersifat sebagai disfungsi kepada masyarakat. Hal ini,

berlaku kerana jika terdapat terlalu ramai warga dalam sesebuah masyarakat yang

melanggar nilai-nilai norma masyarakat yang sedia ada, akhirnya akan lahirlah tingkah

laku yang sukar diterima akal seperti kejadian keganasan yang dilihat sebagai benar-

benar meyimpang daripada norma masyarakat itu. Walau bagaimana hebat sekalipun

ahli teori fungsionalisme membicarakan mengenai isu yang berkaitan dengan devian

dan perbuatan jenayah tetapi ia tidak boleh lari daripada struktur masyarakat yang

menjadi pegangan utama teori ini.

Kehadiran murid Sekolah Tunas Bakti di sekolah harian ini sebenarnya telah

berjaya menjelaskan lagi aspek peraturan dan undang-undang yang wajar diamalkan

dan diberikan penekanan oleh pihak pengurusan sekolah. Akibatnya pihak pengurusan

akan lebih komitmen dengan tugas yang dijalankan ( En. Zainal Ariffin : temubual ).

Mereka akan menjadi lebih prihatin terhadap tanggungjawab dalam pengurusan disiplin.

Malahan kehadiran murid Sekolah Tunas Bakti ini juga sebenarnya telah berfungsi

60
untuk menyatupadukan semua warga SKM Klian Pauh ( Pn. Puteh : temubual ).

Kelompok yang mempunyai idea atau fahaman yang sama ini telah bekerjasama dalam

usaha untuk mengawal murid Sekolah Tunas Bakti di SMK Klian Pauh.

1.10 KERANGKA KONSEPTUAL KAJIAN

Ponteng Tingkah laku


Rokok murid Sekolah
Seludup Tunas Bakti di
Tahap 1 tembakau sekolah harian
Vandalisme
Buli
Mencuri 61
Budi bicara Pihak pengurusan Teori
Pekeliling sekolah harian
Tahap 2 Kaunseling Pengetua Label
Hukuman PK Hem
Guru Disiplin
Kaunselor

Tahap 3 Pengurusan Disiplin Murid Sekolah Tunas


Bakti Di Sekolah Harian

Rajah 1 : Kerangka Konseptual Perhubungan Pihak Pengurusan Sekolah Dalam


Menangani Masalah Disiplin Pelatih Tunas Bakti Taiping.

Fokus utama kajian ini ialah masalah disiplin yang ditimbulkan oleh murid

Sekolah Tunas Bakti di sekolah harian. Oleh itu, kita akan cuba mengenalpasti terlebih

dahulu jenis-jenis pelanggaran yang sering dilakukan oleh mereka seperti mencuri,

vandalisme, rokok, ponteng, penyeludupan, buli dan percintaan. Dalam usaha untuk

memudahkan pemahaman, kerangka konseptual ini dibahagikan kepada tiga tahap.

Tahap satu ini lebih kepada jenis-jenis pelanggaran disiplin.

Kemudian barulah kita beralih pula ke tahap ke-2 yang menfokuskan peranan

yang dimainkan oleh pihak pengurusan sekolah. Dalam kajian ini, pihak pengurusan

sekolah yang menjadi fokus utama ialah pengetua, PK Hem, guru disiplin dan juga

kaunselor sekolah. Tindakan yang diambil oleh mereka dalam usaha untuk mengawal

62
pergerakan murid Sekolah Tunas Bakti di sekolah harian diberikan penekanan.

Tindakan yang telah diambil oleh pihak pengurusan dalam mengawal selia pengurusan

disiplin ini adalah seperti budi bicara, penggunaan pekeliling, kaunseling dan hukuman.

Kita akan melihat penguasaan pekeliling dalam kalangan pihak pengurusan dan

bagaimana ia memberikan impak kepada hukuman yang dijatuhkan ke atas murid

Sekolah Tunas Bakti di sekolah harian selain penggunaan budi bicara. Hal ini, sangat

penting bagi melihat bagaimana pihak sekolah cuba untuk mengimbangi antara

penggunaan pekeliling, hukuman dan kesannya kepada pengurusan disiplin dan

kerjasama dengan pihak pengurusan Sekolah Tunas Bakti kerana murid Sekolah Tunas

Bakti ini sangat istimewa.

Pada tahap ketiga pula kita menjurus kepada kesan pengurusan disiplin yang

berkesan akibat daripada penggunaan budi bicara, pekeliling, kaunseling dan hukuman

terhadap mutu disiplin murid Sekolah Tunas Bakti di sekolah harian. Hal ini, sangat

penting kerana pengurusan disiplin yang berkesan khususnya apabila berdepan

dengan murid Sekolah Tunas Bakti bagi memastikan organisasi sekolah menjadi lokasi

pilihan terbaik untuk aktiviti pembelajaran yang lebih bermakna dan selamat.

Pengkaji mengaitkan keseluruhan kajian ini dengan penggunaan teori label. Oleh

sebab itu, pada kerangka konseptual ini dilukiskan dengan garis anak panah terputus-

putus bertujuan untuk memperlihatkan perkaitan teori label dalam semua aspek

pengurusan disiplin yang melibatkan murid Sekolah Tunas Bakti di sekolah harian.

Menurut ahli sosiologi Becker ( 1963 ), tindakan melabelkan tingkah laku devian dilihat

berpunca daripada individu lain yang bertindak melabelkan tingkah laku individu

tersebut. Dalam hal ini, masyarakatlah yang dilihat mempunyai kuasa untuk

63
menetapkan bentuk-bentuk peraturan yang perlu dipatuhi oleh masyarakatnya.

Pengkaji berpandangan bahawa teori label ini mempunyai kaitan yang sangat rapat

dalam pengurusan disiplin murid-murid Sekolah Tunas Bakti di sekolah harian kerana

latar belakang yang telah dilabelkan kepada mereka oleh pihak pengurusan sekolah.

Tindakan yang diambil seperti budi bicara, pekeliling, kaunseling dan hukuman

itu bertujuan untuk memenuhi kehendak warga sekolah khususnya dalam mengawal

mutu disiplin murid Sekolah Tunas Bakti di sekolah harian kerana minda mereka telah

dipengaruhi oleh penglabelan yang diberikan oleh masyarakat. Tindakan guru mahupun

pentadbir yang melabelkan tingkah laku murid Sekolah Tunas Bakti di Sekolah harian

sebagai devian menyebabkan wujudnya peraturan-peraturan tertentu sehinggakan

murid terbabit diberikan amaran, digantung atau dibuang dari sesi persekolahan.

Terdapat juga guru yang bertindak lebih drastik kerana melabelkan mereka sebagai

menganggu, pembuli, perosak harta sekolah, pencuri, pemalas sehingga menyebabkan

guru disiplin mengambil tindakan terhadap murid Sekolah Tunas Bakti di sekolah harian

ini.

1.11 RUMUSAN

Melalui huraian yang begitu panjang lebar mengenai punca-punca berlaku jenayah

dalam kalangan devian berpandukan pelbagai teori ini dapatlah disimpulkan bahawa

terdapat pelbagai faktor yang menyebabkan berlaku masalah jenayah dalam kalangan

64
remaja. Oleh itu, adalah wajar sekiranya kita tidak meletakkan kesalahan ke bahu

remaja terbabit sahaja. Setiap inci masyarakat seharusnya tidak bersikap seperti

bangau oh bangau lagu rakyat yang sangat terkenal sehingga sekarang. Kita sebagai

warga Malaysia seharusnya tidak saling tuduh menuduh antara satu sama lain kerana

sikap seperti ini bukanlah jalan penyelesaian terbaik malahan akan lebih merumitkan

lagi keadaan. Sebaliknya kita seharusnya membuka ruang kepada remaja yang telah

terjebak ke dalam kancah jenayah sehingga digelar pesalah juvana ini kembali ke

pangkal jalan. Sokongan, bantuan, tunjuk ajar dan bimbingan yang sewajarnya perlulah

diberikan agar mereka tidak kembali melakukan kesilapan yang sama seperti

peribahasa lama pisang berbuah kali kedua tidak berterusan. Oleh itu, tindakan

menempatkan pesalah juvana mahupun remaja yang bermasalah ke pusat-pusat

pemulihan akhlak mahupun sekolah pemulihan seperti Sekolah Tunas Bakti dilihat

sangat wajar dan tepat pada masanya. Malahan tindakan yang lebih berani lagi dengan

memberikan peluang kepada pesalah juvana untuk meneruskan persekolahan sama

ada di dalam Sekolah Tunas Bakti sendiri mahupun sebagai pelajar harian di sekolah-

sekolah tertentu yang berhampiran asrama Sekolah Tunas Bakti dilihat sebagai wajar.

Hal in demikian kerana pesalah juvana merupakan remaja yang masih perlu

meneruskan persekolahan mengikut konvensyen yang diperjuangkan oleh UNESCO.

Malangnya adalah sesuatu yang sangat sukar untuk memisahkan pesalah juvana

terbabit daripada terus tidak melakukan kesalahan disiplin apabila mereka berada di

sekolah harian. Hal ini demikian kerana terdapat segelintir pelatih Sekolah Tunas Bakti

yang merasakan tindakan mereka sebagai betul dan wajar diterima oleh masyarakat.

Tambahan pula, para pelatih Sekolah Tunas Bakti ini telah melalui pelbagai dugaan

65
dan cabaran, hinaan, cercaan dan tomohan yang sudah sebati dengan diri mereka.

Tindakan disiplin juga dianggap sebagai perkara biasa dan tidak digeruni lagi. Oleh itu,

seharusnya satu tatacara tindakan disiplin yang lebih tegas berbanding murid biasa

harus diambil agar mereka mampu berubah dan kembali menumpukan perhatian yang

serius kepada pelajaran demi masa depan yang cemerlang.

66

Вам также может понравиться