You are on page 1of 11

BAHAGIAN B

[30 markah]

Soalan 21

Pilih perkataan yang paling sesuai untuk diisi pada tempat kosong dalam petikan yang

diberi.

dan setiap walaupun namun

yang dalam kepada kerana

Melisa berumur 12 tahun. Dia bersekolah di SK Taman Megah.

pagi ibunya, Puan Orkid akan menghantarnya ke sekolah. Melisa sentiasa mengucapkan

terima kasih kepada ibunya menghantarnya ke sekolah. Di

sekolah, Melisa sering menyiapkan tugasan diberikan kepadanya.

Oleh itu, dia tidak pernah didenda oleh guru. Di rumah, Melisa menolong ibu bapanya

mengemas rumah, menyapu sampah, membantu ayah mencuci kereta ____________

sebagainya.

[ 4 markah ]

Soalan 22

a.Tulis ayat pasif yang paling sesuai bagi jawapan yang diberi.

Ayat aktif: Azira mencuci kasut sukan dan pakaian sekolahnya sendiri.

Ayat pasif:
[ 2 markah ]
b.Tulis dialog yang sesuai bagi watak di bawah.

[ 2 markah ]

c. Soalan berikut berdasarkan gambar di bawah.

Nyatakan maksud peribahasa yang sesuai bagi gambar di atas.


[ 2 markah ]
Soalan 23

Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Terdapat dua teori tentang asal usul baju kebaya. Teori yang pertama menyatakan

bahawa perkataan kebaya itu berasal daripada perkataan Arab habaya yang bermaksud

pakaian labuh yang berbelah di hadapan. Teori kedua pula menyatakan bahawa baju kebaya

dibawa oleh Portugis ke Melaka.

Pada asalnya, baju kebaya direka labuh hingga paras lutut ataupun lebih. Lengan

tangannya panjang dan lebar. Manakala bahagian mengikut potongan badan dan melebar ke

bawah bermula dari bahagian punggung. Bahagian hadapannya pula berbelah dan berkolar

hingga kaki baju. Bahagian yang berbelah ini disemat dengan tiga kerongsang berasingan atau

yang berangkai dengan rantai halus. Kerongsang ini dikenal sebagai ibu dan anak kerongsang.

Kerongsang yang besar dan diletakkan di atas sekali dipanggil ibu dan dua lagi yang kecil dan

dipakai di bawah kerongsang ibu dipanggil kerongsang anak.

Kebaya ada pelbagai gaya. Contohnya di Selangor, kebayanya tidak berkolar. Di

Perak, lengan kebayanya sangat lebar berbanding dengan kebaya di negeri-negeri lain. Di

Pahang pula, baju kebayanya dikenal sebagai baju Riau Pahang yang mempunyai leher

berkolar dan berkancing seperti baju kurung cekak musang tetapi bahagian hadapannya juga

berbelah seperti baju kebaya yang lain. Malahan, baju kebaya Pahang turut dipasangkan

kerongsang di bawah kancingnya yang berbutang itu.

a. Perkataan Arab, iaitu habaya bermaksud


_____________________________________________________________________

[ 1 markah]
b. Bagaimanakah rekaan asal baju kebaya?

[ 2 markah ]

c. Padankan pernyataan di bawah berdasarkan petikan. Satu daripadanya telah

ditunjukkan sebagai contoh.

Kebaya mempunyai pelbagai gaya.

Kerongsang yang kecil dipanggil kerongsang anak.


Betul

Lengan tangan baju kebaya panjang dan


labuh. Salah

Kebaya di Perak mempunyai leher berkolar dan


berkancing seperti baju kurung cekak musang.

[ 2 markah ]
Soalan 24

Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Kejadian banjir besar yang berlaku pada tahun 2014 di Kelantan telah

menyebabkan lebih 100 000 orang menjadi mangsa. Biarpun sedih dan reda dengan

bencana yang berlaku, kita harus mengambil langkah berjaga-jaga dalam menghadapi

banjir.

Kita harus mengutamakan keselamatan dan kesihatan diri dengan memastikan

kebersihan makanan dan minuman. Banjir yang berpanjangan menyebabkan penularan

bakteria seperti Leptospirosis daripada air kencing tikus yang boleh menjangkiti

seseorang sehingga menyebabkan kematian. Lantaran itu, mangsa banjir perlu

memastikan air yang diminum berada dalam keadaan bersih dan dimasak terlebih dahulu.

Pihak Kementerian Kesihatan Malaysia telah menempatkan pasukan perubatan di

semua tempat pemindahan banjir sebagai persediaan awal untuk membendung penularan

pelbagai penyakit berjangkit. Mangsa banjir juga perlu berwaspada selepas banjir surut

kerana pada waktu ini nyamuk Aedes mudah membiak. Sehubungan dengan itu, kawasan

tempat pembiakan nyamuk Aedes perlu dihapuskan.

Oleh yang demikian, mangsa banjir perlu memastikan langkah-langkah

keselamatan ketika bencana banjir dipatuhi agar keselamatan dan kesihatan mereka

terjaga. Semua pihak perlu bekerjasama untuk sama-sama menghadapi bencana banjir.
a. Perkataan reda dalam petikan boleh juga digantikan dengan perkataan

[ 1 markah ]

b. Bagaimanakah caranya untuk kita mengutamakan keselamatan dan kesihatan diri

ketika banjir besar berlaku?

[ 2 markah ]

c. Apakah yang perlu dilakukan oleh mangsa banjir bagi mengelakkan penularan bakteria

seperti Leptospirosis daripada air kencing tikus menjangkiti seseorang sehingga

menyebabkan kematian?

[ 2 markah ]

d. Pada pendapat kamu, apakah yang perlukan dilakukan sekiranya tempat tinggal

kamu dilanda banjir? Mengapa?

[ 3 markah ]
Soalan 25

Baca iklan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

PERTANDINGAN MELUKIS DAN MEWARNA KANAK-KANAK

ANJURAN POPULAR DAN RAKAN MEDIA STAR


Hadiah berjumlah lebih RM8000 menanti anda!

Pendaftaran Percuma Tarikh: 2 Mei 2017

Tempat: Dewan 5, Pusat Konvensyen Perdana Airis, Sarawak

Kategori Tarikh Pertandingan Masa Masa Penyampaian


Pendaftaran Pertandingan Hadiah
Kategori 2.6.2016 Mewarna 5.30 petang 6.00 petang 8.30 malam
A 7-9 (Sabtu) 6.00 petang 8.00 malam 9.00 malam
Kategor 9.6.2016 Melukis 4.30 petang 5.00 petang 8.30 malam
iB (Sabtu) 5.00 petang 8.00 malam 9.00 malam
10-12
tahun

Hadiah Pertama
Kategori A Hamper bernilai RM1000
Kategori B Hamper bernilai RM1300
HADIAH
Hadiah Kedua
Kategori A Hamper bernilai RM700 Kategori
B Hamper bernilai RM800

Hadiah Ketiga
Kategori A Hamper bernilai RM450 Kategori
B Hamper bernilai RM500

10 Hadiah sagu hati Kategori A


Hamper bernilai RM150 Kategori B Hamper
bernilai RM180
a. Di manakah pertandingan mewarna dan melukis itu akan diadakan?

[ 1markah ]

b. Sekiranya kamu memenangi tempat kedua Kategori B, apakah hadiah yang akan

kamu perolehi?

[ 2 markah ]

c. Tandakan ( ) bagi pernyataan yang betul dan ( X ) bagi pernyataan yang salah

berdasarkan iklan tersebut.

Pertandingan mewarna akan diadakan pada 2.6.2017.

Hadiah sagu hati bagi Kategori A ialah hamper bernilai RM100.

[ 1 markah ]

d. Pada pendapat kamu, mengapakah kedua-dua pertandingan itu diadakan pada hari

Sabtu?

[ 3 markah ]

Disediakan oleh, Disemak oleh,

(PN. SALMAH MASHITAH MOHD ALI) (PN. SHARIFA KADARSAH)


KETUA PANITIA BM PENOLONG KANAN KOKURIKULUM
SKCLL SKCLL