Вы находитесь на странице: 1из 15

KERJA PROJEK

MATEMATIK
TAMBAHAN
NEGERI PERAK

2017

JABATAN PELAJARAN NEGERI PERAK


JABATAN PELAJARAN NEGERI PERAK KERJA PROJEK MATEMATIK TAMBAHAN TAHUN 2017

Lembaran Kerja 1 : Lets coordinate!

BAHAGIAN 1.1

Satu persamaan yang mudah seperti y = f(x) dapat dipersembahkan secara indah sebagai satu graf
pada suatu satah Cartes. Perwakilan yang menakjubkan ini diilhamkan oleh seorang ahli matematik
Perancis.
Tulis satu anekdot berkenaan dengan sumbangan dan pencapaian ahli matematik yang terkenal itu.

BAHAGIAN 1.2

Games can be powerful tools that significantly boost personal development, learning
achievement and pupils success if the games are specially designed
to develop specific skills or concepts.

Gunakan bahan yang mudah untuk mereka bentuk satu permainan yang berasaskan koordinat.
Reka bentuk anda harus termasuk perkara-perkara berikut.
1. Satu nama yang sesuai bagi permainan yang direka bentuk.
2. Konsep matematik yang terlibat.
3. Peraturan permainan.

HALAMAN | 1
JABATAN PELAJARAN NEGERI PERAK KERJA PROJEK MATEMATIK TAMBAHAN TAHUN 2017

Lembaran Kerja 2 : Lets get into shape!

Hablur kuartz mempunyai bentuk geometri yang menarik. Ikuti arahan di bawah untuk membina
satu model bagi hablur yang cantik ini.

(a) Jadual 1 menunjukkan koordinat bucu bagi dua set segi tiga. Perhatikan corak dalam
koordinat yang ditunjukkan dan lengkapkan jadual itu.

SET 1 SET 2
Segi tiga Koordinat bucu Segi tiga Koordinat bucu

A (0,1) (2,0) (2,2) P (5,0) (5,2) (7,1)

B (0,3) (2,2) (2,4) Q (5,2) (5,4) (7,3)

C (0,5) (2,4) (2,6) R (5,4) (5,6) (7,5)

D S

E T

F U

JADUAL 1
(b) Enam segi empat tepat yang dilukis pada suatu satah Cartes ditunjukkan pada halaman 3.
Pada satah Cartes itu, lukis dua belas segi tiga yang ditunjukkan dalam Jadual 1 untuk
melengkapkan bentangan bagi model suatu hablur kuartz.
(c) Gunakan bentangan saiz penuh itu secara kreatif untuk membentuk model tersebut.
[ Model yang telah dibina perlu diserahkan kepada guru anda pada akhir kerja projek ini. ]
(d) Hitung jumlah luas permukaan, dalam cm2, model yang anda telah bina.

HALAMAN | 2
JABATAN PELAJARAN NEGERI PERAK KERJA PROJEK MATEMATIK TAMBAHAN TAHUN 2017

y
12

11

10

x
0
1 2 3 4 5 6 7

HALAMAN | 3
JABATAN PELAJARAN NEGERI PERAK KERJA PROJEK MATEMATIK TAMBAHAN TAHUN 2017

Lembaran Kerja 3 : Enjoy the journey!

Terbit Formula
Satu garis lurus menyambungkan titik P ( x1 , y1 ) dan titik Q ( x2 , y2 ).
Terbitkan formula untuk panjang PQ.

Guna Formula
Rajah 1 menunjukkan semua jalan raya yang menghubungkan Pekan A, Pekan B dan Pekan C.

y ( km )

Pekan B

(5, 8)

J( 2 , 4 )

O x ( km )

(7,8) ( 11 , 8 )
Pekan A Pekan C

Rajah 1

Ali memandu dari Pekan A untuk mengunjungi rakannya di Pekan B dan Pekan C. Selepas
mengunjungi kawannya, Ali kembali ke Pekan A.

1. Hitung jumlah jarak bagi perjalanan itu

2. Suatu jalan raya baharu yang lurus bakal dibina untuk menghubungkan Pekan C dengan
Pekan A atau Pekan B.
Jalan raya baharu yang manakah sepatutnya menjadi pilihan Ali bagi perjalanan itu?
Terangkan.

HALAMAN | 4
JABATAN PELAJARAN NEGERI PERAK KERJA PROJEK MATEMATIK TAMBAHAN TAHUN 2017

Lembaran Kerja 4 : Coconut delight!

Terbit Formula
Satu garis lurus menyambungkan titik P ( x1 , y1 ) dan titik Q ( x2 , y2 ). Titik X membahagi dalam
garis lurus PQ dalam nisbah m : n.
Terbitkan formula untuk koordinat X.
Seterusnya, nyatakan formula untuk koordinat titik tengah PQ.

Guna Formula
Rajah 2 menunujukkan tiga batang pokok kelapa yang ditanam di atas sekeping tanah yang dilukis
pada suatu satah Cartes.
y (m)

C(35 , 40)
B(5 , 30)

A( 10 , 10)
x (m)
o

Rajah 2

1. Pemilik tanah tersebut, Salleh, ingin menanam sebatang pokok kelapa lagi dengan keadaan
keempat-empat batang pokok kelapa itu adalah bucu-bucu sebuah segi empat selari.
Di manakah Salleh sepatutnya menanam pokok kelapa yang keempat itu?
Tunjukkan pengiraan anda.

2. Isteri Salleh, Puteri, ingin menanam dua batang pokok kelapa lagi.
(a) Sebatang pokok kelapa akan ditanam di antara pokok-pokok kelapa di lokasi B dan C
supaya ketiga-tiga pokok kelapa itu membentuk satu garis lurus. Tambahan lagi,
lokasi pokok itu berkeadaan jaraknya dari lokasi C ialah tiga kali jaraknya dari lokasi
B.
Di manakah Puteri sepatutnya menanam pokok kelapa tersebut?

(b) Pokok kelapa yang satu lagi ditanam 10 m dari pokok kelapa di lokasi A supaya pokok
kelapa ini dan dua batang pokok kelapa di lokasi A dan B membentuk stau garis lurus.
Di manakah Puteri sepatutnya menanam pokok kelapa tersebut?

HALAMAN | 5
JABATAN PELAJARAN NEGERI PERAK KERJA PROJEK MATEMATIK TAMBAHAN TAHUN 2017

Lembaran Kerja 5 : Share and share alike!

Terbit Formula
A( x1 , y1 ) . B( x2 , y2 ) , C( x3 , y3 ) dan D( x4 , y4 ) adalah bucu-bucu sebuah segi empat ABCD.
Terbitkan formula untuk luas segi tiga ABC.
Seterusnya, buat satu deduksi tentang luas segi empat ABCD dan nyatakan syarat yang diperlukan.

Guna Formula

Rajah 3 menunjukkan sekeping tanah yang dilukis pada suatu satah Cartes. Tanah ini dimiliki empat
orang adik beradik lelaki.
y (km)

( 2 , 10 )

(8,6)

X

(0,2)

O x (km)
( 10 , 0 )
Rajah 3
Empat orang adik beradik itu bersetuju untuk berkongsi sesama mereka secara sama rata tanah itu.
Mereka membuat keputusan untuk membahagi tanah tersebut kepada empat bahagian yang
berbentuk segi tiga dengan luas yang sama seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 3.

1. Hitung luas, dalam km2, setiap bahagian tanah yang berbentuk segi tiga itu.

2. Tentukan koordinat titik X.

HALAMAN | 6
JABATAN PELAJARAN NEGERI PERAK KERJA PROJEK MATEMATIK TAMBAHAN TAHUN 2017

Lembaran Kerja 6 : Close encounter!

Nyatakan Formula
1. Suatu garis lurus melalui titik A( x1 , y1 ) dan titik B( x2 , y2 ).
Nyatakan formula untuk kecerunan garis lurus itu

2. Kecerunan bagi dua garis lurus masing-masing ialah m1 dan m2.


Nyatakan syarat supaya kedua-dua garis lurus itu
(a) selari,
(b) berserenjang.

Guna Formula
Rajah 4 menunjukkan peta sebuah pekan yang dilukis pada suatu satah Cartes.

y (km)
( 12 , 18 )

Balai Polis

(4,5 )

(3,2 )

Stesen Minyak x (km)
O (4,1 )

Balai Bomba

Rajah 4

Rita bermula dari lokasi ( 12 , 18 ) dan memandu sepanjang satu jalan raya lurus yang membolehkan
dia sentiasa berjarak sama dari Stesen Polis dan Balai Bomba pada setiap masa.

Dengan mempertimbangkan kecerunan sahaja, tentukan lokasi pada jalan raya di mana Rita adalah
paling dekat dengan Stesen Minyak.

Jika Rita memandu dengan purata laju 80 km j 1, hitung masa, dalam minit, yang dia perlu ambil
untuk sampai di lokasi paling dekat itu.

HALAMAN | 7
JABATAN PELAJARAN NEGERI PERAK KERJA PROJEK MATEMATIK TAMBAHAN TAHUN 2017

Lembaran Kerja 7 : Nursery fun!

Nyatakan Formula
Nyatakan formula untuk mencari persamaan garis lurus diberi yang berikut.
1. Kecerunan dan pintasan-y.
2. Kecerunan dan satu titik pada garis lurus itu.
3. Dua titik pada garis lurus itu.
4. Pintasan-x dan pintasan-y

Guna Formula
Rajah 5 menunjukkan satu tapak semaian berbentuk pentagon tak sekata yang dilukis pada suatu
satah Cartes.

y (m)

A( 0 , 5 )

C( 7 , 4 )

D (6 , 2 )

O x (m)
E( 3 , 0 )
Rajah 5

1
Kecerunan sempadan AB dan BC adalah masing-masing dan 1.
2
1. Cari persamaan bagi kelima-lima sempadan tapak semaian itu.
2. Hitung luas tapak semaian itu dengan menggunakan dua kaedah di mana salah satu
daripadanya mesti melibatkan pengamiran.

HALAMAN | 8
JABATAN PELAJARAN NEGERI PERAK KERJA PROJEK MATEMATIK TAMBAHAN TAHUN 2017

Lembaran Kerja 8 : Money-minded!

Rajah 6 ialah satu peta yang menunjukkan kampung P, kampung Q dan satu lebuh raya yang dilukis pada
suatu satah Cartes. y (km)

Kampung Q

(8,7)

x (km)
O (4, 1 )

Kampung P

Rajah 6

1. Satu persimpangan jalan raya akan dibina sepanjang lebuh raya itu untuk menghubungkan
kampung P dan kampung Q ke lebuh raya itu. Persamaan lebuh raya ialah y = 2x + 1.
Tentukan lokasi persimpangan jalan raya itu supaya kos pimbinaan adalah minimum.
Guna dua kaedah.
[Lukisan tidak dibenarkan tetapi penggunaan EXCEL digalakkan.]

2. Sebuah sekolah akan dibina seberapa jauh yang boleh daripada lebuh raya tersebut dan
sekolah itu mesti berjarak 5 km dari setiap kampung P dan Q.
Tentukan lokasi sekolah itu dengan menyelesaikan serentak
(a) dua persamaan tak linear
(b) satu persamaan tak linear dan satu persamaan linear.

HALAMAN | 9
JABATAN PELAJARAN NEGERI PERAK KERJA PROJEK MATEMATIK TAMBAHAN TAHUN 2017

Lembaran Kerja 9.1 : Hello! Nice meeting you!

Takrif Konsep
Titik P ( x , y ) terletak pada suatu satah Cartes.
Takrifkan vektor kedudukan titik P relatif kepada asalan O.

Guna Konsep
Tiga orang pelajar, Johan, Kassim dan Latif sedang berjoging di sebuah taman rekreasi. Rajah 7
menunjukkan kedudukan awal mereka pada suatu satah Cartes.

y (m)
Pelajar A

x (m)
O
Pelajar C

Pelajar B

Rajah 7

Vektor kedudukan Johan, Kassim dan Latif relatif kepada asalan O adalah masing-masing ,
dan
.
4 t 9 2t 2 4t
Diberi bahawa
= , = dan
= dan t ialah masa dalam saat.
6 3t 4 t 4t 12

(a) Kenal pasti nama pelajar A, pelajar B dan pelajar C.

(b) Cari persamaan bagi laluan yang diambil oleh setiap orang pelajar itu.

(c) Tentukan sama ada Johan, Kassim dan Latif akan bertemu di satu lokasi yang sama dengan
menggunakan kaedah vektor.
Jika mereka bertemu, tentukan lokasi itu dengan menggunakan dua kaedah, salah satu daripadanya
mesti kaedah vektor.
[ Lukisan tidak dibenarkan.]

(d) Jika Vx dan Vy masing-masing adalah halaju mengufuk dan halaju mencancang seseorang pelajar itu,
ungkapkan, untuk setiap orang pelajar, Vx dan Vy dalam sebutan i dan j dengan menggunakan
pembezaan.
Seterusnya, cari halaju paduan V bagi setiap orang pelajar itu dalam bentuk x i + y j untuk
menentukan siapa yang berjoging dengan paling pantas.

HALAMAN | 10
JABATAN PELAJARAN NEGERI PERAK KERJA PROJEK MATEMATIK TAMBAHAN TAHUN 2017

Lembaran Kerja 9.2 : The grand line-up!

Tiga orang lelaki, Sam, Paul dan Martin, berpakaian lengkap Spiderman, sedang membuat promosi bagi filem
The Return of Spiderman III di sebuah kompleks membeli-belah. Rajah 8 ialah suatu satah Cartes yang
menunjukkan kedudukan mereka pada suatu ketika.

Sam
3

x
O
Paul


Martin

Rajah 8

Vektor kedudukan bagi Sam, Paul dan Martin relatif kepada asalan O adalah masing-masing
,
dan
7 2t
= 2t 2 ,
. Diberi bahawa = t 5
=
dan 2 di mana t ialah masa dalam
t 5
6t 9 t 2 3
minit.

(a) Cari koordinat Paul dan Martin apabila mereka berada di lokasi seperti yang ditunjukkan dalam
Rajah 8.

(b) Pada paksi yang sama, lukis loci ketiga-tiga orang lelaki itu .

(c) Pada suatu masa tertentu, kedudukan Sam, Paul dan Martin berada pada satu garis lurus.
(i) Tentukan masa situasi tersebut berlaku.
Gunakan dua kaedah.
(ii) Cari persamaan garis lurus itu.
(iii) Cari nisbah jarak di antara Sam dan Paul kepada jarak di antara Sam dan Martin pada masa
itu.

HALAMAN | 11
JABATAN PELAJARAN NEGERI PERAK KERJA PROJEK MATEMATIK TAMBAHAN TAHUN 2017

Lembaran Kerja 10 : Loving it, HOTS!

Selesaikan masalah yang berikut. Anda boleh!

1. Rajah 9 menunjukkan satu lukisan berskala bagi dua segi empat selari, A dan B.

5 unit

A B

5 unit
13 unit 13 unit

Rajah 9

(a) Salin kedua-dua segi empat selari itu.


(b) Pada setiap segi empat selari itu, lukis paksi koordinat yang sesuai untuk membolehkan anda
menyatakan koordinat setiap bucu segi empat selari itu dengan mudah.
(c) Seterusnya, dengan mempertimbangkan koordinat integer sahaja, hitung luas yang mungkin
bagi setiap segi empat selari itu.

2. (a) Rajah 10 menunjukkan dua garis lurus, PQ dan RS, yang bersilang pada asalan O, dan garis
lurus x = 2 dilukis pada suatu satah Cartes.
x=2
y
P

R
x
O

S
Q
Rajah 10

Kecerunan PQ dan RS adalah masing-masing m1 dan m2.


Tunjukkan bahawa m1 m2 = 1.

(b) Tunjukkan bahawa garis lurus 2x ( m + 1 )y = 5 dan 3my = x 1 mungkin selari tetapi tidak
mungkin berserenjang.

HALAMAN | 12
JABATAN PELAJARAN NEGERI PERAK KERJA PROJEK MATEMATIK TAMBAHAN TAHUN 2017

3. Cari jarak berserenjang dari titik ( 8 , 3 ) ke garis lurus y = 2x 3.

4. A ( 1 , 7 ) dan B ( 7 , 13 ) adalah dua titik pada suatu satah Cartes. Titik P bergerak dengan keadaan
hasil darab kecerunan PA dan PB sentiasa bernilai 1 .
(a) Cari persamaan bagi lokus P.
(b) Koordinat-x bagi titik Q ialah 2 dan ia terletak pada lokus P.
Hitung luas segi tiga AQB dengan dua cara.

5. Titik P bergerak pada suatu satah Cartes dengan keadaan ia adalah sentiasa berjarak tetap dari titik
C ( 0 , 12 ). Rajah 11 menunjukkan sebahagian daripada lokus bagi titik P yang melalui titik A ( 8 , 8)
dan titik B ( 4 , 4 ).
y

C( 0 , 12 )
Lokus P
A( 8 , 8 )

B( 4 , 4 )

x
O
Rajah 11
(a) Cari persamaan bagi lokus P.
(b) Hitung luas kawasan berlorek.

6. Semasa musim sejuk, ketebalan satu lapisan ais dalam sebuah tasik ialah 1.5 m. Apabila cuaca
semakin panas, lapisan ais itu mula cair pada kadar tetap. Selepas dua minggu, ketebalan lapisan ais
ialah 1.2m.
(a) Jika y ialah ketebalan, dalam m, lapisan ais itu selepas x minggu, ungkapkan y dalam sebutan
x.
(b) Lakar graf y melawan x.
(c) Berapakah bilangan minggu yang diperlukan untuk lapisan ais itu cair sepenuhnya?

HALAMAN | 13
JABATAN PELAJARAN NEGERI PERAK KERJA PROJEK MATEMATIK TAMBAHAN TAHUN 2017

Lembaran Kerja 11 : Refleksi

Terdapat banyak lagi topik dalam sukatan Matematik Tambahan yang melibatkan penggunaan koordinat.
Penggunaan koordinat dalam pelbagai cabang matematik adalah begitu menakjubkan! Dalam kerja projek
ini, anda mempunyai pengalaman menggunakan koordinat untuk menyelesaikan hanya beberapa masalah.
Namun, seperti John Dewey, seorang ahli pendidikan, mengatakan:

We do not learn from experience. We learn from reflecting on experience.


Jadi, buat satu refleksi secara kreatif terhadap aspek menakjubkan geometri koordinat ini. Puisi, lagu, seni
coret .. adalah beberapa cadangan kreativiti untuk pertimbangan anda.

HALAMAN | 14

Вам также может понравиться