Вы находитесь на странице: 1из 2

Adelachime a/p Supramanniam

SMK Bukit Saujana,


Port Dickson

Tuan Azmi Bin Basir


Ketua Sektor Pengurusan Sekolah,
Negeri Sembilan 20 MAC 2017

Tuan,
RAYUAN PERMOHONAN KELULUSAN PERTUKARAN KE PPD SEREMBAN

Merujuk perkara di atas, saya Adelachime a/p Supramanniam, guru di SMK Bukit
Saujana,Port Dickson ingin membuat rayuan agar pihak tuan meluluskan permohonan
pertukaran ke PPD Seremban. Saya telah menghantar borang permohonan melalui e-G
Tukar baru-baru ini.

2. Antara sebab saya perlu bertukar ke PPD Seremban ialah kerana sudah 4 tahun
berkhidmat di sini. Selama empat tahun jugalah saya berulang-alik dari mukim
Ampangan setiap hari seorang diri bersabung nyawa di jalan raya melaui perjalanan
sejauh 45km sehala. Kos berulang-alik yang tinggi menyebabkan saya sering kesempitan
wang.

3. Faktor lain saya mahu berpindah ke PPD Seremban ialah suami saya juga berkerja
di Port Dickson dimana kedua-dua kami ini perlu berulang alik setiap hari. Kami tidak
dapat kongsi kereta disebabkan suami saya kerja Shift. Kami juga tidak dapat menyewa
di Port Dickson sebab kedua orang tua kami tinggal bersama kami dan seminggu 3kali
perlu bawa mereka ke Hospital Tunku Jaafar ,seremban untuk pemeriksaan.

4. Masalah jarak jauh ini juga merupakan salah satu masalah bagi kami suami isteri
untuk berjumpa. Ada kalanya kami hanya sempat bertemu bila cuti sekolah sahaja. Ini
juga menjadi salah satu punca utama kami tidak dianugerahkan lagi cahaya mata
walaupun sudah 5tahun kami mendirikan rumahtangga.

4. Saya amat berharap agar pihak tuan mengambil perhatian dan mempertimbangkan
rayuan saya ini. Kerjasama dan tindakan dari pihak tuan amat saya hargai.

Yang Benar,

..
Adelachime a/p Supramanniam
Guru Siswazah DG41
SMK Bukit Saujana

Вам также может понравиться