Академический Документы
Профессиональный Документы
Культура Документы
125 gm butter
40 gm gula ising
20 gm tepung jagung
1/2 sudu besar tepung kastad
200 gm tepung red rose atau tepung gandum
1 sudu teh esen vanilla
1/2 biji kuning telur
* adunan ni dapat sikit aje tau! nak banyak kena gandakan sukatan
Satukan butter dan gula ising dan pukul hingga sebati dengan speed perlahan
Tambahkan telur dan esen vanilla dan terus pukul
Semua tepung di satukan.
Kemudian masukkan ke dalam adunan sedikit-sedikit dan terus menguli sehingga adunan menjadi doh yang
lembut dan tidak melekat pada tangan.
Panaskan oven 15 minit sebelum biskut di letakkan
Panaskan oven pada suhu 170 C bergantung kepada kepanasan oven.
Hanya gunakan api atas sahaja
Bakar dalam oven selama 20 minit.
Sentiasa perhatikan biskut dalam oven supaya tidak hangus
Setelah biskut masak letakkan atas redai hingga sejuk sebelum nozel di keluarkan.
Letakkan inti peanut buter di tengah kelopak bunga dan hiaskan dengan ceri merah atau manik gula hiasan.
Badam dan kuaci di bakar sebentar dalam oven pada suhu 160 C selama 5 minit
Satukan semua bahan dalam bekas
Gaul rata, hingga semuanya bersalut sempurna
Sediakan loyang 14x14 inc, alas loyang dengan kertas kek sahaja
Panaskan oven pada suhu 160C
Tuangkan adunan tadi dalam loyang dan ratakan nipis
Bakar dalam oven selama 10 minit
Sejurus keluar dari oven terus potong kepada kepingan
Simpan dalam bekas kedap udara.
TART NENAS GULUNG
JAM NENAS
10 biji nenas-di sagat dan toskan airnya
3 kampit gula
sedikit pewarna kuning
kacau nenas dan gula
Bila hampir kering masukkan pewarna kuning.
Kacau hingga kering dgn api yang perlahan
BISKUT BUNGA CINA
Resepi olahan daripada resepi : BISKUT BUNGA DAHLIA
By : Kak Wan
250 gm mentega
120 gm gula icing
1 sudu teh esen vanila atau esen rose
1 biji telur
Bahan Di ayak
230 gm tepung Red Rose
200 gm tepung jagung
50 gm tepung ubi
Pukulkan mentega dan gula icing dengan speed sederhana hingga sebati
Masukkan telur dan esen vanilla dan terus pukul
Kemudian perlahan kan speed dan masukkan tepung sedikit demi sedikit sehingga adunan menjadi doh yang
lembut dan tak melekat di jari
Ambil sedikit doh dan warnakan dengan warna pink ~ jika suka
Dengan menggunakan acuan Dahlia atau acuan bunga Cina, masukkan sedikit campuran doh pink dan putih
Tekan adunan di atas dulang pembakar
Buat sehingga habis adunan
Oleskan sedikit putih telur di tengah bunga Cina ~ ini supaya ceri tidak tertanggal
Letakkan ceri merah di atasnya
Bakar didalam oven dengan suhu 140C selama 20 minit atau sehingga biskut dimasak sempurna
BISKUT SEMPRIT PELANGI
250 gm butter
150 gm gula icing
1 biji kuning telur
250 gm tepung red rose
150 gm tepung kastard
30 gm tepung jagung
1 sudu teh esen vanila
sedikit pewarna jika suka
Ayakkan tepung red rose, tepung kastard dan tepung jagung. Ketepikan
Bahagikan doh kepada beberapa bahagian dan letakkan pewarna ~ jika suka
* jika nak buat yang pelangi, masukkan doh yang berwarna untuk sekali tekan, jika guna acuan semprit yang
tekan guna jari
Cairkan pula coklat masakan berperisa strawberry tadi, gunakan kaedah double-boiler.
Gunakan api paling kecil semasa proses mencairkan.
Isi dalam piping beg dan drizzle kan zig-zag atas biskut tadi, biar coklat mengeras baru simpan dalam bekas
kedap udara.